Skip to main content

PPIM Tidak Faham

SHAH ALAM 14 Ogos - Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Abdul Samad hari ini menyelar Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) yang mendakwa beliau cuba membesarkan operasi pengeluaran minuman keras di negara ini ekoran lawatannya ke kilang minuman keras di sini baru-baru ini.

Persatuan itu, ujar beliau, tidak seharusnya mengeluarkan kenyataan sedemikian yang menunjukkan PPIM tidak faham tujuan sebenar beliau mencadangkan tapak di Pelabuhan Klang sebagai alternatif operasi baru kilang itu bagi menggantikan tapak sedia ada di Shah Alam.

Katanya, cadangan itu dikemukakan kepada pihak pengurusan kilang memandangkan tapak kilang sedia ada merupakan kawasan strategik dan juga kawasan pintu masuk ke Shah Alam yang boleh dibangunkan dengan projek mercu tanda lain seperti Terminal Bas Shah Alam.

"Saya cadangkan kepada kilang itu sama ada boleh atau tidak mereka pindah operasi ke Pelabuhan Klang sekiranya ditawarkan tanah di kawasan berkenaan yang lebih baik. Saya tidak tawarkan tanah kepada mereka, ia cuma cadangan.

"Namun, pihak pengurusan kilang berkenaan dilihat menolak cadangan tersebut atas sebab kos pemindahan yang tinggi.

"Malah, pengurusan kilang itu juga menyatakan mereka telah membeli tanah seluas enam ekar (2.42 hektar) di kawasan berhampiran kilang antara tahun 2000 atau 2001 untuk perancangan masa depan operasi mereka," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Ekoran itu, tambah Khalid, pihaknya akan mencari lokasi lain di Shah Alam untuk projek pembinaan terminal bas tersebut.

Beliau mengulas tindakan PPIM yang mengkritiknya (Penghinaan pada umat Islam – PPIM) kerana menawarkan kawasan baru lebih luas di Pelabuhan Klang kepada kilang berkenaan ketika Yang Dipertua Pas Shah Alam itu mengadakan lawatan rasmi ke kilang itu pada 5 Ogos lalu.

Mengulas lanjut, Khalid berkata, sekiranya PPIM membantah pembesaran operasi kilang tersebut, mereka seharusnya mengambil tindakan sedemikian sebelum pihak pengurusannya membeli tanah berhampiran kawasan kilang mereka itu.

Beliau berkata, pekerja beragama Islam tidak seharusnya diberhentikan terus hanya kerana mereka bekerja di kilang berkenaan sebaliknya perlu didekati sepanjang masa dan diberi penekanan mengenai aspek agama.

"Kita tidak boleh hukum mereka kerana bekerja di kilang arak. Tetapi, mereka harus didekati menerusi program bersesuaian dan menerapkan nilai agama dengan harapan mereka insaf serta berubah dengan sendirinya untuk meninggalkan pekerjaan tersebut," ujarnya.

Berita ihsan Utusan Online
-Pejabat YB Khalid Samad-

Comments

John said…
Mungkin PPIM ada cadangan yang lebih baik. Takkan nak kritik apa orang buat je. Berikanlah cadangan yang lebih baik dan praktikal.
kang said…
Salam sejahtera Dato,

Kita sekarang betul betul terperangkap dalam ekonomi nyawa ikan. Majoriti rakyat yang selalu bimbang bagaimana melalui keesokan hari. Adakah masih dapat membekalkan anak kita makanan tiga kali sehari.

Menurut lapuran World Labors Organisation, dunia akan menghadapi masaalah pengganguran yang ketara sejak Perang Dunia Kedua pada masa terdekat.

Pada ketika ini, saban hari ada publisiti songsang yang dijadikan bahan lawak dunia. Siapa yang berani untuk melabur dengan karenah mereka ini ? Tanpa FDI, di manakah kita hendak meletakkan ratusan ribuan graduan setiap tahun ?
joecharlie said…
N.AJIS JELAOUS ANDA DAPAT BANYAK PAHALA TERUKAN USAHA ANDA....website Gereja Grace BM Shah Alam bertajuk "Kenapa Kita Berada Di Shah Alam". Isi kandungan kata-katanya boleh anda baca dibawah ini dan sedikit sebanyak ianya juga boleh menjawab persoalan yang dibangkitkan oleh saudara saya darulehsantoday.blogspot.com "Kenapa Di Shah Alam?"...bacalah..dan fikirkanlah dengan sewajarnya...


"KENAPA KITA BERADA DISHAH ALAM?


Oleh: Pastor Joseph Marcose


Sepanjang minggu lalu, satu hal yang renungkan ialah kenapa Tuhan letakkan kita di Shah Alam? Yang pasti ianya bukan secara kebetulan mahupun kerana keinginan sendiri. Tentunya adalah satu rencana Tuhan untuk kita semua.


Saya sedar bahawa Tuhan meletakkan hal ini dalam hati saya supaya saya dan para pemimpin menyediakan satu penyataan atau statement tentang tujuan kewujudan kita di Shah Alam. Nah, apabila saya mula berfikir kearah itu dengan serta merta saya menerima jawapan bagi persoalan ini.


Adanya Sidang BM Gereja Grace di Shah Alam adalah:-


Untuk menjadi Gereja yang melaksanakan Amanat Agung dengan MEMBERITAKAN Injil KEPADA SETIAP BANGSA yang ada disekitar kita,


Untuk menjadi Jemaat yang bertumbuh secara rohani DIUBAH dan diberi kuasa oleh Roh Kudus serta menjadi PEMBACA DAN PELAKU firmannya,


Untuk menjadi Gereja yang berdoa sehingga SETIAP KUBU SETAN diruntuhkan dan SHAH ALAM serta kawasan sekitarnya menjalani LAWATAN TUHAN yang DASYAT, dan,


Untuk menjadi Kristian yang saling mengasihi sesama kita, mengasihi jiran serta masyarakat disekeliling kita.


Saudaraku, GEREJA KITA MEMPUNYAI SATU PANGGILAN KHUSUS DI KOTA SHAH ALAM ini.


Bagi manusia sesuatu itu mungkin mustahil tetapi bagi Tuhan tidak ada yang mustahil. Saya percaya dan yakin IKLIM KEROHANIAN di SHAH ALAM akan BERUBAH dalam sedikit waktu lagi.


Sementara menunggu marilah kita tekun berdoa, rajin membaca firman dan menjadi saksi mengenai kebesaran. Saudaraku, cara hidup kita juga satu kesaktian.


Selamat beribadah dan Tuhan memberkati.


Pastor Joseph Marcose"
Anonymous said…
Yes YB,
Saya cuba fahamkan apa yg YB tulis atas ni & juga posting YB berkenaan lawatan YB ke Carlsberg.

Terang terang YB katakan YB cadangkan kilang tersebut pindah ke Port Klang dgn tanah lebih besar.

Memang ada YB bangkitkan utk buat terminal bas. Tapi saya tergelak sebab adakah sesuai utk buat terminal bas di lokasi kilang Carlsberg? Biar betul YB?

Kenapa YB tidak memanggil tokey arak tu dtg jumpa YB tempoh hari? Itu saya tak faham. Sekarang dah menjadi bualan mulut orang Shah Alam. Hah..dah terantuk baru YB nak kata PPIM tak faham!

YB, lokasi terminal bas Shah Alam tak perlu lah YB nak besar-besarkan isunya. Di seksyen 17 pun dah cukup walaupun tidak sempurna. Kalau YB cadangkan buat di batu 3, siapa sanggup datang YB? Jalan sesak YB.

YB ni pernah lalu ke pagi & petang kat sana? Nak tambahkan lagi kesesakkan ke?

Banyak lokasi lain boleh di cadangkan. Tapi kalau di Batu 3 saya bangkang la..Apa kata buat di bekas TAPAK KUIL DI SEKSYEN 23 yg YB cadangkan dulu tu?

Apa mcm YB?
joecharlie said…
website Gereja Grace BM Shah Alam bertajuk "Kenapa Kita Berada Di Shah Alam". Isi kandungan kata-katanya boleh anda baca dibawah ini dan sedikit sebanyak ianya juga boleh menjawab persoalan yang dibangkitkan oleh saudara saya darulehsantoday.blogspot.com "Kenapa Di Shah Alam?"...bacalah..dan fikirkanlah dengan sewajarnya...


"KENAPA KITA BERADA DISHAH ALAM?


Oleh: Pastor Joseph Marcose


Sepanjang minggu lalu, satu hal yang renungkan ialah kenapa Tuhan letakkan kita di Shah Alam? Yang pasti ianya bukan secara kebetulan mahupun kerana keinginan sendiri. Tentunya adalah satu rencana Tuhan untuk kita semua.


Saya sedar bahawa Tuhan meletakkan hal ini dalam hati saya supaya saya dan para pemimpin menyediakan satu penyataan atau statement tentang tujuan kewujudan kita di Shah Alam. Nah, apabila saya mula berfikir kearah itu dengan serta merta saya menerima jawapan bagi persoalan ini.


Adanya Sidang BM Gereja Grace di Shah Alam adalah:-


Untuk menjadi Gereja yang melaksanakan Amanat Agung dengan MEMBERITAKAN Injil KEPADA SETIAP BANGSA yang ada disekitar kita,


Untuk menjadi Jemaat yang bertumbuh secara rohani DIUBAH dan diberi kuasa oleh Roh Kudus serta menjadi PEMBACA DAN PELAKU firmannya,


Untuk menjadi Gereja yang berdoa sehingga SETIAP KUBU SETAN diruntuhkan dan SHAH ALAM serta kawasan sekitarnya menjalani LAWATAN TUHAN yang DASYAT, dan,


Untuk menjadi Kristian yang saling mengasihi sesama kita, mengasihi jiran serta masyarakat disekeliling kita.


Saudaraku, GEREJA KITA MEMPUNYAI SATU PANGGILAN KHUSUS DI KOTA SHAH ALAM ini.


Bagi manusia sesuatu itu mungkin mustahil tetapi bagi Tuhan tidak ada yang mustahil. Saya percaya dan yakin IKLIM KEROHANIAN di SHAH ALAM akan BERUBAH dalam sedikit waktu lagi.


Sementara menunggu marilah kita tekun berdoa, rajin membaca firman dan menjadi saksi mengenai kebesaran. Saudaraku, cara hidup kita juga satu kesaktian.


Selamat beribadah dan Tuhan memberkati.


Pastor Joseph Marcose"
dino.yp@gmail.com said…
strategi lapok orang pas. sesiapa yang tak setuju dengan mereka akan dilabelkan 'tak paham', 'jahil',' tak cukup tarbiah' dan lain2 ungkapan carut marut mereka. konon nak memperjuangkan kebebasab... porraaah lah datuk!
Anonymous said…
lah... PPIM tu ejen umno... pedulikannya je
Anonymous said…
syabas YB...bagi pencerahan skit kat pengemis-pengemis ameno...
Anak Jati Selangor said…
Salam YB Khalid,

Untuk dua entri berkenaan Kilang Carlsberg ni, saya tunggu jugak manalah tahu YB nak hujah dengan ayat Qur'an, hadith ke, kaedah fiqh ke..Mungkin tak sempat nak belek buku agaknya..Maklumlah,sibuk cari publisiti.

Takpe, upah je albakistani tu utk cari nas2 menyokong YB ok..

Ada dua perkara YB.

1) YB kata tak tawar tanah kpd tokey kilang tu, tapi YB tawarkan apa di Pelabuhan Klang? Tawarkan air ke? Atau tawarkan kapal2?

YB nak ambik tapak kilang tu jadikan terminal bas eh, so bahasa kasarnya YB suruh diaorang tu pindah ke? Klu diaorang tak pindah, YB ada cdgn lain tak tapak tu? Tapak besar di Pelabuhan Klang tu takde orang Melayu Islam ke?

2) YB pandai kata jgn hukum org2 Islam yg bekerja dlm tu secara terus. YB dok hukum pimpinan2 PAS yg tak seangkatan dlm PAS boleh pulak? Berunding takdak, mesyuarat pun tak dak..Terus hentam gile2.

Susahlah YB org PAS nak terima pndgn YB tu. Saya rasa nasib baik ada bai'ah talak tu, klu tak dah lama YB cabut ke PKR kan?
Anonymous said…
Yang memberi lesen untuk kilang arak beroperasi ialah Kerajaan UMNO. Yang memberi lesen judi juga ialah kerajaan UMNO. Penyokong UMNO faham tak?
Anonymous said…
Hanya mereka yang faham. Kononnya, pendekatan mereka itu adalah yang terbaik. Teruskan lah usaha YB tu. Buat idea2 bodoh lagi, supaya senang kena sembelih masa PRU 13 nanti? Selamat berjaya.
Anonymous said…
Saya tidak malu menjadi warga shah alam, kerana mempunyai wakil rakyat yang berani dan ada niat baik untuk mengalihkan kilang tersebut.UMNO yang meletakkan kilang ini di pintu masuk shah alam, sekarang nie YB cuba bersihkan mengikut sensitiviti kaum.Syabas.
ibnudardak said…
saya seronok sangat bila yb kata dekati pekerja carlsberg, jangan salahkan mereka.
lepas nie tentu yb kata dekati gro dan pelacur.....jangan salahkan mereka.
boleh dapat carlsberg free dan gro free.
tahniah yb

yahoo
Anonymous said…
Syabas YB,

Setidak-tidaknya YB mempunyai inisiatif pergi ke kilang Carlsberg tu dan mendekati pekerja-pekerja islam disana.

Dah 50 tahun um-NGOK memerintah ada diaorang peduli pasal orang islam yang kerja kat kilang arak tu? Lagi diberi lesen kat kilang arak ada la.

Bab itu pun orang um-NGOK TOTOK nie payah nak paham, Kalau dah dasar BEBAL tu, BEBAL jugak!

-MADIR-
Jerry Chin said…
Topic: RACIAL DISPUTES (Past, Present & Future)

1) RACIAL DISPUTE is a SENSITIVE & DEADLY thing. It’s similar to CANCER. You can NEVER get RID of it.

2) RACIAL DISPUTE had always been a problem of the PAST & it’s still a problem of the present. I foresee it will continue to be a PROBLEM till the end of time.

3) RACE & RELIGION are issues NOBODY could COMPROMISE on. Not even the MALAYS, CHINESE, INDIANS or lain-lain.

4) We CANNOT expect the MALAYS to compromise their RACE & RELIGION for other ethnic groups & we certainly CANNOT expect the ‘Non-Malays’ to compromise their RACE & RELIGION for the MALAYS.

5) The CHINESE, INDIANS & lain-lain ought to be FAIR in their DEMANDS for RACIAL EQUALITY. These ethnic group MUST NOT forget their ANCESTORS came from another country to settle down in this land called MALAYA & now MALAYSIA. It DOESN’T mean if one is BORN in MALAYSIA, one is automatically GRANTED EQUAL RIGHTS as others. People from these ethnic groups MUST trace back their HISTORY before they even STARTING to make any REQUESTS or DEMANDS.

6) The MALAYS ought to be FAIR. Although the existence of MALAY RULERS are evident in MALAYSIA, it doesn’t mean the MALAYS can TAKE ADVANTAGE of other ethnic groups in the country. The MALAYS must learn to RESPECT others so that others will give them the EQUAL RESPECT in-return.

7) RACIAL DISPUTES was NEVER hotly DEBATED before 2008. This is because MALAYSIANS are PEACEFUL people who RESPECT each other despite differences in RACE & RELIGION.

8) OPPOSITION PARTIES especially DAP (Democratic Action Party) is the CULPRIT who started the BALL ROLLING with such RACIAL DISPUTES & CONTROVERSIES.

9) DAP since 2004 had been using RACIAL DISPUTE topics as their PROPAGANDA in their ‘ceramahs’ & campaigns. DAP conveniently uses words such as CHINESE RIGHTS, NON-MALAYS RIGHTS, ABOLISHMENT OF MALAY RIGHTS & PRIVILEGES as their MAIN TOOL to confuse the CHINESE, INDIANS & lain-lain.

10) In another words, DAP instigates RACIAL ISSUES to champion their political objectives. This can be graded as “NATIONAL THREAT”.

11) This could well be the reason why TONY PUA from DAP received a LOVE LETTER with a LIVE BULLET in it. TONY PUA had STUPIDLY pushed one step further than he should. TONY tried playing the role of a CHINESE CHAMPION but only to MELLOW DOWN & HIDE in FEAR upon receiving the said LETTER (It’s evident to see Tony seldom blog & speak so often since the receipt of the said BULLET)

12) “ANTI ISA” campaign had been very AGGRESSIVE of late & most of these “ANTI ISA” Illegal Street Parades are organized by DAP & GANG (Pakatan Rakyat).

13) Young LAWYERS too are joining the fray in ILLEGAL STREET DEMONSTRATIONS. This is due to Economy Slowdown & most of these young LAWYERS are OUT OF JOBS upon spending so much time & money just to get their LAW DEGREES. These young LAWYERS then take their FRUSTRATIONS & ANGER to the streets by FOOLISHLY walking hand-in-hand with Pakatan Rakyat in Candlelight Vigils & other silly events.

14) The main OBJECTIVE of Pakatan Rakyat towards abolishing “ISA” is NOT for ‘the rakyat’ sake. It’s for PAKATAN RAKYAT’s own sake.

15) Pakatan Rakyat are WELL AWARE they are playing with the FIRE of ‘NATIONAL THREAT’ & the BEST way is to have ISA ABOLISHED so that PAKATAN RAKYAT can pursue their MISSION further by ABUSING “RACIAL DISPUTE” topics to gain political mileage.

16) ISA must NEVER be ABOLISHED. It will come in HANDY one fine day when Pakatan Rakyat goes beyond the boundary.

17) Even if Pakatan Rakyat managed to CONQUER Putrajaya one fine day (unlikely though), the problems of RACIAL DISPUTE will still be around & will NEVER subside.

18) The problems of RACIAL DISPUTE can NEVER be solved as long as the ROOT of the problem is NOT addressed. Sadly, NOBODY seems to have a CLUE where, what & how to get RID of this ROOT.
joecharlie said…
YB juga bersekongkol dengan Parti Komunis Cina ya?bila setiap surat rasmi diletakkan lambang 'shine bintang 3' . KENAPA BINTANGNYA 3 ? adakah ini simbolik kepada kebangkitan fahaman komunisme dalam pakatan yang dianggotai oleh pas,dap dan pkr.

idelogi lambang dalam mempopularkan 'perjuangan' sudah bertapak lama dalam sejarah manusia. karl marx merupakan pengasas ideologi komunis di dunia.jugak digelar bapak komunis antarabangsa.
Anonymous said…
Salam YB,

Teruskan usaha dan cekalkan hati. Biasalah, mereka2 ni hanya tahu bangkang dan condemned usaha dan niat baik.

Buatnya tak mahu...biasala la tu sikap manusia.
Anonymous said…
1. MINTA YB beritahu kerajaan tentang punca zina dan buang bayi ialah kerana Undang2 Perkahwinan Islam di Malaysia amat rumit dan penuh birokrasi.
2. Proses memohon nikah amat lama bermula kursus perkahwinan, perlu mendapatkan kebenaran nikah dari Jabatan Agama dan sebagainya.
3.Permudahkan proses pernikahan dan adakan kempen bernikah beramai2 bagi pasangan yang ada masalah kewangan serta sediakan satu tempat penghantaran bayi bagi pelaku yang ingin bertaubat dan jangan bebankan mereka dengan dakwaan di mahkamah Syariah.
Anonymous said…
biasenya orang yang x ikhlas (baca UMNO) akan cube berbalah,berbahas yang mereka ni membela islam.. selama lebih setengah abad ape mereka buat utk Islam.. btull.. masjid berlambak.. tp apa fungsi.. bape ramai yang dpt manfaat agama.. malahan.. orang melayu Islam hanya pada nama.. aqidah, amalan macam non-muslim.. itu realitinye..

-orang shah alam-
Zabri Mokhtar said…
Salam Yb dan semua,
Saya cadangkan di buat di TTDI Jaya terdapat banyak tanah2 lapang disini.
Tq
Zabri Mokhtar said…
Salam Yb,
Maksud saya tadi .. dibina perhentian bus di ttdi jaya, shah alam.
Anonymous said…
Wahai Zabri,
Cadangan anda adalah cadangan paling bangang untuk di ketengahkan.

Adakah anda fikirkan kesesakkan lalu lintas yg teruk? Bas bergerak seawal jam 8pm. untuk sampai kesana drp rumah saya di seksyen 4 jika dlm waktu hujan atau kesesakkan puncak boleh mengambil masa hingga 1/2jam-1 jam.

Jadi, persoalannya di sini, adakah hentian bas di seksyen 17 menjadi masalah?

Saya adalah pengguna bas & selalu naik di sek 17. Saya tiada masalah menggunakannya disana.

Kalau nak pindah, pindahkannya di sekitar seksyen 17 atau di tanah kosong di sek 16.

Betul Khalid Samad?
Anonymous said…
Beli semua rumah Taman Mesra dan jadikan Perhatian Bas dan Teksi strtegik sungguh depan Komuter Batu3 macam Rumah Rakyat kg.Dato Kerama depan Setesen Putra Jelatek.
Othman - Selayang said…
Saya dah baca kenyataan PPIM. Nampaknya PPIM seolah sama seperti UMNO yang bijak dalam mengalihkan sesuatu kesalahan dari pelakunya kepada pihak lain. Masih ingat isu ladang babi dan kuil dulu. Dalam kes kilang arak yang menjadi salah satu mercu tanda Shah Alam, pihak yang membenarkan pembinaan kilang dan pemberi lesen operasinya ialah UMNO. Selamanya UMNO tidak hirau akan sensitiviti orang Islam. Bila mana ada usaha untuk memindahkan kilang berkenaan ke tempat lain oleh pihak YB Khalid, maka juak2 UMNO menggunakan peluang terbuka ini untuk mengalihkan kedurjanaan yang dilakukan oleh UMNO kepada YB/PAS. Seolah-olah PASlah yang membenarkan kilang arak dibina dan beroperasi di Selangor. Perlu kita faham dengan dengan peruntukan undang-undang sedia ada bahawa untuk kita menutup operasi sesuatu kilang lebih-lebih kilang yang besar seperti carlberg bukanlah satu perkara yang mudah. Lainlah kalau ia beroperasi secara haram atau menjalankan perniagaan yang bercanggah dengan lesen yang diberikan. Proses ini boleh berlarutan sampai bertahun-tahun dan mungkin boleh menyebabkan kerajaan berhadapan dengan prosiding mahkamah atau mungkin terpaksa mengeluarkan belanja yang amat tinggi untuk itu. Cara yang paling mudah ialah tawar tanah dan minta kilang berkenaan pindah ke situ jauh dari pandangan orang bukan tempat stratejik supaya ia tidak lagi menjadi sebahagian dari mercu tanda Shah Alam. Perlu ingat bahawa tanah kilang carlberg sekarang adalah tanah mereka dan bukannya tanah kerajaan dan mereka boleh apa saja disitu selagi mana ia tidak bertentangan dengan undang-undang negara. Kalau mereka tidak mahu pindah apa yang kerajaan boleh buat. halau saja mereka? boleh ke? beli tanah itu? mungkin boleh. Tapi mampukah kerajaan menyediakan wang yang banyak demi untuk membeli tanah itu. Ia bukan saja kos tanah malah akan ada juga kos-kos lain yang mungkin mencecah billionan ringgit. Saya rasa dari kerajaan belanjakan wang yang banyak untuk perkara itu, adalah lebih baik digunakan untuk rakyat. Ini bukan bermakna saya menyokong kewujudan carlberg di Shah Alam tapi melihat dari sudut undang-undang sedia ada memang mustahil kerajaan negeri boleh beli atau ambil alih tanah berkenaan dengan mudah. Lebih2 lagi apabila carlberg memberitahu mereka telah pun membeli tanah tambahan semasa pemerintahan kerajaan UMNO dulu untuk pembesaran operasi mereka.
Sekurangnya dipihak YB/PAS ada usaha untuk mengeluarkan kilang tu dari Shah Alam. Tapi apa yang UMNO lakukan selama ini? Harap dalam bulan Ramadhan ni gunakan ruang masa yang ada untuk merenung kembali kesilapan yang kita laku, iaitu membenarkan kilang arak dibina di Shah Alam dan juga ditempat lain. Di pihak PPIM pula sepatutnya cuba fahami masalah sebenar..selidikilah bagaimana kilang arak boleh dibina dan bagaimana arak amat mudah diperolehi di sebuah negara Islam dan fikirlah cara untuk mengatasinya. Kalau tak setuju dengan cara YB, berilah cadangan bagi menyelesaikan masalah kewujudan kilang arak itu dan juga masalah stesen bas baru bagi penduduk Shah Alam. Wallahu 'alam.
John said…
Saya sokong Othman Selayang. Beginilah kalau nak berhujjah sebagai orang yang bertamaddun.
Anonymous said…
Tamadun taik minyak apa! Sampai mati pun korang bangang tak habis2. Malas nak ulas.
Dulu PAS janji nk tutup kilang arak, tp apsal pindah? Jap2, tau2, tu PAS bukan PR kan? Xyah la bagi alasan, ARAK TU HARAM! Tutup la, masa UMNO/BN dulu komplen bkn main, masa PR, pindah je kilang korang dah puas hati. ISLAM kata HARAM!

Dgr kata ada tmpt minum arak baru kt Shah Alam, Voyage kan? Hmm.. Siapa ye yg pergi rasmi? Orang BN ke PR? Ye ye, tau, masa BN pon naik kelab malam, yg tu korang kondem, naik ni korang xkondem ke? Moderator, ini hak kebebasan bersuara saya.

Popular posts from this blog

Berakhirnya Drama RUU 355?

Drama perlaksanaan sistem perundangan Islam yang mengambil bentuk usul persendirian YB Marang berhubung Akta 355 kelihatan menghampiri adegan penamatnya. Pada peringkat kesudahannya UMNO/BN kelihatan sebagai pihak yang meraih keuntungan terbesar dengan pembangkang berada dalam keadaan berpecah dan tidak bersepakat. Keutuhan Pakatan Rakyat yang telah mewarnai pilihan raya ke 13 pada 2013 sudah jelas hilang. Yang sepatutnya mengambil tempatnya, iaitu Pakatan Harapan, masih dalam keadaan sedikit terumbang-ambing, khususnya berhubung hubungan dengan PAS.

Tindakan UMNO/BN untuk mensasarkan PAS melalui isu perundangan Islam adalah satu ‘master-stroke’ yang tidak boleh dinafikan mana-mana pihak. Melaluinya bukan sahaja PR berpecah, namun ketidak-tentuan sikap terhadap PAS menyebabkan apa-apa tindakbalas untuk menyelamatkan keadaan menjadi tidak padu dan kurang bersungguh-sungguh. Kebergantungan terhadap PAS oleh pihak tertentu menyebabkan mereka tidak sanggup memutuskan hubungan dengan PAS s…

Video Parlimen: Melayu, Songkok dan Biadab?

Banyak yang telah diperkatakan berkenaan respon saya terhadap Pasir Salak di Parlimen awal minggu ini. Saya sertakan disini video perbalahan tersebut.



Dia mencarut dan mempermainkan nama keluarga Seputeh dan apabila ditegur terus berdegil. Kemudian dia terus mengejek Batu Kawan yang turut menegurnya. Sikap degil Pasir Salak mempertahankan akhlak buruk diri sendiri terpaksa saya hadapi dengan kata-kata keras sebegitu dan malangnya dibela pula oleh Speaker.

Harap saksikan dan nilai sendiri videonya secara keseluruhan dan jangan dirujuk satu lagi versi yang telah disunting melalui Blog BNBBC. Sudahlah akhlak tidak seberapa, cuba menipu pula?



WaLlahu 'Alam
KHALID SAMAD

Penjelasan atas Fitnah yang Disebar Kononnya Ahli Parlimen Shah Alam, YBKS 'Sembah Ayam'

1. PAS untuk sekian kali sudah bertukar menjadi parti fitnah dan maki hamun. Tiada selain memunafikkan, mengkafirkan atau dituduhnya syirik kepada orang lain termasuklah dalam gambar saat akhir video CNY yang dibuat DAP.



2. Perlu faham bahawa mengikut bahasa Cina, perkataan Na (itu) Ji (Ayam) yang kebetulan bunyinya sama macam Najib.

3. Video tersebut adalah berkaitan Kisah Ayam itu (Na Ji) yang jahat dan selalu merugikan tuannya.

4. Tuannya serah ayam itu kepada YB Teresa kerana sudah tidak mampu lagi membela ayam itu. Tiba-tiba semasa menerima ayam itu, ia terlepas lari, mereka semua mengejarnya dan berjaya ditangkapnya semula.

5. YBKS telah memasukkan ayam itu (na ji) dalam sangkar (penjara) dan ucap Selamat Tahun Baharu Cina.

6. Photo terakhir itu menunjukkan mereka semua mengucapkan Selamat Tahun Baru Cina pada Na Ji yang sudah berada dlm sangkar (penjara).


7. Tiada upacara atau scene sembahan di situ. Gong Xi Faa Chai yang disebut bukanlah penyembahan.

Seronokkah buat dan se…