Skip to main content

PrK Hulu Selangor

Pilihan raya kecil (PrK) ini akan menuntut tumpuan kita semua buat seketika. PrK ini amat penting bagi PR dan juga BN. Ianya sebagai kayu pengukur sokongan rakyat terhadap PR dan pada masa yang sama, peluang BN untuk kembali berkuasa pada PRU ke 13 yang akan datang. Oleh yang demikian, tidak hairan sekiranya kedua-dua pihak kelihatan mengerahkan kekuatan maksima mereka untuk mencapai kemenangan. Termasuk sebagai sebahagian kekuatan yang ada pada BN adalah kemampuan mereka untuk memunculkan katak-katak pada musim PrK, iaitu musim 'Katak Melompat'. Pada masa yang sama, segala kekuatan media yang ada pada mereka dikerahkan untuk memburuk-burukkan PR, khususnnya Dato' Zaid Ibrahim sebagai calon PR dalam PrK Hulu Selangor ini.

Keghairahan BN untuk memburukkan Dato' Zaid Ibrahim begitu ketara sehingga mereka lupa bahawa segala 'keburukan' yang ditonjolkan berlaku pada zaman beliau di dalam UMNO! Namun pada ketika itu, keburukan yang disebut-sebutkan tidak menghalang beliau daripada dipilih dan dilantik oleh UMNO sebagai Menteri dan pimpinan!

Bumi mana yang tidak ditimpa hujan, lautan mana yang tidak bergelora. Dato' Zaid Ibrahim telahpun mengakui keterlanjuran zaman silam beliau, zaman UMNO beliau dan menyatakan keinginan beliau untuk berubah dan membawa perubahan ke arah kebaikan untuk dirinya dan negara. PAS, PKR dan PR menerima kenyataan beliau dengan baik. Beliau berterus-terang dan sambil menyatakan kesilapan diri beliau, menyindir pihak BN supaya jangan bersikap 'hipokrit'. Kita masih ingat lagi kenyataan YB Machang di dalam Dewan Rakyat berhubung kebiasaan Pemuda UMNO dengan budaya arak dan judinya sehingga diceritakan kisah pimpinan Pemuda UMNO yang tertidur di mesin judi Casino Las Vegas. Mungkin inilah yang dimaksudkan dengan sindiran Dato' Zaid berhubung sifat 'hipokrit' UMNO.

Kebolehan Dato' Zaid dan integriti beliau jelas untuk semua melihat. Beliau seorang yang jelas berkemampuan, bijak, berilmu, berpengalaman dan berprinsip. Tidak ramai, kalau ada sekalipun, pemimpin UMNO yang sanggup meletakkan jawatan atas dasar prinsip. Pemimpin UMNO terkenal dengan kesungguhan untuk mendapat jawatan dan kedudukan, dengan politik wangnya, dengan penggunaan bomohnya (seperti kes Mona Fendi) dan sebagainya. Maka kesanggupan Dato' Zaid meletak jawatan adalah bukti beliau memang bukan jenis yang sesuai berada di dalam UMNO. Bagi saya, pilihan di antara Kamalanathan dan Dato' Zaid, adalah satu pilihan yang jelas dan mudah.

Pada hari ini saya tidak berhajat untuk menyatakan kemungkinan kemenangan PR di PrK Hulu Selangor. Tetapi, saya hanya ingin menyatakan bagaimana PR terpaksa berhadapan dengan begitu banyak PrK semenjak Mac 2008. Ini merupakan PrK yang ke-10 kalau tidak silap saya dan yang akan berlaku di Sibu adalah yang ke-11. Bagi saya, ini merupakan perancangan Illahi. Kesan ataupun hasil dari PrK yang sebanyak ini, maka banyak jugalah katak-katak yang timbul. Melompat ke seberang kerana kita semua tahu bahawa PrK adalah 'musim katak melompat'. Disebabkan hujan wang ringgit, bukan hujan air. Ini proses pembersihan yang terpaksa PR lalui dan pada akhirnya akan menghasilkan sebuah pakatan yang bersih dari sebarang spesis katak yang berpenyakit.

Kedua, hasil dari PrK yang berturut-turut ini, maka kerjasama di antara parti-parti komponen PR menjadi semakin lancar dan mantap. Yang harus diingatkan setiap kali diadakan PrK, siapa kawan dan siapa lawan. Parti-parti komponen PR juga turut diingatkan akan keburukan perwatakan UMNO/BN yang sering menyalahgunakan kedudukan dan kuasa mereka untuk menentukan kemenangan berpihak kepada BN. Pada masa yang sama, kekuatan dan kelemahan masing-masing akan terserlah, yang bukan untuk diambil kesempatan oleh mana-mana pihak, tetapi supaya dapat saling bantu membantu dan saling tampung menampung. Di samping itu, PR juga mampu mempelajari dari kelebihan dan kekurangan masing-masing untuk memperkukuhkan lagi parti masing-masing.

Keadaan yang sebegini membantu menyediakan PR untuk memainkan peranan yang lebih besar pada masa yang akan datang, iaitu apabila PR mengambil alih diperingkat pusat, insyaAllah.

WaLlahu 'Alam
KHALID SAMAD

Comments

Mozas said…
bila tu nak ambil alih peringkat pusat? dari hari ke hari makin ramai YB PKR lompat ke BN. itu la bahana 16 september. silap2 Anwar sendiri lompat ke BN. tak dapat merasa jadi PM, jadi menteri pun jadilah..... camna tu YB?


Uniknya cara Zaid bersukan kuda, jauh berbeza dari Tuanku Mizan dan Tun M! Baca sini:

http://satulimatiga.blogspot.com/2010/04/uniknya-cara-zaid-bersukan-kuda-jauh.html
matmantau said…
cam no… pun aku suka suka dengor…. Selain puak2 depa ungkit pasal kuda…. Depa ungkit jugak pasal kaki botol…. Sekurang2nya aku berbangga sebab kebanyakkan puak2 pemimpin UMNO@Pekembar hanya minum air suam, air cendol, air gau, air zam-zam…. Dah barang pasti suci lagi menyucikan…
mahacu said…
Kebolehan Dato' Zaid dan integriti beliau jelas untuk semua melihat. Beliau seorang yang jelas berkemampuan, bijak, berilmu, berpengalaman dan berprinsip. Tidak ramai, kalau ada sekalipun, pemimpin UMNO yang sanggup meletakkan jawatan atas dasar prinsip.
mahacu said…
Assalamualaikum YB khalid,

Kebolehan Dato' Zaid dan integriti beliau jelas untuk semua melihat. Beliau seorang yang jelas berkemampuan, bijak, berilmu, berpengalaman dan berprinsip.

Saya berasa jikalau Zaid Ibrahim itu betul2 berprinsip maka ia adalah disaster kepada umat Islam di Malaysia. Lihat video di bwh:

Saya Saman Hudud-Zaid

Zaid Ibrahim jika benar masih "berprinsip",maka pandangannnya ttg hudud,boleh guna duit judi utk sukan,isu murtad masih sama atas dasar prinsip.

Oleh itu, saya ucapkan takziah kepada PAS, kerana Zaid sangat berprinsip, tetapi YB khususnya, dan PAS amnya yang tiada prinsip mcm lalang.
kozekx said…
Perkara pokok di sini ialah menentang kemungkaran. Dan kemungkaran yang paling besar sekarang di Malaysia ialah kemungkarang yang dilakukan oleh UMNO dan BN.

Kata dah sedar, malangnya tindak tanduk sejak 8 march, berbeza dengan kata2 kosong tersebut.

Fokuslah kepada perkara pokok. Sesungguhnya, syaitan memang suka mengalihkan pandangan kita daripada perkara pokok ini.
cakap-lepas said…
Bila puteri apco ulu selangor mengaji tak abis,ini la padahnya

http://cakap-lepas.blogspot.com/2010/04/website-puteri-umno-hulu-selangor.html
Anonymous said…
rohaizad beristeri 2 pon djdikn isu..inikn pula peminum air kencing setan
Anonymous said…
SEMOGA ALLAH MEMBUKA PINTU HATI BAGI MEREKA YG PRO MURTAD DAN LIBERAL. DAN JGN JADI PENGAMPU POLITIK MURAHAN DEMI DAP
azman kamarul said…
SALAM.

Betul kata YB Khalid....PrK memberi ruang untuk merapatkan jurang di dalam PR...saya sangat setuju, insyaallah saya amat yakin suatu hari yang AllAH PERKENAN (jika masih ingat dan takut)PR akan ke Putrajaya.

Seperkara yang saya suka nak sebut di sini ialah bila ada PrK kita akan dapat menilai dan memahami bagaimana pemikiran sebilanagan kita(MELAYU) yang masih dijajah minda seperti di zaman kolonial dulu tetapi kali ini dijajah oleh kaum dan bangsa nya sendiri...saya sebagai MELAYU(ISLAM) merasa sungguh simpati dan kasihan kepada golongan ini.

MARILAH KITA SAMA-SAMA BEBASKAN DIRI DARI RANTAI YANG MENGIKAT KEBEBASAN FITRAH KELAHIRAN MANUSIA YANG SEMESTINYA TERIKAT DENGAN KHALIDNYA.
johan said…
minta maaf kerana mencela,
bab guna duit judi utk sukan

cukai judi, cukai arak, cukai hiburan disco, cukai pendapatan penjual khinzir yang kerajaan ambik dan bagi orang macam kamu tu halal ker? janganlah kutuk orang tanpa berfikir. BN buang duit sana sini di hulu selangor tu duit siapa. nanti kita serah semua kerusi sama diaorang sudah takde orang nak soal kenaikan minyak dan barang kegunaan harian. jangan hanya sokong BN kerana kamu dapat rezeki daripadanya, fikirkan juga orang lain. Nasihat saya, ambil rezeki yang melimpah tu, tapi undi zaid. next time BN bagi lagi banyak.
Greenbottle said…
i'm a PAS man. Zaid is good enough for me. Dia bukan perfect tapi jauh lebih baik dari kebanyakan kita termasuk saya sendiri.

Seperti kata YB , prk kali ini paling penting. ia nya sama ada menandakan bermulanya BN kembali pulih atau bermula nya PR menjadi hancur.

Semua nya kuasa Allah...saya redha...saya dalam PAS...kalah menang perkara kedua. Yang lebih utama berjuang kerana Allah.
Let the kataks have their day. Their days will be numbered soon. They won their respective seats because the constituents agreed to their principles. Sooner or later, the truth will come out in the open. I say, what goes around, comes around. Just you wait and see. You have a nice day, Sir.
Anonymous said…
Salam YB, as an ordinary rakyat, I would like to give my view as I have frens from Hulu Selangor.
For Datuk Zaidi not winning HULU SELANGOR , is nothing to do with his personal activities but the problem is about previous MP from Pakatan , did not do his work effectively. Yes, he in not feeling well but what happen to other Pakatan team member. Pakatan team should do work as a team, do something useful to the local community there. Meet them on weekly basis and if cannot then should meet on monthly. Pls check how many times MB as visited that place.
If Pakatan Rakyat want to maintain their winning seat the next Election, they should work as a TEAM and take care of the people. I hope Pakatan learned their lesson from this Hulu Selangor result. If Pakatan’s MP missing in their constituency after winning election for sure we will lose Selangor as well.
TV3 can have “sure heboh” in every state in Malaysia so why not Selangor’s MB or (Pakatan team ) have the same type in all the Selangor District and listen to People’s problem – Mesra Rakyat- We (Pakatan Team) need to Market our potential leader in all their constituency and not introduce to the local people when there is an election only.
Pls convey this msg to all PAKATAN team members.

Jeeva
pang5bugis said…
mgaku kalah ajeee

Popular posts from this blog

Keadilan Saidina Umar Al-Khattab Terhadap Rumah Ibadah Agama Lain

Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengemukakan sebuah kisah dari zaman pemerintahan Saidina Umar Al-Khattab (r.a) untuk tatapan dan renungan tuan-tuan sekalian. Melalui pendedahan ini, adalah diharap sebahagian dari ummat Islam yang tidak memahami konsep keadilan Islam terhadap agama lain, akan sedikit sebanyak dapat memikirkan kembali sikap dan pendirian mereka itu. Kisah yang ingin dikemukakan adalah kisah Saidina Umar dan Kanisah (gereja) Al-Qiamah yang terletak di Quds. Kisah ini adalah petikan dari muka surat 114, kitab Itmam al-Wafa’ fi sirah al-Khulafa’ , tulisan as-Syeikh Muhammad bin al-Afifi al-Banjuri, Darul Ibnu Hazim. “Dan apabila masuknya Saidina Umar ke dalam kota, maka masuklah beliau ke dalam Kanisah (gereja) al-Qiamah, dan beliau duduk di ruang utama gereja tersebut . Setelah tiba waktu solat asar, maka berkata Saidina Umar kepada Patriach Kanisah tersebut, “Saya ingin mengerjakan solat.” Jawab Patriach: “Solat sahajalah di sini”. Tetapi Umar menolak cadangan

Kisah Raja Najashi

Semasa saya terlibat dalam usaha dakwah di UK satu ketika dahulu, kami mendapati bahawa ramai dari kalangan penganut Kristian tidak tahu bahawa Nabi Isa (AS) diiktiraf sebagai seorang Rasul oleh Islam. Begitu juga Nabi Ibrahim, Nabi Musa dan hampir kesemua para Nabi yang diiktiraf oleh agama Kristian turut diiktiraf oleh Islam. Kecuali kumpulan yang tidak diiktiraf Islam ialah ‘Nabi’ selepas Nabi Isa, termasuk penulis Bible yang digelar sebagai ‘Prophet’ oleh mereka. Apabila mereka didedahkan dengan maklumat ini, maka ianya boleh menyebabkan mereka ingin tahu apa yang dikatakan Al-Quran mengenai Nabi Isa dan menjadi satu titik tolak bagi mereka untuk mendampingi Al-Quran.

Video Tazkirah Ramadhan At-Taubah Ayat 31: Pendewaan Manusia

WaLlahu 'Alam   KHALID SAMAD