Skip to main content

Rahsia Parti

Sejak saya memuatkan posting Yang Mencantas dan Yang Dicantas, ada yang bertanya dan menegur tentang mengapa perlunya saya menceritakan perjalanan mesyuarat perlantikan PJ Selangor? Tidakkah memadai dengan hanya memberitahu kesudahannya? Bukankah dengan menceritakan apa yang berlaku semasa mesyuarat maka dengan secara tidak langsungnya saya telah mendedahkan 'Rahsia Parti'?


Sebenarnya saya berasa hairan dengan sikap yang sebegini rupa. Mereka ini membaca tetapi tidak dapat memahami. Seolah-olah pemikiran dan hati mereka telah diselubungi kegelapan atau kebencian sehinggakan tidak dapat melihat pengajaran yang terkandung disebalik tulisan saya itu. Walaubagaimanapun, majoriti yang membaca kisah yang dipaparkan, jelas dapat melihat bagaimana proses perbincangan dan syura yang diamalkan di dalam PAS. Pandangan pimpinan tertinggi parti, setelah dibincang bersama telah dikemukakan untuk dibahas oleh AJK Pusat untuk mendapat kata sepakat. Semasa proses tersebut, tiada usaha untuk memaksa agar diterima sahaja pandangan pimpinan tetapi sebaliknya, ianya dibincang secara tertib dan terbuka.

Kedua, tiada juga usaha cantas mencantas dan tiada juga suasana berpuak-puak di mana satu kumpulan melawan satu kumpulan yang lain. Calon dikemukakan dan sebab mereka dicalonkan turut dibincang secara berhemah. Kebanyakkannya diterima, selepas diperjelaskan akan sebabnya. Tetapi ada juga yang ditukar apabila dikemukakan calon lain yang dianggap lebih sesuai. Apabila ada yang 'berkepentingan' secara langsung ataupun tidak langsung seperti dalam contoh yang telah dipaparkan, maka mereka ini diminta keluar. Tiada juga bantahan dan keghairahan untuk melobi untuk orang ini atau orang itu. Serta tiada juga budaya 'patuh secara membabi buta' serta kepimpinan ala 'diktator' dengan menyelewengkan takrifan wala'.

Saya menceritakan apa yang berlaku untuk menzahirkan proses dan sikap semasa bermesyuarat yang wujud di peringkat kepimpinan tertinggi PAS. Supaya ianya dicontohi disemua peringkat. Sikap keterbukaan Presiden serta Timbalan dan Naib Presiden untuk membincang cadangan mereka bersama AJK Pusat perlu diketahui dan dicontohi di semua peringkat. Janganlah menganggap cara kepimpinan Islam adalah ala diktator di atas alasan wala' yang tidak dapat difahami maksud yang sebenar atau di atas alasan "sami'na wa ata'na" yang sebenarnya bertujuan untuk menutup pintu perbincangan dan syura.

Dalam erti kata yang lain yang lebih mudah, kalau Presiden pun sanggup membincangkan pandangan beliau, takkanlah PJ, YDP dan Ketua Cawangan ingin menuntut ketaatan secara membabi buta tanpa dibincangkan?

Bagi yang menganggap semua yang berlaku semasa mesyuarat adalah rahsia, maka saya ingin bertanya. Kalau saya menceritakan kepada seseorang, "semasa mesyuarat tadi saya minum kopi bersama dua ketul karipap", adakah itu menjadi rahsia parti? Adakah apa yang dimakan dan minum semasa mesyuarat pun boleh menjadi rahsia parti? Hairan bin ajaiblah sekiranya dijawabnya "Ya!".

WaLlahu 'Alam
KHALID SAMAD

Comments

Anonymous said…
YB, biasa lah kekadang niat ikhlas kita untuk ia menjadi petunjuk mereka ingat ada mempunyai tujuan lain.
Percaya lah YB, asalkan kita ikhlas dan berjuang kerana ALLAH pasti kita berjaya Insya'ALLAH.
Teruskan pembaharuan dalam ketelusan berpolitik dan didik lah mereka yang masih berpikiran politik macam UMNO tu. Entah lah YB.....
rahsia tetap rahsia :-)






'Lubuk Emas' Terengganu dikhianati - Generasi muda dan generasi baru Terengganu adalah generasi paling bodoh dan tolol jika BN terus berkuasa..
>>>http://Facebook-1Malaysia.blogspot.com/<<<
>>>http://Blog1Malaysia.blogspot.com/<<<
cikgu tua said…
YB, nak tegur tentang ejaan: 1. walaubagaimanapun (yg betul: walau bagaimanapun), kebanyakkan (yb: kebanyakan).
Anonymous said…
sudahla kalid,
yg hari sabtu malam waktu muktamar tu sebab apa engko, husam, mariah, mahfuz dll bermesyuarat nak tukar itu dan ini???????
قال أبو هريرة رضي الله عنه: ما رأيت أحدا قط أكثر المشاورة لأصحابه من رسول الله صلى الله عليه وسلم.
maksudnya: dpd abu hurairah r.a berkata: aku tidak pernah melihat seseorang yang bnyk bermesyurat bersama sahabatnya selain dpd nabi s.a.w.

point saya:-
1- harap yb dpt semak blik adab2 mesyuarat dlm islam.
2- mana perkara yg perlu dirahsiakan dan mana yang tidak perlu.

persoalan terakhir yb tntg kopi dan karipap tu, mcm soalan bdk2.
Anonymous said…
Tn Hj Khalid,
Tepat sekali. Bukan semuanya rahsia. Banyak yg baik yang elok dikhabarkan. Dlm buku biografi Ustaz Fadzil oleh Hj Subky Latif pun banyak kisah pengalaman dlm mesyuarat yg bermanfaat. Cuma bab alasan Ust Halim tak kekal sbg Pengarah tu je yg tak patut dicatat. Tu je.
Jack Sparow said…
Tuan Abdrahman mohdtharin, kadang2 kita perlu cakap macam budak2 apabila bercakap dengan budak2. Tak gitu?
Hormat YB Khalid sebagai pemimpin... said…
abd rahman m tharin..

sdr, saya cabar meh balik malaysia bantu PAS lawan ameno ni..

sembang deras,tetiba nak perlecehkan pejuang macam YB Khalid yg siang malam duk lawan musuh ni...

takyah nak belagak pandai la..
czackPY said…
Begitulah bila ramai yang masih tak faham. Pengalaman saya penah dipecat oleh PJ bila cerita sebegini. Alasan juga sama membocor rahsia parti. Hairan bin ajaib
kpd saudara hrmat YB Khalid sbgai pemimpin:

saya skdr menegur, apakah itu salah? sdgkan yb khalid sndiri sngt terbuka dalam mnrima pndpt dan pndngn.

kita selaku pejuang islam, bekrja dimana sahaja, tk kira blik msia atau diluar negara..

makluman utk saudara, di mesir ni pun ada ameno, lagi dahsyat, berhujah guna quran, dalil2 islam demi pertahankan UMNO mereka.

adakah saya x dikira berjuang jika saya berada di mesir?

dimana bumi dipijak, disitu hukum ALLAH kita kene bangunkan.

saya skdr menyarankan YB supaya semak smula apa yg Nabi s.a.w ajar dalam menjalankn mesyuarat.

bukankah sumber utama kita adalah quran dan sunnah?

so, kita tidak boleh lekang dari kedua2 sumber tersebut dalam jalan perjuangan ini.

maaf jika pandangan saya kurang memuaskan pihak2 tertentu.

wasalam
Putra IJ80 said…
Hat dlm Kelabu crte wat apa kat org.

Kdg2x kita over sangat.,

Baik pada kita blum pasti baik pada org.
Anonymous said…
salam semua,

satu lagi YB, kenapa YB seburt 'bab cantas mencantas'..konsep wala'..adakah ianya berlaku dlm PAS sebelum ini spt yg nak digambarkan dlm penulisan itu?...

kalau tak ada kenapa nak sebut..benda tak ada..saya baca tulisan YB ,seolah2 benda tu berlaku..dan adakah patut ianya disebut?...
Anonymous said…
Salam,
sudah sudahlah tuan2, toksah dok brtengkar, cabar mencabar, tuduh menuduh atas prkara yg tak mendatangkan faedah.
Yg penting, fahamilah message yg YB Khalid nak sampaikan. Iaitu cara dan sikap keterbukaan pimpinan PAS dlm bersyura. Fahamilah!
Kalau beliau ada buat sedikit silap, maafkanlah. Itu perkara biasa bg kita, saya dan anda.
Semua tu bukan rahsia. Kalau musuh nak tiru cara kita bersyura, tirulah, sebab itu cara Islam, cara yg baik.
Pemikiran dan cara/approach baru YB Khalid patut dibenarkan, malah patut dihidupsuburkan dalam jemaah PAS. Kita perlukan mereka yg mantap dlm keilmuan haraki, amal jamai' dan siasah. Ulama tetap menjadi role model, pimpinan dan mengawalselia. Tapi kita perlukan orang2 yg mcm YB Khalid untuk mantapkan perjuangan dlm konteks siasah masakini. Itu penting, jika kita nak terus kedepan.
Wallahu'alam.
Ibnu Ali said…
Buat YB Khalid:

1. Kalau karipap tu diminta untuk rahsiakan pun kena rahsiakan. Jangan pelik plak.

2. Pertukaran sudah menjadikan satu "kehebohan", ditambah pula dengan apa yang sebut dengan tajuk yang mendatangkan kekeliruan.

3. Sebelum ni kan kecoh antara YB dan PJ sebelum ni. Saya tak rasa artikel tersebut tidak bermaksud apa2 bahkan dengan tajuk sedemikian rupa.

4. Kalaulah nak minta orang lain ambil ibrah atau pengajaran, tulis apa yang patut dengan tajuk yang bersesuaian. Tulis sirah Nabi dan kaitkan dengan pertukaran pun dah ok.

Wallahua'lam
Anonymous said…
Kebelakangan ini semakin menular budaya menceritakan isi mesyuarat di khalayak umum. Perbuatan tersebut dilakukan tanpa rasa segan silu dan bersalah dengan beralasan PAS perlu dilihat lutsinar. Apa yang pimpinan bincangkan, ahli biasa turut digesa untuk mengetahui. Bahkan apa yang amat malang, perbincangan mesyuarat tentang pro kontra seseorang menjawat jawatan tertentu pun dihebahkan di laman blog.

Apabila disebut sebagai Jama’ah Islam, PAS wajib mengamalkan disiplin gerakan Islam. Ini termasuk menjaga rahsia isi perbincangan mesyuarat. Apabila disebut mesyuarat pasti perbincangan tersebut berlegar sekitar perancangan misi, visi dan masalah. Semua perkara tersebut merupakan master key pihak musuh untuk membaca rentak strategi PAS.
Tiba-tiba ada pula YB yang teramat cerdik dengan rela hati sedekah maklumat tersebut ke pengetahuan umum. Lainlah 10-20 tahun akan datang, rahsia strategi tersebut telah bertukar menjadi sejarah untuk dipelajari oleh generasi mendatang.

Saya teringat apa yang dibincangkan di dalam buku ‘Ihzaru Al-Aids Al-Haraki’ (Hati-hati Dengan Penyakit Aids Gerakan) karangan Ustaz Fathi Yakan. Beliau menyebutkan beberapa penyakit aids yang tidak perlu wujud dalam sesebuah gerakan Islam ialah:

“Antara kesalahan di dalam lapangan kerja Islam apabila mempraktikkan ‘semua perkara yang diketahui perlu dihebahkan’. Dari sudut politik ia disebut ‘mentaliti vokal’. Penghidap penyakit ini akan berusaha menghebahkan segala plan perancangan jangka masa panjang dan pendek. Hal ini sangat kontra dengan praktik Nabi S.A.W”

YB yang menghidap penyakit aids haraki, akan merasa teruja dengan senarai rahsia yang dipegang. Bahkan tidak segan silu bercerita sehingga tabiat yang cacat ini dirasakan tidak bersalah. Untuk pengetahuan golongan seperti ini, kami ahli PAS yang telah ditarbiah tidak memerlukan pendedahan tersebut. Bahkan kami melihat perbuatan YB tidak ubah seperti tempayan yang tidak ditutup mulutnya. Bak kata Nabi S.A.W:
“Perang adalah tipu muslihat”
Think tank UMNO lebih bijak mengurus rahsia berbanding YB berpenyakit aids haraki seperti ini. Tidak pernah dijumpai mereka berbangga mendedahkan isi mesyuarat mereka. Tiba-tiba meledak onar hasil perbincangan mesyuarat mereka. Saya rasa mereka lebih memahami maksud hadith tersebut.

Tidak kiralah YB ingin menghabiskan sebakul karipap kegemaran YB dan mencicip setempayan air kopi di dalam mesyuarat, itu bukan persoalannya. Disiplin tetap disiplin. Amanah dengan mesyuarat itu yang kami tuntut. Usah rebakkan penyakit aids haraki dalam gerakan Islam yang bernama PAS. Perkara yang salah wajib ditegur. Agar ia tidak berulang. Inisiatif ini sedikit pun tidak melunturkan rasa hormat saya pada YB. Minta maaf YB ku:)

p/s: YB disyorkan untuk masuk tamrin.
Anonymous said…
Apabila disebut sebagai Jama’ah Islam, PAS wajib mengamalkan disiplin gerakan Islam. Ini termasuk menjaga rahsia isi perbincangan mesyuarat. Apabila disebut mesyuarat pasti perbincangan tersebut berlegar sekitar perancangan misi, visi dan masalah. Semua perkara tersebut merupakan master key pihak musuh untuk membaca rentak strategi PAS.
kaderan said…
wah! ada straight link ke blog YB dari tranungkite oleh puak2 yg sungguh kecewa dgn perubahan para perwakilan,bertambah kecewa apabila PJ2 baru juga buat perubahan di beberapa negeri terutama di trg dan sel.
mereka masih duduk dalam kelompok mereka dan syok sendiri
Anonymous said…
biarkanlah apa sahaja kerenah kebudak-budakan puak erdogan ni...tapi selepas Pas kalah teruk PRU 13 akan datang harap puak erdogan reti-retilah nak tarik diri dari barisan kepimpinan..
Hormat YB Khalid sebagai AJK PAS Pusat said…
Sdr.abdrahman tharin..
disebabkan tiada salah menegurlah maka saya menegur saudara.. so saudara pun jgnlah terkesima pulak..maaflah jika terasa..
saya sengaja suruh sdr balik Msia supaya nak sdr muhasabah diri sdr, siapalah saudara benbanding YB Khalid ni.. adakah sekadar berhadapan dgn puak2 ameno yg taraf kecik anak tu dah dikira hebat berbandong YB yg berhadapan terus dgn pemuka2 ameno yg berkuasa besar tu?? please cek diri tu..
salah besar sgt ke YB hingga taraf hingusan spt sdr ni sanggup menperlecehkan YB dikhalayak ramai di rumah YB (Blog YB) sendiri??
yg didedahkan YB bukanlah perkara2 bertaraf rahsia seperti strategi parti. Yg YB nak kongsi adalah stail PAS yg sgt Profesional dalam berorganisasi kepada umum.. salah ke??
dalam waktu rakyat sgt berminat dgn PAS ni, adalah tak salah sangat jika YB begitau hanya sekelumit hint kepada umum ttg bagaimana telus dan pro nya pimpinan PAS berorganisasi.. secara tak langsung rakyat nampak betapa hebatnya PAS dan insya-Allah keyakinan mereka akan bertambah untuk memberi peluang kepada PAS memerintah Malaysia ni..
saya nampak sdr ni memang dah lama berdendam dgn YB ni, so bila ada isu2 macam saja nak besar2kan macam YB ni bengap sangat tak reti disiplin parti..
please check yourself before need to sound somebody!!!
tq.. maaf jika terkesima...
Anonymous said…
wah! mereka2 siap mahukan pas kalah teruk GE13,memang taksub puak2 ini sehingga sanggup biarkan jemaah islam kalah.teruk betul, di caw saya ada sorang dua perangai macam ini.

Popular posts from this blog

Keadilan Saidina Umar Al-Khattab Terhadap Rumah Ibadah Agama Lain

Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengemukakan sebuah kisah dari zaman pemerintahan Saidina Umar Al-Khattab (r.a) untuk tatapan dan renungan tuan-tuan sekalian. Melalui pendedahan ini, adalah diharap sebahagian dari ummat Islam yang tidak memahami konsep keadilan Islam terhadap agama lain, akan sedikit sebanyak dapat memikirkan kembali sikap dan pendirian mereka itu. Kisah yang ingin dikemukakan adalah kisah Saidina Umar dan Kanisah (gereja) Al-Qiamah yang terletak di Quds. Kisah ini adalah petikan dari muka surat 114, kitab Itmam al-Wafa’ fi sirah al-Khulafa’ , tulisan as-Syeikh Muhammad bin al-Afifi al-Banjuri, Darul Ibnu Hazim. “Dan apabila masuknya Saidina Umar ke dalam kota, maka masuklah beliau ke dalam Kanisah (gereja) al-Qiamah, dan beliau duduk di ruang utama gereja tersebut . Setelah tiba waktu solat asar, maka berkata Saidina Umar kepada Patriach Kanisah tersebut, “Saya ingin mengerjakan solat.” Jawab Patriach: “Solat sahajalah di sini”. Tetapi Umar menolak cadangan

Video Tazkirah Ramadhan At-Taubah Ayat 31: Pendewaan Manusia

WaLlahu 'Alam   KHALID SAMAD

Kisah Raja Najashi

Semasa saya terlibat dalam usaha dakwah di UK satu ketika dahulu, kami mendapati bahawa ramai dari kalangan penganut Kristian tidak tahu bahawa Nabi Isa (AS) diiktiraf sebagai seorang Rasul oleh Islam. Begitu juga Nabi Ibrahim, Nabi Musa dan hampir kesemua para Nabi yang diiktiraf oleh agama Kristian turut diiktiraf oleh Islam. Kecuali kumpulan yang tidak diiktiraf Islam ialah ‘Nabi’ selepas Nabi Isa, termasuk penulis Bible yang digelar sebagai ‘Prophet’ oleh mereka. Apabila mereka didedahkan dengan maklumat ini, maka ianya boleh menyebabkan mereka ingin tahu apa yang dikatakan Al-Quran mengenai Nabi Isa dan menjadi satu titik tolak bagi mereka untuk mendampingi Al-Quran.