Skip to main content

KJ, Khalid Bersemuka isu RMK10

Dua tokoh parti yang 'bermusuh', Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin dan ahli biro politik PAS Khalid Samad - yang terkenal dengan kelantangan masing-masing - akan dipertemukan lagi dalam sebuah forum Ahad ini.

Kali ini, mereka berdua dijadual membentangkan analisis berhubung Rancangan Malaysia ke-10 (RMK10) di sebuah hotel di Kuala Lumpur.

Menurut penganjurnya - majalah kewangan The Leaders - forum tersebut diharapkan dapat menyalurkan ringkasan komprehensif terhadap rancangan itu, termasuk membahaskannya daripada aspek modal insan.

"Menemukan dua pihak yang berbeza parti politik, Khairy dan Khalid akan berkongsi pandang mereka berhubung RMK10 dan apa kepentingannya kepada sektor perniagaan dan individu," jelas The Leaders salam satu kenyataan hari ini.

Pada 1 Ogos lalu, Khairy dan Khalid telah dipertemukan secara tiga penjuru bersama Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) Datuk Ibrahim Ali dalam sebuah forum membincangkan politik ideologi dan bangsa dalam Sidang Kemuncak Pelajar Malaysia ke-4.

Bagaimanapun, tumpuan pelbagai pihak ketika itu hanya berpusat kepada Khairy dan Ibrahim ekoran pertelingkahan dan kata-mengata kedua-dua pemimpin itu dalam isu biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) yang panas ketika itu.

Sehubungan itu, pertemuan Rabu depan ini dilihat bakal menghasilkan debat yang hangat dengan hujah-hujah dan sindiran tajam masing-masing.

Ini kerana, disamping mempunyai retorik yang menarik, kedua-dua pemimpin yang sering dirundung kontroversi itu dilihat 'agak intelektual' kerana mendapat pendidikan tinggi daripada universiti luar negera.

Menurut kenyataan The Leaders lagi, majlis tersebut diharapkan memberikan manfaat kepada pemain dalam industri, pegawai kerajaan dan peserta yang hadir, yang mana ia antaranya bertindak sebagai satu 'bedah siasat' kepada RMK10.

"Di akhir program, penganjur harap terdapat pihak pembuat keputusan daripada pelbagai industri bersama-sama berkongsi pandangan dan pengalaman unik masing-masing dalam mendepani cabaran masa lalu dan merancang tindakan untuk masa depan," kata kenyataan itu.

Forum dua bulan sekali The Leaders sekali merupakan nilai tambah yang ditawarkan oleh penerbitnya MY Events Publication bagi mengemaskan jaringan antara syarikat dan pembuat keputusan.

Majalah dengan edaran 10,000 naskhah itu dikenali peneraju sebagai media untuk perniagaan, berita politik dan trend.

Berita Ihsan Malaysiakini
-Pejabat YB Khalid Samad-

Comments

Anonymous said…
Kalau di tanya saya siapakah saya akan meyokong atau parti manakah saya akan pangkah..

tentunya bukan UMNO bukan PAS bukan PKR bukan DAPig..

saya akan meyokong PERKASA. ini adalah wadah perjuangan tok nenek kita dulu.

Melayu it ISALM.
ISLAM itu Ad Din.
Anonymous said…
Tok nenek kau dulu makan ubi kayu, naik beskal, masak pakai dapur arang kenapa tak ikut jugak? Bukankah itu pun adalah wadah tok nenek kau dulu?
Anonymous said…
PERKASA tu perjuangkan apa? ada baiknya perkasa tu sedarkan anak2 melayu yg jd mat gian, mat rempit, bohsia, buang anak dan mcm2 dari x sudah2 meminta yg bukan2.... kalau perkasa boleh membentuk anak2 melayu yg makin hanyut ini baru org respek... buktikan dulu jgn ckp berdegar2 tp habuk pon tarak.... jgn jd pekasam sudahnya nnt...
orang sarawak said…
anonymous August 19, 2010 9:15 AM ,

tok nenek kau dulu semuanya sopan santun dan menghormati bangsa lain. aku tengok Perkasa ni macam beruk liar kena cancer jer..itu bukan Melayu. itu membunuh melayu
Anonymous said…
anon 11.25am.....
adanya tok/nenek kau bru ada mak/bapak kau & brulah ada kau bah.....lol.
sedar dirilah sikit!!!!
Zed Zahid said…
Tok nenek ko dulu, Melayu Hindu...kenapa tak undi MIC je......Lupa pulak...tok nenek ko dulu pakai cawat berus kelapa tutup kemaluan..kenapa pakai spender...ha ha ha
Anonymous said…
Bila masanya Melayu Itu Islam? Ni ajaran Tok Nenek Ko ke? Nabi Muhammad tu Melayu laa kalau mcm tu erk? Org Cina Muslim tu tak islam laa erk? India muslim? org Asli masuk islam.. ada ko layan dia mcm org melayu? peh... Patut laa ada ada yg mengaku jadi rasul melayu. Blajar tak habis, lps tu buat andaian sendiri.
Azzidin said…
Assalamualaikum.

Mintak pendapat YB sedikit pasal isu ni. Betul ke tidak benda ni?
Anonymous said…
Pada anon 9:15,

Tolong jangan buat malu MELAYU la, cukup-cukup la um-NGOK membodohkan MELAYU.

-madir-
Anonymous said…
"Para imam hendaklah faham bahawa ada anak-anak mukim tidak mahu menuruti imam yang beraqidah politik suku, agama suku, kerana boleh menyebabkan sembahyang tidak sah." - Nik Aziz Nik Mat, Harakah, 4 Mac 2001.
Anonymous said…
Semua MELAYU itu ISLAM. Bukan maksud anon 9:15 AM tu kata Melayu kena ISLAM. Itu pemahaman aku.

Satu lagi tok nenek kita menentang Jepun, British..jangan la nak kutuk makan ubi kayu beb..

Kalau kita masih di jajah lagi, silap hari bulan anon 11:25 AM pun makan ubi kayu.

Tujuan perkasa adalah mempertahankan Melayu daripada ancaman puaka-puaka di luar sana.

Nak harap umnogok, mampus la..rasuah atas bawah.

Nak harap PAS, lagi la mampus..gadai agama demi undi.

Nak harap PKR, kena liwat la.

DAP..aku SOKONG DI HARAMKAN!!!!!
iqra said…
Salam...saya tengok topik isu adalah mengenai RMK10, tapi yg dibincangkan adalah isu MELAYU/ISLAM pula.

Semakin sesorang memikirkan tentang Melayu/India/Cina dll. semakin jauh lah dia daripada Islam.

Tapi semakin dia memikirkan tentang islam tak pun mencacatkan Melayu/Cina/India dll. asal keturunanya.

Malah fikir Islam adalah fikir yg tinggi dan hanya org2 yg terpilih sahaja yg melibatkan diri dan mengamalkannya, seperti Rasulullah s.a.w, sahabat baginda, alim ulama dan pengikut dan org2 yg beriman seluruhnya.

Kita dah Merdeka lebih 50 tahun, tapi masih berkhayal tentang kaum masing2, sampai bila. Melayu tak boleh menerangkan apa pun matlamat kehidupan ini, sebab itulah perjuangannya akan membawa org Melayu semakin bercelaru dan semakin sesat.

Tapi Islam yg diturunkan melalui Rasulullah s.a.w di dlm Kitab al Quran telah memberi tahu tentang kejadian manusia adalah untuk beribadat kepadaNya, mejadi khalifah untuk memakmurkan dunia ini.

Kesimpulanya, mana satu perjuangan yg kita pilih? Pilih Melayu/Cina/India dll. yg tiada panduan, atau pilih perjuangan Islam yg mendapat panduan dari Allah?

wallahu'alam...
Ahmad Syafiq said…
Anon 9.15am,

Siapa yang ajar kamu bahawa Melayu = Islam? Adakah itu ajaran Nabi S.A.W. Sabdanya, "barangsiapa yang berjuang berdasarkan bangsa, maka dia bukanlah daripada kalangan umatku."

Maka, buanglah mentaliti Melayu itu Islam. Sepatutnya, Islam untuk dunia sejagat. Tak kira orang Malaysia, Singapura, Thailand, Indonesia, Vietnam, Myanmar, Laos, Cambodia, Brunei, China, Bangladesh, Jepun, Russia, European Union, Turkey, Middle East, USA, Canada, Mexico, South America, etc... Semua tempat itu adanya Islam.
mata-lembu shah alam said…
KJ, Khalid Bersemuka isu RMK10 "...

Ahad ini ; jam berapa? hotel mana? Terbuka @ tertutup? Percuma ke berbayar?
Buatlah pengumuman rasmi & belum bersemuka dah nak ulas kaw kaw...
Shazlan said…
Kalau nak ikut logic Perkasa, mmg org Muhajirin takkan nak integrate with org Ansar. Time tuh, perjuangan bangsa dianggap irrelevant. Yg penting adalah perjuangan agama.

Lagi satu, tolong jgn menghina Islam by equating Melayu = Islam. Byk yg Melayu buat, dulu sampai skang, yg menyimpang dari Islam. Melayu jauh dari sempurna, tapi Islam itu syumul...
Anonymous said…
Kita para-para anon di sini termasuk saya cuma berani di gelanggang maya sebab orang tak kenal kita. Jadi kita komen like good.

Tahniah pada Khalid dan KJ berani berdepan secara bersemuka.
joecharlie said…
TERKINI....Apa proton kalahkan FORD Ford, Mercedes-Benz, BMW and Suzuki. MERCEDES BENZ BIOR BETUL? Looking at Thailand’s domestic market, vehicle sales stood at 422,364 units in the first seven months, leading observers to believe that a 750,000 total industry volume (TIV) for 2010 is achievable. Unsurprisingly, Toyota is leading both the pick-up and passenger car sales charts, with over 40% market share in both tables.

Malaysia’s Proton is seventh in the passenger car chart with 3,684 units, or 2% market share. Not bad when those above it are all established Japanese players and GM, which has its regional base in the country. Proton, who set up shop in Thailand at the end of 2007, sold more cars than Ford, Mercedes-Benz, BMW and Suzuki. TAKBIR YB TAKBIR YB BUKAN ....TAKE BEER,TAKE BEER ...BESARKANLAH LAGI KILANG PROTON
BUKAN KILANG CARLSBERG.
rOtrOne said…
Perkasa? Beruk terkinja2. Macam kena perkosa. Kah kahkah.
Anonymous said…
Elok sokong Perkasa dari sokong parti Pas Pis Pus, Parti kelentong Rakyat atau Dap pig. Itu semua nanah busuk termasuk penyokong2 bodoh al baghal PR tok tok
mawas rimba said…
Salam ramadhan semua,

UMNO sekarang bukan macam UMNO dulu, tu yang PM ke-4 haramkan UMNO lama sebab ianya ada unsur-unsur dulu maka dia pon merubah polisi UMNO menjadi UMNO baru...

Tak semua Melayu Islam, walaupon dalam IC ja Islam... Cina pon Islam, Arab pon Islam, India pon Islam, Siam pon Islam...
Anonymous said…
Pandangan aje....

Kalau dah kita sendiri kata melayu tak semestinya Islam kenapa kita dok kecoh gereja melayu la...blah...blah...melayu yang berkaitan dengan agama Islam sbb kita sendiri dah buat kenyataan yang melayu itu tak semestinya Islam......

Popular posts from this blog

Keadilan Saidina Umar Al-Khattab Terhadap Rumah Ibadah Agama Lain

Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengemukakan sebuah kisah dari zaman pemerintahan Saidina Umar Al-Khattab (r.a) untuk tatapan dan renungan tuan-tuan sekalian. Melalui pendedahan ini, adalah diharap sebahagian dari ummat Islam yang tidak memahami konsep keadilan Islam terhadap agama lain, akan sedikit sebanyak dapat memikirkan kembali sikap dan pendirian mereka itu. Kisah yang ingin dikemukakan adalah kisah Saidina Umar dan Kanisah (gereja) Al-Qiamah yang terletak di Quds. Kisah ini adalah petikan dari muka surat 114, kitab Itmam al-Wafa’ fi sirah al-Khulafa’ , tulisan as-Syeikh Muhammad bin al-Afifi al-Banjuri, Darul Ibnu Hazim. “Dan apabila masuknya Saidina Umar ke dalam kota, maka masuklah beliau ke dalam Kanisah (gereja) al-Qiamah, dan beliau duduk di ruang utama gereja tersebut . Setelah tiba waktu solat asar, maka berkata Saidina Umar kepada Patriach Kanisah tersebut, “Saya ingin mengerjakan solat.” Jawab Patriach: “Solat sahajalah di sini”. Tetapi Umar menolak cadangan

Video Tazkirah Ramadhan At-Taubah Ayat 31: Pendewaan Manusia

WaLlahu 'Alam   KHALID SAMAD

Kisah Raja Najashi

Semasa saya terlibat dalam usaha dakwah di UK satu ketika dahulu, kami mendapati bahawa ramai dari kalangan penganut Kristian tidak tahu bahawa Nabi Isa (AS) diiktiraf sebagai seorang Rasul oleh Islam. Begitu juga Nabi Ibrahim, Nabi Musa dan hampir kesemua para Nabi yang diiktiraf oleh agama Kristian turut diiktiraf oleh Islam. Kecuali kumpulan yang tidak diiktiraf Islam ialah ‘Nabi’ selepas Nabi Isa, termasuk penulis Bible yang digelar sebagai ‘Prophet’ oleh mereka. Apabila mereka didedahkan dengan maklumat ini, maka ianya boleh menyebabkan mereka ingin tahu apa yang dikatakan Al-Quran mengenai Nabi Isa dan menjadi satu titik tolak bagi mereka untuk mendampingi Al-Quran.