Skip to main content

Perbahasan Rasulullah (SAW) dan Suhail Bin Amr, Wakil Quraisy Semasa Perjanjian Hudaibiyah

Ikuti di sini petikan dari buku Fiqhus Sirah karangan Muhammad Al-Ghazali berhubung peristiwa perjanjian Hudaibiyah. Suhail Bin Amr telah dilantik kaum Quraisy untuk mewakili mereka dalam perundingan dengan Rasulullah (SAW) dan apabila perjanjian itu hendak ditulis, satu perbahasan telah berlaku di antara Suhail dan Rasulullah seperti berikut:

Rasulullah (SAW) kemudian memanggil Ali Bin Abi Talib (KW). Kepada beliau Baginda memerintahkan: “Tulislah; Bismillah Ar-Rahman Ar-Rahim….!” Suhail membantah “ Aku tidak mengerti apa ertinya itu! Tulis sahajalah: BismikaLlahumma (Dengan nama Mu Ya Allah)!” Rasulullah berkata kepada Ali: “Tulislah BismikaLlahumma!” Ali lalu menulis kalimat itu.

Rasulullah (SAW) berkata lagi pada Ali: “Tulislah; Inilah Perjanjian Perdamaian yang dibuat oleh Muhammad Rasulullah dengan Suhail Bin Amr”. Suhail menolak dan berkata: “ Kalau aku mengakui anda Rasulullah, tentu anda tidak kami perangi. Tulis sahaja nama anda dan nama ayah anda”. Rasulullah memerintah Ali supaya menuliskan: “Inilah Perjanjian Perdamaian yang dibuat oleh Muhammad bin Abdullah dengan Suhail Bin Amr”.

Petikan ini adalah dari muka surat 557 kitab berkenaan.

Saya memetik kisah perbahasan ini, yang boleh dibaca dalam beberapa kitab-kitab Seerah Rasulullah (SAW), untuk memperlihatkan bagaimana penggunaan kalimah Allah oleh kafir musyrik merupakan suatu kebiasaan pada zaman Rasulullah (SAW). Akan tetapi, pada masa yang sama, walaupun mereka menggunanya, mereka tidak memahami siapa sebenar Allah. Ini jelas terbukti dalam isu penolakan oleh Suhail ungkapan ‘Bismillah Ar-Rahman Ar-Rahim’. Ini adalah kerana sifat ‘Ar-Rahman dan Ar-Rahim’ tidak diketahui masyarakat Jahiliyah keEsaan dan sifat-sifat Allah serta Asma ul HusnaNya. Dalam proses dakwah, sambil masyarakat jahilliyah berpegang kepada segala kesesatan mereka berhubung Allah, Rasulullah (SAW) memperjelaskannya persoalan-persoalan ini satu per satu. Sehingga aspek keEsaan Allah dan keTauhidanNya serta sifat-sifatNya menjadi jelas dan nyata, khususnya melalui kalimah “La ilaha ila Llah”.

Dalam penolakan kedua pula, Suhail menjelaskan bahawa sebab mengapa kaum Quraisy memerangi Rasulullah ialah kerana mereka menolak keRasulannya. Mereka percaya kepada Allah, walaupun dengan segala kekeliruannya, dan mereka tidak akan memerangi Rasulullah sekiranya mereka yakin Baginda adalah seorang Rasul yang diutus Allah! Ini sebenarnya adalah sebab mengapa kunci keimanan kepada Allah dan penerimaan Islam mesti juga dengan ucapan “Muhammad Rasulullah”.

Oleh itu, sebagai orang Islam kita mesti memahami bahawa yang membezakan kita dengan orang bukan Islam adalah dua perkara. Yang pertama adalah kefahaman kita terhadap siapa itu Allah, keEsaanNya dan sifat-sifatNya seperti Ar-Rahman dan Ar-Rahim dan kefahaman ini adalah berbeza dengan kefahaman agama-agam lain. Ada agama lain yang menganggap Allah ada anak. Ada yang menganggap Allah zalim dan mengutamakan hanya bangsa mereka sahaja. Ada agama yang menganggap Allah lemah, tidak mengetahui segala-galanya dan sebagainya. Maka walaupun penganut agama lain mungkin sebut juga ‘Allah’, seperti si Suhail Bin Amr, tetapi mereka tidak mengenali Allah sebenarnya.

Kedua, kita mesti juga memahami bahawa yang membezakan kita dengan orang bukan Islam adalah penerimaan kita terhadap keRasulan Rasulullah (SAW). Maka, sekiranya ada yang menyebut nama Allah berkali-kali, seperti Suhail, dan menegaskan kepatuhannya kepada Allah, seperti juga Suhail apabila beliau mengatakan tidak akan memerangi Rasulullah sekira beliau yakin Baginda adalah Rasulullah, namun mereka tetap bukan Islam sehingga menerima keRasulan Muhammad (SAW). Inilah yang dikatakan sebagai ‘Syahadatain’ atau ‘Dua kalimah syahadah’ yang membezakan Islam dan bukan Islam.

Sekiranya kita memahami ini semua, maka penggunaan kalimah ‘Allah’ oleh mana-mana pihak tidak akan mengelirukan kita. Sekiranya kita tidak faham ini semua, maka bagaimana kita boleh dianggap Muslim? Tidakkah seorang Muslim semestinya memahami keEsaan Allah dan bahawa Muhammad adalah RasulNya? Sekiranya seseorang Muslim tidak memahami ini, ini bermakna samada dia tidak pernah mengucap dua kalimah syahadah atau sekiranya dia mengucapnya sekalipun, dia tidak memahaminya. Maka keadaannya adalah lebih kurang seperti Suhail dan amat malanglah kita sekiranya selepas 55 tahun Merdeka ummat Islam tidak memahami ini semua.

Yang menjadi pelik ialah hakikat bahawa yang kelihatan ‘bersungguh mempertahankan’ kalimah Allah ini adalah mereka yang berkuasa selama 55 tahun dan bertanggung-jawab ke atas kejahilan yang menimpa ummat Islam selama ini! Ada pula yang berkata “mereka ini ‘pertahan’ kalimah Allah tapi langgar semua perintah Allah!”

WaLlahu 'Alam
KHALID SAMAD

Comments

pokawang said…
YB kena buat pncerahan psl ni juga pd mufti2@seluruh Jabatan Agama Islam d Msia ni, ada sy tgk sorg mufti tu ckp "murtad bg sesiapa yg mbenarkan non-muslim mgunakan kalimah Allah dlm Bible" wallahuaalam
Naman said…
Salam YB,

Dalam kes itu, Saidina Ali bukanlah paderi kristian, yang hendak ditulis itu bukanlah bible.

Yang ditulis itu pula tidak merujuk kepada Allah yang disertakan dengan perkataan syirik. Seperti Allah dikatakan Tuhan 3 in 1 atau Jesus anak Allah. Nauzubillah.

Bila orang kafir itu setuju dia masih merujuk kepada Allah dalam konteks Islam yang ditulis dan dibenarkan oleh Rasulullah SAW.

Jangan pula YB nak babitkan Nabi SAW dalam kes benarkan penggunaan kalimah Allah dalam bible di Malaysia. Dalam kes itu bukan bible yang hendak ditulis. Bukan doktrin ketuhanan Jesus yang hendak dipaparkan oleh Saidina Ali melalui penanya.

Adalah lebih baik YB senyap dan akur dengan kenyataan majlis Syura parti YB.

Yang pelik juga tiba2 Datuk Nik Aziz berubah pendirian 180 darjah seolah-olah tersentak dari lamunan. Siapa yang memberikan maklumat2 kepada beliau tentang isu ini selama ini? Adakah orang2 seperti YB di sekeliling Datuk Nik Aziz. Yang mana akhirnya penerangan Dr Harun Din telah membuatkan Mursyidul Am tersentak dari lena dan barulah tersedar apa isu sebenarnya.

Apakah YB lebih hebat daripada ijmak ulama Majlis Syura parti YB sendiri?
Unknown said…
Sudah2 la khalid
Hg pi ckp apa yg hg tulis ni kt harun din ke atau hadi awang flip flop atau nik ajis umno saloh belako
Aku dh makin meluat tgk geng2 pas ni
Kerana politik habis semua hadis2 hangpa kuarkan utk mengiyakan tindakan hgpa semua

Org Bjra
panitiaRC said…
Salam YB,

Sila baca an-Nisa' 4:171 :
"Wahai Ahli kitab (Yahudi dan Nasrani)! Janganlah kamu melampaui batas dalam perkara ugama kamu, dan janganlah kamu mengatakan sesuatu terhadap Allah melainkan yang benar; sesungguhnya Al Masih Isa ibni Maryam itu hanya seorang pesuruh Allah dan Kalimah Allah yang telah disampaikanNya kepada Maryam, dan (ia juga tiupan) roh daripadaNya. Maka berimanlah kamu kepada Allah dan Rasul-rasulNya, dan janganlah kamu mengatakan: "(Tuhan itu) tiga". Berhentilah (daripada mengatakan yang demikian), supaya menjadi kebaikan bagi kamu. Hanyasanya Allah ialah Tuhan Yang Maha Esa, Maha Suci Allah daripada mempunyai anak. Bagi Allah jualah segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Dan cukuplah menjadi Pengawal (Yang Mentadbirkan sekalian makhlukNya)."

Aku tak suka BN, tapi kalau "ulama'" kalian benarkan Bible menulis Allah, sama saja seperti kalian membelakangkan Quran, kerana tercatat jelas di dalam al-Quran Allah melarang pemalsuan tersebut.

Kalian kan "juara" hukum Hudud, tentu kalian faham ayat di atas ayat muhakkamat, kan?

Aku akhiri dgn potongan dari an-Nisa' moga YB beroleh petunjuk:

"Maka di antara mereka (kaum Yahudi yang dengki itu) ada yang beriman kepada (apa yang telah di kurniakan oleh Allah kepada keluarga Nabi Ibrahim) itu, dan ada pula di antara mereka yang berpaling daripadanya (tidak beriman). Dan cukuplah dengan neraka jahanam yang sentiasa menyala-nyala itu (menjadi tempat seksa mereka)."

"Sesungguhnya orang-orang yang kufur ingkar kepada ayat-ayat keterangan Kami, Kami akan membakar mereka dalam api neraka. Tiap-tiap kali kulit mereka masak hangus, Kami gantikan untuk mereka kulit yang lain supaya mereka dapat merasa azab sengsara itu. Dan (ingatlah) sesungguhnya Allah adalah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana."

"Dan orang-orang yang beriman serta beramal soleh, Kami akan masukkan mereka ke dalam syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka kekal di dalamnya selama-lamanya. Mereka beroleh dalam syurga itu pasangan-pasangan, isteri-isteri yang suci bersih, serta Kami masukkan mereka ke tempat yang teduh yang sentiasa dinaungi."

"Sesungguhnya Allah menyuruh kamu supaya menyerahkan segala jenis amanah kepada ahlinya (yang berhak menerimanya), dan apabila kamu menjalankan hukum di antara manusia, (Allah menyuruh) kamu menghukum dengan adil. Sesungguhnya Allah dengan (suruhanNya) itu memberi pengajaran yang sebaik-baiknya kepada kamu. Sesungguhnya Allah sentiasa Mendengar, lagi sentiasa Melihat."

"Wahai orang-orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada Rasulullah dan kepada "Ulil-Amri" (orang-orang yang berkuasa) dari kalangan kamu. Kemudian jika kamu berbantah-bantah (berselisihan) dalam sesuatu perkara, maka hendaklah kamu mengembalikannya kepada (Kitab) Allah (Al-Quran) dan (Sunnah) RasulNya - jika kamu benar beriman kepada Allah dan hari akhirat. Yang demikian adalah lebih baik (bagi kamu), dan lebih elok pula kesudahannya."

"Tidakkah engkau (hairan) melihat (wahai Muhammad) orang-orang (munafik) yang mendakwa bahawa mereka telah beriman kepada Al-Quran yang telah diturunkan kepadamu dan kepada (Kitab-kitab) yang telah diturunkan dahulu daripadamu? Mereka suka hendak berhakim kepada Taghut, padahal mereka telah diperintahkan supaya kufur ingkar kepada Taghut itu. Dan Syaitan pula sentiasa hendak menyesatkan mereka dengan kesesatan yang amat jauh."

"Dan apabila dikatakan kepada mereka: "Marilah berhakim kepada hukum Al-Quran yang telah diturunkan oleh Allah dan kepada hukum Rasulullah," nescaya engkau melihat orang-orang munafik itu berpaling serta menghalang (manusia) dengan bersungguh-sungguh daripada menghampirimu."

Sadaqallah al-Azim
Wassalam

Popular posts from this blog

Keadilan Saidina Umar Al-Khattab Terhadap Rumah Ibadah Agama Lain

Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengemukakan sebuah kisah dari zaman pemerintahan Saidina Umar Al-Khattab (r.a) untuk tatapan dan renungan tuan-tuan sekalian. Melalui pendedahan ini, adalah diharap sebahagian dari ummat Islam yang tidak memahami konsep keadilan Islam terhadap agama lain, akan sedikit sebanyak dapat memikirkan kembali sikap dan pendirian mereka itu. Kisah yang ingin dikemukakan adalah kisah Saidina Umar dan Kanisah (gereja) Al-Qiamah yang terletak di Quds. Kisah ini adalah petikan dari muka surat 114, kitab Itmam al-Wafa’ fi sirah al-Khulafa’ , tulisan as-Syeikh Muhammad bin al-Afifi al-Banjuri, Darul Ibnu Hazim. “Dan apabila masuknya Saidina Umar ke dalam kota, maka masuklah beliau ke dalam Kanisah (gereja) al-Qiamah, dan beliau duduk di ruang utama gereja tersebut . Setelah tiba waktu solat asar, maka berkata Saidina Umar kepada Patriach Kanisah tersebut, “Saya ingin mengerjakan solat.” Jawab Patriach: “Solat sahajalah di sini”. Tetapi Umar menolak cadangan

Video Tazkirah Ramadhan At-Taubah Ayat 31: Pendewaan Manusia

WaLlahu 'Alam   KHALID SAMAD

Kisah Raja Najashi

Semasa saya terlibat dalam usaha dakwah di UK satu ketika dahulu, kami mendapati bahawa ramai dari kalangan penganut Kristian tidak tahu bahawa Nabi Isa (AS) diiktiraf sebagai seorang Rasul oleh Islam. Begitu juga Nabi Ibrahim, Nabi Musa dan hampir kesemua para Nabi yang diiktiraf oleh agama Kristian turut diiktiraf oleh Islam. Kecuali kumpulan yang tidak diiktiraf Islam ialah ‘Nabi’ selepas Nabi Isa, termasuk penulis Bible yang digelar sebagai ‘Prophet’ oleh mereka. Apabila mereka didedahkan dengan maklumat ini, maka ianya boleh menyebabkan mereka ingin tahu apa yang dikatakan Al-Quran mengenai Nabi Isa dan menjadi satu titik tolak bagi mereka untuk mendampingi Al-Quran.