Skip to main content

Isu Air di Selangor

BN Selangor sudah ketandusan isu untuk menyerang PR. Oleh itu direka kisah yang kononnya air sudah mula habis dan catuan oleh Syabas terpaksa dilakukan. Air habis pula, adalah angkara PR yang degil, tidak mahu dengar nasihat kerajaan Pusat dengan membenarkan pembinaan Langat II!

Sebenarnya bekalan air yang tidak terawat dan yang terawat adalah lebih dari apa yang digunakan penduduk Negeri Selangor. Loji pembersihan air mempunyai kapasiti yang lebih tinggi dari permintaan dan oleh itu, pada hakikatnya terowong untuk membawa air tidak dirawat dari Pahang dan pembinaan loji pembersihan air baru iaitu Langat II adalah perkara yang tidak diperlukan. Yang perlu adalah pengurusan bekalan air yang lebih cekap supaya ketirisan dan kebocoran dapat diatasi. Sambil itu saluran paip baru juga perlu dipasang.

Malangnya, rakyat Selangor tidak nampak kesungguhan SYABAS dalam menangani masalah ini semua dan sebaliknya hanya ingin untuk memenangkan BN dalam PRU ke-13. Dengan itu akan kekal kedudukannya sebagai syarikat kroni yang akan dibenarkan menaikkan tarif air. Oleh yang demikian ini, maka ‘krisis’ bekalan air direka untuk mengelirukan rakyat.

Pada masa yang sama, penyokong dan kroni BN amat sangat teringin untuk diluluskan projek Langat II supaya melalui projek yang bernilai berbillion ringgit itu, semua akan mendapat komisyen dan habuan mereka!

Maka, di atas kesedaran inilah maka PAS Selangor menyokong penuh usaha pengambilalihan Syabas oleh kerajaan negeri Selangor.

WaLlahu 'Alam
KHALID SAMAD

Comments

Popular posts from this blog

Keadilan Saidina Umar Al-Khattab Terhadap Rumah Ibadah Agama Lain

Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengemukakan sebuah kisah dari zaman pemerintahan Saidina Umar Al-Khattab (r.a) untuk tatapan dan renungan tuan-tuan sekalian. Melalui pendedahan ini, adalah diharap sebahagian dari ummat Islam yang tidak memahami konsep keadilan Islam terhadap agama lain, akan sedikit sebanyak dapat memikirkan kembali sikap dan pendirian mereka itu. Kisah yang ingin dikemukakan adalah kisah Saidina Umar dan Kanisah (gereja) Al-Qiamah yang terletak di Quds. Kisah ini adalah petikan dari muka surat 114, kitab Itmam al-Wafa’ fi sirah al-Khulafa’ , tulisan as-Syeikh Muhammad bin al-Afifi al-Banjuri, Darul Ibnu Hazim. “Dan apabila masuknya Saidina Umar ke dalam kota, maka masuklah beliau ke dalam Kanisah (gereja) al-Qiamah, dan beliau duduk di ruang utama gereja tersebut . Setelah tiba waktu solat asar, maka berkata Saidina Umar kepada Patriach Kanisah tersebut, “Saya ingin mengerjakan solat.” Jawab Patriach: “Solat sahajalah di sini”. Tetapi Umar menolak cadangan

Video Tazkirah Ramadhan At-Taubah Ayat 31: Pendewaan Manusia

WaLlahu 'Alam   KHALID SAMAD

Kisah Raja Najashi

Semasa saya terlibat dalam usaha dakwah di UK satu ketika dahulu, kami mendapati bahawa ramai dari kalangan penganut Kristian tidak tahu bahawa Nabi Isa (AS) diiktiraf sebagai seorang Rasul oleh Islam. Begitu juga Nabi Ibrahim, Nabi Musa dan hampir kesemua para Nabi yang diiktiraf oleh agama Kristian turut diiktiraf oleh Islam. Kecuali kumpulan yang tidak diiktiraf Islam ialah ‘Nabi’ selepas Nabi Isa, termasuk penulis Bible yang digelar sebagai ‘Prophet’ oleh mereka. Apabila mereka didedahkan dengan maklumat ini, maka ianya boleh menyebabkan mereka ingin tahu apa yang dikatakan Al-Quran mengenai Nabi Isa dan menjadi satu titik tolak bagi mereka untuk mendampingi Al-Quran.