Skip to main content

Wawasan Ahli Parlimen Shah Alam Berkenaan Pengajian Islam

Shah Alam merupakan ibu Negeri Selangor. Terdapat di Shah Alam beberapa Syiar Islam terbesar di Malaysia seperti Masjid Negeri, Pusat Islam, Muzium Islam dan Bangunan MAIS dan JAIS. Saya juga dimaklumkan bahawa antara visi Al-Marhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Al-Haj berhubung Bandar raya Shah Alam itu sendiri ialah menjadikannya sebagai sebuah 'Bandar raya Islam' yang pada masa yang sama didiami warga kota yang berbilang bangsa dan agama. Imej keIslaman sememangnya ingin ditonjolkan oleh Al-Marhum Baginda, namun imej Islam yang bersifat inklusif, bertoleransi, adil dan kosmopolitan. Bukan imej Islam yang kolot, ekstrim (kepala lembu) dan jumud.

Sehubungan ini, pada pendapat saya, sesiapa sahaja yang dipilih sebagai Ahli Parlimen Shah Alam seharusnya membawa imej yang selaras dengan imej Bandar raya Islam yang ingin ditonjolkan ini. Ahli Parlimen Shah Alam semestinya seorang yang bersifat kosmopolitan tetapi Islamik, mampu menzahirkan keadilan dan sikap inklusif Islam, membela kepentingan seluruh warga Shah Alam tanpa mengira latarbelakang bangsa atau agama dan berusaha memajukan Shah Alam sebagai Bandar raya yang tersusun lagi terancang. Maka bagi memenuhi peranannya sebagai Ahli Parlimen yang Islamik dan kosmopolitan ini, Ahli Parlimen Shah Alam ini sewajarnya memiliki wawasan yang kedepan, memilikki kemampuan untuk memahami dan menangani isu-isu semasa serta dalam masa yang sama berkemampuan juga untuk memberi tazkirah, kuliyyah dan khutbah.

Selama ini saya berusaha dengan keupayaan terhad yang dikurniakan Allah untuk memainkan peranan dan memenuhi kriteria yang sebegini, selaras dengan imej dan identiti Shah Alam itu sendiri. Sambil berusaha untuk membawa perbahasan yang bernas berhubung isu-isu nasional di Parlimen, saya juga berusaha untuk menghayati dan menzahirkan sifat adil dan inklusif Islam dalam hubungan saya dengan warga Shah Alam yang berbilang kaum. Termasuk dalam soal menzahirkan keadilan Islam adalah persoalan pengiktirafan hak bukan Islam untuk diberi tempat peribadatan seperti kuil untuk orang-orang yang beragama Hindu. Fahaman seperti yang dizahirkan sebahagian ummat Islam di Shah Alam dalam persoalan ini yang menganggap Islam itu sempit dan zalim, menindas dan mengongkong perlu diperbetulkan dan ke arah ini, maka pendirian yang berasaskan kefahaman terhadap Islam yang tepat dan mantap amat diperlukan.

Pada masa yang sama, sambil memperjuangkan kefahaman Islam yang lebih tepat dan bebas dari prejudis perkauman, saya turut berusaha membangkitkan kesedaran Islam di kalangan warga Islam Shah Alam melalui tazkirah, kuliyyah dan khutbah. Adalah menjadi harapan saya supaya ummat Islam, khususnya di kalangan muda mudi akan memahami bahawa penghayatan Islam secara serius tidak menjadi penghalang kepada seseorang untuk menceburkan dirinya di dalam arus perdana pembangunan dan pembentukan masyarakat. Penghayatan Islam tidak akan menjadikan seseorang itu tidak relevan kepada masyarakat tetapi sebaliknya akan meletakkan dirinya dalam keterlibatan yang teramat penting di dalam masyarakat sepenuhnya.

Saya merasakan peranan sebegini amat bersesuaian dengan jawatan sebagai Ahli Parlimen Shah Alam. Maka itulah sebabnya saya telah hadir ke temuduga di JAIS untuk mendapatkan tauliah pada tahun lepas dan Alhamdulillah saya telah pun berjaya untuk mendapat tauliah berkenaan.

Malangnya, kejayaan saya dalam temuduga tersebut ingin dinafikan melalui bermacam-macam alasan oleh golongan yang berkepentingan. Pada awalnya dikatakan saya memilikki 'rekod jenayah' tetapi apabila ditanya apakah jenayah yang telah dilakukan, saya diberitahu ianya tidak boleh dimaklumkan! Kemudian alasan tersebut bertukar menjadi 'khutbah yang tidak mantap' dan apabila ditanya apa yang tidak mantapnya, sekali lagi sunyi sepi. Sekiranya benar ada yang tidak mantap, adalah diharapkan saya diberitahu di mana dan apa supaya dapat saya perbetulkan dan dengan itu memantapkan penyampaian saya. Ketiadaan jawapan dan respon meyakinkan saya bahawa ia hanyalah sekadar alasan.

Pada akhirnya alasan ‘tiadanya latar belakang pendidikan agama secara rasmi’ pula diberikan. Hakikatnya, sekiranya saya tidak berkemampuan, sudah pasti saya telah gagal semasa sesi temu duga JAIS sejak awal-awal lagi. Memang benar saya tidak mempunyai latar belakang pendidikan agama secara rasmi, namun ia tidak bererti saya tidak mampu bercakap berhubung agama yang dianuti dan diyakini diri saya selama ini. Bukannya saya ingin mengeluarkan fatwa, tetapi hanya sekadar saling ingat mengingati dan nasihat menasihati di antara satu sama lain.

Lagipun, sekiranya saya tidak berkemampuan, sudah pasti tiada surau dan Masjid yang akan menjemput saya dan dengan sendirinya persoalan ini akan berakhir.

Masalahnya JAIS masih berpegang kepada wawasan dan mindset lama. ‘Pemimpin politik tidak boleh bercakap pasal agama’ dan Ahli Parlimen yang berkhutbah serta memberi tazkirah adalah satu perkara yang tidak dapat diselarikan dalam pemikiran sekular mereka. Pemikiran sekular Pengarah JAIS sendiri menyebabkan beliau jauh lebih tidak layak memegang jawatan berkenaan. Tanpa adanya latar belakang pendidikan agama dan tanpa keterlibatan dalam usaha kebangkitan Islam, beliau adalah punca segala masalah ini. Bagaimanakah seorang yang tidak berpendidikan agama mampu mentadbir badan agama yang terdapat di bawah beliau pegawai-pegawai lulusan keagamaan?

Disebabkan kejahilan ini maka beliau tidak mampu memahami tuntutan agama supaya seseorang pemimpin bukan sekadar memberi kepimpinan dalam persoalan keduniaan tetapi juga dalam aspek keagamaan. Kedua-dua aspek kehidupan ini, iaitu dunia dan akhirat, tidak mungkin dipisahkan di dalam Islam dan pemisahan yang sebeginilah yang menjadi punca permasalahan dunia Islam selama ini. Orang-orang yang berpemikiran sekular sebegini sudah lama sepatutnya ditukarkan bagi membuka jalan perubahan ke arah 'Baldatun Tayyibatun wa Rabbul Ghafuur', negara yang baik dan diampuni serta diredhai Tuhan.

WaLlahu 'Alam
KHALID SAMAD

Comments

Anonymous said…
Salam tuan blog, tolong siarkan,

KISAH KEZALIMAN DAN PENYELEWEGAN DI MPKB-BRI , KOTA BHARU, KELANTAN

Salam, Saya mewakili kawan saya, seorang pekerja kelas (“hamba abdi”) kelas bawahan di MPKB-BRI .. Majlis Perbandaran Kota Bharu- Bandaraya Islam”.

Disuruh kerja overtime tapi tanpa gaji..

Sungguh kasihan saya melihat kesengsaraan kawan saya dan keluarganya akibat Penyelewengan pihak atasan (pihak pengurusan) MPKB-BRI…KONONYA SERAMBI MEKAH…BANDARAYA ISLAM.

UNTUK MAKLUMAN PEMBACA, KAWAN SAYA INI TIDAK MISS PANGKAH PAS DAN BUAT KERJA2 BANTU PAS (TANPA UPAH) SEWAKTU SEMUA PILIHANRAYA UMUM/KECIL.

INIKAH MODEL MAJLIS BANDARAYA UNTUK NEGERI PAKATAN RAKYAT ???

Senarai kezaliman MPKB-BRI kepada kami :

1. Kami diarahkan buat kerja lebih masa (OVERTIME) tanpa dibayar gaji. Kami hanya diberi cuti gentian…INI AMATLAH ZALIM DNA KEJAM.

2. Pihak atasan MPKB-BRI pergi melancong “melencong” beramai-ramai ke luar negara seperti Dubai, Belanda, Australia dan lain-lain atas alas an “Lawatan Sambil Belajar”TETAPI TIDAK MAMPU BAYAR GAJI OVERTIME PEKERJA KELAS BAWAHAN MPKB-BRI.. hanya 1 benda sahaja perubahan yang ada di MPKB-BRI.iaitu pensrukturan system jalan raya / aliran trafik di MPKB-BRI.

3. MPKB-BRI SUDAH PAPA KEDANA..BANYAK HARTA MPKB-BRI DIJUAL..MALAHAN BANGUNAN MPKB-BRI SEKARANG ADALAH DISEWA DENGAN PKINK.


Untuk pengetahuan semua, banyak bos-bos besar, ahli –ahli majlis di MPKB-BRI adalah bersikap / berperangai kuk besi ..firaun kecil.

Kami terpaksa guna saluran ini kerana kami sudah tidak PERCAYA kepada Exco yang memegang portfolio MPKB-BRI, ahli-ahli majlis MPKB-BRI , pegawai-pegawai atasan / pengurusan MPKB-BRI


Kami diugut akan dipecat / dianiaya oleh gangster kolar putih MPKB-BRI jika perkara ini ke pihak kerajaan negeri / awam.

Kami nekad akan memangkah UMNO dan menumbangkan PAS di kelantan dalam PRU 13 jika suara rintihan kami ini tidak diambil kesah oleh pihak kerajaan negeri kelantan.

Semoga rintihan kami ini mendapat perhatian Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat, selaku Menteri Besar Kelantan, exco dan adun-aduan sekalian.

Bukan untuk tapi,kami mahukan “KEADILAN .. PEMBELAAN”

KAMI HARAP PENTADBIRAN MPKB-BRI DIPANTAU SECARA KETAT DAN KALAU BOLEH ROMBAKAN SECARA BESAR-BESARAN DI MPKB-BRI WAJIB DILAKUKAN OLEH MENTERI BESAR KELANTAN TUAN GURU NIK ABDUL AZIZ. KEPADA DATO HUSAM, KAMI HARAP ANDA DAPAT BERTINDAK, WALAU KAMI TAHU INI BUKAN PORTFOLIO ANDA.



KAMI SAYANGKAN PAS PERINTAH NEGERI KAMI,,

KAMI BARU BERANI BERSUARA KERANA MELIHAT ADA SINAR SELEPAS PERGOLAKAN DI PMBK.

KALAU TAK BERTINDAK SEKARANG, NECAYAA PRU 13, PAS TUMBANG DI KELATE,, DAN KAMI LAH YANG AKAN TUMBANGKAN PAS

HARAP DISIARKAN DAN DI AMBIL PERHATIAN.


INSAN KECEWA DENGAN MPKB-BRI
KOTA BAHRU, KELANTAN
Anonymous said…
Salam YB Khalid,

Shah Alam telah maju sebelum YB memegang jawatan Ahli PArlimen Shah Alam lagi.

Dulu Shah Alam nak jumpa Spa, Rumah Urut, Hotel Budget 1 jam pun susah.

Tapi sekarang mana-mana boleh tengok.

Dulu memang ada kilang arak. Sekarang bila dah berkuasa kilang arak masih kukuh.

Dulu Shah Alam nak cari jalan berlubang pun susah sebab MBSA selalu maintain. Tapi kini cuba lihat banyak lubang sana, lubang sini.

Dulu Shah Alam bersih. Sekarang ni, Shah Alam KOTOR!

Dulu nak jual arak di 7-11 dalam kawasan majoriti melayu memang ada tetapi, dasar kerajaan terdahulu tidak membenarkan arak dijual di dalam kawasan majoriti melayu kini bila di sergah oleh DAP, YB saya tak nampak pun nak membantu penduduk-penduduk yang bantah.

Dulu, tak pernah dengar KAFIR masuk dlm saf masjid/surau tapi sekarang bila berkuasa boleh bagi ceramah tanpa TAULIAH. Di manakah YB masa tu.

Dulu tak ada kecoh-kecoh wakil parlimen atau wakil DUN beria-ia nak letak kuil dlm kawasan majoriti melayu, tapi YB senang-senang luluskan. Memang dalam Islam ada toleransi dalam bab mendirikan rumah ibadat bukan Islam. Tapi YB seolah-olah menggalak pula.

Dulu tak pernah dengar pun wakil rakyat Shah Alam membenarkan kalmah Allah di gunakan oleh penganut kristian. Tapi YB masuk dlm gereja, YB kata OK. YB mengupas surah-surah dlm Al Quran utk membenarkan pendapat YB tanpa merujuk kepada mufti dan Ulama-ulama.

Kesimpulannya YB, adalah lebih baik YB tumpukan perhatian YB kepada soal rakyat. Bukan memberitahu kepada rakyat YB terlebih alim.

Apa yg saya risaukan adalah sikap YB yg terburu-buru boleh menyebabkan kami umat Islam akan jadi keliru. Contoh yg paling nyata adalah Kalimah Allah.

Tak perlu salahkan JAIS. Tak perlu salahkan UMNO. Tak pelu salahkan KEPALA LEMBU!

Tanya diri YB. Adakah apa yg YB buat ni BETUL?
Anonymous said…
Saudara Khalid,

Adakah anda berasa taksub dgn jawatan anda sebagai AHLI PARLIMEN SHAH ALAM hinggakan memandang enteng pada sebahagian masyarakat Shah Alam yang tidak menyokong anda?? Sila muhasabah diri anda dan jauhkan diri daripada perasaan yang tidak membawa kebaikan pada diri anda.
Tinta Hitam said…
Anonymous

Kilang arak,rumah urut bar dan arak tu sapa yg luluskan? Bukan ke UMNO? Mengapa tak tanya pada UMNO terlebih dahulu pasal apa luluskan lesen lesen tu?.Tak ambik kira ke sensitiviti umat Islam? Atau pun selama ini ada ke UMNO peduli sensiviti umat Islam? Sepatutnya kalau nak bagi pelempang kena bagi kat UMNO dulu.

Selama PR memerintah adaka lesn baru arak,judi,rumah urut dikeluarkan di Shah Alam?

Mmg penyokong UMNO tak pandai menggunakan otak .Tu sebab sokong UMNO
Anonymous said…
Makluman...

CERAMAH PERDANA PAKATAN RAKYAT PONTIAN , JOHOR .
BERSAMA : - YB.IR.KHALID SAMAD
- HASAN KARIM
(BEKAS PRESIDEN PRM )
- AZMAN HASHIM
( PKR JOHOR )
MASA : 4/12/09 , JUMAAT
BERTEMPAT : PEKAN PARIT BETAK ,
BENUT , PONTIAN , JOHOR
Abdullah said…
Salam YB syok sendiri...ini lah patut nama jolokan untuk YB yer.. Hancur lah Shah Alam...gara2 sifat YB yang kurang didikan agama islam...bina lah satu tokong cina yang paling besar di shah alam dan satu kuil hindu yang besar juga supaya masing2 adil...juga jangan lupa gereja yang paling besar di shah alam juga....biar lah 7 11 jual arak di majoriti melayu...dan biar lah anak2 muda melayu hancur dengan maksiat....biasa lah...we have the third world mentality and I don't think the malay teenagers yang cetek agama tu boleh kontrol nafsu mereka....biar lah mereka berjalan sendiri....the curiousity of teenagers to try everything is normal such as pre marital sex, homosexuality, taking drugs, drinking alcohol...sex parties...conversion to other religions.....that's normal dear....therefore you as an old man has the obligation to guide to the right path and control if possible those incline to bad behaviours....dear, we are taliking about islam here...if you want to talk about non muslim right...therefore... make shah alam as one of the western city concept whereby some of those negative items in islam that i mentioned above the shah alam can have. bye2...tata...to our YB hero of non-muslim rights.
Anonymous said…
ini macam punya perangai.. mau kalah si KS kalau bertanding jadi MP Shah Alam kt PRU 13 ni.. bukan kalah je.. kalah teruk..

- parti jahat -
jamal said…
sedih saya bila baca bagaimana org2 umno memberi komen spt anon 3.37am dan anon 12.35am.sedikit pun tidak rasa insaf atau rasa berdosakah anda?

mengapa sampai tahap ini korang sanggup buat semua kerana kehilangan kuasa dan wang.

mungkin org yg kurang bermaklumat atau buta maklumat akan di perdaya tapi mana mungkin org yg waras terumtam yg tinggal di shah alam mahu mempercayai kamu.

bertaubatla dan insafla..
Anonymous said…
Dah orang tak bagi tauliah, sudah-sudah lah tu. Tak tahu lah kalau rasa diri tu bagus sangat. Menyesal betul pangkah PR pilihanraya lepas. Nanti lah nasib kau dan kuncu2 kanu dalam PRU13 nanti.
Anonymous said…
Anon 3.37 AM,

Apa ko merapik ni? YB Khalid hanya menggariskan wawasan dan juga impian serta tindakan yang beliau telah lakukan berkaitan dengan Islam di Shah Alam. Bila pulak dia memandang enteng kepada orang lain yang tak sokong dia? Masalah ko ni ialah ko tak mampu untuk berhujah atau menangkis satu persatu poin-poin di dalam tulisan YB Khalid. Tu sebab ko sakit hati sangat.

Anon 12.35 AM,

Ni sorang lagi kepala otak UMNO konon nak tunjuk neutral. Dah tu lari tajuk pulak. Orang bincang benda lain, dia melalut ke benda lain pulak. Pasal Non Muslim masuk masjid, tolong tunjukkan di mana dalil dan nas yang mengatakan orang kafir tak boleh masuk masjid atau rumah ibadat orang Islam??

Ko ni taksub semata-mata sebab perkauman sempit, bukan sebab didasari oleh kefahaman Islam sebenar. Ini masalahnya bila melihat agama dari kacamata perkauman sempit dan ekstrem.

Lepas tu berbohong pulak. Bila masa yang Kerajaan BN dulu tetapkan dasar yang arak tak boleh dijual di kawasan majoriti Melayu?? Kalau dari dulu masa zaman BN memerintah dah ada dasar tersebut, taklah kelam kabut sangat sekarang ni. Koranglah dulu masa memerintah yang biarkan arak dijual di merata2 tempat. Tiba-tiba bila time orang lain memerintha konon nak tunjuk heri dialah pejuang Islam sebenar. Poorah!!

Lepas tu nak babitkan DAP pulak. Yang DAP bantah masa kes di Shah Alam ari tu ialah bukannya pasal [peraturan menghadkan jualan arak di kawasan Melayu. DAP tak perlu bantah sebab peraturan tu belum wujud lagi. yang dibantah ialah soal rampasan arak oleh MBSA yang tidak ikut peraturan.

Tidak ada undang-undang yang membenarkan MBSA rampas arak. Kalau rampas jugak, ianya ultra vires. Ko tau tak semua benda ni?? Konfirm ko tak tau sebab ko ni UMNO totok yang memang dibodohkan oleh pemimpin2 UMNO. Sudahlah, tak yah nak mengarut dan menipu kat sini.

Abon TTDI Jaya
Anonymous said…
ada..

- parti jahat -
Singa Sarkas Yg Pakai Serban said…
YB:

Berita membimbangkan pasal ekonomi negara kita, dari akhbar Malaysiakini (rujuk sini).
seman said…
Salam YB Khalid,

Izinkan saya beri perumpamaan kepada puak2 UMNO ni YB sbb diorg ni bukannya boleh terima level pemikiran yg tinggi2 sgt.

Bayangkan artis kesayangan korang, sapa2 la Siti ke, Mawi ke. Kalau artis2 ni takleh nyanyi, sumbang, tarik tak lepas, etc takde la promoter atau peminat yg nak dengar nyanyian artis2 ni. OK paham tak part tu?

On the other hand, kalau penceramah atau ustaz tu tak bagus, tak tau selok belok hukum hakam, takde la masjid atau surau jemput apatah lagi nak ada orang datang dengar...

Comprende??
Aduka said…
nampaknya penyokong2 seperti abon,jamal ,tinta hitam dan seman bersuka ria menghentam mereka yg tidak sependapat dgn YB, konon pemikiran yg sgt bagus..mereka amat percaya bahawa YB adalah benar dan tidak boleh dikritik. YB kena sedar bahawa asas perjuangan YB adalah Islam dan Islam tidak menggunakan pendekatan berbahasa yg menyakiti org lain..namun mungkin kerana asas pemikiran mereka yg gasar menghalalkan itu semua. di sini apakah pendekatan YB utk menjadi 'pekerja' bagi rakyat Shah Alam selain merintih di sana sini YB tidak diberikan peluang utk berceramah? amanah telah diberikan,gunakan peluang itu sebaiknya kerana tak siapa peduli YB adalah YB jika masih berprasangka dgn mereka yg tidak sependapat dgn YB.
fortrue said…
bila kena kritik sikit, dah kata orang tu penyokong umno..

come on la wei,
sebab kita concern la kita kritik..
kenapa korang nak bising bila YB khalid ni kena fire..

agenda kita, agenda seluruh rakyat..
bukan hanya penyokong pas dan pr sahaja..

kepada yb khalid,yang memangkah yb pada pru lepas bukan sebab kita menyokong dasar pas tp sebenarnya kamijelek dengan umno dan bn, jadi sebab tu pilih pas..
tapi bila yb menang yb dilihat merasakan kami menyokong polisi yang dirangka oleh pas..
saya mohon pada yb supaya mendahulukan kehendak rakyat sejagat terlebih dahulu sebelum melaksanakan agenda peribadi..
Anonymous said…
wawasan Islam konon!, semangat Tariq Ziad konon, benda yang kecil seperti arak dan kuil Hindu ente tak boleh handle.. tak payahlah sheikh Khalid nak temberang kami ni..dalam bab lain

cukup lah dalam dua tahun ini orang Islam kat Malaysia dah tengok gelagat golongan Isle PAS ni.. orang lain kroni dan rasuah, orang PAS baik-baik belaka.. kan dah kena pada orang pertama PAS

adakah mungkin , kalau orang lain pergi Haji gunakan rezeki yang halal tapi untuk pemimpin PAS sanggup pulak terima "sponsor".. apa ni sheikh Khalid, ana confusele.. bala dan mula sampai kat PAS

dulu bukan main megah ana tengok Sheikh Khalid mengutuk UMNO, sekarang dah kena batang hidung sendiri.. Kah Kah Kah..
Anonymous said…
yang mana kata rumah urut UMNO yg bukak tu..kau tu orang shah alam ka?

kalau kau bukan orang shah alam lebih baik kau shut up!!

aku pangkah PAS.

apa yg aku dapat?

rumah urut berlambak-lambak kat shah alam lepas PR perintah..kami dah complaint pada PAS Selangor tapi habuk pun tadak.

Bila arak boleh dijual, mana PAS? mana Khalid & mana batang hidung kauorang yg kata orang yang tak bersependapat dgn Khalid ni pro UMNO.

Cermin dulu muka tu bro.

Bila masjid kafir masuk, ada orang bantah, wah!!..orang-prang PAS pandai suruh pulak orang UMNO ni korek dalil mana yang kata KAFIR tak boleh masuk dlm saf..

Bab Kalimah ALLAH..wah-wah!!..kauorang cuba nak belit pulak..

Aku memang tak sokong UMNO. Tapi kalau mcm ni lah cara pemikiran Khalid, maka tak lama lagi hancur melayu shah alam ni..
amoker said…
Keep it up even when detractors continue to spew venom. I was in mosque in Senawang to help clean up the place and if they said that kafirs are not allowed in any more, too bad. We in church will still continue to welcome whoever who wants to learn more. Wassalam
saji said…
Salam YB Khalid

Yang saya tahu YB orang teknikal. Tetapi, ciri2 pemikiran, hujah dan kandungan posting2 YB menampakan YB, dari sudut konsep dan ciri pengurusan dan organisai moden (K&CP&POM), YB bukan sahaja membicarakan aspek kemanusaan yang dibincangkan dalam K&CP&OM, malah menjadi golongan kemanusiaan yang jumlahnya di negara ini, di Negeri Selangor dan dalam PAS bukannya sudah terlalu banyak, bahkan tidak sepadan dengan beban tanggungjawabnya yang hanya berkisar dalam soal membina dan menjaga wawasan, dasar, konsep, gagasan dan teori atau pemikiran berbentuk simbolik, yang sama ada dibinanya sendiri mahupun orang lain.

Sedangkan yang nyata kurang hari ini dan sangat diinginkan oleh umat Islam amnya dan di Negeri Selangor khasnya ialah, golongan ilmuan teknikal dan sains Islam yang memiliki asas2 ilmu Islam yang diperlukan bagi memenuhi tanggungjawab besarnya untuk menyuntik ciri2 aspek teknikal K&CP&OM yang meliputi sistem dan tatacara sebagai mekanisme pelaksanaan untuk menterjemahkan segala wawasan, dasar, prinsip dan hukum Islam kepada realiti objektif2 Islam yang diinginkan yang meliputi tanggungjawab mensesuaikannya dengan sebuah negeri atau negara berbilang kaum, budaya dan agama seperti di Negeri Selangor dan Malaysia.
saji said…
Sdr Anon November 25, 2009 12:35

Sdr kata, "Kesimpulannya YB, tumpukan perhatian YB kepada rakyat. Bukan memberitahu kepada rakyat YB terlebih alim.

Apa yg saya risaukan adalah sikap YB yg terburu-buru boleh menyebabkan kami umat Islam akan jadi keliru. Contoh yg paling nyata adalah Kalimah Allah.

Tak perlu salahkan JAIS. Tak perlu salahkan UMNO. Tak pelu salahkan KEPALA LEMBU!

Tanya diri YB. Adakah apa yg YB buat ni BETUL?"

Komen saya,

Tanggungjawab YB yang sebenar, dari sudut dasar awam, ialah mencetuskan isu rakyat dari semasa ke semasa seperti yang ditimbulkan oleh YB Khalid dalam beberapa posting ini dan menyuntik pemikiran untuk mengatasinya hingga membawa dan sampai ke peringkat membentuk apa yang dipanggil wawasan, dasar, gagasan dan konsep atau sepertinya.

Bukannya memberi bantuan makanan dan wang kepada rakyat yang susah sana sini dsb dengan kehadiran media/tv seperti apa yang kebayakannya dilakukan oleh YB UMNO/BN dan Pak2 Menteri dan Perdana Menteri UMNO/BN selama ini, kerana itu adalah tanggungjawab jabatan kerajaan berkaitan sebagai agensi pelaksana.
Anonymous said…
Kepada Saji, sila rujuk HarakahOnline sebelum saudara nak hentam Pak Menteri drp BN..

Membantu sesama umat semasa kecelakaan adalah di alu-alukan tak kira parti mana..


http://www.harakahdaily.net/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=23441:presiden-pas-turun-sampaikan-bantuan-banjir&catid=1:utama&Itemid=50


MARANG, 28 Nov: Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang menyampaikan bantuan kepada mangsa banjir di Kampung Tuman dan Bukit Kulim dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (Dun) Pengkalan Berangan, petang kelmarin.

Ketika banjir melanda daerah ini beberapa hari lalu, beliau yang juga Ahli Parlimen Marang berada di ibu negara kerana menghadiri persidangan Dewan Rakyat.

Walaupun begitu, pemimpin PAS negeri dan kawasan telah melawat mangsa yang terlibat dengan banjir di kawasan masing-masing.

Selepas majlis itu, Ustaz Abdul Hadi yang dalam perjalanan pulang dari Kota Bharu bergegas pula melawat mangsa banjir di kawasan Dun beliau, Rhu Rendang.

Sementara itu, Pengarah Majlis Tindakan Dun (MTD) Pengkalan Berangan, Ustaz Abdullah Suhaimi Zakaria, berkata pihaknya membuat pengagihan bantuan itu secara berkumpulan yang melibatkan beberapa pemimpin PAS kawasan.

Katanya, antara mereka yang terlibat ialah Timbalan Yang Dipertua PAS kawasan, Ustaz Ahmad Maarof Ismail; Ketua Dewan Muslimat, Hajjah Zarani Othman; setiausaha, Hassan Jusoh dan penasihat MTD berkenaan, Haji Mohd Draman.

Menurutnya, sebanyak 50 keluarga yang telah kembali dari pusat pemindahan banjir menerima sumbangan berupa barangan keperluan dapur seperti beras, tepung, minyak masak, susu, ikan kering dan gula itu di rumah masing-masing.

Beliau berkata, Presiden PAS dan isteri, Toh Puan Seri Hajjah Zainab Awang Ngah juga berkesempatan bertanya khabar beberapa orang mangsa banjir sewaktu menyampaikan bantuan itu.

Bagi pihak Dun, beliau mengucapkan setinggi-tinggi perhargaan dan terima kasih kepada semua pihak yang menghulurkan sumbangan bagi menjayakan program tersebut.
kuzy said…
salam YB..

KIta sama2 berdoa agar wawasan yang YB cuba sampaikan akan berjaya.. saya berharap YB akan teruskan semangat walau ada segelintir komentar yang bersifat provokasi.. kita tidak patut hairan pada mereka yang memberi komen tersebet sebab mereka tidak berniat untuk membantu YB atau PR sendiri...

Saya berharap YB teruskan usaha dalam membangunkan Islam.. pada saya, mereka yang bagi komen negatif akan kehabisan idea sekianya YB dapat laksanakan wawasan YB...

kepada pengkritik2 sekalian... teruskan mengkritik tetapi biarlah profesional.. jika tidak mahu arak dijual di 711, bantah SSM yang keluarkan kebenaran membentuk kerajaan... biar kedai 24 jam tersebut hanya jual barangan keperluan sahaja. pada saya arak bukan keperluan.. dalam sidang DUN Selangor baru2 ni sudah dimaklumkan tentang poster2 larangan menjual arak kepada MUSLIM dan 18 tahun kebawah.. pada saya, itu satu perkembangan yang cukup bagus(dalam keadaan kerajaan negeri yang cukup terbatas)...

pada saya, banyak hujah yang lansung tidak bersifat pragmatik... jadi bagi mereka yang berilmu, ia sebagai jenaka...

baru setahun PR memerintah, alhamdulillah, banyak perubahan berbanding kerajaan sebelumnya.. semoga tahun hadapan YB dapat laksanakan lebih banyak manfaat selaras dengan wawasan YB..
Anonymous said…
Assalamualaikum YB.
saya mencadangkan agar JAIS menyebarkan syarahan agama oleh Dato' Khusrin dan pegawai- pegawai JAIS. Kami amat berharap agar dapat disebarkan dalam blog atau TVSelangor semua syarahan agama oleh Dato' Pengarah JAIS dan pegawai kanannya. Kalau kami dapat membaca syarahan atau tulisan mereka, barulah dapat kami pertimbangkan kekuatan ilmu dan kecerdikan pegawai JAIS. Saya akan hanya menyokong JAIS sekiranya butiran syarahan mereka bernilai tinggi dan dapat kami benchmark dengan pensyarah agama yang lain. Wassalam

Popular posts from this blog

Keadilan Saidina Umar Al-Khattab Terhadap Rumah Ibadah Agama Lain

Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengemukakan sebuah kisah dari zaman pemerintahan Saidina Umar Al-Khattab (r.a) untuk tatapan dan renungan tuan-tuan sekalian. Melalui pendedahan ini, adalah diharap sebahagian dari ummat Islam yang tidak memahami konsep keadilan Islam terhadap agama lain, akan sedikit sebanyak dapat memikirkan kembali sikap dan pendirian mereka itu. Kisah yang ingin dikemukakan adalah kisah Saidina Umar dan Kanisah (gereja) Al-Qiamah yang terletak di Quds. Kisah ini adalah petikan dari muka surat 114, kitab Itmam al-Wafa’ fi sirah al-Khulafa’ , tulisan as-Syeikh Muhammad bin al-Afifi al-Banjuri, Darul Ibnu Hazim. “Dan apabila masuknya Saidina Umar ke dalam kota, maka masuklah beliau ke dalam Kanisah (gereja) al-Qiamah, dan beliau duduk di ruang utama gereja tersebut . Setelah tiba waktu solat asar, maka berkata Saidina Umar kepada Patriach Kanisah tersebut, “Saya ingin mengerjakan solat.” Jawab Patriach: “Solat sahajalah di sini”. Tetapi Umar menolak cadangan

Video Tazkirah Ramadhan At-Taubah Ayat 31: Pendewaan Manusia

WaLlahu 'Alam   KHALID SAMAD

Kisah Raja Najashi

Semasa saya terlibat dalam usaha dakwah di UK satu ketika dahulu, kami mendapati bahawa ramai dari kalangan penganut Kristian tidak tahu bahawa Nabi Isa (AS) diiktiraf sebagai seorang Rasul oleh Islam. Begitu juga Nabi Ibrahim, Nabi Musa dan hampir kesemua para Nabi yang diiktiraf oleh agama Kristian turut diiktiraf oleh Islam. Kecuali kumpulan yang tidak diiktiraf Islam ialah ‘Nabi’ selepas Nabi Isa, termasuk penulis Bible yang digelar sebagai ‘Prophet’ oleh mereka. Apabila mereka didedahkan dengan maklumat ini, maka ianya boleh menyebabkan mereka ingin tahu apa yang dikatakan Al-Quran mengenai Nabi Isa dan menjadi satu titik tolak bagi mereka untuk mendampingi Al-Quran.