Skip to main content

Pengumuman: Majlis Makan Malam Sempena Perasmian Kelab Tarian Singa PAS Shah Alam oleh DS Nizar



Pusat Khidmat Rakyat: PAS Kawasan Shah Alam menerusi Lajnah Perpaduan Nasional (LPN) akan mengadakan majlis makan malam bersempena Perasmian Kelab Tarian Singa oleh Dato Seri Nizar Jamaluddin pada 05-12-2009 (Sabtu), 8.00 malam di Dewan Orang Ramai, Taman Berkeley, Klang.

Tiket berharga RM50.00 boleh diperolehi di setiap PAS cawangan dan dewan-dewan. Bagi Taman Bukit Subang @ Seksyen U16 dan kawasan sekitarnya bolehlah menghubungi; Encik Mohamad Jamil b. Abdul Rahim (ketua PAS cawangan) di talian 019-2138308 ataupun Encik Faisal b. Abdul Raman (setiausaha) @ 019-3407216.

Bagi pihak penganjur program
-Pejabat YB Khalid Samad-

Comments

Anonymous said…
Baguslah PAS. Dah ada Kelab Tarian Singa. Aku teringat sekitar tahun 1993-1995 dulu masa PAS tak dpt sokogan kaum cina, bila UMNO pergi rasmikan tarian singa sempena Tahun Baru Cina, UMNO dikatakan kafir.

Tapi bila PAS buat, semuanya halal.

Dah terbalik dah PAS ni..

Ini barulah di namakan PAS for ALL?

Teruskan perjuangan mu..
Muhammad Yasir said…
Agak lama tidak mendengar khabar DS Nizar. Terbaru pun soalan beliau tentang DOSH dan NIOSH serta OSHA di Parlimen lewat baru ini. Regu Nizar Jamaluddin dan Khalid Samad memang saya tunggu. Terbuka dan bersemangat dalam menegakkan hak. Ini menjamin pemahaman baru oleh rakyat tentang Islam yang sebenar, Islam yang tidak berpuak-puak, bersuku-suku, yang mengutamakan bangsa tertentu hanya kerana keturunan bangsa yang tak ada nilai pun dekat akhirat.

Smash sekali.
Anonymous said…
YB Khalid tak pandai berpolitik. Baru saja orang Islam Shah Alam terguris hati kerana isu kuil YB kempen pula tarian singa. Kita orang Islam tak gantung patung2 kat rumah, PAS pula ada cadangan kelab untuk menari2 bersama Singa Lapar=== satu upacara orang Cina selalu lakukan bila sambut Raya cina dan buka kedai dibisingkan dengan letupan mercun halau hantu. Berapa ramai bukan Islam dalam Parlimen Shah Alam? Jangan sibuk dengan mereka. Kalau UMNO kuat, mereka tak akan sokong PAS. Mereka ini kebanyakannya bersifat lalang.Bacalah keputusan sejarah plihanraya Malaysia!

YB Khalid tak tahukah orang Islam di Shah Alam sokong PAS kerana PAS perjuang Islam. Jika YB Khalid nak menang PRU, jaga hati orang Islam dan juga cuba bantu kehidupan harian bukan Islam. Kebanyakan Orang Cina dan India dah cukup bahagia jika YB Khalid bantu urusan kehidupan seharian mereka berkaitan keduniaaan dan kebendaaan. Yang ini sebab utama mereka tak sokong UMNO.Bukan kerana agama tetapi kebendaan. Tengok DAP asyik2 perjuang hak2 keduniaan orang bukan Melayu. Sebab itu mereka dapat sokongan kuat di Pulau Pinang. Nanti bila BNasional bagi habuan lagi besar, maka sokongan mereka akan beralih kepada BNasional pula.


YB Khalid, ini cadangan saya untuk memenangi warga Shah Alam. Tujuannya ialah menunujukan kepada orang melayu bagaimana PAS menangani masalah sosial anak2 Melayu di Selangor. Sejak PRU13, belum nampak apa2 kebaikan PAS lakukan untuk orang Melayu di Selangor? Antara aktviti boleh dilakukan yang lebi bersifat mendidik:

1. Anak2 Orang Melayu suka hiburan tetapi ibubapanya bimbang rosak akhlak mereka. Maka PAS buat aktiviti hiburan tetapi diselitkan unsur dakwah. Misalnya anjurkan Battle of the Bands(yang budak2 rock suka) biar budak2 Melayu rambut panjang rock2 bersepah2 , tetapi berikan syarat kepada mereka mesti ikut tertib Islam terutamanya lagu mestilah berunsur dakwah. Jangan "censor" apa2 kecuiali yang bercanggah dengan Islam. Ini dapat menarik ramai anak2 Melayu dan ibubapa mereka sokong PAS.

2. Adakan pertandigan sukan antara Taman2 sekitar Shah Alam melibatkan pelbagai lapisan umur dari sekolah kepada warga emas.

3. Adakan perlawanan sukan PAS dan UMNO? Dapat lembutkan hati penyokong UMNO. Tunjukkan kepada pengundi , PAs adalah berkaitan Islam dan Islam mementingkan talisiratulrahim tanpa mengenal fahaman politik. Persepsi Wanita PAS adalah golongan kelas kedua peru dibetulkan.

4. Adakan pertandingan lumba motorsikal BERGAYA (skill) untuk Mat Rempit? Buatlah di Stadium atau lain tempat bersesuaian.

5.Anjurkan dan perbanyakan kempen persaudaraan sekitar taman seprti gotong royong.

6. Pergi selalu ke Pusat2 Hiburan dan tempat2 ramai anak Melayu berada. Jangan kempen PAS tetapi dekati mereka supaya dapat membantu membentuk peribadi yang baik. Kena dapat khidmat pakar sebelum nak mendekati remaja2 ini. Tak kena cara lagi lari budak2 ini .


Banyak lagi. Wujudkan kumpulan pemikir Selango untuk mengimarakkan aktiviti2 sehingga orang sokong PAS.

Untuk makluman saya ini ahli UMNO dan InsyaAllah kekal ahli UMNO tetapi saya lihat YB Khalid ini orang baik tetapi cara tak kena. Saya sokong siapa yang lebih baik. Kalau calun PAS lebih baik, sokong PAS dan sebaliknya jika calun UMNo lebih baik, maka sokong UMNO.

YB Khalid memang layak terus jadi Ahli Parlimen Shah Alam. Cuma cara tak kena. YB Khalid selalu suka ambil pendekatan agresif bila berhadapan dengan orng Melayu. PAS kena proaktif. Selesaikan masalah penduduk secara bijaksana!
PAS dan UMNO septautntnya berlumba2 berkhidmat untuk rakyat. Hasilnya rakyat akan pilih siapa lebih baik.

Selamat berjaya YB.
Dr. Arshad Arif Din said…
YB Khalid,

Rencana terbaru yang ditulis oleh Raja Petra Kamaruddin (sila pegi ke sini untuk mendapatkannya) perlu dibaca dan difahami oleh semua pemimpin PAS dan penyokong PAS sekiranya PAS benar-benar ingin mencapai tampuk kepimpinan kerajaan Persekutuan secara serious bersama Pakatan Rakyat.

Intipati rencana ini ialah: PAS tidak patut menjadi hipokrit dan menghelah. Ia harus berterus-terang dan menerangkan dengan terbuka tentang matlamatnya kepada rakyat dan pengundi, terutamanya golongan bukan Muslim.

Saya sertakan di sini beberapa petikan daripada rencana tersebut. Adalah harapan saya pemimpin PAS mengambil serious pandangan yang disampaikan ini.


"Once PAS can be clear and honest about what it is, which is a political party, and once it openly and honestly declares this and understands that the job of political parties is to seek power, then maybe it can start saying and doing the right things."

"PAS can continue standing on the platform of Islam. It can continue being an Islamic party. There are no problems with that. But PAS must declare that it is a political party, and not a missionary movement, whose objective is to form the next federal government."

"In short, the people are not against Islam. The people are against religion being imposed on those who wish to be free of religious domination. This does not mean that they are anti-religion, though. They just do not want religion being forced onto anyone. They want freedom of choice when it comes to religion. They want to decide whether to be religious or not. They want religion to be something they choose and not something that is forced upon them.

And herein lies the problem. Muslims say that there is no compulsion in religion. They even quote verses of the Quran to support this statement. But the actions of Muslims are opposite to what they say. And this frightens most people. They see Muslims as dominating although Muslims may say Islam is about choice and not about compulsion. So how can they trust Muslims when Muslims say one thing but do the opposite?"
Anonymous said…
a very good move by YB Khaled.
teruskan usaha yang baik ini ,non muslim akan sokong u lebih lagi!!
jangan macam YB Hassan -asyik mau
kacau orang .
PAS utk semua ,ok?
Anonymous said…
Ya betul! Dulu semua haram kini semua halal. Syabas PAS FOR ALL.
warisantmk said…
Tahniah YB Khalid dan YB Nizar. Satu cara yang halus untuk kaburkan mata pengundi Cina.

Pengundi Cina tidak pernah baca penulisan Hj Hadi tentang NEGARA ISLAM. Mengikut Hj Hadi, di dalam sebuah NEGARA ISLAM, hanya Muslim berhak MENGUNDI. Kaum bukan Islam hanya dibenarkan MEMILIH wakil kaum mereka ke Parlimen atau Dewan Undangan Negeri.

Khalid dan Nizar jangan fikir kaum Cina bodoh. Sebenarnya Khalid dan Nizar yang bodoh.
Anonymous said…
PEMBUKAAN RASMI SEBUAH LAGI PUB & KARAOKE BARU DI BANDARAYA "ISLAM" ALOR SETAR PADA 6HB DISEMBER 2009.

DI SELANGOR PUN ADA IAITU DI I-CITY SHAH ALAM. DULU BN NAK BUAT SEBAGAI INFORMATION CITY TAPI BILA PR PERINTAH DAH TERBALIK PULAK.

KAMI SEBAGAI WARGA SHAH ALAM YG MENGUNDI ANDA YB KHALID SAMAD, MINTA JELASKAN KENAPA PERKARA INI BERLAKU DI KAWASAN SHAH ALAM SEDANGKAN SEMASA PEMERINTAHAN BN DULU (WALAUPUN KAMI BENCI DGN SESETENGAH PEMIMPIN BN) TAK PERNAH NAMPAK PULAK ADA PUSAT-PUSAT MAKSIAT SEPERTI INI.

DI SEKSYEN 7 SHAH ALAM DAH ADA HOTEH UNTUK 1JAM IAITU HOTEL EV. HARGANYA AMAT BERPATUTAN IAITU RM9.90 SAHAJA. MEMANG SESUAI UTK MELEPASKAN NAFSU.

MASYA ALLAH. APA NAK JADI DGN SHAH ALAM NI???

NIK AZIZ JUGA PATUT TURUN SHAH ALAM LIHAT APA DAH BERLAKU.
Tinta Hitam said…
Saya kesiaqn dgn balaci balaic UMNO ni.Duu deme kata PAS out of date bersifat ekstemis serta meninggalkan dunia.Spa sokong PAS sam juga dgn memusingkan jarum jam kebelakang.Skg camna?

Mereka mula panik sebab segala fitnah mereka pd perjuangan Islam tak lut.Malahan ianya memberi publisiti pula pd perjuangan Islam..
tokmod said…
muuuuaaaaakakakaka....
ini baru betolllll...
PAS FOR ALLLLLLL...WAAAAKAKAKA
sakalang tarian singa...
esok2 pikul kawadi wel..wel..wel..
muuuaaaawaaakakakahkahkah
Anonymous said…
Kepada ANON December 6, 2009 8:06 AM, Saya amat bersetuju dgn tuan.

Tapi saya tidak bersetuju jika YB Khalid di lantik semula sebagai Ahli Parlimen Shah Alam.

Alasan cukup mudah.
Satu: Isu Kuil
Dua: Isu Kalimah Allah
Tiga: Isu maksiat di Shah Alam semakin bercambah.
Empat: Isu Arak
Lima: Memutar belit

Kepada TINTA HITAM, apakah perjuangan Islam mesti mengikut apa yg bukan Islam mahu & mesti UP TO DATE?

Adakah tarian Singa ini ada dlm perjuangan PAS?

PAS dulu adalah lebih baik drp PAS sekarang. Sekarang ni PAS dah keliru. Terus terang saya kata, PAS dah tergelincir drp perjuangan asal.
Anonymous said…
Kelab Tarian Singa PAS dengan DERMA ikhlas rm50??? ini ke perjuangan hasil bimbingan tok guru?! bodek2 la DAP selalu. kecewa sungguh PAS tidak seperti dahulu lagi.tidak seperti zaman ustaz fahdil nor.
Anonymous said…
Derma Ikhlas???? RM50??? Kena Tukar lah, DERMA PAKSA RM50!!!!! PAS MEMAKSA KEIHKLASAN ORANG KE??!! Hahahaha
Anonymous said…
Kalau taknak derma buat apa bising2. BUkan paksa pun...


Template Blogger disini!
Latest Blogger Template
Anonymous said…
Tak mainlah derma untuk politik!!
Anonymous said…
Saudara YB Azizan MB Kedah lebih besar jiwanya membantu rakyat berbanding encik khalid yang tak sudah2 nak mempolitikkan semua isu. Sudah2 la tu, rakyat mahukan pembaharuan, sebab tu mereka undi encik khalid. kalau asyik mahu beretorik semata,buang undi dan buang masa!!! tak perlulah dikatakan di sini encik khalid terlalu asyik dan mabuk dengan kuasa yg ada selaku ahli parlimen. masyarakat Shah Alam mahu tahu apakah sumbangan encik khalid terhadap pembangunan di situ,perlu diingatkan di sini bahawa encik khalid adalah 'pekerja' masyarakat Shah Alam. Buktikanlah!! Hentikan retorik murahan!!

Popular posts from this blog

Keadilan Saidina Umar Al-Khattab Terhadap Rumah Ibadah Agama Lain

Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengemukakan sebuah kisah dari zaman pemerintahan Saidina Umar Al-Khattab (r.a) untuk tatapan dan renungan tuan-tuan sekalian. Melalui pendedahan ini, adalah diharap sebahagian dari ummat Islam yang tidak memahami konsep keadilan Islam terhadap agama lain, akan sedikit sebanyak dapat memikirkan kembali sikap dan pendirian mereka itu. Kisah yang ingin dikemukakan adalah kisah Saidina Umar dan Kanisah (gereja) Al-Qiamah yang terletak di Quds. Kisah ini adalah petikan dari muka surat 114, kitab Itmam al-Wafa’ fi sirah al-Khulafa’ , tulisan as-Syeikh Muhammad bin al-Afifi al-Banjuri, Darul Ibnu Hazim. “Dan apabila masuknya Saidina Umar ke dalam kota, maka masuklah beliau ke dalam Kanisah (gereja) al-Qiamah, dan beliau duduk di ruang utama gereja tersebut . Setelah tiba waktu solat asar, maka berkata Saidina Umar kepada Patriach Kanisah tersebut, “Saya ingin mengerjakan solat.” Jawab Patriach: “Solat sahajalah di sini”. Tetapi Umar menolak cadangan

Video Tazkirah Ramadhan At-Taubah Ayat 31: Pendewaan Manusia

WaLlahu 'Alam   KHALID SAMAD

Kisah Raja Najashi

Semasa saya terlibat dalam usaha dakwah di UK satu ketika dahulu, kami mendapati bahawa ramai dari kalangan penganut Kristian tidak tahu bahawa Nabi Isa (AS) diiktiraf sebagai seorang Rasul oleh Islam. Begitu juga Nabi Ibrahim, Nabi Musa dan hampir kesemua para Nabi yang diiktiraf oleh agama Kristian turut diiktiraf oleh Islam. Kecuali kumpulan yang tidak diiktiraf Islam ialah ‘Nabi’ selepas Nabi Isa, termasuk penulis Bible yang digelar sebagai ‘Prophet’ oleh mereka. Apabila mereka didedahkan dengan maklumat ini, maka ianya boleh menyebabkan mereka ingin tahu apa yang dikatakan Al-Quran mengenai Nabi Isa dan menjadi satu titik tolak bagi mereka untuk mendampingi Al-Quran.