2hb September 2009 M 13 Ramadan 1430 H السلام عليكم ورØÙ…Ø© الله وبركاته Kehadapan penduduk Seksyen 23 yang dihormati, Semoga surat ini menemui tuan-tuan dalam keadaan sihat wal afiat serta keimanan yang teguh dan jitu berkat bulan Ramadhan ini. Saya mengambil kesempatan ini untuk mengingatkan diri saya serta tuan-tuan akan Firman Allah, Surah Al Maaidah ayat 8 yang bermaksud; “Bertindak adil! Ianya lebih rapat dengan keTaqwaan.” Semoga dalam usaha kita membina keTaqwaan dalam bulan Ramadhan ini, kita mengingati hakikat bahawa ‘keTaqwaan’ yang diusahakan itu mempunyai hubungan rapat dengan keadilan. Keadilan ini pula perlu dilaksanakan terhadap semua, walaupun terhadap yang tidak disenangi. Ini ditegaskan di dalam ayat yang sama yang bermaksud, “dan jangan oleh kerana kebencian kamu terhadap sesuatu kaum menyebabkan kamu tidak berlaku adil…” Kalau terhadap kaum yang dibenci sekalipun dituntut keadilan, apatah lagi terhadap jiran sekampung dan warga sekota? Walaupun mereka tidak seba
◘ 1B, 2nd Floor, Blok 1, Worldwide Business Centre, Jalan Tinju 13/50, Seksyen 13, Shah Alam ◘ +60355111066 ◘
Comments
cuba kalu kawasan gombak atau hulu langat atau lain2 tempat buat, panggil pula timbalan presiden dgn ust tuan ke....confirm tak letak!
elok buat parti sendiri..
Ulasan: Saya melihat komen di atas bukan dari orang PAS tulin. Mungkin dari para cybertroopers UMNO, SB atau para iblis yang sewaktu dengannya. Pejuang Islam tulin sudah pasti berhati-hati berkata tanpa menggadai prinsip kaedah dakwah yang diperjuangkan. Berhati-hatilah dengan musuh Islam seperti ini.
tak cukup ke kau kat tranungkite syok dgn kawan2 se perpaduang kau kat sana dgn di tambah kata2 manis cybertroopers yg korang alu alukan sebagai sokongan moral kepada keperpaduangan korang
cit..
i thing YB u should publish your activities like ceramah etc.kami tahu yb di jemput ceramah oleh banyak caw pas seluruh malaysia.
17/4 fine with us.he he
perkataan "perpaduan" yg sepatutnya suci dan menjadi tuntutan Al-Quran - sudah dilihat kotor dan menjijikkan.
Bertaubatlah.
saya amat setuju dengan saudara perkataan 'perpaduan" suci TAPI yg tak suci adalah "perpaduang"
faham tak perbezaannya.kalau tak makna nya kamu tidak tahu sejarah PAS dan tidak pernah menghayati ucapan dan tulisan murshidul am PAS tgna.