Skip to main content

Halang Bantahan Anti-Israel

Oleh: Faizal Ezzany (Suara Keadilan)

SHAH ALAM 4 Jun - Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad kesal dengan sikap Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Wira Muhammad Sabtu Osman yang melarang rakyat Malaysia menyertai demostrasi anti Israel di Kuala Lumpur hari ini pada saat rakyat bangkit membantah tindakan ganas rejim Zionis yang menyerang kapal MV Marmara yang membawa misi kemanusiaan ke Semenanjung Gaza Isnin lalu.

Khalid meluahkan rasa kecewa kerana masih ada pihak yang hendak menghalang umat Islam menyatakan kemarahan mereka terhadap perbuatan kejam rejim Zionis Israel.

"Saya amat kecewa sekali dengan sikap dan kenyataan Ketua Polis Kuala Lumpur yang menghalang orang ramai menyertai demostrasi menentang kezaliman Israel. Ini merupakan satu peristiwa yang tidak boleh diterima oleh seluruh masyarakat dunia bukan sahaja orang Islam malah orang bukan Islam juga.

"Kita dapat melihat seluruh masyarakat di dunia ini mengadakan demostrasi dalam menyatakan bantahan mereka, tetapi di Malaysia yang dikatakan negara Islam masih ada pihak yang tidak membenarkan rakyatnya hadir menyertai demostrasi untuk menyatakan pendirian tegas mereka.

"Kita lihat apa yang dilakukan oleh Kerajaan Selangor, kita ingin tanamkan jihad dalam diri untuk menentang kezaliman Israel walaupun bukan melalui senjata tetapi dengan cara bersatu meminta pertolongan dari Allah swt.

"Pihak berkuasa boleh mengawal perhimpunan tersebut dengan aman bukannya menghalang terus, kita lakukan demonstrasi ini bukannya untuk membuat kacau, apa yang kita lakukan hanyalah ingin tunjuk kepada Amerika Syarikat yang bersekutu dengan Israel agar mengambil tindakan segera terhadapan kejadian tersebut," kata beliau ketika ditemui pada Program Sembahyang Hajat dan Pidato Khas Gaza di Stadium Malawati malam tadi.

Sebelum itu satu kenyataan telah dikeluarkan oleh Ketua Polis Kuala Lumpur melarang orang ramai agar tidak menyertai demostrasi yang dijangka diadakan di beberapa tempat sekitar Kuala Lumpur selepas solat Jumaat hari ini dengan alasan demostrasi tersebut tidak mendapat permit dan menyifatkan sebagai perhimpunan haram.

Berita ihsan Suara Keadilan
-Pejabat YB Khalid Samad-

Comments

shrike said…
Apa nak buat, Ketua Polis KL tengah mengikut arahan APCO.

Lain cerita kalau protes adalah anjuran BN.
Demostrasi TAHI said…
Hi YB KHALID,

Lu orang nak buat DEMOSTRASI buat apa? Bukan cakap buat DEMOSTRASI boleh bantu apa-apa pun. Malahan, lu orang MELAYU buat KACAU kat jalan-raya aje sampai TRAFIK JAM KAW-KAW.

Lepas SEMBAHYANG JUMAAT, baliklah OFFICE buat kerja. DEMOSTRASI sebegini merupakan satu ALASAN untuk lu orang MELAYU curi tulang aje. Memang betul orang cakap MELAYU MALAS.

Ada kerja baik tak nak buat tapi nak pergi sibuk buat DEMOSTRASI dan bakar bendera ISRAEL. Memang bodoh lu orang punya OTAK.
Anonymous said…
nak berhimpun secara aman pun tak boleh, patutnya polis bantu mengawal bukan tolong mengharam, nampaknya seperti nasib demonstran bakal sama kontinjen bantuan ke Gaza yang telah di halang oleh israel

perhimpunan diserbu polis walau tanpa sebarang senjata, kontijen Gaza pula diserbu israel walau tanpa senjata... lepas tu jumpa pula parang bagi menjustifikasi tindakan... hmmm..

hiristerguris
Abu Idris said…
Wahai para pemimpin yang ada bala tentera dilaut, diudara, dan di darat

”Perangilah mereka [YAHUDI], nescaya Allah akan menyeksa mereka dengan (perantaraan) tangan kamu, dan Allah akan menghinakan mereka serta menolong kamu menewaskan mereka, dan Dia akan memuaskan hati orang-orang yang beriman”. [Surah At-Taubah (9) : 14].
azman kamarul said…
Salam.

Pandangan saya dalam perkara ini adalah mudah.

Dizaman rasulullah telah wujud manusia seperti ini dan Allah telah sebutkan di dalam Al-Quran dengan jelas tentang watak ini.

Manusia berwatak begini berimamkan Rasulullah tetapi disebalik nya manusi berwatak begini adalah musuh kepada Islam.

PAKATAN RAKYAT akan berhadapan dengan lebih ramai lagi manusia berwatak sedemikian...ini hanya sekadar 1 orang.
Anonymous said…
Sedih betul dengan cara Pak Polisi kita ni. Belum apa-apa dah ada sikap prejudis yang orang berdemonstrasi ni nak buat kacau. Bercakap macam tak tahu apa yang berlaku sekarang ni dan apa yang dihadapi oleh penduduk Gaza dan rombongan yang nak menghantar bantuan tu.

Jangan sampai orang menuduh polis kita cuba nak lindung Israel sebab dikatakan mereka menggunakan Sistem Keselamatan dari Israel cukup.

KA
Anonymous said…
Adakah benar menlaku demotrasi mampu menghalang tindakan zionis?????????

Dengan berapa kali umat Islam berdemotrasi atas sebab keganasan Israel dan Israel bolehkah berubah????????

Berapa kali Israel berubah selepas umat Islam berdemotrasi????????????

Kerana apa begitu kurang orang2 BN berdematrasi?????????adakah orang BN penakut????????
mohd ali ismail said…
YB Khalid,saya tak hairan ada orang macam Denonstrasi Tahi,sendiri mengaku siapa dia,kotor,najis!Perjuanagn yang murni diteruskan dengan ikhlas dan Insyallah akan menempuhi kejayaan!
chew sim lover said…
TAIK,if you wanna live peacefully without any distortion,choose a place like SOUTH POLE to live..There's no traffic jam and you can go work overtime as long as you like..People like you is just a bunch of funny,dummy selfish robot who don't have any heart and self respect..Please book your flight ticket and find your dreamed U-topia if you don't want to share tears with us..We'ved shared tears for our brother TEOH bENG hOCK,and we demanded a justice for humanity..So,please stop your NAIVE compliment because we had been sick n tired for living with hated between each others..SO EITHER YOU JOINT US OR YOU LEAVE US ALONE..MIND YOUR OWN BUISNESS OR WE CALL OUR CHINESE BROTHERS TO TEACH YOU WHAT SELF RESPECT IS ABOUT..

Popular posts from this blog

Keadilan Saidina Umar Al-Khattab Terhadap Rumah Ibadah Agama Lain

Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengemukakan sebuah kisah dari zaman pemerintahan Saidina Umar Al-Khattab (r.a) untuk tatapan dan renungan tuan-tuan sekalian. Melalui pendedahan ini, adalah diharap sebahagian dari ummat Islam yang tidak memahami konsep keadilan Islam terhadap agama lain, akan sedikit sebanyak dapat memikirkan kembali sikap dan pendirian mereka itu. Kisah yang ingin dikemukakan adalah kisah Saidina Umar dan Kanisah (gereja) Al-Qiamah yang terletak di Quds. Kisah ini adalah petikan dari muka surat 114, kitab Itmam al-Wafa’ fi sirah al-Khulafa’ , tulisan as-Syeikh Muhammad bin al-Afifi al-Banjuri, Darul Ibnu Hazim. “Dan apabila masuknya Saidina Umar ke dalam kota, maka masuklah beliau ke dalam Kanisah (gereja) al-Qiamah, dan beliau duduk di ruang utama gereja tersebut . Setelah tiba waktu solat asar, maka berkata Saidina Umar kepada Patriach Kanisah tersebut, “Saya ingin mengerjakan solat.” Jawab Patriach: “Solat sahajalah di sini”. Tetapi Umar menolak cadangan

Video Tazkirah Ramadhan At-Taubah Ayat 31: Pendewaan Manusia

WaLlahu 'Alam   KHALID SAMAD

Kisah Raja Najashi

Semasa saya terlibat dalam usaha dakwah di UK satu ketika dahulu, kami mendapati bahawa ramai dari kalangan penganut Kristian tidak tahu bahawa Nabi Isa (AS) diiktiraf sebagai seorang Rasul oleh Islam. Begitu juga Nabi Ibrahim, Nabi Musa dan hampir kesemua para Nabi yang diiktiraf oleh agama Kristian turut diiktiraf oleh Islam. Kecuali kumpulan yang tidak diiktiraf Islam ialah ‘Nabi’ selepas Nabi Isa, termasuk penulis Bible yang digelar sebagai ‘Prophet’ oleh mereka. Apabila mereka didedahkan dengan maklumat ini, maka ianya boleh menyebabkan mereka ingin tahu apa yang dikatakan Al-Quran mengenai Nabi Isa dan menjadi satu titik tolak bagi mereka untuk mendampingi Al-Quran.