Skip to main content

Isu JK Disiplin : Sebenarnya Orang Masih Sayangkan PAS [Dr. Hamzah]

Oleh: Dr. Hamzah Jaafar (TPJ PAS Negeri Pahang)

Dunia PAS mutaakhir ini sering bergelora. Ombaknya beralun dek kemenangan yang tidak diduga pada PRU12 Mac 2008. Kira-kiranya dah agak tenang selepas gelora UG tapi ramai yang meramalkan akan bergelora kembali selepas keputusan JK Disiplin PAS diumumkan. Ternyata ramalan tersebut menjadi kenyataan.

Ramai juga yang bertanya saya mengenai keputusan JK Disiplin tapi saya berdiam diri. Cuma.. bertambah ramai yang bertanya pandangan apabila mereka membaca luahan Abdullah Karim dalam blog. Orang bertanya saya mungkin atas dasar Pengerusi JK Disiplin adalah PJ Pahang dan Abdullah Karim juga Ahli Badan Perhubungan PAS Pahang merangkap Penasihat/Pengerusi Lajnah Undang-undang PAS Pahang(meletak jawatan pada 30.1.2010 kerana menemani isterinya di Scotland). Dan kebetulan saya pula diamanahkan sebagai Timbalan Pesuruhjaya PAS Pahang.

Saya hanya mampu berkata "hormatilah dan akurlah dengan keputusan JK Disiplin pimpinan Dato' Tuan Ibrahim (DATI) dan hormatilah jua pandangan Abdullah Karim, seorang anak muda yang mungkin suatu hari nanti amat berguna mewarisi kepimpinan parti".

Saya telah membaca luahan DATI dalam blognya. Ya.. DATI adalah seorang yang baik dan jiwanya lembut. Kalau beliau menyatakan bahawa pada awalnya beliau menolak amanah sebagai Pengerusi JK Disiplin maka sesungguhnya penolakannya itu saya yakin kerana jawatan itu tidak sesuai dengan jiwanya. Beliau memang seorang yang mudah mesra dengan semua orang hatta dengan kanak-kanak. Bagi saya menyerahkan tanggungjawab tersebut kepada DATI boleh dianggap satu yang tak wajar. Meletakkan sesuatu, tak kena pada tempatnya adalah zalim namanya. Tapi akhirnya amanah itu terpaksa dipikulnya jua mungkin atas kapasitinya sebagai Naib Presiden.

Saya mengenali DATI sejak kecil. Kami sekampung dan pernah berada satu sekolah tapi berpisah bilamana saya menyambung ke Al Azhar, beliau ke UKM. Rumah beliau depan rumah saya. Bahkan kami ada pertalian keluarga menerusi perkahwinan. Jadi..hubungan kami boleh dikatakan rapat. Sebab itu saya berani bercakap 'sikit-sikit' mengenai dirinya.

Apabila beliau diamanahkan supaya mengadili kes Dato' Hasan Ali dan YB Khalid Samad, dalam hati saya berkata 'Kesian kat DATI'. Tentu beliau sukar untuk berdepan dengan dua insan tersebut kerana seorang daripadanya adalah rakan dalam Forum Perdana dan seorang lagi sahabatnya. Saya pernah juga melontarkan kepada sahabat yang lain kenapalah PAS tidak memilih orang yang berkecuali untuk menjadi Pengerusi JK Disiplin yang terdiri daripada veteran parti seperti Ust Hasan Syukri, Dato' Mutalib Embong, Dato' Umar Muhamad dan seumpamanya. Rupa-rupanya perlembagaan PAS mensyaratkan Pengerusi JK Disiplin mesti dari kalangan AJK PAS. Maka saya amat bersetuju dengan cadangan DATI agar Pengerusi JK Disiplin diambil dari orang luar daripada AJK PAS Pusat. PAS Pusat kenalah segera buat pindaan perlembagaan.

Atas dasar pengetahuan saya tentang sifat DATI maka saya amat bersimpati pada beliau yang menjadi 'objek' serangan rasa tidak puas hati pencinta PAS terhadap keputusan JK Disiplin dalam kes Dato' Hasan Ali & YB Khalid Samad. Saya yakin keputusan itu bukan keputusan beliau seorang. Semestinya keputusan yang telah disepakati oleh JK yang lain. Tapi... adab beroganisasi maka baik buruk akan dipertanggungjawabkan pada ketua.

Kadang-kadang anak jahat, ayahlah yang dipandang buruk. Anak baik dan cemerlang ibubapanyalah yang dipandang mulia. Pencapaian cemerlang pelajar dalam peperiksaan SPM dan seumpamanya akan menyebabkan nama pengetua akan dijulang sedangkan yang bertungkus lumus mempastikan kejayaan itu ialah guru-guru dan anak murid yang akan mengambil peperiksaan. Bahkan akan memberi kredit kepada pengetua untuk cepat naik pangkat. Sebab itu di negara bermaruah seperti India, Jepun dan seumpamanya, kereta api tergelincirpun pasti menteri yang bertanggungjawab akan meletak jawatan. Padahal menteri tak reti pun hal kereta api. Tengok keretapi pun seram macam tengok hantu. Tapi dah keretapi tergelincir kerana hujan atau drebarnya cuai maka ketuanyalah yang dipersalahkan.

Dalam kes ini saya yakin DATI telah bersepakat dengan JK yang lain untuk memutuskan begitu. Sepanjang saya terlibat dalam Anggota Badan Perhubungan PAS Negeri Pahang (BPPNP), saya sempat melalui 2 kali pilihanraya (2004 & 2008).

Semasa era DATI jadi PJ, saya dan anggota BPPNP amat berpuashati apabila semua calon-calon diputuskan bersama oleh Anggota BPPNP. Bahkan seingat saya lebih dari 3 kali dibuat semakan dan pindaan setiap calon yang akan bertanding dalam pilihanraya 2008 tempohari. Sedangkan sebelum ini mengikut 'orang lama', pemilihan calon biasanya diputuskan oleh pimpinan tertentu sahaja. Ini menunjukkan DATI cukup berhati-hati dalam membuat keputusan yang melibatkan jamaah.

Walaupun keputusan dibuat secara 'bersama' dengan JK yang lain namun DATI tak terlepas dari serangan oleh mereka yang tak berpuas hati. DATI kena menerima hakikat bahawa itulah nasib menjadi ketua.

Menyedari hakikat bahawa ketua akan dipuji atau dikeji bila membuat sesuatu keputusan maka ketua seharusnya menggunakan sedikit kuasanya untuk mengemukakan pandangannya sebelum membuat apa-apa keputusan. Mungkin kesilapan kerana tidak 'menjatuhkan hukuman yang berat' lebih baik jika dibandingkan dengan 'menjatuhkan hukuman yang berat'meskipun ianya betul.

Dalam kes ini, saya dapat rumuskan bahawa ramai yang tidak puas hati dengan keputusan JK Disiplin kerana mereka yang dilihat menggongcangkan Pakatan Rakyat, dikenakan hukuman ringan manakala yang cuba memperkemaskan hubungan PR dikenakan hukuman yang berat. Sedangkan Tok Guru Nik Aziz pula memandang berat kes ahli atau pimpinan PAS yang cuba hendak melemahkan PR sehingga beliau mencadangkan EGM diadakan. Tok Guru kelihatan tegas terhadap mana-mana ahli atau pimpinan yang mengkhianati ikatan PR. Ketegasan beliau boleh dilihat apabila Tok Guru menunjukkan kepada 3 pemimpin supaya dibei perhatian dan diambil tindakan (tak perlu disebut namanya). Tegas Tok Guru ni samalah dengan tegasnya Allah swt terhadap orang yang berdosa terhadap hambanya yang lain. Allah swt boleh berlembut bila melihat kepada dosa hamba denganNya. Tapi... Allah swt tidak boleh bertolak ansur bila hambanya mempunyai kesalahan dengan orang lain. Artinya kesalahan ahli dengan rakan dalam PR (orang luar) adalah lebih besar jika dibandingkan dengan kesalahan ahli dalam partinya sendiri.

Kegagalan menjaga erti 'setiakawan' dalam PR akan memberi impak negatif yang besar kepada PAS. Orang akan kata PAS tidak boleh dipercayai. Oleh kerana PAS membawa imej Islam maka Islam akan turut sama tercemar dan kelihatan hodoh.

Fenomena ketidakpuasan hati ini menjadi lebih hangat apabila Abdullah Karim menulis. Bagi saya..tindakan beliau dan siapa jua yang menegur dan mengkritik PAS, sebenarnya melambangkan betapa sayangnya beliau dan mereka-mereka itu kepada PAS. Kritikan dan teguran masakini pula amat sukar untuk diasuh dan di'etika'kan kerana zaman telah berubah. Dulu orang tegur 'depan-depan'. Tapi... sekarang lain. Zaman sekarang adalah zaman internet, zaman orang menegur dengan jari yang diketuk pada laptop atau komputer lalu terus keluar di dalam blog lantas menembusi alam maya sampai ke Mexico, Jepun, Algeria, Mesir, China, India dan seumpamanya.

Cumanya.. kita harus memandang kepada potensi anak muda yang bernama Abdullah Karim. Setahu saya beliau orang yang tiada berkepentingan dalam parti. Pada PRU Tahun 2008, saya selaku YDP PAS Jerantut mewakili PAS Kawasan Jerantut telah menawarkan kepada beliau untuk bertanding di DUN Tahan (DUN yang mana PAS pernah menang pada 1999) namun beliau menolak walaupun ayahnya adalah seorang guru yang dikenali di DUN tersebut. DATI yang mewakili BPPNP juga pernah menawarkan kepada beliau untuk bertanding di Parlimen Temerloh dan beberapa tempat yang lain tetapi beliau tetap juga menolak.

Jadinya... kritikan beliau saya anggap satu kritikan yang datang dari seorang yang sayangkan PAS dan beliau harus diberi perhatian dan asuhan agar ia menjadi pemimpin PAS di masa akan datang. Janganlah menganggap beliau seperti buah kelapa yang busuk seperti yang disebut oleh seorang pemimpin Dewan Pemuda.

Walau apapun, saya ingin mengesyorkan agar dapatlah kiranya 'Orang Tua' dalam parti yang bertaraf ulama' mendamaikan dan mengharmonikan suasana yang menyempitkan dada ini. Bukankah kita menyatakan Islam adalah penyelesaiannya. Kalau ini pun kita tak mampu nak selesaikan maka apakah Islam yang tak lengkap atau kita yang tak cekap.

Mudah-mudahan Allah swt menyelamatkan PAS dari terus menerus dilanda fitnah dalaman.

Dari blog Kemurnian Dakwah
-Pejabat YB Khalid Samad-

Comments

Ampatuan Jr said…
YB.Khalid,
Benar ramai orang sayangkan PAS.Tapi itu dulu,waktu PAS benar2 berwadahkan Islam.Tapi sejak 2008 PAS dah tak semacam dulu.PAS dah jadi begitu sekular hingga membolehkan apa yg dulu sangat tak boleh padanya.Gelagat para pemimpin PAS dan tak ubah mcm UMNO,kepentingan Islam dan perpaduan Melayu/umah dah tiada erti lagi pada pemimpin PAS kini.PAS dah lupa daratan,dah terlalu jauh menyimpang.Para pemimpinnya dah pandai cantas (cah keting kata TGNA)Provokas pemimpin PAS telah menghalalkan para pengikut tegarnya memaki hamun dan memfitnah orang lain sewenang-wenangnya.Saya akui PKR pun bukanlah sebaik mana,tapi mengapa PAS yg berlandaskan ugama suci ini terus dipersundalkan untuk kepentingan sempit segelintir pemimpinnya yg berfikiran jumud? Ya ALLAH kembalikan lah parti PAS ini kpd jalan yg benar demi ugama ku!
Anonymous said…
..."org lebih tua" perlu campur tangan dan selesaikan permasalahan ini. Ianya, mengundang kelunturan thiqah ahli bawahan kepada pemimpin atasan...

Sangat terkesan.. selepas detik jam 11.50mlm 5.02.10 di Intekma resort.
Amat mengewakan..

humaira2811
anak muda shah alam said…
lebih baik tak datang pun tak pa,kalau lah dengan isu besar macam ni presiden seolah nak main sandiwara aja,ada kah patut ahli2 Pas yang tunggu dari maghrib hingga jam 11.35 baru presiden sampai,kemudian selepas sepuloh minit berucap suruh tutup majlis,hampa dan kecewa para pendokong Pas s alam .Kelab penyokong yang kemuka soalan tanya kita lepas program ,why the presiden did not answer my question?solan dpp dan dmsa langsung tak terjawab!Hampassss!Ada budak2 rock berkata kalau macam ni la sikap pimpinan lebih baik kita pi lalok lagi bagus.ada kah patut sebahagian peserta baru dok tengah catat nak beri pandangan,tiba2 baca tasbeh kifarah,sampai ada yang tak mau bangun dari tempat duduk seolah tak puas hati,nasib seorang anak muda datang ,la apa ditunggu lagi ni kan dah tutup majlis?GO ON YB KHALID YOUR NEVER WALK ALONE! TERUSKAN YB KHALID,ANDA TETAP DIHATI KAMI,ANDA BERUMUR TAPI JIWA ANDA MELEBIHI KAMI ANAK2 MUDA SHAH ALAM,KAMU IDOLA PERJUANAGN KAMI UNTUK TERUS BERSEMANGAT MELAWAN UMNO DAN JUGA MENEGUR APA JUA YANG TIDAK BAIK DALAM JAMAAH.ISLAM YANG ANDA YAKINI LEBIH TEGUH DARI KETUA PEMUDA ,PENERANGAN, PAS PUSAT.
HANCURRR UMNO,UG DAN TALIBARUT UMNO DALM PAS.ALLAHUAKBAR,CEPAT BALIK KAMI MERINDUI KEPIMPINAN ANDA.
Abu Razeen 2 said…
kpd dr hamzah,

slps baca tulisan Datik T.I dlm blog ini, sy hanya boleh berharap agar abdullah karim tak masuk umno selepas ni...............
harunn said…
Salam

Saya sokong apa yang diperkatakan oleh Ampatuan diatas tu

memang betui Pas sekarang tak macam dulu , dulu kalau ada ceramah Pas saya tak lepaskan peluang pegi , boleh Takbir kuat2

sekarang kalau ada , semangat dah berkurangan la , sebab apa , kadang ceramah tu bercampur dengan dap dan pkr , camna nak takbir kalau cina dan india kat kiri kanan

berkenaan pas dulu dan sekarang , Pas dulu betul 2 berjuang untuk Islam , sekarang ni berjuang untuk rakan2 pakatan hingga sanggup mengetepikan Islam

dah tak boleh sebut tubuhkan negara Islam lagi , takut nanti rakan kongsi terasa pula , kalau sebut nanti ada la sms sampai atau email yang sampai suruh tarik balik

lagi teruk ,ada pemimpin tu sanggup biarkan kalimah allah digunakan oleh puak kapir

kalau tak sokong nanti , apa pula kata penyokong dia yang berbilang agama ye tak

malah pemimpin pkr pula berjuang utnuk Islam berbanding pemimpin Pas sendiri
Anonymous said…
salam

nama pun ampatuan jr...
patut komen macam bau kentut saja...busuk!
pemuda shah alam said…
Orang seperti Khalid inilah yang menyebabkan PAS jadi macam ni... perlu nyahkan dari PAS...
Anonymous said…
nampak mcm back up ketua.

tak pelah yg penting pimpinan kena main peranan

pada yg muda jgn laju sgt dan bhati2

ikut cakap ketua dan bpada2

tumpu praya dan kjsama PR

yg penting UG ditiadakan tp juari isu bantu rakyat
aku dr amin said…
semua orang sayangkan PAS. insya Allah. sokong yb 100%
Lebah PAS said…
Tuan-tuan yang mulia,

Dr. Hamzah tulis,"Saya telah membaca luahan DATI dalam blognya. Ya.. DATI adalah seorang yang baik dan jiwanya lembut. Kalau beliau menyatakan bahawa pada awalnya beliau menolak amanah sebagai Pengerusi JK Disiplin maka sesungguhnya penolakannya itu saya yakin kerana jawatan itu tidak sesuai dengan jiwanya."
TITMpun ada tulis yang dia rasa tak sesuai jadi pengerusi JK disiplin, jiwa LEMBUT.
Mai sini aku nak balun sikit.....
Kalau tak sesuai jadi JK Disiplin, habis nak jadi Naib yang takda portfolio lah, jawatan besar tapi tak ada tugas. Sekadar nak jadi EXOFFICIO ke, satu jawatan yang tak ada apa-apa erti masa aku kat Universiti dulu. Besar bunyinya, macam Naib Presiden, tapi penakut, tak ada fungsi. Gitu ke? Itu namanya tak amanah. Dulu siapa yang suruh sibuk-sibuk nak bertanding jawatan Naib, dah jadi YDP Kuala Krau, dah ada jawatan PJ Pahang. Cukuplah tu, buatlah kerja betul-betul untuk pastikan PAS Pahang menang. Ini tidak, berebut-rebut nak jawatan, sedangkan yang dah ada tak terlarat nak dipikul. Sebijik macam dalam kesah Isra dan Mikraj Nabi, dah tak larat pikul, tambah beban lagi.
Ahli kena ingat bahawa pemilihan AJK PAS yang terbadu, Dato Mustapa Ali, ada keluarkan kenyataan yang masa itu setiap calon perlu isi borang dan kemukakan kepada SPR PAS sebelum tempoh tertentu walaupun ada pencalonan dari kawasan-kawasan, tidak macam dulu-dulu. dulu calon tak tahu dia dicalonkan oleh siapa. Kali yang terakhir, calon sendiri yang isi borang NAK BERTANDING! Maknanya jawatan nak, tapi tanggungjawab tak nak pikul, buatlah alasan jiwa lembut, tak sampai hati dan sebagainya. Habis nak jadi apa?
Nak jadi macam Mursyidul Am Ke? Tak paham aku.
Kalau benda seremeh ini tak boleh selesai, tak tahu nak bertindak, ahli2 akan faham bahawa geng-geng UG ini tahu nak jawatan saja, nak cepat jadi menteri sedangkan kerja tak tahu apa.
Bukan masalah jiwa lembut, yang masalahnya orang yang cetuskan huru-hara dalam pati Hassan Ali kena surat amaran je, yang mempertahankan pendapat Mersyidul Am suruh buat EGM, jaga PR kena 6 bulan. Itu Je. Ahli2 jadi pening. Pulak-pulak tulis dalam blog suruh ambil tindakan pulak pada Abdullah Karim. Yang Ketua Pemuda pulak cakap dalam setandan ada 2,3 biji yang busuk. Biji siapa yang busuk, aku rasa biji ketua pemuda yang busuk atau tak ada biji langsung!
Sikit-sikit pecat, disiplin, gam. Langsung tak boleh kritik. Padahal hari-hari dalam ceramah dok kritik orang lain, kena tang kita, wow melenting. Jiwa lembut dah jadi keras!
Ahli-ahli buat masa ini memerlukan seorang pemimpin yang berjiwa besar seperti TGNA, selalu berkata benar walaupun orang tak suka. Masa TGNA syorkan EGM, uuuuuuu, semua tak setuju, Salahuddin hok dok merempat di Kubang Kerian pun tak setuju. Sedangkan TGNA dah boleh bayangkan ini kesudahannya, dan kami ahli2 bawah inipun dah boleh agak keputusan JK disiplin. Sebab kami dak nampai iras-irasnya yang TITM tak mampu.
Bagaimana nak jadi pemimpin yang tahan diuji ni, patutpun Dato Nan tak risau apa-apa bilamana TITM jadi Naib.
Ahli2 ahli mengharapkan seorang penyelamat segera muncul untuk memperbetulkan keadaan, itu saja.
sebelum ahli2 dan rakyat yang jadi HAKIM masa PRU13 nanti.
aku rasa Khalid Samat pun jiwa lembut juga, kalau tak tentu dia melenting.
Khalid adalah idolaku.
terima kasih
Anonymous said…
mengapa khalid samad yang terpakse menerima hukum yang lebih berat.ini seolah2 mengatakan bahawa beliau tidak benar2 Pas dari hassan ali.saya terkenangkan masa dahulu ketika mana hassan ali sedang enak dibuai dunia glamour di televisyen dimanakh khalid samad kalau tidak bergelut dengan polis.khalid bermatian pertahankan Pas ini.beliau la hero berbanding hassan.sedangkan org yang mahukan UG dgn UMNO dapat hukuman yang ringan.keadilan apa ni.kami membangkang segala usaha berbaik ngan UMNO dan menyokong penuh khalid yang akan mempertahankan Pas ini tidak kira walaupun yang ingin bersatu ngan UMNO TP,SUA,PJ hatta Presiden pun.
mohd ali ismail said…
YB Khalid, Perbizaan pendapat dan perbalahan dalam sesuatu keluarga kerananya tak bolih dielakan.Pendapat YB Khalid tu banyak yang berpendapat serupa dengannya,bolihdigunapakai dalam majmuk berbilang kaum dan ugama seperti Malaysia ini.Pada saya kemelut ini sihat asalkan ahli tidak melatah dan melumpat tak tetu arah.
Anonymous said…
Dr Hamzah,

PAS menghadapi masalah besar bila penyokong tidak mempunyai keyakinan lagi terhadap pemimpin. Jawatankuasa Disiplin dilantik oleh Jawatankuasa Pusat PAS. Kalau ahli tidak yakin dengan keputusan Jawatankuasa Disiplin, samalah dengan tidak menghormati Jawatankusa Pusat, termasuk Presiden.

Sebenarnya, Mursyidul Am PAS sendiri yang MENGAJAR ahli tidak menghormati Presiden, Timbalan Presiden, Setiausaha dan Jawatankuasa Pusat dengan beberapa tindak-tanduknya sebelum ini.

Sekarang, Mursyidul Am cadang PAS duduk bincang dengan UMNO tentang Islam. Apakah Mursyidul Am dah rujuk kepada Presiden dan Jawatankuasa Pusat PAS sebelum buat kenyataan tersebut? Apa jadi kalau Presiden PAS tak setuju? Apa kata kalau Husam tak setuju? Apa kata Khalid Samad tak setuju?

Selagi PAS menyempang dari perjuangan Islam, PAS sedang menuju kehancuran. Ahli-ahli PAS mula hilang semangat, dan akan secara senyap menyepi dari aktibiti PAS, malah berhijrah ke parti lain.
veteran pas selangor said…
saya amat menyokong anon 5.39

presiden dan geng perpadunag/UG silap besar,bukan hanya ahli muda(kecuali pemuda pusat),kamiveteran PAS pun menyokong YB khalid dalam usahanya pertahankan pas dari di hancurkankan PAS oleh puak yg mempunyai kuasa ini yg mendapat lantikan dr presiden.
Daftar syarikat said…
Salam warisantmk,

Tak kiralah siapa. Samada presiden, TP, SUA, PJ atau ahli biasa - semuanya tertakluk kepada keputusan muktamar?

Sekarang, siapa yang menyanggah keputusan muktamar?
Khairi said…
Dr Hamzah,

saya dah tulis komen dalam blog YB Dr Mariah. Sekali lag saya tegaskan, bukan soal ikhlas yang dipertikaikan disini, tetapi keputusan yang diambil TITM tidak menampakkan kematangan dalam menilai isu politik semasa. Atau anda semua tidak mahu perintah Malaysia? kalau begitu bolihlah anda lupakan PR & pilihanraya.

sebaimana yang diusulkan ramai orang, TITM sepatutnya memberi penjelasan kepada kita semua akan asas hukuman-hukuman diberi kepada KS & HA, bukan bermain dengan isu "ikhlas".
Mr. Smith said…
Khalid,
If I were you I will not appeal. Let them do what they like. Hang your Disciplinary Board which does not know the meaning of justice. Hasan's 'crime' is much more serious than yours. Yet he got off with a tap on the wrist.

You just carry on with what you can do as a person. Speak out your opinions because you are God's witness.
You don't owe these mortal being anything.
Life is short. Hold on to your principles and honour and hang all those jawatans.
You have lost nothing. You stand tall as a righteous man. That's what matters. God bless you.
pas caw di shah alam said…
woi warisantmk,suara anda macam suara orang yang di lantek oleh ydp shah alam pegang jawatan ajk shah alam jer? tak yah la nak selindung,puak ni sama lah dengan abdulah ubai kerana cuma berani kutuk ydp di belakang,insaflah tak yah lah nak sms bukan2 kerana sebahagian sms mengutuk pimpinan yang anti ug kami simpan untuk di timbulkan dalam muktamar pas kawasan akan datang,tunggulah dan jawab lah nanti! Pd yb khalid teruskan,jadikan peristiwa ABDULLAH BIN ZUBAIR sebagai contoh dalam mempertahan kan kebenaran,walau terpaksa melawan panglima hajaj yusof as saqofi yang terkenal dengan kezalimannya.Kami nak anta juga rasmi mesyuarat agong kami atas kapasiti anda sebagai Ahli Parlimen Shah Alam.
Anonymous said…
Way to go YB..
Objektif YB dah terserlah, ramai org nampak dan faham kenapa YB membuat tindakan Media.. Ramai yg dah tahu tembelang semua pihak.. Dah tahu mana benar mana salah.. dan membangkitkan JIWA Pemimpin MUDA utk berkembang menerajui PAS..

Teruskan YB, kami sokong..!!!


humaira2811
Vincent said…
Soalan saya yg tak terjawab:-kenapakah pesuruhjaya Pas sgor tidak pernah mengeluarkan kenyataan menyokong masyarakat bukan islam ketika isu kepala lembu & isu kuil sek23. Hanyalh ydp s.alm yg lantang mempertahankan kepentingan masyarakat bukan islam walaupun teruk dikutuk & dikritik oleh org2 umno. So soalan saya ialah, suara manakah yg mewakili Pas pusat? Suara ydp atau suara DATO pesuruhjaya ?
pemuda shah alam said…
memang patutpun Khalid samad kena gantung... kalau ikut aku, boleh blah je dari PAS... menyusahkan... Orang yang bongkarkan rahsia parti kepada pihak musuh ko nak jadikan pemimpin... ntah dapat tarbiah dari mana??? lupa plak naqibnya khalid, patut jadi macam tu... gila meroyan je... MENGAPA TUDUHAN KPD HASAN ALI TIDAK DIBUKTIKAN??? puak2 yg nak jahanamkan PAS, jawab skrg??? kalau ko tak jawab, memang sah selama ni khalid adalah pemFITNAH... ko sokong Khalid, maknanya ko adalah kaki FITNAH... tnggulah masanya, pasti akan hancur...
Unknown said…
PAS dah jadi PARTI ASOBIYAH!
pemimpinya mementingkan survival semata mata
lah said…
SABAR WAHAI UMAT ISLAM SEMUA TERMASUK SAYA, SELALULAH BERMUNAJAT DI DINI HARI DGN SEBENAR IKHLAS, BERMUHASABAH(BERSIHKAN DIRI), BERTAUBAT DAN MEMOHON BANTUAN DAN REDHA ALLAH JUA.
INILAH KEKUATAN DIRI UMAT ISLAM SEBAGAIMANA UMAT ISLAM GAZA.
Dagang said…
Ceritanya senan sahaja.Keputusan berdasarkan hujah. kalau Dr HAmzah jd pengerusi JK disiplin pun mesti sukar utk membuat keputusan, krn kptusan berdasarkan hujah yg diberi.

Tp membaca kpd pandangan Dr Hamzah jelas beliau kelihatan bias terhadap seseorang..

Adakah benar Dato' Hasan Ali perlu dikenakan tindakan tegas?nak menghukum seseorang hanya perlu sekadar dgn hujah persepsi?perlu ke menerima maklumat dr org fasik?perkara2 tersebut diambil kita sblm kita menjatuhkan hukuman,bukan berdasarkan andaian anda yg jelas bencikan Dato'Hasan..

Nota: Dr Hamzah perlu menjadi pendamai, bukan pencetus budaya syaitan terhadap ahli-ahli PAS>
Anonymous said…
pemuda shah alam,

kamu tu patut belah dr pas, kami ahli pas sokong YB khalid samad! yg hasan ali, nasha, roslan sms buat perjumpaan dgn blogger amno tu tak dedah rahsia parti???
pemuda shah alam said…
Wahai penyokong Khalid Samad... Apasal ko tak adukan kat JK DIsiplin... apasal ko tak bawak berbakul2 bertan2 lori sampah bukti kpd JK DIsiplin??? BAWA DAN BUKTIKAN KPD JK DISIPLIN... ini melalak satu dunia tapi hampes, tak berguna... cakap tin kosong... melalak dalam blog tapi penakut nak mampus depan JK Disiplin... inilah fanatik membabi buta puak2 penyokong khalid samad...
suara muda penyokong pas/pr celik said…
salam...
dari kemelut ini, saya mencadangkan beberapa perkara dibawah.sebelum itu,pemimpin pas pusat hendaklah bersikap terbuka dan berfikir panjang agar pas+pr dpt pergi lebih jauh dan tidak bergelimpangan dlm pru akan datang.sudah nampak bunga2 mementingkan diri sendiri pemimpin atasan sendiri baik dipusat atau negeri..

1.sudah tiba masanya PAS memikirkan perlantikan PJ hendaklah datang drp negeri sendiri dan bukan perlantikan presiden. Hanya org dicawangan yg lebih mengetahui perangai PJ masing2..

2.Di samping itu, perlantikan ajk pas pusat hendaklah lebih ramai dari negeri yg dimenangi pas/pr krn ini mengambarkan rakyat mahukan kepimpinan mereka

3.Kepimpinan pas pusat hendaklah diwakili lebih ramai golongan muda.kenapa perlu re-cycle SU Agung contohnya seolah tiada golongan muda yg mampu buat kerja ini.

4.perlu dibuat KPI secepat mungkin pd setiap PJ apa program2 yg betul2 merakyat yg mereka buat dan berapa kawasan/cawangan2 yg mereka telah santuni sejak kemenangan mac08?

5.perlu ada program tarbiyyah wajib pd pemimpin pas pusat sendiri krn bukan semua menerima tarbiyyah asli pas..ada yg dulunya umno tegar dll dan baru masuk pas setelah era reformasi/fathul mekah..sudah tentulah semangat juangnya tak sehebat org berjuang sebelum fathul mekah.biar mereka tau hanya amal yg ikhlas walau sedikit diterima Allah,budaya menghormati syura/muktamar

6.pimpinan pas seharusnya jgn takut mengenepikan pimpinan tua yg khianat pd parti krn ramai lagi pejuang di bawah yg tidak mendapat habuan exco dll lebih hebat pemikirannya dan taqwanya pd Allah,insyAllah.

Popular posts from this blog

Keadilan Saidina Umar Al-Khattab Terhadap Rumah Ibadah Agama Lain

Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengemukakan sebuah kisah dari zaman pemerintahan Saidina Umar Al-Khattab (r.a) untuk tatapan dan renungan tuan-tuan sekalian. Melalui pendedahan ini, adalah diharap sebahagian dari ummat Islam yang tidak memahami konsep keadilan Islam terhadap agama lain, akan sedikit sebanyak dapat memikirkan kembali sikap dan pendirian mereka itu. Kisah yang ingin dikemukakan adalah kisah Saidina Umar dan Kanisah (gereja) Al-Qiamah yang terletak di Quds. Kisah ini adalah petikan dari muka surat 114, kitab Itmam al-Wafa’ fi sirah al-Khulafa’ , tulisan as-Syeikh Muhammad bin al-Afifi al-Banjuri, Darul Ibnu Hazim. “Dan apabila masuknya Saidina Umar ke dalam kota, maka masuklah beliau ke dalam Kanisah (gereja) al-Qiamah, dan beliau duduk di ruang utama gereja tersebut . Setelah tiba waktu solat asar, maka berkata Saidina Umar kepada Patriach Kanisah tersebut, “Saya ingin mengerjakan solat.” Jawab Patriach: “Solat sahajalah di sini”. Tetapi Umar menolak cadangan

Video Tazkirah Ramadhan At-Taubah Ayat 31: Pendewaan Manusia

WaLlahu 'Alam   KHALID SAMAD

Kisah Raja Najashi

Semasa saya terlibat dalam usaha dakwah di UK satu ketika dahulu, kami mendapati bahawa ramai dari kalangan penganut Kristian tidak tahu bahawa Nabi Isa (AS) diiktiraf sebagai seorang Rasul oleh Islam. Begitu juga Nabi Ibrahim, Nabi Musa dan hampir kesemua para Nabi yang diiktiraf oleh agama Kristian turut diiktiraf oleh Islam. Kecuali kumpulan yang tidak diiktiraf Islam ialah ‘Nabi’ selepas Nabi Isa, termasuk penulis Bible yang digelar sebagai ‘Prophet’ oleh mereka. Apabila mereka didedahkan dengan maklumat ini, maka ianya boleh menyebabkan mereka ingin tahu apa yang dikatakan Al-Quran mengenai Nabi Isa dan menjadi satu titik tolak bagi mereka untuk mendampingi Al-Quran.