Skip to main content

Hospital Shah Alam Tergendala Lagi?

Saya baru terima laporan kemajuan projek Hospital Shah Alam. Nampak gayanya sudah jauh ketinggalan berbanding dengan yang telah dijadualkan. Sudahlah 2 tahun terbiar terbengkalai begitu sahaja, sudahlah terpaksa ditambah kos dengan harga beratus juta ringgit. Sekarang tergendala lagi?

Sepatutnya Hospital ini siap pada tahun 2011 pada asalnya. Tarikh baru dikatakan hujung 2013. Dengan kelewatan di tapak, mungkin terlajak lagi! Sila lihat pada laporan Skala JKR yang disertakan dibawah. Ia menunjukkan jumlah hari ketinggalan sebanyak 61 hari. Dari segi % kerja pula, hanya 9.7% dicapai dalam masa 9 bulan! Pukul rata 1% sebulan!



Adalah amat memalukan sekiranya projek seperti ini, ditengah-tengah bandaraya Shah Alam, bukan ditengah hutan, tidak dapat dilaksanakan oleh pihak Kementerian dengan baik. Rasa-rasanya Menteri Kerja Raya kena buat sesuatu kot? Apa? Letak jawatan? Hmmm... kena tunggu kucing bertanduklah jawabnya. Adakah mereka memahami bahawa jawatan datang dengan tanggung jawab dan juga pertanggung-jawaban?

Kalau tanya golongan yang agak kuno, mungkin akan dikatakan tapak itu berhantu. Kena sembelih kambing dan sebagainya. Tapi kita tahu itu semua karut dan bertujuan memindahkan kesalahan dan menutup kegagalan diri. Adakah pihak kementerian juga akan menggunakan alasan yang sama?

WaLlahu 'Alam
KHALID SAMAD

Comments

ben said…
Perhaps the federal govt, JKR, should take over the project since it is far behind schedule.

Popular posts from this blog

Keadilan Saidina Umar Al-Khattab Terhadap Rumah Ibadah Agama Lain

Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengemukakan sebuah kisah dari zaman pemerintahan Saidina Umar Al-Khattab (r.a) untuk tatapan dan renungan tuan-tuan sekalian. Melalui pendedahan ini, adalah diharap sebahagian dari ummat Islam yang tidak memahami konsep keadilan Islam terhadap agama lain, akan sedikit sebanyak dapat memikirkan kembali sikap dan pendirian mereka itu. Kisah yang ingin dikemukakan adalah kisah Saidina Umar dan Kanisah (gereja) Al-Qiamah yang terletak di Quds. Kisah ini adalah petikan dari muka surat 114, kitab Itmam al-Wafa’ fi sirah al-Khulafa’ , tulisan as-Syeikh Muhammad bin al-Afifi al-Banjuri, Darul Ibnu Hazim. “Dan apabila masuknya Saidina Umar ke dalam kota, maka masuklah beliau ke dalam Kanisah (gereja) al-Qiamah, dan beliau duduk di ruang utama gereja tersebut . Setelah tiba waktu solat asar, maka berkata Saidina Umar kepada Patriach Kanisah tersebut, “Saya ingin mengerjakan solat.” Jawab Patriach: “Solat sahajalah di sini”. Tetapi Umar menolak cadangan

Video Tazkirah Ramadhan At-Taubah Ayat 31: Pendewaan Manusia

WaLlahu 'Alam   KHALID SAMAD

Kisah Raja Najashi

Semasa saya terlibat dalam usaha dakwah di UK satu ketika dahulu, kami mendapati bahawa ramai dari kalangan penganut Kristian tidak tahu bahawa Nabi Isa (AS) diiktiraf sebagai seorang Rasul oleh Islam. Begitu juga Nabi Ibrahim, Nabi Musa dan hampir kesemua para Nabi yang diiktiraf oleh agama Kristian turut diiktiraf oleh Islam. Kecuali kumpulan yang tidak diiktiraf Islam ialah ‘Nabi’ selepas Nabi Isa, termasuk penulis Bible yang digelar sebagai ‘Prophet’ oleh mereka. Apabila mereka didedahkan dengan maklumat ini, maka ianya boleh menyebabkan mereka ingin tahu apa yang dikatakan Al-Quran mengenai Nabi Isa dan menjadi satu titik tolak bagi mereka untuk mendampingi Al-Quran.