Skip to main content

PRK Galas – Peluang Bagi PERKASA

Pada mulanya ingin saya ucapkan takziyyah kepada keluarga YB Almarhum Che Hashim atas kembalinya ke Rahmatullah pada 27 September yang lepas. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan dia diterima Allah sebagai seorang hambaNya yang Solleh. Begitu juga didoakan semoga keluarganya diberi Allah kekuatan dan kesabaran untuk menghadapi saat kesedihan dan kepiluan di dalam menghadapi pemergiannya. Semoga mereka terus istiqamah di atas jalan memperjuangkan Islam.

Dengan pemergian Almarhum YB Che Hashim, maka persoalan pilihanraya kecil bagi kerusi DUN Galas menjadi satu perkara yang perlu dihadapi oleh PAS dan juga UMNO/BN. Semua yang mengikuti perkembangan politik sedang membincangkan, dengan begitu bersemangat, samada PAS dapat mengekalkan kerusi ini ataupun ianya akan dirampas oleh UMNO/BN. Walaupun saya bersetuju bahawa hanya kedua kumpulan ini sahajalah yang mempunyai kekuatan untuk memungkinkan kemenangan tercapai, saya tidak menafikan bahawa ada ‘pihak ketiga’ yang sedang giat menonjolkan diri sebagai alternatif kepada BN dan juga PR, khususnya bagi orang Melayu. Pihak ketiga yang saya maksudkan di sini adalah PERKASA.

Kita sering dihidangkan dengan ‘aksi pertelagahan’ di antara PERKASA dan semua yang lain, termasuk juga UMNO, di mana PERKASA mendabik dada sebagai satu-satunya badan yang memperjuangkan kepentingan Melayu. PERKASA ‘menolak’ UMNO dan UMNO pula ‘menolak’ PERKASA dan segala kenyataan yang menyatakan bahawa ‘aksi pertelagahan’ dan ‘tolak-menolak’ adalah sandiwara semata-mata telah dinafi dengan keras oleh kedua-dua pihak. Sebagai bukti ketidak serasian perjuangan PERKASA dengan UMNO, YB Khairy Jamaluddin, Ketua Pemuda UMNO, telah menyatakan secara terbuka bahawa beliau akan meninggalkan UMNO sekiranya UMNO menerima perjuangan PERKASA.

Pilihanraya kecil Galas sebenarnya merupakan peluang terbaik untuk PERKASA membuktikan sejauhmana perjuangan mereka disokong oleh ahli UMNO peringkat akar umbi dan masyarakat Melayu secara amnya. Ianya merupakan peluang baik untuk membuktikan samada dakwaan mereka sebagai pejuang Melayu yang sebenarnya diterima oleh orang Melayu atau mereka hanya syok sendiri.

Galas merupakan kerusi majoriti Melayu di dalam kawasan Parlimen Gua Musang, iaitu Parlimen kubu kuat UMNO, yang tidak berjaya dimenangi PAS walaupun pada zaman tsunami politik 2008. Bagi saya, ianya merupakan kerusi yang ‘ideal’ untuk PERKASA mencabar kedudukan UMNO sebagai parti yang memperjuangkan kepentingan Melayu demi membuktikan bahawa masyarakat Melayu lebih bersetuju dengan pendirian dan pendekatan mereka berbanding dengan pendekatan UMNO. Ianya merupakan kerusi ‘ideal’ untuk dijadikan sebagai kerusi ‘debut’ atau pemunculan pertama di muka umum bagi PERKASA yang akan menandakan kemasukkan PERKASA ke dalam arena politik secara serius. Oleh kerana kerusi ‘debut’ adalah penting maka calon yang terbaik untuk diturunkan bagi pihak PERKASA adalah Presidennya sendiri, iaitu Dato’ Ibrahim Ali.

Ianya juga akan menjadi bukti akan kesungguhan PERKASA dalam penentangannya terhadap pendekatan UMNO dewasa ini yang dianggap terlalu lembik dalam mempertahankan kepentingan Melayu. Sekiranya PERKASA ‘turun padang’ sebegini, dengan Ibrahim Ali sebagi calon, maka segala dakwaan bahawa selama ini mereka hanya bersandiwara bersama dengan UMNO akan terbukti meleset.

Apa yang perlu dicapai olehnya adalah hanya untuk mendapat jumlah undi yang menyayinggi UMNO dan ianya akan membuktikan bahawa PERKASA lebih diterima sebagai badan yang memperjuangkan Melayu berbanding UMNO. Pada ketika itu Ibrahim Ali boleh berkokok dengan sekuat-kuatnya dan tiada pemimpin UMNO yang dapat menghalangnya, kerana terbukti bahawa orang UMNO dan masyarakat Melayu memberi sambutan yang baik terhadap perjuangannya.

Namun saya yakin bahawa Ibrahim tidak akan melakukannya. Dia akan tetap bersama UMNO dan akan turun berkempen untuk UMNO dalam Pilihanraya kecil Galas. UMNO telah melayaninya dengan baik, menjaganya dengan baik dan seperti yang didedahkan oleh dirinya sendiri dalam Parlimen, perjuangan untuk Melayu ala UMNO, telah menghasilkan saham atas namanya yang bernilai berpuluh juta ringgit. Dia menjadi kaya atas nama perjuangan Melayu, sepertimana pejuang-pejuang Melayu yang lain dalam UMNO.

Itulah sebabnya mereka akan terus kekal bersama UMNO walaupun mereka mengatakan sebaliknya. Mereka berasa yakin bahawa mereka menjadi kaya melalui UMNO dan terhutang budi dengan UMNO. Mereka ingin terus kaya melalui UMNO sambil Melayu biasa terus miskin. Mereka menjadi kaya di atas nama Melayu dan bagi pihak Melayu tetapi Melayu yang mereka wakili tidak mendapat manfaat dari kekayaan mereka. Kecuali kain batik atau kain pelikat sekali sekala.

Oleh yang demikian, oleh kerana perjuangan mereka hanya kepura-puraan, saya penuh yakin bahawa PERKASA tidak akan turun bertanding di Galas walaupun ianya peluang keemasan untuk membuktikan kesungguhan mereka. Ibrahim akan terus menyalak seperti biasa, tetapi apabila pilihanraya kecil diadakan, dia akan berada di sisi UMNO. Itulah perjuangan Melayu UMNO.

WaLlahu 'Alam
KHALID SAMAD

Comments

slongkoi said…
janganlah hidup nak melagalagakan sesama islam,lebihlebih mengaji tasauf banyakbanyak ,lu punya tasauf kosong,asyik memuji diri sendiri ,langit amat benci makhluk macam ni.berubah jangan tak berubah
Anonymous said…
Hamba semua berharap Panglima Besar Yang Utama Dato' Ibrhim akan turun padang (dari pentas tinggi) dan tunjuk kepada dunia bahawa Tuan Besarlah yang disukai oleh SEMUA hamba-hamba Melayu tulen.Juga hamba semua harap tiada alasan dari Tuan Besar.Inilah peluang yg terbaik.Hidup Tuan Besar Panglima!
Pengundi Atas Pagar said…
Pada pendapat saya, PERKASA tidak perlu bertanding kerana ia adalah NGO, bukan parti politik.

kedua.. untuk memperjuangkan melayu, atau apa sahaja, tidak semestinya melalui perjuangan kerusi semata2

Biarlah PERKASA kekal sebagai NGO, kerana sebagai NGO, ia boleh dianggotai oleh mana2 parti sekalipun dan bebas bekerjasama dalam apa jua bidang dengan mana2 pihak
Anonymous said…
perkasa is NGO la bodoh!
joecharlie said…
Friday, October 1, 2010
PAS dah panik, Tahu kalah di Galas

Cadangan pertama keluar dari mulut Penolong Setiausaha Agong PAS Takiyuddin Hassan yang mencadangkan agar BN tidak bertanding demi perpaduan Pas Umno.

Katanya :

PAS Pusat menyarankan supaya Barisan Nasional (BN) berkompromi dengan menyerahkan kerusi kepada parti PAS pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas.

Timbalan Setiausaha Agung PAS Pusat Datuk Takiyuddin Hassan berkata langkah itu perlu demi perpaduan Melayu dan mengelakkan pergeseran politik terus berpanjangan antara kedua-dua parti induk orang Melayu itu.

Katanya adalah wajar jika kedua-dua parti itu tidak bertanding pada pilihan raya kecil itu jika ingin melihat perpaduan di kalangan orang Melayu yang menjadi agenda utama negara.

“Bagaimanapun, adalah lebih baik jika kerusi itu diserahkan kepada PAS memandangkan kerusi DUN itu disandang oleh calon daripada parti berkenaan,” katanya

Selepas itu Nik Aziz turut mengulas cadangan Takiyudin di atas tetapi dalam nada yang agak berbeza di sini iaitu mengajak orang Melayu Islam menyertai PAS demi mengelakkan perpecahan berpanjangan orang Melayu Islam di Malaysia.

Mungkin dia secara peribadi agak malu untuk mengulas senada dengan Takiyudin kerana sebelum ini Umno telah dicopnya sebagai sekular, komunis dan tidak Islam...Biasalah....dah terlajak kata memang malulah muka nak berbaik.

Selepas itu Sayuti Omar telah menyokong cadangan tersebut lalu memuatkannya di blog beliau di sini

Kemudian Blogger Kerabu Bersuara turut memuatkan tulisan tersebut sebagai menyokong cadangan agar Kerusi GALAS diberikan kepada PAS atas nama perpaduan di sini .

Dalam hal ini nampak sangat PAS hanya melutut dan merayu apabila menyedari kerugiaan yang bakal diperolehinya. Selagi tidak ada mudarat kepada politik mereka, selagi itu cadangan yang baik seperti perpaduan Melayu Islam akan dikritik habis-habisan.

Ini kerana mereka tahu GALAS adalah kubu kuat BN dan momentum GALAS boleh menjadi penentu nasib mereka PRU akan datang.

Yang jelasnya Melayu sudah sedar keburukan Pakatan Rakyat yang ternyata pandai mengkritik tetapi gagal menunjukkan mereka lebih baik dari yang dikritik.

Baca seterusnya di Panglima Perang Cyber sini
Posted by The Unspinners at 8:19 AM
Anonymous said…
Tulisan ini bagaikan cabaran @ galakan untuk Ibrahim sendiri tafsir, samada dia jantan menyahut cabaran di Galas.

Harap Tun Dr Mahathir dapat menasihat Ibrahim untuk masuk padang.

Kita orang memang harap pertandingan tiga penjuru ini.
Anonymous said…
Pilihanraya Kecil DUN Galas memang menyulitkan. Pas Kelantan semakin buntu.

Idea perlu cari bagaimana nak memainkan emosi dan sekaligus berbohong kepada ahli, penyokong, rakyat Kelantan dan seluruh rakyat Malaysia.

Rakyat Kelantan memang maklum bahawa pembangunan ekonomi dan sosial di Kelantan jauh ketinggalan daripada negeri-negeri lain. Bukan sahaja peluang pekerjaan tidak dapat disediakan, keperluan dan kemudahan asas semakin kurang, malah ekonomi juga tidak dijana supaya berkembang.

Selama 20 tahun rakyat Kelantan menunggu kehidupan yang lebih sejahtera turun ke negeri serambi Mekah itu.

Tiba-tiba Kerajaan Pas Kelantan melupakan kesusahan dan kesengsaraan rakyat ini, dan tak semena-mena meluluskan hudud tetapi tidak dilaksanakan. Tidak lama kemudian Arif Fahmi diselamatkan dari penyiasatan SPRM kerana isu kronisme, nepotisme dan salahguna kuasa oleh Ustaz Nik Aziz sendiri. Selepas itu kawasan hutan menjadi gondol dengan cepat dan balaknya dijual dan duitnya tidak sampai kepada rakayat.

Jalanraya di kampung-kampung terus terbiar berlubang dan berlopak, manakala air yang paling bersih dapat disediakan untuk rakyat masih berkarat. Tanah pertanian nampaknya seperti sedang diusahakan tetapi tidak diketahui taukeh mana yang memonopolinya.

Selepas berita Ustaz Nik Aziz mengaku menerima rasuah melancong ke Mekah saban tahun dengan pakej VVIP, timbul pula kisah kroni Ustaz Nik Aziz mengumpul keuntungan yang sanngat besar secara mudah dari projek matawang dinar emas yang dikatakan kaedah Islam.

Setelah gagal memakmurkan rakyat Kelantan selama 20 tahun, Pas sedar akan kelemahan dan ketidakupayaannya. Maka kepada Allah mereka berserah dan dengan itu rakyat Kelantan dan Rakyat Malaysia diminta memberi sedekah berupa wang sebanyak RM400,000.00 yang dinamakan "Sekretariat Tabung Misi Munajat Royalti Minyak Kelantan"

Tujuan kerajaan Pas adalah untuk meletakkan nasib rakyat Kelantan di tangan 40 orang ustaz untuk sembahyang dan berdoa di Masjidil Haram. Ustaz-ustaz ini akan berdoa, bermunajat dan rakyat Kelantan akan menunggu sambil meletakkan harapan yang tinggi mudah-mudahan beroleh kesejahteraan dan kemakmuran.

Malangnya sehingga kini hanya sekadar RM20,000.00 sahaja yang menjadi rezeki Pas atas memohon sedekah dari hamba rakyat itu. Jelasnya Pas tak ada wang. Usahkan untuk memakmurkan rakyat jelata, nak menghiburkan 40 orang ustaz melancong ke Mekahpun tidak berupaya.

Jadi tidak hairanlah mengapa Petronas menjadi sasaran dan mangsa PAS berikutnya. Telah sekian lama Pas mengaut sedekah dari rakyat Kelantan melalui ceramah-ceramah dan majlis-majlis yang mereka anjurkan atas nama Islam. Tetapi Pas gagal memerintah dan menjadikan Kelantan negeri berkebajikan seperti yang mereka laung-laungkan.

Dalam masa yang sama, atas kehendak Allah dan doa ikhlas yang dibacakan setiap kali selepas solat Jumat di seluruh negara, Rakyat terus menikmati pelbagai bentuk bantuan yang disalurkan oleh Kerajaan Pusat dan sebahagiannya adalah dari wang Petronas. Rakyat menerimanya secara langsung nikmat hasil usaha dari kecekapan Kerajaan Pusat mempelbagaikan sumber ekonomi negara.

Maka dengan itu, Pas pula berusaha supaya wang Petronas ini diberikan kepada parti mereka sedangkan rakyat tahu wang itu tidak perlu diberikan kepada parti Pas.


Wang Petronas adalah untuk Rakyat
bukan untuk Parti Pas.

Kerana berasa sugul dan gementar dengan kegagalan demi kegagalan di Kelantan, Pas mencuba sekali lagi menipu dan memainkan emosi rakyat, tetapi kali ini sudah melarat pula hingga menggunakan Mekah, tempat suci orang Islam.

Kita berdoalah beramai-ramai selepas solat di rumah masing-masing supaya Pas beroleh ilham yang lebih baik.

Rakyat Kelantan sedang menanti-nanti tarikh mengundi di Galas.
Posted by Lintau Perak at 4:59:00 PM
Anonymous said…
Kepada Ibrahim Ali, jika betul Perkasa mendapat sokongan pengundi Melayu sila bertanding di Galas.
vengai said…
anon 2.32.
Rupanya Hang yang bodoh.Otak kat bawah kangkang agaknya bangang.Tak tau pasal election jangan cakap atau komen bodoh.

Kalau NGO siapa cakap tak boleh letak calon .Calon Bebas tak bolehkah bodoh.
Anonymous said…
Kalau GALAS kubu kuat BN, jadi tak ada masalah utk Ibrahim masuk padang.

Jadi cepat lah brahim, sahut cabaran ini.

Saya memang harap PAS kalah dengan pandai nak main cinta dgn UMNO.
Anonymous said…
Betul ke dlm PKR tak ada DEMOKRASI tapi ada DEMO KERUSI?
Anonymous said…
Kau ni Khalid hari raya pun nak kutuk orang nak ajak Ibrahim Ali gaduh dgn kau..

Apa nak jadi dgn kau ni aku pun tak paham.

Apa kata PERKASA lawan kau kat Parlimen Shah Alam ONE BY ONE. Boleh? Ada berani?

Aku rasa UMNO tak challenge dlm Parlimen Shah Alam kalau PERKASA masuk.
Anonymous said…
salam...
apa pun yang penting kita tgk je.
kita bercakap macam itu..macam ini..
sebagai rakyat kelantan..
walaupon kehidupan tak semaju yang di nikmat oleh negeri lain.
yang pasti rakyat kelantan bersyukur dengan apa yg ada..andai ade kemajuan tetapi nilai Islam dilupakan buat apa. Jadi tgk apa yang akan terjadi. Berserah pada yang Maha Kuasa kerna Dia yang Maha mengetahui apa yang terbaik untuk hamba-hamba Nya.
terima kasih yb.. sebab benarkan saya sirkan gambar di blog
hadi said…
anonymous??

ahh kecutt la
Anonymous said…
ramainya puak2 umno komen dalam ni, brp ratus satu komen? hehe
Anonymous said…
Kpd Anon 2/10/2010 8.36am

Saudara, jalan di sekitar Kuala Lumpur pun banyak yg berlubang2 dan air paip juga kuning berkarat.

Harap maklum perkara ini bukan saja berlaku di Kelantan.

Warga Bandaraya Kuala Lumpur.
Anonymous said…
hahaha..ramainya dtg rumah terbuka hang semalam...hahahahaha...sampai kena import...hahahahahahaha
Anonymous said…
PAS takut Kalah...depa dah panik...PAS cuba provoke perkasa...Galas memang medan terbaik PERKASA bukan utk bertanding tetapi medan utk membogelkan PAS dan buktikan pada org org GALAS bahawa persetubuhan HARAM antara PAS dan DAP adalah pengkianatan paling berdosa yg pernah dilakukan oleh PAS sejak penubuhan PAS...mengalir air mata pejuang2 PAS dahulu sekiranya mereka masih hidup melihat gelagat pemimpin PAS hari ini yg MELACURKAN parti yg tertera perkataan ISLAM padanya demi mengejar KUASA...pemimpin PAS mcm Khaled Samad lah yg menghancurkan PArti PAS yg sedikit demi sedikit akan terserlah sifat PELACURAN politiknya....Pada amnya PERKASA tidak akan dapat menerima sebarang kerjasama dgn DAP@PAP@komunis@israel of the east dn selagi mereka ini bersama atas tiket itu...maka wajib mereka ini ditentang sehabis habisnya.....PERKASA tetap membawa agenda agama bangsa bukan atas nama "KUASA" yg dikejarkan sgt oleh PAS...ada kuasa tapi tidak ada TELOR mcm PAS di PENANG dan SELANGOR pun tidak ada gunanya...KUASA yg PAS ada sekadar hanya utk BERSLOGAN dan sekadar MENAIKKAN KAIN RENTANG dgn ayat2 quran dan hadis itu sajer yg mampu mereka buat....tak ada bezanya apa yg berlaku dizaman BN memerintah selangor/penang dan apa yg berlaku hari ini...kadar jenayah selangor /penang yg tinggi, maksiat sana sini, kerana apa? kerana DAP sebagai teman tidur haram PAS yg menjadi pemandu dalam banyak hal taturus kerajaan selangor/Penang dan satu lagi rakan lacur nya PKR yg sudah terkenal dgn liberalisme yg lebih terok dari UMNO....RPK sendiri mencabar hudud dalam tulisannya...PAS yg bergandingan dgn RPK dlm kelambu yg sama (Threesome)..sekadar memandang...ituah PAS hari ini...cakap tak serupa bikin...bikin tak serupa cakap....PARTI SLOGAN, PARTI RETORIKA....yg penting FULUS dan tambah bini....

wallahualam

AHLI PERKASA
SHAH ALAM
Anonymous said…
Aper hal...nak babitkan Perkasa pulak. Cukuplah parti melayu dah ada skrang dah pecahkan melayu berpuak-puak. Biar Perkasa dlm keadaan sekarang,sapa-sapa pun bleh join..
joehan said…
klaka la yb khalid ni n rata2 org2 pas..dlu mule2 kate umno xiklas utk bincng psl perpaduan melayu..nik aziz plak xkish psl bngsa2 ni..tp time prk galas ni sibuk2 plak suh umno jgn bertanding demi perpaduan melayu...klaka..nmpk sgt xiklas..pok pon mule la membebel psl perpaduan bngsa melayu..kate xkisah psl bngsa2 ni..hahahaha..kantoi pas kecut nk bertanding!!hahahaha..

lps tu sibuk2 plak pertikaikn ku li sbg pengrh prk galas ni..hahahha..skrng ni yb yg menjual kalimah 'Allah' utk undi bkn islam ni plak sibuk2 cbr perkasa utk bertanding..xlain xbkn adlh untk pecahkn undi..pas umno n perkasa..bijaknye kepale otak khalid samad ni..tkt pas klh ke yb..hahahahah...pas pis pus..
Anonymous said…
Ibrahim Ali tu kalau tanding ditempat lain saya rasa hilang deposit...
Kalau tanding kat Pasir Mas pun belum tentu menang..
**manusia katak**
Anonymous said…
Kecut ke? Kalau pakai nama berani ke? Pegi MAMMMM lah. Kalau dengan DAP, jilat ludah berani ke? Ni sorang lagi YB bahalol. Suka sangat melagakan melayu dengan melayu. Kenapa kau tak mau lagakan melayu dengan cina? Atau Melayu dengan India? Atau India dengan Cina? Sebab kau memang kuda diorang. Betul Tak? Kalau kau nak tengok sangat Perkasa ada pengaruh ke tak, tunggu PRU 13, kau sendiri bertanding dengan perkasa, satu lawan satu. Aku tau kau memang kecut. Kecuali lah korang bertanding kat tempat majoriti bukan melayu, dah tentu kau menang, sebab diorang tahu kau boleh jadi kuda. Apa punya YB. Mcm ni pun ada.
Amin Widjajari said…
YB:

This article might be of interest to you.

It is entitled 'Is this the best type of leader that PAS can offer?'.

I think everyone here including PAS supporters should read this enlightening piece with an open mind.

Thank you.
Anonymous said…
PAS kelantan nak buat iklan cari calon lawan Ku Li...nampak gayanya tak ada yg layak...mintak nik aziz sendiri lah jadi calon...Bulan gerhana di Gua musang...puak puak tu dah lama nak ajar PAS....mat sabu nape makin senyap....hilang dah ke?....atau dapat bini baru....kalau Ku Li contest..PAS undur diri ler tak yah lawan.....demi perpaduan kan...
Anonymous said…
YB cuba nak mencari pasal dgn PERKASA. Adalah lebih baik YB cari isu rakyat dari memberi entri politik di dalam blog YB.

Kami sebenarnya muak dengan politiking melampau baik daripada UMNO/BN dan juga PKR/DAP/PAS.

Satu lagi. Kepada Cybertroopers Kahak Hijau, kalau bagi orang komen dan kalau komen itu menyimpang sikit daripada perjuangan kamu, tak payahlah kata di bayar or berapa banyak di bayar. Tak ada idea lain ke?
penduduk shah alam said…
KAMI BERHARAP YB CABAR IBRAHIM ALI BERTANDING PRU13 KAT SHAH ALAM..KITA TGOK SIAPA YANG KENA...KAMI DAH MELUAT..MENYAMPAH..JIJIK..APA LAGI PERKATAAN YG LUNAK NAK DI PERKATAKAN KPD YB KU INI..KAMI AKAN PASTIKAN YB 'TERSUNGKUR' DI SHAH ALAM !!
Anonymous said…
Sementara itu, beliau menyifatkan Datuk Wira Abu Seman Yusop lebih layak menjadi Menteri Dalam Negeri ekoran keberanian timbalan menteri tersebut bersemuka dengan keluarga arwah Aminulrasyid Amzah semalam.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, katanya seakan tidak berani untuk mengambil tanggungjawab apabila polis menuduh arwah sebagai suspek penjenayah.

"Surat jawapan semalam bukan dari Hishammuddin walaupun surat saya sebelum ini menuntut menteri ini bersemuka dengan keluarga mangsa.

Kalau dia (Hishammuddin) tak berani untuk bertemu rakyat sendiri, saya ingat Datuk Wira lebih layaklah sebab dia berani," ujarnya.


Ini apa punya cerita ni? tak abis-abis ajak nak bergaduh?

Kenapa tuan tak nak bela Datuk Sosilawati seperti tuan membela Aminulrasyid Amzah?

Tolong Jawab.
joehan said…
stop your double standard n hipokrit attitude la khalid oi!!!bosan dgn cr politik melampau org2 pakatan haram ni!!bekas s/u sulit nuar juburi si rahimi nk wt PC pon nk halang2..mn kebebasan bersuara???
Anonymous said…
Salam YB,
Ada baiknya jika YB lebih menumpukan perkara berkaitan dengan politik dan tanggungjawab YB tertamanya di Shah ALam. Setiap tuturkata dan perbuatan YB sentiasa diperhatikan oleh Allah Ta'ala. YB taraf seorang pemimpin Islam dibawah panji PAS kena jaga sifat2 kepimpinan kerana kuatir pengikut2 terikutcara YB.

Baca semula tulisan akhir YB dibawah kerana saya kuatir menimbulkan unsur fitnah kepada semua ahli PERKASA dan UMNO. Hati manusia hanyalah Allah saja yang Lebih Mengetahui. Ingatlah beberapa hadis Nabi yang jelas membetulkan persepsi manusia tentang orang yang kita sangka masuk syurga tetapi masuk neraka dan sebaliknya:


Ini kata2 YB yang ,perhatikan YB gunakan perkataan "mereka:"
""""""
.....Dia (Ibrahim Ali) menjadi kaya atas nama perjuangan Melayu, SEPERTI MANA PEJUANG-PEJUANG MELAYU yang lain dalam UMNO.

Itulah sebabnya mereka akan terus kekal bersama UMNO walaupun mereka mengatakan sebaliknya. Mereka berasa yakin bahawa mereka menjadi kaya melalui UMNO dan terhutang budi dengan UMNO. Mereka ingin terus kaya melalui UMNO sambil Melayu biasa terus miskin. Mereka menjadi kaya di atas nama Melayu dan bagi pihak Melayu tetapi Melayu yang mereka wakili tidak mendapat manfaat dari kekayaan mereka. Kecuali kain batik atau kain pelikat sekali sekala.

Oleh yang demikian, oleh kerana perjuangan mereka hanya kepura-puraan, saya penuh yakin bahawa PERKASA tidak akan turun bertanding di Galas walaupun ianya peluang keemasan untuk membuktikan kesungguhan mereka. Ibrahim akan terus menyalak seperti biasa, tetapi apabila pilihanraya kecil diadakan, dia akan berada di sisi UMNO. Itulah perjuangan Melayu UMNO."
Anonymous said…
"Wang Petronas adalah untuk Rakyat
bukan untuk Parti Pas."

Ha, tau pulak ko cerita pasal minyak tu hak rakyat.So bagi je la Kerajaan Kelantan duit tu. Bukan ke Kerajaan Kelantan tu pilihan rakyat Kelantan?Sayang sekali negara dah merdeka berpuluh tahun tapi pemikiran ko tak ubah macam penjajah.

Dari apa yang ko cakap ni, maknanya kalau K'jaan pusat bagi royalti pada Terengganu dulu, maknanya dia bagi pada BN, bukan rakyat Kelantan?

Meludah ke langit je lah ko.

Popular posts from this blog

Keadilan Saidina Umar Al-Khattab Terhadap Rumah Ibadah Agama Lain

Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengemukakan sebuah kisah dari zaman pemerintahan Saidina Umar Al-Khattab (r.a) untuk tatapan dan renungan tuan-tuan sekalian. Melalui pendedahan ini, adalah diharap sebahagian dari ummat Islam yang tidak memahami konsep keadilan Islam terhadap agama lain, akan sedikit sebanyak dapat memikirkan kembali sikap dan pendirian mereka itu. Kisah yang ingin dikemukakan adalah kisah Saidina Umar dan Kanisah (gereja) Al-Qiamah yang terletak di Quds. Kisah ini adalah petikan dari muka surat 114, kitab Itmam al-Wafa’ fi sirah al-Khulafa’ , tulisan as-Syeikh Muhammad bin al-Afifi al-Banjuri, Darul Ibnu Hazim. “Dan apabila masuknya Saidina Umar ke dalam kota, maka masuklah beliau ke dalam Kanisah (gereja) al-Qiamah, dan beliau duduk di ruang utama gereja tersebut . Setelah tiba waktu solat asar, maka berkata Saidina Umar kepada Patriach Kanisah tersebut, “Saya ingin mengerjakan solat.” Jawab Patriach: “Solat sahajalah di sini”. Tetapi Umar menolak cadangan

Video Tazkirah Ramadhan At-Taubah Ayat 31: Pendewaan Manusia

WaLlahu 'Alam   KHALID SAMAD

Kisah Raja Najashi

Semasa saya terlibat dalam usaha dakwah di UK satu ketika dahulu, kami mendapati bahawa ramai dari kalangan penganut Kristian tidak tahu bahawa Nabi Isa (AS) diiktiraf sebagai seorang Rasul oleh Islam. Begitu juga Nabi Ibrahim, Nabi Musa dan hampir kesemua para Nabi yang diiktiraf oleh agama Kristian turut diiktiraf oleh Islam. Kecuali kumpulan yang tidak diiktiraf Islam ialah ‘Nabi’ selepas Nabi Isa, termasuk penulis Bible yang digelar sebagai ‘Prophet’ oleh mereka. Apabila mereka didedahkan dengan maklumat ini, maka ianya boleh menyebabkan mereka ingin tahu apa yang dikatakan Al-Quran mengenai Nabi Isa dan menjadi satu titik tolak bagi mereka untuk mendampingi Al-Quran.