Skip to main content

Muktamar PAS Tahun 2011 – Pemilihan

Ada yang bertanya saya berhubung pemilihan yang akan diadakan semasa Muktamar tahun ini. Mereka bertanya, “atas dasar apa perlu kami memilih dan siapa patut kami sokong?” Saya menjawab secara umum, “pilih yang boleh menunaikan tanggungjawab yang datang bersama jawatan tersebut”.

Seperti yang sering diingatkan, jawatan adalah tanggungjawab dan bukan penghormatan. Atau dalam istilah yang digunakan Ketua Pemuda PAS Pusat, ‘takhlif laa tasyrif’. Ini bermakna, kita pilih seseorang itu dengan tujuan utama supaya dia memainkan sesuatu peranan, bukan sebagai pengiktirafan terhadap kehebatan dirinya. Ini adalah lebih-lebih lagi sekiranya jawatan tersebut bersifat ‘eksekutif’ atau untuk ‘execute’ iaitu melaksanakan sesuatu tugas atau peranan.

Dalam PAS, semua jawatan AJK PAS Pusat adalah bersifat ‘executive’. Mungkin itu sebabnya ianya disebut sebagai Jawatankuasa KERJA PAS Pusat. Penekanan diberi kepada perkataan KERJA! Maknanya, seseorang yang dipilih untuk menyandang mana-mana jawatan dipilih kerana dipercayai dia boleh membuat kerja yang perlu dibuat oleh seseorang yang menyandang jawatan tersebut. Sekiranya kemudiannya dia didapati tidak mampu atau tidak sesuai untuk kerja berkenaan, maka dia boleh ditukar.

Ini sebenarnya semangat disebalik kata-kata ‘takhlif laa tasyrif’. Sekiranya atas dasar penghormatan, atau ‘tasyrif’, ianya penganugerahan atas sebab kehebatan seseorang dalam bidang tertentu. Maka anugerah itu adalah atas sebab apa yang telah dan sedang dilakukan dan ianya tidak menuntut sesuatu prestasi atau perlaksanaan selain dari apa yang telah dicapai. Sebagai contoh, tokoh perniagaan untuk tahun 2011 adalah berdasarkan pencapaian seseorang peniaga pada tahun berkenaan dan walau apa sekalipun yang berlaku selepas itu, beliau yang dianugerah tokoh perniagaan 2011 tetap merupakan tokoh pada tahun tersebut, walaupun pada 2015 katakan, dia bankrupt! Dalam erti kata lain penganugerahan itu tidak mewajibkan beliau melakukan sesuatu, termasuk meneruskan prestasi cemerlang dalam perniagaan beliau.

Pemilihan atas dasar ‘takhlif’ pula mengambil kira kerja yang perlu dilakukan dan orang yang dianggap paling mampu untuk melakukannya. Oleh itu, dua aspek penting perlu diambil kira semasa membuat pilihan. Yang pertama kerja atau tanggung jawabnya dan yang kedua kemampuan calon-calon yang dicadangkan.

Dalam soal kerja untuk setiap jawatan, ianya dijelaskan secara umum di dalam perlembagaan. Sebagai contohnya, kerja atau tanggung jawab Presiden dinyatakan dengan jelas sebagai 5 tugas utama, iaitu, secara ringkas:

  1. Melaksana pentadbiran, gerakan dan kegiatan PAS bagi mencapai tujuan-tujuan yang termaktub dalam Perlembagaan
  2. Bertanggung jawab atas semua kerja dan urusan Jawatankuasa Kerja PAS Pusat serta menyelaraskan tugas-tugas JK PAS Pusat
  3. Melantik SUA, Penolong SUA, Bendahari dan lain-lain di dalam dan dengan persetujuan mesyuarat JK PAS Pusat.
  4. Mengambil apa-apa jua langkah demi menjamin perpaduan, persefahaman dan kesungguhan Ahli-ahli JK PAS Pusat dalam menjalankan tugas masing-masing
  5. Menetap dan mempengerusikan mesyuarat-mesyuarat JK PAS Pusat dan Jk Harian PAS Pusat.
Adalah jelas dari yang di atas bahawa jawatan Presiden menuntut peranan tertentu dan bukan sekadar anugerah atas kehebatan atau ketokohan seseorang. Ianya adalah jawatan yang bersifat eksekutif atau untuk membuat kerja tertentu.

Begitu juga semua jawatan yang terdapat di dalam JK PAS Pusat!

Setelah dipilih maka prestasi mereka yang dipilih dipantau selama tempoh dua tahun dan sepanjang tempoh itu, apa-apa kekurangan dan kelebihan perlu disuarakan dengan ikhlas dan terbuka dalam muktamar tahunan atau apa-apa program muhasabah parti yang diadakan. Teguran dan kritikan ini tidak wajar dianggap sebagai bersifat tidak hormat atau tidak wala’ kerana seperti yang dijelaskan, mereka dipilih untuk melaksanakan sesuatu tugas, bukan sebagai penganugerahan sesuatu penghormatan atau darjat. Maka sekiranya perwakilan beranggapan tugas tersebut tidak dilaksanakan dengan baik oleh mana-mana pemimpin, maka perwakilan berhak untuk menegurnya.

Sekiranya selepas segala teguran dan nasihat, prestasi tidak berubah atau tidak mampu ditingkatkan, maka pada Muktamar tahun kedua, pejawat-pejawat yang tidak menyerlah dan tidak berprestasi baik boleh ditukar. Pengguguran dari jawatan tidak bererti seseorang itu tidak baik, tidak mantap imannya atau kurang ‘alim, tetapi hanya bererti bahawa dia tidak sesuai untuk jawatan berkenaan.

Inilah sebabnya mengapa pilihan tidak wajar dilakukan semata-mata atas dasar menghormati ketokohan seseorang tanpa mengambil kira kemampuannya untuk memainkan peranan seperti yang diperlukan bagi jawatan tersebut. Sekiranya dia tidak berprestasi dengan baik, maka dia tidak akan ditukar atau ditegur disebabkan dia dipilih atas sebab ketokohan tertentu yang tetap dimilikkinya. Ketokohan seorang pemidato, ulama’, professional atau penulis tidak hilang di atas sebab dia bukan seorang pelaksana (executive) yang baik. Ketokohan tersebut tetap kekal pada dirinya tetapi dia tidak merupakan orang yang sesuai untuk jawatan pelaksana yang diinginkan dan diperlukan parti.

Orang yang dipilih dibebankan dengan tanggungjawab yang berat dan oleh itu, tidak wajar kita menzalimi seseorang yang kita tahu tidak mampu tetapi oleh kerana suka dan hormat, kita meletakkan tanggungjawab tersebut ke atas bahunya. Itu bukan ‘suka’ atau ‘hormat’ pada seseorang. Sebaliknya ianya sesuatu penganiayaan. Namun, lebih zalim lagi, setelah kita membebannya dengan tanggungjawab sebegitu berat, kita tidak pula membantunya.

Oleh itu saya menyeru kepada semua yang akan ke Muktamar PAS tahun ini untuk memahami apa yang kita lakukan semasa kita membuat pilihan. Semoga pilihan itu adalah yang terbaik bagi jawatan berkenaan dengan kita memberikan amanah itu kepada yang ahli padanya atau yang mampu melaksanakannya. Kedua saya menyeru semua untuk menerima keputusan Muktamar dengan hati terbuka dan siapa sahaja yang terpilih, mereka hendaklah diberi sokongan yang padu dan tidak berbelah-bagi. Namun sekiranya walaupun dengan sokongan ini ada yang gagal menunjukkan prestasi yang diinginkan, maka ditukarnya selepas 2 tahun!

Selamat bermesyuarat Agung Tahunan dan seterusnya bermuktamar.

WaLlahu 'Alam
KHALID SAMAD

Comments

anba said…
Dear Yb.....your wisdom in this matter is just great.....you are an example of god gift to Malaysia....anba
mohd said…
well said my friend
Anonymous said…
pandai juga YB cakap.
cuma yg pentingnya saya tak akan undi dan saya harap perwakilan PAS yg lain juga tidak akan mengundi YB sbg AJK PAS pusat...kerana YB tidak boleh buat kerja...YB hanya pandai cakap, pandai komen, pandai bangkang, pandai kata kat orang dll
Kalau YB duduk dlm AJK PAS pusat, nescaya ianya akan jadi tempat bermujadalah shj..
Akhlak dan adab YB tak sesuai utk kedudukan tersebut.
Saya masih mengharapkan perjuangan PAS seperti dahulu, perjuangan yang jelas untuk diperjuangkan...tetapi kini setelah Nik Aziz menjadi penentu, dasar perjuangan PAS telah tersasar jauh....!
Berdirilah PAS dengan bermaruah tanpa PKR dan DAP terutamanya, janganlah diperbodohkan oleh mereka...! kembalilah pada perjuangan asal semoga kita rakyat Malaysia dapat keberkatan daripada perjuangan PAS.
Kembalilah kepada perjuangan asal....sebuah negara Islam yang berdaulat!
Abu Razeen 2 said…
presiden : TGHH
T.presiden : husam
N. Presiden : u.nasa mat isa
N. Presiden : t. Ibrahim t. Man
N. Presiiden : mahfuz
Ketua pemuda : u.nik abduh
Ketua muslimat : ust nuridah

Dilantik:
Mursyidul am : TGNA
S/u agong : salahuddin
p/Jaya S'ngor : hasan ali

P/jaya perak-: nizar

Team tandzim rabbani saya.
Anonymous said…
kenape la saya tak boleh untuk tidak bersetuju dengan YB Khalid.....hujah yang dilontarkan memukau.mantap...i like
Anonymous said…
Salaam,

Bagus komen YB. Kena pilih orang yang buat kerja dan bukannya sekadar pilih orang yang sokong kita. Oleh itu teori yang dikemukakan oleh YB adalah tepat dan ianya patut YB muhasabah diri YB sendiri dengan apa yang YB buat di Shah Alam. Apa YB buat apabila..

1. Lebih 10 cawangan dalam kawasan YB tak bergerak dan mampu untuk mengadakan mesyuarat agong.

2. Kantong PAS kawasan cum rm ????

3. Minit mesyuarat agong pas kawasan pun dengarnya tak dihantar ke ROS yang memungkinkan pendaftaran pas kawasan boleh dibatalkan.

4. Menarik balik usul dewan muslimat PAS Kawasan yang telah diluluskan dengan mengatasi kuasa perwakilan kawasan.

5. Beberapa cawangan yang aktif yang tidak mencalonkan YB sebagai YDP kawasan Shah Alam.

6. Seringkali melanggar keputusan mesyuarat sepertimana yang berlaku baru-baru ini dalm isu temuramah dengan RTM.

Cakap boleh lah YB. Jangan jadi tin kosong. Sebelum menang Shah Alam janji nak pindah ke Shah Alam. Tapi dah menang duduk lagi di PJ.

7. Cakap dalam mesyuarat lain dan bila diluar lain pula jadinya.



Fikirkanlah YB ....
Anonymous said…
PAS Baru PAS Segar PAS Agresif

*Mursyidul Am :
Tuan Guru Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man
*Timbalan Mursyidul Am :
Ustaz Dr. Hamzah Jaafar

*Presiden :
YB Dato Husam Musa
*Timbalan Presiden :
YB Dato Seri Ir. Nizar Jamaludin
*Naib Presiden 1 :
YB Salehuddin Ayub
*Naib Presiden 2 :
YB Dr. Mujahid Yusuf Rawa
*Naib Presiden 3 :
YB Dr. Syed Azman

*Setiausaha Agung :
YB Dr. Dzulkifli Ahmad
*Bendahari Agung :
YB Dr. Hatta
*Ketua Penerangan :
YB Khalid Samad
*Pengarah Pilihanraya
YB Mohamad Sabu

*Pesuruhjaya PAS Perak :
YB Dato Seri Ir. Nizar Jamaludin
*Pesuruhjaya PAS Selangor :
YB Khalid Samad
*Pesuruhjaya PAS Terengganu :
YB Dr. Syed Azman
*Pesuruhjaya PAS Johor :
YB Salehuddin Ayub
Pak Jabit said…
Anon 6 Mei 9:46,

lu pun same. borak lebih tp takde telor.
tunjukkan identiti lu la. setakat pakai Anon, Hisham aww pun berani baling batu sembunyi tangan. tunjuk identiti dan berdepan dgn YB.

kalau lu ahli Pas, ikut saluran parti. ape kes menyalak dlm blog? dlm mesyuarat tido, bila tak puas hati menyalak kat internet.

berbahas dlm mesyuarat. once mesyuarat dah sebulat suara bersepakat secara syuro, ikut saje la. tu namanya adab berjemaah, sengal.

kalau semua ahli macam lu, rosak parti bang..

p/s : dlm byk2 isu rakyat dan negara, isu pindah rumah yg lu amik port. wakakaka.. mentaliti low class!
Anonymous said…
To Anonymous dari Shah Alam yg mengrariskan 7 perkara; sebaiknya memperkenalkan diri dengan lebih beradab agar tidak terus menolak seseorang hanya disebabkan apa yg saudara tidak suka. Cara saudara tidak ubah seperti seoarng yg suka menfitnah dan mengdu domba, dan bukan kaedah islam menyelesaikan masalah.

Silakan saudara berhubung terus dgn penulis artikel tanpa menulis tanpa nama utk rujukan.
Seksyen 9 said…
Biasalah tu YB, orang dah tak ada hujah, isu pindah rumah pun nak dipersoalkan...
ummu- ubaid.blogspot.com said…
asalamualikom...hidup mesti berprinsip dan ada identiti sendiri..jgn jadi pengikut kpd pengikut2nya...nabi & khalifah arrasyidin pun bolih ditegur ,inikan pula pemimpin gerakan Islam...Selangor yg teramat perlu menukar PJ. Perak biar dulu Ust Abu Bakar,DS Nizar lebih sesuai jadi ketua penerangan Pusat..beri dia pengelaman peringkat demi peringkat,jgn naik mendadak..perbezaan pendapat adalah perkara biasa cuma yg pokoknya mesti sebulat suara...
greenbottle said…
Saya sentiasa berasa kagum dengan kewarasn dan ketajaman fikiran YB Khalid.

Saya doakan semoga banyak lagi ahli PAS yang mempunyai mind yang kritis dan tajam seperti sdr Khalid.

Saya fikir salah satu sebab mengapa PAS nampak sangat tenggelam dalam PR ia lah kerana kurang nya karisama dan ketajaman fikiran pemimpin atasan untuk menangkis apalagi untuk proaktif menyerang pihak lawan.

ini kerana mentaliti PAS yang sentiasa 'ikut ketua' dan takut atau merasakan mengeluarkan 'independant thoughts' sebagai satu perkara negatif.

suasana memekung 'free thoughts' begini menjadi penyebab mengapa PAS tidak di lihat progressif dan beku.

Orang yang boleh buat kerja ada lah satu perkara, tetapi yang jauh lebih penting ia lah mencari pemimpin yang bervisi jauh, well read, politically savvy dan tidak jumud atau mempunyai minda yang beku.

oleh itu amat malang sekali kerana ahli2 PAS tidak dapat melihat kehebatan YB Khalid dan mencalonkan beliu ke peringkat lebih tinggi.

kalau ikutkan saya, saya akan calunkan YB sebagai salah seorang naib presiden.
PAS akan jadi hebat kalau

*Mursyidul Am :
Tuan Guru Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man
*Timbalan Mursyidul Am :
Ustaz Dr. Hamzah Jaafar

*Presiden :
tuan guru haji hadi
*Timbalan Presiden :
bang mohamad sabu
*Naib Presiden 1 :
YB Salehuddin Ayub
*Naib Presiden 2 :
YB Dr. Mujahid Yusuf Rawa
*Naib Presiden 3 :
YB Dr. Syed Azman

*Setiausaha Agung :
YB Dr. Dzulkifli Ahmad
*Bendahari Agung :
YB Dr. Hatta
*Ketua Penerangan :
YB Khalid Samad
*Pengarah Pilihanraya
mustafa ali
Salaam to all Mukmin...

I am amazed at the extent of infiltration by the SB in PAS grassroots' forum....

To YB Khalid, be steadfast & just ignore those SBs masquerading as all sorts of beings, a PAS member, an UMNO diehard etc...

Salam perjuangan
Mullah TTDI said…
Salam YB Khalid Samad dan para pembaca sekalian

Saya menyokong komen Anon 6 Mei 9:46 yang bernas dan kena pada masanya. Sekarang, perjuangan PAS adalah jauh tersasar. Bukan Negara Islam yang hendak didirikan, tetapi Negara Islam versi Anwar Ibrahim dan Karpal Singh yang hendak diutarakan kepada rakyat Malaysia. Memang benar kerajaan BN /UMNO zalim, tetapi kerajaan Pakatan Rakyat pun sama zalimnya dengan Kerajaan BN. Cubalah dengar rintihan penduduk Melayu /Islam di Pulau Pinang dan di Ampang, yang terus dihimpit dengan pelbagai kekangan oleh kerajaan Pakatan Rakyat. Bertaubatlah wahai YB Khalid....Ini bukannya Tahalul Siasi, tetapi Tahalul Karpal Singh...

Popular posts from this blog

Keadilan Saidina Umar Al-Khattab Terhadap Rumah Ibadah Agama Lain

Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengemukakan sebuah kisah dari zaman pemerintahan Saidina Umar Al-Khattab (r.a) untuk tatapan dan renungan tuan-tuan sekalian. Melalui pendedahan ini, adalah diharap sebahagian dari ummat Islam yang tidak memahami konsep keadilan Islam terhadap agama lain, akan sedikit sebanyak dapat memikirkan kembali sikap dan pendirian mereka itu. Kisah yang ingin dikemukakan adalah kisah Saidina Umar dan Kanisah (gereja) Al-Qiamah yang terletak di Quds. Kisah ini adalah petikan dari muka surat 114, kitab Itmam al-Wafa’ fi sirah al-Khulafa’ , tulisan as-Syeikh Muhammad bin al-Afifi al-Banjuri, Darul Ibnu Hazim. “Dan apabila masuknya Saidina Umar ke dalam kota, maka masuklah beliau ke dalam Kanisah (gereja) al-Qiamah, dan beliau duduk di ruang utama gereja tersebut . Setelah tiba waktu solat asar, maka berkata Saidina Umar kepada Patriach Kanisah tersebut, “Saya ingin mengerjakan solat.” Jawab Patriach: “Solat sahajalah di sini”. Tetapi Umar menolak cadangan

Video Tazkirah Ramadhan At-Taubah Ayat 31: Pendewaan Manusia

WaLlahu 'Alam   KHALID SAMAD

Kisah Raja Najashi

Semasa saya terlibat dalam usaha dakwah di UK satu ketika dahulu, kami mendapati bahawa ramai dari kalangan penganut Kristian tidak tahu bahawa Nabi Isa (AS) diiktiraf sebagai seorang Rasul oleh Islam. Begitu juga Nabi Ibrahim, Nabi Musa dan hampir kesemua para Nabi yang diiktiraf oleh agama Kristian turut diiktiraf oleh Islam. Kecuali kumpulan yang tidak diiktiraf Islam ialah ‘Nabi’ selepas Nabi Isa, termasuk penulis Bible yang digelar sebagai ‘Prophet’ oleh mereka. Apabila mereka didedahkan dengan maklumat ini, maka ianya boleh menyebabkan mereka ingin tahu apa yang dikatakan Al-Quran mengenai Nabi Isa dan menjadi satu titik tolak bagi mereka untuk mendampingi Al-Quran.