Friday, January 22, 2010

Respon Pengunjung: Isu Kalimah Allah dan Kata Penutup

Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk menjawab beberapa soalan yang ditimbulkan oleh para pengunjung berkaitan isu penggunaan kalimah Allah oleh golongan bukan Islam. Namun disebabkan kesuntukan masa, jawapan saya akan merupakan jawapan secara ringkas dan ‘straight to the point’.

SOALAN :- “Adakah Yb bersetuju dengan konsep Trinity?”
Semestinya tidak. Tetapi itulah kepercayaan agama Christian dari zaman sebelum datangnya Rasulullah (SAW) sehingga sekarang. Mereka menyatakan “Allah adalah sepertiga dari Tiga” dan ini diabadikan dalam Al-Quran (Al-Maidah ayat 73). Itu Aqeedah mereka dan walaupun kita tidak setuju, kerana kita berpegang teguh kepada konsep Tauhid, kita tidak boleh menghalang mereka dari berpegang kepadanya dan menyatakan kepercayaan mereka. Itulah kebebasan beragama yang diajar Islam kepada kita.

Pendekatan Rasulullah (SAW) ialah untuk berhujjah dengan mereka dan meberitahu mereka bahawa kepercayaan tersebut adalah salah dan oleh itu agama mereka dan ibadah mereka ditolak Allah. Usaha membetulkan kepercayaan mereka terhadap Allah adalah apa yang dinamakan ‘dakwah’. Rasulullah (SAW) tidak pernah menghalang mereka dari menggunakan perkataan Allah serta menyuruh mereka sembah Tuhan lain, iaitu dengan menggunakan kalimah selain dari Allah. Dan inilah apa yang perlu kita contohi. Bukan menghalang mereka dari menggunakan kalimah ‘Allah’ tetapi sebaliknya menjelaskan bahawa sekiranya mereka ingin Allah terima amalan mereka maka mereka mesti memahami dan meyakini bahawa Allah itu Esa dan Muhammad(SAW) adalah RasulNya.

SOALAN :- I would like to know your stand if the word ‘Allah’ is mentioned in this context; "Jesus is the son of Allah". Please clarify.
Obviously I do not agree with the statement because as a Muslim we believe that Allah begets not nor is He begotten. However, that statement is the corner stone of the Christian faith. That is their religion and even if I do not agree I cannot prevent them from believing in their religion. It is important to note that the belief of the Christians that Jesus is the son of Allah was already present at the time of the Prophet and this is clearly mentioned in the Quran. One such ayat is found in Suran At-Taubah, verse 30 wherein Allah says,
The Jews say: “Uzair is the son of Allah”. And the Christians say: “The Masih (Jesus) is the son of Allah”. This is what they say with their mouths, copying that which was said by the disbelievers before them..
This saying by the Christians that “Jesus is the son of Allah” is not new. Such a belief is mentioned in the Quran and is of course rejected by the Quran.

By the Christians today stating this as their belief, it would actually confirm what the Quran teaches the Muslims about Christianity and how they have misconstrued the position of Jesus (Peace be Upon him). If the Christians do not believe in that, then obviously all the ayats of the Quran which tells us about the deviation of the Christian faith would then not be true. In other words, such a saying only confirms what the Quran states.

SOALAN :- Cuba YB terjemahkan “Jesus is the son of God”.
Tak perlu saya terjemahkan. Rujuk sahaja kepada Al-Quran Surah At-Taubah ayat 30 dan baca sendiri terjemahannya.

SOALAN :- Adakah kita menjadi Muslim dengan kita mengucap “Tiada tuhan melainkan Tuhan”?
Itulah maksud kalimah “La ilaha illa Llah”. Tiada ilah(tuhan) selain Allah (Tuhan). Perkataan ‘ilah’ membawa erti sesuatu yang dipuja dan dipuji serta ditaati kerana inginkan keredhaannya. Termasuk dalam kategori ini adalah nafsu seperti maksud firman Allah
“Tidakkah kamu lihat mereka yang menjadikan hawa nafsu mereka sebagai ilah mereka?” (Al-Furqan ayat 43).
Risalah Islam menyeru manusia untuk membebaskan diri dari pengabdian, pemujaan dan ketaatan kepada selain dari Tuhan pencipta alam. Ianya risalah yang membebaskan manusia dari pengabdian sesama manusia dan semua tuhan-tuhan palsu termasuk, tetapi tidak terhad, kepada berhala-berhala.

Apabila kita memeluk agama Islam, biasanya kta mengucap dua kalimah syahadah dalam bahasa Arab. Oleh kerana perkataan Allah menjadi sinonim dengan Tuhan dalam Bahasa Malaysia, maka di kekalkan kalimah Allah apabila menterjemahkan ke Bahasa Malaysia. Maka ianya menjadi “tiada tuhan selain Allah”. Perkataan Allah adalah perkataan Bahasa Arab berasal dari ‘Al-ilah’ (Alif lam makrifah wa hakikiyyah). Ia membawa erti Tuhan yang Esa yang sebenar.

SOALAN :- Why is the Trinity wrong?
It is wrong because it ascribes to God or Allah attributes which are below Him such as having a ‘son’. A ‘son’ would be similar to Him while none is like unto Him and He has no partners in His sovereignty. It is an attempt to humanise Him and in so doing give to Him the shortcomings which are common in humans. Believing that God has sons and daughters is common in pagan religions whereas such a belief is strongly rebuked by Allah in the Quran. The ayat 30 of Surah At-Taubah being a case in point.

The Quran being the word of Allah clearly explains to those who read it that Jesus was a Prophet such as was Adam, Noah, Abraham, Moses, David, Solomon and those others named in the Torah, the Injil and the Quran. So too was Muhammad. He was the last of the Prophets, bringing with him a message for all mankind, not just the Children of Israel (Jews) or his own particular tribe or kinsman. Ascribing Divinity to Jesus was a later distortion done primarily, as I understand it, to accelerate acceptance by pagan Europeans who were used to a the concept of a God Who had children.

SOALAN :- Bagaimana dengan ayat 65 Surah Maryam yang bermaksud “Adakah engkau kenal seseorang yang senama (sama) dengan Dia?”.
Pastinya tidak. Itulah sebabnya saya tidak memberi perkataan atau nama lain untuk diguna sebagai Tuhan selain Allah. Saya tidak juga menghalang manusia dari ingin menyembah Allah. Walaupun kefahaman mereka terhadap Allah itu salah TETAPI itulah kerja dakwah dan tanggung jawab ummat Islam untuk membetulkannya. Sama seperti pada zaman Rasulullah (SAW).

Semasa Baginda dibangkitkan sebagai Rasul, orang kafir Quraisy menyembah Allah, Orang Yahudi dan Kristian juga menyembah Allah. Tetapi mereka semua mensyirikkan Allah dengan tuhan-tuhan lain atau dengan memberi kepada Allah sifat-sifat yang mustahil kepadaNya. Rasulullah (SAW) tidak menghalang mereka dari terus menggunakan kalimah Allah dan mereka, khususnya golongan ahlul kitab yang berbahasa Arab dan seakan Arab, (seperti kaum Hausar di Nigeria), terus menggunakan kalimah Allah hingga hari ini. Apa yang dilakukan Baginda ialah untuk menjelaskan sifat Tauhid Allah dari segi Rububiyyahnya, Uhlulhiyyahnya dan juga dari aspek asma’ wa sifahnya.

Terlalu banyak ayat-ayat Al-Quran dan Hadith Rasulullah (SAW) yang menjelaskan kepada kita bahawa kalimah Allah digunakan oleh orang-orang bukan Islam. Telahpun saya kemukakan beberapa kali sebelum ini di dalam dua posting yang berkaitan yang bertajuk Ismu Allah dan Isu Kalimah. Oleh itu, saya tidak berhajat untuk mengulanginya di sini.

Hakikatnya Allah adalah Tuhan semesta alam dan Tuhan kepada SEMUA manusia. Istilah Al-Quran seperti “Rabbul a’alamiin” (Tuhan semesta alam), “malikin-nas (Raja seluruh manusia), ilaahin-nas (pujaan dan tuhan seluruh manusia)” adalah di antara bukti yang jelas. Tak mungkin ummat Islam ‘memonopoli’ Allah dengan mengatakan Allah adalah Tuhan orang Islam. Manusia yang ingin menyembah Tuhan pencipta alam pada hakikatnya ingin menyembah Allah. Namun semuanya ditolak Allah kecuali penyembahan dari yang islam. Ini adalah kerana hanya Islam mengajar ummatnya supaya tidak mensyirikkanNya dan mengabdikan diri kepada hanya Dia.

SOALAN :- Apa nak saya katakan kepada anak saya bila dia bertanya “Allah mana yang kita sembah? Allah Islam atau Allah Kristian?
Allah hanya satu. Tiada ‘Allah Islam’ dan ‘Allah Kristian’. Ianya Allah yang sama, Tuhan yang sama. Hanya orang Kristian telah tersesat dengan mensyirikkan Allah dan oleh itu peribadatan mereka ditolak Allah.

Sebagai hujjah, marilah kita renungi apa yang terkandung dalam ayat 46 Surah Al-Ankabut :-
“Dan janganlah kamu berhujjah dengan orang-orang ahlal-kitab kecuali dengan cara yang terbaik. Kecuali dengan yang Zalim di kalangan mereka (tak perlu berhujjah). Dan katakan : “Kami percaya kepada wahyu yang diturunkan kepada kami dan wahyu yang diturunkan kepada kamu, tuhan kami dan tuhan kamu adalah satu dan kepadaNya kami menyerah diri (Islam)”.
Saya harap para pengunjung memikirkan maksud ayat ini dan jangan ada pula yang menafikannya. Biar pemikiran dan kefahaman kita dicorak oleh Al-Quran dan Hadith Rasulullah (SAW), bukan oleh prejudis-prejudis diri kita sendiri.

SOALAN :- Tidakkah YB khuatir akan generasi Islam yang akan datang, betapa mereka akan menjadi keliru dan murtad (wa na udzu biLlah hi min dzalik).
Sememangnya saya khuatir. Namun kekhuatiran tidak sepatutnya menguasai segala amalan kita kerana pada masa yang sama kita mesti juga mempunyai keberanaian yang berasaskan keyakinan pada bantuan dari Allah. Pasti ada sebab mengapa Allah dan RasulNya terus membenarkan kaum Musyrikin serta Ahlul-Kitab menggunakan kalimah Allah. Ianya berasaskan keyakinan bahawa Islam itu agama yang sebenar dan kebenarannya akan terserlah apabila ummat Islam sendiri menzahirkan keyakinan mereka terhadap agama mereka sendiri. Tidak seperti sekarang, memberi gambaran betapa rapuhnya iman ummat Islam sehingga dengan penggunaan kalimah Allah oleh bukan Islam maka akan runtuh hancur menjadi debu aqeedah ummat Islam.

Maaf. Tetapi itulah gambaran yang diberikan, samada sedar ataupun tidak. Pada hakikatnya kekhuatiran itu berasaskan maklumat dari mereka-mereka yang sendiri lemah dalam keimanan mereka. Takut, khuatir dan ingin terus berada di bawah tempurung dan zon keselesaan mereka. Berdasarkan maklumat yang sebenar, dari Sabah dan Sarawak, ianya tiada masalah. Seperti kata pepatah, alah bisa tegal biasa.

Dalam satu perbincangan seorang wakil Sabah menyatakan di Sabah dulu hanya 38% Muslim. Sekarang sudah 56% walaupun ummat Kristian menggunakan kalimah Allah semenjak sebelum Merdeka. Yang ‘murtad’ mengikut beliau adalah yang muallaf. Ada yang keluar masuk Islam 3, 4 kali. Setiap kali masuk dapat imbuhan.

Begitu juga di Sarawak. Dahulunya 15% yang beragama Islam sekarang sudah menjadi 35%. Mengikut maklumat yang saya perolehi semasa di Kuching tempoh hari, majoriti Islam di Sarawak sekarang bukan orang Melayu tetapi keturunan Dayak.

Pada hakikatnya penggunaan kalimah ‘Allah’ oleh orang Kristian akan mendorong ummat Islam memahami dengan lebih jelas lagi siapa Allah dari kaca mata Islam dan bagaimana ianya berbeza dengan fahaman orang Kristian. Ummat Islam tidak boleh leka dengan hanya mengatakan “kami sembah Allah” tanpa menyedari apa yang dimaksudkan dengan kalimah tersebut.

Kedua, ia akan memudahkan usaha dakwah terhadap golongan ahlul-kitab dan sekiranya kita yakin dengan kebenaran hujjah kita, maka tiada masalah bagi kita menangani usaha mereka untuk mempertahankan kefahaman mereka terhadap kalimah Allah itu sendiri.

Itu sahajalah yang saya ingin nukilkan berhubung persoalan ini. Yang tidak mahu bersetuju akan terus tidak bersetuju. Yang ingin mendengar dan menilai, insyaAllah akan Allah bimbingkan kepada yang lebih diRedhaiNya.

Selepas ini kita kembali sambung kepada isu penyelewengan UMNO/BN.

WaLlahu 'Alam
KHALID SAMAD

78 comments:

Abu Abdurrahman said...

Terima kasih YB, saya udah jelas sejelas-jelasnya.

Oke, kita tumpukan usaha mempertahankan Selangor dari fraksi UMNO dalam PAS dan kerja-kerja jahat UMNO (juga ulat-ulat mereka dalam PBT) seperti yang sedang berlaku sekarang.

orang tua PAS Kg Jawa

Anonymous said...

YB tetap dgn pendirian YB walaupun salah. Syabas YB. Namun saya bukanlah ahli agama yg bijak pandai utk berhujjah dgn YB.

Tapi apa yg saya nak kata adalah saya bersetuju sedikit drp apa yg ditulis oleh YB (termasuk terjemahan ayat al Quran).

Apa yg saya bantah adalah penggunaan Kalimah ALLAH kepada Kristian.

Walau apa pun, saya tetap MEMBANTAH!

Jika PR berjaya memerintah Malaysia satu hari nanti saya TETAP TIDAK RELA DENGAN PENGGUNAAN KALIMAH ALLAH kepada Kristian!

Itu PENDIRIAN SAYA DULU KINI DAN SELAMANYA.

ALLAHUAHAD!
ALLAHUAHAD!
ALLAHUAHAD!

Kita tunggu PRU13 nanti YB.
YB pasti akan tersungkur!

Shah said...

I fully agree with you. Problem dengan sebahagian orang Melayu ialah mereka terlalu berfikir menggunakan minda Melayu bukan minda Islam. Minda Islam adalah minda yang terbuka dan sejagat, sementera minda Melayu adalah minda yang sempit dan ethnosentrik. Contoh yang terbaik ialah analogi pensyirikan Allah oleh orang-orang Kristian dan Musyrikin dulu dengan pensyirikan Allah oleh orang-orang Melayu sendiri melalui kepercayaan sebahagian daripada mereka kepada kuasa dukun dan bomoh, jin ,hantu dan semangat, wali dan keramat. Apa bezanya pensyirikan Allah oleh orang-orang Melayu ini dengan pensyirikan Allah oleh orang-orang Kristian dan Musyrikin? Pada prinsipnya tidak ada. Tetapi kenapa kita tidak melarang orang-orang Melayu seperti ini daripada menggunakan nama Allah sebagai Tuhan mereka?. Para ustaz akan menjawab mereka akan membayar harganya di akhirat nanti, kerana mereka telah melakukan dosa besar. Jadi tidak mungkinkah orang-orang yang mensyirikkan Allah dari ugama-ugama lain itu akan menjawab pensyirikan merea di akhirat nanti? Wallu waalam.

aloysius francis pinto said...

Thank you YB Khalid Samad. You have restored my confidence that the Abraham is our common ancestry and I have experience the teachings of Jesus from so many Muslim friends. I have lived with all races since Allah gave me life 6 decades ago. My father has taken me during his work with a Charity Society, and I have experienced love and caring from all peoples and cultures.
I was addressing about 45 Muslim young graduates yesterday, and I shared with them that in spite of everything, I believe this is still one of the best countries in the world. As long as Muslims in this country practice the teachings of Islam, which includes the teachings of Jesus, I am assured that Allah will always protect, guide and prosper us as a nation.
I am assured by your statements that there are more Muslims who are like-minded like you, and Allah has given you the gift to articulate it in a plural society like Malaysia. At end of the day, corrupted/racist UMNO leaders, who have demonised PAS in the past to non-Muslims (me included)know that their days are numbered. So they are clutching to the race card by being unfaithful to the teachings of their own relilgion - God for have mercy on them!
I hope that you could jointly host a series of 'MUHIBBAH MALAYSIA' goodwill commmunity events in Shah Alam and beyond. I am working with a large group of Young Graduates comprising of all races and religions. I am encouraged that they want to make a difference. They agreed with me that God has blessed us in the past, and I believe all Malaysians, especially matured leaders must remember that the Malaysia that our children will inherit, depends so much in what we adults do now. We can fool the immature but we cannot fool God. "FEAR OF ALLAH" is our common belief.
ALLAH BLESS YOU ABUNDANTLY IN YOUR MISSION AS HIS INSTRUMENT OF PEACE, HARMONY AND PROGRESS.

Ahmad Syafiq said...

Thank you for posting your visitors' questions and for your answers to those questions. It's very enlightening and helpful in what you are actually saying about the 'Allah' issue.

I just pity those people (typical UMNO) who had the nerve to call you a Christian using their own judgments, without really understanding what you're saying on the 'Allah' issue.

Victor said...

Itu sahajalah yang saya ingin nukilkan berhubung persoalan ini. Yang tidak mahu bersetuju akan terus tidak bersetuju. Yang ingin mendengar dan menilai, insyaAllah akan Allah bimbingkan kepada yang lebih diRedhaiNya.

I like this statement! Don't be like Zulkifli Noordin, ranting his head off. How to live harmoniously if everyone is like him??

Anonymous said...

Khalid,
When you meet the sultan, God will be by your side because you are his true follower. He will guide you what to speak and do speak for him and the word of God in your Koran which allows Allah by other religions.
Tell him of the abuses, the behaviour of those religious department heads who acted like politicians.
Truth always prevail. Fear not who you on God's side. Amin.

Anonymous said...

LEPAS NI TUKAR MOTTO PAS FOR ALL..JADI PAS ALL CAN..

nafis said...

Assalamu'alaikum YB,

a beautiful piece, wish it could be permanently imprinted into those minds that still equates this issue with the "Malay" issue

and no wonder YB was seen often grinning from ear-to-ear [in 101 East] whenever that Yusri kept talking on and on about Malays being the "lost souls" [apparently Yusri couldn't make heads or tails regarding the issue of "ALLAH" in the first place!]

Kalaulah ada melayu yang risau kelak ramai bakal murtad hanya kerana kalimah "ALLAH", look no further than into your own selves for choosing the wrong party to govern Malaysia [am talking politics now...sorry YB]

Bark up at the right tree [BN] and not PAS for BN sits and do nothing about all the perlembagaan mumbo-jumbo that have allowed Aisyah Bukhari, Lina, Hartina to become murtad...

Anonymous said...

dalam berpuluh juta, . .
suku daripadanya diatas landasanNYA. . .
daripada suku, . .
berpuluh orng yang bergerak laju. . .
antaranya adalah YB...
setakat komen pejalan kaki,bodoh jika dilayan, , ,
gomo yb gomo...

Anonymous said...

Kepada yang masih tak faham dgn isu pnggunaan nama Allah ni....meh...datang rumah aku ...aku nak ajar supaya jadi faham......Kepad Yb Khalid.....cukuplah dok layan budak budak bengong tu....perabih ke beras jer...

Anonymous said...

meh aku nak dtg rumah kau. bagi alamat..seluruh penduduk shah alam nak dengar ceramah agama kau!

Blog Zaid Ibrahim said...

Khalid Samad dari PAS adalah seorang pemimpin politik yang saya hormati kerana beliau berani mempertahankan perkara atau prinsip yang benar walau pun mungkin ada orang anggap ia akan rugi dari segi politik. Itulah yang membezakan ahli politik yang ada intelek dan integriti dengan orang politik yang bersifat murahan dan oportunis. Orang yang rakus biasanya tak faham isu yang diperkatakan, atau kalau pun dia faham isu, orang jenis itu akan terus berdrama dan berlakon untuk mendapat sokongan orang ramai dengan diperalatkan melalui ucapan sensasi dan penuh emosi.

Selanjutnya

samad said...

kata Anonymous...

"YB tetap dgn pendirian YB walaupun salah....."

"....Walau apa pun, saya tetap MEMBANTAH!..."

"....Itu PENDIRIAN SAYA DULU KINI DAN SELAMANYA....."

Ini menunjukkan anda tetap dengan pendirian anda dulu, kini dan selamanya walaupun salah.

ISACC said...

YB Khalid,

Saya ucapkan syabas kepada YB.

Isu penggunaan nama ALLAH ini ditanggani secara emosi oleh sebahagian masyarakat. Sepatutnya ianya memberikan ruang kebaikan untuk dakwah, menunjukkan keterbukaan Islam. Tapi sebahagian masyarakat, mungkin atas kepentingan tertentu, tidak menggunakan peluang secara sebaiknya.

Perkara sebaliknya yang berlaku. Sekarang perlu diterangkan isu tersebut secara panjang lebar pada khalayak, terutamanya orang bukan islam. Saya tidak paham pada tahun 2010, masyarakat islam masih boleh dikelirukan dengan isu ini.

Wassalam

AKA

Kay Du Lac said...

Salam, Kita perlu melihat kepada konteks penggunaan kalimah Allah itu sendiri. Jika digunakan sesama Kristian di dalam gereja mereka tanpa mengganggu orang Islam dikira boleh. Tapi jika mahu menggunakan kalimah Allah dalam penerbitan, maka saya rasa kurang sesuai, kerana ia lebih kepada penyebaran agama Kristian dan boleh mengancam Islam.

Kay Du Lac said...

Mengapa kalimah ALLAH yang menjadi pilihan? Itulah keistimewaan agama Islam sehinggakan orang kristian satu Malaysia mencadangkan kalimah ALLAH digunakan untuk menggantikan nama tuhan mereka sedangkan masih banyak nama tuhan lain seperti tuhan hindu, Buddha dan sebagainya. Kenapa nama tuhan ini tidak terpilih. Sepatutnya ia patut dibanggakan oleh semua umat Islam kerana kalimah Allah yang terpilih. Ini bukti Allah itu benar dan Maha Esa. Namun, semua perlu beringat, apa motif mereka menggunakan nama Allah ni. Jangan hanya kerana ingin mengekalkan keharmonian negara dan bangsa, agama di gadaikan. Malaysia sebagai sebuah negara Islam perlu mempertahankan apa yang terbaik untuk umatnya..Dalam kita menuju arus kemodenan, setiap hari kita lihat betapa anak-anak muda kita cetek ilmu agamanya..Lindungi lah mereka ini dulu..kenapa perlu mengelirukan mereka dengan penggunaan kalimah Allah yang mempunyai dua maksud yang nyata berbeza..jika satu hari nanti, anak-anak kita bertanya, “mak, apa beza Allah Islam dan Allah Kristian?” apa yang kita akan jawab..sesungguhnya Allah berikan kita kenikmatan aqal untuk digunakan sebaik nya. Sebagai khalifah Allah, bukankah tugas mutlak kita menjaga kesucian agama kita. Allah Maha Mengetahui Segalanya.

Anonymous said...

Salam YB, syabas! saya sangat setuju di atas hujah YB berhubung dengan issue penggunaan Allah oleh yang bukan Islam, khasnya penganut Kristian. Saya memang sependapat dengan YB tetapi tidak pandai berhujah seperti YB. Apa yang YB katakan adalah benar, kerana pada pengalaman saya adalah amat sukar untuk meyakin (berdakwah) kepada bukan Islam tentang kosep tauhid iaitu Allah yang satu. Sekarang penganut Kristian hendak menggunakan kalimah Allah, pada saya adalah bagus, dipersilakan! Kenapa saya kata begitu? ialah kerana kini mereka sudah percaya bahawa tuhan yang mereka sembah itu ialah Allah sepertimana tuhan yang disembah oleh orang-orang Islam jua, namun cara sembahyang mereka berbeza dengan cara Islam. Mereka juga percaya kepada rasul-rasul yang terdahulu seperti juga kita, tetapi agak keberatan untuk mengakui bahawa Muhammad (saw) juga seorang nabi seperi nabi-nabi yang terdahulu. Namun saya percaya jauh di lubuk hati mereka, mereka tidak akan menafikan bahawa Muhammad(saw) adalah juga seorang nabi dan rasul kepada penganut agama Islam. Oleh itu, apakah ini tidak memudahkan kita, orang2 Islam untuk berdakwah kepada yang bukan Islam khasnya penganut Kristian. Ini kerana bahagian pertama 'syahadah' sudah pun mereka fahami dan kuasai iaitu 'tiada tuhan melainkan Allah', dan peranan kita sekarang ialah meyakinkan mereka bahawa Muhammad itu rasul Allah, iaitu nabi akhir zaman yang diturunkan Allah untuk seluruh umat manusia. Jika mereka boleh melafaz 'LA-ILLA-HA-IL-LALLAH,(No God accept Allah) MUHAMMADUL-RASUL-ALLAH'(Muhammad is the messanger of Allah)maka mereka kini akan menjadi saudara baru kita. Amin.

Anonymous said...

"Kalaulah ada melayu yang risau kelak ramai bakal murtad hanya kerana kalimah "ALLAH", look no further than into your own selves for choosing the wrong party to govern Malaysia [am talking politics now...sorry YB]".

Ini jawapan aku!!!!
Halooo Bro! Political statement. Tak puas hati lagi ke tak dapat memerintah? Common bro, dekat kelantan yang diperintah PAS pun ada yang murtad. Kalau Kaum kerabat Chin Peng perintah, boleh ke u gerenti, tak ada yang murtad. Cakap ikut kepala lutut. Pakai otak lah bro.

"Kepada yang masih tak faham dgn isu pnggunaan nama Allah ni....meh...datang rumah aku ...aku nak ajar supaya jadi faham......Kepad Yb Khalid.....cukuplah dok layan budak budak bengong tu....perabih ke beras jer..."

Jawapan aku,
Ini sorang lagi penyokong bodoh PR. Kalau berani siarkan alamat kau! Aku nak tengok tinggi mana ilmu kau berbanding Harun Din. Bodoh piang punya orang. Kau ikut je Khalid tu, common lah bro tak tahu jgn mengaku pandai. To good to be true!!! Bangang!!!

January 22, 2010 3:41 PM

Ahmad Syafiq said...

To Anon 10.13am,

"YB pasti akan tersungkur"

Adoi... Pasti??? Kamu ni ada kuasa qada' dan qadar ke saya nak tanya balik?

Apatahlagi, Khalid Samad pun dah kata dia tak kisah hilang kerusi parlimen Shah Alam, kerana prinsip Islam mengatasi segala-galanya, walau apa keadaan sekalipun.

raj raman said...

Yb,
Happy to read about your views.
The sad part "UMNO MULLAH" is hijacking the organized religion and organized it for their political mileage.

Some of their cowhead brain followers brain wash by this UMNO MULLAH.

rajraman666.Please link www.sayaanakbangsamalaysia.net (to be true blue ANAK BANGSA MALAYSIA regardless race,religion and color)

Thank u.

bang_mi said...

yb,
sy setuju ngan yb.. tp penggunaan agak sy kurang setuju.. org islam skunk bodoh sangat la.. kerisauan mereka menyempitkan fikirn mereka.. tiada semangt jihad.. perbuatan mereka macam org kafir takutkan islam.. sy tidak membantah.. tp kurang setuju.. org islam ngan org kafir seakan2 sama.. tiada yg dapat membezakan mereka selain ic.. inilah kebodohan umat yg paling ditakuti..

raj raman said...

Yb,
Happy to read your views.
The problem is the Organized Religion is miss use by Organized leader with cow head brain MULLAH,RABBI and PRIEST.

This Mullah lead by "UMNOoo WARLORDS" want to divide and rule Malaysian.

Soon "UmNooo MULLAH" will copyright
and sell the name of GOD to stay in power.

rajraman666.Can you please link www.sayaanakbangsamalaysia.net.
thank u.

Anonymous said...

Saya amat-amat menyokong apa yang dikatakan oleh Zaid Ibrahim. mereka yang mengecam YB itu sebenarnya adalah mereka-mereka yang rakus, isu ini hanyalah sandiwara mereka. Sejak bila pula mereka tinggalkan isu pembangunan dan beralih pada isu agama pula, kan ke pelik. 52 tahun memerintah yang kita tahu mereka tidak pernah menjuarai agama, tetapi mereka pecat mufti ada tembak orang-orang agama pun rasanya kalau tak silap pernah. HE..HE.. UMNO jangan jahat sangat nanti makan diri. Allah melihat.

Anonymous said...

salam,

"ini bukan masalah boleh atau tidak...
ini hal nak bersatu atau tidak"


-aku marhaen-

psychedelicmundo said...

Salam YB.Saya lebih setuju dengan kaedah yang digunakan YB ini.YB memberikan kefahaman yang lebih poko bukan sekadar bertekak tentang hukum penggunaaan Allah itu sendiri.Saya tertarik dengan kaedah ini kerana ini adalah satu bentuk dakwah yang betul-betul telus dan boleh menerangkan kepada non-Muslim tentang apa yang mereka faham itu salah.Saya juga sangat-sangat tertarik dengan ayat berikut.

(Rasulullah (SAW) tidak pernah menghalang mereka dari menggunakan perkataan Allah serta menyuruh mereka sembah Tuhan lain, iaitu dengan menggunakan kalimah selain dari Allah. Dan inilah apa yang perlu kita contohi. Bukan menghalang mereka dari menggunakan kalimah ‘Allah’ tetapi sebaliknya menjelaskan bahawa sekiranya mereka ingin Allah terima amalan mereka maka mereka mesti memahami dan meyakini bahawa Allah itu Esa dan Muhammad(SAW) adalah RasulNya)

Jelas yang salahnya pada bukan boleh atau tidak mereka gunakan perkataan Allah,tapi apa yang lebih penting menerangkan kepada mereka maksud Allah yang sebenar.

Anonymous said...

Aku pelik dengan orang bodoh sombong yang tidak boleh terima penjelasan dan kebenaran. YB Khalid Samad sudah menjelaskan dengan sejelas jelasnya di situ. Egypt, Lebanon, dan Syria dimana rakyat mereka bertutur dengan bahasa arab termasuklah penganut kristian mereka. Mereka tak ada masalah pon dengan hal ni. Padahal mereka punyai ilmuwan islam yang jauh lagi berpengaruh dan berilmu dari kita. Bagi pihak YB Khalid, saya meminta maaf kerana terdapat kesalahan pada penulisan. Dimana Surah Al Maidah yang ditulis diatas sepatutnya adalah pada ayat ke-73 bukan 72.
Dengan itu saya sudah kan komen saya dengan surah Al Maidah ayat ke 73. Dalam quran sendiri menyatakan bahawa penganut kristian percaya pada Allah. Cuma kepercayaan mereka berlainan daripada kita yang islam. Jika anda masih tak faham, tak dapat lah saya nak membantu

Surah Al Maidah, ayat 73

Sesunguhnya kafirlah mereka yang menyatakan "Bahawasanya Allah adalah satu daripada yang tiga" dan sesunguhnya tiada tuhan melainkan Allah, dan jika mereka tidak berhenti dari apa yang mereka katakan, Mereka yang kafir itu pasti akan ditimpa keseksaan yang pedih.

Khalid Samad said...

Terima kasih Anon January 23, 2010 6:30 AM, sudah pun diperbetulkan. Harap maaf.

milestone said...

Salam,

Saya secara faham lagi jelas dlm pelbagai bacaan utk turut bersama pendapat YB.
http://showyourmiles.blogspot.com

YG PENTING KITA TERUS MEMPERTAHANKAN PR dan MENUMBANGKAN SEGALA PENYELEWENGAN UMNO & BN!! Bagitau pada mereka, KAMI TIDAK LEKA!!
SAYA AMAT BERHARAP YB TERUS FOKUS KEHADAPAN UTK KITA REMPUH UMNO/BN YG SEMAKIN KALUT & MARUT

-milestone-

muhammad said...

Saya amat bersetuju dengan YB Khalid Samad. Sebenarnya di Sabah kalimah Allah sudah digunakan oleh orang Kristian sejak sekian lama. Malah di dalam bible Bahasa Malaysia yang digunakan kebanyakan orang Kristian di sana, memang perkataan Allah digunakan untuk merujuk kepada Tuhan. Dalam konteks dakwah, penggunaan kalimah Allah oleh orang-orang Kristian membuka peluang dakwah yang cukup luas untuk orang Islam. Ini kerana di dalam bible Bahasa Malaysia mereka, banyak ayat yang menyatakan "Allah Tuhan Yang Satu". Ini jelas bertentangan dengan amalan mereka yang mempercayai konsep trinity (syirik) dan seterusnya terpesong dari apa yang terkandung bible itu sendiri. Maka, percanggahan ini boleh dijadikan hujah oleh orang Islam untuk berdakwah kepada orang-orang Kristian ke jalan yang lurus dan diredhaiNya. Alhamdulillah hasil dakwah ayah saya berdasarkan perkara ini, ramai orang Kristian yang sudah memeluk Islam di Sabah. Ramai yang sudah kembali kepada fitrah dan berpegang kepada tauhid.

Lihatlah dari pandangan hati bukan dari pandangan emosi. Begitu besar hikmah yang Allah berikan bila timbul isu ini.

Anonymous said...

sudahler YB,

LAgi skali saya katakan kalau tak mempunyai kelulusan agama janganlah nak pandai pandai

baik refer dengan ulama

Even Nik Aziz pun cautious about this Allah issues

Kalau YB pandai sangat pergilah berdebat dengan Ust Haron Din

Lagi nak menegakkan benang yang basah

Lagi satu saya cukup sedih tengok sikap sombong YB mecelah apabila org lain bercakap

Previously i vote for you

sorry my vote is not for you this time

Anonymous said...

salam wahai pak cik khalid samad..... saya nasihatkan pak cik tak payah la nak bajet ulama'.... nampak sangat macam nak promote diri....pak cik, biarlah urusan agama ni biarlah diselesaikan oleh mereka yang mndalami dan memahami agama....

saya rasa hujah pak cik yang kata kefahamn umat islam 1988 lemah n sekarang dah kuat,,,

..kenyataan pak cik tu bukanlah mengambil kira keseluruhan masyarakat Malaysia...sekarang ni kita tgk makin bertambah gejala murtad, masalah sosial remaja muda mudi Islam.

..mcm ni ke pak cik kate kefahaman umat islam da mantap...Piiiiiiiiiiiiiiiiirahhhhhhhhhhhhhhhhhhhh!!!!!lain kali tak payah nak cari publisiti.....buat malu PAS je buat kenyataan cam tu................

d

Anonymous said...

MAIS & JAIS pun dia nak komen...dulu tak nak jadi ulamak.. masuk politik...

Anonymous said...

YB,

YB masih cuba nak berdolak dalih mengenai perkara ini

Majoriti masyararat islam di Malaysia menentangnya.

Tapi YB masih lagi cuba menegakkan benang yang basah

losche said...

YB,

Saya rasa YB tak payalah bagi penjelasan kepada komentar pengunjung yang mungkin cetek ilmu tak seperti YB

YB jawablah komen Haron Din ini

http://www.youtube.com/watch?v=osgzleoEUN8

harap YB dapat perjelaskan supaya kita tidak lagi keliru

iwanlaici said...

http://www.arabbible.com/t-Allah.aspx

baca dan fahamkan.. pastu sendiri mau pikir.. kalau x faham jgk x tau lah aku nak ckp apa lg.. huhuhu...

faizalzainol said...

Salam,

saya setuju dengan pendapat YB.

Allah for All,
Islam for All,

Islam bukan semata-mata utk muslim tetapi Islam adalah untuk seluruh makhluk ciptaan Allah, begitu juga dengan Allah, Allah untuk semua makhluk ciptaan Allah.

Kesimpulannya "usah tutup kekeliruan dengan kekeliruan".

Tahniah kepada YB atas keberanian dan kemantapan hujah yang diberikan.

Anonymous said...

Saya mengucapkan tahniah kapada khalid samad kerana berani menegakkan kebenaran . Nampak nya UMNO telah diperalatkan oleh pihak lain hingga kelihatan atau memang sebenarnya mereka menggunakan ugama untuk kepentingan politik .

Saya ada kirim email kapada saudara khalid samad untuk digunkan sebagai hujah , email saya ialah sidekrahman@yahoo.com

Dizaman globalisasi ini Ulama di malaysia juga patut merujuk kapada negara islam yang mengalami masaalah yang serupa misalnya di negara mesir dan iraq yang mempunyai ramai orang kristian keuda negara ini menggunakan bahasa arab . Kita juga patut merujuk kapada negara yang berbahasa melayu seperti indonesia .dan thailand . Jika ugama islam itu universal maka ia harus memebuktikan bahawa ia ugama universal .

Kesimpulannya
Kesimpulannya pada pendapat saya kita harus izinkan mereka menggunakan perkataan Allah dalam risalah mereka tapi tidak boleh menggunakan perkataan 35 senarai perkataan yang telah dilarang penggunaan nya oleh orang bukan islam oleh kerajaan selalu seperti dalam akhbar 15 januari 2010 . Tujuan kita hanya tak mahu mereka berdakwah kapada orang islam itu sahaja . Mereka berhak gunakan perkataan Allah kerana Allah Bermaksud Tuan yang satu , kalau tak percaya tanya orang arab .

Yang Benar ,
kapten kapal

kaptenhasan said...

Saya ingin menujukan lagu "biru mata hitamku" kapada khalid samad dan penyokongnya termasuk saya . lagu di nyanyikan oleh kumpulan wings dan lirik oleh Allahyarham loloq . Cogan kata kami ugama itu adalah untuk Allah dan bukan untuk kepentingan kumpual manusia tertentu .Dan kebebasan penting dalam perjuangan . Jangan risau orang islam yang menentang ialah yang kurang paham . Kalau mereka paham mereka akan sokong anda .


Kesimpualnnya :

Kesimpulannya pada pendapat saya kita harus izinkan mereka menggunakan perkataan Allah dalam risalah mereka tapi tidak boleh menggunakan 35 perkattaan ini telah dilarang pangunaannya oleh kerajaan selangor.

Hamba said...

YB,
Tolong jadi orang yang sedar diri dan tawadhu', jangan gunakan title YB dan Ir. untuk memperkatakan sesuatu yang YB tak mampu dan tak tau. Banyakkan istighfar, dan berdiam dirilah dan muhasabah dirilah.

jamil said...

Sy tidak menentang isu kalimah Allah digunakan oleh mereka. Gunalah seberapa banyak yg mereka mahu bila mereka hendak sembahyang, baik dlm gereja, kuil, tokong atau rumah mereka. Yg saya tentang ialah mereka mahu cetak didalam penerbitan majalah, buku dan lain-lain didalam bahasa melayu. Apakah tujuan sebenar mereka. Tidakkah kita perlu risau serta curiga, apakah niat mereka ini selepas kebenaran utk mencetak ini mereka perolehi. Jgnlah hanya politik semua ini dibenarkan. Apa akan terjadi jika 5 tahun dari sekarang anak2 kita yg cetek atau kurang ilmunya. Jika mereka ini terkeliru, atau terpengaruh dan menganggap semuanya sama.. apakah kita akan terlepas dari segala beban. Apakah kelak kita tidak diperhitungkan. Amanah yg diberi bukan hanya utk kepentingan politik semata-mata. Fikirkan lah.

Anonymous said...

YB Khalid sepatutnya sedar bahawa dalam pertemuan di rumah Dato' Seri Anwar Ibrahim pada hari Isnin 02 Safar 1431/ 18 Januari 2010 isu kalimah ALLAH ini telah dibincangkan dengan panjang lebar, dan ternyata kebanyakan 'ulama' dan ilmuan muktabar Islam yang hadir saperti Dr. Kamal Hassan (bekas rektor UIA), Ustadz Abd Ghani Shamsuddin, Sdr Cikgu Azmi (Teras) dan lain-lain ternyata tidak bersetuju kalimah ALLAH boleh digunakan oleh umat Kristian yang berfahaman ketuhanan triniti, sebaliknya kalimah ALLAH hanya boleh digunapakai oleh mereka yang mentauhidkan dan mengesakan ALLAH. Malahan pendapat ini juga dikongsi oleh 'ulama' dan ilmuan lain (yang tidak hadir) saperti Dr. Syed Naquib Al Attas (bekas Rektor Istac), Datuk Dr. Siddiq Fadhil (Pengerusi Wadah), termasuk pakar perlembagaan Datuk Dr. Professor Shad Faruqi (UiTM). Memang ada agamawan dan mereka yang menyokong saperti Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man, YB Salahudin Ayub, Hanipa Maidin (yang kesemuanya daripada PAS), termasuk Dr. Mohd. Nor Manutty (PKR) dan beberapa orang lain.

Sebagaimana kata Dato Seri Anwar sendiri, ternyata ada perbezaan pendapat yang sangat ketara, dan perbezaan itu menyebabkan rumusan kesepakatan tidak dapat dicapai pada malam itu sebagaimana yang diharapkan beliau.

musang said...

Harun Din agaknya sudah ketinggalan zaman pada kaca mata anda. Elok sahaja disuruh haron Din berambus dari PAS

Anonymous said...

Neither the christian nor the muslim have understood the true meaning of the symbolic word 'son"..ok let's test the ulamkas a bit..in the holy quarn there are plenty of verse that says Allah as "WE"(kami)..why?Human always think GOD mind equals to our limited/petty minds..

Anonymous said...

Let have a debate with the ulamaks on the "rivers of wine" mentioned in the quran...

Anonymous said...

Apa nak di cerita pasal 'rivers of wine'?Sudah tentu mamat anon ni memang bangang
Hei kat syurga tak ada larangan macam kat dunia paham tak?
And dalam bahasa malaysia terjemahan untuk god ialah tuhan.
Takada orang akan cakap Allah untuk orang India ialah Siva Kali dll.Sebab itu kenapa paderi Pakiam tu nak sangat pakai nama Allah untuk memanggil tuhan kristian tu aku pun tak paham.
Yang aku paham masa aku sekolah dan juga masa aku baca baca ialahkonsep 'trinity' atau tiga dalam satu ini ialah Yesus,Mariam dan Roh suci.
Puak Katholik mengatakan bahawa Tuhan itu satu tapi tiga seperti 1 didharap tiga kali ialah satu.
Aku pun konpius sebab bila mereka kata the lord (tuhan) menghantar anak nya Yesus untuk mengajar manusia ke kebenaran.
Dan tuhan inilah yang Pakiam tadi hendak dipanggil Allah dalam bahasa malaysia.Sebab orang kristian di Sabah sarawak telah menggunakan perkataan itu.

Jadi kalau kita haramkan perkataan Allah ini orang kristian Sabah Sarawak akan jadi tak paham konsep trinity tadi tu.

memang pun konsep tadi tu agak susah nak paham sebab tu dalam kristian pun ada golongan Protestant yang membangkan orang Katolik ni...tapi aku rasa kalau orang Sabah sarawak tu tak paham makna tuhan itu god atau the lord boleh fail SRP.

Kepa Encik Khalid Samad sekarang ni Tuan ni banyak sangat memperjuangkan perkara -petrkara yang menguntungkan bukan Islam.Adakah tuan rasa bukan Islam sahaja yang ditindas?Danlah memperjuangkan hak-hak yang lebih untuk bukan Islam tetapi meminggirkan hak-hak orang Islam.

Tuan selalu mengadakan ceramah-ceramah paling akhir untuk menjelaskan penggunaan Allah untuk bukan Islam.Tuan paham tak masa-masa yang tuan gunakan itu masa orang ramai.perbelanjaan dan lain-lain.Kalau tuan tak salah tak payah nak buat ceramah ini.Benda ni mudah dan banyak kepada segelintir masyarakat yang kononnya tak paham bahasa malaysia iaitu antara tuhan,anak tuhan isteri tuhan...
banyak perkara lagi yang tuan patut buat seperti jana-jalan yang semakin teruk di Shah Alam ini...keadaan penduduk,kebersihan..mengapa semua ini tak dibuat pemantauan.Kalau sebelum pilihanraya berdegar-degar ceramah pasal Islam selepas tu?

Aina said...

Yb Khalid, i totally agree with you after reading your explanantion & watching you in Aljazeera101EAst. the word Allah should not become an issue if we as muslims are certain with our faith and believe. a mere word should not make a person less muslim. it is about what you believe in and practice with. may allah bless you Yb!

Anonymous said...

to anon 2.04 a.m, 24 January 2010

you are really the real MALAYSIAN INSIDER

is it true that meeting take place?

so khalid,

care to explain what happen between Anwar and all the Ulama' at his house??

SURAU-ISTIQAMAH said...

DALAM MASALAH INI, BERSETUJU "BOLEH" MEMBAWA KITA KEPADA KEKUFURAN KEPADA ALLAH S.W.T...SAYA BUKAN ORANG YANG PANDAI DALAM AGAMA..SAYA BUKAN USTAZ..TAPI...FIKIRKANLAH.TEPUK DADA TANYA IMAN....

Anonymous said...

YB

Saya ni slalu baca blog dan komen org dlm blog

slalunya 80 peratus komen positif berkenaan isu yang di bangkitkan oleh penulis blog oleh komentar-komentar

Ini kerana kebanyakan pengunjung sesuatu blog adalah peminat atau penyokong penulis blog tersebut

namum dalam penulisan YB berkenaan Allah, nampaknya lebh 60 peratus memberikan reaksi negatif terhadap penilisan YB

hmm...

cuba YB fikir fikirkanlah

kemungkinan pandangan YB tidak mendapat pandangan majoriti

Anonymous said...

Kepada anonymous!

Allah menyuruh kita apabila berlainan pendapat maka rujuklah Quran dan Hadis. Sedara ni macam bukan Islam je, jgn ikut nafsu yg dtg dari Syaitan. Kalau nak komen atau luah pendapat sila bersandar Nas2 yg sahih. Jgn pula guna emosi. Kalau tak reti baik diam dpd jadi bodoh bila berkata2.

Sivakumar said...

Yang ANONYMOUS di atas merepek pasal "60 peratus memberi reaksi negatif terhadap penulisan YB Khalid" tu cukup bakhil.

Tak tahu lagi ke yg cybertroopers dari puak UMNO rajin meninggalkan komen-komen yang negatif kat blog YB Khalid?

Tak faham lagi ke?

Anonymous said...

Kepada anon Jan 25, 1.07 AM

So,



Ilmu kejuruteraan jangan dicampur aduk dengan Ilmu agama.

Kesimpulanya tuan sendiri mengakui
kalau tak pandai janganlah bagi pandangan. Kalau tak pandai gunakan Hadis dan Quran jangan buat kenyataan. Kalau YB Khalid seperti Tok Guru Nik Aziz, Haron Din kami akan menghormatinya


Fikir2 kanler ayat ini ini:

Kalau kail sejengkal jangan mengail di lautan luas

Paku Dulang
Paku Serpih
Mengata Orang
Khalid Samad yang lebih

Anonymous said...

//Apa nak di cerita pasal 'rivers of wine'?Sudah tentu mamat anon ni memang bangang//

Apasai nak bangang?There r plenty of verses with word wine,milk and honey in the quran..yalah,ketuanan melayu islam dah equate Allah tu Tuhan melayu..so,once gain,what's the menaing of the words wine,milk,and honey puring down like rivers frm the paradise/garden/dan kepan Allah menyurh manusia menyembah senja pagI?Apa maksudnya senja?

salman said...

Saudara YB,

Suatu permasalahan tidak boleh di lihat dari sudut dalil dan hukum sahaja, tapi mesti bermula dari segi:

(1)Falsafah@tasawwur@hakikat- punca permasalahan ini, yang sebenarnya di timbulkan oleh golongan kristian 'Malaysia'yang jelas-jelas punya agenda kristianisasi.

(2)Maqasid@tujuan pensyariatan/hukum - Hukum berubah mengikut keadaan semasa dan setempat. Tidak wajar sebagai orang awam melangkaui fatwa setempat yang telah di wartakan dengan mengambil mana-mana pandangan ulama' muktabar yang bercanggah dengan fatwa setempat ( Rujuk Adab mufti wal mustafti )

3) Kaedah Feqhiah (Hasil dari dalil feqh dan interakaksi nusus feqh) " daru'l mafsadah awla min jalbul maslahah" Mengelak mudarrah (Aqidah Muslim dlm isu ini) DIDAHULUKAN/UTAMA dari men'gain' maslahah (dakwah non Muslim)

Jangan sekadar melihat ianya dari pandangan steriotaip :
(1) Politik - Melihat ianya agenda UMNO yang semata-mata untuk menyemarakkan agenda Melayu. Tidak di nafikan,UMNO sangat lemah dan tidak bersungguh-sungguh dalam menangani isu ini (sekadar demonstrasi jalanan )walaupun mereka mempunyai kuasa politik yang kuat dan boleh mempengaruhi keputusan mahkamah.

(2)Dakwah - Ramai golongan 'islamik' yang terlampau bersikap positif dalam isu ini,seolah-olah golongan kristian akan mudah-mudah meninggalkan agama mereka kerana mereka akan terkeliru dan inilah peluang dakwah kita. Hakikat yang sebenarnya ialah sebaliknya. Majoriti orang islam yang tidak memahami agama yang akan terkeliru dengan penggunaan kalimah ini apatah lagi dengan gerakan dakwah yang sentiasa lesu di Malaysia ini.

(3)Literal dalil Al-Quran dan Hadith - Golongan ini sentiasa berbeza pendapat dalam apa-apa isu pun kerana mereka tidak pernah menimbangkan ilmu usul feqh dalam meletakkan hukum. Mereka 'lurus bendul' dalam melihat setiap permasalahan dengan qaedah mereka :Al-aslu fil as'ya' al-ibahah(Asal setiap perkara adalah harus) dan al-aslu fil ibadah al-hurmah (Asal setiap ibadah itu adalah haram) sedangkan persoalan hukum memerlukan keahlian dan bukan boleh di lontarkan sewenang-wenangnya.

ika anda faham dan meneliti dari semua sudut, Fatwa dr Yusuf Qardhawi dan Wahbah Zuhaily tidak boleh digunakan dalam konteks uruf Malaysia.

"Fatwa setempat (uruf) yakni dikeluarkan perlu melihat konteks uruf dan tempat" seperti kaedah Feqh:-

" Al-hukm tatatghayyur bitaghyyur al-azman wal amkan"

-Hukum itu berubah dengan berubahnya tempat dan masa-

Yakni ia tidak statik. Banyak faktor dan maqsad perlu diteliti untuk fatwa asal/zahir sesuai atau tidak dari aplikasi maqasid, feqh dan aqidah.

Allahua'lam.

aku said...

salam YB khalid,
saya bukanlah pakar dalam bab2 islam tapi daripada penjelasan YB khalid, YB khalid mempunyai hujah yg baik. saya rasa pengunaan kalimah Allah oleh org bukan islam masih menjadi khilaf ulamak.. so tidak boleh cakap mana yg betul. org2 UMNO yg anti-khalid ni mmg org2 x berapa nak reti. tau menyalak je tp bile nak berhujah takmau.

saya dapat tahu, semasa perbincangan mengenai isu ini di rumah DSAI, YB Kulim dan YB Khalid pun ada hadir. Tapi YB Kulim senyap seribu bahasa.. Betul ke? Dalam blog punyalah bising.. kutuk YB macam2. bila berdepan.. bacul.. pejuang Islam apa ni??

alQasam said...

Saya adalah antara yang bersetuju dengan gagasan YB sebelum-sebelum ini. Saya orang shah alam dan bekerja untuk menggerakan bersama. Tetapi,

Saya ada menurunkan komentar di blog YB sebelum ni, tetapi terpadam. Komentar menyentuh dari sudah pertembungan masalahah vs mudaraah dalam Kaedah Feqh ( Ruling Method) dan linguastik. Tetapi entah macam mana ada connection prob semua hilang tak dapat dipost.

Sejujurnya, saya tidaklah terlalu terkejut atau tersentuh sentiviti yang terlampau. Namun bila melihat isu ini dari segi lughah (linguastik), semantik, maqasid syara', siasah syariah, feqh da'wah dan usul feqh maka ia sangat tidak tepat KONTEKS penggunaan semata-mata dalil dari zahir nas. Ia tidak boleh ditanggapi sekadar literaly nas semata-mata. Maka terasa 'geram'nya juga polemik ini.

Ia lebih dari sekadar sentimen atau hak eksklusif. Ia berkaitan Aqidah. JIka kita pergi website dakyah Kristianisasi Melayu memang hujah mereka begitulah. Mari kita sembah ALLAH dan masuk ke agama kristian sebab Tuhan kami pun ALLAH. Keliru?
Begitulah. Apabila isu-isu tidak ditimbang dengan kaedah feqh (bagaimana menguruskan dalil dan nas).

Mudarrah = Keliru aqidah + usaha dakyah kristian

Maslahah-kononnya(bg mereka yang menyokong) = Peluang dakwa nonMuslims + memberi peluang memperkuat Aqidah.

Maka bertembungan gain benefit and avoiding harm in religion, maka avoiding harm didahulukan ( درء المفسدة أولى من جلب المصلحة).

Satu lagi tulisan Dr Khalif Muammar menarik juga.

http://iii.com.my/index.php?option=com_content&view=frontpage

Satu point lagi yang saya ingin ditekankan. Apabila kita meneliti hujjah mereka yang menyokong i.e Dr Asri, YB sendiri dan Us Zaharuddin (Tetapi Us Zaharuddin tidak bersetuju dari aspek Siasah Syariah (Political Science) kita akan mendapati hujah mereka atas nas/dalil literally.

Menggunakan literal nas semata-mata namun aplikasi atas KONTEKS penggunaan yang salah:-

1) Uruf Malaysia tidak boleh digunapakai. Qiyas ma'al fariq (Qiyas dengan keadaan negara lain i.e Uk, US etc yang 'dikatakan' menggunakan nama ALLAH dalam da'wa mereka)

2) Konteks penggunaan literal dalil yang salah. Sebagai contoh ayat:-

" Dan berkatalah Yahudi, Uzair itu anak ALLAH"

Lafaz itlaq (إطلاق) dalam AlQuran bukan semua akan menjadi أمر (Suruhan/Arahan) dalam bentuk hukum harus/halal/haram. Perlu ada kupasan seterusnya menerusi kaedah feqh dan usul feqh.

3) Konteks penggunaan ALLAH yang diitlaq dalam AlQuran perlu dilihat dari sudut Siyaqul Kalam ( سياق الكلام) penggunaan ayat-ayat tertentu. Adakah diitlaq sebagai penceritaan, analogi atau sekadar pemindahan/proses pengkisahan.

Semua sudut termenologi Quran perlu diambil kira mengikut methodologi hukum yang telah disusun.

Allahua'lam.

salman said...

Saya tertarik untuk menambah sedikit dalam komentar sebelum ini. Satu lagi point kita boleh bina when we read the comments or argumentation from those who seems to support/take it positively the hujjah antaranya:-

Dan sesungguhnya, jika kamu (Wahai Muhammad) bertanya kepada mereka: "Siapakah yang menciptakan mereka?" sudah tentu mereka akan menjawab: "Allah!". (jika demikian) maka bagaimana mereka rela dipesongkan? Dan (Dia lah Tuhan Yang mengetahui rayuan Nabi Muhammad) yang berkata: Wahai Tuhanku! Sesungguhnya mereka ini adalah satu kaum yang tidak mahu beriman!" (al-Zukhruf : 87-88) dan (Surah al-Ankabut ayat 63)" .

1- Tentulah konteks ayat tersebut berbicara atau reflects back upon ALLAH as the Ultimate atau ALLAH yang ESA. Sedang yang kristian Herald nak gunapakai BUKAN merujuk ALLAH the ALMIGHT sebaliknya konsep triniti.

2- Bahkan tentulah keesaan ALLAH tidak akan terjejas samada kita menyembahNYA, mengakui keESAanya atau tidak. KEESAAN Allah bersifat Qadim. الله قيام بنفسه. Sedang kitalah yang akan terjejas jika tidak mengakui keESAAAN ALLAH.

3- Bahkan juga sudah semestinya ALLAH lah PENCIPTA semua makhluk dari sudut ma'nawi (essence) dan hakikat sebenarnya samada manusia mengguna pakai term/bahasa apa pun. Samada manusia mengakui atau tidak. Sebaliknya kita - sebagai manusia- yang tidak mengakui/submit to ALMIGHTY ALLAH. Jesteru dalam penggunaan terms ini lebih kepada bentuk konteks penggunaan yang perlu digunakan methodologi ahkam berbalik/merujuk kepada kita. Yakni kita merujuk kepada siapa? Dalam hal ini kembali kepada penggunaan proses dakyah missionari maka secara terus ia tertolak.

Allah menyebut: (maksudnya) “Sesungguhnya telah kafirlah mereka yang berkata: “Bahawasanya Allah ialah salah satu dari yang tiga (triniti)”. padahal tiada tuhan (yang berhak disembah) melainkan Tuhan Yang Maha Esa..(Surah al-Maidah ayat 73).

4- Uruf (custom) luar negara tidak boleh dijadikan stance or hujjah kerana - العادة محكمة- Adat/Custom/unique custom sesebuah tempat boleh disandarkan hujjah selagi mana tidak bertentangan dengan AlQuran, Sunnah, Ijma' dan Qiyas. Di negara kita mudarrat (mrk yg goyah/keliru Aqidah dalam dakyah) dan masalahah (yg dikatakan di luar negara ramai masuk Islam sbb whatsnot regarding term ALLAH adalah dua perkara berbeza melalui KONTEKS URUF Malaysia. Kita mudarrah lebih besar/utama dari nak menarik nonmuslims. Jesteru melalui kaedah feqh apa yang sy sebut sebelum ini, konsep/hujjah yang mereka gunakan jelasnya tertolak.

Allahua'lam.

Mr said...

Inilah prinsip PAS yg dikagumi oleh non Muslim. Berhujah tanpa ada niat berselindung.

tidak spt zulkifli nordin. bila dibaca saja hujahnya, ketara ia adalah mengikut hawa nafsu.

samsudin said...

Salam'alaikum!

SOALAN :- “Adakah Yb bersetuju dengan konsep Trinity?”
Semestinya tidak. Tetapi itulah kepercayaan agama Christian dari zaman sebelum datangnya Rasulullah (SAW) sehingga sekarang. Mereka menyatakan “Allah adalah sepertiga dari Tiga” dan ini diabadikan dalam Al-Quran . Itu Aqeedah mereka dan walaupun kita tidak setuju, kerana kita berpegang teguh kepada konsep Tauhid, kita tidak boleh menghalang mereka dari berpegang kepadanya dan menyatakan kepercayaan mereka. Itulah kebebasan beragama yang diajar Islam kepada kita.

Syabas YB, bagi mereka yang cerdik, perenggan pertama ini sudah cukup menjawab soalan2 yang terbuku dalam kepala otak. Bagi orang yang masih tak faham2 dan tak nak faham maka biarkan lah mereka dengan apa jua sangkaan mereka. YB telah membuat satu "statement" yang jelas. Seperti yang pernah YB sebut saya nak sebutkan sekali lagi "saya tak faham Islam ala melayu" yang ini orang melayu kena renungkan dengan mendalam.

Anonymous said...

hujan rahmat,the mysterious night,the heavenly wine,milk and honey,dawn,soul connecting a white thread,smoke and the outstreched columns and so many more "puzzling" words that ratlles our logic and our mind..perhaps,when the situation calms down a bit,we shall discuss in detail,the same eternal conscious being and the same self in thee differnt shapes..

ruslan said...

YB,

Mengapa YB tersangat ingin membenarkan pergertian "Allah" diguna untuk disalah ertikan yang mana akan secara tak langsung akan mengelirukan umat Islam.

Kalau saya katakan YB Khalid Samad adalah "MP Putar Alam,tak berkawin tetapi ada anak 20 lelaki,20 perempuan dan 60 orang cucu" tentu sekali YB marah kerana apa yang saya katakan itu tak benar belaka.

Dengan itu, mengapa YB masih tak mahu mengerti persoalan yang "straight forward" ini.

Anonymous said...

Kalau kita tidak izinkan orang kristian menggunakan perkataan Allah maka hentikan lah usaha untuk berdakwah kapada orang bukan islam mulai sekarang .mereka akan ada asas menakutkan orang bukan islam kapada islam .Yadim patut di tutup . Kalau anda pikir dakwah hanya untuk orang islam teruskanlah kerana ia telah banyak di buat . Ingat lah iblis dan syaitan tidak suka ramai orang masuk syurga . Saya ialah kaptenhasan dan lagu "biru mata hitamku" nyanyian kumpulan wings dan lirik di tulis oleh allahyarham loloq adalah ditujukan kapada saya . Nyanyilah ramai ramai dan tujukan lagu itu kapada saya .

Anonymous said...

ni pertahan prinsip islam? ceh... sebab parti sanggup gadaikan talian perkahwinan.. die ni beragamekan islam ke beragamakan pas? konsep Allah ni mmg la kafir gune dr dulu.. tp kafir dulu mmg merujuk kepada Allah tuhan yg kite sembah.. bukan kristian sekarang yg nak kate Allah tu tuhan triniti.. baguslah.. sape2 yg dok sokong teruskan usaha anda untuk memurtadkan lg ramai umat islam, sesungguhnya syaitan disisi anda.. dahla umat islam malaysia ni pun byk terpengaruh ngan islam liberal.. mmg elok dah bagi sma nama tuhan plak.. ingat walaupun mungkin xde nas alQuran larang, tp kalo bende ni mendatangkn keburukan utk generasi islam akan datang kite wajib tentang!! .. jgn jadi bodoh!!!!

Anonymous said...

anonymous january 26, 2010 2.29am, dari mana kamu dapat sumber katolik tu ckp allah tuhan triniti?? jangan main cakap jek. Kami ni bagi komen, buat kajian. tgk apa yg herald tulis. Sudah le menuduh. Sumber pon tak betol. Yusuf Al Qaradawi ulama islam tekemuka dunia ckp boleh. tp sbb umno cakap tak boleh. Kamu pon cakap x boleh. Tahniah laa pada kamu.

MoSE said...

Assalamualaikum...

Aku doh renung2lah geng.. sebab tu aku kato buke upaya kito nok halang puak kapir nie.. guno.
Puok nie meme akan guno utuk menyesatkan kito.. pasal Allah tu bukan hak kito sajo... Allah nie untuk seluruh umat manusia dan jin. Hatta semua makhluk tuhan cipta bertasbih sebut nama Allah.. Kita kena pantau jgn salah guna dan lawan balik... tarbiyah

Supo ginilah... mu rajin dgr dok ' tak kenal maka dok cinta'.. supo lah dengan kalimah Allah.. kalu kito halang semua manusia dan jin sebut Allah.. macam mano nok kenal Allah kalu sebut pun doh tokleh..

Sebab tu kito keno ngaji.. kena kenal Allah.. kalu puak kapir guno.. kito keno royat la ko dia Allah tu ado sifat2 dan dzat Dio. Kena dakwah lah.. hak kapir nok putar belit meme kijo dio... hak kito pulak keno berhujah dgn puak kapir ni... Islam tu berkembang biak kerana hujah.. dakwah.

Sapa bilo kito nok harat ko 'tongkat'.. yakni undang2 nak halang puak nie sebut kalimah Allah..
kijo kito ialah mantapkan akidah kita.. ngaji..belajar.. pahtu royat pulok ko kapir nie... asuh anok kita dari kecik kenal Allah S.W.T dan Islam hok betul..

ginilah aku wie contoh internet... dalam internet ado mace2... dari bahan berguna sapa hok tak guna.. kalu anok kito guno internet.. takdok maso doh kito nok monitor dia setiap saat.. sebab tu aku kato asuhan kita dari kecik dan istiqamah royat bendo molek ngan tak molek sokmo2 (selalu).. biar dia pehe.. kita meme tokleh halang kalu dia nk p tgk porno ko.. buat bom ko.. tapi dia tau batasan dan akidah dia. buke mudah ngikut..

Jadi bad kalimah Allah nie.. kita halng kot undang2 pun..tetap puok nie akan buat jugak.. tapi kita keno pikir lagu mano kito nok overcome,, tackle... dan mantapkan akidah tauhid masing2 dan ummah.

Sebab tu kerajaan tokleh dan jangan halang bilo ore nok ngaji.. ngajar.. kecek halal haram.. cito pasal hukum.. cito benda haq.. jangan halang... baru lah kita mantap akidah dan islam kito...

Dalam hal nie.. sapa lebih cepat kuasai keadaan / situasi.. kapir ko kita.. samada kita lawan dengan berhujah.. terang ko puak dio.. berdakwah.. atau dgr jah dakwah dia ko kito jah... lepah tu tokleh nok lawan/jawab hujah puok dia kerana kita lemah pasal takdok maso nok ngaji dan kenal islam..

Yang paling penting bukan isu kalimah Allah yang patut kita bincang..
Tapi kita patut bincang sudah kah kita betul2 ikut yang Allah S.W.T suruh dan tinggal yang Dia larang..

kalu gitu mu pulak renung hok aku royat nie..

Wassalam

Aizat Sofian said...

bagus2 YB..tahniah..

mae said...

YB tidak habis dalam ayat ini :

"maksud kalimah “La ilaha illa Llah”. Tiada ilah(tuhan) selain Allah (Tuhan). Perkataan ‘ilah’ membawa erti sesuatu yang dipuja dan dipuji serta ditaati kerana inginkan keredhaannya."

1. YB setakat memberi erti perkataan 'ilah', tetapi belum lagi memberi erti perkataan 'Allah'.

2. Saya agak keliru bila YB menterjemah 'ilah' sebagai 'Tuhan' dan 'Allah' juga diterjemah sebagai 'Tuhan'. Tak mungkin begitu, kan , YB ?

3. Dalam terjemahan Quran dalam Bahasa Melayu yang selama ini digunakan, terjemahan bagi 'Tuhan' ialah 'Rabb' dan kadang-kadang 'ilah', sementara 'Allah' tidak diterjemahkan. Adakah terjemahan Quran yang digunakan selama ini tidak betul YB ?

Anonymous said...

Tuan Khalid,

Sini ingin saya bertanya tentang hukumnya sekiranya Kalimah Allah dan nama Nabi Muhamad SAW yang terpapar pada lambang PDRM yang digunakan untuk membalut bahan bukti (kepala babi hutan) untuk pasukan forensik PDRM. Sila. Terima kasih

edman said...

Salam,

Ni pendapat peribadi sy sebagai umat Islam yg prihatin..

Semasa zaman Nabi, memang penggunaan nama Allah begitu meluas kerana ada Nabi Muhammad SAW & sahabat2 yg bersungguh memertabatkan agama Islam jadi ia cuma masalah kecil sahaja pada ketika itu tetapi kini adalah zaman yg berlainan.. setelah lebih 1400tahun, kefahahan masyarakat Islam terhadap Islam tidak sekuat zaman Nabi & sahabat2.. kalau usmat Islam berpegang kepada ajaran Islam yg sebenar, sudah tentu isu Palestin, perang timur tengah, masalah kemunduran Islam & lain2 perkara yg berlaku pada umat Islam dunia ketika ini tidak la seteruk skrg.. wallahu'alam..

Sepertimana yg kita tahu, umat Islam di Malaysia especially Melayu ni pun majoritinya bukannya pengamal Islam yg sebenar.. lihat la disekeliling kita cara pemakaian perempuan melayu, masalah sosial, jenayah & contoh paling bagus lihat la masjid2 &surau2, berapa kerat orang je yg mengimarahkannya.. sedangkan Al-Quran & Hadis menyuruh kita ramai2 berjemaah di Masjid tapi? jadi Islam kebanyakan kita hanya Islam pada nama sahaja...

Oleh yg demikian, apabila majoriti Ulama & Ahli agama (Ulama Politik tak kire!) yg tidak condong pada mana2 parti politik menyatakan bahawa perkataan Allah SWT hanya boleh digunakan oleh Masyarakat Islam di Malaysia.. ia sudah tentunya mengambilkira realiti masyarakat Melayu Islam yg kebanyakannya masih kurang akidahnya kepada Allah SWT.. jadi bagi mengelakkan masalah yg lebih besar berlaku, maka lebih wajar perkataan Allah digunakan oleh umat Islam di Malaysia sahaja bagi mengelakkan masalah akidah Melayu Islam & salah faham mengenai tuhan Islam & Kristian hingga boleh mencetuskan ketegangan agama pada depan.. Kita dituntut oleh Allah SWT supaya berusaha mengelak dari fasad.. iaitu musibah disebabkan oleh kelalaian manusia itu sendiri.. jadi langkah selamat, pertahankan nama Allah jadi hak mutlak masyarat Islam Malaysia..

Bagi sesiapa yg rajin buat research kat internet tentang dakyah kristian menyesatkan budak2 melayu kita yg masih cetek pegangan agama pasti akan sedar kepentingan perkataan Allah apabila menghadapi masalah seperti ini nanti.. dengan membenarkan Allah dalam penerbitan risalah kristian pastinya sengaja mengundang bala.. bagi ekstrimis kristian, mungkin akan yang mengambil kesempatan menyesatkan budak2 melayu Islam kita dengan menyatakan bahawa Islam & Kristian adalah agama bersaudara.. siapa dikalangan kita yg nak bertanggungjawab nanti???

Jadi bagi saya, perkataan Allah wajar dikekalkan jadi hak milik masyarakat Islam sahaja.. sesiapa yg mempunyai gerak hati yg baik insyaAllah akan memahami maksud sy ni... الله أكبر

P/S: Kepada En Khalid Samad, terima kasih kerana menyiarkan komen sy ni.. ini menunjukkan keterbukaan encik dalam menerima kepebagaian pendapat.. Wassalam

Anonymous said...

Can I just say, I really admire your guts. I like how you stick to your muslim faith, argue for the rights of other faiths and debate things in a rational way.

You don't realise it yet maybe, but you're a hero in my eyes.

Bro Pet said...

Kebelakangan ini Khalid Samad (Ahli Parlimen Shah Alam) sering menimbulkan kontroversi, dari isu tindakkan disiplin oleh Pas, isu kalimah Allah yang beliau sokong boleh digunakan oleh pihak gereja dan terakhir sekali tidak menghormati perintah Sultan Selangor berkenaan arahan Sultan bahawa kalimah Allah hanya untuk orang islam (untuk negeri negeri bersultan).

Beliau dilihat sentiasa melawan arus dalam memberi pendapat walau pun secara peribadi beliau berhak. Secara prinsip memang tidak lah menjadi kesalahan tetapi sebagai wakil rakyat (istilah wakil rakyat itu sendiri membawa maksud wakil untuk rakyat didalam memelihara dan memperjuang keluhan rakyat) beliau mempunyai tanggungjawab didalam menyalurkan kebimbangan, kemahuan, keluhan, keresahan rakyat kerana beliau sendiri dipilih oleh rakyat dan bukannya berpegang dengan pendapat peribadi beliau.

Kalau kemahuan rakyat tidak diendahkan dan sentiasa berpegang kepada pendapat peribadi maka lebih berhemah jika beliau meletakkan semua jawatan yang disandang atas tiket wakil rakyat tadi.

Aku kurang pasti samaada semua ini sandiwara beliau tetapi yang pasti rakyat tidak menyukai nya. Mungkin aku melakukan kesilapan didalam pilahanraya yang lalu. Yang pasti nya you will never get my vote for the next general election. Sorry Khalid, cukuplah sepenggal.

Anonymous said...

sy tetap membantah dengan khalid samad. masalah nyer bukan pada org dewasa, tp bg kanak2. bg yg dewasa, mereka yakin akan Allah itu dan tidak akn terpengaruh, tp bygkn kanak2 yg masih kecil yg bru ingin mengenal Allah. tidak kah datuk tau bahawasa nyer org2 kristian sdg berusaha menyebarkn agama mereka dan ini adalah peluang bg mereka utk mempengaruhi ank2 kecil kita yg sdg meningkat naik...

Anonymous said...

yb,
Saya sokong jwpn2 yb..susah kalau bercakap dgn org2 yg tak faham ni.. biasa la org Melayu.... isu2 remeh camni pn nk kecoh... byk lg isu2 lain yg lebih perlu kita ketengah kan,sprti gejala2 sosial anak2 muda (Melayu Islam) skrg ni..itu salah satunya yg perlu kita membenteras,bantah dan dijadikan isu....kerana golongan2 muda itulah yg bakal mencorakkan Islam pada masa hadapan.. didikan agama yg lebih mendalam perlu diterapkan kpd pelajar2 sekolah drpd ilmu2 lain...Tapi, pada pendapat saya penggunaan kalimah "Allah" tidak sesuai digunakan oleh org Kristian buat masa ini di Malaysia,kerana masih ramai lg yg kurang faham...Apapun dari sudut Islam,tiada masalah..

dari tanah syams..

Anonymous said...

Bukannya apa niat YB nie, pas nie kalo nak buat demo, leh ler reramai kumpul depan masjid ngan gereja sekali.. depan masjid hari jumaat, pastu depan gereja hari ahad... dua-dua hari tu orang Islam ngan kristian leh joint.. Takbirrr semuaa.. Allah Hu akbar... Takbirrr semuaa.. Allah Hu akbar... ...MasyaAllah.. entah aper ler nak jadi lps nieee..

tropika_7 said...

dalm berdebat dan berbincang jage lah adap sebagai seorang mukmin.... kalau pon bukan islam jaga lah bahasa .. kerana ramai yg melihat antum bercerita dalam nie... jadi kan isu dan perbincangan ini sebagai satu medium ilmiah bukan hina menghina dan menyalah kan antara satu sama lain.....

Anonymous said...

YB Khalid,

I salute you.

YB Khalid adalah adik Dato Shahrir Samad (DSS). Pengaruh DSS di JB amat kental sekali sehingga menang PRK semasa menentang UMNO dulu (ingat lagikan sejarah 1987/88 dulu). Kalau YB jenis orang mengejar harta cara UMNO tentu lama dah dia naik ikut tiket DSS, tapi YB Klahid seorang pejuang PAS yang tulen. Dia sanggup berjuang atas apa yg dipercayainya walaupun pahit.

Semoga YG terus yakin dan tabah dalam perjuangan!

Pak Hj JB

jean said...

maaf semua akidah dan iman orang islam dimalaysia
sangatlah lemah ,hinggakan takut
orang non-muslim memanggil Allah dengan nama sebenarnya.Kalau mereka
accept Allah is god,better still
half of the dakwah is done.Now explain
to them who is Allah.Why stopping people from calling god his true
name?Takut terpengaruh, bullshit
pergi belajar comparative religion
all will be revealed dan akidah,iman,
dan islam you will be stronger from it.Sangatlah malu saya melihat lemah
sekali iman dan ilmu orang islam,that we need law to protect our iman.Seperti sabda nabi(saw)di akhir zaman banyak sekali orang orang islam
seperti buih di lautan,(tetapi dalamnya
kosong takde substance tak ada mutu).Pls can somebody correct me on this hadiths,shukran,wassalam