Skip to main content

Hati-Hati Pas Jangan Sampai Rakyat Meluat Kepada Kita [Hanipa Maidin]

Oleh : Mohamed Hanipa Maidin (Peguampas)

Tidak cukup dengan keputusan jawatankuasa disiplin yang memeningkan kita dan menjadi bahan ketawa abad ini, kini timbul semula isu muzakarah PAS dengan Umno.

Sekejap ada sekejap timbul. Sekejap ada sekejap timbul. Apa lagi kalau bukan muzakarah PAS dan Umno ? Sekejap UG, sekejap muzakarah. Sekejap muqabalah. lepas ini apa pula, kita pun tidak tahu. Saya yakin rakyat dah muak dengan isu ini. Jika saya tidak bersama PAS, sudah tentu saya orang pertama yang paling muak dan meluat dengan isu ini dan muak kepada kedua-dua parti politik yang membangkitkan isu ini.

Saya tidak boleh tegur Umno sebab dia bukan parti saya. Tapi saya ingin tegur pemimpin PAS. Kenapakah mereka tidak serik-serik membangkitkan isu ini sedangkan tiada angin tiada ribut. Bukankah lebih baik kalau kita gunakan pemikiran kita untuk perkuatkan Pakatan.

Saya rasa terpanggil ingin menegur pemimpin PAS tidak kira setinggi mana pun jawatan mereka dalam parti. Biarlah orang PAS marah saya daripada rakyat marah kepada PAS dan menghukum PAS selepas ini.

Cukuplah bangkitkan apa sahaja isu yang rakyat boleh hidu bahawa PAS dan Umno cuba nak berbaik. Takkan kita masih tidak kenal UMNO ! UG ke atau muzakarah ke bagi rakyat yang dah meluat dengan Umno , PAS dilihat sentiasa memberi nafas kepada Umno jika isu UG atau muqabalah atau muzakarah dibangkitkan.

Meluat rakyat ada hadnya. Jangan sampai PAS berani-berani menghampiri had itu. Jika rakyat meluat kepada kita, jangan marah mereka marahlah kepada diri kita sendiri !!!

Sumber: Peguampas
-Pejabat YB Khalid Samad-

Comments

tv0n9 said…
wahai tuhankami bantulah kami dlm menghadapai kemelut luar dan dalam jemaah islam
pemuda shah alam said…
Puncanya khalid samadlah... puak2 nilah yg jadi punca Pas jadi macam ni...
Anonymous said…
Pls read Harakahdaily's "Nik Aziz offered discussion on religion, not unity govt" by Wong Choon Mei. UMNO leaders have twisted & turned everything for their own benefit. Hati-hati semua jangan sampai masuk perangkap!
Anonymous said…
kepada peguampas yang selalu kalah kes kat court,
ahli PAS juga adalah sebahagian rakyat Malaysia. dan kebanyakannya meluat dgn anda.
anda bercakap mengunakan akal bodoh anda bukan pakai Al-Quran.
Mursyidul Am dan TG Presiden bercakap berdasarkan ilmu dan maunah mereka bukan kepala lutut anda.
belajarlah untuk berjamaah dan berakhlak/beradab dgn akhlak/adab jamaah.

dulu dengar2 anda ugut presiden nak letak jawatan...kenapa sampai sekarang tak letak jawatan????
lebah said…
Kepada YG Pakai Nama Pemuda Shah Alam,
woi awak, pakai nama pemuda shah alam, tulis la biar lengkap:
Pemuda UMNO Shah Alam.
Hati busuk, mata buta dalam perut ada ulat UMNO.
ahli PAS 364340 said…
As Salamu alaikum,tuan-tuan yang mulia;

rujuk balik kenyataan Tuan Guru Nik Aziz dalam blognya;
"Pandangan Saya.
Atas pandangan inilah saya berfikir dan terus berfikir. Setelah berfikir sambil berdoa, maka saya berpuashati untuk mengatakan begini :
Kalau Umno boleh buat sesuatu dengan mengadakan Mesyuarat Agong Khas dan MCA pun boleh mengadakan EGMnya sehingga sempat menggugurkan Presiden dan Timbalan Presidennya. Demikian juga dengan PKR yang telah membuat pindaan Perlembagaannya melalui Kongres Khas mereka. Maka kita?

Walaupun isu MCA benda lain, iaitu rasuah, kita lagilah tidak payah khuatir untuk adakan Muktamar Khas kerana kita bukan membawa isu rasuah . Isu kita ialah isu dua tiga kerat pemimpin bermasalah. Masyarakat India pun boleh menentang Samy Vellu dengan mewujudkan parti lain. Maka pelik apa, kita panggil mesyuarat parti yang tergempar misalnya; mungkin dipanggil muktamar khaslah. Kalau nak kirakan, kitalah yang sepatut buat dulu. Demi “tajdid” kita perlu buat Mesyuarat Agong Luarbiasa ini. Bila Mesyuarat Agong tak mahu tukar Presiden, misalnya maka tidak mengapalah. Kita pakat-pakat belalah. Begitu juga dengan isu-isu disekitar Hassan Ali atau Mustafa Ali yang tak habis-habis dengan nak bekerjasama PAS dengan Umno ke arah kerajaan Perpaduan atau UG. Tenggelam-tenggelam, timbul, kemudian dihidupkan. Kemudian dimatikan pula bila nampak orang marah. Apa ni?

Tidak boleh jadi ni, kita duk “ghok-ghak” (kacau) begini. Orang boleh terima atau tak boleh terima, bawa ke Muktamar Khaslah; senang cerita. Biar tentu sah, nak ikut yang mana. Kita nak kekal yang mana dan buang yang mana. Dengan Muktamar Khas yang boleh menjelaskan dan memutuskan banyak perkara ini, puak-puak atas pagar yang membuat swing votes dan mempengaruhi keputusan pilihanraya juga akan berpuas hati samada nak swing atau tak nak swing lagi kerana mereka sudah dijelaskan oleh keputusan Muktamar Khas berkenaan. Mereka jelas.

Biarlah kita ambil mandat baru sekali lagi. Mesyuarat biar ringkas;ambil sehari penuh atau dua hari penuh misalnya tetapi prosesnya mesti ringkas, dan keputusannya adil, telus, tepat, terus dan jelas. Undi perlulah sulit dan dilakukan di atas kertas .
Untuk kali ini, saya dengan kuat merasakan bahawa perlu ada perubahan dalam pemain-pemain penting yang menduduki kerusi kepimpinan PAS diperingkat pusat. Kalau nak kata ini persiapan ke arah PRU ke 13 pun, kata gi lah. Dan memang betul begitulah."
Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat
Mursyidul Am PAS/Menteri Besar Kelantan
Bertarikh : 02 Zulkaedah 1430 / 21 Okt. 2009

.....rujukan kita kan ada kenapa nak gila pada UMNO lagi
fikri said…
itulah yg saya pelik...
waktu cramah,punyalah hebat kritik umno...mcm2 label diberi pd umno..

tapi tup2,nak pulak duduk semeja dgn umno utk bincang isu2 tertentu(Rujuk kenyataan presiden - http://www.malaysiakini.com/news/123892 )

alahai...
real pemuda shah alam said…
pemuda shah alam

kesian kamu,saya tidak percaya kamu pemuda shah alam.
sehingga sekarang saya belum lagi berjumpa dengan pemuda di sini yg setuju dgn jk disiplin ini kecuali adala 2 atau 3 ahli yg suka membaca utusan.
Anonymous said…
Kepada pemuda Shah Alam, apakah logik atau sebab saudara Khalid di tuduh hang punca Pas jadi macam ini adalah sebab dia.Berilah fakta sikit ataupun sebab ringkas, jangan main tuduh aja. Salam.
Muzakkarah: ISLAM DATANG UNTUK TEGAK DI ATAS KERUNTUHAN JAHILIYYAH

Kalau nak diajak berbincang dengan tajuk "kenapa UMNO tolak perjuangan Islam yang dibawa oleh PAS” jawapannya, tak payah diajak berbincang UMNO nih, kerana memang lumrah perjuangan Islam akan ditentang oleh orang yang terdekat. Tak kira adik abang, anak saudara ngan bapa saudara mahu pun anak dan ayah. Jawapan yang paling jelas ialah kenapa Abu Lahab tolak perjuangan Rasulullah saw walau pun Muhammad saw digelar al-Amin, tapi ditolak juga kerana apa? kerana kepentingan. Kepentingan pangkat dan hartabenda.

Bukan berhala batu yang ada itu sangat yang menjadi ilah al-maksud tetapi kepentingan yang ada disebalik 360 berhala-berhala yang ada dikeliling Kaabah itu. Setiap berhala itu ada tabung, yang setiap pemimpin pada waktu itu adalah CEO kepada setiap berhala yang ada. Itulah Ilah yang sebenarnya yang menyelubungi aqidah mereka. Abu Talib lagilah hebat, banyak bantu, pertahan dan tolong Nabi saw tapi mati kafir juga kerana apa? kerana Abu Talib berjuang bukan kerana Allah dan Rasul, tetapi dia berjuang kerana kebangsaan, kerana Muhammad tu anak menakan aku, darah daging aku, bangsa aku.

Begitulah halnya UMNO & pemimpinnya semua nak menjadi CEO kepada berhala kebendaan (Syarikat, GLC & Yayasan) yang dipuja dan direbut hingga sanggup buat apa sahaja kerana semata-mata nak mempertahankan berhala-berhala itu. Kemungkaran inilah yang sebenarnya menjadi tajuk utama perjuangan Nabi-Nabi as mengajak mereka kembali kepada mengabdikan diri hanya kepada Allah dan menjauhi berhala-berhala yang dicintai, dipuja, dan yang dijadikan maksud (tujuan).

Kita baca sirah nabi, apa yang tak dibuat (sahabat diseksa), tak dikata (Mengakafirkan agama nenek moyang mereka & pemecahbelah masyarakat), tak ditawarkan kepada Nabi dan pejuang-pejuang (harta tahta wanita). “lakum dinukum waliyadeen” arahan dari Tuhan datang sebagai keputusan. Dari dianggap agama baru ini tidak member kesan apa kepada mereka (Parti Tok Lebai dan Parti Kampung) hinggalah mereka berasa gerun dengan sokongan yang semakin hebat yang diberikan kepada perjuangan Rasulullah saw walaupun perjuangan itu diserang, dihentam dan diuji dengan bermacam-macam ujian.

Nabi Berjaya menguasai 2 kampong iaitu Bani Muttalib dan Bani Hashim, Nabi di kenakan sekatan Ekonomi selama 3 tahun bekalan (royalty & geran) ditahan dan macam-macam yang dilakukan. Namun sokongan semakin hebat. Lalu dihantar Utbah bin Rabiaah untuk diajak berbincang soal perpaduan dengan syarat yang amat memalukan. Bahkan pernah dicadangkan agar Nabi dibunuh agar Islam hilang dipersada alam ini (Diharamkan Nama Islam), Abu Talib (raja-raja) yang mati kafir telah menyelamatkan Rasulullah.

Inilah yang berlaku dihadapan kita pada hari ini……musyrikin Moden yang bernama UMNO sedang bermaharajalela dengan ilah-ilah (berhala) harta tahta wanita yang bergelumang dengan dosa-dosa syirik yang amat dahsyat yang sanggup berbuat apa sahaja demi berhala-berhala itu. Kita tak perlu berbincang lagi dengan mereka yang pasti ialah kewajipan kita memerangi mereka hingga ketitisan darah yang terakhir mempertahankan negeri-negeri yang kita menangi setelah berlakunya hijrah beramai-beramai (tsunami) pada 2008 yang lalu.

Sekitar 1980an sewaktu kita diganyang dengan begitu hebat, ketika kita jenuh dengan tarbiyyah dan tamrin hingga kita berupaya mengharungi segalanya dengan kata-kata keramat “ISLAM BERDIRI DI ATAS KERUNTUHAN JAHILYYAH DAN ISLAM TIDAK DATANG MEMPERBAIKI JAHILIYYAH” hinggalah kita berupaya dan Berjaya membuat perubahan yang hebat pada 1990an hingga kini maka tidak sepatutnya kita bermuzakarah lagi dengan penjaga berhala moden ini. Apa yang penting sekarang ialah kita berusaha mengatur strategi serta mengisi kemenangan ini agar dapat dijadikan teladan kepada rakyat agar terus berhijrah dan tertegaknya Daulah Islamiyyah di atas keruntuhan Jahiliyyah dengan berlakunya “fathul Putrajaya” selepas PRU13 nanti. Wallahu a’lam
Anonymous said…
salam peguampas,

natijah yg disebut oleh TGNA adalah nak memancing puak2 UG...masih ada perasaan ke dgn ameno! kenan faham politik TGNA......


YG Khalid...keep it up.
Unknown said…
PAS dah disodomi UMNO!
pelik tapi benar..

bila kekuasaan terancam, periuk nasi terganggu, rujuk kembali pada UMNO

PIMPINAN PAS makin HAPRAK!
BUSUK!!!
Anonymous said…
Pasal nak duit royalti sanggup main tarik tali....
Anonymous said…
Salam Khalid,

To create unified Malays means to form stronger Islam. To form stronger Islam means to form stronger Islamic constitution.

I really don’t see any problem should PAS and UMNO unified under one banner.

This is a GREAT start. Now PAS will has the chance to ‘dakwah’ UMNO. For a better change.

As MP, you of all people should be able to understand this.
Anonymous said…
pemuda shah alam salah.sebenarnya khalid lah yang sebenar2nye sayang akan pas sehingga beliau tidak memandang pangkat.geng2 hassan ngan SUA la yang nak ngat berpakat ngan UMNO ni.
Suhaimi Said said…
Memang ada dalam PAS mereka yang nak berjinak dengan UMNO. Perkahwinan dulu tak begitu lama, dah bercerai, sekarang ni dah gila talak. Bukan senang nak obat org gila talak ni. Apa kata TGNA?
Anonymous said…
pemuda shah alam....asal lak khalid samad yang jadi punca??naper??
ibnu bocaay said…
salam...sampai skrg masih lagi tertanya tanya mengapa lepas pilihanraya 2008 dulu pas selangor terima tawaran dan berjumpa dgn khir toyo. pasti dapat restu dari pemimpin teringgi. kenapa selepas kita berjanji untuk berpakat dgn dap dan pkr, kita pula yang memunafikkan diri kita berpakat dengan musuh sampai sanggup mengheret perjuangan ini jadi amat kelam kabut.
Anonymous said…
Hanipa Maidin eeeeeeee!
Apa pula kamu merapu ni? Tok Guru kata nak berbincang dgn UMNO mengenai tajuk :" Kenapa UMNO tolak Islam dan Pas?"
Pening dah ke?
Anonymous said…
bodoh punya peguam...ko pikir meluat ko jer...ko tak pikir org meluat kat ko....mcmmana boleh jadi peguam...bodoh!!!!!!...lu pk la sendiri
Anonymous said…
Rakyat memang dah meluat pun. Puncanya boleh berpeluk dengan kafir Harbi DAP tapi tak boleh berpeluk dengan saudara Islam sendiri iaitu Umno. Kalau anda mati suatu hari nanti adakah doa DAP yang anda minta untuk selamatkan azab qubur. Doa orang Islam juga yang anda mintak nanti tak kiralah dia Umno ke atau tidak. Ingat, bersatu sesama ISlam itu adalah wajib!!! Kalau macam gini sikap PAS jangan terkejut akan ramai penyokong PAS seperti saya akan meninggalkan PAS. Kami tidak mahu memperlekehkan saudara Islam walaupun dia dari Umno.
Hamba said…
Sebenarnya keputusan Pas untuk tidak mengadakan sebarang rundingan dengan amno adalah bercanggah dengan sikap nabi saw yang sanggup mengadakan perjanjian damai hudaibiah dengan musyrikin Mekah yang sebangsa dengan nabi saw. Sebagai sebuah parti Islam bukan meluat manusia yang perlu diambil kira, tetapi bagaimana meneraju perjuangan yang bertepatan dengan sunnah rasulullah membimbing pengikutnya kejalan Islam cara yang betul mengikut nabi, bukan takut dengan sikap meluat pengikutnya yang jahil terhadap cara perjuangan nabi saw.Kalau nak diukur kezaliman amno terhadap Pas dengan kezaliman musyrikin Mekah terhadap nabi saw dan para pengikutnya jauh lebih zalim musyrikin Mekah. Adakah ianya melahirkan sikap berdendam nabi terhadap mereka?Tetapi atas rasa cintanya nabi terhadap kaumnya di Mekah, sanggup baginda mengadakan perjanjian damai Hudaibiah dengan mereka walau pun perjanjian tersebut berat sebelah dan menjadi perbalahan dengan para sahabat baginda.Apa yang nabi pentingkan ialah mesej mengajak manusia beriman kepada Allah dan kuasa yang diperolehi adalah dari aqidah yang kental yang di tanam oleh nabi kepada mereka yang ingin bersama Islam. Tetapi apabila Pas lebih mementingkan ghanimah kuasa dalam kemenangan pilihan raya maka lahirlah keutamaan memikirkan cara bagaimana mahu menang dalam pilihan raya walau pun cara tersebut tidak mengikut cara nabi saw. Atau apa yang di panggil" matlamat menghalalkan cara". Sebenarnya jika diteliti, binaan kerangka asas pakatan rakyat yang dibuat oleh Pas,PKR dan DAP adalah tidak sama apa yang dibina oleh nabi saw di dalam membina Pakatan Rakyat Madinah.Apabila tidak sama, seluruh strateginya adalah tidak sama dengan apa yang digariskan oleh nabi saw. Adalah diharapkan usaha rundingan Pas dan Amno akan dapat mengembalikan Pas kepada landasan yang telah dibina oleh nabi saw dan itu adalah juga satu kemenangan permulaan.Agaknya nabi lebih meluat dengan kita kerana lebih mementingkan ghanimah kuasa dari mengajak manusia beriman dengan Allah.Wassalam
aku dr amin said…
aku sokong sangat pendapat ni. takyah la duk bangkit lagi perihal muzakarah ni
harunn said…
Salam

saya sokong apa yang dikatan oleh anymous , kenapa perlu bermusuh dengan umno , walaupun umno teruk atau zalim pun , dia masih ada hati nak pertahankan Islam
Tengok hari tu bilamana mahkamah kata puak kapir bolh guna kalimah Allah , umno bantah , bantah bukan untuk politik , tapi untuk mempertahankan Islam

dap ada bantah ke ?????

tapi yang pelik ada pula orang yang mengaku berjuang untuk Islam tapi lagaknya macam berjuang untuk orang kapir je
Ustfuad said…
Jangan persendakan kebenaran

Seorang lelaki dalam perjalanannya terjumpa bangkai seekor burung pipit. Beliau ambil bangkai burung itu dan membawanya ke rumah Tok Guru. Dalam hati lelaki itu timbul rasa ingin mencuba Tok Guru. Beliau meletakan bangkai burung tersebut di belakangnya.

Apabila ia bersemuka dengan Tok Guru lantas ia pun bertanya : Apa firasat Tuan Guru tentang burung yang saya bawa ni, adakah ia masih hidup atau sudah mati.

Tok guru tersenyum dengan perangai lelaki tersebut lantas berkata : Masalah itu sudah terang bagi kamu, terserahlah pada kamu untuk menilai sendiri.

Begitulah keadaan hari ini dengan segolongan manusia yang sudah tahu hakikat kebenaran tapi masih menjadikan ia bahan untuk mencari isu. Janganlah sempitkan pemikiran. Jangan menunding jari pada orang agama kalau mereka tidak dapat memberi fatwa atau pandangan yang tidak sehaluan dengan kamu. Akhirnya kamu anggap ia hanya picisan dan kamu memandang hina kepadanya.

link:ustfuadosman.blogspot.com
Abu Razeen 2 said…
bro khalid, i can't be bothered to read hanipa's blog but since u has decided to post his criticism in ur blog i choose to response to it here:

hanipa maidin ni bukan nya kurang ajar sbb TGNA , TGHH dan jemaah Pas dah cukup sediakan silabus usrahnya...................

tapi hanipa ni BIADAP. period.
bob17 said…
assalamualikum....
PEMUDA SHAH ALAM????
pemuda yg mana????
pemuda umnogok lah tu....

betul apa kata hj hanipah.. yg hanipah benggan sangat kat ahli n pemimpin PAS yg tak sedar.. apa kata TGNA.. TGNA kata utk berbincang dgn UMNOgok pasal islam.. sebab UMNOgok ni.. dah terkeluar dari landasan islam.. al sunah wal jemaah.. megikut al quran n hadis.. tp ada yg ahli PAS n PEMIMPIN ingat nak ungkit UG.. cam seronokmlah kono TGNA bersetuju.. INGAT..... TGNA tak akan bersetuju megada kan UG.. tu yg hanipah marah sesangat tu...aku pom marah gak
Ahli Berdaftar Di Gombak Ketika Zaman Dr Hatta Jadi YDP said…
Salam....

Bila TGHH keluar kenyataan, TGNA bantah, TGNA dikatakan betul... TGHH salah....

Dikata, penyokong2 TGHH tertelan pil wala' sampai ada yang katakan wala' itu hampir ketaatan membuta tuli... Saper cakap camtu? YB Khalid laa... Dia kan lagi bijak dari Imam Hassan Al-Banna yang tadbir Ikhwanul Muslimin dulu...

Bila TGNA keluar kenyataan, TGHH sokong, TGHH jugak dikatakan salah...

KORANG MEMANG SUKA KEDUA TOK GURU NIE BERSELISIH KAN?

Pil taik kuda mana yang korang tertelan nie?

At least, penyokong TGHH masih sayang dan hormat TGNA, sedangkan penyokong TGNA langsung tak hormat dan of course tak sayang TGHH kan?

Elok ler camtu.. YB Khalid, sudahlah... kalau anda tak boleh terima dan patuh kepada disiplin, sila berundur diri...

At least, Dr Hasan tak meroyan pun... x macam YB nie....
wak karto said…
salam.........

aku cukup setuju dgn apa yg YB (Khalid Samad)tulis........

PAS tak pernah serik dok kena pemain musuh politiknya...tu pun tak rasa malu, tak rasa segan.......hidung tak mancung pipi tersorong-sorong

bukan dia tak kenal siapa sebenaqnya musuh dia

Rentikanlah sandiwara ngan grombolan, tak ada apa yang kamu boleh dapat...hari-hari dok kena hentam saja.

Grombolan tak pernah ikhlas nak bincang itu ini, tak kan pemimpin kanan PAS tak nampak kot?

Dah lama depa dok pekena pun tak rasa ke?

perkuatkanlah jamaah PR yg ada dan matlamatnya jelas.

beberapa figure yg dok buat kacau aka opportunist dalam jamaah ni patut dibuang jauh-jauh. Tentukan nasib depa ni dlm PRU akan datang.

ketegasan YB Khalid Samad ini mengubat sedikit hati kami sebagai ahli bawahan jamaah
Anonymous said…
ntah la.. tp kalo semua org Melayu bersatu kan bagus.. Islam kuat, Melayu pun kuat..
Anonymous said…
Letih tengok isu UMNO-PAS ini. BERBAKUL CERAMAH PAS YANG MEMBURUKKAN UMNO DAN BERBAKUL PULA CERAMA UMNO MEMBURUKKAN PAS . TIBA2 NAK DUDUK SEKALI BINCANG. APA HALNYA. AKHIR CERAMAH CUMA MEMENINGKAN FIKIRAN ORG MELAYU YANG JADI PENGIKUT.

PEMIMPIN PAS & UMNO- BILA TERDESAK BLH PULA NAK DUDUK BINCANG DAN KERJASAMA TAPI PENGIKUT ADA PULA YANG SAMPAI KENDERU PUN TAK BERJEMPUT. PENING2.
Monkey Code said…
Ini bukan cerita baru...cerita lama dah beb, sejarah membuktikan yang bangsa melayu ni memang ada masalah dengan jati diri mereka. Kaum yang tidak "consistent", tidak istiqamah, tidak berprinsip..bak kata pepatah melayu sendiri "hidup bagaikan lalang".

So, dengan apa yang sudah terjadi..terutamanya pada zaman Mahathir (tak payah le sampai ke zaman kesultanan Melayu) dan zaman selepas beliau, Melayu masih di lihat sebagai kaum opertunis yang mengambil peluang atas apa saja asal kan ia memberi pulangan keuntungan peribadi ataupun keuntungan DUNIA walaupun hanya untuk sehelai kain pelekat....bagi Melayu that's great...bodoh punya Melayu, masuk neraka di sebabkan sehelai kain pelekat. Selari dengan konsep "matlamat menghalalkan cara" yang sebenar nya bukan milik Umno saja bahkan milik keseluruhan budaya Melayu...tak kisah le orang PAS, PKR, Raja, ulama, mufti etc.....PASAL DUNIA SEMUANYA HALAL BAGI ORANG MELAYU. Tapi hairan kenapa orang melayu risau sangat pasal bab ladang babi!!!

By today, Melayu telah sampai ke peringkat yang paling nazak. Kerosakkan yang mereka buat sendiri (menzalimi diri sendiri) bukan sekadar untuk pekara2 yang tertentu saja, bahkan sudah membiak kerosakkan itu kepada ke seluruhannya system kebudayaan Melayu. Sebut apa saja tentang cara hidup orang melayu...dari kerajaan, kesultanan, keselamatan, agama, perundangan, pelajaran, ekonomi, kemasyarakatan dan lain2 semua nya sudah hancur lebur.

Dari polis, ustaz, cikgu, pegawai kerajaan, mufti, motivator, pemandu bas, ketua kampong, orang kampong, ulama, ahli politik, doktor, professor, guru besar, hakim, peguam, pemberita, blogger, peniaga.....letih le nak tulis semua nya, mesti ada je cerita yang melibatkan rasuah wang, kuasa, pangkat, jawatan, perempuan, tanah.....sampai le ke rasuah 'kain pelekat'....pada Melayu semua nya 'all right' dan tak pa, boleh saja.

Paling menyedihkan sekali...adalah orang2 PAS (some stupid leaders), yang sibuk bercakap dan berdakwah pasal Islam kepada rakyat, tapi dalam masa yang sama buat muslihat / konspirasi jahat ala yahudi bertopengkan satan menipu rakyat....secara diam2 serupa dengan cara iblis bapak satan...diam2.

BOTTOM LINE NYA, MELAYU MEMANG SEJAK AZALI LAGI ADALAH ORANG2 (KAUM) YANG SUKA SANGAT MENZALIMI DIRI NYA SENDIRI DAN JUGA MENZALIMI BANGSA NYA .
Anonymous said…
Saya setuju dengan pandangan PEGUAMPAS.

UMNO terbukti sebagai sebuah organisasi yang mengamalkan RASUAH dan PENYELEWENGAN secaran BESAR-BESARAN.

PAS sebagai sebuah parti yang BERSIH adalah lebih bijak sekiranya menjauhkan diri mereka daripada SEBARANG pengaruh daripada UMNO yang korup dan memikirkan jalan untuk lebih mengeratkan hubungan dengan "adik-beradiknya" di dalam Kerajaan Pakatan dan tanpa melengah, atur langkah kanan untuk bersiap sedia untuk GE13.

Pakatan Rakyat harus mulakan kerja mereka secara serius daripada sekarang. Jadi sebarang cubaan untuk berbaik-baik dengan UMNO dalam apa jua perkara adalah tidak ubah seperti "MELUDAH KE LANGIT". Ianya akan terkena ke batang hidung sendiri....Kalau tak percaya, CUBA dan LIHAT...

Oleh yang demikian, saya amat bersetuju dengan pandangan PEGUAMPAS dan bersetuju dengan cara kerja dan pandangan YB Khalid, YB Dzul, YB D.S Nizar dan lain-lain pemimpin yang berpemikiran sederhana tetapi bernas.

Terima kasih
Mesra Sokmo said…
biar apa pun jadi, pastikan PAS tetap PAS, teringat shuhada ibrahim libya yg mati syahid. ags1261@gmail.com

Popular posts from this blog

Keadilan Saidina Umar Al-Khattab Terhadap Rumah Ibadah Agama Lain

Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengemukakan sebuah kisah dari zaman pemerintahan Saidina Umar Al-Khattab (r.a) untuk tatapan dan renungan tuan-tuan sekalian. Melalui pendedahan ini, adalah diharap sebahagian dari ummat Islam yang tidak memahami konsep keadilan Islam terhadap agama lain, akan sedikit sebanyak dapat memikirkan kembali sikap dan pendirian mereka itu. Kisah yang ingin dikemukakan adalah kisah Saidina Umar dan Kanisah (gereja) Al-Qiamah yang terletak di Quds. Kisah ini adalah petikan dari muka surat 114, kitab Itmam al-Wafa’ fi sirah al-Khulafa’ , tulisan as-Syeikh Muhammad bin al-Afifi al-Banjuri, Darul Ibnu Hazim. “Dan apabila masuknya Saidina Umar ke dalam kota, maka masuklah beliau ke dalam Kanisah (gereja) al-Qiamah, dan beliau duduk di ruang utama gereja tersebut . Setelah tiba waktu solat asar, maka berkata Saidina Umar kepada Patriach Kanisah tersebut, “Saya ingin mengerjakan solat.” Jawab Patriach: “Solat sahajalah di sini”. Tetapi Umar menolak cadangan

Video Tazkirah Ramadhan At-Taubah Ayat 31: Pendewaan Manusia

WaLlahu 'Alam   KHALID SAMAD

Kisah Raja Najashi

Semasa saya terlibat dalam usaha dakwah di UK satu ketika dahulu, kami mendapati bahawa ramai dari kalangan penganut Kristian tidak tahu bahawa Nabi Isa (AS) diiktiraf sebagai seorang Rasul oleh Islam. Begitu juga Nabi Ibrahim, Nabi Musa dan hampir kesemua para Nabi yang diiktiraf oleh agama Kristian turut diiktiraf oleh Islam. Kecuali kumpulan yang tidak diiktiraf Islam ialah ‘Nabi’ selepas Nabi Isa, termasuk penulis Bible yang digelar sebagai ‘Prophet’ oleh mereka. Apabila mereka didedahkan dengan maklumat ini, maka ianya boleh menyebabkan mereka ingin tahu apa yang dikatakan Al-Quran mengenai Nabi Isa dan menjadi satu titik tolak bagi mereka untuk mendampingi Al-Quran.