Skip to main content

Kisah Raja Najashi

Semasa saya terlibat dalam usaha dakwah di UK satu ketika dahulu, kami mendapati bahawa ramai dari kalangan penganut Kristian tidak tahu bahawa Nabi Isa (AS) diiktiraf sebagai seorang Rasul oleh Islam. Begitu juga Nabi Ibrahim, Nabi Musa dan hampir kesemua para Nabi yang diiktiraf oleh agama Kristian turut diiktiraf oleh Islam. Kecuali kumpulan yang tidak diiktiraf Islam ialah ‘Nabi’ selepas Nabi Isa, termasuk penulis Bible yang digelar sebagai ‘Prophet’ oleh mereka. Apabila mereka didedahkan dengan maklumat ini, maka ianya boleh menyebabkan mereka ingin tahu apa yang dikatakan Al-Quran mengenai Nabi Isa dan menjadi satu titik tolak bagi mereka untuk mendampingi Al-Quran.

Tetapi mungkin barangkali perkara seperti ini tidak disenangi UMNO kerana tindakan seorang bukan Melayu merujuk kepada Al-Quran adalah ditegah oleh puak yang ingin pertahankan aqeedah “Islam itu adalah Melayu dan Melayu itu adalah Islam!”

Sehubungan dengan itu, saya ingin mengimbas kembali sejarah Rasulullah (SAW) apabila sebahagian ummat Islam melarikan diri ke Habsyah untuk mendapatkan perlindungan Raja Najashi yang beragama Kristian. Mereka dikejar oleh pihak Quraisy yang diketuai Amr Al ‘Ash. Untuk mempengaruhi Raja Najashi supaya menyerahkan orang Islam kepada mereka, Amr Al ‘Ash yang pada ketika itu belum lagi memeluk agama Islam, telah meminta supaya Raja Najashi tanyakan apa yang dikatakan Al-Quran mengenai Nabi Isa (AS). Kononnya, mengikut Amr Al ‘Ash, Islam memburuk-burukkan Nabi Isa (AS).

Jaafar Bin Abu Talib, yang merupakan ketua kumpulan pelarian Islam ke Habsyah, telah menjawab bahawa Nabi Isa adalah “hamba Allah, utusan Allah, Ruh (suci dari) Allah serta kalimahNya yang diturunkan kepada Maryam yang merupakan seorang perawan (gadis) yang tekun bersembah sujud (kepadaNya)”. Raja Najashi mengambil sebatang lidi yang berada di atas lantai sambil berkata, “apa yang kau katakan mengenai Isa tidak berselisih (dengan apa yang kita katakan), kecuali hanya sebesar lidi ini”. Adalah difahamkan bahawa pada ketika itu, ada perbezaan pendapat di kalangan orang Kristian berhubung kedudukan Nabi Isa (AS). Ada yang menganggap Al-Masih sebagai manusia utusan Allah dan ada juga sebagai Tuhan dan ada juga sebagai sekutu Tuhan.

Raja Najashi seterusnya berkata kepada orang Islam, “silakan kalian pergi dengan aman… saya tidak sanggup menerima emas walaupun segunung sebagai imbuhan untuk salah seorang dari kalian diganggu…” Dengan kata-kata itu maka pelarian Islam diberi perlindungan dan hidup tanpa diganggu di Habsyah. Wakil Quraisy pula dihantar pulang bersama hadiah yang dibawa mereka. Diriwayatkan bahawa Raja Najashi sendiri akhirnya memeluk agama Islam tetapi secara rahsia dan apabila beliau meninggal, Rasulullah (SAW) melakukan solat jenazah secara ghaib untuknya.

Riwayat di atas menunjukkan bagaimana pendedahan bahawa Nabi Isa disebut di dalam Al-Quran boleh membawa masyarakat Kristian untuk mendampingi Islam, bukan sebaliknya! Tetapi apakah mungkin, oleh kerana ramai Melayu UMNO tidak faham Al-Quran, maka mereka ingin berusaha supaya orang bukan Melayu juga tidak memahaminya?

WaLlahu 'Alam
KHALID SAMAD

Comments

zahirsyabin said…
Tuan

Nabi Isa mana ada bawa ajaran Kristian??

Raja Najashi tak kata Isa itu anak Tuhan dan dia ahli kitab, mana sama ngan Kristian sekarang
zahirsyabin

ceteknya pengetahuan encik... banyakkan membaca dan mengkaji dgn hati yg jernih...
Johan bin Ramli said…
Salam, saya amat bersetuju dan gembira atas tindakan tuan, saya percaya kita dilahirkan sebagai umat Islam seharusnya menjadi tanggung jawab kita untuk memberitahu (dakwah) pada umat bukan Islam tentang perkara yang tuan katakan. Itulah tugas kita menyambung tugas Rasul Allah terakhir. Namun apa yang di dapati adalah sebahagian besar umat Islam mengajar agar kita menanam rasa benci, takut kepada umat bukan Islam. Masing-masing hanya mahu diri sendiri sahaja diterima Allah untuk masuk syurga tanpa mempeduli umat bukan Islam. Dengan lain perkataan, mereka bersifat 'kedekut', pentingkan diri sendiri. Setelah diberitahu atau dimaklumkan tentang Islam kepada umat bukan Islam maka terserahlah sama ada mereka menerima hidayah Allah tanpa paksaan. Itulah sebabnya nabi pernah berkata yang Baginda suka umat Islam yang ramai, namun disalah ertikan dengan menggalakkan kita melahirkan banyak anak dan menambah bilangan isteri. Maka dalam hati saya tertanya-tanya bagaimana umat bukan Islam dapat mengenali Islam jika merujuk al Quran tidak dibenarkan seolah-olah al Quran itu khusus untuk umat Islam sahaja. Saya yakin setiap manusia tak kira apa kepercayaan masing-masing termasuk kita sendiri mempunyai naluri untuk mengenali tuhan yang sebenar-benarnya, maka oleh sebab persekitaran dan didikan ibu bapa serta masyarakat iman kita terhadap Islam bertambah manakala terdapat sebilangan dari kita (yang beragama Islam) imannya berkurang dan mudah terpesong dari ajaran agama kita iaitu Islam. Apakah mungkin di akhirat nanti umat bukan Islam akan menyalahi kita kerana tidak atau enggan memberi maklumat tentang Islam kepada mereka. Bersyukurlah kita kerana nenek moyang kita terdahulu menerima hidayah dengan memeluk agama Islam secara evolusi (dari agama Hindu/Budha/animisme). Saya masih ingat masa kecil orang Melayu Islam Malaya masih mengamalkan kepercayaan seperti mandi safar, dan pelbagai acara bukan Islam seperti upacara tertentu ketika memulakan sesuatu kerja (saya pun dah lupa apa ke nama upacara kuno itu). Kita tinggalkan amalan tidak betul itu secara perlahan-lahan melalui pembelajaran dan ajaran dari tuan-tuan guru kita.

Wallahualam.
tokgaru said…
YB Khalid

Adakah kita berlaku adil kepada sesama manusia ? Adakah kita sebenarnya mendokong kebebasan beragama seperti yang termaktub dalam perlembagaan negara ?

Apa fungsi agama dalam kehidupan manusia ? Adakah terdapat agama yang menyuruh manusia melakukan kejahatan ?

Orang kristian boleh menjadi islam. Tapi kenapa dilarang orang islam keluar daripada islam ? Adakah agama kristian itu menyeru manusia supaya melakukan kejahatan dan kemusnahan diatas muka bumi ini ?

Macam mana dunia ni nak aman jika di antara agama saling bermusuhan ? Penganut islam mendakwa agama dia adalah yang terbaik untuk manusia. Penganut islam juga mendakwa hanya agama dia yang boleh menyatu padukan seluruh manusia di atas muka bumi ini. Kenyataan ini sebenarnya menidakkan dan menafikan peranan dan sumbangan agama lain dalam mensejahterakan kehidupan manusia.

Mungkin juga kerana fahaman yang seperti ini telah menyebabkan agama lain tidak senang dengan agama islam. Kita tidak mendengar ada berbalahan diantara agama kristian dengan agama2 lain selain daripada islam. Pernahkah para penganut islam bermahasabah diri dengan bertanya " kenapa lain2 agama tidak senang dengan agama islam, apa yang tak kena dengan agama aku ? "

Saya rasa sudah sampai masanya untuk orang islam mencari jawapan supaya kemana saja orang islam pergi mereka di terima baik dan boleh hidup bahgia dalam masyarakat yang bukan agama islam.

Lihat di negara kita, 1 family cina boleh hidup dalam kampong melayu tanpa perlu menukar agamanya kepada agama islam. Begitu juga 1 family india boleh hidup dalam kampong melayu dengan mengamalkan ajaran agama hindunya. Mereka boleh bergaul dengan masyarakat melayu islam, boleh makan minum di rumah orang melayu islam, boleh menghadiri kenduri orang melayu islam.

Tetapi bolehkah 1 family melayu yang beragama islam hidup bahgia dalam masyarakat cina di negara cina sebagai mana yang dilalui oleh family cina dan india yang saya sebutkan diatas tadi ?
seman said…
Saudara zahirsyabin,

Cuba tuan buang prasangka dihati dan baca semula tulisan YB Khalid tersebut.

1. Beliau tidak membuat perbandingan diantara Kristian dulu dan sekarang; malah itu bukannya objektif kepada penulisan tersebut.

2. Persoalannya, adakah tuan berpendapat bahawa dengan menceritakan kehebatan Islam kepada bukan Islam, ia tidak membawa kesan positif kepada mereka. Oleh yang demikian, kita tidak perlu berdakwakwah kepada mereka kerana mereka ini sudah tidak mempunyai harapan?

3. Sekirannya jawapan tuan kepada persoalan (2) adalah Ya, maka adakah itu yang dianjurkan Nabi SAW? Bahawa hanya berdakwah kepada orang Islam semata dan biarkan golongan bukan Islam terus sesat?

Saya sebenarnya tidak menyalahkan tuan dalam perkara ini sekiranya beranggapan bahawa semua bukan Islam/Melayu di bumi Malaysia ini adalah musuh kita. Ini kerana perkara terebut telah ditanam secara tidak sedar oleh UMNO/BN sejak dari dulu lagi.

Hakikatnya, membenci golongan bukan Islam sepertimana hari ini, maka memang sukar untuk menzahirkan kehebatan Islam kepada mereka. Dengan itu kita bukan sahaja berlaku zalim, tetapi juga bertentangan dengan perkara yang dianjurkan oleh Nabi SAW kepada umatnya.
kekura said…
tuan,
saya harap jgnlah tuan terlupa utk dakwah org2 yg sedia islam ni sekali. jgnlah asyik nak "menzahirkan" kehebatan islam kepada nonmuslim saja. zahirkanlah juga kepada kami yg sedia muslim ni.

jgnlah terlalu tertumpu kpd dakwah kpd non-muslim. utamakan yg sedia muslim ni. ini lebih utama. ALLAH pernah menegur rasulullah ketika baginda menolak soalan dari seorang muslim berkali2 ketika baginda sedang berdakwah kpd non-muslim. ambillah iktibar.

jgnlah asal sebut jahil je, umno, sebut jahil je, umno. padahal umat islam yg ingin islam terlaksana sepenuhnya di malaysia pun masih ramai yg jahil juga.

mcmana anda nak dakwah nak sampai, asyik mengutuk umno je. saya misalkan umno sebagai bapak yg jahat. walaupun bapak seseorg tu jahat ttp anaknya baik, bila org kutuk si bapak, anaknya akan berkecil hati juga. alih2 dakwah tak sampai. dr ceramah dakwah jadi ceramah politik, padahal politik tu sebahagian kecil je dr islam. byk lagi aspek islam yg org melayu ni masih jahil. jgnlah hasilkn org melayu yg 'cerdik politik' tp masih jahil tentang islam. didiklah org islam ni apa kriteria pemimpin yg terbaik disisi islam. setelah itu biar mereka buat keputusan sendiri. kalau mereka masih ikut nafsu, itu bukan kuasa anda!!

org islam ni malah pengikut pas sendiri ada yg solatnya tak betul. cthnya masa sujud kaki tak jejak lantai, tp takde guru2 yg ingatkan mereka? yg mereka tahu isteri najib kuat berbelanja dan sekian haribulan ada perhimpunan bersih 2.1!

lg satu akhlak. rasulullah sendiri kata yg dia diutuskan utk menyempurnakan akhlak manusia.

jd macamana dgn akhlak kita sendiri, yg bila nak menegur bukan kepada tuan punya badan tp di blog dan press?
macamana dgn akhlak kita bila apabila timbul satu isu, kita marah org lain berpihak (akhbar melayu) kpd jais tp kita terus pula minta maaf kepada pastor tu, padahal kita dan akhbar melayu tu masing2 tak tahu lagi kisah yg sebenar.
macamana dgn akhlak kita kalau kita lebih bersangka baik dgn org kafir (geng damansara tu) drpd saudara semuslim kita (hasan ali, bos mais dll)? padahal tak rugi bersangka baik malah dpt pahala biarpun sangkaan baik kita tu salah.

sama2lah kita tambah ilmu. jgnlah hanya kerana kita sudah boleh memberi ceramah, kita tak pergi dengar kuliah org lain.
Johan bin Ramli said…
Kepada Kekura,
Orang yang beragama Islam wajib mempelajari serta mendalami dan kewajiban dirinya sebagai beragama Islam. Jika tidak maka berdosa. Itu sebab kena mengaji dengan orang yang tinggi ilmu agamanya.
Tetapi semua umat Islam wajib berdakwah (tak kira ada ilmu ke atau tidak) kepada umat bukan Islam bukan memaksa mereka itu memeluk agama Islam, hanya memberi harapan agar seruan kita umat Islam sama ada secara terus atau tidak (as simple as, I believe there is only A GOD that Is ALLAH, enough!) dapat memberi hidayah kepada mereka. Terpulanglah sama ada mereka hendak menganuti Islam atau pun tidak. Oleh itu kita umat Islam tidak boleh membenci kaum lain yang bukan Islam. Kita kenalah berinteraksi dengan mereka. Jika kita mendampingi mereka tetiba kita pula sama macam mereka, meminum arak contohnya, maka kita berdosalah. Kita hindari contohnya meminum arak dengan memberitahu kenapa (kenalah baca sejarah Islam) kepada orang yang kita dampingi. Jika orang Islam membuat salah, maka dirinya sendiri berdosa, tetapi jika orang kafir membuat perkara mungkar mungkin diri kita juga akan terlibat sama menerima padah, alasannya kenapa tidak kita bagi tahu kepada si kafir mengapa membuat sesuatu perkara itu tidak boleh dalam agama Islam. Jika si kafir menerima atau enggan menerima apa yang kita katakan maka terlaksanalah tugas kita sebagai umat Islam iaitu menyeru umat manusia mempercayai Islam. Wallahualam.
kekura said…
assalamualaikum,

saya benci musuh ALLAH.
kenapa?
pasal mereka musuh ALLAH. titik.
tapi,
saya tidak menzalimi mereka kerana itu yg ALLAH dan rasulullahNya larang.

"Jika orang Islam membuat salah, maka dirinya sendiri berdosa, tetapi jika orang kafir membuat perkara mungkar mungkin diri kita juga akan terlibat sama menerima padah, alasannya kenapa tidak kita bagi tahu kepada si kafir mengapa membuat sesuatu perkara itu tidak boleh dalam agama Islam. Jika si kafir menerima atau enggan menerima apa yang kita katakan maka terlaksanalah tugas kita sebagai umat Islam iaitu menyeru umat manusia mempercayai Islam."

saudara, bukankah pernyataan ini lebih cocok dgn hubungan sesama muslim? berkenaan dgn sebaik2 iman adalah menegur dgn perbuatan, selemah2 iman menegur dlm hati?

Popular posts from this blog

Berakhirnya Drama RUU 355?

Drama perlaksanaan sistem perundangan Islam yang mengambil bentuk usul persendirian YB Marang berhubung Akta 355 kelihatan menghampiri adegan penamatnya. Pada peringkat kesudahannya UMNO/BN kelihatan sebagai pihak yang meraih keuntungan terbesar dengan pembangkang berada dalam keadaan berpecah dan tidak bersepakat. Keutuhan Pakatan Rakyat yang telah mewarnai pilihan raya ke 13 pada 2013 sudah jelas hilang. Yang sepatutnya mengambil tempatnya, iaitu Pakatan Harapan, masih dalam keadaan sedikit terumbang-ambing, khususnya berhubung hubungan dengan PAS.

Tindakan UMNO/BN untuk mensasarkan PAS melalui isu perundangan Islam adalah satu ‘master-stroke’ yang tidak boleh dinafikan mana-mana pihak. Melaluinya bukan sahaja PR berpecah, namun ketidak-tentuan sikap terhadap PAS menyebabkan apa-apa tindakbalas untuk menyelamatkan keadaan menjadi tidak padu dan kurang bersungguh-sungguh. Kebergantungan terhadap PAS oleh pihak tertentu menyebabkan mereka tidak sanggup memutuskan hubungan dengan PAS s…

Video Parlimen: Melayu, Songkok dan Biadab?

Banyak yang telah diperkatakan berkenaan respon saya terhadap Pasir Salak di Parlimen awal minggu ini. Saya sertakan disini video perbalahan tersebut.



Dia mencarut dan mempermainkan nama keluarga Seputeh dan apabila ditegur terus berdegil. Kemudian dia terus mengejek Batu Kawan yang turut menegurnya. Sikap degil Pasir Salak mempertahankan akhlak buruk diri sendiri terpaksa saya hadapi dengan kata-kata keras sebegitu dan malangnya dibela pula oleh Speaker.

Harap saksikan dan nilai sendiri videonya secara keseluruhan dan jangan dirujuk satu lagi versi yang telah disunting melalui Blog BNBBC. Sudahlah akhlak tidak seberapa, cuba menipu pula?



WaLlahu 'Alam
KHALID SAMAD

Penjelasan atas Fitnah yang Disebar Kononnya Ahli Parlimen Shah Alam, YBKS 'Sembah Ayam'

1. PAS untuk sekian kali sudah bertukar menjadi parti fitnah dan maki hamun. Tiada selain memunafikkan, mengkafirkan atau dituduhnya syirik kepada orang lain termasuklah dalam gambar saat akhir video CNY yang dibuat DAP.



2. Perlu faham bahawa mengikut bahasa Cina, perkataan Na (itu) Ji (Ayam) yang kebetulan bunyinya sama macam Najib.

3. Video tersebut adalah berkaitan Kisah Ayam itu (Na Ji) yang jahat dan selalu merugikan tuannya.

4. Tuannya serah ayam itu kepada YB Teresa kerana sudah tidak mampu lagi membela ayam itu. Tiba-tiba semasa menerima ayam itu, ia terlepas lari, mereka semua mengejarnya dan berjaya ditangkapnya semula.

5. YBKS telah memasukkan ayam itu (na ji) dalam sangkar (penjara) dan ucap Selamat Tahun Baharu Cina.

6. Photo terakhir itu menunjukkan mereka semua mengucapkan Selamat Tahun Baru Cina pada Na Ji yang sudah berada dlm sangkar (penjara).


7. Tiada upacara atau scene sembahan di situ. Gong Xi Faa Chai yang disebut bukanlah penyembahan.

Seronokkah buat dan se…