Skip to main content

Kembara di Tanah Arab

Setelah lebih seminggu kami di sini, pada hari khamis 4 Februari, tiba sepasang suami isteri dari Malaysia yang juga bekerja sebagai pensyarah di Universiti Jazan. Mereka akan bertugas bersama-sama isteri saya di fakulti yang sama. Dr. Fauzan di bawah fakulti komputer untuk mahasiswa dan isterinya bersama isteri saya di fakulti komputer untuk mahasiswi.

Pada keesokan harinya saya bertemu beliau dan kemudiannya kami ke sebuah ladang penternakkan unta dan kambing di pinggiran bandar Jazan. Kami dibawa ke situ oleh seorang penduduk tempatan yang anaknya pernah menjadi mahasiswa di UIA. Maka pergilah kami untuk melihat unta dan kambing yang diusahakan secara ‘kampung’, kelihatan sungguh mudah, tanpa sebarang frasarana moden oleh keluarga Badwi.

Mengerjakan Umrah
Keesokkan harinya saya bersama isteri telah meninggalkan Jazan untuk ke Mekah. Ini adalah selepas selesai menjalani pemeriksaan kesihatan yang diperlukan untuk urusan ‘iqama’ (resident permit) pada hari rabu. Sambil menunggu keputusan ujian darah yang mengambil masa seminggu, kami mengambil keputusan untuk ke Mekah bagi menunaikan Umrah.

Perjalanan dibuat dengan bantuan seorang pemuda tempatan yang membawa kami dengan menggunakan keretanya. Perjalanan sejauh hampir 600 KM dan mengambil masa lebih kurang 6 jam termasuk waktu berhenti di Yalamlam untuk memakai ihram. Yalamlam adalah ‘Miqat’ bagi mereka yang datang dari selatan seperti Yemen dan Jazan.

Kami bertolak pada jam 10.30 pagi dan sampai di Mekah pada jam 4.30 petang dan terus dibawa pemuda yang bernama ‘Musab’ tersebut ke sebuah hotel (funduq). Kebetulan sama pula dengan nama anak lelaki saya yang sulung. Selepas meninggalkan barang-barang, kami terus turun dan berjalan ke Masjidil Haram yang hanya beberapa ratus meter dari hotel tersebut.

Sampai sahaja di Masjidil Haram, kami mencari Babus Salaam dan memasuki Masjidil Haram melaluinya. Maka bermulalah urusan Umrah kami. Kami berada di Mekah selama 4 hari, 3 malam. AlhamduliLlah, dikurniakan Allah peluang untuk menunaikan solat setiap waktu di Masjidil Haram bersama sunnat-sunnatnya dan seterusnya mengambil kesempatan yang ada bagi meluahkan segala perasaan, kedukacitaan dan harapan kepada yang Maha Mengetahui dan Maha Berkuasa. Memohon, berdoa, meratap dan merayu kepadaNya yang Maha Adil dan Maha Perkasa. Semoga diselamatkan Parti Islam SeMalaysia, parti politik di Malaysia yang ditubuhkan demi mencari kereDhaanNya (marDhatillah) dan semoga dijauhi dari tersilap langkah atau disalah-langkahkan dengan melanggar keputusan jemaah di dalam muktamar.

Saya dapat melihat, siang dan malam, manusia tidak putus mengerjakan tawaf dan saei, serta solat di Masjidil Haram. Walaupun kami di sana pada hari sabtu hingga selasa, iaitu hari-hari yang sepatutya kurang orang, tidak seperti khamis dan jumaat, namun ianya tetap kelihatan meriah dan menyeronokkan.

Sekembali ke Jazan
Kami kembali ke Jazan pada hari selasa dan seterusnya dibawa ke kediaman Universiti yang disediakan khas untuk kami di sini. Dimaklumkan bahawa yang menetap di sini adalah Presiden Universiti sendiri bersama para Dekan dan juga Dato Bandar Jazan. Kami sekeluarga bersama keluarga Dr. Fauzan juga menetap di kawasan yang sama, memandangkan masalah perumahan yang semakin meruncing. Ramai yang telah mengambil peluang untuk ke Jazan kerana bandarnya yang sedang pesat membangun. ‘Medinatul IktiSadiyyah Jazan’ merupakan tumpuan ramai dan Universiti Jazan pula dijangkakan menjadi universiti yang terbesar di seluruh Saudi Arabia.

Iqama Yang Belum Siap
Pada keesokkan harinya, iaitu hari rabu, seawal pagi lagi saya telah ke Hospital Jazan bagi mengambil keputusan pemeriksaan kesihatan dan menyerahkannya bersama pasport ke pegawai di Universiti Jazan untuk urusan iqama. Dia memberitahu saya sebelum saya ke Mekah minggu lalu bahawa perkara ini boleh diuruskan pada hari yang sama. Malangnya, tidak seperti yang diharapkan, ianya tidak sempat disiapkan dan akhirnya, oleh kerana khamis dan jumaat adalah hari cuti, maka ianya akan hanya dapat disiapkan pada hari sabtu ataupun ahad - InsyaAllah. Maka dengan itu, tanpa pasport, saya tidak mampu berbuat apa-apa kecuali menunggu untuk segala proses ini selesai agar dapat pulang ke Malaysia. Apo nak dikato?



WaLlahu 'Alam
KHALID SAMAD

Comments

Anonymous said…
Agaknya "pondok" dlm BM tu berasal dari "funduq"?
Anonymous said…
yb,
org melayu shah alam meluat dah ngan yb
sedare mare saya n adik beradik saya ramai yg tinggal n mengundi kat shah alam tyu

lbh2 lagi bila yb lbh sibuk bergaduh ngan hasan ali dan jk disiplin

saya harap jegusaran saya ni jgn ditolk ke tepi

kalau yb kalah saya tak kisah
tp kalau pas ditolak sebab yb, sedih sgt saya rasa

sebab masa hari raya lepas lagi msa perjmpaan kluarga kat shah alam
diaorang kata

kalau khalid jd calon aku taknak undi lagi

saya rasa mngkin ada kaitan dengan isu2 melibatkan yb sejak akhir2 ni

maaf , saya hanya sampaikan saja
ahli PAS 364340 said…
Tuan YB,
tuan cerita yang ringan-ringanpun seronok juga baca. Kami sebagai peminat tidak menjadi berat pemikiran kami memikirkan keadaan jamaah kebelakangan ini.
Insya-Allah jamaah akan kembali normal dan lebih baik selepas ini.
jai said…
Salam YB.

Syabas di atas ketegasan YB kerana tidak membuat rayuan di atas hukuman berat sebelah yang dikenakan ke atas YB.

Jangan risau YB, banyak lagi penyokong2 YB di Shah Alam yang masih setia dengan YB.

Yang tak nak menyokong YB lagi itu mungkin penyokong2 Kerajaang Perpaduang!!!

Telah terbukti majoriti blogger menyokong YB.

Harap YB teruskan kerja2 YB menjaga Shah Alam sebaik mungkin.

BUKTIKAN YB MEMANG YANG TERBAIK BUAT RAKYAT MALAYSIA AMNYA DAN RAKYAT SHAH ALAM KHASNYA!!!

Selamat Berjuang YB Khalid Samad!!!
Unknown said…
Anonymous 14 February 2:43
Nampanya anda akan mengundi UMNO jika YB Khalid Samad bertanding di Shah Alam. Eloklah tu, semoga pejuangan anda untuk Islam mendapat rahmat Allah.
pakatan supporter said…
to anon 2.43
saya pulak pengundi di gombak setia adunnya dr hassan teramat meluat dgn dr hassan,bukan saya sahaja tapi hampir seluruh kelurga saya dan kawan2 disini TETAPI kami penyokong pakatan akan tetap undi calon pakatan di sini.

itu bezanya penyokong UG?/erpaduang dengan kami.
Kapten Zero said…
Semoga umrah dan ibadat tuan diberkati dan diredhai ALLAH hendaknya; Soal PAS ni kita perlu bincang bila masa terluang tapi perjuangan perlu diteruskan demi agama islam.
Unknown said…
YB.

Saya tinggal di bukit saga. PRU lepas undi PAS. Tapi sekarang rasa nyesal pulak. Sebab - dulu janji kalau pas bekuasa - nak tutup kilang arak kat negeri selangor. Tapi, kilang tu masih tegap berdiri. Terbuka selera masyarakat islam bila melintasi kedua2 kilang arak tu. Baunya harum - mesti sedap kan. Itulah yang akan berlaku kepada generasi muda. Kalau tak ley buat apa2, rasanya tak layaklah PAS memerintah. Dulu cakap, bagi dulu la, belum cuba belum tau. Tapi sekarang rasa nya PAS tak ley buat apa2. Lebih2 lagi bila bersekongkol dengan orang kafir.
Anonymous said…
Salam YB,
Saya sentiasa mendoakan agar YB sekeluarga dirahmati Allah. Saya sokong YB tak buat rayuan. Itulah yang terbaik.
Pada saya apa yang terbaik untuk pejuang Islam sekarang ialah dengan hikmah dan bijaksana iaitu dengan mempamerkan Islam sebagai Agama yang adil dan benar. Biar mereka mengakui apa yang dilarang oleh Islam itu benar dan apa yang dibawa oleh Islam itu adil.Soal kilang arak, saya nak tanya parti manakah yang mampu menyekat arak yang telah dikembang suburkan oleh pihak-pihak tertentu sekian lamanya? Apakah bijak kita terus mengambil pendekatan konfrontasi dengan memaksa tutup kilang-kilang arak yang pastinya telah didirikan sebelum tahun 2008 oleh pihak lain. Tetapi saya pasti bagi yang ikhlas undi YB pasal nak tutup kilang arak, tidak akan mengundi parti lain yang meluluskan pembinaan kilang tersebut atau yang masih membuka ruang kepada perjudian dalam kalangan masyarakat kita hari ini.
Unknown said…
Agaknya kalau Man undi BN kali ini bolehlah BN tutup semua kilang arak tu kerana selama ini memang cita-cita UMNO dan BN nak tutup semua kilang arak dan pusat perjudian di Malaysia ni.
harunn said…
Salam Man

kalau kamu nak tahu , itu Pas dulu , masa zaman Almarhum Ustaz Fadhil Noor , sekarang zaman petualang yang berjuang demi kuasa , apa saja boleh asalkan dapat memuaskan hati puak kapir
Anonymous said…
Salam YB

Saya amat berharap YB boleh terus kekal di Shah Alam untuk penggal yang akan datang. Sebagai ahli parlimen. Kami akan menyokong YB. Janji ikut 2 jalan. Allah / Rasul. Inshaallah. Ada jodoh kita berjumpa.
Anonymous said…
kepada semua penyokong YB KS, tak payahlah ungkit2 ttg kerajaan perpaduang dan tak payahlah ambil pendirian di belakang YB KS kononnya untuk mempertahankan daripada musuh YB KS dari dalam PAS. Sebenarnya tiada musuh sesama sendiri di dalam PAS sebaliknya musuh adalah dari luar PAS dan hasutan syaitan serta ajakan nafsu untuk berpecah belah telah berjaya mengharubirukan penyokong2 fanatik YBKS.
Alhamdulillah YBKS pun dah tak ungkit isu2 pecahbelahkan PAS tapi penyokong YBKS masih lagi mengapi2kan dengan menggalakkan permusuhan dengan kumpulan YBHA.
Sudahlah tu
PS-sapa yang minta maaf dulu YBKS atau YBHA....dialah yang terbaik
Anonymous said…
confirm khalid samad akan kalah pru 13..undi bukan melayu tak cukup..undi ahli pas macam tu je..tu belum kira yang anti erdogan..anti KS...kalau kalah..berjuang lah kejalan agama dengan cara yg lain...sebelum ni pun KS tak pernah menang bertanding pilihanraya..tak pun berakhir kehidupan..inilah dunia..teringat dalam parlimen..KS sindir Ibrahim Ali..next pru tak de dah dalam parlimen..kita tgk siapa yang kena..
Anonymous said…
Salam YB,
Nampaknya ramai yang merungut tentang tindak-tanduk YB yang KONONNYA akan kehilangan pengundi pada pilihanraya nanti.Sebenarnya melihat dari cara berhujah, saya dah tahu apakah fahaman sebenar mereka ini. Bak kata pepatah "sekilas ikan di air dah tahu jantan betinanya". Pada saya, dalam politik islam, tanggungjawab YB yang paling utama ialah kepada Yang Maha Pencipta.YB telah melaksanakan amanah dengan ikhlas dan tidak perlu takut pada ugutan manusia. Berlainan dengan politik sekular yang bertuhankan pengundi semata-mata. Apa yang YB lakukan adalah nak memberi mesej bahawa Islam itu cantik dan indah serta adil pada semua bukan nak memuaskan hati puak "kapir". Saya yakin jika YB gila kuasa dan pangkat sangat, dah lama dah YB boleh lebih kaya daripada apa yang YB kecapi sekarang.Tetapi YB lebih utamakan prinsip dan kebenaran yang dibawa oleh Islam itu sendiri.Namun bagi mereka yang sengaja enggan memahami keadaan ini, sengaja memberi alasan untuk menidakkan perkara yang benar.
Anonymous said…
Setuju KS akn kalah diGE ke 13,kalu berani cubalah bertanding kat Shah Alam sekali lagi.Orang SA sudah sedar yang KS bukan Keturunan orang Selangor.
Anonymous said…
Belum tentu lagi kalahnye, tengok di Johor pun da ada 2 kerusi PAS menang. Tak nampak ke? Ke memang buta.
YB KS, adalah calon PM masa depan. Tau tak!
Anonymous said…
Askum YB,
Tolong sampaikan salam saya kepada Dr Fauzan dan isterinya. Saya adalah bekas Pengarah Eksekutif Perkhidmatan Pengurusan UIAM (1997-2004). Lama tak jumpa dia. Wasalam.
Anonymous said…
Betul la...baru dua kt johor..KS pun br satu penggal kt parlimen..semua orang tahu..tak yah la riak..buat la kerja untuk kuatkan pas...bukan cakap2 saja.. siap kata KS calon PM tu..cepat sgt berpuas hati..patutla bergaduh sama sendiri..sebab apa..sebab rasa dah kuat...tengok la nanti pru13..kalau bn boleh hampir diperlingkupkan..apalah sangat KS.
man said…
http://aksidakwah.blogspot.com/2010/02/yb-khalid-dan-yb-dato-dr-hasan.html

mungkin yb akan pertimbangkan tulisan Dr Hamzah tersebu...
hj bakhil bin lebai kedekut said…
Kepada Anonymous February 14, 2010 2:43 PM

Bagus kalau adik beradik dan saudara mara saudara mengundi UMNO semula, sekurang-kurangnya talian hayat UMNO dapat disambung kembali. Walaupun UMNO ditolak rakyat pada PRU 12 yg lalu masih ada lagi orang yg mahu menghidu kentut yg dirasakan seronok dihidu.
Anonymous said…
Saya chadangkan KS bertanding Parlimen Kapar,sebabnya pengundi di sana berbilang bangsa.Tak macham Shah Alam majority orang melayu muslim.
Anonymous said…
YB KS janganlah susah hati kalau kalah next election pergi lari dari Malaysia dan jadi lecturer kat manamana.heee.
Anonymous said…
Harunn....

Abis tu.. 1Malaysia bukan ke sama dengan Malayan Union. So kalau cam gitu korang yang sokong UMNO sekarang ni ibarat menyokong Malayan Unionlah... and mengkhianati pejuang UMNO dulu yang memperjuangkan bangsa Melayu. Korang hulur keris sana sini sekarang, tapi apa lagi yang tinggal??? CUba kau pergi tengok artikel 153 perlembagaan berkaitan hak orang Melayu. Jelas tertulis pengajian orang melayu harus diberi biasiswa sepenuhnya... bukan PTPTN... Buta sejarah betul kau ni.

YB Khalid, don't worry kami sokong perjuangan parti..bukan sokong individu.
Anonymous said…
Salam semua.

Naik meluat pulak bila dengar nama PAS. Bukan nya PAS yg membuatkan korang menang. Kan kemenangan PRU12diperolehi oleh gabungan beberapa parti. YB KS adalah calon Parti PAS yang mewakili PAkatan Rakyat. Oleh itu, saya sarankan kepada semua yang taksub dengan Parti PAS, membuka minda anda supaya membawa PAKATAN RAKYAT selepas ini. PAS tak mampu nak lawan dgn UMNO. Mesti bergabung beberapa parti. Be natural everyone. and think forward. YB teruskan your mission and vision. TK
Cicit Hang Tuah said…
Salam...
Nabi s.a.w guna pemuda yg bukan Islam sebagai penunjuk jalan ketika Baginda s.a.w berhijrah ke Madinah. Tiada salahnya bekerjasama dgn orang bukan Islam dengan tujuan menentang kemungkaran, jenayah dan penganiayaan walaupun penganiayaan tersebut dilakukan oleh orang Islam sendiri.

Gerakan Islam....hati-hati dengan tali barut yang mungkin wujud dan menyelinap...
Anonymous said…
nak tutup kilang arak nak tutup kedai judi semua org blh janji. Tak payah pas UMNO pun blh tutup tapi MIC dan MCA nak minum x dpt kalu UMNO tutup, gitu juga kalau pas tutup DAP/PKR (bukan islam) juga x dpt minum. cakap tak serupa bikin ooo, udahlah jgn bnyk temberang!
Cicit Hang Tuah said…
umno-bn tiada langsung cita2 nak tutup apa2 yg bawa kepada kemungkaran. PR ada azam untuk tutup semua perkara mungkar. Kena amik masa lah sikit sbb byk berkait dgn undang2 negara yg terbukti undang2 tak selaras dgn Islam yg diamalkan.

Beri masa....PR sedang bergerak.... masa diperlukan untuk basmi kemungkaran yg telah puluhan tahun mengalir dalam negara ini...

ISTIQAMAH-TAJDID-ITQAN

Popular posts from this blog

Keadilan Saidina Umar Al-Khattab Terhadap Rumah Ibadah Agama Lain

Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengemukakan sebuah kisah dari zaman pemerintahan Saidina Umar Al-Khattab (r.a) untuk tatapan dan renungan tuan-tuan sekalian. Melalui pendedahan ini, adalah diharap sebahagian dari ummat Islam yang tidak memahami konsep keadilan Islam terhadap agama lain, akan sedikit sebanyak dapat memikirkan kembali sikap dan pendirian mereka itu. Kisah yang ingin dikemukakan adalah kisah Saidina Umar dan Kanisah (gereja) Al-Qiamah yang terletak di Quds. Kisah ini adalah petikan dari muka surat 114, kitab Itmam al-Wafa’ fi sirah al-Khulafa’ , tulisan as-Syeikh Muhammad bin al-Afifi al-Banjuri, Darul Ibnu Hazim. “Dan apabila masuknya Saidina Umar ke dalam kota, maka masuklah beliau ke dalam Kanisah (gereja) al-Qiamah, dan beliau duduk di ruang utama gereja tersebut . Setelah tiba waktu solat asar, maka berkata Saidina Umar kepada Patriach Kanisah tersebut, “Saya ingin mengerjakan solat.” Jawab Patriach: “Solat sahajalah di sini”. Tetapi Umar menolak cadangan

Video Tazkirah Ramadhan At-Taubah Ayat 31: Pendewaan Manusia

WaLlahu 'Alam   KHALID SAMAD

Kisah Raja Najashi

Semasa saya terlibat dalam usaha dakwah di UK satu ketika dahulu, kami mendapati bahawa ramai dari kalangan penganut Kristian tidak tahu bahawa Nabi Isa (AS) diiktiraf sebagai seorang Rasul oleh Islam. Begitu juga Nabi Ibrahim, Nabi Musa dan hampir kesemua para Nabi yang diiktiraf oleh agama Kristian turut diiktiraf oleh Islam. Kecuali kumpulan yang tidak diiktiraf Islam ialah ‘Nabi’ selepas Nabi Isa, termasuk penulis Bible yang digelar sebagai ‘Prophet’ oleh mereka. Apabila mereka didedahkan dengan maklumat ini, maka ianya boleh menyebabkan mereka ingin tahu apa yang dikatakan Al-Quran mengenai Nabi Isa dan menjadi satu titik tolak bagi mereka untuk mendampingi Al-Quran.