Skip to main content

Umno Amal Politik Feudalisme [Hanipa Maidin]

OLEH : MOHAMED HANIPA MAIDIN

Apabila PAS mula memerintah semula Kelantan pada tahun 1990, Kerajan pimpinan Y.A.B Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat mewarisi dua perkara. Perkara pertama Kerajaan PAS mewarisi hutang yang dibuat oleh mantan Kerajaan BN yang dahulu kepada Kerajaan Pusat. Perkara kedua Kerajaan PAS mewarisi aset iaitu dalam bentuk gas dan petroleum.

Mengenai warisan hutang tersebut , ianya adalah beban yang Kerajaan PAS Kelantan harus tanggung meskipun hutang itu tidak ada kena mengena dengan Kerajaan PAS. Hutang dibuat oleh Kerajaan BN kepada Kerajaan Pusat . Namun atas semangat Federalisme, meskipun hutang itu diwarisi oleh Kerajaan lama iaitu Kerajaan BN, Kerajaan PAS tetap membayar hutang tersebut tanpa mengira bahawa bukan Kerajaan PAS yang berhutang.

Mengenai warisan aset petroleum, ianya adalah hakmilik rakyat Kelantan. Dengan lain perkataan tidak kira parti mana pun yang memerintah aset petroleum itu adalah milik rakyat Kelantan dan Kerajaan Kelantan hanya bertindak sebagai pemegang amanah mewakili rakyat Kelantan. Petroluem wujud di persisiran pantai Negeri Kelantan bukan atas kebijaksanaan mana-mana parti yang memerintah. Ia adalah anugerah atau nikmat Allah kepada rakyat Kelantan.

Tidak seperti aset petroleum yang mana kewujudannya tidak ada kena dengan parti yang memerintah , hutang sesebuah Kerajaan ada kena dengan pentadbiran parti yang menguasai Kerajaan tersebut.

Selanjutnya dari peguampas
-Pejabat YB Khalid Samad-

Comments

Anonymous said…
YB,
Kalau YB dok mainkan isu royalti & minyak di Kelantan, adalah lebih baik YB cadangkan kepada tuan presiden supaya PAS ada share dlm exploration di Kelantan.

Laburlah duit. Apa susahnya. Masuk bid dlm tender PETRONAS.

Lebih banyak YB bercerita pasal royalti & minyak, maka ditakuti operator minyak tidak akan melabur di malaysia.

YB juga kena terangkan kepada umum bagaimana sesuatu tender di berikan utk mendapatkan block di Malaysia mengikut akta PETROLEUM. Saya percaya, daripada pengalaman YB sebagai jurutera di PETRONAS dulu, YB mampu untuk memberi keterangan.

Harap YB tidak putar belit.
Kami di PETRONAS amat berharap YB dapat memberikan ulasan yg konkrit bukan ulasan untuk meraih UNDI!
Anonymous said…
PAS amal politik jahiliah.

Sekarang dah tahun 2010.Zaman dah masuk globalisasi. PAS masih berpolitik zaman kuno.

Duk asyik bersedih2. Buat lah sesuatu positif. Kerajaan PAS Kelantan dah tak de duit sangat ke? Kalau tak de, tu la Federal bagi wang ehsan.!

PAS asyik dapat negeri miskin.
Di Kedah, kerajaan BN dulu perabis duit. Tapi Kedah ada sikit kayu balak, boleh tebang, jual sikit untuk tampung kehidupan.,Kalau tidak kena minta sedekah wang ehsan dari Federal. Satu lagi cadangan minta sikit duit kat kerajaan Penang tutup semua kanddang babi di Kedah. Biarq orang Penang dan Selangor yang bukan Islam kempunan daging babi tempatan dari Kedah.

DAP dapat negeri kaya-Pulau Pinang. tentu seronok. Aksyen tak sudah2.Sayang PAS Pulau Pinang tak minta pula wang ehsan atau royalti sokngan Pilihanraya kat lim Guan Eng. Suara lansung tak dengarq dari PAS Pulau Pinang. Takut kat lim Guan Eng ke?

DAP-PKR dah pegang kekayaan di Selangor. Sekali lagi PAS miskin kat Selangor. PAS Selangor nak buat aktiviti perlu dapat kebnearn dan wang ehsan darti MB Selangor atau dari Ronnie liu?

Jadi PAS perlu buat sesuatu, jangan jadi Pak Turut dalam Pakatan Rakyat. tunjujkkan sikit kekuatan dalam Pakatan Rakyat.PAS duk asyik jaga kepentingan bukan Melayu di Kelantan dan Kedah tetapi duit tarak! Mulia sungguh hati pemimpin PAS.
Anonymous said…
Kamu yang membuat komen itu harus tahu perbezaan antara tanggungjawab seorang Wakil Rakyat berbanding manusia2 selfish yang mengaut keuntungan,kekayaan untuk diri sendiri. Royalti dari hasil petrolium dari Negeri Kelantan adalah hak rakyat Kelantan yang telah dinafikan hak mereka sejak sekian lama. Jangan kamu cuba selewengkan fakta sebenar, dengan menyarankan perkara yang bukan2 kepada YB kami, pada menjalankan tugas dan peranan, tanggungjawab beliau terhadap rakyat. PAS tidak berhasrat untuk melabur, PAS memperjuangkan hak rakyat yang dirampas oleh UmnoBN. Apakah kamu tidak mengerti, erti tanggungjawab dan perjuangan seorang pejuang atau kamu hanya berjenaka sinis terhadap beliau. Pelabur tidak datang melabur keMalaysia bukan kerana Isu royalti minyak, Pelabur menjauhkan diri kerana isu amalan rasuah dikalangan manusia2 semacam kamu di negara ini. Putar belit itu adalah amalan kamu, wahai si talibarut UMNO BN.
Anonymous said…
Anon 16 Dis pukul 11:23..
komen anon 15 Dis aku faham & bukan jenaka.

Kalau macam tu tak payahlah petronas buat carigali kat luar persisiran kelantan. kau je lah yang korek..

inilah pemikiran kolot budak budak pas. meraban tak tentu pasal.
Anonymous said…
Memang betul kamu buta perut. Yang di tuntut adalah royalti untuk rakyat Kelantan, PAS tidak berjuang kerana mengaut keuntungan Parti atau individu seperti yang dilakukan oleh orang2 UmnoBN. Janganlah anda nak putar belit, tukar haluan. Kenapa tidak kamu shorkan kepada Presiden untuk mendapatkan share Petronas untuk rakyat Kelantan, Terangganu, Sabah dan Sarawak. Tak payah menyindir. Umno tu bukan Petronas dan Petronas bukannya harta UMNO!!!.
mut said…
Apasal merepek tak tentu fasal?

Kalau pelabur melabur, dia mencari keuntungan.

Kalau negeri serah hak melalui perjanjian serah hak hasil bumi, maka dia dapat royalti.

Soalan: Apa kena mengena kerajaan negeri Kelantan ATAU PAS nak melabur dalam carigali? Kau ingat UMNO ada melabur ke sapu duit royalti selama ni?
Anonymous said…
Betul.
Umno bukan Petronas.
Petronas bukan Umno.

Tapi siapa yg tubuhkan Petronas? hingga Petronas berjaya membuat carigali di luar negara? kalau bukan bijak pandai drp Umno?

Apa yg orang Pas buat? Dlm Petroans pun ada orang Pas. Tapi kebanyakkan mereka yang saya lihat cenderung utk menjahanamkan Petronas. Semua nak di kondem nya..

Apa Pas tolong kerajaan BN?

Saya setuju royalti diberikan kepada rakyat Kelantan.

Tapi dalam bentuk apa? Setiap perancangan mesti dgn berhati hati.

Apa yg kerajaan Pas Kelantan buat selama 19 tahun memerintah Kelantan?

Shopping kompleks yang di bangga banggakan..
Anonymous said…
Cara PAS mintak royalti seolah-olah menunjukkan kerajaan BN ni zalim sangat.

Seolah-olah kerajaan negeri Kelantan tak ada duit.

Aku tak nampak salah kalau PAS ke UMNO ke nak melabur untuk carigali minyak. buat la syarikat. Buat mcm Kelantan Oil. Melabur.
Anonymous said…
annon....bijak pandai masa mula2
buat draf pasal petronas nie...adalah ahli pas...siap menang masa tahun 1999 kat dun terengganu...lagi...

isunya tak kisah la...ko umno ke pas...dua2 rakyat malaysia..
tapi kalau dah janji dulu nak bagi kat kerajaan negeri...kena ikut janji la...apa yg meraban nak buat company carigali minyak sendiri?

BN kalau tak nak bagi senang je pinda akta petroleum 1970an dulu, bawa masuk parlimen akta yg baru...susah ke?

bijak pandai umno buat petronas,,,,,hehehehehhehehe
lawak lawak2

Popular posts from this blog

Keadilan Saidina Umar Al-Khattab Terhadap Rumah Ibadah Agama Lain

Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengemukakan sebuah kisah dari zaman pemerintahan Saidina Umar Al-Khattab (r.a) untuk tatapan dan renungan tuan-tuan sekalian. Melalui pendedahan ini, adalah diharap sebahagian dari ummat Islam yang tidak memahami konsep keadilan Islam terhadap agama lain, akan sedikit sebanyak dapat memikirkan kembali sikap dan pendirian mereka itu. Kisah yang ingin dikemukakan adalah kisah Saidina Umar dan Kanisah (gereja) Al-Qiamah yang terletak di Quds. Kisah ini adalah petikan dari muka surat 114, kitab Itmam al-Wafa’ fi sirah al-Khulafa’ , tulisan as-Syeikh Muhammad bin al-Afifi al-Banjuri, Darul Ibnu Hazim. “Dan apabila masuknya Saidina Umar ke dalam kota, maka masuklah beliau ke dalam Kanisah (gereja) al-Qiamah, dan beliau duduk di ruang utama gereja tersebut . Setelah tiba waktu solat asar, maka berkata Saidina Umar kepada Patriach Kanisah tersebut, “Saya ingin mengerjakan solat.” Jawab Patriach: “Solat sahajalah di sini”. Tetapi Umar menolak cadangan

Video Tazkirah Ramadhan At-Taubah Ayat 31: Pendewaan Manusia

WaLlahu 'Alam   KHALID SAMAD

Kisah Raja Najashi

Semasa saya terlibat dalam usaha dakwah di UK satu ketika dahulu, kami mendapati bahawa ramai dari kalangan penganut Kristian tidak tahu bahawa Nabi Isa (AS) diiktiraf sebagai seorang Rasul oleh Islam. Begitu juga Nabi Ibrahim, Nabi Musa dan hampir kesemua para Nabi yang diiktiraf oleh agama Kristian turut diiktiraf oleh Islam. Kecuali kumpulan yang tidak diiktiraf Islam ialah ‘Nabi’ selepas Nabi Isa, termasuk penulis Bible yang digelar sebagai ‘Prophet’ oleh mereka. Apabila mereka didedahkan dengan maklumat ini, maka ianya boleh menyebabkan mereka ingin tahu apa yang dikatakan Al-Quran mengenai Nabi Isa dan menjadi satu titik tolak bagi mereka untuk mendampingi Al-Quran.