Skip to main content

Respon Pengunjung Februari (Bahagian II)

Respon kali ini merupakan sambungan dari Respon Pengunjung Februari (Bahagian I) yang telah saya hantar awal pagi tadi. Berikut merupakan dua lagi komen yang memerlukan sedikit penjelasan.

KOMEN 3
habis tu.. bila yg kita boleh kata rakyat dah nak hukum Islam tu?????
bersedia
bila semua rakyat jadi tokguru dan takbuat dosa??? kalau ikut engkau....sampai kiamat pun tak akan tertegak hukum Allah.

Kita boleh kata rakyat sudah bersedia untuk menerima perlaksanaan hukum Islam apabila ummat Islam sendiri memberi sokongan padu kepada perlaksanaan sistem perundangan Islam. Sekarang ini kita melihat bahawa majoriti ummat Islam masih menyokong UMNO/BN oleh kerana mereka dikelirukan media UMNO berhubung Islam selama ini. Oleh itu, proses penerangan dan pendidikan perlu dilakukan memanfaatkan kedudukan berkuasa yang ada sekarang. Inilah yang dikatakan proses dakwah, kepada yang Muslim dan yang bukan Muslim, kedua-dua kelompok ini menjadi mangsa proses kekeliruan UMNO/BN berhubung apa itu Islam. Sepanjang proses pendidikan ini, petanda-petanda asas penghayatan Islam seperti kehadiran di masjid dan surau untuk solat waktu, kuliyyah dan sebagainya adalah bukti akan keberkesanannya. Perbincangan ilmiah berhubung sistem Islam perlu dilakukan secara terbuka dan melibatkan semua, khususnya ummat Islam. Akhirnya, keputusan pilihan raya adalah ukuran terbaik.

Saya yakin melalui proses ini masyarakat Muslim akan menerima perlaksanaan Islam dan yang bukan Muslim pula tidak akan membantah kerana ianya adalah kehendak masyarakat Muslim itu sendiri. Tidak, kita tidak perlu tunggu hari qiamat insyaAllah.

Memang ada yang menganggap bahawa perlaksanaan sistem Islam tidak akan dipersetujui oleh manusia dan ianya mesti dipaksa ke atas masyarakat tanpa persetujuannya. Ini sebenarnya satu tanggapan yang meleset, lebih-lebih lagi sekiranya kita sendiri seorang Muslim. Sebagai seorang Muslim, kita yakin Islam adalah agama fitrah manusia dan sekiranya diberi penerangan dan penjelasan, masyarakat akan menerimanya dengan rela, lebih-lebih lagi masyarakat Muslim. Lagipun, kaedah memaksa sistem Islam ke atas masyarakat yang tidak rela menerimanya tidak mempunyai dalil dan hujjah dari seerah Rasulullah (SAW). Ianya merupakan kaedah yang berasaskan dalil dan hujjah dari golongan ahli sejarah Barat yang memusuhi Islam yang selama ini menyatakan bahawa Islam adalah agama yang disebar melalui pedang.

Mungkin akan ada yang mengatakan bahawa rakyat mula tidak menyokong PAS kerana PAS tidak melaksanakan hukum Islam. Adakah itu sebabnya mengapa mereka ‘kembali’ menyokong UMNO, iaitu kerana mereka menganggap UMNO melaksanakan Islam? Sudah pasti hujjah sebegini tidak masuk akal lebih-lebih lagi apabila jelas kepada semua bahawa UMNO adalah parti rasuah dan perkauman.

KOMEN 4
Jika masyarakat Mesir (dimana 90% adalah orang Islam) masih tidak memahami Islam dan konsep pemerintahan Islam dan perlu suatu proses menjalankan program-program penerangan melalui percakapan, tulisan dan juga amalan, sehingga masyarakat memahami Islam dan konsep pemerintahan Islam, situasi di Malaysia (dimana lebih 40% adalah orang bukan Islam, jika kebenaran diutarakan) nampaknya begitu sukar, hampir mustahil, untuk mewujudkan suatu masyarakat Islam dan jika ianya menjadi realiti (& itu mustahil), ia akan mengambil berpuluh2 tahun atau beberapa abad.

Hakikatnya, YB, di dalam sejarah tidak ada bangsa (nation) manapun yg telah menerima dengan rela hati pemerintahan oleh sebuah agama yg asing daripada agama sedia ada, bahkan bangsa itu bertukar agama. Di Malaysia keterangan menunjukkan bahawa orang bukan Islam tidak sama sekali berminat masuk islam dan ini begitu ketara. Dalam keadaan tersebut memang mustahil mereka akan, pada bila2 masapun, memerima pemerintahan Islam secara sukarela.

Justera (walaupun mungkin boleh jadi masyarakat Islam Mesir dapat menerima pemerintahan Islam pada suatu waktu kelak, masyarakat bukan Islam di Malaysia tidak akan sekali2pun menerimanya dengan sukarela) perjuangan asal PAS untuk menubuhkan negara Islam sepatutnya diubahkan. Dan saya sebagai penyokong PAS, memandangkan kelakuan mereka dimana2 tempat PAS memegang kuasa atau mampu mempengaruhi tatacara penentuan, suka mendorong PAS untuk memegang sebagai tujuan utama dan muktamad penyerapan unsur2 keadilan Islam kedalam pentadbiran di Malaysia.

Sambil lalu, YB, saya amat tertarik dengan ayat terakhir wacana di atas, yakni “wawasan politik Islam yang diperjuangkan membawa mesej keadilan untuk semua dan bukan mesej penindasan satu kelompok manusia ke atas kelompok yang lain.” Semoga wawasan tersebut menjadi realiti di Malaysia.

Salam,
LJ

Saudara LJ,
Pertama, kita berkewajipan berusaha menyampaikan risalah Islam dan juga menghayatinya. Samada mustahil atau sebaliknya masyarakat menerima Islam, itu merupakan urusan Allah. Yang penting, jangan ada yang lari dari Islam disebabkan perangai kita yang bercanggah dengan Islam.

Saya faham bahawa berdasarkan apa yang dilihat sekarang, kemungkinan kita mencapai matlamat kita kelihatan amat sukar. Yang sangsi terhadap seruan kita bukan sekadar orang bukan Islam, tetapi lebih dansyat lagi, orang Islam sendiri. Dan ini merupakan satu keadaan yang perlu kita betulkan bersama dan ianya mempunyai hubung-kait di antara satu sama lain. Sekiranya ummat Islam menzahirkan keyakinan terhadap agama Islam dengan menghayatinya, sudah pasti yang bukan Islam juga akan terpegun. Apabila orang Islam tidak menerima rasuah, tidak berjudi, tidak minum arak dan sebagainya dan ianya atas dasar keyakinan dan bukan paksaan, sudah pasti orang bukan Islam akan kagum melihat bagaimana disiplinnya ummat Islam. Apabila orang Islam menjadi yang pertama menentang kezaliman dan menuntut keadilan atas sebab keTaqwaan mereka, walaupun yang ditentang itu saudara-mara dan bangsa mereka sendiri, sudah pasti orang bukan Islam akan menyedari ada sesuatu keistimewaan pada agama Islam ini. Dalam suasana begitu, tidak mustahil, kalau tidak memeluk agama Islam sekalipun, orang bukan Islam akan merasa lebih selamat dibawah pemerintahan Islam.

Namun, apa yang dicadangkan saudara tidak merupakan sesuatu yang ‘mutually exclusive’ atau, kalau terima satu maka kena tolak yang satu lagi. Dalam erti kata yang lain, persoalan menerapkan unsure-unsur keadilan Islam dalam pemerintahan sememangnya perlu dilakukan sambil kita berusaha untuk meyakinkan rakyat, Muslim dan bukan Muslim, bahawa pemerintahan Islam adalah pilihan terbaik.

Sebenarnya ada beberapa peristiwa di dalam sejarah pemerintahan Islam di mana rakyat bukan Islam menyokong pemerintahan Islam lebih dari pemerintahan kaum seagama dengan mereka. Sebagai contoh, peristiwa semasa sahabat Rasulullah (SAW), Abu Ubaidah Al-Jarrah mengembalikan Jizyah yang dikutip dari orang Nasrani di Syams apabila tentera Islam terpaksa beredar dari kawasan mereka atas sebab ‘strategic withdrawal’ untuk berhadapan dengan tentera Rome. Ini bermakna bahawa ummat Islam tidak dapat memenuhi tanggung-jawab mentadbir dan melindungi kawasan tersebut kerana akan beredar keluar dan tentera Rome yang seagama akan menguasai kembali. Tindakan Abu Ubaidah telah memeranjatkan penduduk Nasrani di situ oleh kerana sikap pertanggung-jawaban yang ditunjukkan. Di atas sebab itu, mereka menyatakan harapan mereka supaya tentera Islam akan kembali selepas mencapai kemenangan.

Oleh yang demikian, akhirnya apa yang dipentingkan oleh manusia adalah keadilan yang dilaksanakan. Sekiranya pemimpin Islam adil, maka dia akan lebih diterima dari pemimpin yang walaupun seagama tetapi bersikap zalim. Sebenarnya inilah mesej yang terkandung di dalam risalah para Rasul2 Allah di mana menegakkan keadilan adalah matlamat terpenting.
“Dan telah Kami utuskan Rasul2 Kami dengan bukti2 yang jelas dan Kami turunkan bersama mereka Al-Kitab dan Al-Mizan (Neraca keadilan) supaya manusia boleh menegakkan keadilan..”
(Surah Al-Hadid Ayat 25)
Namun menurut Islam, untuk mampu menegakkan keadilan, manusia mesti mempunyai Aqeedah dan Akhlak yang berpaksikan keTaqwaan kepada Allah. Dan di sinilah terserlah kesyumulan Islam di mana bukan sekadar sistem dan peraturan dikemukakan tetapi jua Aqeedah dan Akhlak.

WaLlahu 'Alam
KHALID SAMAD
Jazan, Saudi Arabia

Comments

Anonymous said…
alhamdulillah YB abg khalid..terima kasih atas penerangan itu tadi.. kami disini pun bukan nak baca sangat pun.. panjang benar.. TAPI .. ini amat membuktikan yang YB.. seorang yang sangat teliti lagi ikhlas dalam menjalankan tugas sebagai wakil rakyat.. dan sanggup mengumpul lagi mengungkai dengan penuh penghayatan.. mak aii.. bukan mudah nak berdepan ngan puak UMNO TOTOKK NI.. dah ler bodoh sombong pulak tu.. ekeke.. PEACE !!
Anonymous said…
takyahla bagi jawapan yg berbelit-belit.
pokoknya BILA boleh laksana hukum Allah????
nak tunggu berapa percent rakyat Malaysia faham Islam??? Faham mcm mana??

sudahlah....baru Allah bagi kemenangan sikit kt Sngor dah takut nak bcakap pasal hukum Allah.
Baru MPSJ try buat undang2 kecil pasal arak.....dah melompat mcm kera dpt belacan. Ada hati plak nak suruh cari dan ambil tindakan kpd dalang yg nak buat hukum Allah!!!!!!!!
QBB said…
Anon February 27 merupakan cth Anon UMNOngok yg konon2 mahu sgt ikut syariat Allah dimuka bumi ni... Kalau betul bagai dikata, suruh Najib APCO buat usul kt parlimen. Main wayang boleh la bro...
Anonymous said…
QBB ni contoh pencacai kalid samad yg bongok dan bahlul sama mcm tuan dia!!!
kalau umno dan najib nak laksana hukum Allah, buat apa ada PAS!!
muak dgn pr!! said…
wahhh..dr entri seblm khalid kata ikt pkr n dap sbb dieorg pon menentang rasuah n penyelewengan...hahahaha...dlm pemilihan pkr sndri pon ade penyelewengan..mcmmn plk dgn nasib rkyt2 biasa yg gerai dieorg dirobohkn olh dap png..tu aje sumber rezki dieorg..abs putus sumber rezki..bila bn yg buat korng akn jaja cerita ni smpai kiamat dlm ceramah2 korng..tp bile dap yg buat nape pas snyp..keadilan islam ape mcmni...korng ni terlalu ingin berkuasa..maka pihak yg menentang bn korng msti akn skong wlpon dieorg slh..btul x...jgn harap la majoriti nk undi korng kalo prangai korng mcm ni..keadilan pon korng xblh nk laksanakan!!!

tlg siarkn komen ni!..xpyh tapis2..
Anonymous said…
Saya tertarik dgn beberapa komen YB di atas.

"Mungkin akan ada yang mengatakan bahawa rakyat mula tidak menyokong PAS kerana PAS tidak melaksanakan hukum Islam. Adakah itu sebabnya mengapa mereka ‘kembali’ menyokong UMNO, iaitu kerana mereka menganggap UMNO melaksanakan Islam? Sudah pasti hujjah sebegini tidak masuk akal lebih-lebih lagi apabila jelas kepada semua bahawa UMNO adalah parti rasuah dan perkauman."

Typical PAS, menjawab soalan dgn soalan. YB tidak memberikan jawapan pun sebenarnya malah YB meletakkan terus beban itu pada UMNO. Kan mudah begitu? Mcm masa LKY bagi nasihat supaya orang Islam tidak terlalu mengikut ajaran Islam...di sahut pulak oleh Nik Aziz bahawa apa yg LKY ckp itu hanyalah sekecil kuman kalau nk dibandingkan dgn apa yg UMNO dh buat pada Islam di Malaysia. Adakah ini caranya PAS berdakwah? Adakah ini akan menimbulkan kekaguman non-Muslim pada Islam??? Lebih baik Nik Aziz mendiamkan diri daripada bercakap. PAS hanya menjarakkan dirinya dgn org2 UMNO dgn pendekatan begini. Malah sebenarnya ini hanya menunjukkan betapa mudahnya PAS di manipulasi.

UMNO parti rasuah dan perkauman. Rasuah? Mungkin YA mungkin TIDAK tp ia terjadi. Ini semua permainan persepsi. Fakta tidak penting, yg penting ingatan terakhir org pada parti tersebut. Diungkap berulang kali maka menjadi lah ia. Perlembagaan UMNO tiada mengatakan rasuah diterima...PAS juga begitu. Tiada ruang rasuah utk membiak didalam perlembagaan parti. Tetapi siapa yg melakukan rasuah ini??? Manusia...bukan parti. UMNO dianggotai oleh manusia...begitu juga PAS. So apakah jaminannya orang-orang PAS tidak akan melakukan rasuah apabila sudah berkuasa nnt? Ia pasti terjadi cuma masa yang akan menentukan...samalah seperti UMNO.

Berkenaan UMNO parti perkauman, saya ingin bertanya YB apakah sebenarnya definasi perkauman itu dari kacamata YB? Di dalam mengatakan UMNO itu parti perkauman pun, kita lihat kaum kaum lain di Malaysia masih mengamalkan cara hidup mereka, bebas melakukan perniagaan, hal-hal keagamaan mereka. Tiada apa apa sekatan pun ke atas mereka. Malah apabila mereka menzahirkan ketidakpuasan mereka pada Melayu pun...mereka tidak perlu mempertahankan apa yang mereka katakan, kerana akan ada org Melayu sendiri yg menyokong mereka. PAS melabel UMNO sebagai Asobiyah, walhal UMNO itu sendiri adalah dari kalangan bangsa yg sama dgn PAS dan beragama Islam. Tindakan PAS seolah-olah menjadi Melayu itu tidak penting dan hina. Kalau PAS tidak mahu mengaku itu, setidak-tidaknya kami yang rakyat kebanyakan ini merasa begitu.

Dari,
Orang BJ
Anonymous said…
Lagi komen dari YB:

"Sekiranya pemimpin Islam adil, maka dia akan lebih diterima dari pemimpin yang walaupun seagama tetapi bersikap zalim"

Adakah ini lesen utk PAS berperang dgn UMNO sehingga sanggup bersekongkol dgn DAP yang jelas menolak Islam? Dimana YB nk sembunyikan ayat Al-Quran -> Innamalmukminu na ikhwatun...iaitu orang-orang yang beriman (mukmin) itu adalah bersaudara. Ayat itu diteruskan dan maksudnya ialah...maka damaikanlah antara dua saudara kamu (yang bertelagah) itu, dan bertaqwalah kepada Allah supaya kamu beroleh rahmat (Ayat 10 Surah Al-Hujarat).

Allah s.w.t. berfirman lagi dalam Al-Quran (Ayat 103, Surah Ali-Imran); Dan berpeganglah kamu pada tali Allah (Al-Quran) dan janganlah kamu bercerai berai...

Kenapa PAS tidak mengambil ayat ini utk menyambut salam perpaduan UMNO? Mereka Islam, mengakui kewujudan Allah, rukun iman rukun Islam, mengucap kalimah syahadah sama juga seperti org2 PAS. PAS melaungkan keadilan yaitu meletakkan sesuatu pada haknya. Apakah ayat ini tidak cukup utk PAS melaksanakan keadilan pada UMNO? Di sinilah sebenarnya keadilan yang PAS tak pernah nampak. Jika PAS berdendam dgn UMNO ketika krisis thn 70an dulu...ingin saya katakan sekali lg...dlm Islam dosa tidak diwarisi malah Islam mengajar umatnya supaya sentiasa bermaaf-maafan sesama muslim. Nik Aziz mungkin sudah lupa ajaran Islam yg ini.

YB...terus terang saya katakan penglibatan PAS didalam PR sebenarnya lebih mendatangkan banyak fitnah dan keburukan dari kebaikannya. YB boleh saja menidakkan apa yg saya katakan ini kerana YB sudah berada di dalam PR dan tidak mungkin nampak apa yg saya dan org2 kebanyakan (silent majority) nampak. PAS tidak pun menjadikan Islam itu lebih baik malah Islam itu dijadikan kuda tunggangan utk mengejar matlamat politik. PAS bergabung dgn DAP PKR, apa bezanya UMNO MCA MIC? Instead saya lebih yakin pada gabungan UMNO itu kerana UMNO dilihat lebih dominan didalam BN, berbanding PAS yg kelihatan sgt pasif dan menikus di dalam PR. Setidak-tidaknya segolongan besar mereka boleh membawa suara Islam di dalam parlimen. Jangan pula YB 'mengkafirkan' saya kerana saya kerana menyatakan sokongan terbuka kepada UMNO kerana saya tahu apa itu hadnya kafir. Tidak menyokong PAS tidak bermakna saya tidak cintakan Islam.

Dari,
Orang BJ
muak dgn pr!! said…
hujah yg bernas dr 'org bj'..mslh yg melanda puak2 pas yg taksub dgn perjuangan mereka kononnya merasakan hanya pihak pas shj yg btul2 islam berbnding org lain..itulah mslh mereka..apabila sudah ada sift riak di dalam hati2 mereka..maka tunggulah saat kehancuran psti akn tiba...apabila sesama umat sudh tidk lg mengaku bersaudara..malah melebihkn puak2 kafir dan munafik di dalam perjuangan..maka tunggula saat kejatuhan umat islam itu sndri...wahai khalid...majoriti org kt malaysia ni sbnrnya mntertawakan pas sbb pas hnya sbg parti picisan di dalam pr..pr dikuasai oleh pkr n dap...smpaikn anwar dgn beraninya mengaku die akn dilntik oleh pr sbg pm n kit siang sbg tpm...tanpa gentar n takut anwar membuat pengakuan itu..lngsung xde rs hormat kpd parti pas...

msh kita sume ingt lg..org2 pas tnpa segan silu juga memberi tunduk hormat di hadapan gmbr n colok bg memperingati kematian beng hock yg dipolitikkn... firman Allah dlm surah al kafirun Katakanlah (wahai Muhammad): "Hai orang-orang kafir!
"Aku tidak akan menyembah apa yang kamu sembah.Dan kamu tidak mahu menyembah (Allah) yang aku sembah.Dan aku tidak akan beribadat secara kamu beribadat.Dan kamu pula tidak mahu beribadat secara aku beribadat.
Bagi kamu ugama kamu, dan bagiku ugamaku" ini yg diwahyukn oleh Allah kpd Nabi SAW iaitu jaw kpd pertanyaan org kafir kpd nabi..Allah menurunkn surah al kafirun.. tp org2 pas yg konon2nya paham agama tnpa segan silu mengikuti adat n upacara keagamaan org kafir stlh pas bersama2 dgn kafir dlm pr..begitu juga dgn upacara candlelight vigil yg lbh menyerupai upacara org2 kristian..semakin lama pas semakin liberal n tanpa segan silu mengikuti adat n upacara keagamaan org2 kafir..syabas pas..anda mmg parti picisan n pak turut dlm pr.majoriti akn mule menyokong anda apabila anda keluar dr pr n bergerak secara satu parti..insyaAllah rmai yg akn kmbli kpd pas termsklah sy..

-anti anwar ibrahim-
Anonymous said…
Tuan/puan yang memberi komen sekalian,

adalah Islam itu amat mementingkan kesedaran terhadap diri sendiri berbanding kita menghukum orang lain.

saya percaya, walaupun sekarang hukum Islam belum dilaksanakan di Malaysia (kecuali hukum nikah/cerai + tangkap khalwat + bahagi harta + zakat), Islam itu sendiri dapat diamalkan oleh penganutnya tanpa sekatan.malah Islam tidak menyekat penganut agama lain untuk mengamalkan amalan masing2.

jikalau tuan/puan yang "mungkin" beragama Islam, mengeluarkan kata-kata kesat dan menghina seperti di atas, bukankah ia mencerminkan minda penganut Islam yang kotor dan sentiasa berperasangka buruk terhadap saudara seagamanya dalam BN mahupun PR.

oleh itu,saya menyeru kepada tuan/puan pro BN mahupun pro PR utk bermuhasabah sebelum menekan butang "publish" tersebut.

marilah kita bersatu di bawah agama yang benar yang tidak mendiskriminasi penganut agama lain dan menjaga kebajikan Muslim di dunia dan akhirat.

saya minta maaf dari tuan/puan jika ada kesilapan dlm penulisan saya ini

hamba pacal yang hina & tidak berparti politik ini, Wassalam

Dari...
Tiada Parti Politik!
Ada Agama Islam!
Anonymous said…
entah la..kekadang aku keliru betul dgn YB..sedikit sebanyak PAS banyak memesongkan pemikiran orang macam aku.

tapi aku kini dan selamanya menolak pas. aku harap tak akan ada golongan yg masih belum insaf kata aku menolak islam sebab menolak pas.
Ahli UMNO dan PAS said…
Tidak ada yg sempurna baik UMNO ataupun PAS. Cuma mereka yg didalam UMNO ni lebih keduniaannya berbanding PAS. Kalau perkara asas seperti isteri pemimpin tertinggi negara (PM) pun ulamak UMNO tak boleh nak tegur tak payah lah juak2nya yg lain nak tunjuk pandai.
muak dgn pr!! said…
salam..npe yg xsiarkn lg komen aku yg smlm..tkt ke yb..
manKKB said…
AsSalam YB, just ignore je Tuan2 Tanah UMNO ni...bila tanah dah habis nak digadai nanti barulah dia tahu langit ni tinggi ke rendah....anyway appreciate ur effort

manKKB
Hafiz said…
Salam YB,

Tak boleh nak bayang macmmana susahnye menjadi seorang pemimpin mcm YB. Nak mendidik dan memimpin rakyat.. Mudah mudahan Allah bagi kekuatan kpd YB. Terbuka atau tidak hati-hati rakyat tu adalah urusan Allah.. Yang penting YB menjalankan tanggungjawap yg di amanahkan.. Teruskan memberi penerangan.. Salam..
Anonymous said…
Anwar kata fakta-fakta yang di bawa ke mahkamah adalah ciptaan Umno dan media kawalannya utusan Malaysia.

Rakyat telah tahu bahawa kes yang dihadapi Anwar ketika ini (sodomi II) adalah urusan peribadi Anwar sendiri. Anwar dituduh oleh orangnya sendiri, yakni pegawai peribadinya Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Saiful tiada kaitan dengan Umno atau Utusan. Pelik, atas sebab apa Anwar mengaitkan Umno dan Utusan dengan kes yang dihadapinya.

Anwar mempunyai ruang yang sebesar-besarnya membela dirinya atas tuduhan orangnya sendiri, namun Anwar memilih berbagai dalih, untuk melupuskan dan menangguh-nangguhkan kes ini, dan kini dikatakan-kes ini tertangguh lebih 50 kali (menurut blogger GAP).

Petang ini Anwar akan memberi keterangan sebagai saksi dalam perbicaraan dalam perbicaraan mengenai barang bukti yang dianalisis yang mengandungi DNA Lelaki Y. DNA Lelaki Y adalah lelaki misteri yang didapati pada anus Saiful.

Anwar dituduh meliwat pembantu peribadinya itu pada 26 Jun, 2008 di sebuah Kondominium, di Jalan setiakasih, Bukit Damansara Kuala Lumpur, antara pukul 3.01 hingga 4.30 petang.

Melalui CCTV yang ditayangkan di mahkamah, terdapat imej Saiful dan Anwar pada CCTV itu pada masa dan tarikh kejadian itu berlaku.

Dengan rungkaian di mahkamah ini, apa kah ini bentuk fitnah sepertimana dakwaan Anwar?

Apabila seseorang yang mabuk kuasa ingin menjadi PM Malaysia, benang yang basahpun mahu diberdirikan.
Anonymous said…
Allah s.w.t. berfirman lagi dalam Al-Quran (Ayat 103, Surah Ali-Imran); Dan berpeganglah kamu pada tali Allah (Al-Quran) dan janganlah kamu bercerai berai...

dalam ayat ini jelas Allah menyuruh kita berpegang kepada Al-Quran. InsyaAllah sekiranya kita berpegang kpd Al-Quran dan hadis sepenuhnya (bukan ambil dan buang ikut akal fikiran kita yg bodoh ini) umat Islam takkan berpecah belah.
Anonymous said…
hehehe..anwar lari malam tadi kat kerdau..

kenapa anwar lari? takut umi halfida ke?
Anonymous said…
layak kah anda di panggil YB ? apa yang anda buat untuk kawasan Shah Alam ? rasa nya tiada apa yang anda buat untuk kepentingan umum di sini . Selain dari memecah belahkan masyarakat ada la . Oh ya kejayaan anda yang paling hebat KUIL INDIA DI BUKIT SUBANG (BESAR) ..

Persoalan saya : MANA MASJID BUKIT SUBANG ? UNTUK MAKLUMAN SEKLEIAN YANG ADA DI BUKIT SUBANG SEKARANG INI HANYALAH SURAU YANG DI NAIKKAN TARAF JADI MASJID ...APA ANDA BUAT ?
Anonymous said…
Islam terbukti dipinggirkan oleh PAS.
Kuasa Diutamakan. Kopiah ditanggalkan.
Anonymous said…
YB Khalid,

Saya tidak nampak ada pemimpin pelapis dalam UMNO sekarang, yg ada ramai mat rempit di perengkat grass root. Kekuatan UMNO sekarang betul betul bergantung atas pengaruh 'Advertising and Promotion' yg mengelirukan massa.

Islam pasti menang satu hari nanti. Mungkin 2 atau 3 generasi lagi, mudah mudahan.
Anonymous said…
Dap kecoh, depa kecoh pasal tentera tunjukan kekuatan dan aset mereka untuk tontonan umum di dataran merdeka semalam, tapi aku yakin masih ada lagi aset pertahanan negara yang tak di tunjukan kepada umum, aku pun tak kesah, bagus jugak, jangan di tunjukan semua, biar musuh tak tahu apa lagi yang kita ada.

Tapi kenapa dap kecoh pulak, kata tony puah, angkatan tentera nak takut-takutkan rakyat dengan buat perbarisan raksaksa macam tu, bodoh punya tony puah, kalau rakyat takut, takan beribu orang semalam berkumpul kat dataran merdeka tengok perarakan tu.

Kata pepatah, "berani kerana benar, takut kerana salah" pada aku simple je, tony puah takut kerana dia ada salah pada kerajaan, mungkin dia agen komunis atau pun dia agen risikan singapura yang sedang merancang untuk mengambil alih negara kita melaui parti dap. biase la komunis, mana boleh tengok askar, goyang kepala lutut dia beb...

Aku cadangkan pada pihak angkatan tentera, supaya kerap lah buat pertunjukan kententeraan tu, kalau boleh buatlah roadshow di seluruh negara, di samping dapat menunjukan aset tentera yang tony puah kata membazir tu, dapat juga tentera merekrut anggota baru yang teruja tengok askar kita berbaris. sekarang baru kita tahu, tony puah ni takut dengan askar.
Anonymous said…
Tergelak pula apabila membaca laporan berita HarakahDaily hari ini. Rasa-rasanya, siapa yang makan cili, dia yang akan rasa pedasnya!!

Apakah HarakahDaily tak terasa ke apabila Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (DPPWP) berharap negeri-negeri lain mencontohi Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) mengharamkan iklan produk atau perkhidmatan yang berunsurkan seks dan tahyul?

Rujuk iklan-iklan di dalam HarakahDaily. Apakah tidak ada iklan produk berunsurkan seks atau bersepah di dalam portal tersebut?

Di antara laporan HarakahDaily :-
Ketua penerangannya (DPPWP), Fadhil Osman berkata langkah MBSA itu wajar dijadikan teladan yang baik dalam menangani masalah iklan berunsur seks dan tahyul yang boleh menyumbang kepada gejala sosial yang sedia parah di negara ini.

Beliau turut mengucapkan tahniah kepada MBSA kerana telah mengambil tindakan bijak dan menguntungkan rakyat dengan mengharamkan iklan produk atau perkhidmatan yang berunsurkan seks dan tahyul di semua kawasan pentadbiran pihak berkuasa tempatan itu.

Poodah!
Anonymous said…
org BJ minda lemah pemikiran sekularisme
Anonymous said…
Salam YB.
Isu terbaru ttg Penjualan judi di kelantan.
Boleh komen
Anonymous said…
YB,
Kenaap TGNA & pemimpin PAS yg lain tak boleh menerima kekalahan di Kerdau, Merlimau, Tenang dan juga Galas?

Kenapa mahu di tuduh UMNO/BN menggunakan segala jentera kerajaan pusat sedangkan PM, TPM, Menteri-menterinya adalah drp BN.

Persoalannya di sini, kenapa semasa menang di Manek Urai, Kerajaan PAS sendiri menang di sebabkan oleh pengaruhnya di Kelantan & Kerajaan PAS sendiri turun padang secara terang-terangan?

Juga PRK di Galas TGNA turun atas kapasitinya sebagai MB Kelantan, adakah beliau bukan kerajaan juga?

Saya sayang PAS & UMNO tapi kalau isu yg mahu di ketengahkan kepada rakyat adalah isu basi dan juga ala-ala fitnah, saya rasa PAS ketinggalan dalam mengejar kehendak rakyat.

UMNO/BN lebih membodek rakyat. Bukan maksud dengan mengula-gulakan rakyat dgn pilihanraya tetapi strategi Najib sebagai PM membuatkan pengundi amat tertarik dgn visi & objektif kerajaan.

Saya sememangnya yakin dgn Najib sebagai PM tapi alangkah bagis jika BN & PAS bersatu demi melayu.

FIkir-fikirkanlah..
Anonymous said…
macamana pun ISLAM tetap menang di bumi Malaysia.

Islam bukan milik Pas & Islam bukan milik Umno jugak.

Islam adalah orang yg beriman Kepada Allah & juga Rasulnya.

Jadi kenapa timbul persoalan Islam pasti menang satu hari nanti sedangkan kerajaan kita majoriti adalah Islam? Adakah maksud Islam akan menang maka bermaksud Pas akan menang?

Maknanya pengikut Pas sudah beranggapan Pas itu Islam & Islam itu hanya milik Pas.

Slogan kat atas tu saya sokong:

Kuasa Diutamakan. Kopiah ditanggalkan.
Anonymous said…
Dulu aku undi PAS (mesti la Khalid Samad) tapi sekarang aku dah sokong UMNO.

Kenapa?

Sebab PAS menggunakan agama demi undi & kuasa.

Mana lagi jahat? UMNO ke PAS?

PAS kata UMNO ni mengamalkan agama suku, politik suku tapi kenapa bersekongkol dgn DAP? Berpeluk peluk dgn Kapal Sink? Percaya cakap Ketua Menteri paling penipu dlm dunia LGE? Dah tentu DAP itulah pencetus 13 May. Apa PAS tak ingat ke? Cuba tanya bapak kauorang la pasal 13 May.

PAS jugak kata UMNO tu rasuah tapi PAS lupa yg PAS bersekongkol dgn BAPAK segala rasuah iaitu Brader Anwar Bin Ibrahim.

Kepada PAS, berbaik la dgn UMNO. Tak rugi pun. Kalau TGNA tak setuju suruh dia keluar PAS masuk PKR atau DAP.

Selesai masalah umat!
Anonymous said…
Dulu aku undi UMNO (mesti la BUKAN Khalid Samad) tapi sekarang aku dah sokong PAS...

Macam aku pernah dengar je yer ayat kat atas tu, tapi dimana??
Anonymous said…
Nik Aziz skrg ni ialah liabiliti pada PAS...nk menang politik bukan caranya dgn menyalahkan org lain...berkempen kata org lain itu tidak Islam...tp tidak sedar 1 jari tuding kt org...ada 3 lg jari menuding ke diri sendiri. Even kalau PAS menang pun, keyakinan mereka boleh memerintah pun sgt2 dipertikaikan. Jangan lah guna alasan Islam bilamana tindak tanduk lebih kepada keuntungan politik. Apa nama kerja ni bila sama2 bergabung dgn kafir utk menjatuhkan org Islam yg lain? Kemudian guna Islam utk menghalalkan tindakan tersebut.

Islam tu tertegak bukan dgn hanya menaikkan signboard yg kita lihat ada merata2 di Kota Bharu dan Alor Setar tapi hakikatnya pengisiannya kosong. Seolah2 PAS ni hanya nk menggambarkan ada slogan, ada ayat memadai utk Islam itu. Boleh kah PAS memikirkan perkara2 yg lebih besar utk kemashalatan umat? Sejak 2008, sepatutnya keyakinan saya pada PAS semakin bertambah, tp hakikatnya ia semakin mengecil dan terus mengecil.

Sy tidak mengenali YB secara personal tp saya antara org yg memenangkan YB di Shah Alam PRU 2008. Ketika itu keyakinan saya pada PAS sgt tinggi disebabkan oleh UMNO Pak Lah yg sgt lemah. Harapan saya PAS akan menjadi kuat dan boleh menggantikan UMNO suatu hari nnt. Tapi realitinya, keyakinan itu semakin pudar hari demi hari melihat cara berpolitik PAS yg sgt tidak mature dan berpendirian seperti lalang hinggakan perkara asas dlm pembentukan PAS diubah-ubah mengikut keadaan. PAS umpama angin lalu dlm PR, tiada keupayaan utk mengubah tetapi hanya sekadar pengikut dan tukang buat kerja dan meng'HADIS'kan tindakan2 PKR atau DAP utk kelangsungan mereka.

- Orang BJ -
Anonymous said…
khalid i felt like so annoying with your blog. why do you have to use the Chinese characters when you know yourself majority of your readers do not understand Chinese?
Anonymous said…
YB, saya ingin tahu pendirian YB dan PAS dan PR secara amnya berkenaan larangan penarikan balik naskhah bible dlm bhs melayu dan tentangan terbuka yg ditunjukkan oleh LKS terhadap isu ini.

Dari,
Orang BJ
Anonymous said…
As Salam. Saya peliklah dgn En Khalid ni. Kenapa anda beriya-iya benar hendak perjuangkan kalimah Allah kpd Kristian di M'sia?Apakah agenda dan muslihat anda sebenarnya?Hendak meraih sokongan bukan Islam ke atas PAS?
"Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepada kamu hingga kamu mengikuti agama mereka. Katakanlah: "Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang benar)". Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemahuan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu." (Al-Baqarah: 120).
Kenapa baru sekarang Kristian hendak tuntut kalimah Allah utk digunakan?Orang2 Kristian di Amarika dan Eropah tidakpun guna kalimah Allah.Malahan di Vertican pun mereka tidak guna.Kecuali di tanah Arab. Di Arab memang mereka satu bangsa walaupun berlainan agama. Dan mmg kalimah Allah sudah lama digunakan. Tapi di Malaysia kan lain bilangan kaumnya.Adakah sewaktu mubaligh Kristian pd waktu dulu sampai ke Malaysia mereka mengunakan kalimah Allah?
"Mereka ingin supaya kamu menjadi kafir sebagaimana mereka telah menjadi kafir, lalu kamu menjadi sama (dengan mereka). (An-Nisa': 89).
Kamu hendak kita jadi mcm Indonesia ke? Tgklah sekarang Indon mcm mana?Allah Ta'ala bg berbagai malapetaka disana.Gunung Berapi, Gempa Bumi Tsunami.
Tolong lah En Khalid,jgn kerana utk meraih politik kamu hendak gadaikan agama.
"Barangsiapa yang murtad di antara kamu dari agamanya, lalu dia mati dalam kekafiran, maka mereka itulah yang sia-sia amalannya di dunia dan di akhirat, dan mereka itulah penghuni neraka, mereka kekal di dalamnya." (Al-Baqarah: 217).
Kamu tak fikirkan ke generasi akan dtg?Kamu lah sebenarnya dajjal2 kecil akhir zaman ini.
"Wahai orang-orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada Rasulullah dan kepada “uli’l Amri ( orang-orang yang berkuasa) dari kalangan kamu. Kemudian jika kamu berbantah-bantah ( berselisih ) dalam sesuatu perkara, maka hendaklah kamu mengembalikannya kepada ( kitab ) Allah ( al Quran ) dan (Sunnah ) RasulNya – jika kamu benar beriman kepada Allah dan hari akhirat. Yang demikian adalah lebih baik ( bagi kamu ), dan lebih elok pula kesudahannya."(Al-Nisa'- 59)
Anonymous said…
YB Khalid!
Isu Bible Al Kitab apa kata kamu?
Adakah kamu bersetuju Bible itu di terjemahkan ke dalam bahasa Melayu & kalimah Allah menggantikan God/Lord/Jesus ke apa ke?

Kenapa ulasan kamu mcm takut? Takut siapa? DAP? PKR? atau takkutkan Allah?

Senada dgn kami.

Kami warga seksyen 2 bantah Bible Al Kitab di edarkan walau apa alasan sekalipun.

Berani kerana benar YB.

Satu lagi, apa taraf YB hingga boleh tahu iman orang umno senipis kulit bawang?

Karamah apa yg YB ada?

Tolong tunjukkan?

Apa cerita tentang pegawai ADUN kena tangkap basah dlm keadaan memalukan di Terengganu? UMNO ke yg buat? Fitnah jahat media umno ke?
Anonymous said…
Kerajaan BN memerintah dah hampir 53 tahun nak di runtuhkan oleh PAS.

PAS-PKR-DAP perintah Selangor dah runtuh..runtuh moral, runtuh akhlak..

contohnya elizebeth wong & jugak bebudak buat maksiat kat dataran shah alam..

apa buta ke YB?
Anonymous said…
Salam YB.

YB sangat bagus..saya sokong tindakan YB dan Pemimpin2 PAS dikala ini. Jgan mengalah YB..teruskan buat pekara2 yg mendongkah arus, Terutama ketua YB Nik Azis. Kerana makin tindakan yg tampak ketara oleh pemimpin2 PAS termasuk YB ni, kepercayaan rakyat kepada UMNO terutama DS Najib lebih lagi bertambah. Kami amat mengalu alukan YB melakukan tindakan seperti ini, tindakan mencuci bontot kafir.

Please YB..jgn la berhenti sampai sini saja. biar la lebih ramai lagi umat islam Menolak PAS dengan tindakan2 YB dan Pemimpin2 PAS seperti skrg ni. Dan harap sehingga PAS terkubur nanti..YB masih lagi meneruskan gila meroyan seperti ini.

-IPH-
Anonymous said…
Tahniah YB Samad, kami mmmg memerlukan pemimpin parti PAS seperti YB. Lagi ramai lagi bagus. Cepat sikit PAS hancur. Lagi ramai org2 mcm YB,lagi ramai yg sudah beralih angin.Tahniah YB, kerana menghancurkan PAS!!!!

Popular posts from this blog

Keadilan Saidina Umar Al-Khattab Terhadap Rumah Ibadah Agama Lain

Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengemukakan sebuah kisah dari zaman pemerintahan Saidina Umar Al-Khattab (r.a) untuk tatapan dan renungan tuan-tuan sekalian. Melalui pendedahan ini, adalah diharap sebahagian dari ummat Islam yang tidak memahami konsep keadilan Islam terhadap agama lain, akan sedikit sebanyak dapat memikirkan kembali sikap dan pendirian mereka itu. Kisah yang ingin dikemukakan adalah kisah Saidina Umar dan Kanisah (gereja) Al-Qiamah yang terletak di Quds. Kisah ini adalah petikan dari muka surat 114, kitab Itmam al-Wafa’ fi sirah al-Khulafa’ , tulisan as-Syeikh Muhammad bin al-Afifi al-Banjuri, Darul Ibnu Hazim. “Dan apabila masuknya Saidina Umar ke dalam kota, maka masuklah beliau ke dalam Kanisah (gereja) al-Qiamah, dan beliau duduk di ruang utama gereja tersebut . Setelah tiba waktu solat asar, maka berkata Saidina Umar kepada Patriach Kanisah tersebut, “Saya ingin mengerjakan solat.” Jawab Patriach: “Solat sahajalah di sini”. Tetapi Umar menolak cadangan

Video Tazkirah Ramadhan At-Taubah Ayat 31: Pendewaan Manusia

WaLlahu 'Alam   KHALID SAMAD

Kisah Raja Najashi

Semasa saya terlibat dalam usaha dakwah di UK satu ketika dahulu, kami mendapati bahawa ramai dari kalangan penganut Kristian tidak tahu bahawa Nabi Isa (AS) diiktiraf sebagai seorang Rasul oleh Islam. Begitu juga Nabi Ibrahim, Nabi Musa dan hampir kesemua para Nabi yang diiktiraf oleh agama Kristian turut diiktiraf oleh Islam. Kecuali kumpulan yang tidak diiktiraf Islam ialah ‘Nabi’ selepas Nabi Isa, termasuk penulis Bible yang digelar sebagai ‘Prophet’ oleh mereka. Apabila mereka didedahkan dengan maklumat ini, maka ianya boleh menyebabkan mereka ingin tahu apa yang dikatakan Al-Quran mengenai Nabi Isa dan menjadi satu titik tolak bagi mereka untuk mendampingi Al-Quran.