Skip to main content

Syarahan Perdana Sempena Ulang Tahun Ke 2 Kemenangan PR di Stadium Malawati, Shah Alam (8 Mac)

Syarahan Perdana Sempena Ulang Tahun Ke 2 Kemenangan Pakatan Rakyat Negeri Selangor

8 Mac 2010 (Isnin)

8.00 – 12.00 Malam

Stadium Malawati, Shah Alam, Selangor

Syarahan Oleh:

1) YB Dato’ Seri Anwar Ibrahim
2) YAB Tan Sri Khalid Ibrahim
3) YB Dato Dr Hassan Ali
4) YB Teresa Kok Suh Shim
5) YB Mohamad Azmin Mohamad Ali

Semua dijemput hadir. Bagi pihak penganjur program.
-Pejabat YB Khalid Samad-

Comments

Anonymous said…
bersyarah aje le keroje nya kamu ni siang malam...

semua barisan yang bersyarah harap kat Hassan Ali la yang ada kesedaran, yang lain masuk angin keluar asap daaaaaaaaaaaaaa
raj raman said…
Syarahan demi syarahan finally zul dah kena pecat.

Bila pulak Hasan nak kena pecat?

rajraman666.IN the name of god we can't abused the power given by rakyat for personal gain/publicity like the MUFTI PERAK.

We can be racial but can't be racist.
Thank You.
nenek said…
Syarahan demi syarahan untuk orang seperti anon 10.21 pm yang otaknya kat kepala lutut!!!! sampai bila nak berakal, sehingga pekak tak habis tuli pula yang datang mendengar. Lantak enko la.
Anonymous said…
asyik syarahan je PAS ni..bila lah nak maju bangsa melayu & islam asyik berceramah sana-sini..poster tertegak & bermegah sempena ulangtahun ke2. tapi apa yg telah PR buat di selangor khususnya?

isu YBK di tuduh umno dalang.
isu lompat jadi BEBAS dituduh umno juga.
isu YB Zul apalah gamaknya. apakah dia pengkianat pada perjuangan parti? apakah dia pengianat kepada rakyat atau apakah sebab dia membantah penggunaan kalimah Allah kepada kristian maka dia adalah pengkianat perjuangan PR yg sebenarnya mahu menghancurkan malaysia? apakah bila malaysia sudah hancur dikatakan umno juga?

saya kerap mendengar komen-komen negatif drp kawan-kawan yg pro PR..memang berjaya cara cara PR menggunakan jarum halus mencucuk fikiran sempit umat melayu. hanya dgn berhari-hari ceramah, maka dikatakan ideologi umno itu pengkianat bangsa dan sedikit sebanyak telah membuat kebanyakkan rakyat mempecayainya.

tapi, Allah itu maha berkuasa. PR dilanda masalah besar. daripada isu moral hingga ke kes liwat DSAI & juga pembunuhan TBH. semua ini sebenarnya membuka pekung siapa sebenarnya yg mengkianati rakyat.
Anonymous said…
kolo umno tu x yah dok nyibok kt blog yb khalid samad la... pemimpin hampa x dak blok ka?
Anonymous said…
Apa orang umno nak sebok kat sini. Biarkanlah PR/PKR dengan cara mereka berceramah untuk memberi penerangan kepada rakyat. Orang umno selalu dengar ceramah dan syarahan umnobn kat TV, kat sekolah, utusan meloya. Dimana saja ada himpunan rakyat sudah tentu saja ada pemimpin umno yang bercakap. Rakyat bukan bodoh, kita tahu siapa khianat dan siapa yang dikhianati. Lainlah kamu, buta kerana sogokan, mata duitan. Kepala hotak di kepala lutut.
Anonymous said…
Apa sahaja perkara baik yang telah dibuat atau sedang dibuat oleh kerajaan BN semuanya di pandang buruk oleh penyokong parti lawan. Walaupun mereka yang menentang kerajaan BN ini hidup mewah senang lenang hasil dari pemerintahan kerajaan BN, tetapi oleh kerana hasutan, mereka tetap menetang kerajaan BN.
Anonymous said…
salam...
pedulikan kate2 pencacai tu cakap mcm2. be end ade tv ade radio dan mcm2 lg. xyah dtg dgr ceramah. tak mcm PR. dinafikan segalanya. hatta radio yg dulu kt suk selangor bawa lari ke angkasapuri. lagi nmpk ketidakadilan mereka. layak ke mereka dipilih untuk pru 13. wslm
Anonymous said…
bro anob 12:42,
radio selangor tu khalid ibrahim yg halau la..walaupun aku orang shah alam undi pas, tapi kenyataan tetap kenyataan. rtm tak nak bagi khalid slot satu jam dlm radio..sebab tu dia mintak rtm keluar drp suk.

lain kali check fakta, bukan fitanh ye bro. kadang-kadang kena dengar jugak pro umno atau pro bn..jangan jumud pemikiran kalau kita nak menang pru13..
Anonymous said…
bro anob... yang pelik nape x benarkn saje.. ape.. takut pengaruh pr makin kuat n pengaruh bn makin kurang.. klu mereka gentlement@gentelmen.. benarkan jela.. bukan susah pun.. biarla rakyat yg menilai mane yang wajar memimpin x sape yg tak layak..

bukan nak taborr fitnah.. tp lebih byk fitnah yg mereka taborrkan.. adekah x wajar Pr pertahankan hak mereka.

x kisah nk dgr fakta.. tp selidik dn teliti fakta sblum nk pecaya.. klu x sama je kite ni sejak 50 tahun dlu sms pemerintahan mereka.. pecaye je.

macamnila.. spt sy kate td.. rakyat selangor sdg menilai kemampuan kerajaan skrg.. tp klu dh ditambah dgn ketidakkeadilan Bn.. sorryla nk bagi undi kt mereka. lebih elok duk dlm PR..

wallahua'alm sekian..
Anonymous said…
apa lah bodoh sangat orang PR ni, tak boleh kena kritik sikit, dihalau orang umno gi blog depa. Betul jugak cakap kawan kita, takde keja lain ke , asyik nak ceramah je. Kitorang pun bukan tengok sangat TV yang korang kata ada ceramah tu. Tak pe buat la ceramah sampai mampus.
Anonymous said…
betul juga ....lepas ceramah collection duit....unit amal..... apo keje nya jang...

Popular posts from this blog

Keadilan Saidina Umar Al-Khattab Terhadap Rumah Ibadah Agama Lain

Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengemukakan sebuah kisah dari zaman pemerintahan Saidina Umar Al-Khattab (r.a) untuk tatapan dan renungan tuan-tuan sekalian. Melalui pendedahan ini, adalah diharap sebahagian dari ummat Islam yang tidak memahami konsep keadilan Islam terhadap agama lain, akan sedikit sebanyak dapat memikirkan kembali sikap dan pendirian mereka itu. Kisah yang ingin dikemukakan adalah kisah Saidina Umar dan Kanisah (gereja) Al-Qiamah yang terletak di Quds. Kisah ini adalah petikan dari muka surat 114, kitab Itmam al-Wafa’ fi sirah al-Khulafa’ , tulisan as-Syeikh Muhammad bin al-Afifi al-Banjuri, Darul Ibnu Hazim. “Dan apabila masuknya Saidina Umar ke dalam kota, maka masuklah beliau ke dalam Kanisah (gereja) al-Qiamah, dan beliau duduk di ruang utama gereja tersebut . Setelah tiba waktu solat asar, maka berkata Saidina Umar kepada Patriach Kanisah tersebut, “Saya ingin mengerjakan solat.” Jawab Patriach: “Solat sahajalah di sini”. Tetapi Umar menolak cadangan

Video Tazkirah Ramadhan At-Taubah Ayat 31: Pendewaan Manusia

WaLlahu 'Alam   KHALID SAMAD

Kisah Raja Najashi

Semasa saya terlibat dalam usaha dakwah di UK satu ketika dahulu, kami mendapati bahawa ramai dari kalangan penganut Kristian tidak tahu bahawa Nabi Isa (AS) diiktiraf sebagai seorang Rasul oleh Islam. Begitu juga Nabi Ibrahim, Nabi Musa dan hampir kesemua para Nabi yang diiktiraf oleh agama Kristian turut diiktiraf oleh Islam. Kecuali kumpulan yang tidak diiktiraf Islam ialah ‘Nabi’ selepas Nabi Isa, termasuk penulis Bible yang digelar sebagai ‘Prophet’ oleh mereka. Apabila mereka didedahkan dengan maklumat ini, maka ianya boleh menyebabkan mereka ingin tahu apa yang dikatakan Al-Quran mengenai Nabi Isa dan menjadi satu titik tolak bagi mereka untuk mendampingi Al-Quran.