Skip to main content

Nazir Tolak Majlis 'politik' PM

Alasan bahawa orang bukan Islam berada dalam keadaan hadas besar adalah "tidak masuk akal."

Katanya, hanya orang Islam yang diwajibkan mandi hadas.

"Masalahnya bila ada pengarah JAIS yang ada agenda politik dan tak ada ilmu, memberi alasan memalukan sehingga orang bukan Islam hilang minat untuk berdamping dengan Islam," katanya.

Khalid juga mendakwa, sultan Selangor juga dimaklumkan dengan maklumat yang salah berkenaan kehadiran ahli parlimen Serdang Teo Nie Ching ke sebuah masjid.

"Teo Nie Ching difitnah untuk beri tazkirah -- ini disalahmaklumkan kepada sultan sehingga sultan murka," katanya lagi.

Khalid turut menyelar pandangan yang ditimbulkan bahawa orang Islam tidak akan suka sekiranya orang bukan Islam memasuki rumah ibadat berkenaan.

Bina jambatan

"Kelangsungan Umno atas dasar perbezaan dan perbalahan (supaya) ada buruk sangka, takut dan tak yakin, supaya orang sokong mereka.

"(Mereka) sengaja nak timbulkan tanggapan bahawa Islam itu tidak mesra," tambahnya.

Katanya lagi, pandangan itu berbeza dengan pendekatan Pakatan Rakyat yang ingin "membina jambatan" dengan antara masyarakat Islam dan bukan Islam.

Selanjutnya dari Malaysiakini
-Pejabat YB Khalid Samad-

Comments

jab sp said…
Bila Nazir tolak Majlis Politik PM (atau sesiapa saja), Ini baru betul betul politik.
Samada takut dimurka olih manusia,atau memang Nazir juga manusia politik,bukan manusia agama.
Kalau depa semua (tentu termasuk AJK)manusia agama,depa akan buat apa yang depa kata(kerana ianya agama yang kata),biarlah umno nak main politik tapi depa wajar mempertahan pendapat ulama yang nyatakan politik dan agama tidak bolih dipisahkan dengan membenar majlis tersebut.Bila tak benarkan,inilah yang dinamakan manusia politik memang 2 kali 5 .
Anonymous said…
YB,nak ajak orang ramai bukan islam datang lawat gereja atau kuil pun dah susah sebab pemuda-pemudi sekarang tak ada minat sangat agama, jadi kan ini berita baik adanya orang bukan islam nak lawat masjid.Kenapa adanya orang islam nak fitnahkan perkara ni sungguh memalukan.
Anonymous said…
ELOKLAH TU TUAN,

NANTI TUAN DECLARE LA BERAPA RAMAI YANG MASUK ISLAM HASIL DAKWAH TUAN... BARU LA SEMANGAT ORANG ISLAM KAT MALAYSIA NAK BERDAKWAH DAN SAMA-SAMA BANGUNKAN ISLAM...

- PARTI JAHAT -
Anonymous said…
Khalid,
Kau nak memarakkan lai kemarahan orang melayu ke?
cukup la.

Muak aku dengar hujjah akal kau.
kalau orang hadas besar pun kau kata boleh masuk masjid then aku no comment to you. But please, don't confuse other muslims.
Unknown said…
umno terus membuka pekung didada..sebagai parti yg jahil tentang islam serta lansung tiada usaha untuk menarik bukan islam mendekati islam
Anonymous said…
"Khalid,
Kau nak memarakkan lai kemarahan orang melayu ke?
cukup la.

Muak aku dengar hujjah akal kau.
kalau orang hadas besar pun kau kata boleh masuk masjid then aku no comment to you. But please, don't confuse other muslims."

- nmpknya org yg komen di atas ni mmg xckup ilmu bab bukan muslim masuk masjid/surau.jgn tonjolkn kebodohan anda di sini, memalukan.sila rujuk ustaz2 yg arif ttg hal ni.x hairan awk jd 'confuse' sbb baca utusan je kot.sila kembangkan minda anda dan dan jgn jd jumud. well done YB Khalid!
jimman said…
Ini posting dari Anonymous (nampak sgt pengecut sampai takut guna nama)
"..Muak aku dengar hujjah akal kau.
kalau orang hadas besar pun kau kata boleh masuk masjid then aku no comment to you.."

Pada penulis2 ruangan komen, tolong jgn tunjukkan cetek ilmu agama anda. Hujah mengenai hadas besar utk org Islam saja boleh dirujuk pada mana-mana guru agama atau kitab, kalau tak tahu, bertanya...jgn dok percaya cakap org yang ada kepentingan dan pengampu UMNO..
abgjack said…
Sememangnya BODOH yg terserlah bagi komen orang penakut tak bernama tu:

"..Muak aku dengar hujjah akal kau.
kalau orang hadas besar pun kau kata boleh masuk masjid then aku no comment to you.."

Rujukan mana orang bukan islam kena berhadas besar ni (rujukan orang mabuk agaknya)

kah...kah...kah... BODOH nya (1juta kali)
Anonymous said…
Kepada jimman,

Pada penulis2 ruangan komen, tolong jgn tunjukkan cetek ilmu agama anda. Hujah mengenai hadas besar utk org Islam saja boleh dirujuk pada mana-mana guru agama atau kitab, kalau tak tahu, bertanya...jgn dok percaya cakap org yang ada kepentingan dan pengampu UMNO..

Haha..Hadas besar utk orang Islam je ke? Kalau orang kafir panggil hadas apa yer?
Rizal Md Radzi said…
buat "tanpa nama", baca ni http://www.e-fatwa.gov.my/fatwa-kebangsaan/hukum-pelancong-bukan-islam-memasuki-masjid-dan-ruang-solat-utama-di-dalam-masjid
Anonymous said…
En Rizal,
itu fatwa utk pelancong bukan utk orang politik.

pelancong boleh bagi ceramah atau tazkirah ke?

jangan keliru dgn fatwa itu. buka sikit minda tu. jangan biarkan kongkongan politik yg jumud membelengu anda.
Anonymous said…
Alhamdulillah. Puak2 PAS ni dah mula berdakwah kepada orang bukan islam dengan meliberalkan diri. Kononnya bila orang bukan islam boleh masuk masjid, boleh bagi ucapan (tazkirah politik) akan melembutkan hati2 mereka terhadap islam. Haloo Khalid, macam tu ke berdakwah? Ikut pemahaman kau, kalau kita terlalu liberal, orang boleh terima islam. Kalau macam tu kau makan lah dengan mereka semeja . Hidangan babi atau arak mereka makan kau jangan sentuh. Kau makan benda2 halal je ok. Tak kisah sebab dengan cara macam ni, masyarakat orang bukan islam, tentu memandang tinggi terhadap islam kerana kau tak kisah semua tu. Bodoh punya YB. Amat rugi aku undi kau dulu. Bangang.
bunga melati said…
aduh....mintak maaf yer YB khalid..saya rase ada org yg tak cukup ilmu agama dan cube membuat onar disini.. dan saya rase kebodohan nyer terserlah dan para2 pengkomen dapat merasakan nyer... ilmu dah lah cetek berlagak mcm semua tahu...padahal bodoh bertingkat2... nilah hasil jika umno masih lagi memerintah... jgn jadi kata bawah tempurung...jadilah semut yg rajin..dah g jauh2 jgn main kat sini lagi..g sunat dulu...
bunga melati said…
salam...aduh ada lagi juak2 umno kat sini.. apa lah ko ni 'anonymous'... nampak sgt lah ko ni cetek ilmu agama.. dah lah bodoh sombong plak tu.. pada zaman nabi muhammad s.a.w pun, yg bukan islam dibenarkan duk dalam masjid.. bukan setakat duduk je tapi sampai buang air.. so jgn jadi jahil g cari maklumat kat lebai google klu malu jmpa org... dah g main jauh2 jgn main kat sini,sini untuk org bersunat jer...
mo said…
Asalam, Orang umno dan kaki umno, mengapa terlalu cetek pandangan agama. Sungguh memalukan, islam tidak mengajar kita jadi org yg buta, baca lah banyak sikit sejarah nabi dan sehabat2 nabi. Cukuplah dgn kerenah yg memalukan????. Ulama kerajaan mana dia tak baki pandangan ???? Biarlah berdasar kepada islam bukan pandangan umno. Yg
Anonymous said…
Salam tok tok PAS, kalau macam tu kau pangil la semua tuan DAP kau tu buang air dalam masjid PAS kau. Bodoh, baca sirah nabi sekerat-sekerat berlagak pandai. Kasi baca habis la brader. Jgn tunjuk kebodohan.
Anonymous said…
Peristiwa ini ada kabaikan nya, baru kita tahu ramai orang Melayu tak tahu pasal hukum dalam agama nya sendiri. Berdebat dengan hujah sentimen Melayu bukan nya Al quran dan Hadith. Saya harap YB terus berjuang dan berdakwah dengan istiqomah.

Popular posts from this blog

Keadilan Saidina Umar Al-Khattab Terhadap Rumah Ibadah Agama Lain

Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengemukakan sebuah kisah dari zaman pemerintahan Saidina Umar Al-Khattab (r.a) untuk tatapan dan renungan tuan-tuan sekalian. Melalui pendedahan ini, adalah diharap sebahagian dari ummat Islam yang tidak memahami konsep keadilan Islam terhadap agama lain, akan sedikit sebanyak dapat memikirkan kembali sikap dan pendirian mereka itu. Kisah yang ingin dikemukakan adalah kisah Saidina Umar dan Kanisah (gereja) Al-Qiamah yang terletak di Quds. Kisah ini adalah petikan dari muka surat 114, kitab Itmam al-Wafa’ fi sirah al-Khulafa’ , tulisan as-Syeikh Muhammad bin al-Afifi al-Banjuri, Darul Ibnu Hazim. “Dan apabila masuknya Saidina Umar ke dalam kota, maka masuklah beliau ke dalam Kanisah (gereja) al-Qiamah, dan beliau duduk di ruang utama gereja tersebut . Setelah tiba waktu solat asar, maka berkata Saidina Umar kepada Patriach Kanisah tersebut, “Saya ingin mengerjakan solat.” Jawab Patriach: “Solat sahajalah di sini”. Tetapi Umar menolak cadangan

Video Tazkirah Ramadhan At-Taubah Ayat 31: Pendewaan Manusia

WaLlahu 'Alam   KHALID SAMAD

Kisah Raja Najashi

Semasa saya terlibat dalam usaha dakwah di UK satu ketika dahulu, kami mendapati bahawa ramai dari kalangan penganut Kristian tidak tahu bahawa Nabi Isa (AS) diiktiraf sebagai seorang Rasul oleh Islam. Begitu juga Nabi Ibrahim, Nabi Musa dan hampir kesemua para Nabi yang diiktiraf oleh agama Kristian turut diiktiraf oleh Islam. Kecuali kumpulan yang tidak diiktiraf Islam ialah ‘Nabi’ selepas Nabi Isa, termasuk penulis Bible yang digelar sebagai ‘Prophet’ oleh mereka. Apabila mereka didedahkan dengan maklumat ini, maka ianya boleh menyebabkan mereka ingin tahu apa yang dikatakan Al-Quran mengenai Nabi Isa dan menjadi satu titik tolak bagi mereka untuk mendampingi Al-Quran.