Wednesday, February 16, 2011

Pembentukan Masyarakat Islam Menurut Al-Quran

Sambil kita menyaksikan pergolakan politik di dunia Arab, khususnya di Mesir, ada beberapa persoalan yang mungkin timbul dalam pemikiran pejuang dan penyokong gerakan Islam. Di antaranya ialah berhubung kenyataan pemimpin-pemimpin Ikhwan, seperti Kamal Al-Helbawy dan Tariq Ramadhan, bahawa pihak Ikhwan tidak ingin mengambil alih tampuk kekuasaan pada masa ini. Bukan sekadar itu, mereka sebaliknya mengaku bahawa peranan Ikhwan tidak begitu menonjol dalam menghasilkan kebangkitan rakyat di Mesir. Ini disebut berkali-kali walaupun ianya merupakan hakikat politik bahawa Ikhwan merupakan parti politik pembangkang yang paling kuat dan tersusun di bumi Mesir ketika ini.

Bagi yang kurang memahami dan ingin mempermudahkan persoalan ini, mereka dengan segera menjawab bahawa itu hanya satu strategi dan tipu helah yang dilakukan Ikhwan supaya dunia Barat tidak menyokong Mubarak dan terus memaksakan kepimpinannya ke atas masyarakat Mesir. Bagi yang memahami proses perubahan masyarakat dari sebuah masyarakat yang tidak berpaksikan Islam kepada yang berpaksikan Islam, mereka memahami bahawa masih ada banyak lagi yang perlu dilakukan sebelum sebuah gerakan Islam boleh mengambil alih kepimpinan masyarakat.

Alasan yang diberikan para pimpinan Ikhwan berhubung pendirian mereka ialah bahawa masyarakat masih tidak memahami Islam dan konsep pemerintahan Islam. Dalam keadaan ketidak-fahaman ini, maka persoalan kepimpinan Ikhwan ke atas masyarakat Mesir dianggap menyulitkan. Apa yang diingini Ikhwan buat masa ini adalah suatu keadaan yang akan menjamin hak mereka untuk menjalankan program-program penerangan mereka, melalui percakapan, tulisan dan juga amalan, sehingga masyarakat memahami apa yang mereka perjuangkan dan menyokong mereka atas sebab mempunyai cita-cita dan wawasan politik yang sama. Dalam erti kata yang lain, perlunya satu tempoh transisi dalam masa mana masyarakat Mesir akan lebih bebas dan terbuka, mengizinkan proses penerangan dan didikan dilakukan tanpa apa-apa halangan dari pihak berkuasa yang mengongkong selama ini. Suasana sebegini, yang boleh dikatakan sebagai lebih demokratik, akan membenarkan setiap kumpulan bergerak untuk mendapatkan sokongan dari rakyat supaya akhirnya mereka akan diterima sebagai pemimpin dan pemerintah secara rela. Ikhwan berkeyakinan bahawa proses sebegini adalah yang terbaik dan oleh itu tidak gopoh untuk mendapatkan kekuasaan dalam suasana masyarakat masih belum memahami risalah yang dibawa mereka.

Sikap Ikhwan yang sebegini sebenarnya tidak menghairankan. Tulisan-tulisan pemimpin-pemimpin mereka, walaupun dari kalangan yang dianggap paling ‘ekstrim’ oleh dunia Barat, seperti As-Syahid Syed Qutb, menceritakan tentang suatu proses perubahan yang memakan masa, berperingkat-peringkat dan berdasarkan kerelaan masyarakat untuk menghayati perjuangan Islam. Sebagai contoh, tulisan Syed Qutb, di dalam bukunya ‘Petunjuk sepanjang Jalan’ atau ‘Ma’aalim fit Tariiq’ dirujuk di sini sebagai bukti.

Di Dalam Bab kedua yang bertajuk ‘Tabii’atul Manhaj Al-Quran’ atau ‘Tabiat Program Al-Quran’ Syed Qutb menjelaskan bagaimana Al-Quran membentuk masyarakat Islam melalui satu proses yang ditetapkan Allah sendiri. Beliau menceritakan bagaimana melalui proses yang beransur-ansur, bermula dari kefahaman terhadap Aqeedah Islam yang sebenar, kumpulan manusia beriman telah dibentuk. Bagaimana di bawah kepimpinan Ar-Rasul, orang-orang yang beriman dicorakkan berdasarkan hidayah yang diambil dari Al-Quran, yang diwahyukan Allah secara berperingkat-peringkat, sehingga menjadi satu masyarakat yang luar biasa ketaqwaan dan ketaatan mereka. Syed Qutb menegaskan bahawa proses yang lama dan panjang ini disengajakan dan itulah proses yang perlu diguna-pakai oleh mana-mana golongan yang ingin mencorakkan kembali masyarakat ummat Islam sehingga menjadi masyarakat Islam sebenar.

Perkara ini berulangkali ditegaskan, sehingga apabila dikemukakan cadangan untuk gerakan Islam mengemukakan terlebih dahulu “teori-teori mengenai sistem perundangan yang lengkap, supaya Islam membentuk dasar-dasar penyelesaian masalah-masalah yang mungkin timbul”, Syed Qutb menempelak cadangan sedemikian dengan menjawab, “sedangkan di bumi ini tiada lagi sebuah masyarakat yang telah memutuskan untuk patuh kepada perintah Allah dan menolak sebarang peraturan dan undang-undang selain dari syariat Allah, sedang mereka mempunyai kuasa untuk melaksanakannya”. Ini jelas membuktikan bahawa pada pandangan beliau, pembentukan manusia yang mempunyai penganggan Aqeedah Islam yang tepat, kukuh dan mantap perlu didahulukan sebelum terlaksananya perundangan dan dasar-dasar Islam diperingkat masyarakat dan Negara.

Ini adalah kerana Islam bukan peraturan dan sistem semata-mata tetapi ianya adalah terlebih dahulu kepercayaan dan keyakinan terhadap wahyu Allah berhubung peraturan dan sistem tersebut.

Prinsip yang sama boleh kita jumpai di dalam beberapa ayat Al-Quran, termasuk ayat 32 Surah Al-Furqan yang bermaksud:
“Dan orang-orang yang kafir berkata: "Mengapa tidak diturunkan Al-Quran itu kepada Muhammad semuanya sekali (dengan sekaligus)?" Al-Quran diturunkan dengan cara (beransur-ansur) itu kerana Kami hendak menetapkan hatimu (wahai Muhammad) dengannya, dan Kami nyatakan bacaannya kepadamu dengan teratur satu persatu”.
Dari ayat di atas jelas bahawa keinginan untuk melihat gerakan Islam bergerak secara gelojoh dan gopoh sememangnya diinginkan oleh musuh-musuh Islam termasuk semasa zaman Rasulullah (SAW) sendiri. Namun Allah inginkan supaya mereka yang beriman disabitkan dan diikat hati mereka dengan Al-Quran itu sedikit demi sedikit, sehingga pendirian dan pemikiran mereka dikukuhkan Al-Quran dan dengan itu pembentukkan masyarakat Islam dilakukan dengan cara yang mantap.

Secara ringkas proses yang dibawa Al-Quran merupakan proses yang bermula dengan menanam Aqeedah, diikuti pula dengan pembentukan Akhlak. Akhirnya apabila Aqeedah dan akhlak itu menjadi cara hidup yang dianuti dengan penuh keyakinan, maka dikuatkuasakan syariat sebagai pagar menjaga supaya Aqeedah dan Akhlak tersebut tidak dinodai.

Kalau dilihat dari perspektif ini, amat menghairankan mengapa golongan Ikhwan pernah dan mungkin masih dilihat sebagai golongan ekstrimis serta pengganas. Kemungkinan besar ianya adalah sikap yang terbawa-bawa dari zaman kumpulan Ikhwan menentang British dengan kekerasan pada masa Mesir masih dijajah. Seterusnya selepas merdeka, persepsi ini dikekalkan dan dikukuhkan golongan Sekular Mesir demi menjamin sokongan Barat terhadap regim mereka yang korup dan zalim.

Begitulah juga yang telah diusahakan, walaupun kurang berjaya, di Malaysia oleh UMNO/BN berhubung persepsi masyarakat dan dunia Barat terhadap PAS. Namun, apabila difahami bahawa apa yang diinginkan oleh semua gerakan Islam ialah peluang untuk bergerak melalui proses demokrasi untuk mendapatkan sokongan rakyat terhadap wawasan politik Islam yang diperjuangkan mereka, adalah diharapkan sikap permusuhan terhadapnya akan semakin luntur. Lebih-lebih lagi apabila difahami pula bahawa wawasan politik Islam yang diperjuangkan membawa mesej keadilan untuk semua dan bukan mesej penindasan satu kelompok manusia ke atas kelompok yang lain.

WaLlahu 'Alam
KHALID SAMAD
Jazan, Saudi Arabia

21 comments:

Kay Du Lac said...

Salam YB,

Bukan mahu mengutuk, cuma mahu berbincang. Bercakap tentang pembentukan masyarakat Islam dan hubungannya dengan PAS.

Saya lihat PAS dulu dan sekarang amat jauh berbeza. Dahulu, PAS merupakan sebuah parti yang tidak akan berkompromi berkaitan perkara Islam. Tapi kini, PAS sudah semakin ‘lembut’.

PAS kini lebih mendengar kata DAP dan PKR dalam perkara berkaitan Islam. Ianya amat menyedihkan umat Islam di negera ini.

Apa yang lebih menyedihkan adalah Anwar Ibrahim yang mahu melantik Lim Kit Siang sebagai TPM. Adakah pemimpin Islam dalam PAS tidak layak untuk memegang jawatan tersebut? Mengapa pemimpin PAS tidak diberi peluang?

Saya rasa pemimpin PAS perlu memikirkan kembali perjuangan Islam. Kini, rakyat sudah menyedari perkara ini dan tidak lagi menyokong PAS. PAS sudah tewas di beberapa PRK dan mungkin menemui nasib sama di Merlimau.

hudaibi said...

hello bro,
bila dpt tauliah dari ikhwan ni?
memandai je nak interpret sendiri perancangan ikhwan di mesir..

Anonymous said...

habis tu.. bila yg kita boleh kata rakyat dah bersedia nak hukum Islam tu?????
bila semua rakyat jadi tokguru dan takbuat dosa???
kalau ikut engkau....sampai kiamat pun tak akan tertegak hukum Allah.

Anonymous said...

YES. Sokong Kay Du Lac.

Apa macam 4RAKYAT..bola tanggung ni..

L_J said...

YB,

Jika masyarakat Mesir (dimana 90% adalah orang Islam) masih tidak memahami Islam dan konsep pemerintahan Islam dan perlu suatu proses menjalankan program-program penerangan melalui percakapan, tulisan dan juga amalan, sehingga masyarakat memahami Islam dan konsep pemerintahan Islam, situasi di Malaysia (dimana lebih 40% adalah orang bukan Islam, jika kebenaran diutarakan) nampaknya begitu sukar, hampir mustahil, untuk mewujudkan suatu masyarakat Islam dan jika ianya menjadi realiti (& itu mustahil), ia akan mengambil berpuluh2 tahun atau beberapa abad.

Hakikatnya, YB, di dalam sejarah tidak ada bangsa (nation) manapun yg telah menerima dengan rela hati pemerintahan oleh sebuah agama yg asing daripada agama sedia ada, bahkan bangsa itu bertukar agama. Di Malaysia keterangan menunjukkan bahawa orang bukan Islam tidak sama sekali berminat masuk islam dan ini begitu ketara. Dalam keadaan tersebut memang mustahil mereka akan, pada bila2 masapun, memerima pemerintahan Islam secara sukarela.

Justera (walaupun mungkin boleh jadi masyarakat Islam Mesir dapat menerima pemerintahan Islam pada suatu waktu kelak, masyarakat bukan Islam di Malaysia tidak akan sekali2pun menerimanya dengan sukarela) perjuangan asal PAS untuk menubuhkan negara Islam sepatutnya diubahkan. Dan saya sebagai penyokong PAS, memandangkan kelakuan mereka dimana2 tempat PAS memegang kuasa atau mampu mempengaruhi tatacara penentuan, suka mendorong PAS untuk memegang sebagai tujuan utama dan muktamad penyerapan unsur2 keadilan Islam kedalam pentadbiran di Malaysia.

Sambil lalu, YB, saya amat tertarik dengan ayat terakhir wacana di atas, yakni “wawasan politik Islam yang diperjuangkan membawa mesej keadilan untuk semua dan bukan mesej penindasan satu kelompok manusia ke atas kelompok yang lain.” Semoga wawasan tersebut menjadi realiti di Malaysia.


Salam,

LJ

Bosan-Dengan-UMNO said...

Orang UMNO kt sini yang tak paham Ikhwan, tak payah bising. Tak tau sejarah Ikhwan takyah bising jugak. Kalau baru start dengar pasal Ikhwan ni baru seminggu dua je, baik pegi main badminton lagi baik.

Tapi... kalau ada niat baik, nak tau pasal perjuangan Islam, tgk video BBC hardtalk ni:

The best quote:"You may not imagine Zainab (referring to the BBC hardtalk presenter) that Islam allows factories of alcohol for non-Muslim in a country that is rule by Islam"

Link: http://news.bbc.co.uk/2/hi/programmes/hardtalk/9384094.stm

Takbir!!

Anonymous said...

Setuju dengan Bosan-Dengan-UMNO, saya nampak hujah YB Khalid selari dengan apa yang Kamal Al-Helbawy nyatakan dalam interview itu. Bertuah PAS ada pemimpin yang bertaraf global, kesian dengan UMNO yg masih memperjuangkan soal perut yang membuncit...

karim said...

YB

ana dah naik bosan baca komen kononnya ahli pas complain yg pas sekarang tak macam dulu.
mula2 ana kecewa juga dan mempercayai mungkin mereka2 memang ahli pas yg confuse TAPI bila baca betul2 sah mereka ni gerak saraf dumbno yg di beri upah untuk hancurkan islam.

Serious Shepherd said...

"Apa yang lebih menyedihkan adalah Anwar Ibrahim yang mahu melantik Lim Kit Siang sebagai TPM."

Dalam perlantikan pimpinan selepas Pakatan Rakyat berkuasa, baik kita rujuk kepada seorang doktor yang sudah menjadi presiden sebuah parti politik. Menurut beliau, jika Pakatan Rakyat berkuasa, PAS akan berada di tempat duduk kapten yakni mengetuai kerajaan tersebut.

muak dgn pr!! said...

salam...ermm..menarik topik berkaitan islam ni..tp paling menarik kalo sebuah negeri yg dikatakan serambi mekah di malaysia ni dpt menunjukkn cth bgaimana sebuah negeri yg pemerintahannya kononnya diketuai oleh seorg 'tok guru' menjadi cth sebuah pemrintahan islam..tp malangnya..sebuah negeri yg hmpir 90% beragama islam dipimpin selama 20 thn kononnya oleh tok guru msh di takuk lm..rata2 rkytnya mncr rezki di negeri luar kerana negeri mereka msh tidak mementingkn keseimbangan ukhrawi n duniawi..kesesakan yg luar biasa tiap kali musim perayaan menunjukkn bahawa hmpir semua rkyt klate kerje di negeri luar..

begitu juga dgn tahap kebershan di negeri serambi mekah ini walaupun kebersihan itu adalah dituntut dlm islam..tetapi kepimpinan islam di klate gagal mentarbiyahkn rkytnya mnjg kebersihan...

begitu juga dgn akhlak2 rkyt klate..kita blh liht kalo mereka berkumpul di stadium..mereka akn membuat sesuka ati mereka wlapun mungkin mak bapak mereka adalah penyokong tegar pas..tidkkh dakwah itu seharusnya dimulakan dgn ahli keluarga..nape rata2 mak bapak org2 klate ni gagal mndisiplinkn anak2 mereka tiap kali mereka berkumpul distadium menonton bola..

pembinaan BERHALA2 yg terbesar di asia tenggara tdk lngsung menunjukkn bahawa klate diperintah oleh seorg yg dipnggl 'tok guru'..kekuatan ekonomi mnjd tunggk di dalam sesuatu pemerinthan..mcm yg terjd kt mesir..slh satu reason adlh ekonomi..so kenape kerajaan klate yg dikatakn islamik gagal mnjg kebajikn rkytnya dr aspek ekonomi..byk rkyt bekerja di negeri org dn pling ketara rkyt klate msh meminum air sg n perigi wlpon pusat telah pon memberi peruntukn berkaitan air di klate..

so..kesimpulannya kt sini..harap pas mnjdkn klate negeri cth kpd org lain memandangkn mereka mentadbir klate selama 20 thn..tp yg terjd adalh seblknya..perinth sebuah negeri pon kucar kacir..mngkin bila pr perinth malysia nnti kita akn mngemis kpd imf n bank dunia dan di ms tu kita akn mnjd hmba yahudi n amerika!!

rie said...

haha..kata mangkok2 PAS..bile kite cakap/perli kat PAS(PKR)...sume cakap umno beri upah..haha mmg 3rd class la pemikiran korg ni..bukti depan mata still xnampak2 lg..mmg ati korg da buta(itam) oh lagi satu..Mesir skg x pulih2 lg..kite tgk camne keadaan Mesir nnti..ISLAM menang ke..or sorg lg Boneka YAHUDI akan bertapak d sana..ahaha..lawak betul la Pro-PAs ni..pfft!!

Anonymous said...

habis tu karim yg pengundi atas pagar mcm aku termakan dakyah pas ni kau kata di beri upah untuk hancurkan islam jgk ke?

tapi aku heran la..pas tu agama ke smpi menentang pas di anggap menghancurkan islam? pelik aku tarbiah orang pas ni.

Anonymous said...

Bai..sebab tu gua selalu kata, kalau nak berpolitik ni kita kena ada agama.., bukannya kita mencari agama dalam politik. Sampai mampus pun takkan jumpa baii....

Tapi berlainan dengan puak-puak pengikut PAS. Dorang harapkan keredhaan Tuhan dengan berpolitik, bukannya dengan beribadat.

Dorang pakai serban dan jubah bukan kerana sunnah.., dorang pakai semua tu kerana ikutan dan kerana dah masuk PAS.

Dorang berlagak alim bukan kerana dorang bangga jadi muslim, tapi dorang buat semua tu pasal dorang berbangga jadi pengikut PAS.

Dan pengikut PAS tuduh orang lain tak islamik, tak cukup beriman dan tak pandai agama bukan sebab dorang tu betul-betul faham dan amalkan Islam..., tapi dorang buat macam tu pasal dorang masuk gerombolan PAS.

So...apa yang nak kita herankan sangat dengan perangai puak-puak bangang PAS ni semua. Bagi gua, dorang ni semua setakat level burung kakak tua saja baii... Hanya tau tiru, tapi sebenarnya tak faham satu apapun... Hahahahahahaha...

FIRASSINAR said...

Sampai bila pas mahu menyertai pilihanraya yang tidak adil?Faham sy demokrasi tu suara ramai namun suara ramai itu adakah mewakili kebenaran? Begitu juga demontrasi,menuntut perubahan@ reformasi,menimbulkan persoalan mengenai meREFORMkan apa?Hal-hal ukhrawi ke hal-hal duniawi? Sy teringgatkan 13thn lalu iaitu zaman reformasi menuntut mahathir undur,menuntut bebaskan anwar.Jadi tidak cukupkah kisah pelajaran di atas yang akhirnya memunculkan idea kerajaan perpaduan.Apa yg tergambar jelas bukan rakyat saja yang perlu di rubah dan ditarbiah tetapi pemimpin juga perlu diREFORM walaupun dia pengerak perubahan jika membawa kearah kehancuran.Rakyat malaysia yang mahukan perubahan yg hakiki perlukan DOS yg besar,kuat lagi suci iaitu melalui REVOLUSI,bkn reform iaitu tukar BN,PAS GANTI.Bkn angkat ANWAR TENDANG NAJIB,sb itu hanya pemandu2 saja. Rkyt malaysia yg ingin perubahan hakiki perlu bergerak merubah sistem yg di waris saka daripada penjajah kepada pemerintah, itulah jalan sebenarnya yang ikhwan masih gagal menterjemahkan dalam jiwa-jiwa di mesir.Namun apa yang terjadi DI TUNISIA, MESIR, ALGERIA, YAMAN, BAHRAIN serta yg berhampiran dgnnya akan berekor panjang kerana ini bagaikan permulaan. Mungkin YB pernah terbaca statement PAK SAMAD ISMAIL sewaktu reformasi98, bunyinya seperti begini "ini bukan gelombang,ia hanyalah kocakan di dalam kolam".

Abu Razeen 2 said...

"Beliau menceritakan bagaimana melalui proses yang beransur-ansur, bermula dari kefahaman terhadap Aqeedah Islam yang sebenar, kumpulan manusia beriman telah dibentuk. Bagaimana di bawah kepimpinan Ar-Rasul, orang-orang yang beriman dicorakkan berdasarkan hidayah yang diambil dari Al-Quran, yang diwahyukan Allah secara berperingkat-peringkat, sehingga menjadi satu masyarakat yang luar biasa ketaqwaan dan ketaatan mereka.".


Bro. Khalid.
1.musuh2 Pas mahukan Pas ikut rentak mrk dlm perjuangan Pas menentang musuh2 tersebut.

mrk mahu Pas tekankan isu2 semasa spt ekonomi, sosial dsb yg samada isu itu itu 'real' atau hanya ' diversion'.

mrk takut klu Pas ada program tersusun dan berterusan lengkap dgn 'audit mechanism' spt scorecard , KPI dsb. utk mantapkan Islam dan Iman umat Islam hingga JELAS apa itu Islam vs jahiliyyah ; apa itu iman vs kufr dan syirk.

mrk amat takut klu umat Islam BENAR2 faham tuntutan syahadah, mrk PASTI sokong hudud dan sistem Islam termasuk Pas yg berjuang utk semua itu.

kezaliman sosial dan ekonomi wajib ditentang, tapi zulmun 'adzim itu lebih wajar diutamakan utk ditentang habis2an.

Pas wajib muhasabah sedalam2nya perkara diatas sebelum mendapat jawapan KENAPA pak aji, mak aji dan org yg mengucap dua kalimah syahadah masih enggan undi Pas selepas 50 tahun.

2.Pas S'ngor khususnya wajib bangun dan ambil iktibar kajian yg kata Pas S'ngor akan tumbang dlm PRU 13. Begitu juga laporan Daim ramal Pas dan PR akan hadapi laluan sukar dlm PRU 13.

Penerangan Pas S'ngor sibuk dgn blog peribadi tapi seolah2 abai penerangan harian, mingguan dan bulanan Pas S'ngor kpd rakyat pengundi.

Pas Kelantan wajib dijadikan model khususnya aspek efficiency dan effectiveness cawangan2 dan culaan undi.

3. PRK2 yg banyak berlaku saksikan kelemahan dan tidak bersedianya jentera p/raya Pas tempatan.

masa p/rayalah baru nak turun jumpa pengundi, khidmat masyarakat dsbnya.

Pas Pusat , negeri dan kawasan wajib audit dan laksanakan MBO - mgmt by objective- dan mchanisme lain utk tempah jalan kemenangan.

klu kepimpinan dan jentera Pas pelbagai peringkat masih selesa di tahap sediaada, maka WAJIB dibuat MBO lain......MANAGEMENT BUY OUT!!!

Anonymous said...

apalah bodoh sangat org umno ni.tak boleh berfikir langsung.harap mereka ni terkena batang hidung baru sedar kot

Pak Lang said...

As Salam YB,

Saya mengikuti perkembangan YB dari semasa ke semasa. Sebagai manusia biasa yg bukan maksum kita tak boleh lari dari kesilapan. Yg penting ialah keikhlasan hati yg hanya Allah yg Maha Mengetahui. Manusia bebas memberikan pendapat tetapi asasnya ialah lillahitaala. Sedang mazhab yg 4 pun ada perbezaan. Secara peribadi saya dapat merasakan keikhlasan YB dalam menangani sesuatu isu. Tabik kepada YB yg memberi laluan kepada komen2 keras yg tidak sealiran tidak seperti setengah Blogger pro UMNO yg menyekat komen yg tak sealiran dari disiarkan dalam Blog mereka. Ken tapis dulu mcm penapis BIOAURA pulak. Wassalam.

Nafsu Amarah said...

As salam,

Rasulullah di utuskan untuk menyempurnakan akhlak. Pada pemahaman saya yg kurang ilmu ini agama adalah fitrah bagi manusia yg ditentukan Allah SWT untuk kebaikan manusia sendiri. Ibadat adalah segala sesuatu yg dilakukan kerana Allah Taala, tapi hakikatnya utk manusia sendiri. Yg diharamkan disebabkan memudaratkan diri sendiri begitu juga yg makruh. Yang halal memang baik utk manusia juga. PAS, UMNO atau PKR hanya baju sahaja. Hakikatnya nafsu, kehendak dan tujuan hanya Allah Taala yg maha mengetahui. Namun siasah/politik dalam Islam ada rujukannya. Memilih pemimpin tertinggi begitu juga. Yg penting keikhlasan hati dalam mencari kebenaran. `Demi jiwa yg di ilhamkan dengan kebaikan dan keburukan. Beruntunglah mereka yg menyucikan jiwa mereka. Kalau kita benar mencintai Islam sudahkan kita mencontohi para2 solihin. Adakah kita mampu sentiasa menunaikan solat Tahajjud ukt membersihkan jiwa supaya fikiran akan mendapat ilham yg jernih. Dapatkah kita menyayangi saudara sesama Islam. Atau paling tidak pun menghormati mereka dgn akhlak yg mulia. Yg baik drp Allah Taala dan buruk dtg drp saya yg hina.

man said...

Hati manusia terbahagi kepada tiga jenis, satu positif dan dua yang lain adalah negatif, ia terserah kepada manusia Muslim untuk memilih salah satu daripada tiga jenis hati:(1) hati yang sejahtera (2) hati yang mati dan (3) hati yang sakit.

Hati yang sejahtera

Iaitu hati yang sejahtera daripada menuruti hawa nafsu serakah yang menyalahi perintah Allah SWT, tidak terjebak dalam perlakuan syirik kepada-Nya, tidak melakukan tindakan yang menyalahi ajaran Rasul-Nya. Ia adalah hati yang sentiasa tunduk kepada kehendak Allah, mencintai-Nya lebih daripada isi dunia, takut kepada seksaan-Nya, rindu untuk menemui-Nya, ikhlas kerana-Nya, mengasihi seseorang Muslim dan membencinya kerana-Nya, sentiasa sokong dan cenderung kepada hukum-hakam- Nya, terselamat daripada jangkitan virus penyakit hati. Inilah hati yang hidup sejahtera, lembut, sedia menerima nasihat.

Hati yang mati

Iaitu hati yang berlawanan dengan hati yang sejahtera 100 peratus, iaitu membiarkan untuk tidak terus mengabdikan sebagai hamba Allah, menuruti hawa nafsu, menyanggah hukum-hukum- Nya, membenci golongan yang menyeru kepada kebaikan, menghalang majlis-majlis ilmu, tidak mahu menerima nasihat yang baik malah melawannya, bersahabat dengan orang-orang jahat. Itulah hati yang mati dengan Islam.

Hati yang sakit

Iaitu hati yang tidak konsisten, adakalnya cenderung kepada kebaikan dengan mendengar nasihat penceramah dan pada masa sama cenderung kepada kejahatan, inilah hati sekejap baik sekejap jahat.

UMNO nak pilih peringkat mana 1,2 atau 3. Nampakx dekat sini UMNO di peringkat 2 dan 3.

man said...

Tanda-tanda hati yang sejahtera adalah:

1. Sentiasa mengarah tuan punya diri untuk terus mengingati dan bertaubat kepada Allah.
2. Sentiasa mengingatkan tuannya untuk beribadat kepada Allah.
3. Rasa selesa, seronok dan kelazatan beribadat lebih daripada kelazatan makanan dan minuman.
4. Memberi tumpuan sedalam-dalamnya terhadap apa yang dibaca khususnya ketika melaksanakan solat.
5. Mengingatkan tuannya agar sentiasa menghiasi diri dengan akhlak yang mulia, sama ada perbuatan, kenyataan dan tindakan.
6. Reda terhadap pelaksanaan perintah Allah dan bersedia untuk meninggalkan segala tegahan dan larangan-Nya.
7. Seronok menghabiskan masa untuk Allah dan gelisah apabila habis untuk selain-Nya.

Tanda-tanda hati yang rosak:

1. Hati tidak merasa bersalah apabila terlibat melakukan dosa dan maksiat.
2. Tidak terasa untuk melakukan taubat apabila melakukan kesalahan.
3. Merasa seronok bergelumang dalam dosa.
4. Tidak mempedulikan perintah Allah, malah suka terbabit pada larangan-Nya.
5. Benci kepada kebenaran dan cuba menghalang kemaraannya.
6. Benci kepada orang-orang soleh atau mereka yang suka melakukan kebaikan.
7. Suka bertengkar pada perkara yang tidak memberi manfaat untuk agama.
8. Menerima rasuah, sogokan, riba dan perkara haram serta merasakan keseronokannya.
9. Takut kepada orang yang gagah, tetapi sedikit pun tidak takut kepada Allah.
10. Benci kepada perkara makruf dan suka kepada perkara mungkar.
(Yang ini kategori UMNO contoh kat malaysia dah kata haram letak kalungan bunga kat makam pahlawan tapi Najib masa lawatan ke Turki Letak kat peruntuh khilafah Islamiyyah Turki, kamal Attaturk takpe ke? Mana ulama UMNO ni???.Menteri Besar Perak adakan upacara ancak tak salah ke.

Anonymous said...

sekurang-kurangnya dpt tgk pencacai UMNO bg komen..bg komen mentaliti rendah