Skip to main content

Harga Kereta Pasaran Domestik Lebih Mahal

Oleh Dzulfikar Mashoor (HarakahDaily)

KUALA LUMPUR, 29 Okt: Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad mendesak pentadbiran Datuk Seri Najib Tun Razak supaya mengkaji semula polisi protektisme dalam industri automotif negara.

Menurut beliau, dasar melindungi kepentingan pasaran domestik Proton tersebut mengakibatkan konsumer terbeban oleh pinjaman hutang yang tinggi.

"Kita perlu menangani masalah ini supaya negara kita tidak terus terbeban dangan keperluan pinjaman," ujarnya di lobi Parlimen, petang semalam.

Ini kerana katanya, polisi itu memaksa konsumer membeli kereta di pasaran domestik dengan harga yang berlipat kali ganda lebih mahal berbanding harga di pasaran global.

"Ini semua adalah suatu masalah lanjutan pada dasar automobil negara yang telah pun kita laksanakan selama 25 tahun untuk lindungi Proton," ujarnya.

Walhal, beliau berkata, polisi 'protektisme' yang diperkenalkan Tun Dr. Mahathir Mohammad, bekas Perdana Menteri itu hanya menguntungkan Proton sahaja.

Akibat dari itu, katanya mengakibatkan impak berantai pada pertambahan peratus hutang isi rumah rakyat dalam negara.

"Sebagaimana yang kita tahu, hutang (isi rumah) untuk kereta berlaku oleh kerana harga kereta (domestik) adalah antara yang tertinggi di Asia," ujarnya.

CIMB Investment Bank Bhd, katanya mendedahkan, sebanyak 27 peratus daripada keseluruhan hutang isi rumah (76.6 peratus dari KDNK) konsumer adalah berpunca oleh hutang pinjaman kereta.

Akibat dari itu, beliau mendakwa polisi protektisme Proton adalah suatu polisi yang tidak membantu rakyat mengurangkan peratusan hutang isi rumah jika dinisbahkan pada Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) tahun ini.

"Masalah hutang kereta yang mahal, masalah gaji yang kecil seolah-olah menggambarkan kerajaan tidak menghiraukan masalah-masalah sampingan ini.

"Masalah Proton dengan kos pengeluarannya yang masih terlalu tinggi, maka kerajaan tidak melihat persoalan-persoalan ini untuk mengatasinya," beliau menambah.

Tuntas dari itu, beliau mendakwa Bajet 2011 yang dibentangkan Najib, Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan I pada 15 Oktober lalu sebagai suatu belanjawan yang gagal menangani masalah peningkatan peratusan hutang isi rumah rakyat.

Ihsan HarakahDaily
-Pejabat YB Khalid Samad-

Comments

kang said…
Salam YB,

Anak yang sudah berumur 25 tahun masih tidak boleh berdikari tanpa disusu oleh rakyat. Aku Punya AP macam lanun berlesen yang untuk beberapa orang sahaja. Toyota Yaris di Malaysia dijual dengan harga RM 102000.00 manakala di Thailand hanya RM 53000.00. Malaysia Boleh.
Anonymous said…
KERAJAAN NI MANA NAK KISAH NI SEMUA. CAKAP JA PANDAI. TENGOK JA NAK UBAH GAJI MINIMUM TU. HABUK ADALAH ... BELANJA SENDIRI BERJUTA MCM NG YEN YEN TU - LEBIH 3.2M UTK 2 TAHUN NI PERGI LUAR NEGERI JA. MALAYSIA MEMANG BOLEH .. UTK KRONI DIA LAH ...
Anonymous said…
Memang mahal YB,

Tengok harga kereta jepun kat Labuan yang free duty, beza dengan Semenanjung nie hampir RM40k.

Harga kereta Nasional pulak mahal nak mampus, Pesona pun dah RM55k tapi kualiti paham-paham je la.Tapi jual kat luar Negara murah nak mampus, Satria Neo jual kat Australia baru AUSD13,999.00 dan kualiti lebih baik dari yang dijual dalam Malaysia. Adil ke begitu?

Orang macam kami nie nak bayar hutang kereta tunggu 9 tahun baru selesai.

Dasar Automobil Negara nie menyusahkan rakyat tapi menyenangkan proton untuk mengaut keuntungan berlipat kali ganda dan dalam masa sama boleh mengenyangkan kroni untuk dianugerahkan AP.

Cuma umNGOK TOTOK dan PARIAH je yang memuji dan memuja pemimpim depa yang BANGANG DAN TONGOK nie.

-wakleman
Anonymous said…
BANG..SAYA DAH 3 KALI GUNA PROTON DARI SAGA KE WIRA DAN NOW WAJA SEBAB KONONNYA PALING MURAH DAN SENANG LOAN ,DAN NAK BANGGA DGN PRODUCK MALAYSIA,TAK TAHULAH APA NAK CAKAP MACAM2 PROBLEM KARATLAH ,ROSAK INI DAN TU NAIK BOSAN REPAIR,PROTON TAKKAN TAK TAHU BUAT2 TAK NAMPAK SILAP2 LAGI MAHAL DARI KOS BELI KERETA JEPUN WALAUPUN KERAJAN DAH BALUN TAX CUKUP,NEGARA JIRAN KITA LAGI CERDIK BUAT JOIN VENTURE DGN TOYATA KUALITI DIA LEBIH BAIK DAN JIMAT MINYAK TU YG WALAU PUN MAHAL ORNAG CUBA BELI TOYATA UNTUNGLAH NEGARA JIRAN KORANG2 ADA DUIT UNTUK DI BELANJA UNTUNK KEBAIKAN ANAK BINI TAHNIAH, YG JADI MANGSA ORANG2 YG RUMAH NYA JAUH KENA PAU MINYAK, TOL,DAN SPARE PART TIRUAN TIDUR WAHAI BN BIAR RAKYAT JADI PENGEMIS....
Rakyat Miskin said…
Sebaik saja sesiapa yang anda membeli kereta tempatan, kamu dengan secara tidak langsung telah menyumbang

1) Cukai yang tinggi untuk kerajaan BN.
2) Faedah yang selama 9 tahun untuk Bank bank kroni BN.
3) Yuran Insurance yang tinggi.
4) Maintenance spare part yang mahal.
5) Hutang isi rumah yang tinggi.

Kalau beli kereta second hand anda dapat belajar asas membaiki kereta daripada mekanik.

Ramai graduan engineer masih tidak tahu akan asas utama membaiki kereta.
ParaMore said…
I don't have a car, sebab salary cukup2 makan aje...now i am 26 years, graduated from a local Uni, working with a company....And again i Have no Car!!!!!
Anonymous said…
Salam YB,
Tun Mahathir sudah keluar dari pentadbiran negara, GE13, BN keluar dari pentadbiran negara, harap Proton tidak dihentikan perkhidmatan, ramai rakyat and pengusaha bergantung hidup hasil dari pengeluaran dan perkhidmatan kereta proton. Kerajaan baru harap dapat menyemak semula bukan sahaja harga tetapi, kualiti dan tahap keselamatan kereta Proton. Bukan saja kita perlu kerajaan dan pemimpin berkelas tinggi, kereta nasional kita pun juga perlu kelas yang dibangga dan mampu dipakai oleh setiap rakyat.
Anonymous said…
Not only are the malaysian consumers burdened with higher prices when buying national cars, they are also slapped with higher interest rates when they take out a loan for the purchase. It is common practice for Proton and Perodua to charge an additional 1% on car loans as commission. So, for every RM1,000 loan a year you take, you are paying RM10 to the auto companies. So a RM40,000 loan for 9 years would generate RM3,600 as commission to those companies. This is additional burden to the malaysian consumers. I wrote to the previous Minister in charge of consumer affairs to stop this practice, but neither feedback was nor any action was received or taken by the ministry.
Anonymous said…
Saya asal langkawi & bekerja di shah alam. rata-rata kawan saya bekerja di KL.

Ada sorang kawan saya ni beli keter kat Langkawi. Murah & tak ada cukai. Keternya memang dahsyat buatan German. Keter letak kat kampung je. Tapi dah kena tarik sebab terlalu enjoy sangat kat KL ni. mana cukup duit nak bayaq.

Sorang lagi jual tanah pusaka kat cina lepas mak bapak meninggal. Tanah dia area kat pantai perlancungan. Dapat duit seguni terus beli ferrari. duit habis tapi cina tu jugak yg untung & ferrari tah kemana.

Pucuk pangkalnya, bukan salah dasar automobil atau bank atau proton atau kerajaan. Tetapi sikap kita yang boros sebenarnya yg buat kita tak mampu nak miliki kereta selain drp proton.

bak kata orang biar papa asal bergaya.
itu lah orang melayu.
Anonymous said…
1,dasar automobil negara harus di kaji dari berbagai sudut terutamanya satu keperluan utama rakyat sebab kita masih ketinggalan pengangkutan awam.
2,kos automobil sekarang ini lebih mahal dari rumah terutamanya pada golongan menengah dan rendah ini boleh jejaskan ekonomi keluarga,akhirnya anak2 jadi mangsa ekonomi dan pembangunan negara.
3.kegiatan haram dari dasar automobil sedang berkembang dengan pesatnya contoh kecurian untuk buat spare part sebab workshop2 nak untung lebih,seledup spare part dari luar,tipu insuran da macam2 lagi akhirnya rakyat yg rugi.
4,kemasukan perkerja2 asing dan haram meningkat di bengkel2 kereta
harapan kita industri automobil dapat sediakan peluang perkerjaan untuk rakyat akan terjejas.
5,tolonglah turun padang sikit dan selidik apa yang sedang berlaku sebelum parah dan rakyat menanggung rugi.
Anonymous said…
TOLONG YB SUARAKAN DIPARLIMEN BERKAITAN SUSAH DAN MAHALNYA BAYARAN INSURANCE 3rd PARTY, KERETA ANA YANG BERUMAR 25 TAHUN DAH NAK MATI R/TAX,TERIMA KASIH, WASSALAM.
Anonymous said…
Salah satu faktor harga kereta menjadi mahal ialah kerana menteri pengangkutannya yang bengap bila jawab soalan. Bila ditanya, merepek2 jawapannya.
Anonymous said…
Rakyat Malaysia- SILA BACA INI!

Malaysia Rumah Keduaku - Permohonan Pengecualian Cukai Bagi Kereta Cetak Emel

INSENTIF CUKAI

Semua peserta program Malaysia My Second Home yang memiliki kereta persendirian di negara asalnya ataupun negara terakhir yang dilawatinya layak mengimport kereta tersebut dengan pengecualian daripada membayar duti import, duti eksais dan cukai jualan.

ATAU

Semua peserta program Malaysia My Second Home yang berhasrat membeli kereta persendirian buatan Malaysia / kereta pemasangan tempatan (CKD) yang baru dan belum didaftarkan, juga layak membeli kereta tersebut dengan pengecualian daripada membayar duti import, duti eksais dan cukai jualan.

APAKAH KITA RAKYAT TEMPATAN YANG SETIA DIKENAKAN CUKAI KERETA
sedangkan PELANCONG ASING KEPARAT dikecualikan CUKAI KERETA IMPORT?

maklumat lanjut : copy paste alamat web ni.

http://www.treasury.gov.my/index.php?option=com_content&view=article&id=1778%3Amalaysia-rumah-keduaku-permohonan-pengecualian-cukai-bagi-kereta&catid=84%3Acatprosidur-pengecualiangaris-panduan&Itemid=197&lang=my

"pelancong diutamakan, rakyat diperbodohkan"

Popular posts from this blog

Video Tazkirah Ramadhan At-Taubah Ayat 31: Pendewaan Manusia

WaLlahu 'Alam   KHALID SAMAD

Kisah Raja Najashi

Semasa saya terlibat dalam usaha dakwah di UK satu ketika dahulu, kami mendapati bahawa ramai dari kalangan penganut Kristian tidak tahu bahawa Nabi Isa (AS) diiktiraf sebagai seorang Rasul oleh Islam. Begitu juga Nabi Ibrahim, Nabi Musa dan hampir kesemua para Nabi yang diiktiraf oleh agama Kristian turut diiktiraf oleh Islam. Kecuali kumpulan yang tidak diiktiraf Islam ialah ‘Nabi’ selepas Nabi Isa, termasuk penulis Bible yang digelar sebagai ‘Prophet’ oleh mereka. Apabila mereka didedahkan dengan maklumat ini, maka ianya boleh menyebabkan mereka ingin tahu apa yang dikatakan Al-Quran mengenai Nabi Isa dan menjadi satu titik tolak bagi mereka untuk mendampingi Al-Quran.

Keadilan Saidina Umar Al-Khattab Terhadap Rumah Ibadah Agama Lain

Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengemukakan sebuah kisah dari zaman pemerintahan Saidina Umar Al-Khattab (r.a) untuk tatapan dan renungan tuan-tuan sekalian. Melalui pendedahan ini, adalah diharap sebahagian dari ummat Islam yang tidak memahami konsep keadilan Islam terhadap agama lain, akan sedikit sebanyak dapat memikirkan kembali sikap dan pendirian mereka itu. Kisah yang ingin dikemukakan adalah kisah Saidina Umar dan Kanisah (gereja) Al-Qiamah yang terletak di Quds. Kisah ini adalah petikan dari muka surat 114, kitab Itmam al-Wafa’ fi sirah al-Khulafa’ , tulisan as-Syeikh Muhammad bin al-Afifi al-Banjuri, Darul Ibnu Hazim. “Dan apabila masuknya Saidina Umar ke dalam kota, maka masuklah beliau ke dalam Kanisah (gereja) al-Qiamah, dan beliau duduk di ruang utama gereja tersebut . Setelah tiba waktu solat asar, maka berkata Saidina Umar kepada Patriach Kanisah tersebut, “Saya ingin mengerjakan solat.” Jawab Patriach: “Solat sahajalah di sini”. Tetapi Umar menolak cadangan