Skip to main content

Coretan Pagi Jumaat

KEMATIAN PI BALA

Setelah membuat pendedahan beliau dan mengatakan kenyataanbersumpah pertama (SD1) adalah yang sebenarnya dan yang kedua (SD2) dipaksa ke atasnya, PI Bala meninggal dunia. Ada yang mendakwa ianya hasil tindakan khianat BN. Samada benar atau sebaliknya saya tidak mahu komen. Tetapi yang tidak boleh dinafikan adalah kenyataan bahawa PI Bala telah mengambil risiko untuk kembali ke Malaysia dan matlamat beliau, sehingga sanggup menghadapi risiko itu, adalah untuk menyatakan kenyataan bersumpah yang pertama (SD1) adalah benar!

Kematian beliau tidak menafikan bahawa beliau telah menyatakan beberapa kali secara terbuka bahawa SD1 adalah yang sebenar-benarnya. Dan terdedah pula bagaimana Najib sendiri yang terlibat menyediakan SD2 yang menafikan kebenaran SD1 untuk ditandatangani PI Bala! Cecil Abrahams dilaporkan berkata bahawa beliau telah menyediakan SD2 untuk Bala tandatangani di atas arahan Najib.

Bagi saya PI Bala telah menunaikan tanggung-jawabnya terhadap Altantuya dan rakyat Malaysia, walaupun beliau mati secara tiba-tiba. Beliau telah sempat menyatakan kebenaran dan kematiannya tidak membantu Najib sama sekali, malah mungkin lebih memudaratkan kerana sekarang ini tidak mampu sesiapa memaksanya menarik balik kenyataan terbarunya ini!

Dengan segala pendedahan baru ini, Peguam Negara sepatutnya membuka balik kes pembunuhan Altantuya. Namun dia tidak akan buat apa. Dan bagi yang ingin melihat kes pembunuhan Altantuya ini diselesaikan dengan muktamad, tiada pilihan melainkan dengan menentukan Negara kita ini dibebaskan dari cengkaman UMNO/BN dalam PRU akan datang. Dan dengan itu minda rakyat akan dibebaskan dari penipuan UMNO/BN.

BAPA SAIFUL BUKHARI

Timbul pula satu malapetaka bagi Najib apabila bapa Saiful menarik balik pertuduhan beliau terhadap DSAI dan menyatakan bahawa anaknya digunakan oleh Najib untuk menjatuhkan DSAI! Beliau siap sebut nama pegawai khas upahan Najib yang bertindak membimbing Saiful dalam tindakan terkutuk beliau sehingga setiap kenyataan disiapkan oleh pegawai ini untuk dibaca dan ditandatangani Saiful!

Betapa jahat sungguh pentadbiran Najib ini sehingga sanggup melakukan apa sahaja untuk terus berkuasa. Soal rasuah sudah menjadi kebiasaan dan fitnah sebagai hidangan pencuci mulut ataupun ‘desert’ sahaja.

VIDEO TERBARU ‘ANWAR’

Sudah tidak ada modal maka guna balik modal lama! Begini sahajalah. Sekiranya video itu benar, maka dakwa sahaja Anwar. Tetapi mungkin susah untuk dakwa kerana bila dakwa perlu nyatakan bila ianya berlaku, tarikh dan waktunya dan juga di mana. Kita semua tahu Anwar sibuk dengan berbagai program. Silap-silap tarikh, waktu dan tempat tidak sama dengan jadual Anwar! Maka adalah lebih mudah disebarkan sahaja gambar dan video tersebut! Silap haribulan jadi macam kes Liwat 1 di mana Anwar dituduh melakukannya di Tivoli Villa pada suatu tarikh yang mana pada tarikh tersebut, Tivoli Villa masih dalam proses pembinaan! Audahai, kelakar, kelakar.

Cara ianya dilakukan sudah cukup untuk kita memahami, ianya usaha nak jatuhkan Anwar, bukan untuk membuktikan kebenaran sesuatu tuduhan!

PR TIDAK MENEPATI JANJINYA DALAM MANIFESTO 2008

Dalam kes tuduhan ini serta tindakan menyaman kerajaan Selangor berhubung ‘janji-janji yang tidak ditepati’ kononnya, sikap saya mudah sahaja. Kalau benarlah tuduhan itu, maka jemput sahaja Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, Menteri Besar Selangor, berwawancara di TV3 secara ‘live’ atau siaran langsung. Dalam wawancara itu serang dia atas kegagalan kerajaan di bawah pimpinannya memenuhi semua janji-janji yang dibuat. Biar dia jawab dan beri rakyat nilai.

Itu kalau UMNO/BN sendiri yakin dengan tuduhannya lah. Kalau tidak yakin dan takut TS Khalid boleh buktikan sebaliknya maka lebih baik jangan. Maka itulah sebabnya ianya tidak dibuat dengan cara begitu! Sebaliknya UMNO/BN lebih selesa cakap sendiri seorang diri dan percaya sendiri. Cukuplah dengan sandiwara mu wahai UMNO/BN. Booo baaa laaaa...

WaLlahu 'Alam
KHALID SAMAD

Comments

Grand Marquis said…
Kalau YB nak main hearsay, bagaimana pula dengan hearsay yang mengatakan Bala dijanjikan RM 700 000 oleh Anwar Ibrahim tetapi kerana tak terima duit tersebut maka beliau membuat SD ke-2?

Tentang isu bapa Saiful pula, saya rasa hairan kenapa YB terus mempercayai kata-kata bapa saiful dan terus menuduh Najib sebagai Jahat dan sanggup melakukan apa saja untuk berkuasa.

Saya sebenarnya rasai hairan dengan YB yang sering membuat tafsir surah-surah Quran, sirah tetapi begitu mudah mempercayai hearsay dan membuat tuduhan pada orang lain hanya berdasarkan berita-berita khabar angin. Sepatutnya orang seperti YB sepatutnya mempunyai pengetahuan agama yang cukup tinggi tahu batas-batas dalam membuat tuduhan dan fitnah, tetapi nampaknya YB sendiri tidak teragak-agak untuk memfitnah musuh politik YB hanya berdasarkan khabar angin dan hearsay yang tidak jelas.

YB sepatutnya malu dengan diri sendiri kerana jika YB tidak suka orang memfitnah DSAI, mengapa pula YB pula sibuk memfitnah Najib. YB sepatutnya lebih malu pada Allah S.W.T. kerana YB orang yang sering membuat fatwa, mentafsirkan Quran dan Sirah seolah-olah seperti seorang yang alim dalam agama, apatah mewaliki sebuah parti yang YB dakwa sebagai parti Islam yang memperjuangkan Islam. Islamkah tindakan YB bila YB secara semberono menuduh Najib dengan tuduhan yang berat hanya berdasarkan dakwaan rambang bapa Saiful? Adakah itu ajaran yang dikatakan Islam oleh PAS?

Marikh said…
Patutlah Dato Khalid samad x layan. Grand Marquis nie bukan insan muslim mahupun manusia beramal dengan Al-Quran, Assunah, Ijma' Ulama' dan Qias didalam menentukan kebenaran fakta dan berita.

Bodohnya manusia nie. PAS tidak boleh keluar fatwa. Pentafsiran isu-isu serta kejadian tidak boleh disamakan dengan menafsir sumber hukum Islam. Malahan liarnya hantu ini membuat andaian sehinggakan khabar angin dan fakta pun sudah tiak dapat dibezakan lagi

Grand Marquis said…
What is your point Marikh? Apa kena mengena dengan PAS ni? Isunya ialah Khalid Samad menuduh Najib berdasarkan hearsay. Apakah itu menepati hukum Islam?

Popular posts from this blog

Keadilan Saidina Umar Al-Khattab Terhadap Rumah Ibadah Agama Lain

Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengemukakan sebuah kisah dari zaman pemerintahan Saidina Umar Al-Khattab (r.a) untuk tatapan dan renungan tuan-tuan sekalian. Melalui pendedahan ini, adalah diharap sebahagian dari ummat Islam yang tidak memahami konsep keadilan Islam terhadap agama lain, akan sedikit sebanyak dapat memikirkan kembali sikap dan pendirian mereka itu. Kisah yang ingin dikemukakan adalah kisah Saidina Umar dan Kanisah (gereja) Al-Qiamah yang terletak di Quds. Kisah ini adalah petikan dari muka surat 114, kitab Itmam al-Wafa’ fi sirah al-Khulafa’ , tulisan as-Syeikh Muhammad bin al-Afifi al-Banjuri, Darul Ibnu Hazim. “Dan apabila masuknya Saidina Umar ke dalam kota, maka masuklah beliau ke dalam Kanisah (gereja) al-Qiamah, dan beliau duduk di ruang utama gereja tersebut . Setelah tiba waktu solat asar, maka berkata Saidina Umar kepada Patriach Kanisah tersebut, “Saya ingin mengerjakan solat.” Jawab Patriach: “Solat sahajalah di sini”. Tetapi Umar menolak cadangan

Video Tazkirah Ramadhan At-Taubah Ayat 31: Pendewaan Manusia

WaLlahu 'Alam   KHALID SAMAD

Kisah Raja Najashi

Semasa saya terlibat dalam usaha dakwah di UK satu ketika dahulu, kami mendapati bahawa ramai dari kalangan penganut Kristian tidak tahu bahawa Nabi Isa (AS) diiktiraf sebagai seorang Rasul oleh Islam. Begitu juga Nabi Ibrahim, Nabi Musa dan hampir kesemua para Nabi yang diiktiraf oleh agama Kristian turut diiktiraf oleh Islam. Kecuali kumpulan yang tidak diiktiraf Islam ialah ‘Nabi’ selepas Nabi Isa, termasuk penulis Bible yang digelar sebagai ‘Prophet’ oleh mereka. Apabila mereka didedahkan dengan maklumat ini, maka ianya boleh menyebabkan mereka ingin tahu apa yang dikatakan Al-Quran mengenai Nabi Isa dan menjadi satu titik tolak bagi mereka untuk mendampingi Al-Quran.