Skip to main content

Malam Itu di Kerinchi

Pada malam itu, 24 Mei 2012, di kawasan Kerinchi, Lembah Pantai, UMNO membuktikan sekali lagi mengapa mereka perlu ditolak rakyat Malaysia. Pada malam tersebut kebiadaban yang cuba disorok selama ini telah terserlah, masyarakat Melayu yang penuh dengan adab dan adat telah bertindak samseng, mengganggu ceramah PR dengan membaling batu, telur dan juga membocorkan tayar kenderaan. Maka amat jelas sekali bahawa UMNO hanya mampu merosakkan minda Melayu, membawa Melayu menjadi bangsa yang tidak bertamaddun dan beretika.

Namun kesan terhadap tindakan pengecut tidak sepertimana yang mereka harapkan apabila lebih ramai rakyat yang hadir bersama ceramah PR. Walaupun diancam sedemikian rupa program tetap diteruskan. Rakyat tidak bersurai walaupun terpaksa menyaksikan seorang warga mas cedera berdarah dahinya terkena batu yang dilontar dari jauh. Beliau berjalan beberapa langkah setelah terkena batu dan saya melihat dahinya berdarah, bajunya bertompok-tompok dengan darahnya sendiri sebelum tiba-tiba rebah dan disambut orang-orang di tepinya. Beberapa orang memapahnya dan membawanya ke belakang.

Dalam keadaan trauma sebegitu sekalipun, rakyat tidak berganjak. Atas sikap istiqamah rakyat yang terus bersama, ceramah diteruskan oleh DSAI dan ditutup akhirnya oleh diri saya sendiri. Rakyat tidak berganjak sehingga majlis berakhir.



Tetapi apa yang saya kesal dan kasihan ialah pihak Polis yang hadir bertugas pada malam itu. Pasti mereka ingin menghalang dan mungkin juga menangkap samseng-samseng belaan UMNO tetapi mereka terpaksa mendiamkan diri. Samseng-samseng ini tidak boleh disentuh, maka di atas sebab UMNO berkuasa, kredibiliti polis terjejas. Rakyat tertanya-tanya mengapa Polis tidak bertindak dan akhirnya hilang kepercayaan kepada pihak Polis. Oleh itu, pihak Polis yang ingin menyelamatkan institusi Polis sebelum terlambat perlu menolak UMNO dan mengundi PR.

Selepas ceramah selesai, sekembali saya ke kereta, saya dapati tayar belakang belah pemandu telah kempis. Kami terpaksa membukanya dan menggunakan tayar ganti. Pasti kerja samseng yang sama juga dan sebaik sahaja kami selesai, datang sebuah kereta dan berhenti di tepi saya. Tuan kereta menurunkan cermin dan memberitahu bahawa tayarnya juga telah didapati kempis! Seorang lagi yang menjadi mangsa budaya samseng yang semakin bermaharajalela.

Ini semua merupakan bukti bahawa UMNO semakin nazak dan tidak tahu apa perlu dilakukan untuk mengatasi masalah mereka. Adakah mereka fikir tindakan samseng akan menyebabkan rakyat menyokong mereka dan seterusnya mengundi mereka? Jelas mereka tidak mengenali rakyat Malaysia.

Usaha baling batu sembunyi tangan dengan kaedah out-sourcing ataupun melalui budaya sub-con kerja-kerja terkutuk kepada NGO seperti PERKASA, JATI, Bekas Tentera dan sebagainya tidak akan berjaya untuk menipu rakyat. Semua tahu ianya kerja siapa. Kerja sebuah parti yang terdesak serta sedang nazak dan melibas ke kiri dan ke kanan. Tetapi apa yang pasti ialah insyaAllah UMNO akan terkubur dalam sejarah dengan penuh kehinaan dengan dicaci rakyat.

WaLlahu 'Alam
KHALID SAMAD

Comments

Grand Marquis said…
Sebagai seorang pemimpin yang mewakili sebuah parti yang berimej Islam, saudara Khalid sepatutnya tidak membuat tuduhan melulu terhadap masyarakat Malayu dan juga UMNO. Saudara seperti cepat membuat konklusi bahawa ia adalah perbuatan UMNO. Adakah saudara mempunyai bukti yang jelas untuk membuat tuduhan sedemikian atau kerana anda ni dari parti berjenama Islam, maka halal untuk anda membuat tuduhan secara sembarangan?
cucukerinci said…
Kpd Grand Marquis.......tak payah le kamu nak membuat tuduhan kepada Khalid Samad....hari ni bukan zaman batu....rakaman kamera dan video jelas menunjukkan kerja jahat drp puak umno....kejadian ni telah berulang kali dilakukan oleh puak yg berperangai lebih bodoh drp lembu..
Grand Marquis said…
Bagus juga ada orang yang percaya pada rakaman video.... tapi tengok siapa yang kena rakam la...

Popular posts from this blog

Keadilan Saidina Umar Al-Khattab Terhadap Rumah Ibadah Agama Lain

Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengemukakan sebuah kisah dari zaman pemerintahan Saidina Umar Al-Khattab (r.a) untuk tatapan dan renungan tuan-tuan sekalian. Melalui pendedahan ini, adalah diharap sebahagian dari ummat Islam yang tidak memahami konsep keadilan Islam terhadap agama lain, akan sedikit sebanyak dapat memikirkan kembali sikap dan pendirian mereka itu. Kisah yang ingin dikemukakan adalah kisah Saidina Umar dan Kanisah (gereja) Al-Qiamah yang terletak di Quds. Kisah ini adalah petikan dari muka surat 114, kitab Itmam al-Wafa’ fi sirah al-Khulafa’ , tulisan as-Syeikh Muhammad bin al-Afifi al-Banjuri, Darul Ibnu Hazim. “Dan apabila masuknya Saidina Umar ke dalam kota, maka masuklah beliau ke dalam Kanisah (gereja) al-Qiamah, dan beliau duduk di ruang utama gereja tersebut . Setelah tiba waktu solat asar, maka berkata Saidina Umar kepada Patriach Kanisah tersebut, “Saya ingin mengerjakan solat.” Jawab Patriach: “Solat sahajalah di sini”. Tetapi Umar menolak cadangan

Video Tazkirah Ramadhan At-Taubah Ayat 31: Pendewaan Manusia

WaLlahu 'Alam   KHALID SAMAD

Kisah Raja Najashi

Semasa saya terlibat dalam usaha dakwah di UK satu ketika dahulu, kami mendapati bahawa ramai dari kalangan penganut Kristian tidak tahu bahawa Nabi Isa (AS) diiktiraf sebagai seorang Rasul oleh Islam. Begitu juga Nabi Ibrahim, Nabi Musa dan hampir kesemua para Nabi yang diiktiraf oleh agama Kristian turut diiktiraf oleh Islam. Kecuali kumpulan yang tidak diiktiraf Islam ialah ‘Nabi’ selepas Nabi Isa, termasuk penulis Bible yang digelar sebagai ‘Prophet’ oleh mereka. Apabila mereka didedahkan dengan maklumat ini, maka ianya boleh menyebabkan mereka ingin tahu apa yang dikatakan Al-Quran mengenai Nabi Isa dan menjadi satu titik tolak bagi mereka untuk mendampingi Al-Quran.