Skip to main content

Video: Forum Ramadhan

FORUM RAMADHAN LEADERS MAGAZINE

Tarikh : 25 Ogos 2010 / 15 Ramadhan 1431 Hijrah
Tempat : Berjaya Times Square Convention Center
Ahli Panel:
YB. Khairy Jamaluddin, Ketua Pemuda UMNO / Ahli Parlimen Rembau
YB. Tuan Hj. Khalid Abd Samad, YDP PAS Kawasan Shah Alam / Ahli Parlimen Shah Alam

Bahagian 1


Bahagian 2


Bahagian 3


Sessi Soal Jawab


MAJLIS FORUM PERDANA:
SIAPA PENGKHIANAT DAN SIAPA PENYELAMAT UMAT ISLAM & MELAYU


Tarikh : 22 Ogos 2010 / 12 Ramadhan 1431 Hijrah
Masa : Selepas Solat Tarawikh
Tempat : Markaz PAS Seksyen 18, Shah Alam
Ahli Panel:
YB. Dato' Mahfuz Omar Naib Presiden PAS / Ahli Parlimen Pokok Sena
YB. Ustzh Siti Zailah Ahli Parlimen Rantau Panjang
YB. Tuan Hj. Khalid Abd Samad, YDP PAS Kawasan Shah Alam / Ahli Parlimen Shah Alam

Mederator: Saudara Suhaizan Kayat AJK Pemuda PAS Pusat

Bahagian 1, Bahagian 2, Bahagian 3, Bahagian 4, Bahagian 5, Bahagian 6, Bahagian 7, Bahagian 8 dan Bahagian 9

FORUM BADAR AL-KUBRO
Tarikh: 25 Ogos 2010
Tempat: Masjid Raja Tun Uda, Seksyen 16, Shah Alam

Ahli Panel:
YBhg. Ust Nik Zawawi Nik Saleh, Pendakwah Bebas
YBhg. Ust Roslan Mohamad, Pensyarah Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya
YB. Tuan Hj. Khalid Abd Samad, YDP PAS Kawasan Shah Alam / Ahli Parlimen Shah Alam

Bahagian 1, Bahagian 2, Bahagian 3, Bahagian 4, Bahagian 5, Bahagian 6, Bahagian 7, Bahagian 8, Bahagian 9

Selamat menonton
-Pejabat YB Khalid Samad-

Comments

Anonymous said…
Khalid Samad,
Rasional kerajaan BN bagi bonus RM500 aku terima dengan mengucap syukur Alhamdulillah.

Jangan nak jadi hero tamil pulak Khalid Samad. Kalau Kerajaan BN tak bagi kau kutuk. Bagi pun kau kutuk.

Dasar pembangkang asyik nak membangkang je kerja kau.

P/S: Boleh ke orang berhadas besar masuk masjid? Kitab mana kau bukak Khalid? Kitab Ujang ka or Kitab Gila-Gila?
Anonymous said…
Potong subsidi dari 26 juta rakyat, petrol naik -> semua barang2 naik- dan beri bonus cuma pada 900,000 penjawat awam? Bijak? Hanya orang (baca UMNO) yang ngaji pakai kitab gila-gila tapi berlagak pandai fekah je yg akan kata bijak...
Nak menjalankan hukum hudud pun kena tunggu rakyat mahu ke tak mahu. Boleh pakai ke PAS hari ini?
Begitulah ulamak dan pemimpin penipu dizaman akhir ini demi kuasa dan nikmat dunia.TAHNIAH PAS.
Anonymous said…
anon September 3, 2010 11:27 AM,
aku pun orang kerajaan jugak. jangan la hina beb. isteri aku kerja swasta. anak aku ada tiga. dengan duit rm500 ni aku boleh raya dengan keluarga aku.

kerajaan bagi rm500 pada 900,000 penjawat awam kau kata tak bijak?

cuba kau kira.
aku, bini aku camour anak 3 orang. aku berbelanja RM500 ni utk mereka.

cuba kita kira kasar kasar la..900,000 penjawat awam ada 3 anak + 1 bini jadi RM500 tu di nikmati lebih kurang 4.5 juta orang.

masih kau kata tak bijak?

dah la..malas aku nak layan..baik pergi sembahyang jumaat cepat..karang ada pulak cina kapir masuk masjid pulak bagi tazkirah.
Anonymous said…
adoi pedihnya jadi kakitangan kerajaan. kerja baik macamana pun, bila dapat bonus pun nak mempertikaikan.

aku terasa kata khaild samad seolah-olah duit raya yg di beri ni ambik drp duit rakyat.

demoralize betul la.
hsnas said…
kerajaan adalah mandat rakyat jadi apa sahaja yang diberi oleh kerajaan hak rakyat termasuk sumbangan hari raya 1 Malaysia, semua yang ada kaitan dengan 1 Malaysia semuanya hak rakyat...jangan ingat itu sumbangan PM 1 Malaysia...itu semua sumbangan rakyat untuk kakitangan...yang sama-sama menderita kerana kenaikan harga barang kerana tindakan kurang bijak kerajaan 1 Malaysia.
Anonymous said…
Saya betul-betul hairan dengan perangai fasiq dan munafiq pemimpin PAS. Berkenaan dengan hukum HUDUD ni, PAS dan buat ianya macam iklan biskut pulak..., sekejap adeeee, sekejap takdeee....(baca disini)

Kalaulah macam ni sikap PAS, terbukti bahawa UMNO lebih baik dan jauh lebih berintegriti dari PAS. UMNO tak pernah menjual agamanya demi mendapatkan undi, UMNO juga tak pernah melacurkan islamnya semata-mata kerana nak berkuasa. Dan, sekurang-kurangnya umno tak munafik apabila bercakap dan membuat pendirian tentang perlaksanaan hukum Islam iaitu HUDUD.

Pernah satu ketika dulu, Tun Mahathir pun pernah membuat kenyataan mengenai perlaksanaan undang-undang Islam di negara ini secara sepenuhnya. Tun M berkata juga bahawa untuk kerajaan melaksanakan hudud, belum tiba masanya lagi kerana rakyat masih belum dapat menerimanya.


Tetapi, kenyataan Tun Mahathir dikutuk kaw-kaw oleh semua pengikut tegar puak assobiyah hijau. Semuanya mengatakan Tun Mahathir menolak HUDUD sedangkan kenyataan Tun pada masa tu adalah sama seperti apa yang Mohd Amar Nik Abdullah katakan hari ini.

Inilah tipikal penyokong taksub membuta tuli PAS. Bila berkaitan dengan orang lain, semuanya salah dan tak betul. Tetapi jika kena pada batang hidung mereka sendiri, semuanya pakat diam membisu umpama cicak tertelan kapur.

Isu ini menunjukkan betapa berbezanya PAS dengan UMNO. PAS sebenarnya tak istiqamah dan tak pernah yakin dengan apa yang mereka laungkan. Bahkan, mereka sebenarnya tak tahupun apa yang mereka mahu sebenarnya.

PAS selalu canang di merata ceramah bahawa menegakkan hukum tuhan itu wajib tak kira apapun. Sebab itulah umat Islam harus menolak UMNO kerana UMNO menolak HUDUD kononnya. Umat Islam patut terima PAS kerana hanya PAS yang mampu melaksanakan HUDUD. Kini apa sudah jadi??? PAS sanggup buang HUDUD hanya kerana takutkan gertakan DAP dan juga nasionalis melayu dalam PKR!!

Di bulan mulia ini, Allah itu maha mengetahui mana yang baik dan buruk. PAS buat alasan untuk menutup malu mereka dengan berkata bahawa kena tunggu sampai semua rakyat faham tentang HUDUD, kena tunggu rakyat sedia serta setuju dan macam-macam lagilahh. Kalau macam tu alasannya, alamat sampai bila pun tak boleh dilaksanakan undang-undang Islam di dalam negara.

Persoalannya disini, mengapa PAS berubah nada??? Apakah PAS benar-benar takut dengan tekanan dari kafir harbi DAP? Jika betul, tak perlulah ulamak-ulamak politik PAS bagi alasan bahawa hudud akan dilaksanakan bila masyarakat dah sedia dan setuju.

Berlainan dengan PAS. Dulu ulamak-ulamak PAS selalu cakap, kita mesti buat HUDUD, wajib buat HUDUD tak kira apapun dan juga pemimpin PAS kata dalam ceramah, pengikut taksub PAS perlui tawakal pada Allah. Lawaknya, pemimpin PAS ni bertukar menjadi munafiq bila dah nampak PRU13 makin dekat dan PAS perlukan kafir harbi seperti DAP untuk menumbangkan UMNO yang amat mereka musuhi.

Sebab tu lah keluar macam-macam alasan bebal lagi dangkal dari mulut pemimpin PAS kononnya rakyat kena setuju la, rakyat kena faham laa, menang lebih mustahak dari HUDUD la dan bla..bla....bla... Semuanya nak cover takut pada Karpal dan Lim Kit Siang saja.

Ulamak-ulamak PAS tahu tak ciri-ciri orang munafiq? Bila bercakap dia bohong..., bila berjanji dia mungkir dan juga bila diberi amanah tetapi dia ingkar. Di dalam soal HUDUD ni, cuba perhatikan betul-betul samada ulamak-ulamak PAS munafiq atau tidak?

PAS

Sumber Media Permatang Pauh
joecharlie said…
DENGAN BANGGANYA AKU KATA AKU BELAJAR DI UK DENGAN DUIT BAPAK AKU SENDIRI TAU TAK? TAK MAINLAH DUIT GOMEN TAU TAK? I studied Fuel and Energy Engineering in Leeds University, UK and I graduated in 1979. As a student in the UK, I was a member of a group called ‘SUARA AL-Islam’. When I returned to Malaysia, I joined PAS in 1983. I was a PAS C.C. member from 1987 to 1993. I have never been a member of IRC, JIM or any other Islamic organization, although I often interact with their members.
BETUL KE BUKAN DUIT GOMEN BN?
Anonymous said…
Lantah la kalau kerajaan nak bagi duit raya atau tak. Kenapa perlu cemburu? Rata-rata kakitangan kerajaan adalah golongan bergaji RM2000 ke bawah.

Sama seperti bonus atau duit raya utk kakitangan swasta. Apa bezanya pun? Kalau swasta nak bagi 2 bulan, perlu ke kakitangan kerajaan cemburu juga?

RM0.05 yg di tarik subsidi pun nak jadikan isu ke?

Nak marahkan BN sebab barang naik. Tapi hakikatnya, siapa yg control ekonomi Malaysia sekarang ni kalau bukan cina. Nak beli ayam pun dgn cina. Nak beli susu anak pun dgn cina. kalau diorang naikkan harga barang, nak marahkan BN jugak ke?

Sekarang ni pulak ada orang melyu lupa diri mempertikaikan hak melayu & bumiputra. Mempertikaikan DEB. Tak sedar mereka-mereka itu adalah produk DEB.

Walaupun aku benci BN tapi aku rasa aman sebelum ni. Tapi sejak PR memerintah Selangor ni, mcm-mcm masalah. Aku tau BN banyak mengambil kesempatan. Tapi PR banyak main politik drp bekerja. Politik 24/7. Mcmana rakyat tak marah..

Drp isu kuil di seksyen 23, kalimah Allah, isu kepala lembu, rumah urut, tah mcm-mcm lagi yg aku tak tau.

Kepada YB,
Jangan cari isu bingai mcm isu bonus raya ni. Cari isu utk rakyat bukan pergi kilang arak nak buat stesen bas.

Sebagai MP Shah Alam, YB boleh turun padang. Tengok lah gerai seksyen 2 ni. Kotor. Keselamatan anak-anak di sekolah pergi & balik. Banyak lagi yg kami perlukan YB drp YB membingaikan diri YB tu dgn buat forum dgn KJ la, nak marah sebab orang kafi tak boleh masuk masjid & surau lah. tak ke bingai tu..
Anonymous said…
aku rasa Khalid Samad ni tak lah bijak mana. Tiada idea utk di ketengahkan. Menampakkan ketidak matangan beliau sebenarnya.

aku tak pasti dalam kitab mana beliau nak rujuk utk membenarkan kafir utk masuk ke dalam dewan solat utama.

Jika beliau selalu berada di dalam kumpulan usra', adakah mereka tersebut adalah drp golongan alim ulama? Kebanyakkan mereka di dalam usra' adalah mereka yg merujuk kepada kitab sahaja tanpa mempunyai sebarang ilmu agama. Golongan ini sebenarnya amat keliru.

Maaf. Kenapa aku kata begitu? Kerana aku pun pernah terlibat dlm usra'. Aku keluar & berhenti utk melibatkan diri dari sebarang aktiviti usra' kerana melihat kejahilan ramai orang utk mengulas tentang agama. Tapi diri penuh dgn maksiat di tempat kerja.

Maaf sekali lagi. Jika hendak berbincang tentang agama, adalah elok jika libatkan orang alim bukan orang politik.

Maaf. Aku bangkang & tidak setuju dgn orang kafir masuk masjid. AKu bangkang kalimah Allah kepada kristian.
Anonymous said…
Yo YB!
Apa mau kecoh pasal duit raya ni?
Lantak la kerajaan mau kasi ke tak mau kasi.

Banyak lagi mau pikir..lagi lu mau bincang sama rakyat pasal duit raya. lantak la diorang YB. Apa YB hasut bagi kita rakyat ni bikin marah sama kerajaan ka?

YB Khalid Samad mesti bertaubat!!
Anonymous said…
YB,

Layan je la kepala DUNGU um-NGOK TOTOK nie, Nak buat macamana kan.

Dah tahap PENCACAI, level tu je la pemikiranya. Tapi kesian juga la sebab yang BENGONG-BENGONG tu semuanya budak-budak MELAYU, yang dapat RM100 dari ketua bahagian boleh terkinja-kinja, macam beruk dapat lolipop.

-madir-
Anonymous said…
Aku sokong anon sept 5 216pm.
Sememang usra sebenarnya banyak melencongkan terutama bila seseorang itu yg cetek ilmunya tentang agama ingin berbicara mengenainya.

Aku tak kata tak boleh usra. Tak salah sebenarnya utk bertukar tukar pendapat tetapi kebanyakkannya yg berada di dalam usra adalah drp golongan pengikut tegar puak assobiyah hijau (aku pinjam je) yang mana jika kita tidak bersetuju dgn mereka maka kita akan di takrifkan sebagai menolak hukum.

sama juga dgn hudud. aku tak faham Mohd Amar Nik Abdullah katakan hari ini. Dulu nak hudud sekarang tak mau.

satu lagi soal duit raya pun nak di jadikan isu. kenapa nak bangkitkan isu ni? ada satu anon kat atas ni kata RM500 boleh di kongsi dgn 4.5 juta rakyat malaysia secara tidak langsung. aku sokong benar apa dia kata.

Berkaitan perkara kafir masuk surau dan masjid. walaupun PAS atau UMNO bagi sekali pun aku tetap tak setuju. Jangan lah guna akal yg dangkal utk membenarkanya.

Kalau YB Khalid Samad kata boleh kafir masuk, aku cabar Khalid Samad panggil LGE si Ketua Menteri paling celaka dlm sejarah atau LKS si bapak dia bagi tazkirah di masjid negeri shah alam. tengok dia berani ke tak? Sebab apa aku kata begitu sebab dia kata dlm tazkirah tempoh hari ada orang nak buat shah alam ni mcm tanah haram makkah.

Brani ke YB?
Anonymous said…
Salam Semua & Selamat Hari Raya.

Kepada kakitangan kerajaan yg tak nak bonus raya tu di sebabkan termakan hasutan Khalid Samad atau rasa diri dia daripada golongan pembangkang tegar tu boleh lah masukkan duit dalam akaun saya bernomor di bawah ini:

11334455667788990022112233324345566
Bank Aku.

Terima kasih kepada yg dah masukkan. Jasa mu tidak ku lupakan.

Yahoo..boleh balik raya..
Anonymous said…
Rasulullah SAW pernah bersabda.., maksudnya:

"Sesungguhnya Allah tidak menghilangkan ilmu (di atas dunia) dengan mengangkatnya. Sebaliknya, Allah menghilangkan ilmu dengan mematikan ulama. Lalu manusia melantik si jahil sebagai ketua mereka, kemudian ditanya soalan kepada si jahil. Maka si jahil mengeluarkan fatwa tanpa ilmu, maka dia telah sesat lagi menyesatkan." (hadis riwayat al-Bukhari).
peminat YB khalid said…
wow! ramainya peminat YB khalid dari dumbno sekarang ni..

taniah yb kerana mereka2 sudi datng menjenguk blog uan
Anonymous said…
Apa punya sial dapat YB macam ni.
Ingatkan UMNO je sial..PAS lagi sial..

Ingatkan UMNO je ambik rasuah..PAS lagi teruk..rasuah agama pada kafir bagi masuk masjid

Ingatkan UMNO tolak hudud..rupanya PAS lagi dashyat..dia yg canangkan 1 dunia..last last dia yg kona balik..

Ingatkan UMNO ni tak takut Allah (PAS yg kata bukan aku)..rupa-rupanya PAS lagi sokong kalimah Allah di gunakan oleh Kristian (bukan semua orang PAS..Khalid Samad yg kata tuuuu...)

Ingatkan UMNO jahat sebab robohkan kuil haram. PAS lagi tak boleh blah...ada ka mau buat kuil kat kawasan melayu..otak ada ke?

YB..
Mana kemajuan yg YB janji nak bawak pada warga Shah Alam..hamPAS ada la..

Dulu YB siap canangkan dlm blog YB pembangunan di Shah Alam..hospital la..highway la..tapi tu semua BN buat..Kalau setakat nak menyalak nak buat bas station tu riuh sekampung..aku pun boleh jadi YB..

eh eh..selamat hari raya YB..PRU 13 tak lama dah..tak sabar rasanya nak tengok YB tumbang..PAS tak tumbang tak pe..YB kami akan tumbangkan dulu..
Anonymous said…
haha..kalau ada komen negatif sikit katanya beruk dpt lolipop, macam ni ke pemerintahan islam ala pas yg tak boleh di tegur? kalau tegur kena maki hamun.

peehhhh...dasyhat beb..
Anonymous said…
Lagi ramai orang UMNO lawat lagi bagus, sebab makin terdedah kebodohan Khalid dan puak tok tok PAS yang sentiasa rasa mereka lebih Islam dari orang lain. Haaakkkk tuiih kat PAS
Anonymous said…
Kepada Pengomen yang jahil dan juga Cybertroopers UMNO yg dtg mncari makan di sini, aku nak tunjukkan bukti dan dalil syarak yg mengharuskan org kafir masuk masjid kecuali Masjidil Haram. Masjidil Haram secara mutlak mmg tak boleh dimasuki oleh orang kafir kerana ianya jelas dilarang oleh firman Allah di dalm Surah Surah Taubah ayat 28.

Manakala bagi masjid dan surau yang selain dari Masjidil Haram, majoriti para ulamak termasuk Mazhab Syafie mengharuskannya. Ini adalah berdasarkan kepada hadis Nabi S.A.W yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim berkaitan dengan kisah Thumamah bin Uthal yang merupakan tentera kafir dari Yamamah yang dibenarkan Nabi Muhammad untuk masuk ke Masjid Nabawi di Madinah.

Lihat syarah kepada hadis ini di dalam Fathul Bari karangan Imam Ibn Hajar Al Asqalani dan juga di dalam kitab Syarah Shahih Muslim oleh Imama Nawawi.

Di dalam kitabnya, ImamNawawi menyatakan bahawa ini hadis menunjukkan keharusan untuk dibawa orang kafir masuk ke dalam masjid dengan syarat mendapat keizinan dari orang Islam. Keharusan ini menurut Imam Nawawi merangkumi semua jenis orang kafir.

Berdasarkan kepada dalil dan sunnah inilah Majlis Fatwa Kebangsaan telah mengeluarkan fatwa yang mengharuskan pelawat non Muslim masuk ke masjid-masjid di Malaysia melalui fatwa betraikh 1/3/2010 yang boleh dilihat di web E-Fatwa.

Kepada pengomen2 yang jahil tersebut, lain kali perbanyakkan belajar agama. Jangan jadi bangan sampai ke mampus!

mamat kg jawa
Anonymous said…
salam...

to umnotroopers yg pertikai "hudud pas"

kalau dah hudud pas tak betul la, gimik politik la, takut dap la...

aku nak tanya..

dah lebih 50 thn Umno perintah, mana dia hudud pemimpin korang?

what?! tak ada?!

org pas baca quran, org umno pun baca quran. takkan tak faham2 bahawa hudud tu satu perintah?

at least pas ada usaha utk melaksanakannya. Umno?

TAK ADA!

peace!
Anonymous said…
assalamualaikum YB, Ini sajalah tahap pemikiran YB dari PAS. Tidak membantu ummah langsung dan hanya tahu mencari kesalahan orang lain. Umat islam tidak akan kemana jika begilah cara pemikiran pemimpin PAS. UMNO memang tak layak bercakap tentang islam, hanya PAS sahaja yang layak. Tetapi melihat cara, tindakkan serta sikap takbur pemimpin PAS membuat saya kecewa serta menghilangkan rasa hormat saya kepada pimpinan jemaah. Lebih baik menyokong umno yang tidak menjual agama sebegini murah.

Popular posts from this blog

Keadilan Saidina Umar Al-Khattab Terhadap Rumah Ibadah Agama Lain

Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengemukakan sebuah kisah dari zaman pemerintahan Saidina Umar Al-Khattab (r.a) untuk tatapan dan renungan tuan-tuan sekalian. Melalui pendedahan ini, adalah diharap sebahagian dari ummat Islam yang tidak memahami konsep keadilan Islam terhadap agama lain, akan sedikit sebanyak dapat memikirkan kembali sikap dan pendirian mereka itu. Kisah yang ingin dikemukakan adalah kisah Saidina Umar dan Kanisah (gereja) Al-Qiamah yang terletak di Quds. Kisah ini adalah petikan dari muka surat 114, kitab Itmam al-Wafa’ fi sirah al-Khulafa’ , tulisan as-Syeikh Muhammad bin al-Afifi al-Banjuri, Darul Ibnu Hazim. “Dan apabila masuknya Saidina Umar ke dalam kota, maka masuklah beliau ke dalam Kanisah (gereja) al-Qiamah, dan beliau duduk di ruang utama gereja tersebut . Setelah tiba waktu solat asar, maka berkata Saidina Umar kepada Patriach Kanisah tersebut, “Saya ingin mengerjakan solat.” Jawab Patriach: “Solat sahajalah di sini”. Tetapi Umar menolak cadangan

Video Tazkirah Ramadhan At-Taubah Ayat 31: Pendewaan Manusia

WaLlahu 'Alam   KHALID SAMAD

Kisah Raja Najashi

Semasa saya terlibat dalam usaha dakwah di UK satu ketika dahulu, kami mendapati bahawa ramai dari kalangan penganut Kristian tidak tahu bahawa Nabi Isa (AS) diiktiraf sebagai seorang Rasul oleh Islam. Begitu juga Nabi Ibrahim, Nabi Musa dan hampir kesemua para Nabi yang diiktiraf oleh agama Kristian turut diiktiraf oleh Islam. Kecuali kumpulan yang tidak diiktiraf Islam ialah ‘Nabi’ selepas Nabi Isa, termasuk penulis Bible yang digelar sebagai ‘Prophet’ oleh mereka. Apabila mereka didedahkan dengan maklumat ini, maka ianya boleh menyebabkan mereka ingin tahu apa yang dikatakan Al-Quran mengenai Nabi Isa dan menjadi satu titik tolak bagi mereka untuk mendampingi Al-Quran.