Skip to main content

Isu Semasa: Januari 2011

1. Ada yang mengatakan MB perlu letak jawatan kerana ‘kalah’ dalam Dewan berhubung pindaan perlembagaan.

Respon saya: Selagi mana 34 adalah lebih dari 20 maka persoalan letak jawatan adalah tidak releven. Mungkin hasil dari pembelajaran matematik dalam bahasa Inggeris, UMNO merasakan 20 adalah lebih besar dari 34!

Keadaannya berbeza sekiranya BN mendapat undi lebih dari PR. Dalam keadaan itu mungkin boleh dikatakan bahawa MB telah hilang sokongan majoriti ahli Dewan.

2. Ada yang mengatakan PR dikalahkan di DUN Selangor kerana usul pindaan ditolak.

Respon saya: Sebenarnya dalam soal ini, tiada yang menang dan tiada yang kalah. Apa yang berlaku, dan inilah apa yang diinginkan, ialah pendirian masing-masing menjadi jelas.

PR adalah pro-Raja Berpelembagaan dan pro-Federalisma. Ini adalah kerana PR mengemukakan pindaan yang ingin memberi peranan kepada Sultan dan Menteri Besar. Peranan Sultan akan dipertahankan oleh mereka yang menerima konsep Raja Berpelembagaan. Menolak peranan Sultan bererti menolak konsep Raja Berpelembagaan.

Menteri Besar adalah mewakili pilihan rakyat. Dia mewakili kerajaan Negeri. Menolak peranan MB bererti menolak hak Negeri dan hakikat bahawa Negeri adalah suatu entity yang berdaulat. Menolak hakikat ini bererti menolak Federalisma.

UMNO/BN menunjukkan melalui penolakan pindaan bahawa mereka ingin memusatkan kuasa di peringkat Pusat. Mereka anti-Raja Berpelembagaan dan anti-Federalisma. Hanya Pusat sahaja yang berperanan.

3. Ada yang mengatakan PR derhaka kerana menolak Khusrin.

Jawapan saya: Ketua Pembangkang Negeri Selangor yang baru mengatakan PR derhaka kerana menolak Khusrin sedangkan Sultan merestu perlantikannya. Hakikatnya DYMM Sultan Selangor memahami perlembagaan Negeri Selangor. Baginda memahami bahawa dalam perlembagaan sekarang, Baginda tidak ada kuasa menolak perlantikan Khusrin kerana kuasa semuanya ditangan Pusat. Itulah sebabnya pindaan cadangan PR perlu.

Ketua Pembangkang tidak menjelaskan peruntukan mana di dalam perlembagaan yang boleh digunakan oleh Baginda Sultan untuk menolak perlantikan Khusrin. Dia tidak menjelaskannya kerana dia tahu memang tiada peruntukan sebegitu.

Oleh itu, penolakan pindaan telah mendedahkan penderhaka yang sebenar dan hujjah yang dibawa Ketua Pembangkang tidak berasas.

4. Kekalahan di Pilihan Raya kecil Tenang.

Semua tahu BN berjaya mempertahankan Tenang dengan majoriti yang bertambah. Ini sebenarnya bukan sesuatu yang mengejutkan. Hakikatnya PrK adalah lebih sukar bagi kita berbanding PRU kerana dalam PrK seluruh kekuatan BN serta agensi kerajaan termasuk TV dan Radio ditumpukan di satu kerusi yang ditandingi. Bermacam-macam janji serta projek ditaburkan dan oleh itu BN boleh mendapat lebih ramai dari golongan atas pagar.

Ini adalah lebih lagi dalam negeri-negeri yang diperintah BN atau kawasan kubu mereka.

PrK penting bagi kita untuk terus menyemarakkan semangat ke arah membawa agenda perubahan. Kita pertahankan sokongan yang telah diperolehi selama ini dan bina kekuatan sambil menunggu PRU. Hakikat kita mampu menafikan majoriti 7 ribu di Hulu Selangor dan 5 ribu di Tenang seperti yang diramalkan BN menunjukkan kita mempunyai kekuatan yang lebih dari apa yang dianggarkan oleh mereka.

PrK Merlimau juga akan kita hadapi dengan penuh kesedaran bahawa ianya kawasan BN. PAS masih belum berjaya mendapatkan kerusi di Melaka dan PrK bukan mudah untuk dimenangi. Hanya, kita perlu turun dengan segala kekuatan yang kita ada untuk menentukan sokongan yang ada terus dipertahankan. Sambil itu ianya merupakan peluang untuk kita menyampaikan mesej kita dalam usaha bersiap sedia untuk PRU.

Bagi petugas-petugas PAS/PR, kita sudah lama memahami, kalah menang tetap sama kerana ganjaran kita berdasarkan usaha kita dan bukan keputusan yang dicapai. Oleh itu saya yakin bahawa petugas-petugas ini akan terus bersama dalam menghadapi PrK Merlimau dengan semangat yang tetap tinggi. Kalau BN mengharapkan semangat kita akan pudar, maka mereka akan kecewa.

WaLlahu 'Alam
KHALID SAMAD

Comments

Anonymous said…
Syabas YB, saya mengenali YB melalui ceramah-ceramah YB sama ada di pentas terbuka ataupun melalui CD. Tidak dinafikan,dalam mengupas isu-isu 'sensitif', YB berjaya memberi hujah-hujah yang rasional dan bertanggungjawab.Malah YB dilihat antara salah seorang wakil rakyat PAS yang sentiasa mempertahankan dasar-dasar Pakatan Rakyat. Ramai rakan-rakan saya yang bukan Melayu berkata kalaulah semua MP PAS macam YB, UMNO tutup kedai...!
L_J said…
YB,

1. "MB perlu letak jawatan": Hanya jikalau MB dikalahkan dalam suatu usul tiada keyakinan atau usul biasa perlu MB (dan kerajaan negeri) letak jawatan. Berhubung pindaan Perlembagaan tersebut, ia dilakukan bukan kerana kerajaan Selangor yakin akan menang tetapi untuk membuat suatu kenyataan princip.

2. "PR dikalahkan di DUN Selangor": Saya bersetuju seratus peratus dengan pendiriaan YB berkenaan perkara ini.

3. "PR derhaka kerana menolak Khusrin": Disini saya tidak sekali2pun memahami pendirian BN – kononnya PR menderhaka – sedangkan kerajaan PR mencuba mengembalikan kuasa untuk melantik SS kepada DYMM, yg diraih oleh pentadbiran Mahathir dalam tahun 1993? Tambahan pula, dengan tidak berunding dgn MB, kerajaan pusat telah mengabaikan hasrat demokratik rakyat Selangor.

4. "Pilihan Raya kecil Tenang": Dalam perkara ini pun saya akur dengan pandangan dan pendekatan YB.

Salam,

LJ
Anonymous said…
http://msomelayu.blogspot.com/2011/01/dikir-politik.html

Abdul Hadi Kena Semak Diri Sendiri

KEKALAHAN Pas dalam pilihan raya kecil Dun di Tenang sekali lagi memberi ilham yang sama kepada Presidennya, Abdul Hadi Awang untuk berkomenter 'bernasab nasib' di samping membuang kahak lama yang berlendir di tengkuk. Katanya Pas akan merangka strategi berkesan dalam pilihan raya akan datang bagi menjamin ketelusan pilihan raya.

Dalam pada itu Hadi juga sekali lagi mendakwa kekalahan itu kerana berlakunya pilihan raya yang tidak adil dan berat sebelah.

Itulah sebaik ulasan dan untuk melindungi rasa kecewa dan kebodohan sendiri presiden Pas berkenaan. Alasan klise itu juga sebagai menjustifikasikan keadaan untuk tidak menampakkan Pas terus berladum dalam kebebablan pak pandir.

Saya rasa kenyataan dan azam begini sudah lama dilakukan Pas. Dan Hadi sendiri sudah bergantang gantang membuat kenyataan persis itu, tetapi hasilnya tidak ada apa-apa. Pas tetap menempuh pilihan raya tanpa berkesan. Pas tetap bermain atas padang tidak sama. Pas kena tipu hidup-hidup. Kenyataan Hadi setiap kali berlaku pilihan raya samalah dengan suara pahat sumbing yang akan berbunyi selepas rumah siap. Komenter 'nasab nasib' Hadi nilainya tidak lebih dari itu.

Ironisnya kalau Pas menang istilah berat sebelah, tanah tidak rata, tidak akan timbul. Tetapi apabila Pas kalah maka bergemalah istilah dan hukum berkenaan. Sebelum ini bukan Pas tidak menang, menang. Di Bukit Gantang, Kuala Terangganu, Manik Urai...Pas memang namun di sini tidak tidak pula ada alasan dan istilah itu dikeluarkan Hadi itu.

Selalu cakap Hadi stretoip tidak berubah irama dan lagunya. Tenguklah setiap kali dia menjawab pertanyaan wartawan satu word yang tidak pernah ditinggalkan ialah perkataan "kolektif". Misalnya kalau wartawan tanya apakah Pas sudah membuat keptusan bla... bla, Hadi akan jawab, kita akan putuskan secara kolektif. Perkataan ini sudah sinonim dengan Hadi.
Dalam perhatian dan ingatan saya sejak jadi Presiden, Hadi sudah sebut perkataan itu lebih 100 kali. Kolektif kolektif dan kolektif. Nampak sangat bila berdepan dengan wartawan Hadi tidak mampu membina ayat atau perkataan baru melainkan terpaksa menggunakan patah-patah yang lesu dan basi.

Apabila berdepan dengan wartawan menampakkan kekakuan Hadi sebagai seorang presiden yang resah, gelabah dan tidak tenang, jauh dari profesional. Dia cuba hendak bercakap dan mematahkan pertanyaan wartawan tetapi aksinya tidak mengena sebaliknya melambangkan kelemahan beliau. Ini dapat dilihat pada bahasa badannya.

Sebab itulah kalau perasaan, apabila ada Mustapa Ali disisinya dia akan berpaling ke arah Mustafa dan kadang-kadang Mustafa yang tolong menjawabnya atau memberi klu. Ini sudah lama berlaku dan jika berterusan saya bimbang Mustafa akan menjadi presiden de-facto kepada Pas. Sikap dan pembawaan ini juga menyebabkan wartawan tidak seronok apabila berdepan dengan Hadi.
Begitu juga dengan kenyatana terbaru Hadi berhubung kekalahan Pas di Tenang itu. Katanya Pas akan mengkaji pendekatan yang berkesan. Apakah pendekatan itu? Apakah perlu Pas kalah 1,000 kali baru nak kaji dan nak impliment ketegasan yang dikatakan itu. Hadi hanya mengeluarkan kenyataan saja tetapi tidak pernah ada tindakan ataupun fiilinya.

Ia tidak diikuti dengan tindakan dan strategi untuk menjadikan pilihan raya sebagai berkesan. Tindakannya juga tidak memberi bekas lantaran itu SPR boleh terus berbohong dan menipu rakyat khasnya Pas? SPR sedikitpun tidak peduli dan merasa bersalah atas keburukan dan kebusukan dilakukan.

Ini bermakna suara Hadi tidak memberi apa-apa impak. Suara Hadi tidak berwibawa dan tidak menakutkan. Hadi kena faham akan kelemahan dan ketawaran air liurnya ini. Beliau harus melakukan sesuatu. Paling penting Hadi kena sed
Anonymous said…
MB Perlu letak jawatan kerana dia gagal melaksanakan tanggungjawab. Sekurang2 nya sebagai pentadbir no satu di Selangor, sekira dia rasa ada yang tidak betul bagi dia, dia sepatutnya memastikan agar persidangan ini dilakukan lebih awal. He is too reactive. Either he is dumb or inefficient. I would think Azmin will have done a better job. This involves a bit of political brain something the MB is lacking. Knowing that he is going to lose, why waste money at all by calling the session.
Grand Marquis said…
Respon saya: Selagi mana 34 adalah lebih dari 20 maka persoalan letak jawatan adalah tidak releven. Mungkin hasil dari pembelajaran matematik dalam bahasa Inggeris, UMNO merasakan 20 adalah lebih besar dari 34!

Cakap tak serupa bikin. YB khalid patut tanya YB Nizar, dia belajar matematik kat mana. 28 adalah lebih dari 31.
Anonymous said…
APALAH PUNYA BENGAP YB SORANG NI...TIPU BUDAN TAK SEKOLAH BOLEHLAH...MEMPERTIKAI KEPUTUSAN SULTAN, LEPAS TU CAKAP NAK MENGANGKAT DARJAT SULTAN PULA.
BODOH DAN PENJILAT TAHAP GABAN, IDEA DAP NAK JATUHKAN MARUAH SULTAN MELAYU KAU BOLEH SETUJU...BANGANG SUNGGUH TERSANGATLAH BANGANG.

KALAU MELAYU TAK BOLEH MEMPERTAHANKAN SULTAN, NAK SURUH CINA PERTAHANKAN ?????? LU FIKIRLAH SENDIRI...MELAKA JATUH KERANA MELAYU BUKAN KERANA PORTUGIS...MACAM PENCACAI PAS DAN PKR LA SEKARANG NI CELAKO CELAKO
adamckteh said…
This is not a no-confidence vote against MB. It was a voting process of the Selangor state assembly to a constitution amendment proposed by the administration. The amendment is to return the right to appoint SS, ST and State legal adviser as laid down in the state constitution before the amendment at 1993. Nothing less and nothing more.
Please print your articles and distribute it to the people on the street and also to the kampong folks.
muak dgn pr!! said…
hahaha..double standard btul org2 pas ni..kalo kt perak aritu...sibuk2 suruh bubar dun sedngkn bn msh lg majoriti...tp skrng ni konon nk cite psl matematik plak..sudah la pas oi..mmg dasar lidah bercng org2 pr ni..xpernh iklas..berjuang semata2 nk undi n kuasa..bkn berjuang sbb islam n kebenaran!!!!ckpla yg benar walaupun pahit yb oi!!
Saya masih mengharapkan perjuangan PAS seperti dahulu, perjuangan yang jelas untuk diperjuangkan...tetapi kini setelah Nik Aziz menjadi penentu, dasar perjuangan PAS telah tersasar jauh....! juga jauh dihati saya.
Berdirilah PAS dengan bermaruah tanpa PKR dan DAP terutamanya, janganlah diperbodohkan oleh mereka...! kembalilah pada perjuangan asal semoga kita rakyat Malaysia dapat keberkatan daripada perjuangan PAS.
Kembalilah kepada perjuangan asal....sebuah negara Islam yang berdaulat!
kholidi suam said…
Sedih sebab ada juga Ahli Parlimen Malaysia yang akalnya hanya 20% peratus sahaja boleh digunakan...yang lain hanya digunakan untuk bercakap merapu di pentas politik.

Tak sabar rasanya nak tengok Khalid Samad tumbang di kerusi Shah Alam....

Harap YB sedar sangat2...

Popular posts from this blog

Surat Terbuka Untuk Penduduk Seksyen 23

2hb September 2009 M 13 Ramadan 1430 H السلام عليكم ورحمة الله وبركاته Kehadapan penduduk Seksyen 23 yang dihormati, Semoga surat ini menemui tuan-tuan dalam keadaan sihat wal afiat serta keimanan yang teguh dan jitu berkat bulan Ramadhan ini. Saya mengambil kesempatan ini untuk mengingatkan diri saya serta tuan-tuan akan Firman Allah, Surah Al Maaidah ayat 8 yang bermaksud; “Bertindak adil! Ianya lebih rapat dengan keTaqwaan.” Semoga dalam usaha kita membina keTaqwaan dalam bulan Ramadhan ini, kita mengingati hakikat bahawa ‘keTaqwaan’ yang diusahakan itu mempunyai hubungan rapat dengan keadilan. Keadilan ini pula perlu dilaksanakan terhadap semua, walaupun terhadap yang tidak disenangi. Ini ditegaskan di dalam ayat yang sama yang bermaksud, “dan jangan oleh kerana kebencian kamu terhadap sesuatu kaum menyebabkan kamu tidak berlaku adil…” Kalau terhadap kaum yang dibenci sekalipun dituntut keadilan, apatah lagi terhadap jiran sekampung dan warga sekota? Walaupun mereka tidak seba

Keadilan Saidina Umar Al-Khattab Terhadap Rumah Ibadah Agama Lain

Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengemukakan sebuah kisah dari zaman pemerintahan Saidina Umar Al-Khattab (r.a) untuk tatapan dan renungan tuan-tuan sekalian. Melalui pendedahan ini, adalah diharap sebahagian dari ummat Islam yang tidak memahami konsep keadilan Islam terhadap agama lain, akan sedikit sebanyak dapat memikirkan kembali sikap dan pendirian mereka itu. Kisah yang ingin dikemukakan adalah kisah Saidina Umar dan Kanisah (gereja) Al-Qiamah yang terletak di Quds. Kisah ini adalah petikan dari muka surat 114, kitab Itmam al-Wafa’ fi sirah al-Khulafa’ , tulisan as-Syeikh Muhammad bin al-Afifi al-Banjuri, Darul Ibnu Hazim. “Dan apabila masuknya Saidina Umar ke dalam kota, maka masuklah beliau ke dalam Kanisah (gereja) al-Qiamah, dan beliau duduk di ruang utama gereja tersebut . Setelah tiba waktu solat asar, maka berkata Saidina Umar kepada Patriach Kanisah tersebut, “Saya ingin mengerjakan solat.” Jawab Patriach: “Solat sahajalah di sini”. Tetapi Umar menolak cadan

Tapak Kuil Seksyen 23 Shah Alam

Baru-baru ini, banyak betul yang kita dengar berhubung isu tapak kuil yang dicadangkan di Seksyen 23, Shah Alam. Yang tahu, yang tak tahu dan yang buat-buat tahu, semuanya turut sama mengemukakan pandangan masing-masing. Di antaranya, pandangan Noh Omar yang menyatakan bagaimana kerajaan PR tidak peka terhadap sensitiviti umat Islam. Oleh itu, bagi mereka yang ingin tahu, izinkan saya menceritakan serba sedikit perkara sebenar berkenaan isu ini. Tapak Kuil yang dicadangkan adalah di kawasan Industri, lebih 200 meter dari kawasan perumahan. Sebuah Kuil yang sekarang ini berada di Seksyen 19 akan dipindahkan ke tapak baru yang dicadangkan ini. Di Seksyen 19, kuil berkenaan hanya berjarak 20 kaki dari kawasan perumahan! Buka pintu rumah, seberang jalan terdapat kuil. Sebenarnya, kuil Seksyen 19 telah berada di situ sejak zaman sebelum wujudnya Shah Alam lagi. Pada masa itu kawasan di mana kuil tersebut dibina dinamakan Ladang Sungai Renggam. Apabila PKNS ambil-alih, maka dijadikan kaw