Skip to main content

Terpalit APCO, Umno berlagak bela Palestin

Hazayani Zakaria (HarakahDaily)

KUALA LUMPUR, 20 Jun: Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad mendakwa Umno BN bersungguh-sungguh ingin menonjolkan diri sebagai pembela rakyat Palestin kerana namanya dikaitkan dengan perunding Yahudi, Apco Worldwide.

Beliau berkata, demi kepentingan politik, Umno BN sanggup bersikap biadab dengan cuba mengambil alih kuasa daripada pihak penganjur program Lifeline4Gaza (LL4G).

"Pandangan saya dalam kes ini Umno oleh kerana dipalit dengan Apco (Worlwide), maka dia nak bersihkan nama, nak tunjukkan diri dia di pihak yang kononnya nak membela orang Palestin kerana satu Malaysia sudah tahu mereka melantik penasihat daripada Yahudi Zionis.

"Untuk nak tonjolkan diri mereka sebagai pembela Palestin sangup nak rampas kuasa pengajur LL4G," kata beliau pada sidang media di lobi Parlimen hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas laporan sebuah akhbar yang mendakwa beliau ingin menarik diri daripada menyertai Misi kemanusiaan International Freedom Flotilla ll kerana Mohamad Sabu.

Semalam, Khalid berkata beliau sedang mempertimbangann sama ada akan menyertai misi tersebut 26 Julai ini atau tidak memandangkan Umno BN cuba menguasai program tersebut.

Malah, nama Mohamad Sabu sebagai pemidato pada program LL4G Sabtu lalu digugurkan atas arahan pihak Jabatan Perdana Menter (JPM).

"Ada akhbar laporkan saya lemah semangat demi Mat Sabu. Saya nak beritahu, kita sebagai orang Islam tak buat kerja demi manusia tapi buat demi Allah.
"Saya kecewa sebab Umno seolah-olah merampas kuasa daripada NGO penganjur LL4G.

"NGO penganjur program jemput Perdana Menteri rasmi program dan Mat sabu mewakili Pakatan Pakyat untuk berucap.

"Tapi setiausaha Najib telefon kata kalau Mat Sabu berucap Najib tak akan datang, Aman Malaysia akan tarik diri dan kerajaan akan tarik bantuan untuk LL4G," katanya.

Ugutan ini kata Khalid sangat mengecewakan kerana Umno tidak ikhlas dalam membawa isu kemanusiaan.

"Saya kecewalah dengan sikap yang ditunjukkan Umno yang nak ambil kesempatan demi kepentingan politik, nak tonjolkan diri sebagai juara sedangkan ini program NGO dan kenalah hormat NGO yang jadi penganjur, bukan beri ugutan.

"Ini menunjukkan kepentingan politik itu tetap menjadi perkiraan utama mereka," katanya yang juga ahli jawatankuasa PAS Pusat.

Difahamkan, beberapa NGO Islam seperti Cakna Palestin akan menarik diri dari misi tersebut kerana kecewa dengan Umno BN.

Ihsan HarakahDaily
-Pejabat YB Khalid Samad-

Comments

Anonymous said…
itu baru nak pidato dgn Hj Mohamad Sabu dah kecut perut.x tau le kalau nak berdebat dgn ketua pembangkang.
Anonymous said…
PASpun sama, berlagak bela Palestin tetapi di Malaysia lemah bela Islam. Isu Kristian dan lain2 jadi mainan tunggangan DAP> PAS dan UMNO dua-dua tak boleh harap. Dua-dua orang politik. Ada sikit sebanyak pusing memusing seperti kebanyakan peguam-peguam.
Anonymous said…
kiamat dunia kalau UMNo nak berpidato ngan ahli pembangkang...
Anonymous said…
x habis2 dgn APCO
benda tu kan dh dijelaskan
dlm akhbar, dan dlm Parlimen lg
bahawa ia tiada kaitan
dan tidak relevan
adakah kamu ini org2 yg
disebut2 dlm Al-Quran
sbg "Pekak buta dan tuli"???

golongan kamu ni
hanya bermain dgn persepsi
fitnah dan mengadu domba

kalau arwah Fadzil Nor ada lg
PAS takkan jadi begini
Anonymous said…
Kuat betol aura Mat sabu ni..Najib siap main ugut2 lg.Mcm xikhlas je..
Anonymous said…
Sudahlah Khalid... Orang pengecut aje yang bagi bermacam-macam juta alasan untuk tidak membantu saudara seagama..
ammi ali said…
Malangnya nasib kawan kawan,macamana bangsa dan agama nak maju dan dihurmati, asyik bertekak saje !!!
Ada baik nya pergi dengar kuliah ilmu..banyak kelebihannya.
Isu Palestine tak payah lah kita sibuk sibuk,Student Palestine kat USM pun tak ada excited macam kau orang !!!

Popular posts from this blog

Keadilan Saidina Umar Al-Khattab Terhadap Rumah Ibadah Agama Lain

Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengemukakan sebuah kisah dari zaman pemerintahan Saidina Umar Al-Khattab (r.a) untuk tatapan dan renungan tuan-tuan sekalian. Melalui pendedahan ini, adalah diharap sebahagian dari ummat Islam yang tidak memahami konsep keadilan Islam terhadap agama lain, akan sedikit sebanyak dapat memikirkan kembali sikap dan pendirian mereka itu. Kisah yang ingin dikemukakan adalah kisah Saidina Umar dan Kanisah (gereja) Al-Qiamah yang terletak di Quds. Kisah ini adalah petikan dari muka surat 114, kitab Itmam al-Wafa’ fi sirah al-Khulafa’ , tulisan as-Syeikh Muhammad bin al-Afifi al-Banjuri, Darul Ibnu Hazim. “Dan apabila masuknya Saidina Umar ke dalam kota, maka masuklah beliau ke dalam Kanisah (gereja) al-Qiamah, dan beliau duduk di ruang utama gereja tersebut . Setelah tiba waktu solat asar, maka berkata Saidina Umar kepada Patriach Kanisah tersebut, “Saya ingin mengerjakan solat.” Jawab Patriach: “Solat sahajalah di sini”. Tetapi Umar menolak cadangan

Video Tazkirah Ramadhan At-Taubah Ayat 31: Pendewaan Manusia

WaLlahu 'Alam   KHALID SAMAD

Kisah Raja Najashi

Semasa saya terlibat dalam usaha dakwah di UK satu ketika dahulu, kami mendapati bahawa ramai dari kalangan penganut Kristian tidak tahu bahawa Nabi Isa (AS) diiktiraf sebagai seorang Rasul oleh Islam. Begitu juga Nabi Ibrahim, Nabi Musa dan hampir kesemua para Nabi yang diiktiraf oleh agama Kristian turut diiktiraf oleh Islam. Kecuali kumpulan yang tidak diiktiraf Islam ialah ‘Nabi’ selepas Nabi Isa, termasuk penulis Bible yang digelar sebagai ‘Prophet’ oleh mereka. Apabila mereka didedahkan dengan maklumat ini, maka ianya boleh menyebabkan mereka ingin tahu apa yang dikatakan Al-Quran mengenai Nabi Isa dan menjadi satu titik tolak bagi mereka untuk mendampingi Al-Quran.