Skip to main content

Terima Kasih Utusan!

Saya ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada pihak Utusan Melayu (Malaysia) Berhad kerana menjadi penyumbang terbanyak kepada Tabung Pilihanraya PAS Shah Alam setakat ini iaitu sebanyak RM60,000. Pihak kami juga sedang mengusahakan sumbangan dari YB Hamidah (Perak) dan Novandri (Penang), yang mana kes tersebut akan didengar tidak lama lagi.

WaLlahu 'Alam
KHALID SAMAD

Berkaitan: Mahkamah rayuan kekalkan keputusan, Utusan diarah bayar Khalid Samad

Comments

wayne said…
alhamdulillah...takbirrrr..allahuakhabr....tahniah yb utk perjuangan islam

-peminat kedai makan pak halim u10-
XUMNO said…
Nampaknya untuk PRU13 ni, puak2 UMNO sangat bermurah hati menyumbang kepada tabung pilihanraya Pakatan.Ini satu trend baru....agak2nya UMNO dan BN baru dapat hidayah, kah,kah,kah.Bila kita ambilalih Putrajaya nanti pemimpin UMNO-BN akan buat sumbangan berbilion2 kepada kerajaan baru, maklumlah mereka tu kayaraya dan baik budi.
KYS said…
Salam YB,

Tahniah kerana menang. Semoga kemenangan ini menjadi pengubat duka selama ini dan penambah semangat. Allah bersama orang-orang yang benar. Doa kami bersama YB. Takbir.
Perak said…
Percaya pulak korang kt mahkamah, sbelum ni baik punya korang maki hamun mahkamah, mahkamah d belilah.. macam2 smpai tak cukup tanah.. fitnah aje kerje korang ni... tunggulah balasan drp Allah

Popular posts from this blog

Lawatan Kerja ke Kilang Carlsberg

Tajuk posting saya kali ini barangkali akan memeranjatkan sesetengah pihak. Lanjutan daripada perbincangan berhubung Terminal Bas Shah Alam, saya bersama beberapa Ahli Majlis MBSA telah melawat kilang Carlsberg pada hari Khamis 5 Ogos, jam 3 petang. Kami disambut oleh Dato’ Chin Voon Loong, Timbalan Pengarah Urusan Syarikat berkenaan. Beliau memberikan penjelasan dan latar belakang syarikat serta prestasi perniagaannya semenjak ianya mula beroperasi. Untuk makluman semua, kilang Carlsberg Shah Alam telah mula beroperasi pada tahun 1972, iaitu 38 tahun dahulu. Ia merupakan di antara kilang yang terawal di kawasan tersebut dan semasa ianya dibina, hanya hutan dan belukar di kelilingnya.

100 Hari Malaysia Baharu (Astro Awani)

Wawancara bersama Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad dalam program khas '100 Hari Malaysia Baharu'.

Video ihsan Astro Awani
-Pejabat YB Khalid Samad-

Tapak Kuil Seksyen 23 Shah Alam

Baru-baru ini, banyak betul yang kita dengar berhubung isu tapak kuil yang dicadangkan di Seksyen 23, Shah Alam. Yang tahu, yang tak tahu dan yang buat-buat tahu, semuanya turut sama mengemukakan pandangan masing-masing. Di antaranya, pandangan Noh Omar yang menyatakan bagaimana kerajaan PR tidak peka terhadap sensitiviti umat Islam.

Oleh itu, bagi mereka yang ingin tahu, izinkan saya menceritakan serba sedikit perkara sebenar berkenaan isu ini. Tapak Kuil yang dicadangkan adalah di kawasan Industri, lebih 200 meter dari kawasan perumahan. Sebuah Kuil yang sekarang ini berada di Seksyen 19 akan dipindahkan ke tapak baru yang dicadangkan ini. Di Seksyen 19, kuil berkenaan hanya berjarak 20 kaki dari kawasan perumahan! Buka pintu rumah, seberang jalan terdapat kuil.

Sebenarnya, kuil Seksyen 19 telah berada di situ sejak zaman sebelum wujudnya Shah Alam lagi. Pada masa itu kawasan di mana kuil tersebut dibina dinamakan Ladang Sungai Renggam. Apabila PKNS ambil-alih, maka dijadikan kawasan…