Skip to main content

TGHH: Pemimpin Bukan Islam Pakatan Sokong Haram Judi

Langkah kerajaan memperkenalkan lesen judi sukan merupakan tindakan yang jauh menyimpang daripada ajaran Islam dan tatacara kehidupan yang diterima masyarakat Malaysia, kata Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Sedangkan, tambahnya, dalam Pakatan Rakyat, pemimpin bukan Islam daripada DAP dan PKR sendiri menyokong pengharaman judi.

"Inilah kejayaan satu anjakan paradigma dalam aspek dakwah apabila kita memberi kefahaman kepada orang bukan Islam untuk menerima apa yang diharamkan oleh Islam," kata Abdul Hadi yang juga ahli parlimen Marang.

Semalam, kerajaan dilaporkan meneruskan keputusannya untuk mengeluarkan lesen judi semasa kejohanan bola sepak Piala Dunia 2010 berlangsung awal bulan depan walaupun dibantah banyak pihak.

Dalam kenyataannya petang semalam, Kumpulan Berjaya mengesahkan mendapat lesen tersebut, sekaligus membolehkan pertaruhan secara sah dilakukan sebelum kejohanan berprestij itu bermula pada 11 Jun ini.

Abdul Hadi, dalam satu kenyataan hari ini berkata, Umno sebagai tulang belakang kerajaan, telah membawa semakin banyak perkara negatif sejak selepas kemerdekaan negara lebih 50 tahun lalu.

"Ia menggambarkan bahawa kerajaan pimpinan Umno-BN yang ada sekarang ini telah muflis idea dan membawa negara mundur ke belakang, ke arah yang lebih jauh daripada ajaran Islam," katanya.

Berita ihsan Malaysiakini
-Pejabat YB Khalid Samad-

Comments

Asalamualaikum kepada pembaca,

tak kira ugama perjudian adalah kegiatan yang merugikan dan akan melemahkan akidah seseorang dan meruntuhkan rumahtangga dan menimbulkan masalah sosial..

saya cina dan sangat setuju dengan PAS supaya di haramkan perjudian , minum , merokok yang tidak mendatangkan faedah.

diharap PAS-PKR-DAP akan menangani kegiatan buruk ini untuk selama lamanya.
Anonymous said…
walaupun saya sokong umno..tapi dlm bab judi, arak dan maksiat saya tak boleh comprehend.

tapi perlu di ingat semasa anwar jadi tpm & menteri kewangan dulu berapa bnyk lesen judi di keluarkan?

sekarang ni di selangor terutama di shah alam, berapa banyak kedai spa & urut? kalau urut guna tangan tu ok la..tapi kalau urut guna mulut apakejadahnya??

ronnie lui dulu pun pernah marah mbsa soal arak..hassan ali tidak menyokong ronnie tapi yb bertindak sebaliknya..

yb, penggunaan nama kalimah ALLAH kebanyakkan umat islam di malaysia tidak sokong penggunaannya pada krisitan.

kalau yb setuju tak perlu heret bn atau umno dgn kata diorg zalim sebab tak ada kebebasan beragama di malaysia.

jgn nampak kuman je kalau gajah depan mata buat buat tak nampak..
Anonymous said…
the country is going to the dogs and here you guys are trying to out-gung-ho each other over petty issues like these.

no one goes to the kampungs to explain national issues / scandals to the kampung folks. nobody. and why is that? it's because it is not 'sexy' to do it. no glamour.

pakatan malay mp try to outdo each other in the english language department. what with writing seemingly intresting articles in the english language and whatnot.

well, you can write until your lips turn blue. sure, you'll get a few praises from interested parties i.e. readers (and only that). perhaps a great majority of them are your fans anyway.

so, who's going after umno baru's (blind) fans?? those that umno baru has managed to hoodwink and 'memperbodohkan' all these 50 odd years?? who's going after them??

these kampung / asli folks are the MAJORITY in malaysia. they are VOTERS TOO!!

you do not have to convince me (an urban fella who hates umno baru enough as it is). go after those kampung fellas.

and what's with all these articles in english??? pakcik/makcik kat kampung tak (tahu?) baca. mereka diracuni tv3, utusan, b.harian setiap hari.

you guys are not serioud in taking over putrajaya. you guys are only in it for the self-glamour.

no good luck malaysia. she is doomed. and i am f-king mad that i get dragged down along.

to take putrajaya you have to go to the kampungs. you covert these die-hard umno fans, and umno will DIE. naturally. you do not have to do any other fancy things.

all those scandals are well-documented. i know about it. urban pakatan supporters, we all know about it. we hate umno baru. you dont have to doubt it. just spread all those information (scandals) to the kampung folks.

go today.
go again tomorrow.
and everyday if you can until the next ge.
just go.

there's no need to write all these articles in the english language just to impress a friend or two. and just tell them pas grassroots there are more effective ways to use their spare time.

leave the picketings/demonstrations in the city. go to the kampungs. umno baru's lifeline resides there. kill umno baru. go there.

leave us urban internet-savvy supporters alone.

there's no need to spend so much time on people like me. we are with you. but non-malays cannot be effective in the kampung areas. it has to be malay pakatan leaders.

so get off your cosy-chair and work if you are serious in wanting to SELAMATKAN MALAYSIA.

use the pareto principle in time allocation if you will. us 20, them 80. now, it's the reverse.

putrajaya?? fat chance!

sometimes i suspect most pakatan leaders are in it for their own "career" only. no more, no less.

and this is a major let-down to me (as a pakatan supporter).

i thought we stood a chance....
i really thought so.

4RAKYAT
Abu Razeen 2 said…
sokong PR 100% dlm bantah lesen judi.

masa yg sama Kerajaan PR wAJIB tarik balik dan batalkan semua lesen premis judi sbb lesen premis bidang KUASA kerajaan PR.

tiada agama halalkan judi kecuali atheist.

PR tiada alasan untuk dolak dalih lagi.

gunakan mood dan sentiment PR kini yg anti judi bola utk terus basmi samasekali semua premis judi!!!!
tamingsari said…
PAS,DAP dan PKR hendaklah bersatu mendesak kerajaan membatalkan semua lesen2 arak dan judi. Desak juga kerajaan menubuhkan negara islam seperti yg sarankan oleh PAS. Ini cara yg betul. Kalau satu orang DAP bercakap pasal judi nak dikira itu pendirian parti maka terjemahkan dalam bentuk resolusi oleh parti2 berkenaan. Kita tengok bangsa mana yang menjerit. Kalau jujur dan berani buat macam itu jangan main politik belit.
tamingsari said…
PAS,DAP dan PKR sepatutnya membawa usul di parlimen supaya kerajaan mengharamkan

1. Semua bentuk judi.
2. Penjualan arak.
3 Semua pusat hiburan yg terdapat
unsur maksiat.
4. Menternak dan menjual babi.

Kalau ini sudah dibuat barulah pakatan rakyat boleh buat kenyataan menentang kemungkaran anjuran kerajaan BN. Kalau sekadar gimik nak pancing undi buat dosa kering je.
Anonymous said…
wahai Anonymous : ada juga pencacai umno yg mempertahan kan judi dan arak ye...dulu punye hentam Yb...
tamingsari said…
Bawa dlm parlimen,suruh kerajaan haramkan judi,arak dan babi. Dalam blog berani cakap. Buat usul dalam dewan.
Anonymous said…
Dear YB Khalid

I appreciate your stand against further advances in Gambling in Malaysia, especially Sports Betting. The whole gambling culture in Malaysia was groomed by BN over the years. It is recorded and unrecorded income for them, mainly for Political purposes. What is the point of MACC and the like when the Top is corrupted. We already have too much of legalised and illegal gambling. Enough is enough and even if DAP or PKR do not want to object, PAS must strongly object and if need be organise a demo. BN will implement the sports betting to please a TDM crony, Vincent Tan and get funds to win the next elections. The majority of people to be influenced in Sports Betting will be youths, especially malays. What kind of message are we going to teach our younger generation. BTW the biggest culprit in giving out all these gambling licences earlier was TDM and why was it not pulled back by TAB, Najib etc. Why keep blame Anwar. What is the present Government doing. malaysia Boleh

Popular posts from this blog

Keadilan Saidina Umar Al-Khattab Terhadap Rumah Ibadah Agama Lain

Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengemukakan sebuah kisah dari zaman pemerintahan Saidina Umar Al-Khattab (r.a) untuk tatapan dan renungan tuan-tuan sekalian. Melalui pendedahan ini, adalah diharap sebahagian dari ummat Islam yang tidak memahami konsep keadilan Islam terhadap agama lain, akan sedikit sebanyak dapat memikirkan kembali sikap dan pendirian mereka itu. Kisah yang ingin dikemukakan adalah kisah Saidina Umar dan Kanisah (gereja) Al-Qiamah yang terletak di Quds. Kisah ini adalah petikan dari muka surat 114, kitab Itmam al-Wafa’ fi sirah al-Khulafa’ , tulisan as-Syeikh Muhammad bin al-Afifi al-Banjuri, Darul Ibnu Hazim. “Dan apabila masuknya Saidina Umar ke dalam kota, maka masuklah beliau ke dalam Kanisah (gereja) al-Qiamah, dan beliau duduk di ruang utama gereja tersebut . Setelah tiba waktu solat asar, maka berkata Saidina Umar kepada Patriach Kanisah tersebut, “Saya ingin mengerjakan solat.” Jawab Patriach: “Solat sahajalah di sini”. Tetapi Umar menolak cadangan

Video Tazkirah Ramadhan At-Taubah Ayat 31: Pendewaan Manusia

WaLlahu 'Alam   KHALID SAMAD

Kisah Raja Najashi

Semasa saya terlibat dalam usaha dakwah di UK satu ketika dahulu, kami mendapati bahawa ramai dari kalangan penganut Kristian tidak tahu bahawa Nabi Isa (AS) diiktiraf sebagai seorang Rasul oleh Islam. Begitu juga Nabi Ibrahim, Nabi Musa dan hampir kesemua para Nabi yang diiktiraf oleh agama Kristian turut diiktiraf oleh Islam. Kecuali kumpulan yang tidak diiktiraf Islam ialah ‘Nabi’ selepas Nabi Isa, termasuk penulis Bible yang digelar sebagai ‘Prophet’ oleh mereka. Apabila mereka didedahkan dengan maklumat ini, maka ianya boleh menyebabkan mereka ingin tahu apa yang dikatakan Al-Quran mengenai Nabi Isa dan menjadi satu titik tolak bagi mereka untuk mendampingi Al-Quran.