Skip to main content

Perobohan Kampung Denai Pinggiran, Pulai, Johor

Pada hari Khamis 25 Mac, operasi perobohan rumah-rumah peneroka bandar di Kampung Denai Pinggiran telah pun dimulakan. Sambil operasi ini dijalankan, Menteri Wilayah di Parlimen menyebut semasa sesi jawapan soalan lisan, bahawa kerajaan BN “tidak pernah tolak seorang pun menjadi ‘homeless’, ini bermakna apabila kita (BN) menggalakkan ataupun mengalu-alukan pembangunan, kita pastikan mereka yang dipindah ada tempat untuk dipindahkan”.

Gambar-gambar yang saya sertakan membuktikan pembohongan yang dilakukan oleh golongan yang telah diberikan amanahkan oleh rakyat negeri ini. Rumah penduduk kampong ini dirobohkan setelah barangan rumah dilonggokkan diluar. Barang-barang ini dikatakan akan dipindahkan secara segera tetapi dibiarkan di luar sehingga datangnya hujan dan semua perkakas dan barang rumah termasuk pakaian dan buku-buku habis basah. Selepas itu kembali anak-anak dari sekolah untuk melihat rumah mereka dalam keadaan tunggang langgang. Bolehkah kita bayangkan perasaan dan trauma yang mereka rasakan? Adakah mereka akan melupai peristiwa bagaimana mereka dan keluarga mereka dihina sebegini? Adakah mereka akan membesar dipenuhi perasaan kasih terhadap masyarakat atau dendam yang tidak terawat?

Jelas kelihatan mereka menangis kesedihan sambil memegang sepanduk memohon mereka dilayani seperti peneroka bandar di Kg. Berembang dan Kg. Buah Pala. Mereka ini dipindahkan tanpa pampasan. Mereka hanya dibawa duduk di rumah pangsa kos rendah buat seketika dan selepas itu, ke mana hendak mereka pergi?

Pada hari ini saya telah pun dimaklumkan bahawa para peduduk kampung telah berjaya menghalang perobohan pada hari tersebut dan hanya sebuah rumah yang telah dirobohkan. Bagi yang lain mereka telah diberikan lanjutan masa untuk berpindah. Tetapi, bagaimanakah kita hendak rakyat kita dihormati dunia sedangkan kita sendiri tidak menghormati rakyat kita sendiri? Inikah yang dikatakan “Rakyat didahulukan?”



WaLlahu 'Alam
KHALID SAMAD

Comments

Anonymous said…
YB ni parlimen mana ni?
kat sini pun bnyk yg kelam kabut yb duk sibuk hal org buat apa..biar kerajaan johor je yg setelkan..
asyik-asyik nak salahkan bn..24 jam bn salah..yb je betul..
Tinta Hitam said…
Sebenarnya tanah tanah tu terlalu berharga bagi pemimpin pemimpin UMNO ni.Mereka jadi terlupa pada slogan "Pencapaian diutamakan,rakyat didahulukan".

Panggilan RM adalah lebih bermakna dan bau RM lebih wangi.Sebarnya Allah SWT nak buka pekung didada UMNO nih.

Semoga mangsa mangas yang terlibat dibuka matahatinya oleh Allah SWT
Anonymous said…
tuh yg. buat aku getik tuh... la eleh... umno pun ada di mana2, 1UMNO, 1Malaysia… jadi kalau roboh di Johor… awatnya saudara kita di Shah Alam..tak sensitif ker!!!.. dah jadi umat Islam… perlu la… sensitive sikit..
che men said…
muhyiddin n najib tu plak MP mane? yg sibuk janji projek kat hulu selangor tu buat ape? asyik-asyik nak salahkan PR.. 24 jam PR salah.. PM je betul..
kuzy said…
hoi mangkuk anon!! awat tunjuk tak pandai sangat... yb wakil rakyat... takkan nak fokus pada kawasan dia jek... jgn tunjuk kurang cerdik sangat.. malu oi!! kurang2 YB tunjuk tanda simpati atas kezaliman yang BN buat... dan memang salah BN g roboh rumah orang.. aku pun simpati... bukan orang johor je.. kalau rumah kau yang kene roboh pun aku simpati..
Anonymous said…
"Pencapaian diutamakan,
rakyat didahulukan"---> tukar

"Pencapaian diutamakan,
rakyat didahulukan kemudian"

Dpt tangkap ;)
Anonymous said…
1 MALAYZION BOLEH!!

Popular posts from this blog

Keadilan Saidina Umar Al-Khattab Terhadap Rumah Ibadah Agama Lain

Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengemukakan sebuah kisah dari zaman pemerintahan Saidina Umar Al-Khattab (r.a) untuk tatapan dan renungan tuan-tuan sekalian. Melalui pendedahan ini, adalah diharap sebahagian dari ummat Islam yang tidak memahami konsep keadilan Islam terhadap agama lain, akan sedikit sebanyak dapat memikirkan kembali sikap dan pendirian mereka itu. Kisah yang ingin dikemukakan adalah kisah Saidina Umar dan Kanisah (gereja) Al-Qiamah yang terletak di Quds. Kisah ini adalah petikan dari muka surat 114, kitab Itmam al-Wafa’ fi sirah al-Khulafa’ , tulisan as-Syeikh Muhammad bin al-Afifi al-Banjuri, Darul Ibnu Hazim. “Dan apabila masuknya Saidina Umar ke dalam kota, maka masuklah beliau ke dalam Kanisah (gereja) al-Qiamah, dan beliau duduk di ruang utama gereja tersebut . Setelah tiba waktu solat asar, maka berkata Saidina Umar kepada Patriach Kanisah tersebut, “Saya ingin mengerjakan solat.” Jawab Patriach: “Solat sahajalah di sini”. Tetapi Umar menolak cadangan

Video Tazkirah Ramadhan At-Taubah Ayat 31: Pendewaan Manusia

WaLlahu 'Alam   KHALID SAMAD

Kisah Raja Najashi

Semasa saya terlibat dalam usaha dakwah di UK satu ketika dahulu, kami mendapati bahawa ramai dari kalangan penganut Kristian tidak tahu bahawa Nabi Isa (AS) diiktiraf sebagai seorang Rasul oleh Islam. Begitu juga Nabi Ibrahim, Nabi Musa dan hampir kesemua para Nabi yang diiktiraf oleh agama Kristian turut diiktiraf oleh Islam. Kecuali kumpulan yang tidak diiktiraf Islam ialah ‘Nabi’ selepas Nabi Isa, termasuk penulis Bible yang digelar sebagai ‘Prophet’ oleh mereka. Apabila mereka didedahkan dengan maklumat ini, maka ianya boleh menyebabkan mereka ingin tahu apa yang dikatakan Al-Quran mengenai Nabi Isa dan menjadi satu titik tolak bagi mereka untuk mendampingi Al-Quran.