Skip to main content

BERSIH 2.0: Di Antara Menghempuk dan Menjentik

DS Najib Abd Razak, selaku Perdana Menteri telah ditanya pemberita di London mengenai tindakan keras pihak Polis terhadap Perhimpunan Bersih tempoh hari. Beliau menjawab ianya tindakan yang ‘ringan’ yang bertujuan menjaga keselamatan Negara. Mereka yang ditahan, jelas beliau lagi, dibebaskan malam itu juga dan tiada yang ditahan lebih dari 12 jam.

Membaca jawapan beliau seperti di atas, ramai yang terus menuduh bahawa Najib adalah Perdana Menteri penipu. Hakikatnya kata mereka dan saya bersetuju dengan kenyataan ini, tindakan polis jauh lebih keras dari apa yang diperlukan. Kalau dalam Bahasa Inggeris ianya boleh dikatakan sebagai ‘disproportionate use of force’.

Namun demikian, walaupun saya bersetuju bahawa kenyataan Najib adalah tidak benar, secara peribadi saya merasakan bahawa yakin bahawa Najib tidak ‘menipu’. Baiklah, sebelum tuan-tuan semua marahkan saya, biar saya jelaskan. Untuk dikatakan menipu, ianya membawa erti bahawa beliau mengetahui dan memahami bahawa tindakan yang diambil sebenarnya adalah terlalu ganas dan lebih keras dari apa yang diperlukan. Beliau juga perlu memahami bahawa pihak polis, yang bertindak di bawah arahannya dan sepupunya, Hishamuddin, telah melakukan satu kesalahan kerana peranan polis adalah untuk menjaga dan bukannya memukul rakyat. Malangnya, saya merasa yakin Najib dan sepupunya tidak memahami perkara ini.

Apabila perkara asas sebegini tidak difahami dan kerajaan dianggap berhak untuk ‘menghempuk rakyat’ maka arahan supaya polis hanya ‘menjentik rakyat’ dianggap mereka sebagai satu arahan yang patut dihargai. Dan inilah apa yang ingin disampaikan kepada pemberita di London. Najib pasti hairan mengapa pihak pemberita tidak memahami dan menyanjung tindakan beliau. Bagi dirinya, tindakan yang diambil amat berkasihan-belas dan penyayang sifatnya!

Oleh itu, secara teknikalnya, beliau tidak ‘menipu’. Dan inilah masalahnya. Satu masalah yang jauh lebih besar apabila dibandingkan dengan masalah sekiranya sekadar menipu. Iaitu, beliau tidak faham bahawa sesebuah kerajaan bertanggungjawab untuk membela hak dan nasib rakyat, bukan menindasnya; bahawa rakyat mempunyai hak dan hak ini perlu dihormati; bahawa polis ditugaskan untuk menjaga hak rakyat, bukan memijak kepala rakyat. Perkara inilah yang tidak dapat difahami olehnya.

Sekiranya Najib faham apa yang dilakukan adalah salah, beliau akan merasa malu dan berusaha menutup kesalahan dirinya. Maka ada sedikit harapan bahawa beliau akan kesal dan berusaha untuk tidak melakukannya lagi. Tetapi, apabila beliau tidak faham bahawa apa yang dilakukan adalah salah, maka tindakan ini akan diteruskan lagi, malahan ditingkatkan lagi, sampai ke tahap yang dianggap beliau berhak bertindak, iaitu menghempuk rakyat, bukan sekadar menjentik.

Maka itulah sebabnya Najib, Hishamuddin dan keseluruhan kerajaan BN perlu ditukar.

SEMUA MENIPU KECUALI NAJIB?
Apabila berbincang berhubung isu menipu, selepas peristiwa BERSIH 2.0, amat jelas bahawa pihak media dan polis ingin menuduh semua yang terlibat dan cedera sebagai penipu. DS Anwar Ibrahim menipu apabila beliau dimasukkan ke hospital dan dipakaikan sokongan di lehernya serta terlentang di atas katil dan siap dipasang alat penafasan. Mungkin media dan polis menganggap semua berlakon termasuk para doktor dan jururawat di Hospital Pantai. Mungkin juga semua di situ adalah pelakon dan hospital Pantai adalah sebuah cawangan institusi Yahudi Nasrani tajaan bersama Hindu sedunia yang mendapat sokongan pertubuhan Komunis untuk menjatuhkan BN!

Begitu juga dengan saudara Mat Sabu, Timbalan Presiden PAS. Beliau menipu juga! Dan Hospital KPJ di Seksyen 20 Shah Alam juga sarang pelakon dan penipu di mana mereka berpura-pura membedah lutut Mat Sabu dan menghasilkan X-Ray palsu yang menunjukkan skru sepanjang 2 ½ inci dilututnya! Mungkin hospital tersebut juga merupakan sarang Yahudi Nasrani, Hindu dan Komunis antarabangsa yang mendapat pembiayaan dari pihak Amerika yang bersekongkol dengan golongan Wahabi!

Seorang lagi yang menipu semestinya saudara Fayat, pengawal peribadi DS Anwar Ibrahim yang remuk tulang pipinya dan retak batang hidungnya sehingga terpaksa dibedah dan diletakkan kepingan Titanium di pipinya. Di sini juga sudah pasti mereka akan berkata, Hospital telah dibayar pihak Yahudi Nasrani, Hindu serta Komunis sedunia dan mereka telah berkomplot untuk menjatuhkan BN!

Jangan lupa pula kepada saudara Sharwadi yang telah kejang dan sesak nafas sehingga terpitam serta pemuda yang sawan, patah kaki dan lain-lain yang kesemuanya pelakon tambahan upahan Yahudi Nasrani, Hindu dan Komunis!

Maka bertanya pula kita mengapakan Yahudi Nasrani, Hindu dan Komunis sedunia ingin menjatuhkan Najib? BN akan menjawab bahawa ianya adalah kerana beliau merupakan seorang pejuang Islam yang sejati! Sambil si Rosmah mengemaskan sanggulnya serta memasangkan gelang dan cincinnya setiap pagi dengan niat yang tulus ikhlas untuk memperjuangkan ummat Islam dan rakyat jelata, ulas mereka lagi!

Adakah mereka anggap rakyat bodoh? BN boleh terus berusaha memperbodohkan rakyat tetapi saya yakin rakyat tidak bodoh! Dan harinya semakin pantas menjelang tiba apabila kebijaksanaan rakyat Malaysia akan jelas terbukti!



GUGURNYA BAHARUDDIN SEBAGAI SEORANG SYUHADA INSYAALLAH
Kalau boleh, Al-Marhum Baharuddin pun BN ingin tuduh berlakon! Semuanya satu sandiwara pakatan pembangkang menurut mereka lagi. Sehingga hari ini tiada ucapan Takziyyah atau kekesalan dari pihak Polis atau BN. Mereka mahu letakkan kesilapan atas semua pihak kecuali mereka sendiri, tetapi rakyat tahu siapa yang bertanggungjawab diatas gugurnya allahyarham.

Yang paling tinggi daya imiginasi ialah tuduhan bahawa tulang rusuk Al-Marhum dipatahkan doktor yang melakukan CPR. Bibirnya berdarah dan giginya patah juga mungkin kesalahan doktor! Semua tidak pandai buat kerja, termasuk doktor. Lain kali kalau ada yang tenat dan memerlukan CPR, rakyat Malaysia dinasihatkan untuk jangan hantar ke doktor, hantar sahaja ke pihak polis!

Adakah mereka ingat rakyat benar-benar banggang?

RAHSIA KEGANASAN POLIS
Hakikatnya mereka semua yang di atas menjadi mangsa kezaliman politik BN. WALAUPUN POLIS YANG BERTINDAK SEDEMIKIAN, perlu diingat Polis telah diapi-apikan sehingga membenci rakyat yang turun secara damai dengan tuduhan pengkhianat, penderhaka dan perusuh. Tukang adu domba, tidak lain dan tidak bukan, adalah BN.

Sekiranya polis diberitahu, “rakyat ingin turun secara aman untuk berhimpun, menuntut sesuatu yang merupakan hak mereka iaitu pilihan raya bersih, sila jaga keselamatan mereka”, sudah pasti berbeza kesudahannya. Sudah pasti polis akan menjaga supaya semua berjalan dengan aman dan teratur dan tidak mengucar-kacirkan suasana dengan tembakan gas pemedih mata dan air berkimia.

Malangnya BN adalah batu api, tukang adu-domba yang ingin memperkudakan polis untuk kepentingan mereka. Maka apa yang terjadi telah pun terjadi.

Ada yang mengatakan, dalam perlembagaan, hak berhimpun secara aman dan tanpa senjata dijamin TETAPI Parlimen boleh melalui undang-undang mengenakan apa-apa sekatan ke atas hak tersebut. Dari ayat ini jelas bahawa sekatan tidak bertujuan untuk menghapuskan atau menafikan hak berhimpun. Hanya boleh dikenakan sekatan-sekatan tertentu melalui undang-undang seperti kena ikut arahan polis semasa berhimpun, ikut jalan ini dan itu, pada waktu ini hingga waktu itu dan sebagainya. Bukan menafikannya sama sekali!

Lagipun sekatan undang-undang adalah untuk bertujuan untuk menjaga ketenteraman awam, keselamatan Persekutuan dan mana-mana bahagiannya, BUKAN ketenteraman dan keselamatan BN! Tiada makna diberi hak yang dijamin Perlembagaan tetapi boleh dinafikan kembali sewenang-wenangnya oleh kerajaan yang memerintah.

Apa yang jelas BN dalam ketakutan. Dan orang yang takut akan melakukan kesilapan. Kesilapan akan menjadikan apa yang mereka takutkan menjadi satu kenyataan, insyaAllah.

WaLlahu 'Alam
KHALID SAMAD

Comments

Anonymous said…
yaaaa..go YB go, I'm fully with you. after 54 years it's time we get a new government otherwise we wouldn't know what wrongdoings they've done to the rakyat. tengok cam Selangor, bila PR naik barulah kita tahu apa 'kekotoran' yg disorok bawah karpet


mat jendul
tokgaru said…
Nasib Melayu

Dilaporkan dalam BH 27.7.2011, harga rumah di Balik Pulau RM500,000 dan keatas.

Mampukah melayu nak beli ? Yang mampu beli hanya orang cina saja. Kesannya, berlakulah penghijrahan orang2 cina ke Balik Pulau. Kalau dulu melayu majoriti tapi akhirnya melayu jadi minoriti.

Melayu hanya kerja nelayan dan petani sahaja. Tekanan hidup mungkin buat mereka pindah keluar ke Seberang Prai. So last sekali Balik Pulau boleh dekat cina.

Ini lah cara DAP menghalau melayu secara halus. Tapi berapa kerat sangat melayu yang nampak.

Sudara Khalid Samad mungkin nampak, tapi apakah penyokong Pas yang grass root nampak macam mana Khalid Samad nampak.
Yong said…
Masa BN memerintah harga rumah RM50,000 kah? Mei sini kat KL. BN memerintah (walaupun kalah). Berapa harga rumah?
Anonymous said…
Betul tu Yong.tokgaru ni ada buat kajian ke tak?bandingan rumah yag mana satu hrga RM500ribu tu?time BN dulu rumah jenis yg sama,tempat yg sama harganya RM200ribu ker..RM150ribu ker?meh tengok kat selangor.Kerajaan PR tgh buat rumah mampu-milik-selesa utk rakyat selangor (yg majaroti Melayu).dulu masa BN perintah, depa seronok buat rmh juta-juta utk anak bini sedara mara jer.tokgaru ni tau tak yg sblum ni ada ker melayu yg perintah P.Pinang tu?Yg Gerakan perintah tu org Melayu ker?Ada KM Gerakan dulu bagi bajet lebih dari RM27juta utk majlis agama islam P.Pinang?tokgaru, kita ni kalau tak suka pun cari lah hujjah yg bernas sikit.jgn nampak sgt bodoh nya kita ni.
tokgaru said…
Masih Kabur

Saya nak melontarkan isu siapa PM jika PR menang pada PRU 13 ?

Secara peribadi saya rasa kabur siapa yang akan jadi PM jika PR menang. Adakah wakil dari PKR, adakah wakil dari Pas, adakah wakil dari DAP ? Sehingga kini mereka PR tidak pernah buat kenyataan siapa PM jika mereka menang.

Rakyat khasnya orang melayu yang menyokong perjuangan Pas, nampak sangat bodohnya. Adakah pada mereka menjadi PM itu tak penting, yang penting PM Umno yang sekarang menerajui negara harus di halau dulu dari Putra Jaya. Dan selepas kerusi itu dah kosong baru nak fikir siapa yang akan ganti Najib.

Kalau begitu lah keadaannya, saya sependapat dengan mereka yang pilih Lim Kit Siang ganti Najib. Orang Pas tak ada asas yang kuat untuk membantah.

Pas nak bantah kerana Lim Kit Siang bukan seorang melayu .. adakah orang Pas selama ini rasa mereka orang melayu ?

Pas nak bantah kerana Lim Kit Siang bukan seorang islam .. ya memang Lim Kit Siang bukan orang islam, tapi dia tidak pernah menentang islam malah Lim Kit Siang merupakan penyokong kuat kepada perjuangan islam yang di bawa oleh Pas (hal ini di akui oleh Nik Aziz, Hadi Awang dan lain2 pemimpin Pas).

Pas nak bantah kerana Lim Kit Siang tidak boleh membawa kemajuan kepada negara .. bila2 masa saja Singapore bersedia menjadi guru kepada Malaysia jika Lim Kit Siang jadi PM.

Jika orang2 Pas tak bersetuju atau rasa was-was dengan Lim Kit Siang jadi PM menggantikan Najib .. lebih baik tinggalkan PR dan berjuang sendiri2 macam dulu2.
Anonymous said…
Salam. Celik mata luas-luas tuan-tuan. Cuba tanya pulok berapa harga minima rumah di WPI johor? Jom datang ke Danga Bay... Tuan-tuan..harganya jauh lebih tinggi dari Balik Pulau. Cina Malaysia pun tak mampu beli. Yang berebut beli ialah manusia berpassport Singapura, Taiwan dan Hong Kong.
tokgaru said…
Kita pun hairan.

Dalam blog yang riuh duk sokong bersih adalah bukan melayu. Tapi bila sampai time berarak, muka melayu yang banyak, yang kena gas dan kena balun banyak muka melayu saja.

Ada satu mat dia kata polis tak berlaku adil, orang melayu ditangkap, ditembak gas dan di balun, Sedangkan orang cina polis tengok saja, tak buat apa2 pun ?

Kalau dah cina dengan hindu tak turun berarak pun, apasal pulak polis nak pi tangkap depa.

Padan muka dengan orang melayu.
Anonymous said…
PM adalah penasihat Yang Dipertuan Agong. Justeru, PM mestilah seorang ahli parlimen yang beragama Islam. Sebabnya, YDPA adalah ketua agama negara Malaysia. Contoh di Perak. Majoriti DAP tapi MB PAS. Sebab MB adalah penasihat Sultan yang juga ketua agama.
tokgaru said…
KUALA LUMPUR, 29 Mei – Penganalisis politik tempatan, Profesor Emeritus Tan Sri Dr Khoo Kay Kim menganggap tindakan DAP yang mahu meletakkan calon Melayu mewakili parti mereka pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 akan datang adalah kerana tidak pernah percaya dan tidak yakin pada kemampuan Pas dan sekutunya dalam pakatan pembangkang.

.. tuhan nak tunjuk dekat kita. tuhan nak bagi kita sedar sebelum terlambat.
Anonymous said…
KAITAN BIOMETRIK IMIGRESEN & BIOMETRIK SPR. KONSPIRASI MENDAFTARKAN PENGUNDI ASING????

KAITAN BIOMETRIK IMIGRESEN & BIOMETRIK SPR. KONSPIRASI MENDAFTARKAN PENGUNDI ASING????

KAITAN BIOMETRIK IMIGRESEN & BIOMETRIK SPR. KONSPIRASI MENDAFTARKAN PENGUNDI ASING????

KAITAN BIOMETRIK IMIGRESEN & BIOMETRIK SPR. KONSPIRASI MENDAFTARKAN PENGUNDI ASING????

KAITAN BIOMETRIK IMIGRESEN & BIOMETRIK SPR. KONSPIRASI MENDAFTARKAN PENGUNDI ASING????

KAITAN BIOMETRIK IMIGRESEN & BIOMETRIK SPR. KONSPIRASI MENDAFTARKAN PENGUNDI ASING????

KAITAN BIOMETRIK IMIGRESEN & BIOMETRIK SPR. KONSPIRASI MENDAFTARKAN PENGUNDI ASING????

KAITAN BIOMETRIK IMIGRESEN & BIOMETRIK SPR. KONSPIRASI MENDAFTARKAN PENGUNDI ASING????

KAITAN BIOMETRIK IMIGRESEN & BIOMETRIK SPR. KONSPIRASI MENDAFTARKAN PENGUNDI ASING????

KAITAN BIOMETRIK IMIGRESEN & BIOMETRIK SPR. KONSPIRASI MENDAFTARKAN PENGUNDI ASING????

KAITAN BIOMETRIK IMIGRESEN & BIOMETRIK SPR. KONSPIRASI MENDAFTARKAN PENGUNDI ASING????

KAITAN BIOMETRIK IMIGRESEN & BIOMETRIK SPR. KONSPIRASI MENDAFTARKAN PENGUNDI ASING????
Lebai Daun said…
Dulu nak buat rumah RM500K di PP itu ada allocation nak juga buat rumah murah.

Sekarang ini di PP, allocation yg paling murah rm500K ke?

Di JB memang ada RM500K katas tapi ada juga allocation rumah murah. Saya rasa itu isunya yang sebenarnya
Anonymous said…
bagus lah polis menjentik aje, kalau kat negara Arab & Cina, dah tentu ada yang terkorban, syahid ikut kata ko.. Kalau kat US dan England, France dan di UK dah tentu berdarah dan dipukul macam binatang.Ini model negara demokrasi, beb

Syukurlah apa yang ada tu, polis telah bertindak dengan baiknya.
leekonu said…
Sunday, August 7, 2011
KRISIS AKIDAH : TIBA MASANYA SELURUH AHLI PAS KELUAR PARTI !
bulan ini bulan ramadhan.
ramadhan penghulu kepada segala bulan.
ini bulan rahmat.

sejarah sudah membuktikan tidak kira samada kita berada di dalam bulan ramadhan atau di bulan-bulan yang lain, percubaan puak kafirin dan munafikin dalam agenda mahu merosakkan islam tidak pernah padam.

perang badar, perang pertama dalam sejarah ketamadunan islam.

walaupun di saat umat islam sedang menyambut ramadhan, kafir tetap mahu melancarkan perang terhadap umat islam.

sejarah 1500 telah memberikan kita banyak pengajaran.

umat islam tidak mampu ditewaskan dengan perang dan senjata tetapi umat islam boleh dirosakkan dengan menyerang cara pemikiran dan akidah mereka.

3 hari lepas peristiwa 12 umat islam berada di dalam sesi usaha memurtadkan akidah telah berlangsung.

kalid gagap tanpa usul periksa terus memohon maaf kepada puak kristus tanpa meneliti kronologi dan laporan lengkap daripada JAIS.

pada masa yang sama hasan ali tetap mempertahankan tindakannya yang mahu menyelamatkan umat islam.

manusia paling sial bernama kalid gereja samad terus menyerang hasan ali tanpa usul periksa. kata kalid gereja samad, berada di dalam gereja tidak semestinya murtad !

kata-kata kalid gereja samad ini akhirnya dinafikan oleh salah seorang peserta tersebut.

salah seorang peserta tersebut mengakui mereka diberi bible bahasa melayu dan sebenarnya pada malam itu proses doktrinisasi kristus sedang dijalankan secara halus kepada 12 melayu di dalam gereja.
antara parti dan islam kita akan memilih islam.
antara hak dan bathil kita akan pertahankan hak.

kepada seluruh ahli pas di malaysia.

aku nak bagitu kamu politik itu ada batas dan garisannya.
apa yang berlaku hari ini sudah melanggar norma hak islam.

apa yang berlaku ini adalah siri kelangsungan kontroversi peristiwa natrah,siti aishah bukhari dll.

hari ini parti pas sudah jauh terpesong landasan perjuangannya.

bagaimana kalid gereja samad begitu konsisten mempertahankan roh perjuangan kristus adalah sesuatu aksi yang cukup sundal dan ia penyaksian politik ala binatang.

parti pas sudah terpesong .
pas sama agendanya dengan ayah pin.
pas sama agendanya dengan ajaran din ilahi.

AKU SERU SELURUH AHLI PAS AGAR SEGERA MENINGGALKAN PARTI SESAT INI !

selamatkan akidah kamu,isteri kamu,anak-anak kamu, saudara kamu ! keluar pas bermakna akidah islam kamu akhirnya terselamat !
Posted by GAP KEMBALI at 10:00 AM
Anonymous said…
cara Saudara menangani isu gereja sungguh mengecewakan.Harapkan pagar, pagar makan padi. Muhasabah lah diri banyak-banyak terutamanya bulan Ramadaan ini.
leekonu said…
Hassan Ali Masuk Peti Sejuk
Posted on August 7, 2011 by rmf7

Oleh rmf

Kita jenuh menanti mulut celupar Muslimah PAS , muslimut PAS dalam isu ini.. semuanya terku7nci mulut diorang untuk menyatakan pendirian. Mulut diorang kalau bab memaki mmg la no satu.

Dalam hal Gereja Khalid Samad dan Hassan Ali ni sepatah pun tak keluar dari mulut diorang. Ini la pejuang Islam PAS bukan Islam yang dibawa oleh Rasullulah. Memang dasar pejilat Ronnie Lie, teressa Cok.

Sumber >>Breaking News – Hassan Ali Mohon Maaf Isu Serbuan Di Gereja?
Gomo difahamkan hari ini DR Hassan Ali Exco Kerajaan negeri Selangor yang bersama sama JAIS menyerbu Gereja Methodist Damansara akan mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung kejadian serbuan di Gereja tempoh hari.

Kenyataan apa yang beliau akan keluarkan? Apakah kenyataan MAAF sepertimana yang berlaku dalam isu Rampasan Arak yang lepas yang mana atas desakan Pemimpin DAP maka PAS mengarahkan Hassan Ali memohon Maaf pada DAP dan MBS dipaksa memulangkan balik arak yang dirampas.

Apakah pekara Mohon MAAF akan kembali berulang ekoran kejadian di Gereja ini? Gomo berminat memtik kata kata Yb Zulkifli Nordin:

“Begitulah murahnya harga Islam sekarang. Dan semuanya kerana apa; kerana adanya para politikus kalkatus yang sanggup melacurkan agama mereka demi untuk mendapat sedikit kuasa dan habuan ke Putrajaya!”

“Hukum-hakam Islam dicemuh. Dan yang paling sedih, kawan-kawan Hasan Ali dalam Pas pun tak mampu pertahankan Islam, apatah lagi membela Hassan Ali.

“Tinggallah Hassan Ali terkonteng-konteng sorang-sorang berdepan dengan jentera kafir harbi dan sekutu mereka melanyak Hassan Ali dan Islam. Akhirnya Hassan Ali terpaksa bersalam bermaaf-maafan dengan kafir harbi Ronnie Liu”

benarlah sabda Rasulullah saw, diakhir zaman nanti, “kamu akan disuruh melakukan yang mungkar, dan ditegah melakukan yang ma’ruf”. Dan jika kamu berkeras mahu berpegang kepada Islam, “kamu akan menjadi terasing, dan kamu umpama memegang bara api yang membakar”.

“Lakukanlah hijrah keimanan, menyelamatkan aqidah kita. Candu politik kepartian sudah melanda Pas sehingga ramai yang terjerumus kelembah ketagihan tegar, menjadi kalkatu mengejar cahaya kekuasaan yang akan membinasakan diri sendiri.

“YB Datuk Hassan, tinggalkan politik kepartian, jadilah pejuang Islam yang tulin, berdasarkan wadah Al Quran dan Sunnah!”

Yb Zulkifli Nordin

Mulut pemimpin PAS telah dikunci rapat oleh DAP Kafir yang sememangnya mempunyai agenda besar menghancurkan Islam dan kenyataan oleh Hassan Ali hari ini akan memberikan jawapan kepada kita semua apakah masih ada pemimpin PAS yang berjuang demi Islam ataupun sudah semuanya ditelan oleh Api Neraka Jahanam bersama sama dengan DAP.
Anda pula bagaimana? Sokong tindakan Hassan Ali? Ataupun Menentang Tindakan Hassan Ali?

Sama sama kita nantikan apa kenyataan Rasmi Hassan Ali dalam pekara serbuan Gereja ini. Namun apa yang pasti DAP tetap menerajui Pakatan Rakyat dan atas faktor tersebut Melayu Islam didalam PAS dan PKR tidak mempunyai apa apa untuk dibanggakan.

Dalang utama adalah Dato Seri Anwar Bin Ibrahim!!!

Psssttt…Hassan Ali akan dikapankan oleh Nik Ajiz sepertimana Ustaz Nasaruddin

Filed under: Hassan Ali Masuk Peti Sejuk Tagged: | Hassan Ali Masuk Peti Sejuk
kem aman said…
tokgaru asyik khayal bende yang belum berlaku lagi... kalu nak tahu siapa PM dari PR, bagi lah PR menang Msia dulu..

jangan gelojoh sangat tokgaru wei... aku juga seru kat ko tinggalkan lah AMENO tu... sudah-sudah lah kene kelentong ngan program BTN... luaskan lagi mata lihat sekeliling...
Anonymous said…
assalamualaikum,
saya terbaca artikel sahabat tuan (wan ji) tentang isu gereja itu.
apa kata tuan yg berjawatan drpd sibuk bincang tentang BERSIH ni, beri tumpuan macamana nak selesaikan masalah2 yg dihadapi oleh jabatan agama ini. macamana nak lancarkan proses permohonan zakat dan bantuan, macamana nak bezakan permohonan yg benar dan yg bathil, lagi utama.
kurangkanlah ckp hal2 politik ni. banyak sangat ni.
Supar Yop said…
Bila saya baca pendirian YB Khalid Samad ( kena full karang terkena Khalid Ibrahim pulak) pasal serbuan JAIS di Gereja Methodist Damansara dan sebelum2nya pasal kristian dan gereja , saya ingat lebih baik YB masuk kristian sj.Tak guna jadi Islam tapi lebih kristian dari kristian..jadi munafik lagi tak guna.Lebih baik isytihar masuk kristian sj kerana semua orang dah tau pendirian YB.Saya amat yakin segala Jabatan Agama, JAKIM dan Mufti2 tidak akan bantah kerana mereka dah lama tahu pendirian YB.
Senang ceriter...
tokgaru said…
Kenapa kita islam dan kristian harus bermusuhan sedangkan kita berkongsi tuhan yang sama iaitu Allah.

Kenapa kita melayu Pas dan melayu Umno harus bermusuhan sedangkan kita berkongsi tuhan yang sama iaitu Allah.
tokgaru said…
Supar Yop

Teman sokong bila mike suruh Khalid masuk kristian saja. Pada teman kristian dengan islam nih beza tang cara sembahyang saja.

Orang islam sembah Allah. Orang kristian pun sembah Allah juga. Lebih kurang macam Syiah dengan Sunni jer.

Kalau dulu Allah ada dalam mesjid saja. Tapi sekarang dalam gereja pun dah ada Allah apa.
Anonymous said…
YB Khalid ni dari dulu aku perati memang mementingkan politik daripada islam,

Bye Bye Shah Alam
Ex Kristian said…
Tuhan dalam Islam adalah Allah yang tidak diperanakan dan tidak beranak. Tapi Tuhan dalam Kristian adalah Tuhan Anak, Tuhan Bapa dan Roh kudus dan ketiga tiga tuhan itu satu adanya (Mengikut ajaran Khatolik.Bagaimana ketiga tiga itu menjadi satu tanyalah oang Kristian. Tuhan anak itu adalah Jesus (Nabi Isa kata orang Islam) dan Tuhan Bapa itu adalah orang kristian kata Alah(orang kristian tak boleh sebut ALLAH melainkan Alah) dan roh kudus itu roh suci. Jadi di mana asas TOK GARU kata Tuhan orang Islam dengan Tuhan orang Kristian sama. Tuhan dalam Islam ALLAH yang maha satu tapi Tuhan dalam Kristian adalah tiga dalam satu (Trinity) dan ada anak iaitu Jesus. Sampai sekarang saya masih tak faham bagaimana tiga itu menjadi satu. Terbukti tuhan orang Islam dengan tuhan orang Kristian tidak sama.
adrin said…
Siapa kata Tuhan Islam dengan Tuhan Kistian sama. Apakah tok garu tak tahu atau pura pura tak tahu bahawa Tuhan Orang Islam adalah ALLAH yang maha satu tidak diperanakkan dan tidak beranak. Tapi Tuhan dalam Kristian adalah tiga dalam satu (Trinity) bagaimana tiga menjadi satu tanya orang Kristian. Jesus adalah anak tuhan. Tuhan dalam Islam tak beranak tapi Tuhan dalam Kristian beranak. Jadi di mana asas tok garu kata Tuhan dalam Islam dan Kristian adalah sama. Saya mualaf dah merasa agama dorang...
Supar Yop said…
Kpd Ex kristian dan adrin, eloklah orang2 mcm anda ni jawab isu ni. Dah memang sesuai pada masanya pun.

Kalau Islam keturunan mcm kami ni pandang mata sebelah pun tidak.

Kalau ada ramai lagi mcm anda semua elok semua serbu kat blog ni kasi jawapan.
Ex Kristian said…
Kenapa orang gereja beriya iya benar nak menggunakan kalimah ALLAH ? Jawapannya adalah agar orang Islam menyangka dan percaya bahawa Tuhan orang Islam adalah sama dengan Tuhan orang gereja. Maka mudahlah gereja membawa orang Islam masuk agama mereka. Saya biasa melihat gambar dan patung Jesus. Dan menurut ajaran gereja Jesus itu Tuhan atau Tuhan Anak. Maka jelaslah bahawa Tuhan orang gereja adalah berbentuk manusia yang makan dan minum serta pernah mati disalib (mati 3 hari kemudian hidup semula). Sedangkan ALLAH SWT tiada awal dan akhir serta tidak ada yang serupa dengannya di alam ciptaannya ini. Maka amat jelas umpama langit dengan bumi bahawa Tuhan orang Islam tidak sama dengan Tuhan orang gereja.
jo said…
Hang kena taubat khalid...
jo said…
Bodoh tak sape nak kong si tuhan dengan kamu kapior...Tuhan kami Allah yang Esa..Tidak beranak dan di peranakan..Dia Tuhan sekelian alam termasuk tuhan kepada orang kafir itu sendiri. tetapi kerana kekafiran mereka mereka tida mempercayainya. dan mempercayai triniti yg. mereka pon bukannya faham..
Ex Kristian said…
Menurut ajaran gereja tuhan itu terdiri dari Tuhan Bapa, Tuhan Anak dan Roh suci sebab itu lah orang gereja sering membaca 'In The Name of Father, Son and Holy Spirit' sebelum berbuat sesuatu. Maka kalaulah gereja dibenarkan menggunakan kalimah ALLAH maka tuhan mereka menjadi ALLAH BAPA, ALLAH ANAK dan ROH SUCI. Hasilnya dengan jelas terdapat 3 Allah. Bagaimana ketiga tiga Allah itu menjadi satu Allah tanya orang gereja. 1+1+1 sepatutnya 3 tapi menurut ajaran gereja 1+1+1= 1 fikirlah sendiri.Terang lagi bersuluh bahawa orang Islam dan orang gereja tidak berkongsi Tuhan. Orang Islam menyembah Allah SWT tapi orang gereja menyembah 3 Tuhan. Oleh itu wahai muslimin dan muslimat jangan salah faham apalagi tertipu jika orang gereja berkata bahawa Tuhan mereka juga adalah ALLAH maka Allah yang mereka maksudkan tersebut adalah Tuhan Bapa (Allah Bapa), Tuhan Anak (Allah Anak) dan Roh suci. SYIRIK...fikir fikirkan lah....
Anonymous said…
salam.
kita dah lihat bagimana rusuhan yg berlaku di London dan malaysia...!hakikat nya bila satu satu puak ini berkumpul ramai dan berarak ramai2....macam2 pekara munkin berlaku...jadi tindakan awal sgt lah penting demi keamanan pada yg tidak suka huruhara.Pada saya tindakan Mlaysia lagi bijak jika di bandingkan dgn England....kita semua dah lihat dan bandingkan....!tebang pokok senang je...tapi nak hidupkan pokok hingga berhasil sebenar nya sukar dan susah...!amin

Popular posts from this blog

Keadilan Saidina Umar Al-Khattab Terhadap Rumah Ibadah Agama Lain

Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengemukakan sebuah kisah dari zaman pemerintahan Saidina Umar Al-Khattab (r.a) untuk tatapan dan renungan tuan-tuan sekalian. Melalui pendedahan ini, adalah diharap sebahagian dari ummat Islam yang tidak memahami konsep keadilan Islam terhadap agama lain, akan sedikit sebanyak dapat memikirkan kembali sikap dan pendirian mereka itu. Kisah yang ingin dikemukakan adalah kisah Saidina Umar dan Kanisah (gereja) Al-Qiamah yang terletak di Quds. Kisah ini adalah petikan dari muka surat 114, kitab Itmam al-Wafa’ fi sirah al-Khulafa’ , tulisan as-Syeikh Muhammad bin al-Afifi al-Banjuri, Darul Ibnu Hazim. “Dan apabila masuknya Saidina Umar ke dalam kota, maka masuklah beliau ke dalam Kanisah (gereja) al-Qiamah, dan beliau duduk di ruang utama gereja tersebut . Setelah tiba waktu solat asar, maka berkata Saidina Umar kepada Patriach Kanisah tersebut, “Saya ingin mengerjakan solat.” Jawab Patriach: “Solat sahajalah di sini”. Tetapi Umar menolak cadangan

Video Tazkirah Ramadhan At-Taubah Ayat 31: Pendewaan Manusia

WaLlahu 'Alam   KHALID SAMAD

Kisah Raja Najashi

Semasa saya terlibat dalam usaha dakwah di UK satu ketika dahulu, kami mendapati bahawa ramai dari kalangan penganut Kristian tidak tahu bahawa Nabi Isa (AS) diiktiraf sebagai seorang Rasul oleh Islam. Begitu juga Nabi Ibrahim, Nabi Musa dan hampir kesemua para Nabi yang diiktiraf oleh agama Kristian turut diiktiraf oleh Islam. Kecuali kumpulan yang tidak diiktiraf Islam ialah ‘Nabi’ selepas Nabi Isa, termasuk penulis Bible yang digelar sebagai ‘Prophet’ oleh mereka. Apabila mereka didedahkan dengan maklumat ini, maka ianya boleh menyebabkan mereka ingin tahu apa yang dikatakan Al-Quran mengenai Nabi Isa dan menjadi satu titik tolak bagi mereka untuk mendampingi Al-Quran.