Skip to main content

Mesyuarat Kesesakan Lalu Lintas di Shah Alam

Satu mesyuarat telah diadakan untuk membincang masalah kesesakan lalu lintas di Shah Alam bersama wakil-wakil dari JKR, PLUS, ELITE, Pro-Lintas dan MBSA. Kawasan tumpuan adalah jalan dari Lebuhraya Guthrie menuju ke persimpangan Batu Tiga yang dikenali dengan nama Jalan Subang. Wakil Lembaga Lebuhraya Malaysia turut dijemput namun tidak dapat hadir.


Semua yang hadir memahami dan mengakui akan keadaaan kesesakan lalu lintas yang semakin parah, khususnya pada waktu-waktu puncak. Ada bebrapa cadangan telah dikemukakan tetapi ianya perlu dikaji dengan lebih lanjut lagi sebelum apa-apa keputusan boleh dibuat. Saya akan bertanya kepada pihak berkenaan untuk mendapat maklum balas.

Pada masa yang sama telah ditimbulkan persoalan samada wujudnya sebuah ‘master-plan’ yang dapat menentukan penambahan jumlah kereta hasil pembangunan kawasan baru akan dapat ditangani dengan baik. Persoalan intra-city dan inter-city traffic management (pengurusan trafik dalam kota dan di antara kota) juga dibincangkan bersama.

Turut dipersetujui bahawa pembinaan lebuh raya dewasa ini dilakukan tanpa adanya satu ‘master-plan’ dan lebih bersifat ‘ad-hoc’. Ini kadangkala menimbulkan kesesakan di lebuhraya yang sediada kerana limpahan kereta yang tidak diambil kira dari peringkat awal. Ini kerana pada ketika ianya dirancang, tiada cadangan untuk satu lagi lebuhraya baru yang disambungkan dengannya. Maka pembinaan secara ‘ad-hoc’ ini hanya mampu menyelesaikan masalah di sesebuah tempat, untuk beberapa ketika, hanya untuk menimbulkan masalah yang lebih teruk di tempat yang lain pada masa yang sama.

Berhubung dengan persoalan intra-city traffic atau trafik dalam kota, pihak JKR menyatakan bahawa telahpun ditubuhkan suatu jawatankuasa untuk mengkaji masalah kesesakan lalu lintas untuk Shah Alam dan Klang. Pihak JKR juga turut menyatakan bahawa telah ditubuh satu badan penyelaras di antara JKR dan semua syarikat lebuhraya untuk mengkaji masalah kesesakan lalu lintas dan bagaimana pembinaan lebuhraya baru boleh diuruskan dengan cara yang lebih terancang dan berkoordinasi demi menangani masalah lalu lintas.

WaLlahu 'Alam
KHALID SAMAD

Comments

Popular posts from this blog

Keadilan Saidina Umar Al-Khattab Terhadap Rumah Ibadah Agama Lain

Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengemukakan sebuah kisah dari zaman pemerintahan Saidina Umar Al-Khattab (r.a) untuk tatapan dan renungan tuan-tuan sekalian. Melalui pendedahan ini, adalah diharap sebahagian dari ummat Islam yang tidak memahami konsep keadilan Islam terhadap agama lain, akan sedikit sebanyak dapat memikirkan kembali sikap dan pendirian mereka itu. Kisah yang ingin dikemukakan adalah kisah Saidina Umar dan Kanisah (gereja) Al-Qiamah yang terletak di Quds. Kisah ini adalah petikan dari muka surat 114, kitab Itmam al-Wafa’ fi sirah al-Khulafa’ , tulisan as-Syeikh Muhammad bin al-Afifi al-Banjuri, Darul Ibnu Hazim. “Dan apabila masuknya Saidina Umar ke dalam kota, maka masuklah beliau ke dalam Kanisah (gereja) al-Qiamah, dan beliau duduk di ruang utama gereja tersebut . Setelah tiba waktu solat asar, maka berkata Saidina Umar kepada Patriach Kanisah tersebut, “Saya ingin mengerjakan solat.” Jawab Patriach: “Solat sahajalah di sini”. Tetapi Umar menolak cadangan...

Surat Terbuka Untuk Penduduk Seksyen 23

2hb September 2009 M 13 Ramadan 1430 H السلام عليكم ورحمة الله وبركاته Kehadapan penduduk Seksyen 23 yang dihormati, Semoga surat ini menemui tuan-tuan dalam keadaan sihat wal afiat serta keimanan yang teguh dan jitu berkat bulan Ramadhan ini. Saya mengambil kesempatan ini untuk mengingatkan diri saya serta tuan-tuan akan Firman Allah, Surah Al Maaidah ayat 8 yang bermaksud; “Bertindak adil! Ianya lebih rapat dengan keTaqwaan.” Semoga dalam usaha kita membina keTaqwaan dalam bulan Ramadhan ini, kita mengingati hakikat bahawa ‘keTaqwaan’ yang diusahakan itu mempunyai hubungan rapat dengan keadilan. Keadilan ini pula perlu dilaksanakan terhadap semua, walaupun terhadap yang tidak disenangi. Ini ditegaskan di dalam ayat yang sama yang bermaksud, “dan jangan oleh kerana kebencian kamu terhadap sesuatu kaum menyebabkan kamu tidak berlaku adil…” Kalau terhadap kaum yang dibenci sekalipun dituntut keadilan, apatah lagi terhadap jiran sekampung dan warga sekota? Walaupun mereka tidak sebangsa...

Tapak Kuil Seksyen 23 Shah Alam

Baru-baru ini, banyak betul yang kita dengar berhubung isu tapak kuil yang dicadangkan di Seksyen 23, Shah Alam. Yang tahu, yang tak tahu dan yang buat-buat tahu, semuanya turut sama mengemukakan pandangan masing-masing. Di antaranya, pandangan Noh Omar yang menyatakan bagaimana kerajaan PR tidak peka terhadap sensitiviti umat Islam. Oleh itu, bagi mereka yang ingin tahu, izinkan saya menceritakan serba sedikit perkara sebenar berkenaan isu ini. Tapak Kuil yang dicadangkan adalah di kawasan Industri, lebih 200 meter dari kawasan perumahan. Sebuah Kuil yang sekarang ini berada di Seksyen 19 akan dipindahkan ke tapak baru yang dicadangkan ini. Di Seksyen 19, kuil berkenaan hanya berjarak 20 kaki dari kawasan perumahan! Buka pintu rumah, seberang jalan terdapat kuil. Sebenarnya, kuil Seksyen 19 telah berada di situ sejak zaman sebelum wujudnya Shah Alam lagi. Pada masa itu kawasan di mana kuil tersebut dibina dinamakan Ladang Sungai Renggam. Apabila PKNS ambil-alih, maka dijadikan kawas...