Skip to main content

Persoalan Kota Damansara: Pengajaran Yang Perlu Diambil

Oleh kerana banyaknya tulisan yang membincangkan isu Kota Damansara (KD) sedang tersebar melalui blog, komuniti online, laman sosial dan sebagainya; dan sebahagian besar darinya diselitkan fakta dogengan dari penglipur-lara, maka saya rasa terpanggil untuk menulis respon terhadapnya. Ini adalah untuk menyelamatkan sahabat-sahabat yang bersifat lurus dari tertipu dengan fakta-fakta dogengan sehingga memanjang-manjangkan fakta tersebut dan dengan itu mendapat dosa kering.

Saya menulis respon oleh kerana mengambil kira dosa yang mungkin akan ditanggung mereka yang lurus ini dan bukan untuk membela diri semata-mata kerana seperti selalu, saya amat berterima kasih atas ‘pahala subsidi’ yang dihasilkan untuk saya oleh golongan-golongan penglipur-lara ini. Dulu ini juga yang saya alami apabila berhadapan dengan bekas Pesuruh Jaya PAS Selangor yang ingin gagalkan PR. Terdapat orang sama juga yang terlibat dan perkara yang sama seolah berulang kembali. Walaubagaimanapun, kesudahan kepada kisah penglipur-lara ini masih belum tamat dan insyaAllah akan dapat kita saksikan bersama.

Saya akan keluarkan respon saya secara berperingkat. Pertama berhubung strategi, kedua dari sudut akhlak jamaah Islam; ketiga berhubung 2 kawasan contoh dan keempat kisah dogeng berhubung KD. Harap tunggu semua tersiar, baca kesemuanya, baru respon sekiranya mahu.

Pada bahagian keempat penulisan ini saya akan cuba senaraikan fakta dogengan penglipur-lara rekaan golongan ini. Amatlah mendukacitakan apabila dilihat sebahagian dari mereka terdiri dari golongan yang berlatarbelakangkan Agama Islam. Sepatutnya mereka inilah yang menasihati golongan pereka cerita untuk berhenti dari menabur fitnah.

1) BERTANDING DI KOTA DAMANSARA DARI SUDUT STRATEGI

Ketepatan dan kebijaksanaan di sebalik sesuatu keputusan atau strategi biasanya akan dapat dibaca sebaik sahaja ianya dilaksanakan dari kesan dan natijah yang terhasil. Sebagai contoh mudah, keadaan seorang pemandu yang apabila tiba di simpang tiga tidak tahu hendak ke kiri atau ke kanan. Beliau membuat keputusan untuk ke kanan dan selepas setengah jam memandu mendapati keputusannya tersilap! Dari Kajang nak ke KL tiba-tiba baru disedari menuju ke Seremban! Beliau bukan berada di tempat yang ditujui, malahan semakin jauh. Natijahnya adalah bukti keputusannya silap.

Berdasarkan natijah yang tercapai, hakikat bahawa pertandingan tiga penjuru di Kota Damansara adalah satu kesilapan pasti diakui oleh semua yang bersikap objektif dan terbuka, yang melihatnya dari sudut yang tepat, terpisah dari sebarang perkiraan peribadi.

Hakikatnya, hasil dari tindakan ahli PAS di Kota Damansara bertanding setelah PKR menurunkan Dr Nasir sebagai calonnya, natijahnya tiada satu pun yang baik. Kecuali, dapat memuaskan nafsu golongan yang teringin sangat bertanding.

Mari kita lihat pada natijahnya secara objektif dan jawab sendiri samada tindakan tersebut lebih maslahahnya atau mafsadahnya bagi PAS. Maka apakah natijah-natijahnya? Ianya seperti berikut:

i) Kerusi Kota Damansara jatuh pada UMNO/BN.Rakyat ingin menolak UMNO/BN tetapi tindakan PAS menyebabkan pengundi-pengundi Kota Damasara terpaksa menerima UMNO/BN sebagai yang mewakili mereka. Dari sudut ini kita telah khianati kehendak rakyat dan kehendak Pakatan Rakyat sendiri. Sedangkan UMNO adalah saingan utama PAS dan memenangkan UMNO merugikan PAS.

ii) Hubungan PKR dan PAS menjadi tegang dengan tersiarnya kenyataan tegur-menegur yang dieksploitasi akhbar. Hubungan di Kota Damansara sendiri sudah pasti rosak dan isu ini mampu juga merosakkan PR sehingga diperingkat seluruh Negara apabila dilihat tindakan PAS menyebabkan PKR kehilangan satu kerusi.

iii) Hubungan PAS dengan PAS juga terjejas apabila ahli yang tidak setuju dengan tindakan ‘melanggar janji’ oleh PAS KD dituduh pula sebagai terlalu pro-PKR atau pro PSM! Saya diberitahu Cikgu Pa (SUA) sendiri telah diserahkan borang keahlian PSM oleh ahli-ahli PAS KD pada malam beliau turun ke KD untuk mengesahkan calon PKR sebagai calon PR yang rasmi.

iv) Komitmen PAS terhadap PR dipersoalkan masyarakat apabila dilihat PAS sanggup memenangkan calon UMNO di KD. Sepertimana PSM dituduh agen UMNO/BN di Semenyih, kerana sanggup memecahkan undi PR, begitu juga tuduhan sama dilemparkan terhadap PAS hasil tindakan PAS KD. Maka hantu UG dihidupkan kembali oleh musuh musuh PAS yang ingin masyarakat sangsi terhadap PAS!


Amat jelas bahawa kesemua 4 natijah di atas yang dihasilkan adalah tidak baik. Lainlah kalau memang terbuku dihati ingin UMNO menang, supaya hubungan PAS/PKR tegang, PAS/PAS bergaduh dan masyarakat sangsi akan komitmen PAS terhadap PR!

Oleh itu, amat jelas juga bahawa bertanding di KD tidak berbaloi! Sekiranya tindakan sebaliknya diambil pada masa itu (persimpangan untuk membuat pilihan), kesemua natijah buruk di atas insyaAllah dapat dielakkan. UMNO tersungkur di Kota Damansara, hubungan PAS/PKR dan PAS/PAS serta imej PAS tidak terjejas.

Oleh itu dari sudut strategi ianya perlu diakui sebagai satu kesilapan dan ditolak.

Apabila diakui sebagai kesilapan dan ditolak, tidak bererti ditolak orang-orang tertentu. Kita semua faham keputusan berhubung strategi itu adalah ijtihad. Dan pemimpin berhak membuat ijtihad. Tetapi sepertimana kita juga tahu, ijtihad itu boleh betul atau tersilap. Ijtihad silap oleh pemimpin atau hakim tetap mendapat satu hasanah selagi ianya dibuat secara ikhlas. Walaupun mendapat satu hasanah, tidak bererti ianya perlu dipertahankan setelah kesilapannya jelas kelihatan. Mempertahankan ijtihad yang salah, setelah sudah jelas kesilapannya adalah kerja-kerja membodek pemimpin yang dikutuk Allah!

Ringkaskan cerita, saya di sini ingin isytiharkan, sekiranya tiada siapa yang lain sanggup memberitahu pimpinan bahawa mereka tersilap, biarlah saya seorang menyatakannya! Dahulu semasa menyanggah Hassan Ali pun saya seorang diri, maka biarlah kali ini juga saya seorang diri. Yang lain boleh teruskan menyatakan ‘sayang’ mereka terhadap pimpinan dan terus ‘membodek’ mereka.

Sedangkan sayang pimpinan bukan isunya di sini. Dan sekiranya benar sayang sekalipun, betulkan mereka apabila mereka tersilap bukan terus membodek mereka. Itu sayang yang sebenar.

“AsSidduku amaanah wal kadzibu khiyaanah”, kata-kata Saidina Abu Bakar (RA) kepada ummat Islam sebaik sahaja beliau dipilih menjadi khalifah. Cakap benar (iaitu menegur apabila berlaku kesilapan) adalah amanah dan berdusta (iaitu membodek dan menafikan kesilapan pemimpin) adalah khianat!

Saya tidak sanggup khianat.

Bertandingnya PAS di Kota Damansara merupakan satu kesilapan dan natijahnya adalah bukti dan dalil akan kesilapan itu!

Saksikan wahai Allah bahawa saya telah memenuhi tanggung jawab saya pada pimpinan saya!

Bersambung...

WaLlahu 'Alam
KHALID SAMAD

Comments

W@U said…
YB Khalid,
Sbg org awam, saya tak setuju dgn alasan PAS bertanding di KD.

Di Terengganu & PP pun sama. Kalau UMNO blh tolong menangkan calon MCA di KT & KB yg tak ramai byk cawangan, kenapa PAS tak blh tkg menangkan PKR?


/shahalam
Dalil natijah lwn Dalil Quran hadis, mana kuat YB..?
jangan lowerkan standard YB PAS.
Kita duduk atas garis panduan ISLAM..
Bukan atas garis panduan Muktazilah/neo sekularisme
raj raman said…
Jangan beri alasan saperti ini keadaan seorang pemandu yang apabila tiba di simpang tiga tidak tahu hendak ke kiri atau ke kanan.

Pemimipin Pas harus tanggung jawap.Jangan terlampau gila kuasa.

Maafkan saya,saya ungkit satu menteri besar Pas sudah sakit jantung tapi masih mau pegang kuasa sebagai MB. Akhirnya apa jadi?

Setiap manusia harus tahu tanggung jawap dan kebolihan sendiri.

rajraman666.kadang kala cerita kisah penglipur-lara ada benarnya.Apakah kuasa Politic lebih sudah memakan tuannya sendiri.
Unknown said…
Sapa lbeh layak? Pas or psm?sape psm dlm pr? 3 parti dlm pr sape?
Unknown said…
x abis2 mendahulukan strategi daripada berpegang dengan dasar. Kali ini anta tersilap percaturan syeikh. 'Jubah' sebenar yang dipakai sudah kelihatan tertonjol keluar.Terlalu Liberalis benarkah anta,? sampai memejamkan mata bahawa pertembungan ini adalah pertembungan dasar ,bukan hanya setakat pertembungan strategi semata-mata.Apa dasar yang anta perjuangkan selama ini, dasar Islam atau apa? Jangan pula kerana kepentingan peribadi anta berperilaku begini. Katanya sekadar menasihati,tetapi ditutur dengan penuh kesumat dan dengki.
Unknown said…
hakikatnya PKR punca semua mslh ni kerana tamak kuasa dn tiada calon brwibawa tp memaksa diri mahu letak juga calon PSM yng sosialis Lagi tiada tuhan di atas muka bumi. PSM tiada perjanjian dengn PR dan agenda mereka tak sama dengn kita.

Pas tahaluf dngn PKR bkn semata atas tujuan politik tp juga atas dasar dakwah, maka jdi tnggungjwb Pas menegah kebodohan PKR meletak calon fasiq kerana matlamat kita bkn semata2 menang kerusi tp mahu ubah keadaan ke arah lbh baik. kita bkn PKR asl mahu menang x kira calon baik ke x.

Kalah d KD bkn semata ukuran Pas salah dn gagal. sudut positif disni blh dilihat akn ketegasan Pas dlm menyelamatkn PR dan menghalang skutunya dari meletak calon sebarangan sedangkn kita mendakwa mahu ubah masyarakat ke arah lbh baik dn mengingatkn anwar ibrahim jngn gila kuasa hanya kerana mahu menang ambil juga biawak hidup brtanding.

saya x nampak mana kebaikannya kalahkn umno tp naik calon perangai kadang lbh teruk dari umno, baik x pyh menang.

mus said…
Saya sokong pendirian YB. Saya fikir penggubal strategi tidak perlu berfikir panjang dalam hal ini. Nyata sekali, bertanding sesama sendiri adalah strategi yang tidak cerdik.
Unknown said…
Ini bukan masalah siapa lagi layak?Kerusi KD tu telah di persetujui oleh pimpinan pr utk pkr, so siapa yg menjadi calonnya adalah hak mutlak pkr? Kalau tk setuju pkr meletakkan psm buat bantahan supaya pkr letak calon lain, bukan pi langgar persetujuan pimpinan utk letak calon sendiri , ini menunjukkan calon pas tu ada kepentingan peribadi . Persoalan sebenar2 nya adalah siapa lawan kamu bukan siapa yang lagi layak bertanding? Melainkan yg bertanding itu adalah gunting dlm lipatan yg memang mahu ubn menang . Wallahualam.
blog said…
Assalamualaikum..

YB saya menyokong penuh hujah YB, sepatutnya pihak PAS harus bersama sama Pakatan Rakyat dalam membuat satu keputusan utk bersama sama memperjuangkan manisfesto yang telah disepakati. Adalah satu kerugian kerusi yang sudah pasti sebagai penyandang terlepas ke pihak musuh begitu sahaja kerana hakikat perhitungan jumlah kerusi yang dikumpulkan oleh pihak PAS dan PSM adalah melebihi dari jumlah kerusi yg diperolehi oleh pihak BN. Sebagai satu parti yang sulong dlm Pakatan Rakyat tindakan pemimpin pemimpin adalah diperhatikan oleh pengundi pengundi krn secara teknikal semua pihak dah bersetuju utk menjatuhkan pihak BN jadi langkah kerja yang diambil hendaklah selari dengan dasar Pakatan Rakyat yang diperjuangkan. Bagaimana pula nanti calon kerusi tersebut utk PRU14, Pakatan Rakyat akan meletakkan calon pula? atau sudah tidak perlu Pakatan Rakyat dan masing masing ingin meletakkan calon mrk sendiri.....
harakahdaily said…
Dalam kes ini, saya bersama YB Khalid.
Majdan Yahya said…
Dalam kes ini, saya bersetuju dengan YB Khalid Samad.
SysOp said…
Bhai Khalid Samad,

Gua respek lu punya pandangan... Memang betul... Kalu pimpinan tabley terima kritikan dan nasihat... maka tak lama lah tue jangkahayat parti yang dipimpin....

C++
CipanTapirTenuk.Blogspot
Penjejak Graf said…
PKR n PSM sama ker YB?? bila masa PSM join PR YB?

mohon pencerahan..
rakyat marhean said…
Tahniah yb khalid atad tulisan ini...kita dlm jemaah pas perlu fikrah mcm anta bukan pembodek presiden yg tegar yg melihat seolah olah presiden tuu mksum...ana dpati jika peranan tgna tidak agresif didalam mngukuhkan PR rasa lama da pas bercerai dengan PR...arwah ust fadil noor dan tgna memang fikrah islam yang dinamik dan kehadapan...malang presiden kita laaa fikrahnya jumud dlm kontek politik semasa...


tidak berpijak di dalam
di alamrealiti...
Unknown said…
khianat tetap khianat. hadi mesti letak jawatan!!
Ucop said…
Sama seperti di Sg Acheh dan Kangar. Kalau semua faham yang tujuan utama untuk menjatuhkan Umno tidak akan jadi begini. Ini semua kerana terasa kemenangan terlalu dekat sehingga lupa akan perpaduan dalam PR itu sendiri.
saudara said…
Perlukah dlm pakatan wujud divide & rules??
Pas sebagai parti islam 'should lead by example' dan lebih tolerate...bukan memperlekehkan rakan yng same2 berjuang menentang korupsi..
Shark said…
Tahniah YB Khalid Samad atas penjelasan yang dibuat. YB memang kena jelaskan dan didik ahli2 PAS melalui blog YB, supaya mereka akan faham apa makna menjadi sebuah parti yang berprinsip dan setiakawan di dalam PR.

Semoga Allah selamatkan Selangor daripada pemikiran sempit UG, ameen.
MyPaySlip said…
Ahmad Hakimi Othman

Dalil Quran Hadis suruh khianat kawan dan menangkan UMNO ke?

Jgn lowerkan standard orang PAS. Kita duduk atas garis panduan Islam. Bukan atas nafsu dan membuta tuli.
Once Esa said…
Bismillahirrahmanirrahim...

PRU-13 memberikan kenangan dan pengalaman yang perlu diungkap dengan kebijaksanaan dan muhasabah jemaah dalam parti Islam PAS, dan parti-parti komponen dalam PR.

Oleh kerana merasakan mood perubahan yang membakar RAKYAT perasaan boleh menang membuatkan satu nafsu yang luar biasa dalam menonjolkan calon parti masing-masing.

Dalam kesungguhan PR untuk menempuh PRU 13 dan membakar perasaan takut BN dalam membubarkan PARLIMEN adakah mereka sebenarnya 100% bersedia untuk menerima kemenangan atau hanya mengharapkan mood PERUBAHAN semata-mata tanpa menstruktur semua PARLIMEN dan DUN yang akan dipertandingkan?

Disini diberikan contoh DUN Panti Johor dimana pertembungan 3 penjuru diantara PAS, BN dan PKR. Persetujuan awal PAS bersedia untuk melepaskan kerusi ini kepada PKR. Tetapi setelah melihat keadaan jentera PKR yang tidak bersedia dan faktor calon yang tidak diterima oleh jentera PKR, PAS telah mbuat persediaan awal dalam menjangkakan sesuatu yang tidak baik akan berlaku. Dalam masa yang sama jentera PAS DUN Panti berusaha menghubungi calon PKR dalam memberikan kata putus dan kerjasama dalam menggembeling tenaga dalam memenangkan PAKATAN RAKYAT walaupun kerusi ini bukanlah kerusi boleh menang.

Sehinggalah ke hari penamaan calon, calon PKR masih gagal untuk memberikan kerjasama dan tiada kata putus dalam menentukan parti mana yang akan bertanding. Calon BN tersenyum lebar mengimpikan menang tanpa bertanding, calon PAS melangkah masuk untuk mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku.

Di saat akhir masa penamaan calon tamat barulah muncul calon PKR dari celah - celah gerombolan penyokong BN. Lebih mengejutkan pencadang mereka juga terpaksa diambil dari orang BN.

Disini saya terfikir siapa pula ingin mengaku salah?
Unknown said…
AsSalam

Tahniah kerana berani menyatakan kebenaran.Pemimpin bukan malaikat yang tidak terkhilaf. Moga ini menjadi pengajaran.Tegur cara membina adalah lebih baik.

Kadang2 saya nampak jelik,bila nak minta undi tak kira ape latarbelakang, tetapi bila nak beri pendapat kena orang dari 'ahlinya' saja.melawan kata 'ahlinya' disamakan dengan puak muktazilah contohnya.Ilmu pemberian Allah, jangan salah guna.Maaf andai terkasar bahasa
Putra IJ80 said…
Sya tidak mampu membaca keseluruhan artikel ini kerana sya sebak..bukan kerana tidak menerima kekalahan di KD..tapi atas sebab musabab nya...

Tak payah sya ulang apa yg berlaku...

Cukup sekadar memberi cadagan agar pada muktamar PAS yg bakal berlangsung..Ahli ahli PAS cuba mendapatkan Pemimpin baru bagi mengantikan TGHH..yg pada rasa saya sudah tidak lagi relevan menarajui PAS sama dgn ayah Mat(i.e Dato'Asri Haji Muda di penghujung zaman nya) dan kita biarkan saja dia jadi Nelayan mengikut kehendak nya..

PAS sudah perlu ada Pemimpin baru dan tidak keterlaluan jika saya mengambil contoh orang yg.saya maksudkan ia lah Dato'Husam Musa....

Biar ia tidak bertaraf Ulama tetapi penampilannya amat menggalakan atau memberangsangkan pada hala tuju PAS akan datang sesuai degan pemikiran anak anak muda zaman ini.

Atau DS Nizar atau sesiapa saja yg mempunyai keterampilan yg saya terlepas pandang...

Mudah mudahan pada PRU14 kita tidak lagi menjadi Parti yg bersorak menang walhal hakikat nya kalah .

Wallahu'aklam.

Jgn Maree.
AnakSama said…
Tahniah YB. Pimpinan pas hendaklah melihat balik perkara ini dengan penuh objektif berdasarkan kemaslahatan semasa....

Kota Kinabalu.
Unknown said…
Assalam Yb

Tahniah kerana berani menyatakan kebenaran.Terima kasih kerana berani menegur pimpinan YB. Perkara dah terjadi, perbincangan kearah pembaikan perlu dilakukan.Rakyat tiada pilihan lain untuk mencari penganti kepada kerajaan yang sedia ada.Sokongan rakyat majoritinya bukan kerana PAS,PKR atau DAP tetapi kerana PR keseluruhan.Rakyat mahukan perubahan. Penubuhan PR untuk menyatukan sokongan rakyat secara menyeluruh tanpa mengira ideologi politik dalam membawa perubahan lebih baik kepada rakyat

Harap2 pandangan saya yang menyokong YB tidak dianggap sebagai mengikut garis panduan Muktazilah.kadang2 amat menjengkelkan melihat sebilangan kecil mereka ini.Bila menegur dianggap seseolah2 menentang agama. Kami dibawah menentang pendapat.Tak sewajarnya mengunakan agama untuk menghukum orang lain.Ingat, undi yang diberi tak semestinya datang dari orang yang sealiran dengan kamu.
Nak kata cerdik macam tak.... Pkr komen kat semua kerusi bertindih... Hangpa komen kd je? Lepas tu pukul rata? Ko tahu sgt ke kejadian di tpt lain? Contoh kawasan aku di bukit besi... Nak komen... Komen semua... Jgn selektif... Pastu skg nampaknye semua salah pas... Kenapa ko tak tegur khalid ibrahim bile dier keluarkan statement tamau hudud sebelum pru tu? Ayat mamat tu diputar2 seluruhnye oleh jentera umno... Ape ko buat? Ko dok diam ja yaaa
Unknown said…
salam,

kalau kita berbuat berbagai dosa besar sekalipun kecuali syirik...akan diampunkan Allah sepertimana banyak firmanNya.. dengan syarat taubat nasuha... menyesali... dan mengambil pengajaran...bagi menjadikan kita lebih matang. Ambillah yang jernih buanglah yang keruh...dan janganlah dalam PR ada yang bersangka buruk antara satu sama lain...dan yang amat penting adalah memperbaiki keadaan bukannya memburukkan lagi perpaduan dalam PR..seterusnya digunakan oleh pihak musuh. Saya tidak mahu menyalahkan sesiapa... kerana pada hakikatnya setiap manusia membuat kesilapan..dan janganlah sekali-kali merasa ujub, riya' atau takbur dengan menganggap kita tidak melakukan kesilapan.
musaddeq said…
Salam Hormat Buat Semua.

Saya terpanggil untuk memberikan komen kepada artikel ini & komen2 yang lain.

1) Ahmad Hakimi Othman, Mana Dalil untuk mungkir janji? tolong tunjukkan dari Al-Quran mahupun Hadith yang membenarkan begitu...

2)Ahmad Hakimi Othman, Mana Dalil yang mengatakan PAS MESTI bertanding di Kerusi Kota Damansara? yg berlaku ni, ada terima Wahyu ke? ada dapat Ilham ke? ataupun ada udang disebalik mee???

3)faktaatauauta, Bukit Besi, Terengganu. YB tidak akan mengeluarkan komen berkenaan dengan kawasan tersebut. YB bukan TPJ Terengganu, YB hanya TPJ Selangor. Jadi Jawab yang Selangor sahaje.
MyPaySlip said…
faktaatauauta,

Ape yg mengarut cerita sampai ke hudud pulak ni? Kalau dgn kawan PR pun PAS blh khianat, tak tahu lah PAS mampu buat hudud ke tak nanti.

Khalid Ibrahim PAS selangor, so dia komen pasal selangor. Yg KD pun PAS tak mampu jawab elok lagi. Hanya cover up kesilapan je.

Yang salah tetap salah. Cuba bayangkan kalau PKR/DAP khianat dan bertanding tempat PAS dan pecah undi sampai UMNO menang.
Apa kata PAS mase tu?

Parti pakai jenama Islam tapi khianat kawan.
saya diberitahu semasa pengiraan undi di kota damansara tempohari, Polling agent PAS dan Polling Agent UMNO gelak bersama sama melihat undi pecah.

wallahuahlam..
Reezrich said…
PRU13 dah lepas, apa2 isu pertindihan @ pertelingkahan yg berlaku sms PRU13 sepatutnya dah ditutup bukunya dan trs gerak ke hadapan. Apa yg berlaku adalah atas kehendak Allah dan ada hikmah di sebaliknya.

PR bukannya satu pakatan yg perfect, mesti ada kecacatan di sana-sini, so terimalah hakikat. Tak perlu dah nak tunjuk org ni salah org tu salah. Setiap org ada kelemahan. Tindakan terus-menerus mensensasikn isu ini hanya akan merugikn PR. Sepatutnya UBN yg gunakan isu2 ni utk memburukkn imej PR, tapi yg pelik, UBN buat x kisah, hero2 dr PR yg dok melalak menjaja pekong di dada. Cukup2 lah YB KS dan yg lain2. Tak perlulah nk komen apa yg telah berlaku sbb ia xboleh nk ubah apa2. Pas, PKR dan DAP masing2 ada kelemahan. Tolonglah TUTUP BUKU and PUT IT TO REST!
Unknown said…
sape yang berhak menentukan seseorang calon tu berwibawa atau tidak? hadi ke? mana dia calon pengedar pil kuda yg beliau maksudkan? dah kene tangkap ke? tuduh org tanpa bukti dan khianat ternyata adalah perbuatan org fasik sebenar.
Unknown said…
Saya setuju ngan hujah Hj.Khalid Samad.Puak2 UG masih hidup lg rupanye dan Din Ayam mmg parasit pas subang.
Anonymous said…
Raman,
Saya sangat terharu kerana anda boleh berfikir demikian. Inilah orang2 melayu yang Malaysia mahu. Apa gunanya cakap tentang hudud tapi polisi2 berpandukan keadilan sosial tak dipedulikan. Bukankah Allah mau memberi kebajikan sejagat kepada semua insan di bumi ini. Saya tak faham apa salahnya sosial democratik dengan Islam. Sosial demokratik sinonim dengan Islam. Kerana itulah, saya masih mempunyai keperceyaan terhadap kepercayaan Altartuk.......Sekularisme untuk Malaysia.
Setuju tak, mantan menteri besar macam Azizan masih berpegang kepada kuasa walau uzur teruk. Islamkah? I dare to say.....If you appear before God, even based on your own righteousness, you can pass the test meh!

P.S : Christians such as I believe that everybody fall short of glory of god. But again, that's my belief. However, how true it's. Even getting angry is as good as killing one person. Don't believe me, go ask Hannah Yeoh if that's true
Anonymous said…
Hardy,
Dasar apa tu? Mengapakah adanya orang2 melayu yang menyokong UMNO yang menolak terus terang hudud Islam yang diura2 oleh PAS. Apa macam? Allah tak suka hipokrit! Allah maukan kamu ingat kamu hanyalah seorang insan. You are just a man.

Yusuf,
Saya boleh bersetuju, tal salahnya kalau PSM bertanding di atas logo sendiri. Saya tak bersetuju yang PAS mau menyelamatkan PR. Mau selamatkan PAS, SACK THAT AZIZAN IN THE FIRST PLACE, PUT THE RIGHT TEAM RUNNING KEDAH
PAS memang DOSA BESAR KERANA KALAHKAN KEDAH KEPADA MUKRIZ YANG MINUM BOTOL BESAR. Bertaubatlah PAS! ALLAH menetukan PAS kalah di Kedah kerana DOSA BESAR PAS. Wanna challenge me!

Guys & Gals,
Khalid Samad is half right about this issue. It's not just PAS but PKR issue. I may be biased towards DAP. But unfortunately in this case & in any case since 1999, DAP has been the most principled party in Malaysia. As such as Karpal Singh & LKS suffered just as to uphold the comradeship.....Chivalric honour that rivaled the French during the 13th century. It's the chivalry that even Saladin ( A MUSLIM) admired his nemesis King Richard the LionHeart ( though a King of England, actually french).
Unfortunately, it's never reciprocated to DAP. Hence your Allah murka, PAS/PKR lost teruk kaw kaw! Angry or not! Results say it all. PAS has lost Kedah. Can't win Terrengganu. Even lost one NS seat.
Tell me honestly & straight in the face, isn't it the setiakawan of DAP that help PAS to win Melakan one state seat? Isn't it DAP defending Nizar in Bukit Gantang while those so called melayus wanna have UG.
You see ALLAH got eyes! I wanna see if PAS & PKR honouring its gentleman agreement in allowing DAP in contesting more in melayus seat. Just as DAP has done its duties
I am extremely pissed over the exco allocation. I wanna say......Is this Islam principle? Ethopian King has given refuge to moslems? Ah so
Anonymous said…
This is a very good documentary. The reformer just as DAP has always been fighting for a democratic socialist Malaysia. This is in interest all Malaysians including the Melayus & Islam. White Rajah Brooke of Sarawak also establish Sarawak on this basis. Why the natives revered those White Rajah?

Even Hishamuddin Rais, A MELAYU accepted it........Malaysia needs democratic Socialism. Even the early arab nationalism based on socialism. PLO also based on secular socialism.

Enjoy!

http://www.youtube.com/watch?v=-4BwaNlbILs
Unknown said…
yb kalid reda calon PSM sosialis tak bertuhan jadi wakil rakyat majoriti islam? kalau kalid samad DAP aku tak hairan tp pemimpin parti islam? nauzubillah. matlamat asal menang walau calon tak disukai orang tempatan dan aqidah rosak? nak tukar umno dengn orng begini atas nama perangi rasuah? rasuah diganti dengan sosialis? nauzubillah
ABU SOFIYAH said…
lain kali,kita kena bermesyuarat dan putuskan siapa yang bertanding...jangan cari calon bidan terjun dan yang karut marut...kan pengajaran perak 2008 dan 2013 ini memberi hikmah besar kepada kita...
Unknown said…
spr kata takde blackout tapi ada yang menafikan...

Presiden Pas Kata Calon jual pil kuda tapi ada penafian...

Presiden Pas kata calon bermahzab komunis... kita tunggu penafian

Diantara dalil mengapa berlaku pertindihan kerusi...

maklumat yang diterima salah ke atau yang menerima tak usul periksa...

Anonymous said…
Manusia yang mengagungkan karl marx dan lenin pun tidak tergamak menuduh secara pukal calon-calon di 7 kerusi adalah pengedar pil kuda. Polis mesti sisat kes ini, jika tiada calon PKR yang edar pil kuda, jelas bahawa yang menuturkan ucapan itu mengambil pil kuda!
Anonymous said…
Pengajaran kerusi Bachok (Nasha Mat Isa) dan Sungai Burung (Hassan Ali) macam mana? Calon Pas tidak melompat parti, tetapi mereka menjadi Umno secara evolusi.
Anonymous said…
Kenapa masih ada yang BODOH mengatakan seorang yang berfahaman sosialis atau komunis itu tak bertuhan atau beragama? Tolong jangan tunjuk kebodohan kalau tak tahu. Tolong baca, selidik dan fahami apa itu sosialisme atau komunisme. Jangan malukan Islam dan Melayu dengan KEBODOHAN kamu itu. Fahaman dan sistem kapitalis yang diamalkan sekarang ini adalah kalau nak diikutkan lebih bahaya dan buruk kerana ditunjangi oleh Yahudi...

Popular posts from this blog

Keadilan Saidina Umar Al-Khattab Terhadap Rumah Ibadah Agama Lain

Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengemukakan sebuah kisah dari zaman pemerintahan Saidina Umar Al-Khattab (r.a) untuk tatapan dan renungan tuan-tuan sekalian. Melalui pendedahan ini, adalah diharap sebahagian dari ummat Islam yang tidak memahami konsep keadilan Islam terhadap agama lain, akan sedikit sebanyak dapat memikirkan kembali sikap dan pendirian mereka itu. Kisah yang ingin dikemukakan adalah kisah Saidina Umar dan Kanisah (gereja) Al-Qiamah yang terletak di Quds. Kisah ini adalah petikan dari muka surat 114, kitab Itmam al-Wafa’ fi sirah al-Khulafa’ , tulisan as-Syeikh Muhammad bin al-Afifi al-Banjuri, Darul Ibnu Hazim. “Dan apabila masuknya Saidina Umar ke dalam kota, maka masuklah beliau ke dalam Kanisah (gereja) al-Qiamah, dan beliau duduk di ruang utama gereja tersebut . Setelah tiba waktu solat asar, maka berkata Saidina Umar kepada Patriach Kanisah tersebut, “Saya ingin mengerjakan solat.” Jawab Patriach: “Solat sahajalah di sini”. Tetapi Umar menolak cadangan

Video Tazkirah Ramadhan At-Taubah Ayat 31: Pendewaan Manusia

WaLlahu 'Alam   KHALID SAMAD

Kisah Raja Najashi

Semasa saya terlibat dalam usaha dakwah di UK satu ketika dahulu, kami mendapati bahawa ramai dari kalangan penganut Kristian tidak tahu bahawa Nabi Isa (AS) diiktiraf sebagai seorang Rasul oleh Islam. Begitu juga Nabi Ibrahim, Nabi Musa dan hampir kesemua para Nabi yang diiktiraf oleh agama Kristian turut diiktiraf oleh Islam. Kecuali kumpulan yang tidak diiktiraf Islam ialah ‘Nabi’ selepas Nabi Isa, termasuk penulis Bible yang digelar sebagai ‘Prophet’ oleh mereka. Apabila mereka didedahkan dengan maklumat ini, maka ianya boleh menyebabkan mereka ingin tahu apa yang dikatakan Al-Quran mengenai Nabi Isa dan menjadi satu titik tolak bagi mereka untuk mendampingi Al-Quran.