Skip to main content

Video: Forum Allah Siapa Yang Punya?



Dzulfikar Mashoor HarakahDaily
KUALA LUMPUR, 12 Jan: Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad menegaskan bahawa bukan isu kalimah Allah yang sepatutnya menjadi perebutan antara orang Islam dan bukan Islam, sebaliknya semua pihak diseru mendalami pengertian sebenar Allah itu sendiri.

"Bukan isunya kalimah (Allah), tapi maksud (sebenar) pada (kalimah) 'Allah' itu sendiri yang berbeza-beza," jelas beliau dalam Forum 'Allah: Siapa Yang Punya?' semalam.

Jelas beliau, Rasulullah s.a.w menggunakan nama Allah dalam surat-suratnya kepada pemerintah bukan Islam di sekitar kerajaan Madinah al-Munawwarah.

"Kalau Nabi melarang orang bukan Islam dari menggunakan nama Allah, mengapa Nabi menulis nama Allah di setiap surat Baginda s.a.w (yang diutuskan) kepada raja-raja bukan Islam," jelasnya.

Mengambil pengajaran dari dakwah Islamiyyah yang ditunjukkan oleh Rasulullah s.a.w, beliau yang juga Ahli Lajnah Politik PAS Pusat mengajak hadirin yang hadir supaya melihat isu menggunakan nama Allah di kalangan bukan Islam secara mudah.

"Isu ini hanya mudah, kita sembah Tuhan yang sama, Tuhan hanya satu, mana Tuhan ada banyak...(dan) orang Islam wajar menjelaskan bagaimana Allah yang Esa patut disembah," jelasnya.

Beliau turut menyalahkan kepemimpinan Umno kerana dilihat seolah-olah menggunakan media arus perdana untuk memanipulasi isu tersebut, demi meraih sokongan politik di kalangan masyarakat Melayu.

Beliau turut mendakwa tindakan Umno tersebut tidak sejajar dengan tuntutan dakwah sebagaimana dalam ayat 64 dan 65 dari Surah al-Imran.

Ekoran pandangan tersebut, seorang hadirin mendakwa bahawa Khalid tidak memahami realiti kedudukan kaum Melayu di Malaysia.

Menjawab dakwaan tersebut, Khalid berkata, "Saya tak faham Islam ala Melayu."

Forum yang dianjurkan oleh Free Public Forum (FPF) tersebut turut membariskan seorang budayawan Eddin Khoo, Pensyarah dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) Dr. Mohd Farid Mohd Shaharan, Pensyarah Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Dr. Azwira A. Aziz, Filosof ISTAC Dr. Khalif Muammar, Pakar Dakwah Perbandingan Agama Shah Kirit Kakulal Govinji serta wartawan bebas Hasmi Hashim selaku panelis.

Forum yang bertempat di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor (KLSCAH) tersebut dihadiri lebih 1000 hadirin dari pelbagai bangsa dan ideologi.


Forum yang bertemakan 'Allah': Siapa yang punya? ini, telah dianjur bersama oleh Free Public Forum, Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya dan Kuala Lumpur Selangor Chinese Assembly Hall (KLSCAH) Youth.

Berita merupakan ihsan HarakahDaily, video dari Malaysiakini dan gambar dari instinctive-stage G3.0

-Pejabat YB Khalid Samad-

Comments

mohd said…
im impressed
Anonymous said…
Alangkah eloknya dijemput Zulkifli Nordin; Dr Harun Din dan juga Mufti-mufti yang berwibawa untuk memberi perspektif yang berlainan dari geng-geng kao tu.Takut ke?
Anonymous said…
//Ekoran pandangan tersebut, seorang hadirin mendakwa bahawa Khalid tidak memahami realiti kedudukan kaum Melayu di Malaysia.

Menjawab dakwaan tersebut, Khalid berkata, "Saya tak faham Islam ala Melayu."//

This is the root cause of the problem..DEB's main agenda was to equalise socio econmoic imbalances ...the problem is UMNO became power crazy..to control the mind set of the malays ,they created this myth that lslam ala Melayu is a truth..but,the world today is borderless..even kampung ada laptops..people r no longer gullible..and this borderless world,it's UMNO who appears to be very primitive,out of touch with reality and they use same ol stale proganda,violent tactics..they are so brain dead becos they dont seem to realise,even a whisper will be broadcasted all over the world..UMNO betui betui pathetic!
Anonymous said…
AKU NAK KOMEN SIKIT JA....CUBA YB TUKARKAN TUHAN BAPA, TUHAN ANAK DAN ROH KUDUS KEPADA ALLAH SEBAGAIMANA KONSEP TRINITY YANG ADA DALAM BIBLE...NAK UBAH 20 SIFAT ALLAH KAH...PIHAK VATICAN ADA TUNTUT PERKARA INIKAH...YB...YB HANG LULUS NGAJI AGAMA KAT MANA...DAH BUAT SEMBAHYANG HAJAT...ADA PETUJUK DARI ALLAHKAH...SESUNGGUHNYA SEKSAAN ALLAH ITU AMAT PEDIH...
Anonymous said…
teruskan usaha YB, semoga org2 Islam ala Melayu sedar Islam yg mereka perjuangkan sebenarnya Melayu bukan Islam!!
Ibnu Ali said…
Merujuk kepada isu penggunaan kalimah Allah bagi non muslim di Malaysia, Markaz Pengumpulan Kajian & Hasilan Penyelidikan PMRAM (MANHAL) mengutarakan pandangan para ulama' berkenaan isu tersebut dan syor dari MANHAL.

1.Secara umum, para ulama telah terbahagi kepada dua pandangan.

• Pandangan pertama: Membenarkan non muslim menggunakan kalimah Allah. Pandangan ini bersandarkan dengan firman Allah di dalam surah Luqman ayat 25 yang bermaksud :

“Dan sesungguhnya jika engkau (wahai Muhammad) bertanya kepada mereka (yang musyrik) itu, siapakah yang menciptakan langit dan bumi? Sudah tentu mereka akan menjawab Allah. Ucapkanlah (wahai Muhammad) Alhamdulillah (sebagai bersyukur disebabkan pengakuan mereka itu. Bahkan kebanyaakn dari mereka tidak mengetahui (hakikat tauhid dan pengertian syirik)”

Firman Allah dalam surah al-Mu’minun ayat 86-87 yang bermaksud:

“Tanyakanlah lagi siapakah yang memiliki dan mentadbir langit yang tujuh dan tuhan yang mempunyai arasyh yang besar? (86) Mereka akan menjawab (semuanya) kepunyaan Allah. Katakanlah (wahai Muhammad) mengapa kamu tidak mahu bertaqwa?” (87)

“Para ulama empat mazhab menyatakan dalam masalah sumpah bahawa non muslim hendaklah bersumpah dengan nama Allah.” (Dr. Wahbah Zuhaili, al-Feqh al-Islami Wa Adillatuhu 8/136)


• Pandangan kedua: Tidak membenarkan non muslim menggunakan kalimah Allah berdasarkan hujah-hujah berikut;

Nama Allah mungkin digunakan sebagai nama khas untuk makhluk sedangkan ijmak ulamak tidak mengharuskannya sebagaimana yang dinukilkan oleh Imam al-Qarafi. (rujuk Al-Furuq 3/111, Mawahib al-Jalil 3/279)

Apabila mengizinkan non muslim menggunakan kalimah Allah, ini bakal mendedahkan nama Allah kepada penghinaan apabila disifatkan dengan pelbagai sifat yang menyalahi akidah muslim. Masalah ini didapati dari apa yang dibahaskan oleh Ulama' mazhab Syafei bahawa haram kepada seorang muslim menulis nama Allah dalam fatwa kepada ahli zimmah (non muslim) kerana ia boleh menghina nama Allah SWT.

“Dapat diambil iktibar darinya (mendedahkan mashaf kepada kehinaan sekiranya dimiliki orang kafir) adalah lebih utama mengharamkan muslim menulis Lafaz Jalalah (kalimah Allah) pada soalan dan jawapan apabila diminta fatwa oleh kafir zimmi.” (Hasyiah al-Bujairimi ‘Ala al-Khatib 3/314, Hasyiah al-Syarwani ‘Ala Tuhfah Al-Muhtaj 4/230)

2. Secara asasnya, pihak MANHAL bersetuju dengan penggunaan kalimah Allah digunakan oleh non muslim.

3. Namun melihat kepada realiti dan sensitiviti umat islam di Malaysia, MANHAL mencadangkan agar kerajaan tidak membenarkan penggunaan kalimah Allah kepada non muslim secara bertulis atas dasar menutup implikasi buruk yang mendatang. Mengutamakan mudarat umum lebih utama daripada melihat maslahat pihak tertentu sebagaimana ditegaskan oleh Imam Syatibi dan juga Imam Ghazali.

"Sekiranya dapat dibaiki kemudaratan dan dapat dihilangkan sekaligus maka lebih utama diambil kira kemudaratan umum tersebut (daripada maslahat khusus), Jadi dihalang orang atau pihak tertentu dari mendapat maslahatnya. Ini kerana maslahat yang umum perlu diutamakan daripada maslahat khusus" (Al-Muwafaqat 2/348)
"Dan sangkaan yang menghampiri martabat yakin apabila bersifat umum dan amat besar bahaya padanya (sekiranya tidak diraikan) maka dipandang kecil individu-individu tertentu seandainya dibandingkan dengannya" (Al-Mustasfa 1/424)

4.Sekiranya kerajaan bercadang untuk membenarkan non muslim mengguanakan kalimah Allah, maka syarat-syarat yang ketat mestilah dikenakan demi memastikan perkara-perkara di atas tidak berlaku. Hukuman yang berat juga mesti dikenakan kepada pihak yang menyalahgunakan kebenaran tersebut. Ini demi memastikan kesucian nama Allah terpelihara dari sifatnya yang Maha Esa.

sumber: http://www.pmram.org/index.php?option=com_content&view=article&id=770:kenyataan-rasmi-manhal-pmram-tentang-isu-penggunaan-kalimah-allah-oleh-non-muslim&catid=8:isu-semasa&Itemid=70
Hamba said…
YB,
Isu nama Allah satu isu yang sangat besar isu aqidah dan isu bersangkutan dengan fikrah sejagat. Isu ini perlu dibincangkan oleh ahlinya, ulama atau pakar ugama, bukan seorang jurutera atau profesional yang lain yang bukan ahlinya,contohnya manakan mungkin seorang jurutera boleh memainkan peranan utama selaku ahli panel didalam memberikan pendapat yang jitu didalam isu H1N1, tentulah pakar perubatan, ahli farmasi atau ahli biologi sebagai asas kekuatan perbahasan isu tersebut. Kita perlu bersikap tawadhuk sekiranya sesuatu isu yang sebesar ini diberi laluan kepada ahlinya. Forum ilmu bukan semata-mata untuk mempamerkan kehebatan hujah ilmu kita, tetapi menghasilkan kebenaran dan keinsafan kepada penonton bukan Islam bahawa benarlah Allah tuhan yang maha esa yang tidak boleh disekutukan, dan terdetik dihati mereka untuk beriman kepada Allah dan memeluk Islam. Bukan hasil dari hujah kita dari forum ini, penonton berkata ini salah amno, ini salah NGO, ini salah orang Islam ala melayu. Ibarat pepatah berkata" kalau perahu dah di air dayung dah di tangan, ayuh dayung, jangan kata laut yang bergelora."
Wassalam
Common Sense said…
Dalam persepsi saya, Bahasa adalah Bahasa untuk semua dan tidak ada sebarang 'terms and conditions' di dalamnya. Jikalau satu perkataan boleh menukar pendirian seseorang bemaksud orang it sendiri ada masalah bukan perkataan bekenaan.

Lagi, jika keliruan belaku...lebih baik cari jalan memerangi unsur keliru ini, jangan biar ia berterusan sehingga memusnahkan kurniaan Allah kepada semua insan...MINDA DAN KEFAHAMAN MANUSIA.
Ini merupakan sesuatu perkara yang manusia adalah berlainan daripada haiwan di dunia ini.
Anonymous said…
KHAS UNTUK ANON POKEMON 1:42AM

UMNO: 7hb. Lulus Lesen Kelab Malam, 8hb "Kamilah Pembela Agama Islam..!"
Sehari sebelum demontrasi NGO Umno bagi membantah penggunaan nama Allah di Masjid Negara 8 Januari lepas, Menteri dari "Parti Pembela Bangsa & Agama", UMNO di Wilayah Persekutuan, Nong Chik Zainal Abidin telah meluluskan rayuan memperbaharui lesen 5 kelab malam. Sebelum ini lesen-lesen kelab berkenaan telah dibatalkan kerana bunyi bising melebihi had

Nampaknya, pemimpin UMNO juga tidak lupa untuk mempertahankan pusat-pusat pesta arak dan gejala sosial ini. Baguslah tu, siang berdemo bela nama Allah, malam pi pulak layan demo kat kelab malam... bila PPIM dan NGO nak pi berdemo kat Kelab Malam..?


SESUNGGUHNYA SEKSAAN ALLAH ITU AMAT PEDIH...
Anonymous said…
Bila timbul isu penggunaan kalimah Allah dan seterusnya membawa kepada pembakaran beberapa buah gereja, semua pihak menuding jari kepada UMNO dan dari pihak UMNO pula bermati-matian menafikan penglibatan mereka dalam hal tersebut malahan UMNO bermati-matian juga mengatakan bahawa UMNO adalah pembela agama Islam yang sebenarnya di Malaysia.

Hakikat itu tak dapat diterima oleh kebanyakan warga pro Pakatan Rakyat dengan hujah masing-masing dan hari ini aku terpaksa mengatakan kebenaran bahawa UMNO sememangnya adalah pembela agama Islam berdasarkan pada bukti bergambar dibawah.

Ini adalah salah satu dari beberapa siri program penerangan "Cara Menutup Aurat Mengikut Islam HadHari" yang dianjurkan oleh Puteri UMNO.

gambar ada kat:
http://perisik-rakyat.com/
Anonymous said…
INILAH akibat apabila seorang tukang emas bercakap tentang cara nak bedah jantung...

tukang bius pun boleh gelak..

taubat laa..
Anonymous said…
setuju, buat satu forum untuk ulama islam bincang. dibarisi dari dua pihak la yang sokong dan bangkang. buat tertutp pun takpa asal dapat kesepakatan. jangan dok belagak kat blog sendiri je
zikri said…
Saya cabar YB siarkan komen saya ni.

Dear YB yang suka di puji oleh kaum bukan melayu,
Your sultan already made a decision based on Selangor Islamic enactment 1988...non muslims are not allow to use the word "Allah".period.
Therefore, I hope you stupid politician, better focus on your work. Since you are incline to non muslim needs, I hope you will lost for the next election. The malayS muslim are more mature and they don't care whether you represent PAS. For them, the individual personality is more important. You are called as "Khalid Gereja" and maybe can be called as "Khalid Kuil". Mengucap panjang mak....
Anonymous said…
saya berpendapat untuk senario dimalaysia,perkataan ALLAH tidak sesuai untuk digunakan oleh pihak selain ISLAM kerana ia besar kemungkinan boleh mengelirukan anak kecil yang kurang pengetahuan agamanya,lagipun kehidupan tuan mungkin boleh dikategorikan sebagai bernasib baik dan anak cucu tuan dapat membesar dan memperolehi ilmu pelajaran dunia/akhirat lebih baik dan sempurna daripada majoriti rakyat yang mungkin kurang bernasib baik berbanding hidup keluarga tuan,makanya kemungkinan besar mereka ini boleh terkeliru dengan penggunaan kalimah ALLAH oleh pihak agama lain....jadi saya berpendapat dalam isu ini pihak islam lebih mendapat kerugian berbanding keuntungan oleh pihak bukan islam sekiranya penggunaan PERKATAAN ALLAH dibenarkan kepada pihak bukan islam,ini adalah pendapat saya yang mungkin tidak sebijak tuan.....wasallam
berhati-hatilah said…
Berhati-hatilah dengan dakyah dan strategi kristian, baca dan nilailah moga kita dapat membezakan mana yang haq dan bathil :

http://www.thepeopleofthebook.org/strategy.html

We believe that it is perfectly acceptable to use the name Allah, both in the Bible that we use to minister to Muslims, as well as materials that we distribute. It is the translation of the word "God" in Arabic. Joshua Massey has written an excellent summary about this topic. This does not mean that Allah in the Qur'an is exactly the same as the God of the Bible.
Anonymous said…
sy sokong YB. ramai org islam di negara ini keliru dan mereka mahu mewariskan kekeliruan mereka kpd anak cucu mereka. sepatutnya kekeliruan ini berhenti setakat mereka shj. dgn reaksi ekstrem oleh individu, kumpulan dan ngo islam melalui demonstrasi tempoh hari semakin menutup ruang dakwah kpd non muslim di negara ini. memang islam ala melayu sukar difahami. hanya laku di semenanjung malaysia shj.
Anonymous said…
zikri a.k.a. zakar

Mengucap panjang sebelum kau mampos!

buta agama punya orang.

WTF you think you are? Yes, the muslims are more matured nowadays and they know whom to vote in the next GE.

and UMNO..sorry to say..you are at the end of you road...bye...bye...
Anonymous said…
To Anon (January 13, 2010 4:37 PM )

Ayah dan ibu anda sesungguhnya tidak pandai mengajar anda. Anda suka memaki hamun org seolah2 anda sangat pandai. Jangan sempitkan ruang pemikiran yg semeangnya sudah sempit dengan kenyataan2 memampuskan orang. Anda bukannya bebal dan bodoh utk memahami itu semua. Ketepikan rasa amarah dalam hati anda jika ia hitam legam bak bontot kuali. Semoga anda lebih terbuka hati utk berhujah dlm ruang pemikiran yang lebih bijaksana.

Buat YB Shah Alam, apakah teras perjuang anda? Apakah anda sudah berjuang menegakkan keadilan tanpa ada sebarang rasa megah dalam hati? Adakah anda belajar adab2 berpolitik tanpa suka menyinggung perasaan dan menyalahkan orang lain?

Saya seikhlasnya merasakan anda patut belajar untuk berpolitik secara bermaruah dengan YB Kulim Bandar Bharu.
Anonymous said…
anon pokemon 6:59 PM;

so you think you are gifted to your parent?


DYMM SULTAN bertitah " BINCANG DENGAN TELITI " perkataan ALLAH yang di gunakan oleh BUKAN ISLAM !!

Sehingga TUANKU sendiri bertitah ALLAH tidak bolih di gunanakan oleh yang bukan Islam (saperti yang didakwa oleh president MAIS) atau minit mesyuarat Istana di umumkan ke orang ramai, berita ini tidak bolih dipercayai!!

DAULAT TUANKU, DAULAT TUANKU, DALAUT TUANKU !!!!!!
Anonymous said…
"And We have placed in every city, sinners as rulers, to plot and scheme, but they only plot and scheme against their own souls, without realizing. " (6:123)

"On the day when their faces turned in the hellfire, they will say: "How we wished we obeyed God and the messenger." They will say: "Our Lord, we obeyed our rulers and leaders, and they misguided us." (33:66-67)
Anonymous said…
Tahniah YB,

Saya bersetuju penuh dgn kenyataan YB. Apa yang penting dalam pggunaan kalimah Allah ini adalah berkenaan dengan tauhid and kefahaman konsep akidah.

"Tiada ilah selain daripada Allah"

Kelemahan kita adalah kerana kita tidak bersedia. Ketidaksediaan kita menghadapi sebarang kemungkinan menyebabkan kita TAKUT dan BACUL.

Apakah akidah kita goyah? Jika tidak, mengapa kita takut? Takut anak kita murtad? Mengapa tidak kita yang faham konsep akidah saja terangkan kpd anak-anak kita? Tak cukup mantapkah akidah kita? Kalau takut dan rasa tak cukup lg akidah tu, pg belajar..bg fhm. aku pun smpai skrg belajar lg :)

Jgn biarkan pemikiran jumud mguasai diri melayu. Kita perlu berubah. dan kita perlu bersedia.

Nak salahkan siapa? Salahkan pendidikan. Dulu masuk sekolah agama dikatakan melatih pengganas. Habis semua guru kementerian kena tarik dari SAR. Padahal agama itu paling penting dlm membentuk jati diri seseorang. Bukan bangsa.

Sbb tu la kedengaran orang buta agama dan celik amarah terpekik terlolong. Kenapa semua melayu?

Kita perlu mencari penyelesaian dan bertekak dan lari dari masalah. Kalau pun hari ini kita bjaya mhalang, esok lusa mereka myerang dr cara lain pula.

Orang kafir akan menyerang kita dari segala arah dan kita wajib persiapkan diri. Hantar anak kecil ke sekolah agama supaya mereka belajar ilmu akidah dan tauhid. Kukuhkan kefahaman mereka supaya mereka mampu memahamkan kita tentang konsep ketuhanan. SRK dan SMK perlu diwujudkan subjek khusus Akidah/Tauhid.

Sampai bila kita boleh mgelak? Tanpa pggunaan nama Allah pun, dah ramai yg murtad. Apakah dgn jumlah golongan murtad ini tidak menakutkan kita, umat Islam? Yg pg kelab malam, minum arak, zina, judi dan lain-lain xmasuk lg..ini ke negara Islam?

Tuhan itu Esa.
Tuhan itu hanya Allah.
Allahuakbar!
Anonymous said…
apalah korang main hemtam buta tuli dan tak pikir cara yang mudah atau anda yang menghemtam memang buta perut..anak2 anda dihantar kesekolah setiap hari kena nyanyi lagu negeri masing2..semua lagu negeri masing2 ada sebut nama Allah..apa komen anda tentang lagu negeri.adakah semata2 untuk orang melayu saja sedangkan orang UMNO nak perjuangkan sekolah satu aliran maknanya kena nyanyi lagu negeri masing tak kiralah agama pa pun..
ingat nama Allah tu untuk orang melayu saja kee...apa punya sempit pikiran..lembapp..
Anonymous said…
Dear Zikri,

Replying to ur comment, how old r u? Small boy ek....You use your brain to think or us ur backside. U better wash ur backside poperly first before u use. So obvious you sound more stupid.
Anonymous said…
Putar la khalid, Allah saja yang ta keikhlasan hati kau, kalau kau iklas, moga Allah merahmati kau, tapi kalau kau mempunyai niat atau motif buruk untuk menunjukkan kau juara kafir, semoga Allah menyedarkan kau, tapi kalau kau sama jugak dengan kafir harbi, semoga Allah membinasakan kau.
Wan Adli, Kubur Panjang, Pendang said…
Salam, berdasarkan teori Tawhid Asma', nampak macam pendirian YB boleh membawa kepada menshirikkan Nama atau Ism Allah. Rasanya Nama Allah pun mesti ditawhidkan. Ini secara logiknya bermaksud objek lain tidak boleh dinamakan Allah. Sedangkan, Gereja Kristian Katolik bertuhankan 'Allah' yang Triniti, yang 'Allah' Bapanya telah menjelma (incarnate) dalam bentuk 'Allah' Anak. 'Allah' yang Triniti ini adalah objek yang lain, bukan Allah yang Esa. Adalah diharapkan YB turut mentawhidkan Asma' atau Nama Allah, bukan sekadar mentawhidkan Rububiyyah Allah dan Uluhiyyah Allah.
Anonymous said…
yb,

bagilah ulama yang memperjelaskan dengan isu ini,

YB ini macam kera bagi bunga je bila jelas isu ini,


Kalau ilmu cetek janganlah buat persepsi sendiri
Kancil Biru said…
S'lam YB,

It should be 'pemurah & penyayang' instead of 'pengasih & penyayang'. Tho both are correct but the former are more commonly used in context with the arab translation. But of course, you could use any of the pairs.

Azhar
Anonymous said…
Apa yang ditakuti telah erlaku di Manado Sulawesi Indonesia.

Isteri Islam dan Suaminya kristian. (Saya sendiri pernah kerumahnya).

Sekitar Manado Gereja kristian bercambah (dibiyi oleh mubaligh kristian).

Terletak sebelah menyebelah.. Anak-anak muslim telah terkeliru. Allah yang mana satu. Iaiutu dalam islam AKIDAH aalah inti patinya.

Ingat walaupun kita baik .. Hanya yg mengucap dua kalimah syahadah dan tidak sirik sahaja masuk neraka w/pun dosanya berlambak tetapi masih islam.


Itulah perbedaan dan tegasnya agama islam yg tak boleh dikompromi.

Masalah minum arak ... atau judi hanya mendatangkan dosa... YB jgn takut kan Allah dah janji Syurga dan neraka ada tujuh tingkat. Kalau tuan kata org UMNO jahat.. tak pa biarlah mereka masuk neraka paling bawah jahanam. Tuan masuk syurga al-makwa paling atas ???


Bukan pakar

Wallahhuaklam
bang_mi said…
ALLAH ada pemilik???? bukankah itu bertentangan dengan sifat ALLAH??? masakan manusia boleh memiliki TUHAN..
anon..
pernah tanya tak kawan kamu tu.. adakah islam menghalalkn perkahwinan ini??? bukan masalah kalimah ALLAH.. tapi masalah xfaham islam atau buat2 xfaham.. ramai remaja2 islam yg bersekedudukan tanpa nikah... berzina hari2.. isteri curang... pelacuran.. sy kira lagi teruk malaysia..
uducated said…
Well Khalid
Please continue to fight what you think is right although clearly you are wrong in this issue.
Anybody can see that in bahasa malaysia god is tuhan.In Europe Christians used the lord in reference to god.Why is this points was not taken up.Why the issue is only in Malaysia and Indonesia?
Shasha Catering said…
Selamat Hari Raya Aidil Adha kepada seluruh muslimin dan muslimat. Semoga perngorbanan kita diterima Allah swt.

Popular posts from this blog

Keadilan Saidina Umar Al-Khattab Terhadap Rumah Ibadah Agama Lain

Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengemukakan sebuah kisah dari zaman pemerintahan Saidina Umar Al-Khattab (r.a) untuk tatapan dan renungan tuan-tuan sekalian. Melalui pendedahan ini, adalah diharap sebahagian dari ummat Islam yang tidak memahami konsep keadilan Islam terhadap agama lain, akan sedikit sebanyak dapat memikirkan kembali sikap dan pendirian mereka itu. Kisah yang ingin dikemukakan adalah kisah Saidina Umar dan Kanisah (gereja) Al-Qiamah yang terletak di Quds. Kisah ini adalah petikan dari muka surat 114, kitab Itmam al-Wafa’ fi sirah al-Khulafa’ , tulisan as-Syeikh Muhammad bin al-Afifi al-Banjuri, Darul Ibnu Hazim. “Dan apabila masuknya Saidina Umar ke dalam kota, maka masuklah beliau ke dalam Kanisah (gereja) al-Qiamah, dan beliau duduk di ruang utama gereja tersebut . Setelah tiba waktu solat asar, maka berkata Saidina Umar kepada Patriach Kanisah tersebut, “Saya ingin mengerjakan solat.” Jawab Patriach: “Solat sahajalah di sini”. Tetapi Umar menolak cadangan

Video Tazkirah Ramadhan At-Taubah Ayat 31: Pendewaan Manusia

WaLlahu 'Alam   KHALID SAMAD

Kisah Raja Najashi

Semasa saya terlibat dalam usaha dakwah di UK satu ketika dahulu, kami mendapati bahawa ramai dari kalangan penganut Kristian tidak tahu bahawa Nabi Isa (AS) diiktiraf sebagai seorang Rasul oleh Islam. Begitu juga Nabi Ibrahim, Nabi Musa dan hampir kesemua para Nabi yang diiktiraf oleh agama Kristian turut diiktiraf oleh Islam. Kecuali kumpulan yang tidak diiktiraf Islam ialah ‘Nabi’ selepas Nabi Isa, termasuk penulis Bible yang digelar sebagai ‘Prophet’ oleh mereka. Apabila mereka didedahkan dengan maklumat ini, maka ianya boleh menyebabkan mereka ingin tahu apa yang dikatakan Al-Quran mengenai Nabi Isa dan menjadi satu titik tolak bagi mereka untuk mendampingi Al-Quran.