Skip to main content

Misi Kemanusiaan Ke Gaza

Pada 26 Julai saya telah bertolak ke Mesir bersama sahabat dari Muslim Care dan Cakna Palestin. Destinasi akhir adalah Gaza. Surat kelulusan dari kerajaan Mesir telah diperolehi lebih awal, termasuk dari pihak “Special Branch” Mesir. Kami pergi membawa wang tunai sebanyak USD 215,000 yang merupakan kutipan dari rakyat Malaysia semenjak Israel menyerang Gaza hampir dua tahun lalu.

Pada 28 Julai kami memasuki Gaza. Duit diserahkan secara berperingkat mengikut kategori perbelanjaan serta mereka begitu bangga dan berterima kasih di atas sumbangan ini. 29 Julai kami turun bertemu Menteri Kebajikan. Terdapat banyak juga program bersama rakyat miskin diadakan.

Pada keesokan harinya, Perdana Menteri (sah) Palestin, Ismail Haniyya menjemput kami semua ke rumahnya pada sebelah malam. Beliau telah meluangkan masa untuk duduk berbincang pelbagai isu selama hampir 1 jam.

Pada 31 Julai kami dijemput pula ke Parlimen Palestine dan diberikan cenderahati peta Palestin sebagai kenangan.

Selepas 5 hari di Gaza, akhirnya pada 1 Ogos bersamaan 1 Ramadhan, kami kembali keluar menuju ke Mesir. Pada 2 Ogos kami hadir majlis berbuka Puasa dengan para pelajar Al-Azhar di Kaherah sebelum pulang ke Malaysia.

Untuk makluman semua, Ismail Haniyya sampaikan salaamnya pada rakyat Malaysia dan ucapan Ramadhan Kariim. Beliau memohon supaya kita terus mendoakan semoga perjuangan rakyat Palestin akan mencapai kemenangan. Beliau juga turut mengucapkan Jazakallahu Khairun Jazaa’ di atas sumbangan yang diberi.

Perjalanan kali ini akan sentiasa dikenang oleh diri saya. Akhirnya, azam saya untuk ke bumi Gaza dan menyampaikan sumbangan termakbul juga, Alhamdulillah. Bersama ini disertakan 5 gambar untuk dikongsi bersama.

WaLlahu 'Alam
KHALID SAMAD









From Gaza


Comments

Anonymous said…
kalau YB war2kan yang YB nak ke PALESTIN ari tu, boleh kami kumpul duit beri kat YB. sekarang mcm takut nak beri duit dekat mana2 pihak sebab ada pihak yang x boleh percaya.

apa2 pun, TAKBIR!
seman said…
Abg KJ tak ikut ke YB? eheheh.. Semoga usaha tuan mendapat keberkatan dunia akhirat.
gomen said…
syabas pada staff petronas! anda semua memang hebat.
Anonymous said…
nape gambar bendera kelantan je.. org kelantan ke yg derma semua duit tu.
rakyatselangor said…
Salam Ramadhan Kareem YB..
waah...saya sebagai rakyat pembayar zakat dan cukai di selangor cukup2 kagumlah dgn YB nie, semangat pejuang muslim sejati yang berani dan sanggup meredah cabaran pahit getir ke negara Palestin yang bergolak tu..syabas!! Saya tabik, takbir dan taksub dgn YB, seorang pemimpin muslim yang sejati!! Harap usaha2 YB di Palestin tu diterima Yang Maha Esa...Amin...
(Apapun, isu Palestin ni dah jadi isu dunia, dan isu2 dalaman spt hal-ehwal rumah ibadat di selangor, serbuan JAIS ke atas gereja, penjualan arak secara terbuka dan sebagainya sudahpun YB tangani dgn cemerlang, gemilang dan terbilang...jadi kami rakyat selangor ni dah tak perlu nak bising2 lagi...kan YB??...)
Supar Yop said…
Saya kesian bila YB bukak ceriter lain orang tak layan sangat ..hingga takat ini saya penyumbang ke 6.Tapi bab gereja dah hampir menjangkau 100!!
Nampak gayanya YB tak boleh bukak topik lain.. orang akan layan YB bila masuk topik gereja, kristian, nama Allah...tapi bukan utk menyokong!
Anonymous said…
"Harga akidah tidak boleh dibayar dengan nilai sebuah atau lebih kerusi Parlimen mahupun Dewan Undangan Negeri (DUN), tidak boleh ditebus dengan jawatan bertaraf menteri atau wakil rakyat, sebaliknya nilai akidah, taruhannya ialah darah dan nyawa"

- Nasruddin Tantawi.

Agaknya seribu Khalid yang setiapnya berumur 1000 tahun seorang, tak sama dengan setengah kuku Tantawi yang dipotong dan dicampakkan.

Harga Khalid Samad adalah semurah nilai kersui empok Parlimen Shah Alam. Yang terpaksa dibeli dengan gadaian iman dan tauhid.

Takebeer!
NGO Aqsa Al Shariff akan bertolak ke Gaza pada 24 Ogos ini untuk mmbntu anak2 Palestin yg berada di sana dalam pelajaran.. Kepada sesiapa yg ingin menyumbng derma boleh lawati lamanweb Agsa Al Shariff.
tokgaru said…
Jangan percaya lah. Islam mereka hanya lakunan saja. Nak tunjuk baik di luar negara, sedangkan dalam negara melayu nak masuk kristian pun tak berani nak bantah.

Jika melayu masih percaya kepada Pas, sure melayu akan melepas.
hafidz arifin said…
Tok Garu, sejak bila PAS keluarkan kenyataan yang melayu nak masuk kristian mereka tak bantah?

sila buktikan dengan fakta!

UMNO bantah cadangan PAS draf undang-undang pencegahan murtad adalah

"Saya bercakap mengenai pengalaman peribadi kerana dalam sidang Parlimen yang bermula pada Mac 2006, saya mengemukakan rang undang-undang persendirian yang dinamakan Rang Undang-Undang Murtad.

ini petikan dari Salahuddin Ayub.

"Rang undang-undang itu bukan sahaja tidak dipedulikan oleh ahli-ahli Parlimen Umno malah ditolak mentah-mentah," katanya.

Selepas itu, kata Ahli Parlimen Kubang Kerian itu, sekali lagi beliau mengemukakan usul yang juga meminta Dewan Rakyat mewujudkan undang-undang mencegah murtad seperti meminda Perkara 11(1) Perlembagaan Persekutuan dengan memasukkan peruntukan yang jelas menghalang individu Islam daripada secara bebas mengisytiharkan diri keluar daripada agama Islam.

sekarang aku nak tengok kau jawab Tok Garu.

Popular posts from this blog

Video Tazkirah Ramadhan At-Taubah Ayat 31: Pendewaan Manusia

WaLlahu 'Alam   KHALID SAMAD

Kisah Raja Najashi

Semasa saya terlibat dalam usaha dakwah di UK satu ketika dahulu, kami mendapati bahawa ramai dari kalangan penganut Kristian tidak tahu bahawa Nabi Isa (AS) diiktiraf sebagai seorang Rasul oleh Islam. Begitu juga Nabi Ibrahim, Nabi Musa dan hampir kesemua para Nabi yang diiktiraf oleh agama Kristian turut diiktiraf oleh Islam. Kecuali kumpulan yang tidak diiktiraf Islam ialah ‘Nabi’ selepas Nabi Isa, termasuk penulis Bible yang digelar sebagai ‘Prophet’ oleh mereka. Apabila mereka didedahkan dengan maklumat ini, maka ianya boleh menyebabkan mereka ingin tahu apa yang dikatakan Al-Quran mengenai Nabi Isa dan menjadi satu titik tolak bagi mereka untuk mendampingi Al-Quran.

Surat Jemputan Kunjungan Hormat Ahli Parlimen Shah Alam Menghadap Baginda Sultan Selangor

Berkaitan: Khalid Samad dipanggil Menghadap Sultan (Sinar Harian) Khalid Samad Menghadap Sultan Selangor (Malaysiakini) Sultan Selangor minta Khalid Samad kemuka syor, elak polemik (The Malaysian Insider) -Pejabat YB Khalid Samad-