Skip to main content

Bacaan Al-Quran Sepanjang RamaDhan: Juz 6

Di dalam Juz ke enam, surah An-Nisaa' ayat 148 Allah SWT telah berfirman:
“Allah tidak suka pada percakap lantang dan kasar (yang mengutuk dan menghina) secara terbuka kepada umum kecuali bagi mereka yang dizalimi. Allah mendengar dan mengetahui”.
(An-Nisaa’ 148)

Ada yang mengatakan percakapan yang lantang dan menghina itu tidak islamik. Kononnya orang yang beriman kena ‘suffer in silence’. Berdasarkan ayat di atas ini jelas satu andaian yang tidak tepat. Sekiranya diri sendiri dizalimi, dibenarkan bersuara secara lantang menentang kezaliman yang ditimpakan ke atas dirinya. Maka adalah sudah pasti prinsip sama boleh diguna pakai untuk rakyat yang dizalimi oleh pemerintah melalui undang-undang yang mengongkong hak mereka sambil pemerintah merompak kekayaan Negara.
“Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu berdiri tegak, kerana Allah, sebagai saksi akan keadilan. Dan janganlah oleh kerana kebencian kamu terhadap sesuatu kaum menyebabkan kamu tidak bertindak adil. Bertindak adil! Ianya lebih rapat dengan taqwa. Dan bertaqwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah mengetahui apa yang kamu kerjakan.”
(Al-Maidah 8)

Terdapat juga orang Islam yang menganggap persoalan keadilan dan sebagainya tidak ada kena mengena dengan Islam, ianya merupakan slogan kumpulan Sosialis. Bagi mereka Islam itu hanya sembahyang, puasa, zakat dan naik haji selepas memeluk Islam melalui dua kalimah syahadah. Segala percakapan berhubung keadilan dan sebagainya adalah kerana ummat Islam dipengaruhi Sosialis!

Sedih tetapi benar. Sedangkan perintah untuk berlaku adil itu disamakan dengan ketaqwaan. Inilah malangnya keadaan ummat Islam apabila mereka terpisah dari Al-Quran dan Islam yang mereka kenal hanya terbatas di dalam kelas Fiqh berhubung Taharah, cara-cara berwudhu’, Solat dan sebagainya.

Keadilan yang dituntut oleh Islam adalah sehingga meliputi bertindak adil walaupun terhadap musuh ataupun “kaum yang dibenci”. Keadilan mengatasi segala perhitungan yang lain kerana ianya adalah tuntutan ketaqwaan.

“Sesungguhnya telah menjadi kafir mereka yang mengatakan “Allah itu ialah Al-Masih Isa anak Mariam..”
(Al-Maidah 17)

“Sesungguhnya telah menjadi kafir mereka yang mengatakan “Allah itu ialah Al-Masih Isa anak Mariam..”
(Al-Maidah 72)

“Sesungguhnya telah menjadi kafir mereka yang mengatakan “Allah adalah yang ketiga dari tiga. Tidak ada Tuhan selain dari Tuhan yang Maha Esa…..”
(Al-Maidah 73)

Ayat-ayat di atas menunjukkan kepada kita bahawa pada zaman Rasulullah (SAW) sendiri, golongan Nasrani telah mendakwa bahawa Nabi Isa adalah Allah atau anak Allah dan berpegang kepada konsep Trinity di mana Allah adalah yang ketiga dari tiga. Al-Quran sendiri menyatakan dengan jelas bahawa mereka menggunakan kalimah ‘Allah’ dan apa yang dilakukan oleh Rasulullah adalah berusaha membetulkan kefahaman mereka terhadap keEsaan Allah, bukan melarang mereka dari menyebut ‘Allah’.

Bagi yang susah hendak faham, soalan mudah berdasarkan ayat Al-Maidah 17 dan 72 ialah, “siapakah Al-Masih Isa anak Mariam mengikut fahaman orang-orang Nasrani?” (Jawapannya: Allah). Oleh itu mereka menjadi kafir.

Dan berdasarkan ayat ke 73 Al-Maidah pula, soalannya adalah: “Mengikut fahaman orang-orang Nasrani, siapakah yang ketiga dari tiga?” (Jawapannya: Allah). Oleh kerana kepercayaan sebeginilah maka Allah ishtihar mereka menjadi kafir.

Maka berdasarkan ayat-ayat yang jelas sebegini, bagaimana mungkin orang Islam yang beriman dengan kitab Al-Quran boleh mengatakan bahawa orang bukan Islam tidak boleh menggunakan kalimah ‘Allah’? Sedangkan Al-Quran sendiri menceritakan orang-orang kafir menggunakannya!

WaLlahu 'Alam
KHALID SAMAD

Comments

Popular posts from this blog

Keadilan Saidina Umar Al-Khattab Terhadap Rumah Ibadah Agama Lain

Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengemukakan sebuah kisah dari zaman pemerintahan Saidina Umar Al-Khattab (r.a) untuk tatapan dan renungan tuan-tuan sekalian. Melalui pendedahan ini, adalah diharap sebahagian dari ummat Islam yang tidak memahami konsep keadilan Islam terhadap agama lain, akan sedikit sebanyak dapat memikirkan kembali sikap dan pendirian mereka itu. Kisah yang ingin dikemukakan adalah kisah Saidina Umar dan Kanisah (gereja) Al-Qiamah yang terletak di Quds. Kisah ini adalah petikan dari muka surat 114, kitab Itmam al-Wafa’ fi sirah al-Khulafa’ , tulisan as-Syeikh Muhammad bin al-Afifi al-Banjuri, Darul Ibnu Hazim. “Dan apabila masuknya Saidina Umar ke dalam kota, maka masuklah beliau ke dalam Kanisah (gereja) al-Qiamah, dan beliau duduk di ruang utama gereja tersebut . Setelah tiba waktu solat asar, maka berkata Saidina Umar kepada Patriach Kanisah tersebut, “Saya ingin mengerjakan solat.” Jawab Patriach: “Solat sahajalah di sini”. Tetapi Umar menolak cadangan

Video Tazkirah Ramadhan At-Taubah Ayat 31: Pendewaan Manusia

WaLlahu 'Alam   KHALID SAMAD

Kisah Raja Najashi

Semasa saya terlibat dalam usaha dakwah di UK satu ketika dahulu, kami mendapati bahawa ramai dari kalangan penganut Kristian tidak tahu bahawa Nabi Isa (AS) diiktiraf sebagai seorang Rasul oleh Islam. Begitu juga Nabi Ibrahim, Nabi Musa dan hampir kesemua para Nabi yang diiktiraf oleh agama Kristian turut diiktiraf oleh Islam. Kecuali kumpulan yang tidak diiktiraf Islam ialah ‘Nabi’ selepas Nabi Isa, termasuk penulis Bible yang digelar sebagai ‘Prophet’ oleh mereka. Apabila mereka didedahkan dengan maklumat ini, maka ianya boleh menyebabkan mereka ingin tahu apa yang dikatakan Al-Quran mengenai Nabi Isa dan menjadi satu titik tolak bagi mereka untuk mendampingi Al-Quran.