Skip to main content

Video Parlimen: Cut Salary of Works Minister

Oleh Hazayani Zakaria (HarakahDaily)

KUALA LUMPUR, 29 Nov: Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad mendakwa Menteri Kerja Raya, Datuk Shaziman Abu Mansor gagal melaksanakan tugas dalam mengawal selia projek sakit.

Khalid berkata, kegagalan itu dapat dilihat dalam tiga aspek iaitu tender runding terus yang masih diamalkan, mekanisme menyelamatkan projek sakit serta kualiti sesuatu projek itu.

"Yang pertama budaya rundingan terus yang menyebabkan kontrak diberi kepada orang yang kemungkinan tidak ada kelayakan dan dengan harga yang tinggi.

"Sudah banyak kali isu ini dibangkitkan, tetapi sehingga kini tiada penyelesaian. Saya difahamkan, kontraktor yang dilantik telah dihentikan kerana gagal siap, serta ditender semula projek ini dan tentunya akan meningkatkan lagi kos projek tersebut," kata beliau dalam sidang media di lobi Parlimen hari ini.

Kata beliau, projek Hospital Shah Alam yang sepatutnya disiapkan November 2010 kini masih terbengkalai hampir satu tahun ekoran kegagalan kontraktor yang dilantik untuk menyiapkan projek tersebut

"Budaya memberi projek kepada OKU (orang kuat Umno), tanpa runding terbuka terus dipertahankan. Seperti yang kita ketahui, cara ini hanya menyebabkan kos semakin tinggi tetapi kualiti rendah seperti yang berlaku pada projek Istana Negara, Hospital Shah Alam dan Institut Kanser Negara," katanya.

Katanya, mekanisme yang diambil kerajaan hanya menamatkan khidmat kontraktor, selain menawarkan tender baru yang boleh meningkatkan kos projek.

Malah, tambah Khalid menteri turut berbangga dengan mekanisme yang diambil hingga melupakan matlamat untuk menyiapkan projek seperti yang dijadualkan.

Dalam pada itu, Khalid mendakwa menteri turut membuktikan dirinya gagal apabila isu kualiti sesebuah projek itu tidak dapat diselia dan dipantau sebaik-baiknya.

"Isu kualiti merupakan satu lagi kegagalan menteri. Isu kualiti ini bukan soal 'design' tidak betul, tetapi apabila dibina tidak mengikut 'design'. Inilah kelemahan yang perlu dibaiki menteri," tegas beliau.

Sebelum itu, Timbalan Speaker, Datuk Ronald Kiandee menolak usul Khalid agar gaji menteri dipotong RM10 atas kegagalan yang didakwanya itu.



Video ihsan Malaysiakini, berita dari HarakahDaily
-Pejabat YB Khalid Samad-

Comments

saji said…
Salam YB Khalid

1. Cadangan take over projek pembinaan Hospital Shah Alam yang terbengkalai yang YB bincangkan itu sememagnya dibolehkan di bawah condition of contract kontrak kerajaan Malaysia, walaupun ia berlainan dengan yang diamalkan oleh agensi pelaksana kerajaan iaitu tender semula secara tertutup atau terbuka dan memberikan kepada kontrak utama baru.

2. Bahkan semasa era Dato' Mohd Asri PAS menjadi Mentri pembangunan Wilayah dulu, ia telah dilaksanakan oleh FELCRA membabitkan rumah perserta FELCRA Insitu Teratak Batu, Kelantan yang kemudiannya diikuti oleh projek lain di seluruh Malaysia, termasuk yang tidak terbnegkalai dan menghadapi masalah kualiti. Ia bukan sahaja berjaya dilaksanakan, malah memendekkan tempuh pembinaan, disamping kualiti binaan yang banyak lebih baik.

Di mana saya terlibat dengannya sebagai Pengurus Projek.

3. Cuma apa yang saya ingin tekankan di sini ialah,pertama, take over projek FELCRA tersebut, jika dirujuk kepada sistem kontrak pembinaan Inggeris, ia membabitkan perubahan daripada penggunaan kontrak Lump Sum kepada penggunaan kontrak Direct Labour.

Di mana Direct Labour merupakan kontrak pembinaan yang digunakan oleh jurutera PWD penjajah Inggeris untuk membina bangunan2 kolonianya dulu seperti Bangunan Sultan Abdul Samad. Sila rujuk artikal saya di UTUSAN MALAYSIA bertajuk, Bagaimana Inggeris zaman silam mengubah sikap tersiar pada 10/9/2003.

4. Kedua, kontrak Direct Labour hanya sesuai untuk projek kecil.

Bagi projek besar dan kompleks seperti Hospital Shah Alam, saya cadangkan penggunaan sistem kontrak pembinaan Inggeris alternatif yang dinamakan Management Contract.
Anonymous said…
Dearest YB, like Dap always proposed,this salary cut RM10 whatever is a waste of time,they wont care a damn.Pakatan MPs SHOULD act decisively to get these lazy problematic ministers/MPs/govt officials sacked eventually to get the message through to all to see that Pakatan wont stomach nonsense when it governs-make a difference
Anonymous said…
Khalid,
Siapa kata projek hospital seksyen 7 shah alam tu lambat? Kalau di beri peluang pada kontraktor berkenaan, aku rasa sekarang ni dah siap sekurang-kurangnya 95%.

Kalau kauorang tak buat bising, sekarang ni projek tu dah siap.

Aku heran macamana kau boleh dapat maklumat detail pasal hospital baru seksyen 7 ni.

aku ada baca post entry kau before this..information kau cukup lengkap macam kes istana negara yg baru.

must be someone dlm JKR yg leak pada PR.

By the way, company yg dapat kontrak buat hospital tu orang melayu.

yang kerja dalam tu orang melayu & indon.

orang cina pun ada bahagian.

orang india pun ada bahagian.

so macamana nak cari rezeki kalau kau asyik nak bangkang. sekarang hospital dah terbengkalai, kau nak marah JKR pulak??..

kau kata projek runding terus pada kontraktor umno..hoi Khalid, kalau yg menang tender tu semua la umno guna rasuah. maknanya semua syarikat dlm malaysia ni menang tender kerajaan adalah umno?

jahat la kau ni!!!!!!
Anonymous said…
Hanya Khalid Samad je kata projek Hospital Shah Alam sakit.

kalau kita ke seksyen 7, kita akan nampak projek ni dah 70% siap. tapi tak tau macamana projek ni boleh gagal.

kalau lambat 4-5 bulan then aku masih boleh terima..tapi kalau award 2 tahun pun tak jalan lagi then boleh la kau kata projek sakit YB.

aku nampak projek ni gagal sebab orang mcm khalid samad ni yg buat kecoh & baling batu sembunyi tangan.

tengok je projek istana negara? apa dah jadi? sebabkan fitnah, habis semua hancur.

kebanyakkan projek kerajaan mcm hospital shah alam ni lambat sebab kos meningkat. ianya ada berkaitan dgn harga minyak naik masa zaman pak lah..

so bila re-tender balik, hentam kerajaan. kata kerajaan itu & ini..kata kontraktor OKU yg dapat.

aku rasa baik je khalid samad ni jadi menteri kerja raya kalau PR menang PRU13 nanti. bagi dia rasa pulak mcamana duduk atas kerusi menteri.

tapi aku dapat rasa, sifat menyalahkan manusia lain tetap dia akan buat.

silap-silap kambing pun dia salahkan.
Anonymous said…
ni lah akibatnya nak jadi ahlul tapi rupanya jadi bAhlul pas..cakap guna kepala lutut.

cuba kau kira dalam total 5-tahun ni berapa percent projek yg boleh di katagorikan sakit. then baru lah kau cadangkan nak potong gaji menteri.

baru boleh justify & ada check and balance. jangan tau carik kesalahan orang je.

karang aku yg rakyat ni pulak yg potong gaji kau..sebab kau guna kepala otak yg tak berapa cerdik tu.

mau ke?
joehan said…
bgs khalid..kalo projek tu xikut jadual mmg kene komen mentri tu..br kali ni aku stuju dgn ko..hehehehe.kalo korng buat yg btul msti rkyt stuju cthnye mcm tego mentri ni...aku bkn la nk membangkng je dgn ape yg pakatan haram buat..tp korng cube la jgn jd hipokrit sgt..ape pon kita sume harus tumbngkn pakatan haram yg berleluasa kt selngor n malaysia amnya..berkhidmt la dgn btul sementara masa utk korng msh ade sblm pr dikuburkan..hahahahah.
Anonymous said…
sebelum yb khalid nak potong gaji menteri kerjaraya adalah lagi molek sekiranya gaji yb di potong dulu.

alasan 1:
isu kalimah Allah yg yb nak bagi pada kristian. tolak rm10

alasan 2:
isu kuil sek 23 shah alam. nyaris meledakkan pergaduhan antara melayu & india. tolak rm10

alasan 3:
isu yb ke kilang carlsberg yg mana yb sendiri puji diri kata yb adalah manausia politik pertama ke kilang arak. lebih memalukan yb terang-terangan kata tiada pernah wakil bn melawat kilang carlsberg. tolak rm10

alasan 4:
yb kata proses tender hospital shah alam cuma memberi faedah kepada kroni bn. kepada yb, yang dapat faedahnya rakyat. lagi lama yb melalak tak tentu pasal lagi lama la hospital ni nak siap. tolak lagi rm10

alasan 5:
yb menyokong dap masuk masjid bagi ceramah. ramai yg bantah tapi yb anggap umat islam kat malaysia ni belajar agama tak abis. yang abis cuma orang pas je. bila ada orang selain drp anutan pas bagi pendapat di katakan adalah umno & sesat. tolak lagi rm10

alasan 6:
yb kata mufti perak harunssani bohong. tapi yb cakap sebenarnya yb yg tak ada bukti. cuma harunssani aje yg berani bagi penjelasan konsisten tapi yb tak dak langsung. bagi dlm blog buat apa? bagi la press statement ke? tolak lagi lah rm10

alasan 7:
kali ni yb sendiri bohong. dalam entry yg lepas kalay tak silap saya yb minta hospital shah alam di ambil alih oleh jkr tapi bila jkr ambik alih sekarang ni yb pusing balik kata jkr bagi pada kroni. yang mana satu betul tah aku pun pening. tolak lagi la rm10

alasan 8:
yb tolak perpaduan melayu iaitu perpaduan antara pas & umno. sekarang ni bn dah bukak keahlian kepada ngo & mana-mana badan-badan atau persatuan-persatuan atau individu (kalau tak silap), maka ramai puak puak pas yg jadi histeria. tapi lah kalau pas & umno bergabung aku rasa anWAR & dapIG pasti akan meraung. tolak rm10

alasan 9:
yb kata umno yg ajar rakyat benci sesama kaum & perpecahan tapi hakikatnya orang macam yb sendiri yg tak nak perpaduan tapi mendabik dada kata pas adalah penyatuan orang melayu atas alasan islam sebagai medium. tapi pas lupa pas sendiri kafirkan umno & menghina sesiapa yg tidak sehaluan dgn pas maka orang itu di anggap sebagai menentang islam atau tak faham pasal islam. tak percaya. cuba kauorang tengok komen drp mana-mana yg neutral dlm komen entry yb..pasti kena kutuk dgn pasBERG. tolak rm10

alasan 10:
yb fitnah polis kata polis bunuh allahyarham adik amirulrasyid & yb dah jadi hakim kepada rakyat. fitnah ini amat besar sekali yang mana rakyat mcm saya ni boleh sangsi dgn polis. tapi saya amat rasional. tak ada polis sapa nak jaga negara ni? unit amal pas? hahaha..
yb kena mintak maaf dgn polis & juga keluarga allahyarham adik amirulrasyid sebab angkara yb lah, ramai puak-puak mcm yb ni pijak kepala.

yang ni aku sarankan kauorang suggest berapa nak tolak..
Jebon said…
Apa ke bingung puak2 UMNO komen kt atas nih, korang ni tau tak apa dia isu yg dibawak, korang dgr tak habis video yg disertakan. Tak tau, tak nak dengar, pastu nak melalak tak tentu pasal. Cukup2 la tuh, karang orang kata bodoh sombong marah pulak!
Anonymous said…
Brader Jebon,
aku tak bingung baca komen kat atas. tak kira la drp puak umno ke atau puak pas.

cuma aku tak faham kenapa perlu jkr tamatkan kontrak hospital tu dan nak re-tender balik.

sepatutnya jkr kena bagi peluang pada kontraktor tersebut. benar hospital tu dah nak hampir siap.

khalid samad sebenarnya cuba nak tonjolkan diri. aku faham sebagai wakil parlimen shah alam, dia kena ambik tau. tapi masalahnya, dia hentam kiri dan kanan. khalid sepatutnya kena bantu kontraktor tu. panggil & tanya apa masalahnya. bawak problem kontraktor kepada parlimen then bentangkan. barulah betul. baru kerajaan boleh tengok apa masalahnya. Dan kalau kontraktor tu masih bermasalah then baru la boleh nak di ambil tindakkan.

baru boleh jadi pembangkang berkualiti & di hormati rakyat.

kalau setakat bagi press statement mcm dlm video tu, semua ahli parlimen boleh cakap tapi idea tak ada.

yang anon kat atas tu pasal potong gaji nih aku setuju sangat la tolak singgit je..kesian..dah banyak dah kau tolak tuuu..

kepada joehan..lain macam je kau hari ni..hehehe..
joehan said…
hahaha..aku sj je bg puji2 skit kalid ni...bg die perasan lebih skit..wlpon sbrnya die ni xde sumbangn sgt pon pd kemajuan neg selangor..mcm kebanyakan mp dr pr..ckp je berdegar2..tp tindakan xde..tu yg aku nasiht kt die..wt kje btul2 semntara msih ade baki beberapa bln sblm pru13...sbb pr akn dikuburkn di selangor..percayalah ckp aku wahai khalid..rmai kwn2 aku yg skong pkr n pas dh pon beralih arah sbb meluat n menyampah dgn nuar brahim..nuar brahim mnjd liabiliti pr skrng..
Anonymous said…
TERUSKAN PERJUANGAN YB!!!
Anonymous said…
Tegakkan kebenaran!!!
Anonymous said…
Yg post kat atas tue..sub kotraktor @ main kon projek hospital yg x siap ker? Hahaha..Kesian ak tgk...jgn banyak ckp jgn lari isu.. mari kita lihat saper yg kene http://malaysia-today.net/mtcolumns/36009-the-contract-changes-hand-and-rm78-million-is-made-atas-angin-part-5

Popular posts from this blog

Keadilan Saidina Umar Al-Khattab Terhadap Rumah Ibadah Agama Lain

Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengemukakan sebuah kisah dari zaman pemerintahan Saidina Umar Al-Khattab (r.a) untuk tatapan dan renungan tuan-tuan sekalian. Melalui pendedahan ini, adalah diharap sebahagian dari ummat Islam yang tidak memahami konsep keadilan Islam terhadap agama lain, akan sedikit sebanyak dapat memikirkan kembali sikap dan pendirian mereka itu. Kisah yang ingin dikemukakan adalah kisah Saidina Umar dan Kanisah (gereja) Al-Qiamah yang terletak di Quds. Kisah ini adalah petikan dari muka surat 114, kitab Itmam al-Wafa’ fi sirah al-Khulafa’ , tulisan as-Syeikh Muhammad bin al-Afifi al-Banjuri, Darul Ibnu Hazim. “Dan apabila masuknya Saidina Umar ke dalam kota, maka masuklah beliau ke dalam Kanisah (gereja) al-Qiamah, dan beliau duduk di ruang utama gereja tersebut . Setelah tiba waktu solat asar, maka berkata Saidina Umar kepada Patriach Kanisah tersebut, “Saya ingin mengerjakan solat.” Jawab Patriach: “Solat sahajalah di sini”. Tetapi Umar menolak cadangan

Video Tazkirah Ramadhan At-Taubah Ayat 31: Pendewaan Manusia

WaLlahu 'Alam   KHALID SAMAD

Kisah Raja Najashi

Semasa saya terlibat dalam usaha dakwah di UK satu ketika dahulu, kami mendapati bahawa ramai dari kalangan penganut Kristian tidak tahu bahawa Nabi Isa (AS) diiktiraf sebagai seorang Rasul oleh Islam. Begitu juga Nabi Ibrahim, Nabi Musa dan hampir kesemua para Nabi yang diiktiraf oleh agama Kristian turut diiktiraf oleh Islam. Kecuali kumpulan yang tidak diiktiraf Islam ialah ‘Nabi’ selepas Nabi Isa, termasuk penulis Bible yang digelar sebagai ‘Prophet’ oleh mereka. Apabila mereka didedahkan dengan maklumat ini, maka ianya boleh menyebabkan mereka ingin tahu apa yang dikatakan Al-Quran mengenai Nabi Isa dan menjadi satu titik tolak bagi mereka untuk mendampingi Al-Quran.