Skip to main content

Saya Gembira Kerana Tersilap!

Amat jarang sekali seseorang berasa gembira apabila terbukti jangkaan dan ramalannya meleset dan tersilap. Barangkali ini adalah di antara masa-masa yang jarang itu.

Saya ucapkan tahniah pada DSAI dan keluarga atas kemenangan mereka. Semoga kemenangan ini menambahkan lagi pacuan kita bersama ke arah Putrajaya.

Saya ucapkan tahniah dan syabas kepada ahli dan penyokong parti komponen PR di atas kehadiran mereka di mahkamah pagi tadi. Kehadiran yang ramai, jelas menzahirkan angin perubahan yang bakal melanda dan menggegarkan BN. Walaubagaimanapun, saya berasa sedih kerana tidak dapat bersama kerana masih sedang berada di Saudi, menunggu visa untuk keluar. Exit Visa mungkin sesuatu yang pelik, tetapi perlu dilalui bagi mereka yang datang ke Saudi seperti saya.

Saya perlu juga mengucapkan tahniah dan syabas pada Tuan Hakim Mohamad Zabidin yang berani menghukum mengikut lunas-lunas keadilan dan menegakkan prinsip kebebasan institusi kehakiman. Semoga diberkati dan dijadikan titik tolak untuk mengembalikan maruah institusi kehakiman supaya tidak lagi dikudakan pihak pemerintah.Tidak lupa juga tahniah dan syabas kepada pasukan peguam DSAI di atas pencapaian dan prestasi mereka.

Sebelum ini Zaid Ibrahim telah meminta maaf dengan DSAI. Seterusnya tukang pura-pura telah dikeluarkan dari PAS. Sekarang DSAI didapati tidak bersalah. Ianya bagaikan mengiyakan perpatah Inggeris yang berbunyi, “All good things come in threes”.

WaLlahu 'Alam
KHALID SAMAD

Comments

Grand Marquis said…
Sepatutnya saudara Khalid kena fikir, adakah saudara juga akan bergembira dihadapan Allah S.W.T. dengan segala fitnah, tuduhan dan cacian anda sebelum ini.

Jadi sepatutnya saudara kena meminta maaf dan taubat nasuha atas segala perbuatan anda.
hussin said…
yb,

bersama kegembiraan pasti ada syukur. saya juga sedang menanti waktu jangkaan dan ramalan saya berkaitan ug adalah tidak benar. cuma apa yang saya luahkan selama ini adalah berdasarkan fakta dan kelakuan di hadapan mata yang didedahkan oleh Allah swt kepada sahabat2 yang berjuang lillahita'ala.

pc hassan ali mendedahkan nasharudin mat isa berada di belakangnya tanda memberi sokongan moral. cuma haron din tidak kelihatan walaupun disebut turut hadir. a friend in need is a friend indeed

masa akan memberitahu segalanya. lambat atau cepat itu urusan Alah semata. kepadaNya kita berserah dan mengharap redhaNya.

wallahu'alam
jessy said…
yb terbaik..terus macu kehadapan..
ajax said…
Grand Marquis ni dh semakin sasau...dh xmampu nk berhujah dlm blog Tulang Besi dia nk tunjuk hero kt sini lak...sudahlah GM...org kenal sape ko...toksah nk tunjuk lagak ngan pandai kt sini...apa2 pn tahniah kpd YB dan PAS kerana membuang najis yg berada di dlm PAS selama ni...najis tu mmg org kesukaan GM...
PakLong said…
Masa kau buat tuduhan yang Anwar akan dididapati bersalah, sikit pun kau tak kata yang itu cuma ramalan kau. Kau dengan penuh yakin, buat tuduhan dan menyalahkan pihak2 yang tak selairan dengan kau. Tapi sekarang ni kau pusing cerita yang ramalan yang dulu tu salah. Patutnya kau rasa bersalah sebab buat tuduhan melulu. Tapi orang macam kau aku sikit pun tak heran kalau cakap putar belit. Tengok muka pun aku tahu.
Farhan Ahmad said…
TG Harun Din dah keluar kenyataan dah...
Grand Marquis said…
Ajax,

Si Tulang Besi tu sampai la ni, kalau nampak nama GM dia tak berani lepaskan komen. Orang kata berani kerana benar, takut kerana salah.

Hairannya ialah si tulang besi ni, posting puak-puak dia yang mencarut dan mencaci orang dia lepaskan, posting yang menjawab beliau di halang. Itulah sandard berhujah yang awak maksudkan kot.

Kepada khalid samad dan puak-puak yang kononnya pejuang Islam, lihatlah transkrip ucapan Anwar di mahkamah


Keseluruhan proses ini hanyalah satu rekayasa Perdana Menteri Dato’ Sri Najib Tun Razak untuk melenyapkan saya dari medan politik dengan cara memenjarakan saya.

Oleh itu, saya nyatakan di sini bahawa saya sudah hilang kepercayaan terhadap perbicaraan ini sungguhpun pasukan peguam pembela berusaha keras membuktikan betapa saya sebenarnya tidak bersalah.


Ayat pertama jelas satu tuduhan dan fitnah dari beliau. Kenapa anda semua tidak kisah? Apakah dalam Islam ini ada double standard? Puak sendiri buat ok, orang lain belum pun disahkan buat terus kena tuduh macam macam?

Kepada khalid samad pakar tafsir al-Quran, cuba carikan ayat-ayat yang boleh mentafsirkan perbuatan Anwar ni halal.
joehan said…
wahai khalid...selama ini pihak pr begitu hebat mengatakan sistem mahkamah malaysia tdk adil..zalim..walaupon lebih 2thn anwar menunda kes..(di manakah keadilan utk si mangsa)..
dan anwar mendabik dada ddlm setiap ceramah mengatakan dia dizalimi..kes liwat ini adlh konspirasi utk jthkn beliau..satu dunia anwar ibrahim menjaja cerita bahawa dia diinayai..dan pasti di penjarakan..

sekarang Allah telah membuka mata hati ramai pihak..selama ini anwar adalah pembawa fitnah yg dasyat dengan menyalahkn sistem mahkamah dan kerajaan...anwar dgn yakin mengatakan ini adlh konspirasi..skrng terbukti tidak!!

sekrang siapa yg berbohong n menyebarkn fitnah..adakah anda berada dlm golongan pembohong dan penyebar fitnah wahai jemaah pas..sedarlah bahawa anda semua akan dinilai di hari akhirat..walaupun kononnya matlamat pas mendabik dada memperjuangkn islam..tetapi cara anda semua bersekongkol dgn golongan2 pendusta dan penyebar fitnah tdk blh diterima!!

-MATLAMAT TIDAK MENGHALALKAN CARA!!-

SILA APPROVEKN KOMEN INI JIKA ANDA BENAR2 TELUS..
Tulang Besi said…

Si Tulang Besi tu sampai la ni, kalau nampak nama GM dia tak berani lepaskan komen. Orang kata berani kerana benar, takut kerana salah.


Sebenarnya saya tak lepas kan komen si Grand Marquis ni sebab komen2 dia semakin mengarut dan tidak masuk akal.

Walaupun hujjah2 nya telah dijawab dan dipatahkan dengan jelas, tapi dia masih mengulangi hujjah2 songang nya

Akibatnya ramai pembaca blog saya tidak mahu lagi meninggalkan komen.

Maka terpaksa lah Grand Marquis ni dihalau.
Perak said…
Korang ni tak habis2 kena kencing dgn nuar berahim ni... dah bau hancing tahap gaban!! korang ni pun katanya amalkan kebebasan media..so korang bacalah semu pastu kaji... ataupun korang pakat2lh doa sesape yg menipu dlm kes liwat ni, akan dilaknat oleh Allah dgn maha dahsyat sebelum mati!!! tak kiralah sepul ke nuar ke..... ada berani ka oooi

Popular posts from this blog

Video Tazkirah Ramadhan At-Taubah Ayat 31: Pendewaan Manusia

WaLlahu 'Alam   KHALID SAMAD

Kisah Raja Najashi

Semasa saya terlibat dalam usaha dakwah di UK satu ketika dahulu, kami mendapati bahawa ramai dari kalangan penganut Kristian tidak tahu bahawa Nabi Isa (AS) diiktiraf sebagai seorang Rasul oleh Islam. Begitu juga Nabi Ibrahim, Nabi Musa dan hampir kesemua para Nabi yang diiktiraf oleh agama Kristian turut diiktiraf oleh Islam. Kecuali kumpulan yang tidak diiktiraf Islam ialah ‘Nabi’ selepas Nabi Isa, termasuk penulis Bible yang digelar sebagai ‘Prophet’ oleh mereka. Apabila mereka didedahkan dengan maklumat ini, maka ianya boleh menyebabkan mereka ingin tahu apa yang dikatakan Al-Quran mengenai Nabi Isa dan menjadi satu titik tolak bagi mereka untuk mendampingi Al-Quran.

Surat Jemputan Kunjungan Hormat Ahli Parlimen Shah Alam Menghadap Baginda Sultan Selangor

Berkaitan: Khalid Samad dipanggil Menghadap Sultan (Sinar Harian) Khalid Samad Menghadap Sultan Selangor (Malaysiakini) Sultan Selangor minta Khalid Samad kemuka syor, elak polemik (The Malaysian Insider) -Pejabat YB Khalid Samad-