Skip to main content

Pendekatan UMNO Berbanding PAS

Dalam soal menangani persoalan murtad yang hangant diperkatakan dewasa ini, pendekatan UMNO dan PAS jelas berbeza. Bagi UMNO, sekiranya mereka berkuasa, maka yang menimbulkan persoalan ini akan ditahan di bawah ISA. Sekiranya mereka tidak berkuasa, seperti di Selangor ketika ini, mereka akan mengapi-apikan semangat orang Melayu supaya bertegang leher dengan pihak Gereja dan dengan masyarakat Kristian secara keseluruhannya.

Bagi PAS, samada berkuasa atau sebaliknya, masalah murtad perlu ditangani dengan usaha mengukuhkan pemahaman Islam di kalangan ummat Islam itu sendiri. Pendidikan Islam mesti diwajibkan di kalangan ummat Islam dari peringkat sekolah rendah lagi. Sekolah agama rakyat dibantu dan jangan dicekik dan ditindas sepertimana yang dilakukan UMNO. Kuliyyah agama diperbanyakkan dan institusi Masjid dan Surau dihidupkan semula setelah ianya diusaha untuk dimatikan oleh UMNO. Masalah murtad adalah masalah keyakinan yang tergugat oleh kerana kurangnya ilmu. Maka pemantapan ilmu adalah kaedah yang paling penting.

Pada masa yang sama usaha kebajikan di kalangan ummat Islam dan rakyat ditingkatkan supaya tiada yang terdesak atas kesempitan hidup sehingga sanggup menukar agama mereka. Sepertimana maksud Hadith ‘Ke fakiran membawa kepada kekufuran’. Maka dihayati konsep Negara BERkebajikan dengan tindakan bersepadu dari kesemua pihak. Untuk memaksimakan manfaat bantuan kepada rakyat, maka rasuah dan pembaziran ditegah sama sekali. Bukan PAS yang membelanjakan RM 65 Juta untuk mengubah suai kediaman mana-mana pemimpin. Duit sebegitu banyak lebih wajar digunakan untuk menyelesaikan masalah kebajikan rakyat. Dan begitu juga dengan RM 12 Billion yang dilenyapkan di PKFZ dan bebagai lagi kebocoran yang berlaku.

Apa yang lebih penting ialah contoh yang dizahirkan dari segi perwatakan pemimpin. Kesederhanaan, ketaatan kepada perintah Allah dan sikap yang adil kepada semua yang menzahirkan kebenaran dan ketinggian Islam. Bukan hanya sekadar retorika tetapi dizahirkan dalam kehidupan politik dan masyarakat secara praktiknya. Sehingga bukan sekadar yang Islam yang telah goyang keyakinannya tertarik kembali, tetapi yang bukan Islam pun akan turut sama hormat dan menghargai.

Pada masa yang sama, sambil itu semua perkara di atas dilaksanakan, dalam suasana percaya mempercayai dan hormat menghormati, maka pihak bukan Islam turut diingatkan akan perjanjian yang termaktub di dalam perlembagaan bahawa usaha memurtad orang Islam ditegah dan dilarang demi menjaga keharmonian masyarakat berbilang kaum dan agama yang terdapat di negara kita.

Maka adalah jelas, kaedah PAS lebih menyeluruh dan bersepadu dan ia bukan sekadar untuk mengambil kesempatan politik semata-mata. Heboh dicanang apabila ingin diambil kesempatan, tetapi pada masa yang lain berusaha merosakkan ummat Islam melalui fahaman sekular dan assobiyyah. Pendekatan PAS adalah pendekatan penyelesaian yang ikhlas dan bukan bertujuan mengambil peluang untuk menyerang lawan.

WaLlahu 'Alam
KHALID SAMAD

Comments

Cina Kedah said…
UMNO merendahkan martabat Islam di Malaysia se inci, YB menaikan martabat Islam sekaki.

Sayangnya ramai orang bukan Islam tidak membaca blog YB disebabkan imej Islam di Malaysia telah diburukan UMNO.

Saya akan lebih nekad menyebar tulisan yang indah ini kepada orang bukan Islam supaya mereka membuka mata membuat perbezaan antara UMNO dengan PAS.
Anonymous said…
YB masih konfius.
Bila kita dah berkuasa...apa nak buat dgn enakmen syariah dan undang2 yg ada????
Takkan la masih nak mendidik sampai kiamat????
tokgaru said…
Lagi2 Asobiyah

Itu lah tuduhan kepada Umno. Aku rasa Umno betul dan berpijak pada kenyataan.

Nak tanya Khalid.

1. antara agama dan bangsa, mana yang ujud dulu dalam diri seseorang ?

2. antara agama dan bangsa, mana yang kekal sampai mati ?

Jika kita dapat menerima kenyataan yang ada pada 2 persoalan ini, maka kita tidak akan jadi lupa diri seperti sebahagian besar pemimpin dan penyokong Pas.
tokgaru said…
Kepada Cina Kedah

Kalau kau betul2 sokong perjuangan Pas. Ayuh tinggalkan agama datok nenek kau yang hidup dalam kejahilan dan kesesatan serta kegelapan.

Masuk lah islam sebelum anda di masukkan ke dalam lubang kubur.

Jika kau tak sanggup buang agama asal kau, maknanya kau sokong Pas kerana ada agenda tersembunyi.
hafidz arifin said…
aku penduduk sejati shah alam, menetap selama 27 tahun di shah alam. Aku kenal khalid samad, sepanjang 3,4 tahun menjadi YB ni dah dekat 4 kali dia datang surau aku.dan aku jugak tahu dia pun tiap-tiap hari mengunjungi surau dan masjid yg berlainan. Dia dtg bukan setakat sembahyang jemaah, malah memberikan tazkirah, berdakwah selain mengimamkan solat. Aku tak pernah jumpa atau tahu seorang pun yb UMNO yg ada kualiti mcm ni. Sepengatahuan aku, bila bab islam je orang salahkan pas.walhal pemimpin umno majoriti diam tak buat apa.upah apco zionis israel sbg penasihat perancangan negara malaysia,GTP cadangkan kelab malam utk tingkatkan pendapatan negara, internation islamic fashion show,lenyapkan sekolah agama rakyat, bina kilang carlsberg di bandar majoriti melayu,sinonim dgn rasuah,pm tak pernah menyeru rakyat beriman kpd allah dan berjela-jela lagi aku boleh tulis. Ini semua berkait rapat dgn pemimpin melayu. Sibok sangatlah pengomen-pengomen ni nak memurtadkan si khalid samad, suruh bertaubatlah, itulah. Dia pun ade point jugak, hasan ali pun ade point jugak, sama2 lah analisa, at least mereka ni tak mcm pemimpin umno, pak turut.ikutlah apa yg apco dan najib nasihat dan cakap (setelah mendpt perkenan rosmah). Persoalannnya, UMNO buat apa selama ni? Kau bukak internet brape byk melayu murtad kau boleh jumpa dlm blog,twitter dan website? Itulah, ikut lah nasihat apco zionis israel, wang dan materialistik. Macam sial!

Bukti UMNO menolak usul undang-undang pencegahan murtad
http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/4815-murtad-umno-tolak-mentah-mentah-usul-pas

UMNO upah APCO Zionis Israel pembunuh saudara kita di Palestin
http://pmr.penerangan.gov.my/index.php/isu-nasional/414-2010-12/8245-23-dis-surat-apco-jadi-bukti.html

GTP membanyakkan kelab malam, spa dan hiburan malam utk membanyakkan pendapatan dan peluang pekerjaan:
http://klnportal.kln.gov.my/klnvideo/2010/transformasi/video/documents/GTP%20Roadmap%20-%20Executive%20Summary/GTP%20Roadmap%20-%20Executive%20Summary.pdf

International Islamic Fashion Show.. bodoh punya Rosmah!
http://src-iium.blogspot.com/2011/01/islamic-fashion-festival-iff-where-is.html

Mahathir lenyapkan SAR, serupa Israel sekat bantuan
http://www.malaysiakini.com/news/14515

Carlsberg di shah alam
http://announcements.bursamalaysia.com/EDMS/hsubweb.nsf/1c0706d8c060912d48256c6f0017b41c/48256aaf0027302c48256b8b0036a2a5/$FILE/Carlsbg-Products-CorpInfo-DirectorsProfile%20%28725KB%29.pdf


silakan siapa yang nak berdebat dengan aku : UMNO adalah haprak, penipu, pembelot, perompak, penjahanam masa depan Islam dan orang Melayu
tahniah khalid samad di puji selalu ke mesjid dan surau. bila terlampau di kenal,, maka akan di uji Allah swt. khalid mula riak lalu menunjalkan segala keburukkan pada UMNO walhak UMNO shah Alam dah lama memikul tanggung jawab mengemudi islam di Shah Alam dan malaysia amnya. apa yang berlaku sekarang, Islam mudah di permainkan puak2 kafir di bawah pakatan yang Khalid naungi. Islam pada khalid ialah toleransi yang sehingga mengorbankan umat islam dan keislaman mereka. kalaulah Khalid sanggup menuding jari pada Hassan Ali, masakan Khalid tidak akan berbuat begitu pada UMNO. sedarkah khalid bahawa Islam tidak perlu di bezakan antara UMNO dan PAS. Islam adalah berganding bahu bukan mengatakan PAS lebih bagus dari UMNO. UMNO telah lama berjuang memertabatkan Islam namun tidak perlu untuk membandingkan dengan PAS yang hanya di lihat akur pada DAP yang terang2 memusuhi Islam sejak dahulu lagi. bagi Khalid, orang lain tidak faham Islam,, Khalid saja yang faham Islam lebih baik dari orang lain. Hatta, Hassan Ali dan Jais pun di pertikai Khalid.
Johan bin Ramli said…
Salam, Kita orang beragama Islam tidak ambil ikhtibar dari peristiwa ini. Bagi umat Kristian, adalah menjadi tanggung jawab mereka dalam agama mereka menyebarkan kepercayaan agama mereka ke pelusuk alam. Jika mereka berjaya menarik sesaorang masuk menjadi Kristian, maka syurgalah akan menanti mereka jika mereka meninggal dunia. Itulah kepercayaan mereka. Sebab itu para mubaligh Kristian pada zaman dahulu sanggup meninggalkan tanah air, bersusah payah, sanggup menderita bersama pelayar yang bengis dan ganas, dilambung ombak, dibawa entah kemana, entah hidup entahkan mati, mendarat ditanah yang merbahaya, menghadapi orang-orang yang juga memusuhi mereka semata-mata untuk menarik penduduk negara yang di temuinya memeluk agama Kristian. Semangat yang berkobar-kobar demi Tuhan mereka amatlah dikagumi. Kita umat Islam sebaliknya, kita jarang benar berdakwah, kita asyik pentingkan diri kita yang lahir dari ibu bapa Islam. Kita ikut sunnah nabi dalam berpakaian, berkuda, memanah, menyimpan janggut dan meramaikan umat dengan berpoligami dengan harapan masuk syurga. Nabi menyuruh kita ramaikan umat Islam dengan berdakwah seperti baginda tidak kita turuti. Kita tidak pedulikan orang-orang lain. Kita biarkan sahaja hidayah itu diterima oleh orang-orang bukan Islam, kita hanya fikirkan dri sendiri. Berapa ramai yang telah kita dakwahkan dan berapakah bilangan orang yang memeluk agama Islam atas usaha kita. Bila kita nampak anjing berkeliaran dikampung-kampung kita sudah merasa jijik apatah lagi jika haiwan babi berkeliaran, sudah tentu kita enggan masuk atau bergaul dengan orang kampung. Percayalah umat Islam kini dalam zon selesa, tujuan hidup dalam dunia yang sementara ini hayna untuk diri sendiri sahaja sama macam umat yahudi.
Sekian.
Pengundi Baharu said…
Jaga undi dan perasaan DAP dan PKR daripada menjaga kesucian Islam. Isu Aqidah bukan masalah politik, ianya masalah kita semua. Astagfirullahhalazim.
leekonu said…
mak ooi Yb dah KANTOI!
4RAKYAT said…
nak tanya tokgaru 2.57pm

biar gua jawab sama lu...

i) tanpa islam, mana ada

'melayu'? tolong baca

perlembagaan (artikel 160,

klausa (2))

ii) tanpa islam, kamu bukan

melayu. islam kekal

dalam orang melayu di dunia

ini dan di akhirat; iaitu dari mula hingga akhir(at).

lu ada faham kah? gua bukan

melayu gua pun faham.

aiyoyo...!

4RAKYAT
Cina Kedah said…
Kepada Tokgaru,

Sebagai orang Cina, saya amat bangga dengan nenek moyang dan asal usul aku. Kami telah bermaustatin di Malaysia semenjak tahun 18an. Nenek Moyang aku datang cuma dengan secebis kain baju sahaja. Mereka telah berjuang mempertahankan Malaysia daripada Komunis & Jepun bersama Melayu, India dan kaum2 lain.

Fahaman kamu akan maksud perkataan "kejahilan & kesesatan" amat cetek, mungkin telah banyak di BTN kan oleh UMNO.

" Kejajilan & Kesesatan" adalah untuk orang seperti kamu cuma tahu berilmu dengan UNMO & BTN.

Saya amat bangga dapat berilmu dengan YB Khalid dan ramai lagi orang melayu berwibawa dalam berbagai pandangan dan amat kagum dengan kebolehan mereka tanpa bergantung kpd UMNO & DEB.

Mungkin satu hari Malaysia diperintah PAS dan di Islam
kan PAS atau selepas telah banyak berilmu dengan orang Islam sejati saya memeluk agama Islam, saya tidak akan berasa kesal.

Dizaman Internet pengetahuan & ilmu boleh diekses dengan mudah. Agenda mau niat baik atau buruk dapat dibezakan. Seperti juga pemimpin yang baik & buruk juga dapat kita bezakan. Cuma yang jahil & sesat tidak tau membeza.

Undi saya seorang kepada PAS tidak menguntungkan saya, tetapi saya rela dipimpin PAS yang suci & iklas daripada lanun lanun UMNO.
Ahmad Syafiq said…
-->Tokgaru
Jangan garu-garu kepala sudah. Kalau pedagang Arab tak datang ke Malaysia pada zaman dahulu, agama apa yang akan dianuti oleh orang Melayu saya nak tanya?

Rasulullah SAW bersabda yang mafhumnya, "Bukan dari golongan ku (umat Islam) sesiapa yang menyeru kepada Assobiah dan bukan dari golongan ku sesiapa yang mati atas jalan Assobiah" (Hadis riwayat Abu Daud).

Jadi... berjuang berdasarkan asas Islam atau Melayu lebih baik? Tepuk dada, tanya selera.

__________________________________
-->Cina Kedah
Moga saudara dapat memeluk Islam dengan kerelaan sendiri setelah melihat keindahan Islam yang sebenar. =)
joehan said…
ahmad syafiq.ko kene byk blaja lg.asobiyah yg nabi mksdkn adlh perkauman ke arah keburukan.kalo kaum bersatu ke arah kebaikn tu bkn dikira asobiyah.tp yg mamat tok garu ni pon satu.sudah2 la tok garu.islam dlu baru bngsa melayu.aku wlpon benci pd pr terutamanya pkr n dap tp yg btul ttp btul.

khalid..yg aku komen td nape xapprove2 lg.
joehan said…
WAHAI SAUDARA2 MUSLIM SEMUA...INGATLAH YG DAULAH ISLAMIAH XAKN TERJADI DGN PERTOLONGAN KAFIR2...UMNO PERLU TINGLKN BN N PAS PERLU TINGGLKN PR..Allah dh pon bg peringatan..baik pas or umno msh degil n xnk hayati ayat2 Allah ni


surah ali 'imran ayat 28 :-

Janganlah orang-orang yang beriman mengambil orang-orang kafir menjadi teman rapat dengan meninggalkan orang-orang yang beriman. Dan sesiapa yang melakukan (larangan) yang demikian maka tiadalah ia (mendapat perlindungan) dari Allah dalam sesuatu apapun, kecuali kamu hendak menjaga diri daripada sesuatu bahaya yang ditakuti dari pihak mereka (yang kafir itu). Dan Allah perintahkan supaya kamu beringat-ingat terhadap kekuasaan diriNya (menyeksa kamu). Dan kepada Allah jualah tempat kembali.

marilah jayakan perpaduan umno pas.

surah ali 'imran ayat 149 :-

Wahai orang-orang yang beriman! Jika kamu taatkan orang-orang yang kafir nescaya mereka akan menolak kamu kembali kepada kekufuran, lalu menjadilah kamu orang-orang yang rugi.

masih xsedar2 lg ke wahai org2 pas..xpayah la bngga sgt dgn kerjasama pr tu..sedikit demi sedikit pas dh pon ikut jejak lngkah umno..dlu tegas utk tubuhkn negara islam..skrng demi undipolitik prinsip islam digadaikn n tukar kpd negara berkebajikn plak..khalid samad..ko xnk komen ayat2 Allah tu ke yg kate jgn jdkn kafir sbgai teman rapat..xkn nk ikut umno kot..kesudahannya pas umno 2x5.

kalo pr mng pru 13..situasi lbh kurng sm iaitu kita dipimipn kafirun or mngkin lbh buruk..sbb rmai di kalangan dap adlh org2 kuat kristian..msh ingtkh kita dgn peristiwa pemimpin melayu pr menundukkn kepala ms upacara kematian teoh beng hock dlu..memegang lilin..toleransi yg begitu dasyat dilakukn oleh pemimpin2 pr..seburuk2 umno dieorg xpnh sertai upacara keagamaan siap tunduk2 kepala lg..utk ape sume ni berlaku..ini semata2 demi undi politik n utk kuasa..

satu lg..dlu heboh psl bacaan ayat2 quran or hadis2 nabi olh pemimpin pr bkn islam..mmg al quran diturunkn utk sekalian manusia termsk kafir n mmg xdilarang pon dieorg bc dgn harapan mudahan hidayah msk ke ati mereka..tp mslh skrng ni samada dieorg iklas or just menarik undi2 org islam..dieorg dh sah2 xberiman dgn ayat yg dibaca tu..masalah ni blh menimbulkn fitnah n pecah belah di kalangan umat..demi undi politik begitu dasyat agama dilacurkan!!

mmg umno pn teruk bab2 agama ni..sbb tu perlu bantuan n bimbingan pas..

lg skali peringatan aku berikan..DAULAH ISLAMIAH XAKN BERLAKU DGN PERTOLONGAN KAFIRUN!!ingtla ayat2 Allah kt ats tu.
tokkarut said…
Islam adalah pokok utama, bukannya PAS atau UMNO,Kesilapan kedua-dua parti tersebut jangan di anggap sebagai kelemahan Islam.Yang betul tetap betul yang salah tetap salah.BRAND tidak memberi apa2 makna.
Cina kedah,
mungkin awak belum Islam kerana PAS pun gagal menunjukan apa Islam itu sebenarnya,Awak rela mengundi PAS kerana nampak peluang awak pula boleh jadi lanun seperti beberapa pemimipin PKR sekarang, dan seperti pemimpin UMNO yang lampau.
Dalam politik, its all about VOTE,when you have vote u have chances.
Shazlan said…
Salam,
YB,

I've always been ignoring those comments, especially the ones yg inclined to be Racial... tak abis2 pasal Melayu, buhsan!

Anyway, on JAIS vs. DUMC issue, saya berpendirian bahawa cukuplah kita dok blame and compare with UMNO - kita takkan berkembang, we have to move on and leave UMNO behind. Saya rasa umum dah mengetahui bahawa UMNO mmg jijik, cakap tak serupa bikin, etc. Cuma yg umum nak tau is where is PAS now?

I've seen the video on Youtube, captured during the event. First of all, there wasn't any raid! Secondly, with all the damning evidences floating in the internet and proven in the video, it couldn't be clearer that the event was held with malicious intent - untuk murtadkan umat Islam. Kalau put Islam aside, this clearly violates the constitution!!! Yg saya amat terkilan adalah bila all these happens, those in PR yg dok laung2kan untuk mempertahankan perlembagaan masing2 senyap. MB yg tanpa usul periksa dok blame JAIS. WTF???

There are other points related to this issue and many have been explained beautifully by Dr. MAZA - pasal wang zakat, pasal hujah vs. enforcement, etc. However, salah tetap salah - either by Syariah or constitution. Hmm... Need I say more? Saya boleh elaborate jauh lagi panjang lagi, but I think you are smart enough to see my point... or so I hope...

Tolong laa buktikan yg Malaysia masih punyai harapan. Now, kami (saya, org sekeliling saya dan saya percaya ramai lagi) mula fikir yg PR dah mula busuk. Maybe tak sebusuk and sehina BN, tapi when given power, the process will definitely accelerate. Saya cuba untuk berfikiran baik (khusnuzon) tapi saya takleh ignore statistic and trend. Berat untuk saya fikir bahawa, to the rakyat, next GE is a matter of choosing who's the lesser evil... some say, it is better to choose a devil you know than a devil you don't know. Ntah laa...

Dalam politik, meminta maaf maybe akan dilihat sebagai giving your enemy's ammunition to bring you down, menjauhkan pengundi, etc. Tapi to err is human and sebagai Muslims, kita digalakkan meminta maaf. I hope soon I will hear MB and those yg dah blame JAIS tanpa usul periksa minta maaf pada JAIS. They are merely doing their job.

Maaf sebab leter panjang. Saya bukanlah seorang yg ilmuan, lagikan bukan seorang agamawan... tapi saya cuma sayangkan Islam dan Malaysia.

Wassalam
hafidz arifin said…
saudara Shazlan, saya bersetuju dengan pendapat anda.

Biarlah UMNO berkubur dengan segala kehinaan dan kesombongan mereka.

dan kami tidak memerlukan UMNO yang kedua (iaitu mana-mana parti yang menyerupai kebangangan UMNO).

kalau ada parti UMNO yang kedua, alamat mampuslah masa depan kami semua. dah tak ada harapan dan pembela lagi dah.

hidup dah lah mencabar, nak ada rumah, nak ada kereta kena ambik loan, puluh-puluh dan makan ratus-ratus ribu. kalau sakit.. pergi hospital, ambil ubat.. baru sembuh sikit.. tengok bil dah sakit balik..

Kerja pulak stress, macam saya ni makan gaji. apa yg disuruh kena lah buat. loan banyak lagi yg perlu disetelkan.

kalau PAS pun serupa UMNO, lagi menambahkan stress yg sedia ada.

harap-harap PAS perlu berubah, jangan dua kali lima dengan UMNO.

saya bagi contoh yang senang la YB.

kalau time pilihanraya nanti, tak payah la membazir berpuluh ribu ringgit duit orang macam saya ni.. pasang bendera sana-sini, print psoter.. gantung sana-sini.. berlawan-lawan dengan parti UMNO. sampai mati pun x akan ade sape yg untung kecuali tokey kedai printing.

cukuplah satu sahaja bendera di khemah PAS. sebab kami ni rakyat yg berfikir.. bukan berpandukan gantungan bendera dan poster siapa yg lagi banyak utk kami buat keputusan mengundi.
joehan said…
saudara hafidz arifin..cara anda merungut menunjukkn yg anda lngsung xtau bersyukyur...merungut 24 jam atas segala nikmt yg terbntang luas..dh tau mkn gji dpt hasil skit nape xreti nk meniaga..9/10 punca rezki adlh berniaga..nape org2 cina leh berjaya..nape kaum2 mamak leh berjya..nape org2 indon dtg mlysia leh berjya..jgn la bg komen memualkn mcm tu lg..aku bkn nk pro bn sgt..tp malaysia ni peluang terbentang luas..kalo xde peluang xknla org2 bngla,pakistan,nepal,indon snggup berkorban diri n keluarga semata2 utk dtg ke malaysia cr rezki..dont deny this fact yg mlysia ni byk peluang keje..cume org yg mls mcm saudara je merungut..aku pon mkn gj n aku bersykur akn nikmt yg Allah bgkn ni..

hentikn merungut2 tu..dasar pemalas.
az said…
assalamualaikum,
saya rasa tak perlu saudara khalid sebut2 tentang hal ini di blog. adakah umno akan berubah bila saudara bercakap sebegitu? ianya hanya menghasilkan ckp2 pi mai pi mai tang tu.
apapun inilah bahana politik.
mudah dipengaruhi, mudah pula disalaherti.
terus terang saya cakap, kurang2kan lah cakap2 politik ini, biarpun anda seorang ahli politik. tp terus mendidik masyarakat secara tanpa kaitkan politik umno-pas.
bila masyarakat sudah berilmu, mereka akan guna al-quran dan as-sunnah utk buat keputusan dan pilihan.
Dan jgn terburu2 spt kes gereja tempoh hari. jgn dgr sebelah pihak saja. bersangka baiklah dgn semua manusia, baik si pastor tu mahupun jais dan hasan ali, biarpun anda sering berbeza pendapat dgn dia. tak semua yg dia buat tu salah, dan tak mustahil juga jika anda dikerusinya, anda akan buat perkara yg sama. sedangkan, sebaik mana si pastor tu, dia tetap MUSUH ALLAH. titik.
jgn asyik beri, beri, beri kpd mereka. spt peringatan ALLAH dlm kitabNya, orang kafir ni tak kan berpuas hati sehinggalah ikut agama dia.
sedikit sebanyak mereka ni akan naik minyak dengan hal ini. kesannya, berapa banyak politician melayu yg asyik beri kpd mereka semata2 utk mendapat undi mereka. dan berapa banyak pula yg mereka bagi kepada kita? tengok pulau pinang, tengok melaka, tengok petaling jaya, tengok johor bahru
Sekolah Bahagia said…
Anon 12.30..

Pendidikian masih lagi diteruskan dan wajar diteruskan kerana pendidikan Islam yang sepatutnya bermula sejak kemerdekaan telah dibantutkan oleh puak gerombolan UMNO. maksud pendidikan bukan hanya memberikan pendidikan hanya sehingga sekolah rendah dan bukan hanya memberi pendidikan agama selama 40 minit di peringkat sekolah menengah sahaja. Konsep inilah yang telah dilakukan oleh UMNO kerana mereka tidak mahu melayu yang kuat agamanya tetapi kuat kepada bangsanya. Ini konsep yang salah. Itu sebab PAS masih lagi memberikan pendidikan berterusan hasil kegagalan UMNO mentarbiyah sebahagian besar umat islam dan juga umat bukan Islam lain yang faham peranan Islam dalam kehidupan.

Jika UMNO jujur dalam memperjuangkan Islam, sudah pasti segala isu murtad dan sebagainya amat-amat sangat berkurangan.

Berfikirlah.. dengan berfikir kita dapat menyedari dimana kita sebagai seorang muslim di negara Malaysia ini.
hafidz arifin said…
Saudara Joehan. Memang aku merungut. Ditipu dan dibelot oleh kerajaan sendiri. Habis duit rakyat disebabkan rasuah (berpuluh-puluh billion),menyedut wang kerajaan dan mengkayakan diri sendiri, anak beranak dan kroni. buat projek2 nak sosial sebab nak tutup kerosakan yg sudah berlaku (khususnya utk mereka yg di kampung percaya) pergi upah. Tak ambil kisah pasal pembangunan islam dan sosial.

Kalau semua kebodohan ni tak berlaku, nescaya hidup aku lebih lapang dan senang. Tak mcm sekarang.

Hanya yg bodoh shj bersetuju dgn UMNO.

Joehan, aku malas nak bebel lah. Kalau kau tak pikir pakai lutut dah tentu kau tak tanya soalan macam ni.
Supar Yop said…
Sebab UMNO lalai dalam menangani isu murtad, isu rasuah, isu kuasa dll , pasal itu lah kami undi PAS, Tapi ALLAH memberi ujian kpd PAS, dalam bentuk kemenangan yg besar yg tidak diduga oleh PAS boleh dapat.Bila dah menang besar, baru tau bukan senang nak urus.Bila timbul soal Islam, tuduh UMNO tak sokong undang2 hudud, tapi itu semua sebelum PRU 2008.Kenapa sekarang tak buat draf hudud lagi? Pasal takut DAP melenting?Saudara2 penyokong PAS, perlu tahu bahawa ketidakmatangan PAS, kegelojohan PAS hendak memijak pintu Putrajaya lah mengakibatkan PAS jadi tak tentu arah dan dibelasah setiap penjuru berbanding UMNO.Kalau PAS hendak mendapat sambutan, kembali lah pada semangat perjuangan pra PRU 2008, hidupkan balik semangat hudud, jangan bersekongkol dgn DAP dan Anwar barulah anda akan dihormati, barulah sokongan pada anda ( termasuk sy yg sentiasa mengundi PAS dari 1990 ke 2008)hidup kembali.Sekarang orang bukan tengok UMNO lebih Islamik dari PAS, orang tengok PAS lebih teruk dari UMNO!
joehan said…
hafidz arifin.blh x ko senraikn rasuah2 yg berpuluh billion tu..tp aku nk ko listkn rasuah yg ade bukti..stakat ckp2 mlt mcm dlm cermah2 pr tu baik xpyh..n kebanyakannye ape yg bdk2 pr ni dedahkn adalah penipuan..cth psl kes mismah..kantoi menipu..dlu kes mb perak xdpt msk us..suare keadilan kene saman..hahaha..psl cincin rosmh plak aku dgr jacob n co nk sman chegu bard sbb cegubad menipu..ermm..byk lg la..xlarat otak aku nk ingt satu2.

satu lg.ko ni miskin sgt ke hafidz arifin..merungut 24 jam.lngsung xreti bersyukur..ape pas xdidik ko utk bersyukur ke ats nikmat kehidupn ni..tu la ko.gj skit ade ati nk berlagak.hisap rokok sekotak sehari.kete pkai sport rim.make up kete.pasng astro..

udah2 la merungut tu.
tokgaru said…
Sekarang orang bukan islam tengok UMNO lebih Islamik dari PAS, orang bukan islam tengok PAS lebih teruk dari UMNO!(Supar Yop)

Betul kata kau tu Yop. Teman pun nampak macam tu juga lah. Malah lagi teruk sampai usaha gereja nak murtad orang islam pun Pas kata itu Umno punya kerja.

Nak tergelak aku .. dah pening dah puak Pas nih. Jangan sampai mike tak boleh nak bezakan di antara gereja dengan mesjid sudah, maklum lah sekarang nih kat mesjid ada Allah, kat gereja pun ada Allah, Allah yang satu tu juga lah bukannya Allah yang lain.

Pening aku .. tambah pening lagi lah cucu aku.
man said…
Tokgaru aku pon tak tahu nak jawab soalan hang ni:

1. antara agama dan bangsa, mana yang ujud dulu dalam diri seseorang ?

2. antara agama dan bangsa, mana yang kekal sampai mati ?

Kalau hang betoi2 pandai tolong jawab jangan setakat pandai bercakap tetapi tidak tahu apa yg dicakap...

Untuk JOEHAN jika anda rasa anda lebih berilmu dan jika anda rasa lebih mengetahui dan lebih islamik lebih baik anda menulis di dlm Blog anda sendiri......
Shazlan said…
Salam,
Joehan,

Not only you a spammer, but also an ignorant one as well. Enough said.

Supar Yop,

Saya tak tau tang mana UMNO lagi islamik dari PAS. Seriously saya tak nampak. So far, takde lagi PAS officially cakap yg diorang drop hudud. Cuma skang, they decided to take a different approach - educate dulu, baru enforcement. Saya rasa YB Khalid dah terangkan bab byk kali in this blog. Plus, dalam Islam bukan ada undang2 hudud aje. Ada macam2 lagi. Kalau they decide focus their struggle other parts of hukum syariah, I think we should support. Insya-Allah, in the end, lebih byk hukum dan syariat Allah implemented di bumi Malaysia. I think that's what matters... instead of dok bising2 pasal hudud (yg we all know cannot be implemented selagi takde sokongan majoriti), bising2 pasal negara Islam vs. negara sekular (label negara islam semata2 tanpa pengisian adalah buang masa), etc.

YB,

I don't expect you to reply. However, I do hope yg mana salah dan tersilap langkah, corrective actions are done and apologize where it's due. Arrogance is UMNO's culture. The JAIS raid may (or may not) be UMNO's doing BUT if DUMC betul2 was going against the constitution, action must be taken. Personally, I don't think this is a test for PAS but rather, for DAP... This may reveal their true color (perjuang the constitution only when it favors the popularist approach)...

Wassalam
tokgaru said…
sapa2 tolong jawab sat.

pemimpin islam kah nik aziz tu bila larangan bacaan ayat suci al quran melalui pembesar suara pun dia sokong. alasan dia ganggu kepada orang bukan islam.

kalau macam tu, azan jangan guna pembesar suara, khutbah jumaat juga jangan guna pembesar suara lah .. ganggu orang bukan islam.

nik aziz dah mengarut melampau2 sangat dah.
hafidz arifin said…
Joehan,

kau ni baru semalam belajar baca surat khabar ke?

amik ni:

1. MAS
http://anotherbrickinwall.blogspot.com/2010/12/mas-corruption-investigation-lose.html

http://www.mmail.com.my/category/tags/tan-sri-tajudin-ramli

2. Projek Landasan Berkembear Elektrik
http://beritasemasa.com/laporan-ketua-audit-negara-dedah-kerugian-rm1-billion-projek-landasan-berkembar-elektrik

3.PKFZ
http://pkfz-scandal.org/

4.UMNO
http://mindsay.11.forumer.com/a/posts.php?topic=268&start=

5.PERWAJA
http://www.malaysiakini.com/news/13454

nak lagi ke? ini yg kitahu, sebagai gimik pilihanraya (walhal semua yg tertuduh terlepas.. yang kantoi rasuah semua yang saiz ikan bilis)


Sekarang kau tunjuk aku

1. kes suara keadilan di saman sebab kes MB perak tak dapat masuk U.S (padahal aku tengah cakap pasal kes rasuah, apebenda kau mengarut pasal kes suara keadilan nak kena saman ni? bangang betul la)

2. Jacob n co failkan saman pasal cincin rosmah

3. kes mahkamah pasal mismah

setakat main dengar-dengar je.. budak darjah 3 ciku pun boleh cerita.

sekarang aku nak sumber fakta.. kau kene tunjuk kat aku.

kalau takda maksudnya kau penipu

p/s: aku bukan ahli PAS, PKR mahupun UMNO. sekarang lu jangan nak buat cerita nak kaitkan aku dengan mana-mana parti.

aku tunggu kau punya reply
hafidz arifin said…
Tok Garu n Supar Yop adalah orang yang sama.
Anonymous said…
Tok garu kata:

"pemimpin islam kah nik aziz tu bila larangan bacaan ayat suci al quran melalui pembesar suara pun dia sokong. alasan dia ganggu kepada orang bukan islam."

"kalau macam tu, azan jangan guna pembesar suara, khutbah jumaat juga jangan guna pembesar suara lah .. ganggu orang bukan islam."

Azan dan khutbah jumaat adalah syiar islam. Azan diangkat suara kerana keperluan untuk maklum waktu solat masuk supaya diketahui oleh semua. Zaman sekarang ada pembesar suara untuk keperluan tersebut. Begitu juga khutbah, keperluannya adalah supaya makmum dapat dengar khutbah. Lagi pun penggunaannya tidak ada gangguan, tidak ada rungutan bukan Islam dlm perkara ini.

Bacaan ayat Quran sebelum subuh tujuannya adalah untuk membangunkan orang daripada tidur. Nabi dah ajar cara terbaik untuk tujuan tersebut iaitu azan dua kali. Jadi ikutlah apa yang nabi ajar kerana tujuannya dapat dicapai tanpa ganggu orang lain berbanding bacaan al-Quran.

Gangguan adalah satu isu besar dalam Islam. Islam haramkan kita baca Quran secara kuat dalam masjid walaupun tidak guna pembesar suara kalu ganggu orang solat. Begitu juga bangunkan orang yang tidur yang tidak ada keperluan syarak.
tokgaru said…
aku pernah satu kali pi KB. dalam bandar KB merata ada pembesar suara. bukan depa pasang lagu2 nyanyian, tapi depa pasang orang mengaji quran, kadang depa pasang nik aziz tengah menyampai kuliah agama.

kalau nik aziz kata di penang pasang orang mengaji quran melalui pembesar suara ganggu orang bukan islam, aku juga nak kata di KB juga aku rasa terganggu dengan pembesar suara yang duk pasang orang mengaji quran dan syarahan agama oleh nik aziz tak kira waktu.

amacam, apa pendapat kau.

Penjelasan : Tokgaru dan Supar Yop bukan orang yang sama .. gaya bicara kami tak serupa .. cuma matlamat kami saja yang sama.
joehan said…
hahaha..psl suara keadiln yg kene saman tu mknenye die xde kredibiliti dh sbb terbukti menipu..yg kes mismah tu ko tau ke xisu die sbnrnye..bile ms plak kes mahkmh psl mismah tu??kn die dh buat pengakuan psl cr die dpt taraf warganegara..suami die still pendudk tetap..ape yg ko melalut psl kes mismah ni..ape yg aku cube smpaikn kt sini..bhn2 rujukn pembngkng xde kredibiliti..mcm mlysia kini n mlysia today..tu bhn rujukn utama org2 pr..lps tu ulang2 fitnah yg sma..smpai rkyt jd percya..mcm hampeh!!
Anonymous said…
Tok garu, Kita kena faham elok2. Dalam isu di Penang, matlamatnya adalah untuk menggerakkan orang bangun tidur. Ada dua pilihan. Cara yang pertama; melalui azan dua kali dan kedua; membaca al-Quran. Di antara dua cara tersebut nabi ajar azan dua kali, maka cara itulah yang terbaik kita buat kerana nabi lakukannya dan tak ganggu orang.

Ada pun di pasaraya, matlamatnya adalah menghilangkan rasa sunyi ketika membeli belah. Ada dua pilihan juga iaitu pertama; memperdengarkan lagu2 yang melalaikan seperti di negeri selain kelantan dan kedua; memperdengarkan syarahan agama dan bacaan al-Quran. Yang Nabi ajar adalah cara yang kedua.

Kalau saudara rasa terganggu mendengar syarahan agama dan bacaan al-Quran di pasaraya, saudara juga sepatutnya komen bahawa rasa terganggu dengan mendengar lagu2 yang melalaikan di pasaraya tetapi saudara tidak menyebutnya dan minta pasaraya tersebut tidak memperdengarkan apa2. Di situ ada double standard. Dengar lagu tak rasa terganggu tetapi dengar bacaan quran dan syarahan agama rasa terganggu. Maka hujah saudara rasa terganggu itu tertolak. Hakikatnya tak ada gangguan pun, cuma saudara mereka2 alasan untuk membuat hujjah, apatah lagi rakyat kelantan tidak pernah membuat komen tentang isu syarahan agama dan bacaan al-Quran di pasaraya. Mereka masyarakat berilmu dan kuat agama. Mereka tahu, daripada mendengar lagu2 yang melalaikan, lebih baik dengar syarahan agama dan bacaan Quran.

Kita juga kena faham, memperdengarkan syarahan agama dan bacaan al-quran adalah alternatif menggantikan perkara yang tidak elok iaitu memperdengarkan lagu2 yang melalaikan yang sebelum ini tidak pernah dianggap mengganggu apabila diperdengarkan di pasaraya.

Berfikirlah secara rasional, jangan taksub kepada UMNO sehingga menafikan kebenaran dan keindahan Islam. PAS pun kalu tak benar, kita takkan ikut, tapi apa yang dibuat sedaya upaya ikut Islam, maka kita kena sokongnya.
Supar Yop said…
Kpd Encik Shazlan,
refer to your entree on August 19, 2011 11:18 PM
Saya quote dan cuba reply ayat anda satu persatu
1)"Saya tak tau tang mana UMNO lagi islamik dari PAS"? - UMNO skrg lebih islamik sebab pertahankan Islam ikut perlembagaan persekutuan dan cuba mencegah murtad sebeberapa daya yg boleh - rujuk kes Lina Joy.PAS pula sudah kurreng Islamik sejak mendakwa tiada sebut negara Islam dalam Quran dan yg terbaru cara mereka kendali kes DUMC.Tinggal masih ada serban dan jubah dan tudung masih melekat atas kepala berbanding UMNO.
2) "Seriously saya tak nampak. So far, takde lagi PAS officially cakap yg diorang drop hudud."? Are you sure you tak nampak, atau buat - buat tak nampak?Sebelum statement Hadi pasal tiada negara Islam dalam QUran, PAS, DAP dan PKR sudah berikrar tidak akan menyebut pasal hudud lagi dalam kempen mereka dan demi melangkah ke Putrajaya, itu pasalah diorang dah drop the hudud.
3)" Cuma skang, they decided to take a different approach - educate dulu, baru enforcement."? Allah , baru sekarang nak educate, tang mana yg educate tu? Dulu beria - ria nbak enforce, tak boleh bertolak ansur langsung, apa2 mesti hudud , tak buat kira kafir!!Atau adakah nak ambil different approach setelah ditazkirah oleh share partner DAP?
4) "Saya rasa YB Khalid dah terangkan bab byk kali in this blog."? Saya rase baik u jangan jual nama YB Khalid, buat malu je.Klaau dia nak bertanding di Jinjang, Kepong atau Petaling Jaya section SEA Park Insya Allah dia boleh menang kerana geng dia ramai kat sana.
5)" Plus, dalam Islam bukan ada undang2 hudud aje. Ada macam2 lagi. Kalau they decide focus their struggle other parts of hukum syariah, I think we should support."? Baru sekarang PAS tersedar sampai terbeliak bijik mata, baru nampak ada banyak bende lain dari hudud?Saudara nak tau ,masa zaman pre PRU 2008, PAS kerap memperlekehkan badan dakwah lain spt Tabligh dan Arqam kerana tidak menumpukan pada Hudud.

6) Insya-Allah, in the end, lebih byk hukum dan syariat Allah implemented di bumi Malaysia. I think that's what matters... instead of dok bising2 pasal hudud (yg we all know cannot be implemented selagi takde sokongan majoriti),? Baru perasan skrg perlukan sokongan majoriti.U tau tak siapa majoriti skrg di Msia? Mengikut perangkaan 2010, kumpulan etnik terbesar di Msia ialah bumiputra 67.4%,di semenanjung , etnik melayu adalah 63.1%.Kalau kita boleh channel semua undi melayu pada satu parti, kita akan jadi bangsa yg kuat dan tak perlu bergantung pd kaum lain dari segi kuasa politik.Tapi korang terhegehkan sangat undi diorang yg tak sampai 30%, pasal apa?You are splitting the malay votes man!U tengok DAP macamana dia tumpu betul2 pd kawasan cina di Sarawak hingga dapat 13 kerusi, parti multi racial apa macam tu?Kalau kita semua bersatu, ;lepas tu nak buat undang2 hudud ke anti murtad ke boleh apa saja..

7)bising2 pasal negara Islam vs. negara sekular (label negara islam semata2 tanpa pengisian adalah buang masa), etc.? Kita bising pasal nak pulang buah keras kat anda semua! Kenapa tak bising lagi skrg? Dulu beria2 tuduh Msia negara SEKULAR, sampai keluar soalan dalam exam masa saya kat ITM ( tahu 80an)- Msia ni sekular atau tidak?Yang sebenar tanpa pengisian itu ialah PAS, asyik berpolitik semata sebab itu hudud entah kemana.Bila dah dapat peluang sekarang tidak digunakan pulak..
Supar Yop said…
Saya rujuk komen tokgaru pada August 19, 2011 3:51 PM...

Teman lagi nak tergelak bukan pasal kita dok satu kem, tapi ada antara dema ni ingat mike menyamar jadi teman atau teman menyamar jadi mike!
In other words, tok garu = supar yop.
Tak ade keroje aku eh..

Latest update, UMNO nak saman PAS RM 10 juta sebab Mustafa Ali tak boleh kemuka bukti UMNO pendalang disebalik serbuan JAIS ke atas DUMC, yg mana dateline diberi hingga Ahad semalam utk Mustafa kemukan bukti. Kita tengok bagaimana perkembangan seterusnya. TUNGGUUUUUUU!!!
Supar Yop said…
Mentang -mentanglah yg nak mencegah bacaan Quran sebelum suboh tu geng awak, bertalu2 alasan diberi utk pertahankan tindakan mereka.
Kalau kita teliti secara halus, tidakah ini menyamai parti yg sealiran dgn mereka yg memerintah di seberang tambak tebrau.
Saya melihat perkara ini sbg satu lagi bentuk kegagalan PAS mendakwah kpd DAP.Sebaliknya PAS mencuba berhempas pulas mempertahankan DAP.
Sebab itulah saya pernah katakan sebelum ini bahawa "Sekarang orang bukan tengok UMNO lebih Islamik dari PAS, tapi orang tengok PAS lebih teruk dari UMNO!".
Dulu UMNO tak jual nama Allah, PAS nak buat.Dulu UMNO tak pernah bagi perempuan kafir tanpa menutup aurat masuk masjid PAS dah buat,Dulu tak peronah dengo DAP maki Islam, sekarang PAS membiarkan shj. Dulu tak pernah UMNO ajar MCA/MIC baca ayat Quran atas pentas politik , tapi PAS dah buat.Sekarang isu tak boleh baca Quran sebelum azan Suboh pula.Kalau ini terjadi di negeri UMNO perintah, dah kering tekak PAS memaki UMNO di samping laungan takbir!
Sebenarnya UMNO tak menambah sangat melain mengekalkan apa yg sedia ada ( ini keadaan selepas PRU 2008), tapi PAS kerap merosakan apa yg dah sedia ada.
Saya harap penyokong PAS wajar merenung balik peranan PAS selama ini akan apakah implikasi mengundi mereka dalam PRU akan datang keran tindakan mereka banyak merosakan Islam dan menguntungkan kafir shj..
hafidz arifin said…
Supar yop\ tok garu. Kau memang penipu. Orang yg sama. Pakai google advance la wei!

Kau jawab ni. Kalau UMNO islamik sangat. Kenapa bayar berjuta dptkan khidmat nasihat APCO zionis yahudi pembunuh palestin????

Entah2 ape yg terjadi dan akan terjadi di malaysia ni adalah hasil perancangan mereka. Yelah, dah bayar juta-juta.. Mestilah hebat dan besar perancangannya.
hafidz arifin said…
Joehan,

Link yang aku bagi tu semua kes sebutan mahkamah dan laporan rasmi dari auditor negara.bukan mcm kau quote dari tabloid tabloid.

Sekarang kau tunjuk kan aku kes sebutan mahkamah dan laporan rasmi ttg:

1. Suara keadilan di saman ttg kes mb perak

2.Jacob n co ttg cincin rosmah.

2 benda ni je yg aku mintak.kau jgn nak tukar2 topik
Grand Marquis said…
Bukankah PAS dulu beria-ia mahu laksanakan hukum bunuh bagi orang yang murtad. Malah dituduhnya kerajaan BN Kafir sebab tak laksanakan hudud (hukum murtad ni termasuk dalam hudud).

Adakah itu dikira pendekatan bertoleransi?

Kenapa tiba-tiba bila berkuasa dan berkawan dengan DAP dan PKR, intonasinya dah berubah?

Secara mudah, its all politic.
tokgaru said…
Umno nak saman Mustafa Ali.

Ehh, teman sokong sangat. RM10 juta tu sikit, patut minta RM50 juta.

Orang yang suka bawa fitnah nih kena ajar betul2. Jangan ada sikit pun perasaan belas kasihan ke atasnya.

Teman udah nak meluat nengok perangai pemimpin2 Pas nih yang tak habis2 nak fitnah orang, tak habis nak bawa cerita yang tak betul, islam hapa kejadah nya macam tu, buat malu dekat orang kapir ajer.

Teman sebenarnya tak meluat dengan Pas. Ikhlas teman kata, teman masih ada hati dengan Pas, walau pun teman pro kepada Umno.

Ada tiga benda yang membuat teman tawar hati kepada Pas :

1. perangai putar belit hadis dan quran para pemimpin dan ulamak Pas.

2. perangai menipu tak habis2 para pemimpin dan ulamak Pas.

3. perangai pemimpin dan ulamak Pas yang sanggup terima DAP sebagai sahabat, dan anggap Umno sebagai musoh.

Teman rasa, orang melayu lain pun macam tu juga, masih ada hati kepada Pas macam yang Tokgaru rasa.

Popular posts from this blog

Keadilan Saidina Umar Al-Khattab Terhadap Rumah Ibadah Agama Lain

Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengemukakan sebuah kisah dari zaman pemerintahan Saidina Umar Al-Khattab (r.a) untuk tatapan dan renungan tuan-tuan sekalian. Melalui pendedahan ini, adalah diharap sebahagian dari ummat Islam yang tidak memahami konsep keadilan Islam terhadap agama lain, akan sedikit sebanyak dapat memikirkan kembali sikap dan pendirian mereka itu. Kisah yang ingin dikemukakan adalah kisah Saidina Umar dan Kanisah (gereja) Al-Qiamah yang terletak di Quds. Kisah ini adalah petikan dari muka surat 114, kitab Itmam al-Wafa’ fi sirah al-Khulafa’ , tulisan as-Syeikh Muhammad bin al-Afifi al-Banjuri, Darul Ibnu Hazim. “Dan apabila masuknya Saidina Umar ke dalam kota, maka masuklah beliau ke dalam Kanisah (gereja) al-Qiamah, dan beliau duduk di ruang utama gereja tersebut . Setelah tiba waktu solat asar, maka berkata Saidina Umar kepada Patriach Kanisah tersebut, “Saya ingin mengerjakan solat.” Jawab Patriach: “Solat sahajalah di sini”. Tetapi Umar menolak cadangan

Video Tazkirah Ramadhan At-Taubah Ayat 31: Pendewaan Manusia

WaLlahu 'Alam   KHALID SAMAD

Kisah Raja Najashi

Semasa saya terlibat dalam usaha dakwah di UK satu ketika dahulu, kami mendapati bahawa ramai dari kalangan penganut Kristian tidak tahu bahawa Nabi Isa (AS) diiktiraf sebagai seorang Rasul oleh Islam. Begitu juga Nabi Ibrahim, Nabi Musa dan hampir kesemua para Nabi yang diiktiraf oleh agama Kristian turut diiktiraf oleh Islam. Kecuali kumpulan yang tidak diiktiraf Islam ialah ‘Nabi’ selepas Nabi Isa, termasuk penulis Bible yang digelar sebagai ‘Prophet’ oleh mereka. Apabila mereka didedahkan dengan maklumat ini, maka ianya boleh menyebabkan mereka ingin tahu apa yang dikatakan Al-Quran mengenai Nabi Isa dan menjadi satu titik tolak bagi mereka untuk mendampingi Al-Quran.