Skip to main content

Siapa Kata Orang Melayu Lari dari PAS?

Oleh Hamba Allah (HarakahDaily)

Aku cukup setuju dengan perwakilan Shah Alam, Khalid Samad. Siapa kata orang melayu beralih dari sokong PAS.

Memang sebenarnya orang melayu tak pernah sokong PAS. Pasainya selama ini yang sokong PAS adalah orang Islam yang nakkan kepada Islam. Realitinya, kata YB Khaild Samad, sokongan orang melayu kepada PAS meningkat hampir 300% dari orang melayu.

Memang sebenarnya pun sokongan orang melayu kepada PAS sebelum ni pun tak banyak mana. Yang pernah dapat banyak pun mungkin lebih sikit masa PRU tahun 99, tapi tu pun diragui sebagai sokongan padu kepada PAS.

Realitinya, PRU sebelum-sebellum ni, PAS biasa sangat kalau hilang wang pertaruhan terutama sekali di sebelah negeri Johor.

Ramai yang kata orang melayu lari dari PAS sebenarnya cuma persepsi yang timbul bila sokongan orang bukan Islam kepada PAS tiba-tiba meningkat dengan cukup mendadak sampai PAS berjaya menubuhkan Dewan Himpunan Penyokong Pas yang dinaik taraf dari Kelab Penyokong PAS.

Persepsi tu nampak lagi jelas bila keadaan di Perak dan Penang dijadikan contoh. Di Perak PAS cuma berjaya menang 6 kerusi Dun dan 2 kerusi Parlimen. Yang lainnya calon PAS kalah kepada calon Umno BN. Di Penang pulak calon PAS kalah di semua kerusi kecuali kerusi Dun Permatang Pasir.

Walau apa pun. Pas memang amat-amat memerlukan peningkatan sokongan orang melayu untuk menang lebih banyak kerusi Parlimen dan Dun. Sebabnya memang kebanyakkan kerusi yang calon Pas bertanding adalah kerusi majoriti melayu. Bukan takat majoriti tapi peratus pengundi melayu melebihi 70%.

Kalau kerusi tu 80% pengundi melayu, maknanya PAS kena dapat sokongan hampir 50% untuk mejamin kemenangan calon Pas.

Jadinya, aku sangat mengharapkan semua pihak dalam Pas meningkatkan lagi gerakerja untuk menarik sokongan orang Melayu. Tambah-tambah lagi aku mengharapkan Dewan Ulama' memulakan gerakkerja berperancangan untuk pastikan sokongan orang Melayu Islam beralih dari menyokong Umno BN kepada menyokong PAS Pakatan Rakyat.

Bukan maksud aku Dewan Ulama' tak buat apa-apa tapi aku cuma nak bagitau aku tak nampak apa yang Dewan Ulama' buat selama ni. Dan aku rasa tak salah kalau kita letakkan tanggungjawab yang paling utama kepada Dewan Ulama' untuk tarik sokongan orang Islam sendiri kepada Pas.

Ihsan Hamba Allah melalui HarakahDaily
Berkaitan: Undi PAS naik 3 ganda dalam 10 tahun (The Malaysian Insider)

-Pejabat YB Khalid Samad-

Comments

Anonymous said…
biasalah lah ini politik perlu sokongan untuk menang ....orang asal ....pyokong sabah sarawak perlu sokong jika nak menang...
Anonymous said…
Setuju. PAS kena kerja kuat untuk dapatkan undi Melayu. Walaupun agak susah mengubah cara pemikiran orang/pengundi Melayu, namun kalau nak menang di kawasan majoriti Melayu usaha keras perlu dilaksanakan.

Apa yg kita nak lihat dalam PRU13 nanti adalah peralihan undi Melayu kepada Pakatan Rakyat. Bukan benci sangat pada BN, tetapi BN perlu diberi pengajaran untuk merenung kesilapan mereka. Caranya mereka harus duduk di tempat pembangkang seketika.

Saya bukan penyokong PAS atau PR atau BN. Saya hanyalah rakyat Malaysia yg mahukan kerajaan prihatin terhadap keperluan rakyat.
Anonymous said…
cit poooodaaaahhhhhhhh...

Popular posts from this blog

Keadilan Saidina Umar Al-Khattab Terhadap Rumah Ibadah Agama Lain

Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengemukakan sebuah kisah dari zaman pemerintahan Saidina Umar Al-Khattab (r.a) untuk tatapan dan renungan tuan-tuan sekalian. Melalui pendedahan ini, adalah diharap sebahagian dari ummat Islam yang tidak memahami konsep keadilan Islam terhadap agama lain, akan sedikit sebanyak dapat memikirkan kembali sikap dan pendirian mereka itu. Kisah yang ingin dikemukakan adalah kisah Saidina Umar dan Kanisah (gereja) Al-Qiamah yang terletak di Quds. Kisah ini adalah petikan dari muka surat 114, kitab Itmam al-Wafa’ fi sirah al-Khulafa’ , tulisan as-Syeikh Muhammad bin al-Afifi al-Banjuri, Darul Ibnu Hazim. “Dan apabila masuknya Saidina Umar ke dalam kota, maka masuklah beliau ke dalam Kanisah (gereja) al-Qiamah, dan beliau duduk di ruang utama gereja tersebut . Setelah tiba waktu solat asar, maka berkata Saidina Umar kepada Patriach Kanisah tersebut, “Saya ingin mengerjakan solat.” Jawab Patriach: “Solat sahajalah di sini”. Tetapi Umar menolak cadangan

Video Tazkirah Ramadhan At-Taubah Ayat 31: Pendewaan Manusia

WaLlahu 'Alam   KHALID SAMAD

Kisah Raja Najashi

Semasa saya terlibat dalam usaha dakwah di UK satu ketika dahulu, kami mendapati bahawa ramai dari kalangan penganut Kristian tidak tahu bahawa Nabi Isa (AS) diiktiraf sebagai seorang Rasul oleh Islam. Begitu juga Nabi Ibrahim, Nabi Musa dan hampir kesemua para Nabi yang diiktiraf oleh agama Kristian turut diiktiraf oleh Islam. Kecuali kumpulan yang tidak diiktiraf Islam ialah ‘Nabi’ selepas Nabi Isa, termasuk penulis Bible yang digelar sebagai ‘Prophet’ oleh mereka. Apabila mereka didedahkan dengan maklumat ini, maka ianya boleh menyebabkan mereka ingin tahu apa yang dikatakan Al-Quran mengenai Nabi Isa dan menjadi satu titik tolak bagi mereka untuk mendampingi Al-Quran.