Skip to main content

Jenazah Ayahanda Khalid Selamat Disemadi

Oleh: Muhammad Faizal (HarakahDaily)

KUALA LUMPUR, 28 Dis: Ayah kepada Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Abdul Samad telah selamat dikebumikan di tanah perkuburan Islam Bukit Kiara selepas Zohor tadi.

Ayahnya Abdul Samad Salleh, 90, meninggal dunia di Institut Jantung Negara (IJN) pada jam 1 pagi tadi.

Allahyaraham telah dibawa ke IJN pada jam 10 malam semalam setelah mengalami serangan jantung di rumahnya.

Ketika dihubungi Harakahdaily, Khalid memberitahu ayahnya telah melakukan pembedahan pintasan jantung pada tahun 1996 dan arwah pernah dimasukan ke IJN sebelum ini kerana serangan jantung dan dibenarkan pulah dua hari lepas.

Dalam pada itu Khalid mengucapkan ribuan terima kasih kepada pemimpin-pemimpin dari Pakatan Rakyat yang telah mengirimkan ucapan takziah kepadanya dan keluarga.

"Saya ucapkan terima kasih kepada mereka yang hadir seperti AJK PAS Pusat Dr Mohd Hatta Ramli, Dr Dzulkefly Ahmad, Datuk Kamarudin Jaffar dan Dr Siti Mariah Ahmad kerana sudi hadir.

"Tidak lupa terima kasih kepada pemimpin yang bukan Islam dari Keadilan dan juga DAP juga turut mengucapkan takziah kepada saya," jelasnya.

Turut menyampaikan ucapan takziah ujarnya Presiden Keadilan Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail, Penasihat DAP Lim Kit Siang.

Dalam pada itu beliau memberitahu kepada mereka yang mengenali arwah agar memaafkannya dan jika ada sesuatu yang belum arwah tunaikan diharapkan agar dapat menghalalkannya atau boleh berjumpa dengannya

Ihsan HarakahDaily
-Pejabat YB Khalid Samad-

Comments

Anonymous said…
ucapan(komen) takziah dari para pembaca blog gerai3abdul :-

http://gerai3abdul.blogspot.com/

Nota: emel telah di hantar pada pihak tuan
Takziah saya ucapkan kepada rakan saya YB Khalid Abdul Samad atas pemergian ayahandanya. Allohummaghfirlahu warhamhu wa'aafihi wa'fuanhu. Semuga roh almarhum ditempatkankan bersama para aulia shyuhada ulama dan solihiin. Saya tak sempat balik ke Selangor untuk bersama dalam majlis penyempurnaan jenazah tersebit. Harap YB bersabar dan terus mendoakan keampunan dan rahmat Allah untuk almarhum.

Popular posts from this blog

Keadilan Saidina Umar Al-Khattab Terhadap Rumah Ibadah Agama Lain

Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengemukakan sebuah kisah dari zaman pemerintahan Saidina Umar Al-Khattab (r.a) untuk tatapan dan renungan tuan-tuan sekalian. Melalui pendedahan ini, adalah diharap sebahagian dari ummat Islam yang tidak memahami konsep keadilan Islam terhadap agama lain, akan sedikit sebanyak dapat memikirkan kembali sikap dan pendirian mereka itu. Kisah yang ingin dikemukakan adalah kisah Saidina Umar dan Kanisah (gereja) Al-Qiamah yang terletak di Quds. Kisah ini adalah petikan dari muka surat 114, kitab Itmam al-Wafa’ fi sirah al-Khulafa’ , tulisan as-Syeikh Muhammad bin al-Afifi al-Banjuri, Darul Ibnu Hazim. “Dan apabila masuknya Saidina Umar ke dalam kota, maka masuklah beliau ke dalam Kanisah (gereja) al-Qiamah, dan beliau duduk di ruang utama gereja tersebut . Setelah tiba waktu solat asar, maka berkata Saidina Umar kepada Patriach Kanisah tersebut, “Saya ingin mengerjakan solat.” Jawab Patriach: “Solat sahajalah di sini”. Tetapi Umar menolak cadangan

Video Tazkirah Ramadhan At-Taubah Ayat 31: Pendewaan Manusia

WaLlahu 'Alam   KHALID SAMAD

Kisah Raja Najashi

Semasa saya terlibat dalam usaha dakwah di UK satu ketika dahulu, kami mendapati bahawa ramai dari kalangan penganut Kristian tidak tahu bahawa Nabi Isa (AS) diiktiraf sebagai seorang Rasul oleh Islam. Begitu juga Nabi Ibrahim, Nabi Musa dan hampir kesemua para Nabi yang diiktiraf oleh agama Kristian turut diiktiraf oleh Islam. Kecuali kumpulan yang tidak diiktiraf Islam ialah ‘Nabi’ selepas Nabi Isa, termasuk penulis Bible yang digelar sebagai ‘Prophet’ oleh mereka. Apabila mereka didedahkan dengan maklumat ini, maka ianya boleh menyebabkan mereka ingin tahu apa yang dikatakan Al-Quran mengenai Nabi Isa dan menjadi satu titik tolak bagi mereka untuk mendampingi Al-Quran.