Skip to main content

Jazan, Saudi Arabia

Sekiranya ada yang sedar, beberapa minggu yang lalu, PM DS Najib telah berkempen supaya ahli perniagaan Malaysia datang melabur di Jazan, Saudi Arabia. Alhamdulillah saya bersama isteri telah pun selamat tiba di Jazan minggu yang lalu. Tetapi, ini bukanlah kerana cuba menyahut saranan PM, tetapi sememangnya telah pun di dalam perancangan sejak beberapa bulan yang lalu. Jazan merupakan sebuah bandar kecil yang sedang dibangunkan dengan pesat melalui wawasan Medinatul Iktisadiyyah atau Bandar Ekonomi Jazan.

Isteri saya akan bertugas di Universiti Jazan untuk memulakan ‘kuliyyah hasuub lit Talibat’ atau fakulti komputer bagi pelajar wanita sebagai satu usaha amal jariah dari pihaknya. Sememangnya inilah apa yang telah kami cuba usahakan semenjak tahun 2000 lagi, di mana pada tahun itu kami telah ke Jordan selama setahun. Isteri saya mengajar di Universiti Yarmuk Irbid dan saya belajar Bahasa Arab di Jamiah Zarqa' Ahliyya di Bandar Zarqa'. Selapas PRU tahun 2004 pula, kami telah ke Bahrain untuk tempoh setahun juga, di mana isteri saya mengajar di Universiti Bahrain. Saya pula berkesempatan mewakili sebuah syarikat Malaysia untuk mendapatkan projek di Bahrain, khususnya projek Bahrain Financial Harbour.

Bersama ini saya sertakan beberapa gambar pemandangan pelabuhan Jazan yang baru dibina. Sebelum saya kembali ke Malaysia, saya akan insyaAllah melakukan umrah, seterusnya ke Riyadh dan Dubai untuk bertemu rakyat Malaysia di sana bagi berkempen menjatuhkan UMNO/BN. Perjuangan diteruskan walau apa yang terpaksa diharungi. Kalau kita sakit kita, maka kita harus yakin mereka lagi sakit dari kita!



WaLlahu 'Alam
KHALID SAMAD

Comments

Anonymous said…
Syabas YB..

Teruskan usaha mu, semoga mendapat lindungan Allah sepanjang perjuangan mu dgn ISLAM..
Takbir..!!!


Nur
Anonymous said…
salam YB..
saya sentiasa sokong YB dalam memperjuangkan ekonomi selangor.
Anonymous said…
Does this mean that you will not be in Malaysia for a year (or 6 months maybe)? Hopefully not. PAS members still need you to voice out our voice.
Pemuda Islam said…
Assalamualaikum YB,

Jangan duk sana lama2 sangat..
Kami perlukan ketua seperti YB untuk menjatuhkan BN sampai hancur luluh.

Pemuda Generesi Islam Menolak UMNO dan BN.
karim said…
saya berdoa kesejahteraan kepada yb sekeluarga.kami di cawangan masih terasa pedih dengan keputusan jk disiplin yg amat berat sebelah dan tidak tahu realiti di bawah.

gombak.
Anonymous said…
syabas YB..
walaupun ramai yg anggap hukuman terhadap YB sgt berat,namun pada saya ia bukan titik noktah perjuangan ini.saya nampak YB lebih bersemangat.InsyaAllah,besar hikmah di sebalik keputusan itu.
saya doakan Yb dan Dato' PJ terus berada dalam perjuangan PAS..
ninGrat said…
salam Yb,
nampaknya saya masih belum mengenali Yb, alhamdulillah Shah Alam dapat Yb yang profesional...bertanggungjawab..semoga Allah sentiasa memberi rezeki yang murah pada Yb
Me? said…
"Kalau kita sakit kita, maka kita harus yakin mereka lagi sakit dari kita!"

Rasanya tidak elok sifat berdendam..does not match your belief
Anonymous said…
Bukan pendendam.. tp perumpamaan utk hancurkan UMNO. Seperti nabi katakan pada Ali, "jika hati fatimah (anak kesayangannya) sakit maka sakit jugalah hatiku".. inilah perumpamaan yg diberi bagi mengambarkan sesuatu situasi.. It does't mean Dendam

humaira2811
Matatech said…
"Rasanya tidak elok sifat berdendam..does not match your belief"

orang yg mengata orang lain berdendam orang itulah sebenarnya berdendam dan busuk hati.

YB teruskan perjuangan. Anak selangor menunggu. Selangor benci UMNO.
Anonymous said…
Salam sejahtera YB,
teruskan usaha murni yang di lakukan oleh YB. kami sentiasa bersama YB. Selangor negeri bertuah kerana mempunyai memimpin yang berkaliber seperti YB. Harap kalau boleh YB datang ke sabah untuk memberi ceramah serta suntikan semangat kepada pembangkang disini.
Anonymous said…
maka kita harus yakin mereka lagi sakit dari kita!"

dendam la tu.. tak sama dgn nabi..

btw, kem salam dkt org yg mengagumi Khalifah Umar AL-Khattab.. hehehe

- parti jahat, kato eh -
Kamal Lim said…
ini baru betul ...
kita kena bersatu jatuhkan Umno BN pd p/raya ke-13 ..
berselisih faham tu .. biasala ...
kalau x puas hati sesama ahli jamaah, jgnla guna blog tapi buatla laporan serta bg bukti pd lembaga disiplin ..
kan Islam dah ajar, musyawarahlah kamu dlm membuat tindakan ..
Anonymous said…
teruskan perjuangan. Cukuplah berbalah sesama sendiri.

Jika YB Ir Pak khalid tak puas hati, biar Allah tentukan kesudahan mereka..

YB lebih layak jadi PJ, tapi kepimpinan negeri. Tapi jawatan itu pilihan TG Presiden. akurlah...

Berpecah mudah, bersatu sukar sekali.

Terus terang, walaupun tak berapa menyukai sikap dan pendekatan YB, YB tetap pimpinan kami..

wan ziarah
pencatat said…
sekiranya engkau kesakitan, maka sesungguhnya mereka (musuh2) juga sama kesakitan sepertimu, sedangkan(bezanya) mereka tiada pengharapan kepada Allah sebagaimana kamu berharap kepadaNya....


'ala barakatillah Yb.
Anonymous said…
inikah yang dinamakan pejuang islam?dari tok guru smpai ke anak murid sama2 ganas.
sejadahburuk said…
akum yb.
dah la gaduh ngan datuk pj,nanti rosak jemaah.dema berdua sama-sama hebat,sama-sama buleh membangunkan pas sebagai gerakan islam yang di senangi.jadi pakat-pakatla bantu pas,jgn rosakkannya lg dengan kenyataan-kenyataan yg kami bimbang akn buat jemaah kita tergugat.sayangilah jemaah ini.budaya wala xsalah selagi ikut syariat,tghh dan tgna sama sama hebat..idea sama-sama ada.syura lah jalan penyelesaiannya...
Anonymous said…
kpd sam 1.2.10 @ 11.10pm

Itu bukan kalimah dendam, tetapi kalimah penyedaphati - kalau kita lapar, orang lain ada yg lebih lapar.
Junior Ranau said…
sejak dari dulu lagi kerajaan BN telah mentadbir Malaysia dengan penuh keikhlasan,kejujuran dan cemerlang dengan niat untuk memajukan Agama,Bangsa dan Negara.tapi malangnya niat suci tersebut tidak pernah dihargai oleh mereka yang buta mata dan hati.Umat Islam dari negara Islam yang lain inginkan kerajaan dan pemimpin seperti BN mentadbir negara mereka.Malaysia sebuah negara Islam yang pesat membangun dan INSYAALLAH Malaysia akan menjadi kuasa besar dunia untuk mewakili hak dan kepentingan ISLAM serta hak negara ISLAM dibawah pentadbiran BN!.AMIN!!!...

Popular posts from this blog

Keadilan Saidina Umar Al-Khattab Terhadap Rumah Ibadah Agama Lain

Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengemukakan sebuah kisah dari zaman pemerintahan Saidina Umar Al-Khattab (r.a) untuk tatapan dan renungan tuan-tuan sekalian. Melalui pendedahan ini, adalah diharap sebahagian dari ummat Islam yang tidak memahami konsep keadilan Islam terhadap agama lain, akan sedikit sebanyak dapat memikirkan kembali sikap dan pendirian mereka itu. Kisah yang ingin dikemukakan adalah kisah Saidina Umar dan Kanisah (gereja) Al-Qiamah yang terletak di Quds. Kisah ini adalah petikan dari muka surat 114, kitab Itmam al-Wafa’ fi sirah al-Khulafa’ , tulisan as-Syeikh Muhammad bin al-Afifi al-Banjuri, Darul Ibnu Hazim. “Dan apabila masuknya Saidina Umar ke dalam kota, maka masuklah beliau ke dalam Kanisah (gereja) al-Qiamah, dan beliau duduk di ruang utama gereja tersebut . Setelah tiba waktu solat asar, maka berkata Saidina Umar kepada Patriach Kanisah tersebut, “Saya ingin mengerjakan solat.” Jawab Patriach: “Solat sahajalah di sini”. Tetapi Umar menolak cadangan

Video Tazkirah Ramadhan At-Taubah Ayat 31: Pendewaan Manusia

WaLlahu 'Alam   KHALID SAMAD

Kisah Raja Najashi

Semasa saya terlibat dalam usaha dakwah di UK satu ketika dahulu, kami mendapati bahawa ramai dari kalangan penganut Kristian tidak tahu bahawa Nabi Isa (AS) diiktiraf sebagai seorang Rasul oleh Islam. Begitu juga Nabi Ibrahim, Nabi Musa dan hampir kesemua para Nabi yang diiktiraf oleh agama Kristian turut diiktiraf oleh Islam. Kecuali kumpulan yang tidak diiktiraf Islam ialah ‘Nabi’ selepas Nabi Isa, termasuk penulis Bible yang digelar sebagai ‘Prophet’ oleh mereka. Apabila mereka didedahkan dengan maklumat ini, maka ianya boleh menyebabkan mereka ingin tahu apa yang dikatakan Al-Quran mengenai Nabi Isa dan menjadi satu titik tolak bagi mereka untuk mendampingi Al-Quran.