Skip to main content

Coretan Parlimen November 2011: Perhimpunan Aman dan PR1MA

Pada 26 November yang lalu saya telah selamat tiba ke tanah air dari Gaza dan Mesir pada jam 6 petang. Setelah pulang ke rumah berehat; pada keesokkan harinya 27 November saya telah hadir ke majlis walimah di Sek 17 pada sebelah tengah hari, program semarak hijau di Selayang pada sebelah petang dan program Maal Hijrah di Masjid As-Solihin Sek 17 pada waktu malam. Pada hari Isnin 28 November pula saya sempat bersama dengan Dr Rani untuk bersarapan dan pada waktu malam berkesempatan menghadiri Barbeque bersama unit Amal di Seksyen 19.

RANG UNDANG-UNDANG PERHIMPUNAN AMAN
Pada 29 November saya telah hadir ke Parlimen. Rang Undang-undang yang ingin dibahas adalah Rang Undang-undang Perhimpunan Aman 2011. Amat jelas dari awal lagi, bahawa RUU ini bertujuan bukan untuk menghormati hak rakyat untuk berhimpun secara aman, tetapi sebaliknya bertujuan untuk menyulitkannya. Sedangkan gambaran yang diberi oleh pihak kerajaan ialah ianya bertujuan untuk menjamin hak rakyat untuk berhimpunan secara aman akan lebih terjamin! Seperti biasa, ianya indah khabar dari rupa!

RUU ini telah dibentang pada hari Khamis 24 November oleh PM di Parlimen. Ia telah menghasilkan berbagai respon negatif dari berbagai pihak, sehingga pada hari Selasa, awal pagi lagi diletakkan pindaan kepada RUU yang baru sahaja dibentang itu. Namun, malangnya, pindaannya terlalu bersifat kosmetik sambil mengekalkan semangat asalnya, iaitu untuk mengongkong hak rakyat untuk berhimpun secara aman dan bersuara. Sehingga ada yang menyatakan peraturan ini adalah jauh lebih teruk dari Negara Myanmar, iaitu sebuah Negara yang diperintah junta tentera!

Ketidak ikhlasan pihak BN dalam membahas RUU ini jelas terbukti apabila masa yang diperuntukkan hanya sehingga jam 4 petang dan hanya 3 orang sahaja dari PR dibenarkan berhujjah, iaitu DSAI, LGE dan TGHAHA. Sedangkan, seperti yang disebut oleh YB Gombak, RUU berhubung Kenaf pun diberikan tempoh selama 2 hari! Selain dari RUU Perhimpunan Aman 2011 ini, 5 lagi RUU hendak dibahas pada hari itu!

Jam 12.30 tengah hari kami telah keluar dari dewan untuk menyambut pihak Majlis Peguam yang berarak ke Parlimen untuk membantah RUU ini. Lebih dari seribu peguam telah menyertainya. 10 wakil dibenarkan masuk ke Parlimen untuk menyerahkan memorandum kepada pihak kerajaan membantah RUU berkenaan yang mengharamkan terus perarakan dan menyulitkan perhimpunan aman.

Pendirian PR adalah RUU perlu ditarik balik dan diserah kepada sebuah PSC (Parliament Select Committee) untuk dibahas dengan mengadakan perbincangan dengan semua pihak berkepentingan. Ini adalah kerana RUU ini digubal secara tergesa-gesa dan dengan niat yang jahat untuk mengongkong rakyat. Maka, setelah menyatakan pendirian ini, kami telah memutuskan untuk meninggalkan dewan kerana tidak bermakna untuk kita menyatakan ianya perlu ditarik balik dan dibahas diperingkat PSC tetapi kita terus membahasnya di dalam dewan! Sekiranya PR terus membahaskannya di dalam dewan, maka tindakan tersebut akan bercanggah dengan pendirian yang telah dibuat sendiri!

Ada yang menyatakan bahawa ahli parlimen PR perlu terus membahasnya dan menentangnya sehingga ke peringkat pengundian. Apabila kita keluar dewan dengan melakukan 'walk-out' maka dianggap bahawa kita tidak menentangnya habis-habisan. Mereka yang bertanggapan sebegini mungkin tidak memahami bahawa ‘walk-out’ merupakan bentuk bantahan yang paling keras yang boleh digunakan oleh Ahli Parlimen di dalam sebuah negara yang berpelembagaan. Ianya menunjukkan bahawa perbahasan isu dalam keadaan sedemikian sebagai sia-sia serta tidak bermakna kerana pihak kerajaan tidak mahu mendengar apa jua hujjah dan akan menggunakan majoriti mereka untuk memaksa RUU yang zalim itu untuk terus diluluskan.

Perancangan mereka jelas kelihatan apabila Ahli Parlimen BN mula kembali dari Perhimpunan UMNO di PWTC pada jam 3.30 petang. Mereka hadir di Perhimpunan UMNO, tidak dengar apa jua hujjah dan datang sebelum pukul 4 untuk mengundi menyokong RUU tersebut.


RANG UNDANG-UNDANG PERUMAHAN RAKYAT 1 MALAYSIA
Pada hari Rabu 30 November pula, RUU yang dibahas adalah RUU berhubung Perumahan Rakyat 1 Malaysia atau PR1MA. Sekali lagi ianya merupakan RUU yang indah khabar dari rupa. Kononnya ianya bertujuan untuk menyelesaikan masalah perumahan rakyat termasuk persoalan projek perumahan terbengkalai dan harga rumah yang meningkat jauh lebih tinggi dari apa yang mampu dibeli rakyat. Namun itu hanya suatu ‘mirage’ atau jelmaan imej yang ingin ditonjolkan. Pada hakikatnya, ianya hanya RUU untuk menubuhkan satu lagi perbadanan tanpa adanya kaedah dan pendekatan penyelesaian masalah yang telah dikenal pasti.

Sedangkan badan-badan untuk menangani persoalan ini sudah sedia ada, seperti SPNB dan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan. Yang tiada bukan satu perbadanan, tetapi yang tiada adalah hala tuju yang jelas dan kesungguhan untuk menyelesaikan masalah. RUU ini kelihatan bertujuan untuk menipu rakyat, memberikan gambaran kerajaan perihatin sedangkan pada hakikatnya tiada apa yang dilakukan.

YB Ketua Pembangkang menyebut tentang suatu pakatan durjana atau dikenali sebagai ‘unholy alliance’ yang terdiri dari pihak pemaju, bank dan pemimpin politik yang terus menindas rakyat demi kepentingan golongan yang berada. Dan inilah di antara faktor terutama mengapa masalah ini dihadapi oleh rakyat. Perbadanan baru ini tidak akan menghasilkan apa-apa perubahan selain dari perbelanjaan yang lebih kerana membayar gaji CEO dan kakitangan perbadanan ini. Penyelesaiannya terletak pada pemusnahan pakatan durjana ini sehingga kepentingan rakyat diutamakan.

Hakikat bahawa RUU ini merupakan suatu pembohongan di siang hari semakin terserlah apabila YB Indera Mahkota menjelaskan bahawa tiada peruntukan dalam Bajet 2012 untuk pembinaan rumah 'PR1MA' yang diwawar-wawarkan!

Amat jelas bahawa semua yang dilakukan BN dewasa ini adalah bertujuan untuk memulihkan imej UMNO/BN dalam menghadapi Pilihan Raya ke-13. Ini merupakan pengakuan yang jelas dan muktamad bahawa imej UMNO/BN sememangnya sudah teruk tercalar dan usaha demi usaha perlu dilakukan untuk mengatasi masalah ini. Namun, saya yakin insyaAllah penipuan UMNO/BN tidak akan berkesan dan rakyat terus menyedari wajah UMNO sebenar.

WaLlahu 'Alam
KHALID SAMAD

Comments

abu idris said…

arrayah.info
- Rang Undang-Undang Perhimpunan Aman bertentangan Al-Quran dan Sunnah
ahlee said…
Mari kita baca pendedahan YB Zulkfli Nordin (berpandukan laporan rasmi MAGERAN) tentang penghinaan dan cercaan yang dibuat oleh DAP terhadap bangsa Melayu dan anggota polis beberapa hari sebelum berlakunya tragedi berdarah 13 Mei 1969 yang Horas! petik dari UMNO online.com
"Slogan yang dibawa oleh DAP pada masa itu ialah ‘MALAI SI’ yang maknanya ialah 'MATI MELAYU'.
Dibawah ini pula adalah kenyataan yang mereka jerit-jerit dan laung-laungkan dalam perhimpunan-perhimpunan dan perarakan-perarakan yang mereka (DAP) buat di Kuala Lumpur.
Pada 11 Mei 1969, di Jalan Bukit Bintang, mereka menjerit-jeritkan perkataan “MATI MELAYU" dan "APA POLIS BOLEH BUAT, KITA RAJA. BUANG SAMA POLIS MELAYU".
Pada 11 Mei 1969 di Jalan Bukit Bintang, mereka sekali lagi menjerit-jeritkan perkataan “MATI MELAYU" selain "SAKAI PERGI MASUK HUTAN".
Pada 11 Mei 1969 di Jalan Changkat Dollah, mereka menjerit-jeritkan pula perkataan “KL SEKARANG CINA PUNYA".
Pada 12 Mei di Jalan Ipoh dan Jalan Tunku Abdul Rahman, mereka menjerit-jeritkan perkataan “MELAYU BALIK KAMPUNG, MELAYU SEKARANG TIADA KUASA. SEKARANG CINA SUDAH CONTROL".
Pada 12 Mei 1969 di Jalan Khir Kampung Baru, mereka menjerit-jeritkan perkataan “MELAYU KELUAR...! APA LAGI DUDUK SINI, KITA HENTAM LU...,SEKARANG KITA SUDAH ADA KUASA". Kenyataan dan ugutan ini ditujukan kepada penduduk Melayu di Kampung Baru, Kuala Lumpur.
Pada 12 Mei 1969 didepan Balai Polis Jalan Pudu mereka menjerit-jeritkan perkataan "SEMUA MELAYU KASI HABIS (MATI), KASI HALAU SEMUA POLIS".
Pada 12 Mei 1969 mereka menjerit-jeritkan perkataan “APA INI MELAYU, KITA SUDAH PERINTAH DIA (PUNYA) NEGERI, INI NEGERI BUKAN MELAYU PUNYA, MATA-MATA (POLIS) LANCAU".
Pada 12 Mei 1969 di Jalan Canvel, mereka menjerit-jeritkan perkataan “BUTUH MELAYU, MALAI SI, PERGI MATI MELAYU”.
Pada 12 Mei di Jalan Bukit Bintang, mereka menjerit-jeritkan perkataan “INI NEGERI BUKAN MELAYU PUNYA, KITA KASI HALAU SEMUA MELAYU".
Untuk pengetahuan rakan-rakan pembaca sekalian, Lim Kit Siang langsung tidak berani berbunyi apatah lagi membantah pendedahan yang dibuat oleh YB Zulkifli Nordin tersebut. Si tua kutuk tersebut hanya mampu berdiam diri.
Supar Yop said…
En Ahlee,
Bukak la ceriter 13 Mei 30 hari 30 malam pun puak - puak ni kalau dah na'am dgn puaka bangsat tu diorang takan ubah pendirian punya.

Silap - silap di pertahankan pulak mala'un tu, siap dalih "itu dulu,sekarang dia dah berubah.."

Satu perkara pokok, diorang ni termasuk la generasi terkemudian (spt Nga Kor Min, Tony Pua) tak peronah ada rase bersalah atau minta maaf pada orang melayu.
Malah mereka terus menerus menghina orang melayu dan Islam hingga lahirlah juak mereka di kalangan melayu spt tuan punya blog ini..
man said…
Supar Yob bagaimana dengan hero porno Chua dari MCA yg awak sayang sangat tu bukankah dia pun menghina HUDUD dan bukankah dia pernah menghina tegahan perempuan Islam bersalaman dengan lelaki bukan mahram. Kenapa awak masih sayangkan dia. Mana lebih berat menghina Melayu dengan Menghina Islam. Melayu belum tentu Islam.
lan said…
betul tu man.

cukup2 la puak ni 'perjuangankan' melayu. ye la sangat kan!

Popular posts from this blog

Berakhirnya Drama RUU 355?

Drama perlaksanaan sistem perundangan Islam yang mengambil bentuk usul persendirian YB Marang berhubung Akta 355 kelihatan menghampiri adegan penamatnya. Pada peringkat kesudahannya UMNO/BN kelihatan sebagai pihak yang meraih keuntungan terbesar dengan pembangkang berada dalam keadaan berpecah dan tidak bersepakat. Keutuhan Pakatan Rakyat yang telah mewarnai pilihan raya ke 13 pada 2013 sudah jelas hilang. Yang sepatutnya mengambil tempatnya, iaitu Pakatan Harapan, masih dalam keadaan sedikit terumbang-ambing, khususnya berhubung hubungan dengan PAS.

Tindakan UMNO/BN untuk mensasarkan PAS melalui isu perundangan Islam adalah satu ‘master-stroke’ yang tidak boleh dinafikan mana-mana pihak. Melaluinya bukan sahaja PR berpecah, namun ketidak-tentuan sikap terhadap PAS menyebabkan apa-apa tindakbalas untuk menyelamatkan keadaan menjadi tidak padu dan kurang bersungguh-sungguh. Kebergantungan terhadap PAS oleh pihak tertentu menyebabkan mereka tidak sanggup memutuskan hubungan dengan PAS s…

Kenyataan Media Amanah Mengenai RUU 355

Muqaddimah

Amanah menganggap mahkamah syariah sebagai institusi penting dalam usaha menzahirkan kebenaran dan keadilan Islam. Oleh itu imejnya sebagai institusi yang cekap dan berwibawa perlu sentiasa dijaga. Amanah bersetuju bahawa segala usaha ke arah memperkasakan mahkamah syariah, dari segi kecekapan perlaksanaan undang-undang Islam, perlu disokong dan dibantu.

Kenyataan Berhubung Usul Persendirian Marang: Cadangan Pindaan ke Atas Akta 355

MUQADDIMAH

1. AMANAH ingin menegaskan bahawa Mahkamah Syariah adalah institusi keadilan Islam dan oleh itu apa jua usaha ke arah menperkasakannya adalah disokong. Bidang kuasanya berhubung kesalahan jenayah syariah dijelaskan dalam Akta 355 sediada. Akta 355 ini perlu dijaga dengan baik dan apa jua usaha pembaik-pulihan serta pindaan terhadapnya perlu diperhalusi secara teliti supaya tidak menjejas kedudukan mahkamah syariah.

2. Akta 355 sediada telah digubal mengambil kira kedudukan dan peranan Mahkamah Syariah di dalam kerangka struktur kenegaraan Malaysia yang di dalamnya wujud Mahkamah Sivil dan juga Mahkamah Syariah. Sepertimana diketahui umum, bidang kuasa Mahkamah Syariah adalah terhad kepada orang Islam dan kesalahan-kesalahan tertentu seperti terkandung dalam Senarai II Senarai Negeri Jadual kesembilan Perlembagaan Persekutuan. Selainnya adalah di bawah Mahkamah Sivil.

3. Apa jua pindaan yang ingin dibawa semestinya selari dengan kedudukan dan peranan ini supaya tidak berlaku…