Skip to main content

Projek Ekonomi Kecil di Cawangan PAS Padang Jawa Petaling

Sebelum YB Khalid Samad ke Saudi, beliau telah sempat melancarkan projek ekonomi kecilan anjuran PAS cawangan Padang Jawa Petaling. Ianya merupakan satu projek yang bertujuan untuk melibatkan golongan remaja di kawasan tersebut dalam kegiatan yang lebih membina. Projek yang baru dilancarkan merupakan projek ternakan ikan keli dan ianya dilakukan melalui 4 tangki kanvas yang diisi dengan 3,500 ekor anak ikan keli keseluruhannya.

Di kesempatan ini YB Khalid Samad dengan besar hati ingin mengucapkan tahniah kepada PAS cawangan Padang Jawa yang telah menunjukkan initiatif yang baik dengan mengadakan program ini yang turut disertai oleh masyarakat India di kawasan setempat. Adalah diandaikan bahawa dengan izin Allah, usaha mereka ini akan meraihkan hasil dalam masa 4 bulan. Bersama ini kami sertakan beberapa gambar yang telah sempat diambil. Semoga program tersebut berjaya dengan sepenuhnya dan menjadi contoh kepada cawangan-cawangan lain.



Pada masa yang sama, pihak kami juga telah dimaklumkan bahawa beberapa cawangan lain telah turut melancarkan projek-projek ekonomi dengan jayanya seperti projek katering makanan oleh PAS cawangan Seksyen 18 dan projek pra-sekalah atau lebih dikenali sebagai PASTI. Semoga usaha-usaha ini diteruskan dengan jayanya.

-Pejabat YB Khalid Samad-

Comments

Anonymous said…
Sedar ataupun tidak.. jika YB KAS mengeluarkan artikel berbentuk laporan contoh program/parlimen/ceramah/ etc lah.. pasti tiada yg buat comment.

Tp cuba lihat jika dia keluarkan artikel base on issue.. pasti berderet yg comment yg kadang membatasi kewarasan fikiran kita sebagai HAMBA ALLAH.. Akhlaknya RASULULLAH..

Pelik kan..

Sedangkan berbondong2 updated artikel berkenaan pembangunan kawasan (terutama Shah Alam) dan PAS yg membuktikan YB melaksanakan tugasnya yg entah mcm mana agaknya MASA YB KAS kita ini mengaturnya secantik program yg disertai setiap undangan kepadanya..

Ialah.. Parlimen- perlu membuat kajian utk kumpul maklumat bahas dan Kawasan pula kene hadapi permaslahan penduduk pula, yg mana permasalahan penduduk di Shah Alam ni sepatutnya di adukan ke ADUN2...

Sy pelik dan hairan kenapa masih ada lagi yg mengatakan YB tidak membuat kerjanya..

Sy pelik kenapa YB dikecam disetiap pelususk..

Adakah kerana UMNO dapat menstrategikan pemikiran org2 ini utk jatuhkan YB.. then jatuhlah kepimpinan PAS..

Satu tindakan yg zalim jika kita aniaya org yg melaksanakan tugasnya bukan?..

Wallahua'lam..

humaira2811
Shazlan said…
Salam,
humaira2811,

Apa yg peliknya... YB Khalid gila2 nak jatuhkan UMNO. So, obviously those yg oppose him akan gila2 nak jatuhkan YB Khalid. I see that YB Khalid istiqamah dalam perjuangan. So, kita pun kena laa gila2 support him :)

Wassalam
Anonymous said…
Yup.. correct answer

Popular posts from this blog

Kerana Tidak Istiqamah Maka Akhirnya Terpinggir

Keputusan PRU14 sekarang telah diketahui umum. Pakatan Harapan (PH) berjaya mengambil alih Putrajaya dan negeri-negeri di seluruh Negara kecuali Perlis, Pahang dan Sarawak yang kekal bawah BN sambil Kelantan dan Terengganu jatuh pada PAS.

Walaupun akan ada yang berkata bahawa PAS telah berjaya dengan keputusan anatara yang paling cemerlang dalam sejarahnya, hakikatnya ianya sebenarnya boleh jauh lebih baik dari itu. Malangnya, sifat gopoh dan kurang yakin kepada pendekatan yang diikutinya sejak zaman reformasi telah menyebabkan PAS semakin terpinggir dari arus perdana politik negara. Ia kembali sebagai parti pantai timur dan kawasan kampung Melayu setelah beraksi cergas di pantai barat dan kawasan bandar pada tahun-tahun pasca reformasi. Cogan kata “PAS for all” kian tidak kedengaran dan PAS kembali sebagai parti bersifat eksklusif memperjuangkan agenda khas bagi masyarakat Muslim dan Melayu.

Dakwaan Kosong Hj Hadi: Antara Kebenaran dan Khayalan

Pada 14hb April Hj. Hadi membuat satu 'pendedahan' mengenai sebab sebenar AMANAH ditolak. Kononnya ianya adalah kerana pimpinan AMANAH semasa menjawat jawatan dalam PAS ingin meminda perlembagaan PAS sehingga dikurangkan kuasa Majlis Syura Ulama. Tuduhan tersebut merupakan satu pembohongan yang nyata yang dibuat dengan penuh kesedaran bahawa ianya satu pembohongan! Saya tidak tahu mengapa Hj Hadi kebelakangan ini kerap berbohong.

Sekiranya ianya dianggap bukan satu pembohongan oleh beliau dan beliau benar yakin akan kebenarannya maka ahli-ahli PAS haruslah berwaspada. Kerana ini bermakna bahawa beliau sudah mula mengalami satu keadaan yang tidak dapat membezakan di antara kebenaran dari khayalan. Situasi 'delusional' ini menyebabkan beliau sentiasa dalam keadaan cemas dan menganggap dirinya dan Islam dimusuhi oleh semua, kecuali oleh PAS dan UMNO.

Tuduhan ini sebenarnya bukanlah baharu maka yang dikatakan sebagai 'pendedahan' selepas 3 tahun ini adalah dakwaan …