Skip to main content

Minal A'idin Wal Fa'izin 1432H

AsSalaamu Alaikum WRT.

Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Hari Raya, Maaf Zahir dan Batin. Semoga kita semua bertemu bulan Syawal dalam keadaan fitrah kita, bersih dari segala dosa seperti pada hari lahirnya kita ke bumi ini.

Dengan ingatan tulus ikhlas
KHALID SAMAD
1 Syawal 1432

Comments

armouris said…
Selamat Hari Raya! Jaga makan, kekalkan disiplin makan semasa berpuasa. Jangan makan banyak! - Risiko Makan Banyak di Musim Raya
Supar Yop said…
Saya juga ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri , Maaf Zahir & Batin pada YB Khalid, para peminat setia blog ini samada penyokong, pembangkang dan berkecuali.

Harap kita dapat kekalkan perhubungan kita yang kadangkala mesra dan juga tegang selalu nya , Insya Allah!
selamat hari raya ... kekal istiqamah. Umno itu lucu!!

Badrul Kulim Kedah
Juraimi Zainal said…
Selamat Hari Raya YB..

Semoga YB tabah menghadapi dugaan & tohmahan2 yg dtg.. Sy & rakan2 opis di Shah Alam menyokong penuh kepimpinan YB..
Pd kami YB bukan menyokong bg mendptkan undi bukan islam tetapi adalah dasar menunjukkan bhw islam itu adalah agama yg Adil, Bantu membantu, respect each other, bukan agama adat serta mudah difahami supaya pd orang2 bukan Akan tertarik kpd Islam. Wallahualam
seman said…
A'kum YB Khalid,

Selamat hari raya, semoga berbahagia disamping keluarga. Saya doakan tuan sentiasa sihat sejahtera, dikurniakan semangat yang ikhlas dan tabah menghadapi segala bentuk ujian ilahi.

Popular posts from this blog

Berakhirnya Drama RUU 355?

Drama perlaksanaan sistem perundangan Islam yang mengambil bentuk usul persendirian YB Marang berhubung Akta 355 kelihatan menghampiri adegan penamatnya. Pada peringkat kesudahannya UMNO/BN kelihatan sebagai pihak yang meraih keuntungan terbesar dengan pembangkang berada dalam keadaan berpecah dan tidak bersepakat. Keutuhan Pakatan Rakyat yang telah mewarnai pilihan raya ke 13 pada 2013 sudah jelas hilang. Yang sepatutnya mengambil tempatnya, iaitu Pakatan Harapan, masih dalam keadaan sedikit terumbang-ambing, khususnya berhubung hubungan dengan PAS.

Tindakan UMNO/BN untuk mensasarkan PAS melalui isu perundangan Islam adalah satu ‘master-stroke’ yang tidak boleh dinafikan mana-mana pihak. Melaluinya bukan sahaja PR berpecah, namun ketidak-tentuan sikap terhadap PAS menyebabkan apa-apa tindakbalas untuk menyelamatkan keadaan menjadi tidak padu dan kurang bersungguh-sungguh. Kebergantungan terhadap PAS oleh pihak tertentu menyebabkan mereka tidak sanggup memutuskan hubungan dengan PAS s…

Kenyataan Media Amanah Mengenai RUU 355

Muqaddimah

Amanah menganggap mahkamah syariah sebagai institusi penting dalam usaha menzahirkan kebenaran dan keadilan Islam. Oleh itu imejnya sebagai institusi yang cekap dan berwibawa perlu sentiasa dijaga. Amanah bersetuju bahawa segala usaha ke arah memperkasakan mahkamah syariah, dari segi kecekapan perlaksanaan undang-undang Islam, perlu disokong dan dibantu.

Kenyataan Berhubung Usul Persendirian Marang: Cadangan Pindaan ke Atas Akta 355

MUQADDIMAH

1. AMANAH ingin menegaskan bahawa Mahkamah Syariah adalah institusi keadilan Islam dan oleh itu apa jua usaha ke arah menperkasakannya adalah disokong. Bidang kuasanya berhubung kesalahan jenayah syariah dijelaskan dalam Akta 355 sediada. Akta 355 ini perlu dijaga dengan baik dan apa jua usaha pembaik-pulihan serta pindaan terhadapnya perlu diperhalusi secara teliti supaya tidak menjejas kedudukan mahkamah syariah.

2. Akta 355 sediada telah digubal mengambil kira kedudukan dan peranan Mahkamah Syariah di dalam kerangka struktur kenegaraan Malaysia yang di dalamnya wujud Mahkamah Sivil dan juga Mahkamah Syariah. Sepertimana diketahui umum, bidang kuasa Mahkamah Syariah adalah terhad kepada orang Islam dan kesalahan-kesalahan tertentu seperti terkandung dalam Senarai II Senarai Negeri Jadual kesembilan Perlembagaan Persekutuan. Selainnya adalah di bawah Mahkamah Sivil.

3. Apa jua pindaan yang ingin dibawa semestinya selari dengan kedudukan dan peranan ini supaya tidak berlaku…