Skip to main content

Pengumuman: Perarakan Menyokong Kepimpinan Tok Guru (4/12) & Wacana Perdana (12/12) [Kota Bharu]



Bagi pihak urusetia program
-Pejabat YB Khalid Samad-

Comments

Anonymous said…
YB pergi sorang je lah..
Tak perlu ajak kami warga Shah Alam.

Saya memang dah lama tak menyokong langsung kepimpinan TGNA.

Banyak perkara yg saya rasa TGNA terkeluar daripada amalan seorang ulama.

Contohnya khutbah TGNA sendiri yg meminta bala di turunkan kepda DSN.

Cuba pemimpin UMNO mintak bala dan berdoa dlm masjid. Apa orang PAS akan kata.

Sejak akhir-akhir ini, Allah tunjukkan sikap sebenar TGNA.

Ikutlah saranan TDM meminta TGNA berundur.

Dulu TGNA pernah kritik TDM dgn mengatakan TDM sudah nyanyuk.

What's come around goes around...
Pledet said…
Anon 8.16pm.
Engkola bodoh!
dasar amngok memang jahil. Tak pe, engko berkumpullah dgn pemimpin pilihan engko kat mahsyar nanti. InsyaAllah lebih ramai penyokong bersama TGNA 4 Dis ni.
jeegha said…
nampaknya awak sorang je yg tak pergi
Anonymous said…
YB;

saya sokong TGNA dari jauh, sokong suruh dia letak jawatan dengan segera..

Kita kenalah hakikat TGNA dah tua, cakap pun kadang-kadang tak masuk akal..elok sebelum PAS dan Islam parah dengan tindak-tanduknya, YB bisik-bisik kat tok guru, berundurlah sebelum dipaksa undur.. malulash sorang ulamak besar kena buat macam ni..

Mungkin TGNA hanya perlu lepaskan jawatan MB, jawatan mursyidulPAS tu biarlah diberi pada dia selagi hayat dikandung badan..
Anonymous said…
ANON...
hahaha... kalau najib buat zalim kat rakyat kelantan tak nak bagi duit royalti minyak tu tak paa naaa... hahahah....

balik rumah baca ayat 113 surah hud naaa... quran ada kan kat rumah?? kalau takdak... pi la mana-mana mesjid...
Anonymous said…
Aku tengok kalau komen yg sedikit tidak memberikan kelebihan kena panggil bodoh.

cuba bayangkan kalau kita mendoakan kebinasaan sesama sendiri.

apakah trend ini akan jadi ikutan? ini bukan dasar amngok jahil!

tapi ini adalah precedent dimana satu hari nanti kita akan terikut-ikut TGNA.

kemana hala tuju orang melayu jika kita terus berpecah begini?

adakah kalau kita tidak bersetuju dgn TGNA maka maka "engko berkumpullah dgn pemimpin pilihan engko kat mahsyar nanti. InsyaAllah lebih ramai penyokong bersama TGNA 4 Dis ni."???..adakah ini akan ditanya di padang mahsyar?
Anonymous said…
Intipati doa,munajat Tok Guru Nik
Aziz kepada Allah Robbul Alamin adalah demi kebaikan semua pihak,Sebagai mukmin itulah senjata, ikhtiar terakhir seorang mukmin. Kenapa harus di persoalkan tindakan beliau. Bukankah Allah sebaik-baik tempat mengadu. Beliau bukan melakukan sumpahan, beliau berdoa kepada Allah Subhana Wa Ta'ala. Tak usah dipertikaikan, lebih elok diam dan tunggukan tanda-tanda kemustajabannya. Lambat laun akan ketara jua.
Anonymous said…
Ya lah, apabila kita sudah tidak lagi mengenal buruk baik sesuatu tindakan, apa namanya kalau bukan bodoh dan bangang!!. Kalau nak ambil kira sebangsa seagama, pencuri penjenayah tak payah dimarah, ditangkap, dibicara dihukum. Asalkan sebangsa, kita biarkan, lepaskan begitu sajalah. Kalau begitu, si Malin Kundang tidaklah menjadi fosil dengan kerana doa dan aduan ibunya kepada Tuhan, Raja segala manusia. Perkara sebegini penting tidak dapat kita fikir dan ambil faham, bukan saja bodoh dan bangang, jahil rupa-rupanya kita. Doa dan pengaduan TGNA lebih afdhal dari doa dan aduan ibu si Malin Kundang kepada Tuhannya. Fikir-fikirkanlah.
Anonymous said…
makin banyak bercakap makin sesat pulak aku nengok.. masing2 ego..

- parti jahat, kato eh -
Sivakumar said…
YB Khalid

I think your blog has been infiltrated by UMNO cybertroopers.

They are rude towards you and Tok Guru Nik Aziz.

Kalau kamu mahu mengkeji pemilik blog dan Tok Guru Nik Aziz, jangan bersuara di sini. Sila buat blog sendiri dan tulis apa juga yang kamu mahu.

Thank you.
Anonymous said…
Sivakumar,

kalau takut dikritik, takyah buat blog... kata PR mengamalkan demokrasi.. dengar suara rakyat... poodahh...

- parti jahat, kato eh -
Anonymous said…
Kenal pula dia parti jahat, parti baik, tetapi sayang dia buta mata hati agaknya. Celik-celik buta....

Popular posts from this blog

Keadilan Saidina Umar Al-Khattab Terhadap Rumah Ibadah Agama Lain

Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengemukakan sebuah kisah dari zaman pemerintahan Saidina Umar Al-Khattab (r.a) untuk tatapan dan renungan tuan-tuan sekalian. Melalui pendedahan ini, adalah diharap sebahagian dari ummat Islam yang tidak memahami konsep keadilan Islam terhadap agama lain, akan sedikit sebanyak dapat memikirkan kembali sikap dan pendirian mereka itu. Kisah yang ingin dikemukakan adalah kisah Saidina Umar dan Kanisah (gereja) Al-Qiamah yang terletak di Quds. Kisah ini adalah petikan dari muka surat 114, kitab Itmam al-Wafa’ fi sirah al-Khulafa’ , tulisan as-Syeikh Muhammad bin al-Afifi al-Banjuri, Darul Ibnu Hazim. “Dan apabila masuknya Saidina Umar ke dalam kota, maka masuklah beliau ke dalam Kanisah (gereja) al-Qiamah, dan beliau duduk di ruang utama gereja tersebut . Setelah tiba waktu solat asar, maka berkata Saidina Umar kepada Patriach Kanisah tersebut, “Saya ingin mengerjakan solat.” Jawab Patriach: “Solat sahajalah di sini”. Tetapi Umar menolak cadangan...

Surat Terbuka Untuk Penduduk Seksyen 23

2hb September 2009 M 13 Ramadan 1430 H السلام عليكم ورحمة الله وبركاته Kehadapan penduduk Seksyen 23 yang dihormati, Semoga surat ini menemui tuan-tuan dalam keadaan sihat wal afiat serta keimanan yang teguh dan jitu berkat bulan Ramadhan ini. Saya mengambil kesempatan ini untuk mengingatkan diri saya serta tuan-tuan akan Firman Allah, Surah Al Maaidah ayat 8 yang bermaksud; “Bertindak adil! Ianya lebih rapat dengan keTaqwaan.” Semoga dalam usaha kita membina keTaqwaan dalam bulan Ramadhan ini, kita mengingati hakikat bahawa ‘keTaqwaan’ yang diusahakan itu mempunyai hubungan rapat dengan keadilan. Keadilan ini pula perlu dilaksanakan terhadap semua, walaupun terhadap yang tidak disenangi. Ini ditegaskan di dalam ayat yang sama yang bermaksud, “dan jangan oleh kerana kebencian kamu terhadap sesuatu kaum menyebabkan kamu tidak berlaku adil…” Kalau terhadap kaum yang dibenci sekalipun dituntut keadilan, apatah lagi terhadap jiran sekampung dan warga sekota? Walaupun mereka tidak sebangsa...

Tapak Kuil Seksyen 23 Shah Alam

Baru-baru ini, banyak betul yang kita dengar berhubung isu tapak kuil yang dicadangkan di Seksyen 23, Shah Alam. Yang tahu, yang tak tahu dan yang buat-buat tahu, semuanya turut sama mengemukakan pandangan masing-masing. Di antaranya, pandangan Noh Omar yang menyatakan bagaimana kerajaan PR tidak peka terhadap sensitiviti umat Islam. Oleh itu, bagi mereka yang ingin tahu, izinkan saya menceritakan serba sedikit perkara sebenar berkenaan isu ini. Tapak Kuil yang dicadangkan adalah di kawasan Industri, lebih 200 meter dari kawasan perumahan. Sebuah Kuil yang sekarang ini berada di Seksyen 19 akan dipindahkan ke tapak baru yang dicadangkan ini. Di Seksyen 19, kuil berkenaan hanya berjarak 20 kaki dari kawasan perumahan! Buka pintu rumah, seberang jalan terdapat kuil. Sebenarnya, kuil Seksyen 19 telah berada di situ sejak zaman sebelum wujudnya Shah Alam lagi. Pada masa itu kawasan di mana kuil tersebut dibina dinamakan Ladang Sungai Renggam. Apabila PKNS ambil-alih, maka dijadikan kawas...