Skip to main content

Isu Kalimah Allah: Sekali Lagi!

Timbul kembali isu kalimah Allah yang jelas menunjukkan sangat yang UMNO/BN sudah ketandusan isu. Di Kelantan oleh kerana tiada isu maka salon rambut dan bukan Islam berkhalwat pun jadilah. Yang pelik, pihak yang bising MCA tetapi selepas itu dikatakan PAS tunduk pada DAP! UMNO pula langsung tidak kedengaran, mendiamkan diri. Diam seribu bahasa. Jelas siapa kelihatan tunduk pada siapa! Biasanya yang tunduk itu mendiamkan diri.

Dalam isu kalimah Allah pendirian PAS adalah jelas. Saya telah jelaskan dengan panjang lebar sebelum ini dalam tulisan saya yang bertajuk Ismu Allah pada Mac 2009 dan disiar ulang pada Januari 2010. Sepertimana yang telah saya nyatakan, soal penggunanaan kalimah Allah oleh bukan Islam tidak merupakan masalah. Ini adalah kerana ianya digunakan masyarakat Jahilliyah sebelum lahirnya Rasulullah (SAW)! Buktinya, nama ayah Rasulullah adalah Abdullah dan beliau meninggal sebelum Rasulullah dilahirkan! Ini bererti kalimah Allah seperti yang terdapat dalam nama ‘Abdullah’ sememangnya digunakan sebelum datangnya Rasulullah (SAW).

Kalimah Allah adalah kalimah bahasa Arab. Datangnya dari perkataan ‘Al-ilah’ yang diringkaskan menjadi ‘Allah’. Perkataan ‘ilah’ pula ertinya sesuatu yang disembah dan didewa-dewakan. Ia meliputi berhala ciptaan manusia seperti Latta dan Uzza sembahan masyarakat Jahiliyyah dan juga nafsu yang didewa-dewakan manusia sehingga dijadikan ‘ilah’ mereka.

Dengan diletakkan huruf ‘Alif’ dan ‘Laam’ maka ianya menjadi nama khas yang bermaksud Tuhan pencipta dan pemilik alam. Yang disembah selain Allah seperti Latta dan Uzza tersebut tidak dianggap sebagai pencipta dan pemilik alam. Begitu juga dengan nafsu. Namun perkara ini disembah dalam erti kata ianya didewa-dewakan dan diberikan sanjungan dan kepatuhan. Itu yang ditolak Islam melalui kalimah “La ilaha illaLlah” atau “tiada yang disembah atau didewa-dewakan selain Allah (iaitu Tuhan pencipta dan pemilik alam)”.

Maka masyarakat Jahilliyyah menggunakan kalimah ‘Allah’ apabila memaksudkan Tuhan pencipta dan pemilik alam tetapi digunakan ‘ilah’ pula bagi dewa-dewa yang disembah sebagai pengantaraan di antara manusia dan Allah. Penggunaan sebegini juga diamalkan oleh orang Yahudi dan Nasara yang berbahasa Arab. Ini jelas terbukti apabila dibaca ayat-ayat Al-Quran seperti ayat 30 surah At-Taubah yang bermaksud, “Berkata orang Yahudi Uzair anak Allah dan berkata orang Nasara Al-Masih anak Allah..” Ayat-ayat Al-Quran sebegini jelas membuktikan bahawa kalimah ‘Allah’ digunakan masyarakat Arab samada musyrikin, Yahudi atau Nasara untuk memaksudkan Tuhan pencipta dan pemilik alam.

BIBLE BAHASA MELAYU

Dalam soal Bible terjemahan Bahasa Melayu, PAS berpendirian bahawa perkataan Tuhan adalah lebih tepat. Ini bukan kerana perkataan Allah tidak boleh digunakan oleh masyarakat bukan Islam tetapi kerana perkataan ‘Allah’ adalah perkataan Arab. Sedangkan terjemahan yang diinginkan adalah terjemahan Bahasa Melayu. Tuhan adalah perkataan Melayu yang sesuai dan tepat sebagai terjemahan kepada perkataan ‘God’.

Oleh itu, pendirian PAS adalah konsisten sejak dari awal lagi apabila isu ini ditimbulkan pada tahun 2009. Ianya persoalan yang dibahas secara ilmiah oleh PAS dan bukan merupakan pendirian yang dibuat atas sebab kepentingan politik atau emosi.

PENDIRIAN MAJLIS FATWA KEBANGSAAN

Majlis Fatwa Kebangsaan menyatakan bahawa agama lain tidak dibenarkan mengguna kalimah ‘Allah’ kerana dikhuatiri ianya akan menimbulkan kekeliruan. Saya hormati pendirian ini dan memahami bahawa ianya adalah pandangan yang terhasil dari kekhuatiran terhadap kemungkinan akan timbul kekeliruan di kalangan ummat Islam sekiranya agama lain menggunakan juga kalimah tersebut.

Namun pada hakikatnya, perbezaan di antara agama Islam dan agama lain adalah perbezaan dalam konsep ketuhanan itu sendiri bukan kalimah yang digunakan! Dalam erti-kata lain, perbezaan bukan terdapat pada kalimah berbeza. Sebagai contoh, tidak kurang salahnya, dari pandangan Islam, apabila dikatakan “Isa anak Allah” atau “Isa anak Tuhan”. Ini adalah kerana Allah itu Tuhan dan Tuhan itu Allah bagi ummat Islam. Bagaimana yang pertama boleh dianggap mengelirukan dan yang kedua tidak? Untuk mengelak kekeliruan, adakah selepas ‘Tuhan’ digunakan bukan Islam maka orang Islam tidak akan lagi menggunakan perkataan ‘Tuhan’?

Akhirnya kita kena akui bahawa kekeliruan hanya mampu dielak dengan adanya ilmu. Dan inilah penyelesaian muktamad kepada kemelut yang diada-adakan, bukan dengan menghalang ini dan itu. Persoalan yang perlu dijawab oleh pemimpin Negara dan Agama ialah mengapa selepas 55 tahun Merdeka kefahaman ummat Islam tetap di tahap yang begitu rapuh sehingga mudah keliru dan terjejas hanya dengan mendengar kata-kata “Isa anak Allah”? Tidakkah mungkin mereka memahami itu kepercayaan agama Nasrani yang bercanggah dengan Islam?

WaLlahu 'Alam
KHALID SAMAD

Comments

Grand Marquis said…
Nauzubillah Khalid Samad, anda pandai pandai mendefinisikan perkataan Allah sebagai Al illah. Cukuplah Khalid Samad. Berhentilah dari memandai-mandai dalam agama.

Sekalipun ada perbezaan pendapat dalam isu sama ada orang Kristian boleh atau tak boleh gunakan nama Allah, tapi untuk menjustifikasikan perkataan Allah sebagai Al Illah adalah nyata satu penyelewengan. Sila nyatakan ulama muktabar mana yang mengatakan perkataan Allah itu adalah dari Al Illah. Jangan memandai-mandai membuat tafsiran sendiri.

Kemudian, anda sibuk tuduh UMNO desperate. Tapi siapa yang timbulkan isu yang sudah tengelam ini? UMNO ka DAP? Get your fact right plese.

Izuddin said…
I agree with you , Khalid.

Only stupid Muslims will think THAT beyond Heaven and Earth has an Arabic name called Allah.
u are damn stupid khalid..damn stupid...may Allah will pay what u and other bastard PAS leaders did to my religion.
cikwiduri said…
Sebagai seorang Islam, saya tidak bersetuju dengan penggunaan kalimah Allah dalam Bible. Melayu Islam tak sama dgn Melayu Kristian atau Melayu Budha dan Tuhan mereka juga tak boleh di samakan dengan Allah Yang Maha Esa. Meskipun dalam bentuk ayat, bukankah itu meletakkan kita sejahil dengan org bukan Islam.
Masyallah!
Komeng said…
Kau ni bangang ke apa. Kau tak sayang Allah kau ke? Sekarang kau buleh cakap pandai. Impak dia kau tak nampak, sebab cakap je pandai.

Kau kata dengan ilmu aje kekeliruan ni boleh diatasi. Kau rasa org islam kat malaysia ni majoritinya tinggi ke ilmu mereka? AKu rasa ramai akan terkeliru. Org kapir keliru org islam pun akan keliru.

Akhirnya yg sedang berpecah semakin berpecah, yg keliru semakin keliru.

Sebab ilmu jugak kau boleh bagi muka. Tolong jgn buat main lah!
AFNI said…
jgn marah2.. tuan punya blog tulis opinion dia mayb based pada pengetahuan n kajian.
Mohd Sahalan said…
Surah 33:21 sesungguhnya telah ada pada diri Rasulluah itu suri tauladan yang baik bagimu,iaitu orang-orang yang mengharapkan kedatangan hari kiamat dan dia banyak mnyebut Allah..
Kunta Kinte said…
Cerita dari seorang Sahabat FB:
Just nak kongsi pengalaman sepanjang lebih
5 tahun tinggal dan belajar di Indonesia. Saya
tidak berniat memburukkan Indonesia.. They
have my respect, dan saya tahu orang2
Indonesia tidak seburuk yang disangkakan di
sini… (orang Indonesia baik dan ramah,
pintar dan rajin.. that’s a fact!)
Pengalaman ini saya kongsi supaya orang
ramai boleh tahu dan membayangkan
implikasinya jika penggunaan nama Allah oleh
non-muslim dibiarkan. Di satu sisi memang
agak lucu, tapi di sisi lain terdapat keseriusan
di dalamnya
Aku ingat satu hari aku bukak TV perdana dia
pastu tengok satu program.. Aku ingat
ceramah agama lah.. dia punya penceramah
punya semangat berkobar2.. “Kita semua
sudah berdosa! Allah Maha Kuasa! Allah Maha
Penyayang! Kembalilah kita semua ke jalan
Allah! (aku dalam hati, Alhamdulillah. . bagus!)
pastu tak pasal2 dia sambung “Kembalilah ke
Yesus Kristus dan Bunda Maryam!” aku
langsung tergolek…. astaghfirullah! ceramah
Kristian rupanya..
Satu lagi kenangan aku kat Indonesia, kalo
baca surat khabar sana nanti ada slot
obituaries: “Telah Kembali ke Rahmat Allah,
Sdr. XXX pada XXX Semoga ruh beliau dicucuri
rahmat Allah” Bila tengok balik nama yang
mati Eduardus, Kristus, Paulus, etc. (nama org
Kristian) pastu ada salib diikuti tulisan kecik
“ash to ash, dust to dust, fade to black”…
tergolek lagi aku.. wakakaka…
Satu lagi cerita aku kat Indonesia, satu hari
aku ‘bermusafir’ lah ke daerah Jawa Barat
naik motor, pastu nak berhentilah solat.. aku
toleh ke kiri kanan jalan cari masjid.. Pastu
aku nampak ada signboard kalimah Allah (dlm
arab!) pastu ada banner “Ayuh kerjakan
kewajipan kita kepada Allah dan agamanya!”
aku pun pergilah dekat.. tup2 aik, awat lain
macam tempat ni, siap ada patung jesus kena
salib??!! Tergolek lagi aku.. lah.. gereja Kristian
rupenye..
Satu lagi kat sana nak beli buku-buku agama
kena hati-hati.. Aku dulu pernah ‘usha’ buku
kat kedai buku.. Ada satu buku aku tak ingat
persis tapi tajuk buku dia lebih kurang camni:
“Memantapkan Iman Anda Kepada Allah” bila
bukak2 browsing per helai aku start confuse,
amacam lain macam aje ayat2 dan hadis dia..
Aku tengok balik lah.. ayat2 kutipan dari
Bible.. tergolek aku lagi… lah, buku dakwah
Kristian rupanya..
risau gak klu jadi camni kat mesia
di tengah tengah bandar Bandung juga
terdapat sebuah geraja yg dinamakan
“Rumah Allah”…

Kita berada di luar kerangka politik dan fahaman masing2seketika wahai umat Islam di Malaysia.Cuba hayati dan bayangkan apa yg berlaku di Indonesia.kalau benar ia dibolehkan di Malaysia 2-3 tahun belum nmpk kesan.tp 5-10 tahun lg xtaula.dlm keadaan umat Islam Malaysia yg tak kemas ilmu dan pegangan agamanya mahu diluaskan lagi penggunaan kalimah suci ke Bible dan apa2 berkaitan Kristian especially di Semenanjung.Pikir masa hadapan wahai tuan2.
Puteri Balqies said…
x gune blajar tinggi2
tp bangang jugak!!!rujuk la pada yang lebih arif..
terima kasih
Komeng said…
Itulah yg aku maksudkan wahai kunta kinte!!

Bukan main cakap sedap je. Sesapa boleh cakap ada negara2 lain yg benarkan penggunaan kalimah ni. Tapi cubalah rasa kesan dan bezanya sendiri kat negara2 yg dikatakan tu.

Perkara sepenting dan sesensitif ni bukan boleh main hukum akal saja2.

Sebab tu penting berguru. Tanpa guru, syaitan akan mengaku jadi guru. Guru pula biarlah yg bersanad ilmu amalnya sampai ke Rasulullah. Jangan ingat rajin membaca, ilmu dah cukup nak bagi pandangan hal2 semacam ni. Jangan buat main!!
Mohd Hilmi said…
Inilah akibatnya apabila orang yg bukan 'ahli' tiba tiba memandai beri komen HANYA berdasarkan fakta hasil dari pemahaman dan logik akal sendiri mengalahkan ahli tafsir dan ulama Al Quran. Sedar tak sedar, bibit bibit ayat dalam komentarnya juga boleh menjurus kepada perbuatan syirik.
zigbee said…
Jadi yg memberi nama Allah kpd Yg Maha Esa itu adalah manusia...bukannnya Allah menamakan dirinya sendiri. kalau ikut teori kau ni khalid, maka Allah dulu tak bernamalah ya? maka tak sempurnalah sifat Allah....sbb diriNya dulu xbernama.

Khalid ...khalid...ko ini khayal lah.

Popular posts from this blog

Berakhirnya Drama RUU 355?

Drama perlaksanaan sistem perundangan Islam yang mengambil bentuk usul persendirian YB Marang berhubung Akta 355 kelihatan menghampiri adegan penamatnya. Pada peringkat kesudahannya UMNO/BN kelihatan sebagai pihak yang meraih keuntungan terbesar dengan pembangkang berada dalam keadaan berpecah dan tidak bersepakat. Keutuhan Pakatan Rakyat yang telah mewarnai pilihan raya ke 13 pada 2013 sudah jelas hilang. Yang sepatutnya mengambil tempatnya, iaitu Pakatan Harapan, masih dalam keadaan sedikit terumbang-ambing, khususnya berhubung hubungan dengan PAS.

Tindakan UMNO/BN untuk mensasarkan PAS melalui isu perundangan Islam adalah satu ‘master-stroke’ yang tidak boleh dinafikan mana-mana pihak. Melaluinya bukan sahaja PR berpecah, namun ketidak-tentuan sikap terhadap PAS menyebabkan apa-apa tindakbalas untuk menyelamatkan keadaan menjadi tidak padu dan kurang bersungguh-sungguh. Kebergantungan terhadap PAS oleh pihak tertentu menyebabkan mereka tidak sanggup memutuskan hubungan dengan PAS s…

Kenyataan Media Amanah Mengenai RUU 355

Muqaddimah

Amanah menganggap mahkamah syariah sebagai institusi penting dalam usaha menzahirkan kebenaran dan keadilan Islam. Oleh itu imejnya sebagai institusi yang cekap dan berwibawa perlu sentiasa dijaga. Amanah bersetuju bahawa segala usaha ke arah memperkasakan mahkamah syariah, dari segi kecekapan perlaksanaan undang-undang Islam, perlu disokong dan dibantu.

Kenyataan Berhubung Usul Persendirian Marang: Cadangan Pindaan ke Atas Akta 355

MUQADDIMAH

1. AMANAH ingin menegaskan bahawa Mahkamah Syariah adalah institusi keadilan Islam dan oleh itu apa jua usaha ke arah menperkasakannya adalah disokong. Bidang kuasanya berhubung kesalahan jenayah syariah dijelaskan dalam Akta 355 sediada. Akta 355 ini perlu dijaga dengan baik dan apa jua usaha pembaik-pulihan serta pindaan terhadapnya perlu diperhalusi secara teliti supaya tidak menjejas kedudukan mahkamah syariah.

2. Akta 355 sediada telah digubal mengambil kira kedudukan dan peranan Mahkamah Syariah di dalam kerangka struktur kenegaraan Malaysia yang di dalamnya wujud Mahkamah Sivil dan juga Mahkamah Syariah. Sepertimana diketahui umum, bidang kuasa Mahkamah Syariah adalah terhad kepada orang Islam dan kesalahan-kesalahan tertentu seperti terkandung dalam Senarai II Senarai Negeri Jadual kesembilan Perlembagaan Persekutuan. Selainnya adalah di bawah Mahkamah Sivil.

3. Apa jua pindaan yang ingin dibawa semestinya selari dengan kedudukan dan peranan ini supaya tidak berlaku…