Skip to main content

PR Sudah Menangi Hati Rakyat

Pakatan Rakyat (PR) menyifatkan keputusan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) sebagai tanda telah diterima rakyat berikutan jumlah undi keseluruhan berjaya mengatasi Barisan Nasional (BN).

Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Abdul Samad berkata, jumlah undi seluruh negara sebanyak 5.6 juta memilih PR manakala BN pula hanya 5.3 juta.


“Tetapi kaedah persempadanan diamalkan, BN mendapat majoriti di Parlimen sedangkan undi rakyat menyebelahi PR.

“Pemimpin Umno-BN seharusnya lihat dan sedar bahawa mereka telah ditolak oleh kebanyakan rakyat di negara ini,” katanya ketika sidang media di dewan Kediaman Exco Kerajaan Selangor, Seksyen 7, di sini semalam.

Beliau berkata, kemenangan pasti memihak kepada PR sekiranya media di negara ini bebas melaporkan keadilan kedua-dua belah pihak.

“Saya percaya sekiranya kita bertanding dan semua media melaporkan secara adil umpama bertanding di atas padang yang rata sudah pasti kita percaya rakyat majoriti berkehendakkan PR untuk memerintah.

“Pada hakikatnya PR telah memenangi hati rakyat dan janganlah BN tidak sedar tentang itu dengan bangga menyatakan telah mendapat mandat daripada rakyat,” katanya.

Kelmarin, Khalid menewaskan calon BN , Datuk Zulkifli Noordin dengan majoriti undi 10,939 bagi kerusi Parlimen Shah Alam.

Khalid mempolehi 49,009 undi manakala Zulkifli 38,070.

Berita ihsan Sinar Harian
-Pejabat YB Khalid Samad-

Comments

Zabmax said…
Salam,

Harap dikekalkan TS Khalid Ibrahim sebagai MB. Saya yakin kemenangan PR di Selangor ialah atas kekuatan personaliti TS Khalid di samping usaha berterusan jentera PR. Kejayaan polisi PR di Selangor ialah di atas seliaan TS Khalid.

Mintak sangat PAS bagi laluan kepada TS Khalid sebagai MB sekali lagi. Tragedi Bukit Damansara ialah satu tragedi. Begitu juga Kedah. Saya rasa tuan boleh deduce kenapa ia berlaku.
Unknown said…
Assalamu'alaikum saudara YB.

Tahniah diucapkan diatas kejayaan anta mengekalkan kerusi Shah Alam dan menewaskan virus aid 101% tu. Harap dapat mengekalkan kecemerlangan tanpa rasuah di Selangor dan ana harap PR Selangor dapat mengekalkan TS Khalid Ibrahim sebagai MB.
Marco said…
Tahniah YB! Saya orang Sarawak duduk kat Shah Alam sejak 1998 sampai sekarang. Saya mengikuti blog YB sejak 2008 dan juga Kepimpinan PAS (PR) di Shah Alam.

Sy salute dengan usaha dan kepimpinan YB selama ini. Tiada penindasan kaum dan agama walaupun kalau ikut logik pemikiran masyarakat biasa dan bukan melayu islam seperti saya, PAS adalah PRO ISLAM. Thank you.

Even dalam PRU13 yang lepas ini, saya berharap Selangor khususnya Shah Alam masih lagi di bawah pemerintahan PR.. dan ternyata ia BENAR! Syabas!

Teruskan perjuangan, YB! God Bless.
Unknown said…
Salam kepada semua

Keputusan PRU13 sudah diketahui Allah berkehendak sedemikian maka tiada daya dan upaya kami sebagai hamba untuk melawannya, namun begitu Allah jua memberikan kita akal dan fikiran untuk memikir dan muhasabah diri atas apa jua yang berlaku. Maka bagi diri saya yang lemah ini kekalahan PR dalam PRU13 ini sebahagianya besarnya disumbangkan oleh Parti PAS dibawah pimpinan Hj Hadi yang banyak dilihat sebagai tidak cerdik dalam menguruskan hal berkaitan rakan dalam PR.

Saya dan sebahagian besar generasi saluran 3 amat kecewa dengan apa yang berlaku PAS melalui presidennya banyak mendatangkan rasa kurang senang aktivis PR juga pengundi yang telah lama bersedia untuk menyokong Pakatan Rakyat.

Kami tidak menyangka seorang presiden parti Hj Hadi sanggup menghina dan memalukan rakan dalam PR yang lain hanya kerana beberapa perkara yang boleh diselasikan secara baik, ahli PAS juga dilihat terlalu menakutkan dengan melakukan pelbagai perkara antaranya sebotaj dan kelihatan seperti sorang yang sangat tamak hanya kerana mengikutkan nafsu semata mata.

Maaf mungkin kenyataan ini keterlaluan tetapi saya (kami) amat percaya terdapat satu gerakan halus daripada agen kerajaan perpaduan yang masih aktif di dalam parti PAS yang sengaja merancang agar PR tewas (selain kelicikan SPR) supaya DSAI tidak menjadi PM sebagaimana hasrat rakyat kini.

Selama ini kami berfikir mungkin Parti Keadilan dan DAP yang agak lemah daripada segi akhlak dan pendirian tetapi PAS jua lebih teruk lagi sebenarnya, perangai mereka sebahagianya hampir menyamai musuh dalam beberapa hal. Kini kami mula sedar bahawa PAS bukan la sebuah parti yang boleh diharapkan dalam gabungan PR ia amat mirip seperi UMNO dan usaha untuk menyatukan PAS dan UMNO adalah idaman sebahagian daripada duri dalam daging parti PAS.

Mereka memakai baju hijau, melaungkan Takbir duduk bersama rakan PR yang lain berpura-pura mengambilo berat hal rakyat tetapi sebaliknya hati mereka cenderung kepada musuh, semoga Allah menghancurkan mereka satu masa nanti...
Izuddin said…
Congratulations on your victory being the MP of SA again.

Madey said sophisticated Malays, whom Madey refers to as educated, voted for DAP. He didnt say Pakatan Rakyat.

I think he was referring to Malays in urban areas, like Subang and Kelana Jaya, as a whole.

What did he mean by educated Malays? Who are these sophisticated Malays?

I am not asking Madey for answers, nor am I asking you for answers.

But, I like to tell you Madey is right when he said that. And Madey fears that.

YB Khalid, would you like it if your voters are educated people like the educated Malays who voted for DAP?

YB, I like to hear your responds. And hope, I can lend my ideas to enhance the quality of voters in the next PR14 in SA in particular.

d'enricher said…
Tahniah diucapkan kepada Hj Khalid Samad, Dr Hj Yaakop Sapari dan Hjh Rodziah Ismail kerana berjaya mendapat kepercayaan majoriti warga Shah Alam.

Masa untuk menerus bakti, agar dapat menerima teguran, idea dan nasihat.

Bukalah ruang yang lebih luas untuk mendengar, baik secara berdepan atau melalui alam siber.

Diantara perkara yang perlu terus diberi penekanan ialah :-

1.Toll di Lebuhraya Persekutuan di mansuhkan atau dikurangkan bagi Warga Shah Alam.

2.Stesyen Bas dan perkhidmatan awam yang lebih baik dan berkesan di Shah Alam.

3.PBT yang lebih dinamik dan berkesan.

Ada lagi ... Insyaallah

A.Alshukor
Izuddin said…
Dan sekiranya cukup detik pengakuan di hati hati mereka itu berada di jalan bathil dam mereka itu t idaj henti dan tuabat, dan sesunggungya setiap hati itu ada pengakuanya sendiri, maka Kami akan adakan REFORMASI...haha
Unknown said…
Salam, tahniah alhamdulillah, YB for slugging that forked tongued racist and shooing him out of Shah Alam!
Now I hope you will help MB KI to keep the PKR A&Z team out of the Exco and out of MB's room!
Nik Nazmi was Azmin's stool pidgeon so as all the PKR reps are his cronies I pray Faekah will be able to keep those hounds at bay! Good Luck to you always!
Wassalam!

Popular posts from this blog

Keadilan Saidina Umar Al-Khattab Terhadap Rumah Ibadah Agama Lain

Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengemukakan sebuah kisah dari zaman pemerintahan Saidina Umar Al-Khattab (r.a) untuk tatapan dan renungan tuan-tuan sekalian. Melalui pendedahan ini, adalah diharap sebahagian dari ummat Islam yang tidak memahami konsep keadilan Islam terhadap agama lain, akan sedikit sebanyak dapat memikirkan kembali sikap dan pendirian mereka itu. Kisah yang ingin dikemukakan adalah kisah Saidina Umar dan Kanisah (gereja) Al-Qiamah yang terletak di Quds. Kisah ini adalah petikan dari muka surat 114, kitab Itmam al-Wafa’ fi sirah al-Khulafa’ , tulisan as-Syeikh Muhammad bin al-Afifi al-Banjuri, Darul Ibnu Hazim. “Dan apabila masuknya Saidina Umar ke dalam kota, maka masuklah beliau ke dalam Kanisah (gereja) al-Qiamah, dan beliau duduk di ruang utama gereja tersebut . Setelah tiba waktu solat asar, maka berkata Saidina Umar kepada Patriach Kanisah tersebut, “Saya ingin mengerjakan solat.” Jawab Patriach: “Solat sahajalah di sini”. Tetapi Umar menolak cadangan

Video Tazkirah Ramadhan At-Taubah Ayat 31: Pendewaan Manusia

WaLlahu 'Alam   KHALID SAMAD

Kisah Raja Najashi

Semasa saya terlibat dalam usaha dakwah di UK satu ketika dahulu, kami mendapati bahawa ramai dari kalangan penganut Kristian tidak tahu bahawa Nabi Isa (AS) diiktiraf sebagai seorang Rasul oleh Islam. Begitu juga Nabi Ibrahim, Nabi Musa dan hampir kesemua para Nabi yang diiktiraf oleh agama Kristian turut diiktiraf oleh Islam. Kecuali kumpulan yang tidak diiktiraf Islam ialah ‘Nabi’ selepas Nabi Isa, termasuk penulis Bible yang digelar sebagai ‘Prophet’ oleh mereka. Apabila mereka didedahkan dengan maklumat ini, maka ianya boleh menyebabkan mereka ingin tahu apa yang dikatakan Al-Quran mengenai Nabi Isa dan menjadi satu titik tolak bagi mereka untuk mendampingi Al-Quran.